Jumaat, Februari 08, 2013

PAS akan SAMAN Polis yang tak jaga ceramah..?



PAS bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada polis jika terus membiarkan kegiatan menyekat aktiviti PAS oleh pihak lain. Ketua Lajnah Undang-undang PAS, Haji Asmuni Awi berkata, memang menjadi 'statutory duty' kepada pasukan polis untuk mencegah pergaduhan, jenayah dan sebagainya.

"Tetapi jika polis berada di tempat kejadian tetapi tidak mencegah pihak yang membuat pergaduhan misalnya, hanya menjaga lalu lintas sahaja, itu sudah salah.

"Oleh itu kita sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap pihak polis," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas beberapa kejadian yang melibatkan program PAS disekat dan diganggu oleh pihak tertentu tetapi polis yang ada dalam kejadian itu tidak bertindak menghalangnya. Polis hanya memastikan lalu lintas tidak terganggu sahaja. Di pintu masuk Felda Teloi Timur, samseng jalanan menyekat pemimpin dan aktivis PAS dari mengadakan ceramah di sana.

OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.

Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!

Mungkin Haji Asmuni Awi sudah lupa atau buat-buat tak ingat apa yang berlaku ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada tahun lalu! Bagaimana dengan para anggota polis yang ditugaskan mengawal ketika itu? Gambar diatas dapat menceritakan segalanya! Masih lagi mahu menyalahkan pihak Polis?

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

AJAI62 berkata...

Assalam Bro

Inilah dia manusia2 lidah bercabang... kalau nampak ular dengan dia ketuk kepala dia dulu... Bila dah kena batang hidung sendiri baru nak minta bantuan polis... kalau tak macam2 dia kata kat polis... anjing kerajaan BNlah.... Sendiri tak sedar jadi ANJING DAP... dengan penjilat bontot Anwar... Cilako...cilako... Nik Aziz kata...