Selasa, Disember 29, 2009

Artikel Pilihan : Antara Ketuanan Melayu Dan Ketuanan Rakyat !

Kebelakangan ini sudah timbul polemik mengenai ketuanan Melayu. Mungkin kita tertanya-tanya, apakah salah dan hina ketuanan Melayu jika ia tidak pun menindas orang lain, apatah lagi merampas harta benda dan hak orang bukan Melayu sebagai penduduk negara ini.

Jika isu ketuanan Melayu yang menjadi masalah kepada orang muda dari kaum Cina dan India, maka kita perlu menerangkan asas mengapa ketuanan Melayu itu menjadi salah satu perjuangan UMNO. Malahan sebahagian orang muda Melayu sendiri hari ini sudah tidak faham makna ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini Tuan dan bukan Melayu sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu.

Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu adalah untuk mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu.

Hanya kerana generasi hari ini tidak memahami makna dan maksud ketuanan Melayu bukan bermakna ia tidak lagi relevan. Apakah hanya kerana ia dijadikan isu bagi menunjukkan UMNO sebuah parti perkauman, maka kita mahu lari dari tuduhan dengan menukar arah perjuangan kita.

Tidak ada salah dengan kenyataan atau laungan mempertahankan ketuanan Melayu sekiranya kita memberi kefahaman yang tepat kepada orang ramai. Mempertahankan ketuanan Melayu merupakan mempertahankan asas-asas Perlembagaan Negara. Apakah perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan yang berunsur perkauman?

Ketuanan Melayu tidak pernah menindas bangsa lain atau menjadikan bangsa lain sebagai hamba. Selama berpuluh tahun UMNO membawa perjuangan ketuanan Melayu tidak ada satu bangsa pun yang ditindas atau menjadi hamba. Kita melihat begitu ramai orang bukan Melayu yang menikmati kemajuan pesat negara, malah dalam banyak keadaan kaum bukan Melayu meraih kek ekonomi yang lebih besar berbanding orang Melayu.

Masalah kita hari ini, mungkin terdapat pemimpin UMNO sendiri tidak memahami erti ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan. Ada yang merasakan mereka menjadi tuan sehingga lupa maksud asal ketuanan Melayu.

Tekanan

Bagi memberi tekanan kepada UMNO, ada kumpulan tertentu yang memperkenalkan pula slogan ketuanan rakyat. Apakah makna ketuanan rakyat tiada siapa yang tahu. Jika kita katakan ketuanan rakyat ini sebagai menjadikan rakyat sebagai tuan, apakah kita nampak ia dilakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh kumpulan ini? Sehingga hari ini kita belum nampak rakyat menjadi tuan di negeri-negeri ini.

Kita melihat ketuanan rakyat ini merupakan satu usaha meruntuhkan asas-asas Perlembagaan Malaysia yang kita pertahankan dalam perjuangan Ketuanan Melayu.

Apakah yang ingin diruntuhkan melalui slogan ketuanan rakyat? Mungkin kita akan nampak ketuanan rakyat ini akan cuba menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik. Perkara ini boleh berlaku bila mana institusi beraja akan dinafikan atau dicabar haknya dalam isu-isu agama Islam.

Sekarang ini sudah nampak usaha-usaha meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Kuasa sultan-sultan juga sedang dicabar oleh mereka yang tidak pun terbabit dalam pentadbiran negeri dan negara. Mereka juga mendesak kerajaan agar merombak kuasa pelantikan hakim-hakim oleh Majlis Raja-raja Melayu.

Apakah erti segala usaha mencabar segala struktur Perlembagaan ini? Apakah sudah wujud agenda untuk menjadikan negara ini sebagai republik melalui slogan ketuanan rakyat? Bukankah idea-idea ini merupakan usaha mencabar kedudukan Raja-raja sebagai custodian agama Islam dan orang Melayu?

Dengan runtuhnya sistem beraja, maka kedudukan agama Islam akan hanya setaraf dengan agama lain, hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan juga akan turut terkubur bersama matinya sistem beraja di negara kita. Begitu juga nasib yang akan menimpa bahasa Melayu. Ini semua akan berlaku dan jadilah negara kita sebagai sebuah negara republik yang tidak mempunyai agama rasmi, tidak mempunyai hak istimewa orang Melayu dan tidak mendaulatkan bangsa Melayu.

Kita tidak tahu sama ada rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu akan membiarkan perkara ini terjadi. Sebenarnya perkara yang sama telah pun berlaku di negara jiran kita Singapura. Orang Melayu mesti sedar apakah di sebalik gagasan idea ketuanan rakyat ini. Kita bimbang jika ini berlaku akan tercetus kejadian yang akan merosakkan hubungan harmoni di antara kaum yang telah terjalin hasil dari rundingan yang dilakukan di antara tiga kaum ketika merdeka.

Jangan sudah terhantuk baru tergadah. Bangsa Melayu yang tergadai akan hilang pertimbangan dan pada ketika itu emosi akan mendepani perjuangan. Tindakan yang akan diambil merupakan tindakan di luar jangkaan. Orang Melayu bila terus diasak sehingga tiada ruang untuk bergerak, mereka akan mengambil tindakan walaupun mungkin tidak akan menguntungkan negara.

Rakyat Malaysia perlu belajar daripada apa yang berlaku di negara Balkan seperti Bosnia, Serbia dan Croatia bila mana masalah kaum dan agama menjadi pemisah dan pencetus kepada peperangan. Janganlah kerana kita memikirkan untung yang sedikit tetapi akhirnya rugi seumur hidup. Biarlah kita dilihat rugi sedikit hari ini tapi hidup aman hingga akhir hayat.

Ideologi ketuanan rakyat akan membawa satu fenomena yang amat berbahaya kepada negara kita. Orang Melayu tidak akan merelakan raja mereka dinafikan haknya, ketuanan Melayu tidak diberi tempat, agama Islam tidak menjadi agama rasmi negara lagi. Bagi orang Melayu Islam itu agama mereka dan mesti menjadi agama rasmi negara. Raja dijunjung demi mempertahankan agama Islam.

Diharapkan kepada seluruh rakyat Malaysia berfikir untuk maju tanpa mengorbankan sejarah dan pusaka bangsa kita. Perjuangan UMNO adalah untuk mempertahankan sejarah dan pusaka kita.

Kedudukan Raja-raja Melayu, hak orang Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu akan terus menjadi tunjang perjuangan ini. Walau apa pun yang diperkatakan, UMNO perlu menegakkan perjuangan ini. "Patah sayap bertongkatkan paruh, namun gunung tetap didaki".- UM

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Disember 27, 2009

Usah terlalu kagum teori kontrak sosial versi Barat !





















Teori kontrak sosial yang menjadi salah satu teori utama menghurai kewujudan negara yang perlu difahami ialah asas dan semangat kontrak sosial itulah yang menjadi landasan kewujudan kontrak sosial kita. Justeru, tidak timbul soal pemimpin memutarbelitkan makna kontrak sosial daripada pencipta asalnya.

Perlu difahami, tiada satu pun teori dalam dunia ini dapat diikuti sepenuhnya. Latar belakang sejarah dan budaya sesebuah negara mesti diambil kira. Malah, negara Barat sendiri tidak dapat mengikut sepenuhnya erti kontrak sosial yang diteorikan oleh pencipta asalnya.

Teori kontrak sosial menjelaskan negara dibentuk atas kehendak dan kesediaan anggota masyarakat mengadakan kontrak bagi menjaga kepentingan dan keselamatan umum. Dalam teori ciptaan tuhan (negara teokrasi) menyatakan tuhan memberi mandat kepada raja untuk memerintah rakyat dan tuhan jugalah yang mencabut balik mandat kekuasaan apabila raja dianggap tidak memerintah dengan adil.

Sebaliknya, teori kontrak sosial yang ideanya muncul pada era pencerahan di Eropah memartabatkan 'rasionalisme', 'humanaisme' dan 'realisme' sebagai alur pemikiran utama. Ia meletakkan manusia sebagai pusat gerak dan segala peristiwa dunia, bukannya tuhan. Sebagai umat Islam kita tidaklah berpendirian demikian.

Kita akur bahawa Sahifah Madinah yang dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW adalah sebahagian kontrak sosial di antara orang Islam dan orang bukan Islam (Yahudi) meletakkan kebesaran dan kekuasaan Allah sebagai landasan utama pembentukan perlembagaan terbabit.

Dalam membincangkan teori kontrak sosial, pemikiran Thomas Hobbes, John Locke, dan Jean Jacques Rousseau perlu dirujuk kerana mereka dianggap pencetus idea kontrak sosial. Hobbes (1588-1679) menyatakan tindakan manusia secara kudratnya digerakkan oleh hasrat nafsu (appetite) dan keengganan (aversion).

Appetite manusia adalah hasrat terhadap kekuasaan, kekayaan, kehormatan dan pengetahuan. Aversion manusia pula adalah keengganan untuk hidup sengsara dan mati. Hasrat manusia tidak terbatas tetapi pada masa sama ia tidak mahu hidup sengsara.

Kuasa antara sesama manusia menyebabkan kehidupan menjadi tidak aman. Penyelesaiannya ialah manusia mencipta 'kondisi buatan' (lawan kepada kondisi alamiah), iaitu apa yang dinamakan keperluan sivil.

Ini bermakna anggota masyarakat bersedia untuk bersetuju dan bersepakat untuk melepaskan hak-hak mereka dan memindahkannya kepada badan atau lembaga (organisasi) yang diberi kuasa tertentu bagi maksud menjaga kesepakatan itu supaya keselamatan rakyat terpelihara.

Locke (1632-1704) pula menyatakan, walaupun kudrat manusia adalah sama antara satu sama lain, manusia tidak ingin memenuhi hasrat dengan kuasa tanpa mempedulikan manusia lain. Menurut Locke, pada prinsipnya akal manusia mengajar bahawa ia tidak perlu melanggar dan merosak kemerdekaan dan kehidupan orang lain.

Locke melihat bahawa dalam kondisi alamiah sudah wujud pola pengaturan dan hukum alamiah yang teratur dan manusia mempunyai akal yang dapat menentukan apa yang benar, apa yang salah.

Menurutnya, huru-hara, kekacauan dan kemusnahan muncul kerana wujud beberapa golongan yang akalnya dipandu oleh dorongan dan kepentingan peribadi. Masalah tidak akan lahir sekiranya setiap orang dipandu akal murninya tetapi Locke sedar bahawa disebabkan agenda peribadi oleh mereka yang mengejar dan memiliki kuasa menyebabkan berlakunya onar di dalam masyarakat. Untuk itu kontrak sosial diperlukan. Melalui kontrak sosial ini anggota masyarakat bersedia menyerahkan sebahagian haknya.

Dalam tulisannya An Essay Concerning the True Original, Extent and End of Civil Government dalam Social Contract (Oxford University Press, 1960) beliau menjelaskan pemerintah dan masyarakat tidak hanya diikat dalam hubungan kontrak, malah hubungan saling mempercayai (fiduciary trust).

Wujud tiga pihak dalam hubungan saling mempercayai iaitu orang yang mencipta kepercayaan (the trustor), orang yang diberi kepercayaan (the trustee) dan mereka yang memperoleh manfaat daripada pemberian kepercayaan itu (the beneficiary).

Perjanjian (kontrak) berlaku antara 'trustor' dan 'trustee' sedangkan antara 'trustee' dan 'beneficiary' tidak terjadi kontrak sama sekali. Namun, menurut Locke, masyarakatlah yang dapat bertindak sebagai 'trustor' sekali gus 'beneficiary'. Apa yang jelas ialah kewajipan dan kepatuhan masyarakat kepada pemerintah akan bertahan selama pemerintah masih dipercayai.

Apabila hubungan kepercayaan (fiduciary trust) terhakis dan musnah, maka pemerintah akan kehilangan kuasa untuk melaksanakan apa yang dimahukannya. Rousseau (1712-1778) pula menegaskan pada dasarnya manusia itu sama tetapi persekitaran serta faktor moral menciptakan ketidaksamaan.

Hasilnya, timbul hak-hak istimewa yang dimiliki golongan tertentu. Situasi inilah yang akhirnya membentuk organisasi sosial dalam masyarakat. Malangnya sering berlaku organisasi sosial diperkudakan oleh mereka yang berkuasa untuk menindas yang lain. Untuk menghindari keadaan ini, maka masyarakat melaksanakan kontrak sosial berasaskan kehendak bebas daripada semua semata-mata bagi mewujudkan keadilan untuk semua.

Rousseau menegaskan lembaga legislatif harus mengutamakan kehendak umum daripada kehendak semua. Kehendak bebas harus tercipta daripada kualiti kehendaknya, bukannya daripada kuantiti orang yang berkehendak (Social Contract, Oxford University Press, 1960).

Apa yang dipaparkan di atas di kira memadai untuk memahami betapa pentingnya kewujudan kontrak sosial dalam kehidupan bernegara. Apalah salahnya kita melaksanakan versi kontrak sosial kita yang sudah wujud sejak merdeka kerana ia terbukti memberi manfaat kepada semua serta dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara.

Jangan terlalu ideal dengan kontrak sosial pencipta asalnya. 'Lain padang lain belalangnya'. Selama ini kontrak sosial negara sudah cukup adil kepada semua. Jangan seperti 'tikus membaiki labu', nanti 'yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran' dan negara menjadi kucar kacir.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Disember 24, 2009

Apabila tetamu yang tidak diundang mula memalu gendang !

Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Hanya berkata ini akan sebabkan dituduh bersifat perkauman. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia, kita terpaksa imbas semula sejarah.

Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu.

Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan.

Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India, Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Disebabkan politik peribadi ahli poltik yang mempunyai kepentingan peribadi dan agenda dalam melemahkan kuasa Melayu dalam pada yang sama telah mengelirukan pemahaman kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh nenek-moyang mereka, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Lebih malang lagi, Majlis Peguam kini telah menjadi seakan sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya. Kini bangsa Melayu telah menjadi semakin dihimpit dan sedaya upaya menangkis serangan terhadap pencabulan kontrak sosial yang telah dimertai sekian lama.

UMNO sebagai pejuang kepada bangsa Melayu demi menegakkan agama Islam dan Melayu khasnya harus merapatkan barisan untuk mempertahankan tanahair tumpah darah iaitu Tanah MELAYU, MALAYa dan MALAYsia dari diporak-perandakan.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Disember 22, 2009

Artikel Pilihan : Siapa sebenarnya penjahat?

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng seharusnya mencermin diri dan parti itu terlebih dahulu sebelum dengan mudah menyamakan Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana mendakwa ia bersikap perkauman dan menyebarkan fitnah.

Sebenarnya, tiada apa yang perlu dirisaukan dengan kenyataan Guan Eng itu kerana kalau dikaji, orang ramai boleh menilai siapa sebenarnya seperti penjahat. Jika Guan Eng menuduh Utusan Malaysia bersikap perkauman, bagaimana dengan parti DAP itu sendiri, apakah selama ini mereka tidak bersikap perkauman? Bagaimana dengan tindakan mereka ketika pilihan raya umum lalu yang berkempen bahawa kalau mengundi Gerakan dan MCA di Pulau Pinang ia sama seperti memberi kuasa kepada UMNO.

Apakah bukan satu tindakan seperti penjahat, apabila berkuasa sahaja Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng melarang akhbar Utusan Malaysia dan sebuah lagi akhbar arus perdana daripada menghadiri acara-acara kerajaan negeri? Tidakkah tindakan tersebut boleh dianggap seperti penjahat kerana menghalang kebebasan media sedangkan Guan Eng dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkanglah yang begitu beria-ia bercakap soal kebebasan tersebut.

Kalau Guan Eng berfikiran terbuka sudah tentulah, beliau tidak akan menghalang mana-mana media untuk membuat liputan. Malah tindakan yang sama juga berlaku apabila pembangkang menguasai Perak selama 11 bulan. Sepanjang tempoh itu, DAP bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menghalang akhbar ini menghadiri majlis Kerajaan Negeri Perak.

Apakah boleh diterima apabila Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang dari parti itu, Koid Teng Guan yang menyebarkan khidmat pesanan ringkas memperlekeh dan menghina Barisan Nasional (BN) ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sedang rancak berjalan, baru-baru ini.

















Tidakkah perbuatan Teng Guan boleh menyinggung perasaan orang apabila dalam SMS yang ditulis dalam bahasa Cina, dia menyeru rakyat Pulau Pinang untuk 'kebumikan' BN dan bersembahyang untuk roh mereka pada perayaan 'Qing Ming'. Walaupun Teng Guan sudah memohon maaf tetapi adakah Guan Eng yang ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abd. Aziz membiarkan sahaja wakil rakyat seumpama itu?

Apakah seseorang itu tidak boleh disamakan seperti penjahat apabila sebagai seorang yang berkuasa dalam sesebuah parti membiarkan sahaja ahli-ahlinya melakukan perbuatan biadap memijak gambar-gambar wakil rakyat yang mengisytiharkan diri menjadi wakil rakyat Bebas di Perak.

Penulis hanya mengambil beberapa contoh bagi menunjukkan bagaimana Guan Eng tidak layak untuk sewenang-wenangnya menyamakan mana-mana pihak termasuk akhbar ini seperti penjahat. Hakikatnya, Guan Eng harus mengaku sahaja bahawa beliau sebenarnya bimbang dengan laporan-laporan akhbar seperti Utusan Malaysia yang boleh membuatkan rakyat mengetahui fakta sebenarnya.

Kalau hendak bercakap soal perkauman, Guan Eng sepatutnya mengkaji dahulu laporan-laporan akhbar Cina, apakah mereka itu tidak perkauman? Adakah kerana memperjuangkan nasib sesuatu kaum itu apatah lagi yang sudah termaktub dalam Perlembagaan negara dianggap perkauman? Bagaimana pula dengan akhbar-akhbar Tamil yang turut memaparkan masalah masyarakat India, adakah itu tidak perkauman?

Menuduh sesuatu media mengamalkan perkauman adalah taktik yang acap kali digunakan oleh parti pembangkang bagi mengelakkan rakyat terus membaca akhbar-akhbar arus perdana yang hanya menyiarkan kebenaran dan fakta sebenar berhubung sesuatu perkara serta mendedahkan dakyah pembangkang. Oleh itu, istilah perkauman dan fitnah yang digunakan oleh Guan Eng boleh dipertikaikan kerana sasaran serangan Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya kepada Utusan Malaysia bukannya akhbar-akhbar berbahasa Cina atau Tamil.

Kalau Guan Eng berniat baik hendak menasihatkan orang supaya 'menjauhi penjahat', maka beliau juga harus bersedia bersikap baik bagi memperbetulkan semula kenyataannya berhubung perkara itu. Ia memandangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah menafikan bahawa beliau hanya menegur Utusan Malaysia berkenaan isu perkauman, sebaliknya peringatan supaya menjaga sensitiviti kaum itu ditujukan kepada semua pengamal media di negara itu.









Bukankah kenyataan bahawa Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi dibuat bagi mengulas kenyataan Nazri yang terdahulu? Seperkara lagi, tidak perlulah Guan Eng berfikiran dangkal apabila mendakwa tindakan akhbar ini telah mempengaruhi media massa lain sehingga sesetengah blog kini turut menyebarkan berita dan artikel berunsur fitnah.

Inilah sikap yang bak kata orang, 'gajah di seberang nampak, kuman di depan mata tidak nampak'. Guan Eng harus lebih banyak menghabiskan masa untuk mengkaji blog- blog. Melalui tindakan itu beliau akan mendapati berapa banyak blog pro pembangkang yang menyebarkan fitnah kepada kerajaan dan media arus perdana.

Tetapi malangnya Guan Eng mungkin tidak akan berbuat demikian kerana beliau tahu terdapat banyak blog dan media baru yang bukan sahaja menyokong DAP serta parti pembangkang tetapi lebih banyak menyiarkan artikel-artikel bersikap perkauman. Berdasarkan hujah itu, seruan Guan Eng supaya akhbar ini lebih bertanggungjawab kerana laporan yang dibuat boleh merosakkan perpaduan negara tidak perlu dilayan.

Biarlah Guan Eng fikirkan sendiri wajar atau tidak kenyataan sedemikian, sedangkan pada masa yang sama lebih banyak media lain yang dilihat bersikap perkauman. Apa pun hujahnya, demikianlah sikap pemimpin-pemimpin DAP dan parti pembangkang. Mereka lebih suka mencari salah orang lain daripada mengkaji kelemahan diri sendiri.

Bagi pemimpin seperti Guan Eng dalam apa juga hal hanya mereka sahaja yang betul, mereka sahaja tidak perkauman dan mereka sahaja bercakap benar. Tetapi Guan Eng tidak harus lupa banyak tindak-tanduk DAP sama ada di peringkat pusat mahupun di Pulau Pinang boleh membuka laluan untuk mana-mana pihak (termasuk dalam blog-blog dan ahli politik) untuk menyamakan parti itu ''seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana ia bersikap perkauman dan menyebarkan fitnah.''

Sama ada persepsi itu benar atau tidak, ia soal kedua memandangkan persepsilah yang memungkinkan parti pembangkang memenangi banyak kerusi dalam pilihan raya umum lalu termasuk di Pulau Pinang.

Sumber : ZULKIFLEE BAKAR

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Disember 17, 2009

Salam Maal Hijrah.

HIJRAH satu PERJALANAN. HIJRAH satu PERJUANGAN. HIJRAH satu PENGORBANAN. HIJRAH membentuk PERPADUAN. Sambil mengingati peristiwa Hijrah Rasulullah SAW, saya mengingatkan diri sendiri & menyeru sahabat supaya sentiasa berhijrah ke arah kebaikan. Bermaksud kita memperbaiki kelemahan diri masa ke masa. Kerana kita insan yang biasa. Selamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah.

Ikhlas Dari : Taminsari

Edisi Khas : Resolusi BPN Untuk Boikot Blogger Biadap terhadap Pemimpin Pilihan Rakyat !!!

BPN memandang serius saranan Perdana Menteri di laman 1Malaysia yang mahukan blogger mengamalkan kod etika yang boleh menjadikan mereka dihormati oleh semua pihak. Antaranya :

* Be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information

* Never plagiarise

* Identify and link to sources whenever feasible

* Never publish information they know is inaccurate -
and if publishing questionable information, make it clear it's in doubt

* Distinguish between advocacy, commentary and factual information

* Admit mistakes and correct them promptly

* Show good taste. Avoid pandering to lurid curiosity

* Explain each blog's mission and invite dialogue with the public
over its content and the bloggers' conduct

* Disclose conflicts of interest, affiliations, activities and personal agendas

* Abide by the same high standards to which they hold others

2. BPN telah mengenalpasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.

3. Budaya ini sangat tidak sihat di dalam usaha Perdana Menteri untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat dan sebagai Blogger Pembela Negara kami tidak akan membiarkan blogger seperti ini berada di dalam senarai blog di kalangan 85 ahli BPN termasuk 22 Penyokong BPN. Usaha ini juga akan disokong oleh blogger-blogger yang lain kerana mereka juga meminta BPN memainkan peranan yang berkesan di dalam mengatasi masalah yang semakin membarah ini.

4. Untuk itu BPN mendesak blogger yang dimaksudkan agar berhenti dengan segera dari terus menggunakan pendekatan kasar, kesat di dalam mengkritik/ memalukan pemimpin tertentu termasuk menggunakan perkataan ugutan terhadap Perdana Menteri sehingga menimbulkan suasana tidak sihat di kalangan blogger yang pasti akan menjejaskan usaha ke arah mencapai kemenangan di PRU akan datang.

5. Jika tidak, maka kami terpaksa mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan blog-blog mereka yang melampau dari senarai blog kami dan meminggirkannya dari terus berada bersama kumpulan yang membela agama, bangsa dan negara. Tempoh diberikan sehingga 17 Disember Khamis 11.59 malam pada 1 Muharam 1431.

Mereka juga perlu meminta maaf kepada semua pihak yang dihentam dan memadamkan semua artikel yang telah mengguris perasaan sebilangan pihak yang lain di dalam UMNO dengan kadar segera.

Semoga kita akan menjadi blogger yang menyatukan rakyat berbilang bangsa dan agama dan menolak sebarang bentuk provokasi yang boleh menjejaskan keamanan yang kita kecapi selama ini khasnya di alam siber.

Sekian, terima kasih !


Yang benar,

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

P/S : Harap dapat disebarkan oleh rakan-rakan samada blogger BPN atau bukan !!!

Isnin, Disember 14, 2009

Politik orang Cina ke TANAH Melayu !

Gerakan politik orang Cina amat kompleks sekali dan penuh dengan gabungan yang tersirat dan tersurat. Orang Cina pun terkenal dengan sikap 'secretive' dan 'subtle'nya. Membuat satu generalisasi mungkin satu perkara yang merumitkan kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok.

Mereka pula mempunyai falsafah hidup yang berbeza walaupun dalam kelompok yang sama. Ada yang modern liberal, ada yang modern radikal dan ada yang conservative radical.
Masyarakat Cina pula sudah menjadi sophisticated dengan segala tips and trick untuk survive di negara yang mempunyai sejarah yang jelas bahawa mereka adalah kelompok immigrant hasil dari dasar penjajah yang menggunakan buruh asing untuk memajukan jajahan takluk.

Terdapat banyak persamaan politik orang Cina di negara lain dengan Malaysia tetapi di Malaysia orang Cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.

Masyarakat Cina wujud di Indonesia, Thai, Vietnam, Pacific Islands, USA, UK, Canada dan Australia dan tingkah laku mereka berbeza beza bergantung kepada polisi negara tuan rumah terhadap mereka. Kekuatan tuan rumah bergantung rapat dengan aktivisme masyarakat Cina dalam politik, ekonomi dan social. Sifat ke Cinaan yang tinggi sentiasa di kekalkan dalam bentuk budaya, demographic dan pertuturan.

Kebuluran dan kemiskinan di zaman penjajahan telah membawa orang Cina ke TANAH Melayu dan Indonesia sebagai buruh murahan kepada penjajahan Inggeris. Pengalaman berniaga di kampung asal telah menyebabkan masyarakat Cina cepat menguasai bandar dan segala urusan tranksasi ekonomi TANAH Melayu dan Indonesia. Walau pun orang Melayu sudah pun berniaga di bandar besar namun mereka hanya tertumpu di pasar dan gerai kecil. Masyarakat Cina mula membina deretan kedai papan dan batu sebagai premis perniagaan apabila mereka sudah dapat mengumpul modal yang cukup.

Pertukaran idea perniagaan di antara keluarga dari tanah Cina hingga ke luar negara yang lebih maju telah menyebabkan masyarakat Cina lebih mahir dengan mengexploit dan memonopoli peluang perniagaan yang wujud di Singapura, Penang, Ipoh dan bandar lain. Kehadiran bank saudagar turut membantu masyarakat Cina dari segi pengaliran modal. Sistem perkapalan dan forwarding di wujudkan untuk mengerakkan barang dari TANAH Melayu ke Singapura dan di edar keseluruh dunia. Singapura menjadi hub perniagaan orang Cina.

Kepesatan monopoli perniagaaan di TANAH Melayu telah menyebabkan timbul perasaan 'a sense of power' di kalangan masyarakat Cina sehingga kaum Melayu di anggap sebagai malas, bodoh, tidak kreatif dan hanya menjadi pelanggan yang boleh di manipulasi. Psychology ini begitu tebal sehingga ia diwarisi secara indirect dari generasi ke generasi. Sikap orang Melayu me'YA'kan persepsi ini menyulitkan lagi keadaan sehingga pemimpin Melayu sendiri terpengaruh dengan persepsi nagative ini sehingga sekarang. Kadang-kadang orang Melayu tidak boleh keluar dari psychic kerana sikap pemimpin Melayu yang menerima apa yang di persepsikan oleh orang Cina terhadap orang Melayu.

Orang Cina mula bertambah yakin dan mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan Cina. Semua in telah memberi satu 'sense of autonomy' dan 'power' untuk mempengaruhi kuasa politik yang ada samaada di tangan penjajah atau di tangan kepimpinan Melayu. Sampai sekarang kongsi gelap wujud tetapi ia lebih sophisticated.

Pada masa yang sama berlaku kebangkitan rakyat yang kuat di kalangan orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan membiarkan dulu masaalah monopoli orang Cina di selesaikan kemudian. British telah mensyaratkan parti Cina dilibatkan dalam parti yang akan menyambut kemerdekaan iaitu Perikatan.

Dari sinilah bermula politik 'pressure group' Cina yang kuat terhadap UMNO yang perlukan undi Cina untuk menghadapi pengaruh saudara mereka sendiri dari parti pembangkang. Di bawah Jepun orang Cina di layan dengan buruk dan ini menyebabkan mereka memberontak melalui parti Komunis. Parti Komunis terus menentang kerajaan selepas merdeka namun di patahkan oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu yang anti komunis. Sikap menentang kerajaan memerintah oleh parti Komunis masih wujud dalam pemikiran orang Cina, bukan dalam bentuk parti Komunis tetapi dalam bentuk lebih halus melalui platform yang berlainan. Dari segi sejarah orang Cina di Selatan Cina, penentangan terhadap kerajaan pusat telah kuat didalam budaya mereka akibat perebutan kuasa istana.

Persoalannya timbul, mengapa orang Cina di Indonesia boleh di asimilisasi atau di integrasiakan dalam masyarakat Melayu tetapi tidak dengan orang Cina di Malaysia. Jawabnya, ia terletak pada kepimpinan. Kepimpinan Indonesia kuat kerana mereka mendapat kemerdekaan tanpa di beri syarat oleh penjajah tetapi di Malaysia penjajah yang menentukan format kemerdekaan. Yang keduanya ialah 'sense of power'.

DiIndonesia, 270 million adalah terlalu kuat bagi orang Cina Indonesia untuk mengambil risiko membuat desakan tetapi di Malaysia orang Cina merasakan mereka mempunyai kekuatan yang agak kuat untuk membuat desakan. Oleh itu boleh dikatakan aktivism masyarakat Cina di negara luar bergantung kepada kekuatan pemimpin politik negara dan kekuatan rakyat tempatan. Sikap Singapura terhadap Malaysia dan Indonesia dalam politik sekarang pun berbeza. Orang Cina di USA dan Australia, di zaman awal penghijrahan orang Cina, dilayan semacam hamba. Sikap 'White Power' telah menyekat masyarakat Cina dari membuat desakan dan ramai berhijrah kenegara lain.

Politik orang Cina di Malaysia selepas 50 tahun mula 'daring' dan 'adventurous'. Desakan dari DAP, MCA telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga tuan rumah merasa letih. Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina seperti kapal selam di laut. Kadang-kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan engin lawan dan kadang-kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Rasuah dan kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencatur politik mereka.

Namun masyarakat Melayu bukannya statik dan mereka juga 'evolve politically' dan 'economically' dengan secara agressive. Sekarang sudah timbul ketidakpuasan yang tinggi terhadap kepimpinan Melayu yang ada tetapi orang Melayu lebih berhati hati membuat perubahan kerana takut perubahan akan membawa satu akibat yang lebih mudharat kepada kuasa politik mereka. Yang ketara nya, kebangkitan Islam dan ummat di seluruh dunia ekoran penjajahan Barat kali kedua terhadap dunia Islam telah memberi mereka 'wake up call' untuk mengetahui kawan dan lawan dan untuk berdikari dalam menentukan nasib mereka di bumi mereka sendiri. Sebarang percaturan foolish dan bodoh dari masyarakat Cina Malaysia akan membawa natijah buruk kepada Malaysia dan semua tidak mahukan nya.

Satu perjuangan

Sebenarnya dalam konteks politik negara sekarang, orang Melayu perlu sedar akan mainan politik khususnya kaum Cina. Bidang Ekonomi dan pendidikan yang menjadi teras dalam sesebuah negara telahpun dikuasai oleh kaum Cina cuma kuasa politik masih lagi belum dikuasai. Perbalahan yang berlaku di antara pimpinan Melayu/Islam termasuk UMNO, PAS serta PKR (yang dipimpin oleh Melayu/Islam tapi bawa perjuangan Melayu/Islam?) hanya akan menguntungkan kaum Cina dan India.

Bukan bermaksud untuk bersifat perkauman tetapi sifat dan budaya Melayu yang menjadi tunjang pembinaan negara Malaysia semakin terhakis. Inilah yang sebenarnya yang mereka mahukan sebenarnya, dengan menghilangkan pengaruh Melayu dalam apa jua dasar dan kepentingan negara.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Disember 12, 2009

Adakah DAP Parti Pelbagai Kaum?





















Benarkah hipotesis bahawa Pilihan Raya Umum Ke-12 telah mengubah landskap politik Malaysia secara monumental dengan menjadikan parti-parti politik yang berasaskan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC tidak lagi relevan?

Untuk mengesahkan kebenaran atau kepalsuan hipotesis itu, maka rakyat Malaysia perlu mengkaji sama ada parti-parti yang hari ini mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum adalah tulen dakwaannya dan bukan semata-mata bersifat pelbagai kaum secara kosmetik.

Oleh itu mari kita meletakkan sebuah parti politik tempatan yang amat gah mendakwa bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa bahawa ia adalah parti politik untuk semua kaum di Malaysia di bawah mikroskop sebagai bahan kajian. Parti yang dimaksudkan adalah Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Slogan Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia adalah asas perjuangan DAP. Di bawah konsep ini DAP menentang hak istimewa yang berasaskan kaum dan memperjuangkan sistem meritokrasi di mana pembahagian sumber hendaklah kepada individu yang terbaik, paling berkebolehan, rajin dan yang tercekap.

Sekali pandang amat muluk matlamat perjuangan DAP, namun kita harus mengkaji sama ada kemulukan slogan memperjuangkan kepentingan semua kaum diikuti dengan pelaksanaanya. Pertama mari kita lihat sama ada dilihat dari segi keahliannya DAP memenuhi kriteria pelbagai kaum atau hanya beretorik.

Statistik menunjukkan bahawa pecahan penduduk Malaysia mengikut kaum adalah 65.1 peratus daripada etnik Melayu dan bumiputera, 26 peratus etnik Cina dan 7.7 peratus etnik India. Maka untuk sesebuah parti mengaku bersifat pelbagai kaum parti berkenaan haruslah tidak mempunyai keanggotaan satu kaum melebihi 50 peratus dari keseluruhan keahlian parti tersebut. Oleh kerana tidak ada sebarang statistik pecahan keahlian DAP mengikut kaum, maka kita boleh membuat ujian terhadap sifat kepelbagaian DAP dengan meninjau barisan kepemimpinannya.

Kajian yang dibuat berdasarkan maklumat yang terkandung di laman web DAP menyaksikan dari 30 orang ahli jawatankuasa pusatnya, 22 (73 peratus) adalah terdiri daripada kaum Cina, 6 (20 peratus) adalah kaum India dan hanya 2 (7 peratus) adalah orang Melayu. Jelas barisan kepemimpinan DAP tidak membuktikan ia sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum.

Untuk berlaku adil kepada DAP oleh kerana dari segi statistik kepemimpinannya DAP tidak membayangkan ia sebuah parti politik untuk semua kaum di Malaysia, maka marilah kita melihat pula kepada corak perjuangan parti berkenaan manalah tahu jikalau perjuangannya membuktikan ia sebuah parti untuk semua kaum sepertimana slogannya Malaysia untuk orang Malaysia. Sudah tentu semua rakyat Malaysia bermaksud untuk orang Melayu, kaum bumiputera, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia.

Persepsi

Tetapi apabila melihat isu-isu yang diperjuangkan parti DAP akan semakin terbukti bahawa bagi DAP slogan Malaysia untuk orang Malaysia tidak termasuk untuk orang Melayu. Persepsi ini timbul kerana apa yang dilihat sebagai penentangan DAP terhadap segala simbol kemelayuan yang terdapat kehidupan bernegara kita.

Contohnya keputusan memakai atau tidak memakai songkok telah dijadikan polemik oleh DAP. Perkara ini berlaku walaupun memakai songkok telah menjadi sebahagian pakaian formal bagi majlis yang melibatkan raja-raja Melayu sebagai tanda kesopanan. Persepsinya DAP melihat songkok sebagai tanda dominasi orang Melayu.

Walaupun setelah menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran di Selangor dan Perak ( negeri beraja ) di mana anggota DAP yang menjadi anggota pentadbiran terpaksa memakai songkok namun masih terdapat penentangan seperti yang berlaku di Johor.

Soalan cepu emas yang perlu ditanya oleh orang Melayu dan perlu dijawab secara jujur oleh DAP ialah adakah pernah pada sebarang masa badan pembuat dasar tertinggi DAP iaitu Jawatankuasa Pusatnya mengeluarkan arahan melarang pemakaian songkok, adakah larangan ini masih berkuat kuasa dan kenapa ia berlaku. Begitu juga tindakan DAP yang lantang menentang sebarang usaha untuk mengkelaskan Malaysia sebagai negara Islam walaupun Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia.

Kenapa terdapat kedegilan di pihak DAP untuk terus mempertahankan status Malaysia sebagai negara sekular? Selain usaha untuk menyempitkan signifikan peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan DAP juga menentang peruntukan Perkara 121 (1A) yang tidak membenarkan campur tangan mahkamah sivil di dalam apa yang menjadi bidang kuasa mahkamah syariah. Kedua-dua peruntukan perlembagaan ini menjadi teras kepada status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan sekolah kebangsaan adalah sekolah untuk semua kaum DAP dikenali sebagai parti yang paling lantang memperjuangkan bahasa dan sekolah Cina. Begitu kerasnya pendirian DAP di dalam persoalan bahasa dan pendidikan ini sehingga mereka menentang pengajaran matapelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan penubuhan sekolah wawasan yang pernah dicadangkan kerajaan satu ketika dahulu.

Bukan sahaja kepentingan agama, bahasa dan pendidikan orang Melayu tidak diperjuangkan oleh DAP malah ia ditentang hebat oleh parti berkenaan. Begitu juga hak-hak istimewa orang Melayu juga ditentang oleh DAP kerana hak istimewa orang Melayu ini disifatkan sebagai antimeritokrasi.

Penentangan ini berlaku walaupun hak-hak istimewa ini telah terbukti berjaya membantu orang Melayu dan bumiputera untuk memperoleh sedikit keadilan sosial. Begitu antiDAP kepada hak-hak istimewa orang Melayu sehinggakan walaupun hanya 30 peratus pemilikan ekuiti negara disasarkan untuk orang Melayu, telah diasak dengan begitu hebat oleh DAP.

Hakikatnya hari ini majoriti 65.1 peratus (orang Melayu) penduduk Malaysia hanya menguasai 19.4 peratus kekayaan negara berbanding minoriti 26 peratus rakyat Malaysia (kaum Cina) yang menguasai 42.4 peratus. Nampaknya kejayaan yang sedikit ini pun hendak dicemburui dan mahu dihapuskan. Bagi DAP sebarang kejayaan orang Melayu akan dikaitkan dengan faktor rasuah atau pilih kasih bukannya usaha kaum tersebut.

Terbukti dari semua segi sama ada statistik kepemimpinan mahukan corak perjuangannya DAP bukanlah parti untuk semua kaum apatah lagi untuk orang Melayu. DAP adalah sebenarnya sebuah parti untuk orang Cina. Tanggapan terhadap DAP juga sebagai parti yang secara agresif memperjuangkan kepentingan untuk semua ras sebenarnya hanyalah ilusi.

Menggunakan kriteria ujian yang sama terhadap parti-parti politik lain di Malaysia yang juga mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum sepertimana ujian kriteria yang digunakan terhadap DAP maka kita boleh menyimpulkan bahawa dakwaan landskap politik berhubung peranan ras yang dikatakan berubah pasca-Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebenarnya lebih bersifat indah khabar dari rupa.

Amat perlu bagi parti-parti politik Malaysia duduk semeja dan merangka satu tata etika agar mereka tidak terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung untuk menipu rakyat dalam konteks sifat kepelbagaian kaum.

Salah satu tataetika utama yang harus di persetujui semua adalah mana-mana parti politik yang ingin mendakwa bahawa mereka bersifat pelbagai kaum tidak boleh mempunyai dominasi keahlian sesuatu kaum melebihi 50 peratus sama ada dari segi ahli mahupun barisan kepemimpinannya, parti yang mendakwa bersifat pelbagai kaum juga perlu melambangkan komitmen berkenaan di dalam platform dasar mereka. Jika tidak dapat memenuhi syarat-syarat ini maka sebarang parti politik hendaklah dilarang daripada menggunakan label pelbagai kaum.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Disember 11, 2009

Apa Lagi Yang Bukan Melayu Mahu Dari Orang Melayu!

Sejak dari selesai PRU ke-12 yang lepas dan sepertimana yang kita ketahui akan keputusannya dimana lima negeri telah jatuh ketangan pembangkang, kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu. Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO didalam Barisan Nasional. Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku didalam senario politik negara.

Penulis tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, dimanakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh dibelakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang. Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan Barisan Nasional jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Dimanakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk selama ini sejak dari merdeka lagi diantara semua parti-parti komponen Barisan Nasional. Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan dari orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah perolehi dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini. Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu?

Ingatlah kaum bukan Melayu,orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri. Orang Melayu tidak mahu hidup merempat ditanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta apa-apa dari bukan Melayu. BN yang ditunjangi oleh UMNO telah berusaha merangka berbagai polisi untuk menaikan taraf hidup orang Melayu sejak merdeka disamping tidak mengabaikan hak-hak kaum lain. Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah-sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.

Ingatlah kaum bukan Melayu, tidak ada didalam dunia ini manusia yang begitu baik bernama “ Melayu “ yang sanggup menerima kaum-kaum pendatang ini sebagai warganegara setelah negara mencapai kemerdekaan. Tanah Melayu tidak meletakkan apa-apa syarat kepada kaum bukan Melayu untuk menerima mereka sebagai warganegara Tanah Melayu. Malah mereka bebas mengamalkan adat resam mereka selepas merdeka.

Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayai hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu. Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya. Bagaimana pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang rata-ratanya orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah.

Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia sepertimana yang ada pada masa ini. Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu diatas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara? Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah.

Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri. Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian dari tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar “ tuan “.

Maka tidak perlulah bukan Melayu terus mempersoalkan akan Ketuanan Melayu kerana semuanya sudah termaktub didalam perlembagaan. Boleh dikira dengan jari berapa ramai perajurit yang berpangkat rendah dari kalangan bukan Melayu kecuali bumiputra dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat didalam pasukan angkatan tentera Malaysia. Kalau mereka benar-benar sayangkan negara mengapa mereka tidak mahu menyertai angkatan tentera Malaysia bermula dari pangkat paling bawah. Kalau adapun yang mahu menyertai ,mengapa mereka cuma memilih untuk pangkat-pangkat atasan sahaja. Apakah jijik sangat pangkat bawahan itu?

Mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup menggalas tangungjawab ini meninggalkan anak dan isteri serta keluarga berada didalam hutan atau disempadan untuk menjaga keselamatan negara sedangkan kaum bukan Melayu yang mendabik dada mengatakan yang mereka juga adalah “ tuan” kepada tanah air ini duduk bersenang lenang dengan rumah besar, kereta mewah dan segala kemewahan yang lain. Sanggupkah mereka yang bongkak dan lupa daratan ini berada bersama-sama perajurit Melayu didalam hutan demi menjaga keselamatan negara? Dimanakah bukan Melayu bila setiap tahun Tabung Rayuan hari Pahlawan dilancarkan? Berapa ramai yang sanggup menderma bagi membantu ahli-ahli keluarga perajurit yang daif ataupun yang terkorban semasa menjalankan tugas?

Begitu juga dengan tugas-tugas menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Berapa ramaikah bukan Melayu yang mahu menjadi konstabel Polis? Mengapa jika ada cuma memilih pangkat atasan sahaja. Adakah pangkat bawahan ini untuk orang Melayu sahaja? Bukankah soal keamanan adalah tanggungjawab bersama. Malah ada ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kredibiliti anggota polis dalam menjaga keamanan negara. Sepatutnya sebagai rakyat dan pembangkang, beliau menyeru kepada bukan Melayu untuk menganggotai pasukan polis bagi sama-sama menjaga keamanan. Ini tidak, malah mempersalahkan pasukan polis dengan kadar jenayah yang tinggi sekarang.

Bagi penulis tanggungjawab pasukan Polis adalah seperti berat mata memandang, tetapi lebih berat bahu yang memikul . Cuma yang faham sahaja yang akan menghormati kerja-kerja yang ditanggung oleh pasukan Polis. Adakah tugas-tugas menjaga keselamatan dan keamanan terletak dibahu orang Melayu sahaja sedangkan kaum bukan Melayu sibuk menghimpun harta kekayaan. Adakah bukan Melayu pernah bersyukur dengan kenikmatan dan hidup senang lenang mereka sekarang adalah hasil dari susah payah orang Melayu yang menjadi pewaris kepada bumi tercinta ini.

Jika bukan Melayu masih lagi mempersoalkan tentang Ketuanan Melayu, adalah lebih baik mereka cermin dulu diri masing-masing tentang asal-usul mereka. Hayati apa itu kontrak sosial, apa itu rukun negara dan apa yang termaktub dan terkandung didalam perlembagaan. Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr,Nazrin tidak lama dahulu:

Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘ Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung ‘.

Sama-samalah kita renungkan.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Disember 07, 2009

Adakah PAS Juga Penjahanam Agama Dan Bangsa!





















Banyak perkara berkenaan dengan perjuangan Pas disembunyikan. Penyokong atau pengikut parti itu sebenarnya telah dibutakan mata dan hati hingga menjadikan mereka kelompok manusia yang begitu mudah diheret ke mana sahaja.

Ramai penyokong Pas tidak tahu dengan jelas perlembagaan parti yang disokongnya melainkan melalui mendengar apa-apa yang disyarahkan kepada mereka saja. Kadang-kadang apa yang disyarahkan itu tidak begitu menepati sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan parti berkenaan.

Perlembagaan Pas, Perlembagaan Pindaan 1987 Fasal 6 (7), (8) dan (9). Pindaan pada tahun 1977, Fasal 6 (7) mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal dalam amalannya, di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

Perkara (7) diubah kepada mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya, Pas menggugurkan perkataan kebangsaan kerana kebangsaan diberi makna asabiah oleh Pas.

Perkara (8) diubah kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam sebagai ganti kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu yang tidak berlawanan dengan ajaran Islam.

Perkara (9) memperjuangkan hak-hak kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra dalam usaha mencapai cita-cita keharmonian antara kaum dalam pindaan 1987 diubahkan kepada memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

Berdasarkan perlembagaan Pas, tidak ada peruntukan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Ini bermakna bahawa tidak ada hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Justeru, tidak ada lagi apa yang disebutkan pada hari ini sebagai Ketuanan Melayu.

Malahan dilaporkan sebuah akhbar (15 September 1985), Pas berjanji dengan masyarakat Tionghua Terengganu pada 14 September 1985 bahawa Pas akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu jika mereka berkuasa.

Kalau dalam perlembagaan sebelum pindaan 1987 ada peruntukan untuk bangsa Melayu, misalnya dalam hal kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam, dalam pindaan 1987 tidak ada lagi yang berhubung dengan Melayu.

Fasal 6 Perkara (11) melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan Pas ke dalam dan ke luar. Jelas dalam perkara tersebut tercatat bahawa Pas juga tunduk dan akur kepada Perlembagaan Malaysia.

Adakah rakyat masih ingat gara-gara mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad mengumumkan untuk berundur keluar dari UMNO, seolah-olah ianya memberi satu rahmat kepada Pakatan Rakyat terutamanya Pas. Mereka mula memasang angan-angan untuk menubuhkan kerajaan baru jika Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO tumbang. Mereka berharap UMNO akan terus bergolak dengan masalah dalaman mereka.

Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan yang Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip “kontrak sosial” sekiranya mereka dapat mengambil alih tempat BN untuk memerintah negara. Beliau menegaskan pendirian itu berasaskan kepada “kontrak sosial” yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.

Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi. Tetapi tidak berani pula menyebut untuk menubuhkan Negara Islam Pas. Katanya, Pas akan terus mempertahankan kontrak sosial yang diasaskan semasa negara merdeka, Islam serta bahasa Melayu di samping masalah perpaduan rakyat pelbagai kaum mesti diselesaikan dengan adil dan bukan secara perkauman.

Pelik tapi benar. Sejak bila pula Presiden Pas itu pandai berbicara tentang kontrak sosial? Asas pembentukan negara ini berpaksikan kepada kontrak sosial seperti bahasa kebangsaan sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumi dijamin oleh perlembagaan, serta kerjasama parti-parti politik antara kaum-kaum terbesar melalui gagasan BN serta adanya pengiktirafan terhadap DPK dan DEB oleh pelbagai kaum semasa pembentukannya dahulu. Tidakkah semuanya ini bercanggah dengan perlembagaan parti Pas yang dipinda oleh mereka sendiri?

Adakah kita telah lupa semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004.

Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi. Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum".

Inilah sebenarnya perjuangan kabur Pas yang hanya pandai berkata-kata. Mereka begitu bijak menutupi segala kelemahan yang ada di samping sering menuding jari mencari kesalahan orang lain. Rakyat tidak seharusnya terus membiarkan diri terperangkap dengan helah politik Pas ini. Jika rakyat dari sekarang terus leka dan tidak berhati-hati ketuanan Melayu akan hancur dan agama Islam sukar dipertahankan.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Disember 04, 2009

Tumpuan kepada kuasa, parti politik Islam bergolak !

Pergolakan politik dalam dunia Islam masa kini sukar untuk diatasi kerana umat Islam sudah jauh terpesong daripada garis panduan Islam. Politik jika tidak didasarkan kepada prinsip dan konsep perjuangan menegakkan keamanan, keadilan dan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi adalah mudah terpesong kepada perjuangan politik berteraskan kekuasaan dan kebendaan.

Prinsip dan konsep perjuangan yang berteraskan kepentingan rakyat dan negara perlu ditanam dalam jiwa setiap ahli politik dalam negara Islam. Apabila pemikiran dan jiwa pemimpin politik disematkan dengan semangat memperjuangkan nasib bangsa dan agama maka mereka akan bertolak ansur dalam pelbagai aspek berkaitan dengan kepentingan negara dan agama tanpa menghiraukan kepentingan peribadi.

Kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab dan nasib yang akan menimpa anak bangsa pada masa akan datang boleh membangkitkan semangat wira dalam jiwa setiap ahli politik beragama Islam. Apabila jiwa mereka telah dibangkitkan dengan semangat wira maka mereka akan menumpukan sepenuh perhatian kepada objektif perjuangan mereka dalam arena politik. Kesedaran begini kurang wujud dalam jiwa dan pemikiran kebanyakan pemimpin politik dalam dunia Islam.

Politik dalam dunia Islam semakin hari kian bergolak kerana dalam pertarungan politik konsep 'menang' merupakan matlamat perjuangan. Apabila konsep ini dijadikan sebagai matlamat perjuangan ahli-ahli politik maka mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapat kemenangan tanpa melihat kepada kesan dan risiko yang akan mereka hadapi apabila kuasa berada dalam tangan.

Konsep 'menang atau berjaya dalam pertarungan' sepatutnya dilihat dalam perspektif yang boleh menguntungkan bangsa, agama dan negara. Realiti yang jelas kelihatan masa kini ialah kemenangan yang dicapai oleh parti-parti politik Islam lebih menjurus kepada penghakisan kuasa dan kewibawaan umat Islam dan bangsa. Setiap parti politik lebih menumpukan perhatian kepada kemenangan yang hanya dapat bertahan dalam jangka masa singkat.

Ini disebabkan ahli-ahli politik beragama Islam kurang menumpukan perhatian kepada pergolakan dan pertelingkahan sesama umat Islam. Pergolakan dalam politik umat Islam bukan sahaja memusnahkan kewibawaan bangsa dan agama malah ia juga membangkitkan semangat pergaduhan dan dendam kesumat sehingga ke tahap yang boleh memporak-perandakan parti politik mereka sendiri.

Paling memalukan ialah ahli-ahli politik yang memperjuangkan objektif parti yang sama bertarung untuk mendapat kemenangan sehingga ke tahap yang paling serius. Keadaan ini melambangkan bahawa ahli-ahli politik umat Islam kurang peka terhadap akhlak dan budaya berpolitik. Ini merupakan salah satu faktor yang boleh memusnahkan sebuah parti politik yang berwibawa.

Perselisihan ketika berebut jawatan tertentu dalam parti politik boleh diibaratkan seperti orang lapar berebut makanan ketika berada dalam suasana negara ditimpa bencana alam. Apabila suasana begini dipertontonkan kepada rakyat maka timbul persoalan, apakah yang diperjuangkan oleh ahli-ahli politik Islam dalam negara mereka?

Jika sikap dan mentaliti begini dipertontonkan kepada rakyat maka secara spontan mereka boleh menilai dan memahami matlamat perjuangan ahli-ahli politik bukan lagi berjuang untuk bangsa, agama dan negara, tetapi untuk kepentingan diri dan kebendaan.
Sikap perjuangan begini menyebabkan umat Islam hilang arus ketika bertarung untuk mendapat kuasa. Mereka tidak menghiraukan tentang hakikat kelemahan diri mereka dalam soal kepimpinan dan pentadbiran negara.

Pemikiran mereka disemat dengan ideologi kekuasaan yang dianggap sebagai satu kenikmatan yang berbentuk syurga dunia dan mampu menyumbang kekayaan dan kemewahan dalam sekelip mata. Ideologi begini menghumban ahli-ahli politik Islam dalam kancah permusuhan yang berkekalan. Perasaan dendam kesumat menjadi sebati dalam pemikiran dan hati nurani mereka.

Kejahilan dan kelemahan diri dalam kepimpinan tidak pernah dijadikan sebagai satu cara untuk menundukkan diri supaya menginsafi bahawa diri mereka tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana kewibawaan mereka dalam soal ini adalah terlalu tipis dan tidak berkemampuan.

Apabila perkara ini menjadi lumrah hidup ahli-ahli politik maka kepimpinan dalam negara Islam menjadi semakin pudar dan sistem kepimpinan dan pentadbiran negara menjadi kian lemah. Akhirnya negara boleh dikuasai oleh orang asing akibat kurang matang dalam arena politik.

Oleh itu ahli-ahli politik Islam perlu bermuhasabah dan memperakui kelemahan diri ketika berjuang dalam parti politik. Penilaian dan kehebatan dalam kepimpinan dan pentadbiran hanya dapat dinilai oleh Allah kerana Dia mengetahui isi hati manusia dan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan kewibawaan agama, bangsa dan negara. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Disember 02, 2009

Artikel Pilihan : Hadi salahkan penasihat Nik Aziz isu lantik menantu!

Presiden PAS menyalahkan penasihat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang gagal memberikan "nasihat undang-undang dan politik" yang betul sehingga menjerumuskan menteri besar itu dalam kontroversi dakwaan mengamalkan kronisme.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Nik Abdul Aziz, sebagai pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), "telah menjalankan pelantikan yang ikhlas" apabila menaikkan Abdul Ariffahmi Abd Rahman, seorang menantunya, sebagai ketua PMBK.

"Apa yang kurangnya ialah mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Tok Guru," kata presiden PAS hari ini. "Kita dapati bahawa selama 19 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, Tok Guru selaku menteri besar dan ahli keluarganya tidak pernah mengambil peluang dari jawatan yang diamanahkan ini."

Abdul Hadi, yang turut campur tangan dalam kontroversi itu sehingga mendorong Abdul Ariffahmi digugurkan sebagai ketua pegawai eksekutif PMBK, mengulas isu tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan ini yang disiarkan di akhbar web rasmi parti dipercayai sebagai menjawab serangan media dan pemimpin Umno terhadap Nik Abdul Aziz, juga mursyidul am parti itu, yang dituduh mengamalkan pilih kasih kepada anggota keluarga sendiri.

Abdul Hadi bagaimanapun tidak menyebut pihak yang dituduh memberikan nasihat yang salah kepada tokoh besar PAS itu, sama ada pegawai tinggi kerajaan atau barisan pemimpin kanan kerajaan negeri itu. Sewaktu mengumumkan keputusan mesyuarat bersama Abdul Hadi pada 23 November lalu, Nik Abdul Aziz dilaporkan mengarahkan menantunya itu berbuat demikian demi "menjaga nama baik kepimpinan Islam khususnya PAS."

"Dulu masa saya lantik beliau, ada penasihat undang-undang, beliau tidak komen apa. Jadi saya lantik. "Nanti untuk elak fitnah melalui bermacam saluran seperti surat layang jadi tidak mahu fitnah ini berkembang," beliau dipetik berkata. Abdul Hadi, juga ahli parlimen Marang, menyifatkan tindakan Nik Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas bermesyuarat dengan barisan pemimpin kanan parti sebagai "satu tanda keikhlasan dan jiwa besar" menteri besar itu.

"Sifat berjiwa besar ini juga ditunjukkan oleh seluruh ahli keluarga beliau yang bersabar dengan ujian yang dan ini sangat berbeza dengan konsep kronisme yang diamalkan oleh kerajaan BN yang tidak boleh dirombak dan dirungkaikan," katanya lagi. Selain Abdul Hadi, pemimpin lain yang turut hadir dalam mesyuarat bersama Nik Abdul Aziz sebelum peletakan jawatan Abdul Ariffahmi: Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung PAS Dr Hatta Ramli. - MK

Suara Politik
Taminsari