Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Februari 02, 2013
Apa Sumbangan PAS Terhadap Negara?
Kalau PAS bertanya apakah yang dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam di Malaysia, jawapannya adalah perjuangan UMNO ke arah itu bermula sejak tuntutan kemerdekaan 1957 lagi.
Perkara penting yang ditekankan oleh UMNO semasa membentuk pakatan murni dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan adalah Islam dijadikan agama rasmi negara. Perkara ini tidak ada kompromi, walaupun pihak penjajah tidak begitu berkenan dengan syarat ini.
Perjuangan untuk membangunkan Islam oleh UMNO bermula lebih awal daripada perjuangan Islam ala-PAS oleh PAS. Kalau UMNO menjadikan Islam sebagai pra-syarat untuk berunding dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan, tetapi PAS menjadikan Islam sebagai alat memuaskan nafsu kecewa Haji Ahmad Fuad yang tewas kepada Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan Yang Dipertua UMNO.
Kalau UMNO memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi negara, tetapi PAS memperjuangkan Islam untuk meruntuhkan teraju kepimpinan negara yang didominasikan oleh Melayu yang sudah tentunya Islam. PAS lebih rela menggilirkan jawatan Perdana Menteri dengan bukan-Islam asalkan cita-cita politik berlandaskan nafsu serakah mereka tercapai.
Janganlah PAS bertanya apakah yang telah dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam, sebaliknya bertanyalah apakah yang dilakukan oleh PAS sendiri ke arah itu di Kelantan. Kalau nak disebutkan rentetan usaha UMNO sejak 1957 bagi pembangunan Islam, jumlahnya terlalu banyak berbanding sekelumit usaha PAS.
Sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB), UMNO menubuhkan Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH), Perkim dan Felda, antara badan yang menekankan kepentingan umat Islam di negara ini. Semasa DEB, UMNO menubuhkan universiti-universiti – UKM – untuk memberi ruang lebih luas kepada generasi Melayu melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
Bank Islam, UIA, ASN. ASB, IKIM, Pusat Islam – semuanya lahir dari idea kepimpinan UMNO. Mampukah pemimpin PAS merangka program-program sebesar ini?
Apakah dengan menyerahkan tanah Negeri Kelantan seluas 2,000 ekar kepada syarikat bukan-Melayu dari Singapura untuk ditanam kelapa sawit perlu terlalu dibanggakan oleh Nik Aziz dengan liputan akhbar yang meluas?.
Kalau nak dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri lain yang membuka tanah berpuluh-puluh ribu ekar di Indonesia untuk tanaman kelapa sawit dengan pegangan 70 peratus kepentingan, Nik Aziz berbangga dengan kepentingan 30 peratus sedangkan syarikat asing memegang 70 peratus.
Tidak adakah syarikat-syarikat Melayu di Kelantan yang mampu membangunkan tanah kelapa sawit yang luasnya sekangkang kera itu?
Ketika UMNO memberikan bantuan kemanusiaan kepada sahabat-sahabat Islam yang menderita seperti di Bosnia, Kosovo dan Mindanau. PAS lebih banyak mempolitikkan isu ini. PAS buat ceramah semata-mata untuk mengutip wang bagi membiayai agenda politik sempit, dan tidak langsung prihatin untuk memberikan bantuan kepada rakyat menderita, khususnya di Kosovo.
PAS, lupakanlah cita-cita untuk menghancurkan politik orang Melayu, kerana cita-cita itu samalah dengan meletakkan Islam di paras yang hina suatu masa nanti. Jangan racuni fikiran generasi muda dengan idea-idea politik yang terpesong jauh daripada asas kekuatan sebenar politik orang Melayu yang berteraskan UMNO di negara ini.
Janganlah bermain api, kerana akhirnya orang Melayu akan sedar sejauh mana kejujuran politik tidak matang PAS.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Sumbangan pada negara saya tak tau lah apa PAS dah buat sebab tak berapa nak nampak. Mungkin adalah sedikit sebanyak apabila mereka ke luar negara membuat "Misi" bantuan mereka. Tak silap saya saya pernah terbaca berkenaan bantuan mereka kepada Melayu Champa. Walauapapun tujuan mereka samada untuk politik atau tidak mereka juga membawa nama Malaysia. Adolah jugak sumbangan mereka tu secara mikro-mikrolan. Tidaklah sampai tak ada lansung. Cuma impaknya kurang.
Tetapi satu perkara secara peribadi yang saya pernah lihat dan saya rasa terkesan sedikit ialah apabila saya pergi ke kenduri akad nikah seorang ahli PAS yang bersahabat yang dilakukan di masjid. Hendak di kata beliau kaya tidaklah sampai tahap jutawan tapi ratusribuan ada kot. Seorang yang berpangkat juga dan dikenali baik dari geng-geng UMNO dan PAS.
Jamuan di buat secara sederhana tetapi sedap masakannya. Semua tetamu duduk bersila di lantai ruang tepi Masjid dan makan bersama-sama. Ada yang berpangkat datuk dan ada yang datang dari keluarga diraja. Suasana amat sederhana tetapi saya nampak macam ada keberkatan dan rahmat. (sebab kenduri yang sangat sederhana kalau ikut perangai ahli PAS tak ada datang berkatnya kot).
Saya bandingkan dengan majlis-majlis perkahwinan ahli-ahli UMNO (saya sendiri ahli UMNO) jauh berbeza. Memang gah berkompang-kompang bersalin baju pengantin 7-8 kali. Masakan Istimewa tetapi ada meja khas untuk VVIP yang mana makanannya pula lagi istimewa. Harga hiasan bunga dah lebih mahal dari harga motor saya. Ada yang buat di kelab-kelab macam MODESTO pun ada. Hebat sungguh.
Mungkin ini satu perkara yang pada saya orang PAS ada sedikit kelebihan dari orang UMNO dan boleh dipelajari juga dan sebagai iktibar. UMNO mungkin juga perlu membuang sifat-sifat terlalu elitist.
Catat Ulasan