Rabu, Jun 19, 2013

Tahan sahaja passport Anwar Ibrahim !


1. Ketika mana Menteri-menteri pergi ke luar negara untuk menarik pelabur untuk berdagang di Malaysia, ketika itu juga Anwar membazirkan berpuluhan ribu ringgit Malaysia untuk menarik kuasa luar untuk menghancurkan negara.

2. Ketika mana kerajaan Malaysia membuat polisi dan dasar ekonomi yang menguntungkan segenap lapisan lapisan masyarakat di negara ini, ketika itu juga Anwar ke luar negara mengecam tindakan tersebut dan seakan mengarahkan kuasa luar untuk terus mendesak kerana mempunyai polisi negara yang kononnya traditional dan tidak baik untuk dunia.

3. Ketika mana negara mengukuhkan sistem kehakiman, ketika itu Anwar mendesak kuasa luar untuk campur tangan dalam kes liwatnya kerana dilihat tidak berlaku adil. Pemerhati antarabangsa yang mempunyai agenda tersendiri pasti melihat kes ini dengan penuh prejudis. Pemerhati ini pasti akan menjadikan kes liwat ini sebagai satu kes dalam perlindungan hak asasi manusia yang perlu dilindungi. Jikalau perlu dilindungi, maka Malaysia berhadapan dengan kes antarabangsa.

4. Ketika mana negara ini ingin mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia di bawah naungan Satu Malaysia, ketika itu juga Anwar sebagai pemecah belah umat Islam mengaitkan dengan konsep One Israel daripada Apco World Wide.

Sedangkan kesatuan umat itu merupakan satu suruhan Allah supaya umat Islam bersatu sepertimana dalam ayat al-quran " Waltakum minkum ummataw wahidah" bermaksud "Hendaklah daripada kamu menjadi umat yang SATU". Anwar sebenarnya mahu negara ini porak poranda, hancur dan berkelahi sesama sendiri. Apabila hal ini berlaku, memudahkan lagi kemasukan kuasa besar untuk menguasai khazanah negara.


Oleh yang demikian, satu desakan perlu diambil berat supaya passport Anwar ditahan serta merta. Hal ini kerana ada peluang untuk Anwar ke luar negara untuk berbincang dengan teman-teman Yahudi yang berfahaman Neo-Con dalam menjalankan agendanya yang kotor ke dalam negara Malaysia.

Hal ini juga kerana wujudnya Anwar melawat ke luar negara akan menaikkan tarafnya sebagai tokoh politik berkaliber yang kononnya dizalimi oleh pemerintah rejim jahat Malaysia. Padahal hakikatnya Anwar merupakan tokoh penghancur kepada keharmonian negara Malaysia.

Sejak adanya Anwar, negara hancur. Kelembapan ekonomi berlaku kerana ketidakstabilan politik yang dimainkan oleh Anwar. Keharmonian kaum dalam sosial juga terganggu disebabkan Anwar memainkan sentiman perkauman yang kuat. Malah isu agama dalam polemik isu kalimah Allah yang disokong oleh Anwar membawa kepada kebakaran gereja, pelemparan cat ke masjid dan sebagainya.

Wujudnya Anwar sebenarnya telah merosakkan ekonomi, politik, sosial dan agama negara. Keempat-empatnya iaitu ekonomi, politik, sosial dan agama adalah instrument yang paling penting untuk membangun multi-bangsa di Malaysia ini.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: