Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Februari 06, 2013
Khalid angin satu badan tak dapat 'kebas' duit peruntukan RM120 juta untuk SYABAS?
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) perlu merujuk Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terlebih dahulu sebelum menggunakan peruntukan RM120 juta yang diberikan oleh Kerajaan Pusat bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Syabas tidak mempunyai sebarang kebebasan untuk menggunakan peruntukan tambahan tersebut kerana syarikat itu tertakluk di bawah perjanjian konsesi yang telah dipersetujui sebelum ini.
Beliau berkata, berdasarkan perjanjian konsesi, sebarang usaha melibatkan perkhidmatan bekalan air di Selangor oleh Syabas harus dirujuk dan mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Pengawal Selia Air Negeri.
Kerajaan negeri mempunyai kuasa dari segi kelulusan untuk projek-projek bekalan air. Semua pentadbiran perkhidmatan bekalan air di negeri adalah di bawah Pengawal Selia air Negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Jika Syabas merasakan mereka bebas menggunakan peruntukan tambahan tersebut, sebenarnya syarikat itu tidak bebas. Kerana dalam perjanjian, syarikat itu perlu mengemukakan perbelanjaan dan mendapatkan persetujuan kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel), di sini hari ini.
Pada 2 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syabas bagi membantu mengatasi masalah bekalan air yang melanda rakyat di negeri itu.
Menurut Najib, peruntukan tersebut merupakan tambahan dana RM606 juta kepada Syabas sebelum ini selain menunjukkan keprihatinan Kerajaan Pusat terhadap permasalahan rakyat Selangor yang berhadapan krisis berkenaan.
Krisis tersebut tegas Najib, telah menyebabkan 430 projek pembangunan yang membawa pelaburan bernilai berbilion ringgit di negeri itu terpaksa ditangguhkan.
Adakah Khalid mahu menggunakan peruntukan tersebut untuk mengisi kantung dana PRU-13 Pakatan Rakyat! Rakyat tidak akan lupa bagaimana Khalid menyalahgunakan sebahagian daripada peruntukan kepada JKR bagi kerja-kerja selengaraan jalanraya untuk menutup kerugian yang dialami oleh UNISEL dan bukannya digunakan untuk menutup jalanraya yang berlubang-lubang di sekitar Selangor?
Fikir-fikirkanlah...!!!
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan