Yee Poh Ping (kiri) bersama beberapa peniaga menunjukkan sambungan paip dalaman yang meternya telah dicuri di Kepong Entrepreneurs Park, Kuala Lumpur semalam.
Kira-kira 600 pemilik dan penyewa bangunan Kepong Entrepreneurs Park di sini dalam kebimbangan apabila meter air di premis mereka hilang, dipercayai dicuri.
Mereka mendakwa, sehingga kini lebih 100 unit meter air yang dipasang Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) di kawasan itu telah dicuri sejak beberapa bulan lalu.
Malah, peniaga-peniaga tersebut tertanya-tanya mengapa meter yang diperbuat daripada plastik itu dicuri memandangkan ia bukannya meter tembaga yang pernah digunakan sebelum ini.
Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping berkata, kejadian yang berlaku hampir di setiap lorong premis itu menganggu produktiviti peniaga kerana semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Kebanyakan mereka yang mengusahakan restoran, kedai runcit, pusat senggara kenderaan dan perkhidmatan lain berasa terganggu dengan kejadian ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambahnya, peniaga yang terlibat sudah membuat aduan kepada Syabas sejak tiga hari lalu untuk tindakan selanjutnya.
Kami menggesa Syabas mengadakan siasatan dan menyemak semula sama ada meter plastik itu mempunyai nilai komersial di pasaran sekarang atau berkemungkinan kejadian ini melibatkan sindiket yang menjual balik kepada pembekal," katanya.
Sementara itu, pemilik kedai, Lee Tian Soong, 62, berkata, dia berjaya merakam aksi pencuri yang sedang membuka meter tersebut menggunakan kamera litar tertutup premisnya kira-kira pukul 5 pagi baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku dalam keadaan yang sangat pantas, saya tidak dapat melihat dengan jelas wajah mereka kerana memakai topi tetapi mengesyaki ia dilakukan warga asing," katanya.
Seorang lagi pemilik, Ahasrap Khan, 53, berkata, kejadian itu menimbulkan kerisauan di kalangan mereka apabila terdapat pemilik yang sudah dua kali berhadapan dengan masalah kecurian meter itu.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan