Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Februari 10, 2013
Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Tiada masalah PM pakai baju tradisi Cina?
Akhbar Sinchew Daily bertarikh 4 Februari 2013 melalui ruangan Pendapat Yuanlun memaparkan tulisan Lee Yong Chew mengenai isu pakaian Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat.
Isu Perdana Menteri memakai pakaian Tang (pakaian zaman Dinasti Ming dan Ching) untuk memberi ucapan hari raya kepada kaum Cina baru-baru ini telah digembar-gemburkan dalam Internet. Ada yang berkata, pakaian yang dipakai itu adalah baju Panjang Umur kerana ada rajah berbentuk perkataan umur.
Mengikut tempahan baju melalui Internet dari China, memang sah baju berkenaan adalah baju rajah yang sama sebagai bukti untuk keterangan itu. Mereka berkata, itu pastinya baju panjang umur dan mengatakan Perdana Menteri telah melanggar pantang besar masyarakat Cina.
Saya juga ditanya oleh wartawan dan rakan-rakan dari sebuah kedai keranda yang meminta saya memberi pandangan dan penjelasan berkaitan perkara itu. Di sini saya mahu menggunakan adat serta tradisi untuk menghuraikan isu ini!
1. Baju panjang umur yang digunakan oleh rakyat biasa adalah baju orang Cina Han, selalunya digunting terlebih dahulu semasa mereka masih hidup untuk dipakai di hari tua ataupun selepas mati.
Lazimnya untuk orang yang berumur 60 tahun ke atas, anak cucu akan memilih tahun baik dan bulan baik untuk menggunting kain bagi menyediakan baju panjang umur itu. Baju panjang umur perlu ada banyak, contohnya sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan pasang.
Setiap kali meraikan hari ulang tahun, mereka akan memakai baju panjang umur untuk bersembahyang dan menerima doa daripada anak cucu semoga dipanjangkan umur.
Pada setiap tahun pada 6 haribulan 6 kalendar Cina, baju-baju itu akan dijemur supaya tidak rosak diserang serangga ataupun bercendawan. Sebab itu orang yang masih hidup boleh memakai baju panjang umur kerana dalam kepercayaan Cina ia adalah satu kerahmatan dan untuk panjang umur apabila mengenakan baju panjang umur!
2. Semasa zaman Manchuria memerintah China, kerajaan Manchuria mengarahkan rakyat memakai baju tradisi kaum Manchuria. Kaum Cina Han tidak setuju dengan cara itu dan menentang habis-habisan dengan tidak mengikut perintah tersebut.
Orang lelaki patuh tetapi golongan wanita tidak mematuhi perintah itu. Mereka mengadakan pelbagai perbincangan berkaitan hal ini. Kaum Cina Han semasa hidup mereka memakai baju tradisi Manchuria, apabila mereka meninggal dunia, keluarga mereka akan memakaikan kembali baju tradisi Han untuk dikapankan.
Keadaan ini kekal sehingga ke zaman peralihan kerajaan liberal tanpa beraja mengambil alih pemerintahan di China dan isu pakaian ini semakin terhakis.
Pakaian tradisi baju panjang umur di Malaysia selepas diselang masa ratusan tahun, kaum wanita masih mengekalkan baju tradisi kaum Han di mana kaum lelaki pula lama-kelamaan berubah kepada pakaian tradisi Tang kerana yang mahir menjahit baju tradisi untuk lelaki semakin berkurangan.
Selepas Perang Dunia Kedua, ia berubah pula kepada pakaian blazer yang begitu meluas digunakan sebagai baju kapan. Ini menyebabkan baju tradisi lelaki Han dan Tang semakin terhakis terutama sekali dalam 30 tahun kebelakangan ini. Tukang jahit baju tradisi itu juga semakin lama semakin berkurangan dan harganya juga semakin mahal. Sebab itu pengusaha pengurusan mayat mengimport baju-baju panjang umur Tang dari China kerana lebih murah.
3. Ada sesetengah golongan muda menganggap baju rasmi Dinasti Ching hanya dipakai untuk mayat kerana mereka dipengaruhi oleh filem yang menayangkan pakaian sedemikian dalam cerita-cerita hantu Cina, di mana hantu Pocong Cina dalam filem berpakaian baju rasmi Dinasti Ching.
Sebenarnya pada zaman Dinasti Ming dan Ching, pakaian baju panjang umur meluas dipakai, sebaliknya baju rasmi pada zaman Dinasti Ching tidak pula bererti itu baju panjang umur. Keadaan ini sama seperti apa yang Najib pakai, itu adalah pakaian biasa baju tradisi Tang, ia tidak melambangkan baju panjang umur.
Sebenarnya ia boleh juga dipakai pada bila-bila masa sebab itu baju tradisi Tang boleh juga dijadikan baju panjang umur dan tiada membawa sebarang masalah. Contohnya pada hari ini orang menggunakan baju kot (blazer) ataupun pakaian biasa untuk pengurusan kapan mayat, adakah baju kot itu juga dikategorikan sebagai baju panjang umur?
4. Perkataan panjang umur itu adalah perkataan baik yang boleh mendatangkan kebahagiaan dan kemakmuran. Banyak barangan dalam masyarakat kini boleh kita lihat mempunyai ukiran perkataan seperti itu.
Logo perkataan itu di baju mewakili semangat panjang umur tetapi jika dianggap baju itu sebagai baju panjang umur mungkin terlalu memaksa.
Dalam masyarakat Cina, ada rajah panjang umur, rajah kekayaan dan rajah kerahmatan, itu semua perkataan baik dan dipercayai boleh membawa kerahmatan.
Dengan huraian seperti di atas, kami anggap baju Tang yang Najib pakai itu adalah baju tradisi biasa, tidak boleh disamakan dengan baju panjang umur, ia juga tiada masalah jika baju itu mahu digunakan untuk pakaian baju panjang umur. Perkataan "Shou" (umur) itu, ia hanya logo dan simbolik untuk panjang umur sahaja.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
aku tak pandai nak tulis dan hurai panjang ..
Itulah pasal .. kita ni orang melayu Islam dan ada budaya tersendiri. Budaya selalunya berkait juga dengan kepercayaan ugama, tak perlulah nak mengada-ngada mengikut budaya orang lain, ditakuti kita membawa message ugama yg bukan Islam dgn kepercayaan yg karut marut. Puak puak tu mana ada syurga neraka.. "budaya" Islam dengan jubah serban, serta berjanggut .. kekok pula untuk kita ikut. Dengan budaya oriantalis dah sebati dengan kita, sekarang ni terikut ikut pula dengan budaya orang hindu dan buddha kononnya nak ambil hati mereka..apa budaya melayu depa tu teringin ker nak ikut??? sudah sudahlah tu .. jangan sampai nasi jadi bubur... sehingga tanah dipijak milik orang !!!
Catat Ulasan