Selasa, Ogos 31, 2010

Salam Kemerdekaan : Kemerdekaan menuntut keinsafan anak bangsa !



























Dalam suasana kemerdekaan yang disambut hari ini, orang Melayu yang berpecah belah, masih belum dapat ditautkan semula. Ini adalah suasana yang amat malang bagi bangsa Melayu kerana kedudukan mereka sebagai tulang belakang bangsa Malaysia. Bolehkan kita mengatakan bahawa orang Melayu sebagai masyarakat berwawasan sedangkan mereka sendiri terus berpecah belah.

Orang Melayu mempunyai sikap prejudis sesama sendiri. Daripada kata-kata, mereka dilihat tidak jujur sesama sendiri hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza walaupun seagama. Di depan cakap lain, di belakang cakap lain. Hari ini puji, esok dikeji. Bila mereka bercakap di khalayak ramai orang mula melemparkan kata-kata mereka bercakap lain di mulut, lain pula di hati. Jika orang yang dihormati bercakap berbelit-belit, bagaimana ia boleh menjadi teladan kepada bangsa dan seagama. Inilah dilema orang Melayu hari ini.

Usaha mengisi kemerdekaan, tidak ada hadnya. Ia perlu diteruskan hingga kepada generasi akan datang walaupun ketika itu sejarah negara zaman silam sudah ditinggalkan jauh. Jika sejarah hari ini yang dijadikan sandaran, bermakna bangsa Malaysia hanya melihat kepada pergolakan bangsa Malaysia yang berlaku di depan mata kita hari ini. Itulah sebabnya dalam apa keadaan sekali pun, apabila tiba bulan kemerdekaan nama-nama pemimpin negara bermula daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disebut kerana setiap mereka mempunyai peranan membina bangsa dan negara.

Begitu juga dengan pemimpin hari ini dan mereka yang akan mewarisi pimpinan negara pada masa akan datang, tetap disanjung. Setakat ini, semua pemimpin yang menerajui negara mempunyai jasa kepada negara berasaskan kepada waktu dan ketika pentadbiran mereka. Semua mereka menyambung tugas menyedarkan rakyat supaya memahami erti kemerdekaan. Bagaimana keadaan negara pada 50 tahun akan datang. Dari segi fizikalnya, kita yakin Malaysia akan lengkap serba serbi. Isunya ialah bagaimana pemikiran rakyat Malaysia pada 2057 nanti, apabila negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-100 tahun nanti.

Setakat ini, sejarah menyaksikan betapa kepemimpinan Umno masih berjaya menerajui perjuangan mencapai kemerdekaan dan mengurus cabaran kemerdekaan. Untuk 50 tahun akan datang, pastinya ia bermula hari ini.

" 1 Malaysia Menjana Tranformasi "

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-53 dan Salam Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Ogos 30, 2010

Menjelang kemerdekaan, Malaysia di hina sebegitu rupa oleh negara sahabat!

Ibarat kacang lupakan kulit ataupun madu diberi tapi tuba dibalas, mungkin inilah kata-kata perumpamaan yang sesuai kita berikan kepada negara sahabat bangsa serumpun iaitu Indonesia. Adakah kita masih ingat diatas kebijaksanaan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menangani krisis ekonomi dan matawang pada penghujung tahun 90an dimana, walaupun negara kita sendiri kuat terkena tempiasnya tetapi kita masih berupaya meringankan beban negara-negara sahabat seperti Thailand dan Indonesia dengan memberikan bantuan kewangan kepada mereka sebelum negara-negara tersebut mendapat bantuan dari IMF.

Pun begitu apabila setiap kali negara Indonesia dilanda malapetaka seperti gempa bumi dan juga tsunami, Malaysialah diantara negara pertama yang akan menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan ataupun bentuk bantuan kemanusiaan. Walaupun kita pernah diherdik ( helikopter TUDM pernah dibaling batu ketika hendak mendarat semasa menghantar bantuan ) namun atas semangat setiakawan tanpa menghiraukan herdikan itu kita terus menghulurkan bantuan.

Begitu kuat semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia untuk membantu negara sahabat. Ringan sama-sama dijinjing dan berat sama-sama dipikul dan mungkin disebabkan itu lah rakyat Malaysia begitu perihatin setiap kali negara-negara sahabat dilanda musibah dan malapetaka semata-mata tidak sanggup untuk melihat sahabat-sahabat kita menanggung penderitaan . Walaupun kadang-kadang kitapun serba kekurangan, tetapi apabila mengenangkan sahabat kita sedaya-upaya cuba membantu.

Mungkin sudah resam manusia tidak pernah cukup atau bersyukur dengan apa yang diberi dan dibantu! Madu diberi, tapi tuba yang dibalas. Kita tidak pernah mengharapkan sebarang balasan tentang apa sumbangan-sumbangan yang telah diberikan selama ini malah tidak pernah mengungkit satu sen pun segala bantuan yang pernah diberikan, tetapi cukuplah sekadar menghormati kedaulatan negara kita.

Amat sedih dan pilu di bulan kemerdekaan apabila melihat Jalur Gemilang dipijak-pijak dan dibakar sedemikian rupa! Apakah tidak ada langsung rasa bersalah dikalangan rakyat Indonesia yang melakukan perbuatan keji itu? Begitu membuak-buak api kemarahan mereka terhadap negara kita semata-mata dengan penahanan tiga pegawai penguat kuasa KKP mereka diperairan kita. Pada masa yang sama 7 nelayan kita juga ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia. Mungkin kebanyakan mereka tidak tahu akan perkara yang sebenar berlaku, tetapi tindakan mereka “ menghina kedaulatan “ Malaysia tidak dapat diterima sama sekali.

Walaupun dengan semangat setiakawan iaitu hubungan diplomatik baik diantara kerajaan Malaysia dan Indonesia perkara ini sudah dapat diselesaikan dengan baik ,namun sikap segelintir rakyat Indonesia yang masih mahu merusuh dihadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta tidak dapat diterima sama sekali. Dimana kewarasan berfikir segelintir rakyat Indonesia yang melakukan demostrasi di hadapan Kedutaan Malaysia dengan menghumban najis manusia didalam kedutaan dan juga memijak-mijak dan membakar Jalur Gemilang!

Apakah ada tangan-tangan ghaib yang cuba mengeruhkan keadaan dengan melaga-lagakan kedua-dua negara sahabat. Tidak cukup dengan itu malah mereka juga cuba melakukan apa yang dikatakan “ sweeping Malaysia “ iaitu tindakan mengusir rakyat Malaysia yang berada di sana sehingga membuatkan kedutaan Malaysia mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada seluruh rakyat Malaysia. Begitu juga rakyat negara ini yang hendak melancung ke Indonesia! Ini membuatkan rakyat kita disana berada didalam ketakutan.

Hanya dengan penahanan tiga pegawai penguat kuasa KKP Indonesia di perairan Malaysia dan menuduh Malaysia melanggar kedaulatan Indonesia oleh segelintir rakyat mereka hilang kewarasan, tetapi bagaimana pula dengan ratusan ribu malahan mencecah 1 juta rakyat yang menceroboh memasuki negara ini semata-mata hendak mencari rezeki tanpa mempunyai apa-apa dokumen perjalan yang sah! Pernahkah mereka melihat rakyat Malaysia membantah atau melakukan demo apabila melihat begitu ramai rakyat Indonesia yang berada di negara ini secara haram.

Sepertimana yang kita tahu kebanyakan dari mereka masuk ke perairan negara ini secara “ gelap”‘ atau haram melalui tekong-tekong haram. Bukan kah ini juga sudah melanggar kedaulatan negara Malaysia? Disini kita melihat pula bagaimana kewarasan rakyat Malaysia berfikir tanpa mengikut emosi dan kita tidak terikut-ikut untuk bertindak balas! Kerana apa, kerana kita tahu sebagai sebuah negara sahabat serumpun, kita perihatin dengan masalah ekonomi negara sahabat kita dan kita perlu bantu.

Kita cuba membantu setakat yang kita mampu dan kita galakkan mereka memasuki negara ini untuk memenuhi permintaan buruh dan juga sector-sektor perkhidmatan yang lain. Yang mana masuk secara haram, kita melakukan pemutihan supaya mereka ada dokumen perjalanan yang sah semasa berada di sini. Mungkin ini akan mengambil masa apabila melihat ratusan ribu yang masih tidak ada dokumen yang sah, tetapi kita akan lakukan sedikit-demi sedikit.

Walaupun kedatangan mereka-mereka yang secara haram masuk ke sini boleh menambahkan lagi masalah sosial seperti melakukan kerja-kerja yang tidak sepatutnya mereka lakukan seperti merompak, menyamun, membunuh dan lain-lain lagi, namun kes mereka adalah terpencil. Kita yakin dengan kemampuan Polis DiRaja Malaysia, perkara ini dapat diatasi dengan baik.

Cuma yang kita harapkan kepada rakyat Indonesia yang datang mencari rezeki di negara ini tidak kira secara sah dan haram, sebagai ‘ tetamu’ diharap dapat menghormati ‘ tuan rumah’. Dan kepada segelintir rakyat Indonesia yang masih berdemo dihadapan kedutaan Malaysia di Jakarta berfikirlah dengan waras. Jangan terikut-ikut dengan emosi anda.

Carilah musuh sebenar anda dan yang pastinya bukan Malaysia. Ada yang mahu melihat dan melaga-lagakan kedua-dua negara bersahabat dan bangsa serumpun ini. Cukuplah, jangan ada lagi Negara Islam yang bakal akan hancur disebabkan perasaan irihati. Semuanya ini adalah permainan Yahudi yang mahu melihat negara-negara Islam di porak perandakan secara halus. Jangan disebabkan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Menang menjadi arang, kalah menjadi abu. Fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Ogos 27, 2010

Punca ketuanan Melayu diperlekeh!
















Sejak selesai Pilihan Raya Umum Ke-12 dan seperti mana yang kita ketahui akan keputusannya di mana lima negeri dikuasai pembangkang, kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu.

Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku dalam senario politik negara.

Penulis tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, di manakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh di belakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang.

Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan BN jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Di manakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk sejak merdeka lagi di antara parti komponen BN? Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan daripada orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah peroleh dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini.

Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu? Ingatlah kaum bukan Melayu, orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri.

Orang Melayu tidak mahu hidup merempat di tanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap mereka menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.

Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayakan hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu. Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya.

Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia seperti yang ada pada masa ini. Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu di atas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara?

Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah!

Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri.

Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian daripada Tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar “tuan”.

Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak daripada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin sebelum ini:

"Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung’." Sama-samalah kita renungkan.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Ogos 23, 2010

Kemerdekaan menuntut keinsafan anak bangsa !

Mulai 1 Ogos lalu, negara memasuki bulan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Ini adalah kali ke-53 negara menyambut ulang tahun kemerdekaan untuk memperingati tarikh keramat negara bebas daripada belenggu penjajah.

Walaupun bulan kemerdekaan sudah memasuki minggu ketiga, suasana kemerdekaan tidak pun dirasai, berbeza dengan suasana Ramadan, apatah lagi Aidilfitri. Ini mungkin kerana sudah terlalu banyak pesta di negara ini.

Sungguh malang kerana pada minggu kedua bulan kemerdekaan kita dikejutkan dengan kongres perniagaan Cina yang meluluskan 13 resolusi yang menyentuh hak serta keistimewaan orang Melayu seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah diminta menghentikan perbuatannya yang 'ala DAP' kerana ia hanya akan membangkitkan rasa sakit hati kaum Melayu di negara ini. Terbaru Soi Lek berkata, MCA tidak takut berkongsi pandangan dengan DAP dalam hal yang memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.

Kemudian kita dikejutkan pula oleh penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid di Pulau Pinang, baru-baru ini. ‎"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri," dan tiada doa kesejahteraan untuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.
(petikan Mingguan Malaysia 22 Ogos 2010).

Perkembangan itu amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini. Penggunaan nama ketua menteri jelas mengingkari kuasa Yang di-Pertuan Agong seolah-olah ketua menteri pula menjadi ketua agama Islam! Malah yang menyedihkan apabila Mujahid Yusof Rawa (Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang) menuduh UMNO membuat fitnah dan pembohongan mengenai nama Guan Eng digunakan dalam khutbah Jumaat pada 22 Ogos 2010 dalam Malaysiakini, PAS mudah menuduh perkara itu sebagai fitnah dan bohong.

Sewajarnya kepimpinan PAS daripada Nik Aziz hinggalah kepada PAS di peringkat negeri menyiasat perkara ini dengan telus demi untuk menjaga kesucian agama Islam bukan membela pula Guan Eng. Kalau fitnah, sila saman saksi-saksi yang mendengar khutbah tersebut. Mereka dengar dengan telinga mereka sendiri. Ini bukan fitnah, kejadian ini memang berlaku. Beginikah cara Mujahid menjaga kesucian agama Islam di Pulau Pinang? Usah berbohong untuk melindungi DAP di Pulau Pinang di bulan yang mulia ini. Akuilah mana yang salah, bukan berpolitik taat setia secara membuta tuli kepada Guan Eng. Sedarlah, DAP ada agendanya yang tersendiri di Pulau Pinang. Sanggup orang Melayu dalam PAS dan PKR jadi talibarut dan pengkhianat kepada agama dan bangsa sendiri.

Sehari demi sehari berlalu tanpa sedikit pun rakyat merasai kemeriahan suasana bulan kemerdekaan. Pada malam 31 Ogos nanti, walaupun sambutan meriah akan diadakan di tempat terpilih ( jika diadakan ), namun belum pasti roh kemerdekaan dapat menyerap ke dalam jiwa bangsa Malaysia. Ramai yang datang untuk menyambut detik-detik kemerdekaan pada malam berkenaan, adalah semata-mata untuk menyaksikan persembahan pentas, menyanyi dan menari. Pada malam itu nanti ramai anak-anak remaja mendapat pasport daripada ibu bapa untuk keluar rumah dan balik hingga lewat malam dengan alasan untuk menyambut hari kemerdekaan.

Meskipun turut melaungkan seruan “Merdeka, Merdeka, Merdeka” apabila jam tepat menunjukkan pukul 12 malam pada 31 Ogos nanti, ia hanyalah laungan bergemuruh yang tidak ada bezanya dengan laungan pada sambutan tahun baru setiap tahun di hotel-hotel dan pusat-pusat hiburan. Bagi kumpulan bersemangat kebangsaan yang tebal, keadaan ini sangat membimbangkan mereka kerana menganggap terhakisnya semangat nasionalisme bangsa. Kumpulan ini menganggap masyarakat hari ini gagal mengagumi, apatah lagi menghayati sejarah. Sekiranya mereka dipilih sebagai pemimpin akan datang, ia akan mempercepatkan proses negara tergadai dan berlaku penjajahan baru oleh kuasa-kuasa besar.

Sikap kumpulan nasionalis ini berbeza dengan golongan berfikiran liberal. Mereka tidak bimbang kepada sikap generasi hari ini kerana menganggap ia adalah perkara biasa dalam tamadun manusia. Bagi golongan ini, apa yang mereka tahu ialah kebebasan bermakna rakyat sewajar diberi hak mutlak dalam segala bidang. Kumpulan ini memandang ke depan dan mahu rakyat menguasai ilmu tanpa perlu menoleh ke belakang. Bagi mereka, jika masyarakat tidak menguasai ilmu, mereka akan ketinggalan.

Pengertian kemerdekaan mempunyai semangat dan rohnya tersendiri. Penghayatannya juga berbeza daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Bagi seseorang yang berusia 70-an ke atas hari ini, mereka adalah kumpulan yang pernah hidup pada zaman Perang Dunia Kedua yang merasai pahit getirnya kehidupan pada zaman penjajahan British. Sebelum itu, mereka juga melalui pengalaman ketika pemerintahan Jepun, makan ubi kayu bakar dan bersembunyi di bawah tanah apabila diburu pengganas Komunis. Pengalaman mereka bersekolah, jauh beza daripada anak-anak zaman moden hari ini. Berkaki ayam hingga kaki keras berkematu, adalah perkara biasa.

Bagi golongan ini, sewaktu Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan “Merdeka, Merdeka, Merdeka”, ia adalah seruan paling beremosi dan ramai yang mengalirkan air mata kerana mereka faham erti kebebasan.

Bagi mereka yang berusia 40 dan 50-an hari ini, kisah kehidupan zaman perang, pemerintahan Jepun dan penyeksaan hidup pada zaman Komunis, sudah mula menjadi cerita penglipur lara bila ayah atau datuk nenek menceritakan kisah lampau mereka sebelum ini. Kumpulan ini tidak dapat menggambarkan keadaan kehidupan zaman sebelum mereka, apatah lagi menyelami pengalaman yang dilalui datuk nenek mereka. Ketika ayah bercerita kisahnya menelaah buku di bawah lampu minyak tanah atau membeli nasi lemak dengan harga lima sen sebungkus, mereka hanya mendengarnya tanpa emosi dan simpati. Sukar bagi mereka mendalami keadaan itu yang menyebabkan perbualan ibarat percakapan antara itik dengan ayam.

Ketika tiba 31 Ogos setiap tahun, anak-anak muda hari ini juga tidak ketinggalan melaungkan ungkapan “Merdeka, Merdeka, Merdeka”, tetapi tidak siapa yang dapat membaca emosi mereka. Apakah mereka benar-benar faham erti kebebasan atau sekadar terikut-ikut dengan laungan untuk menggemakan suasana.

Anak-anak hari ini mempunyai cita-cita yang jauh berbeza daripada cita-cita dan pemikiran masyarakat pra dan pasca kemerdekaan. Keadaan ini berlaku kerana mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh luar melalui pelbagai saluran dan media. Dengan kemajuan teknologi komunikasi dan telekomunikasi, anak-anak yang berusia belasan tahun, seterusnya mereka dalam lingkungan 30-an dan 40-an, mewarisi pemikiran moden. Mereka mungkin faham bahawa sambutan Hari Kemerdekaan adalah detik memperingati kejayaan negara yang berjaya membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.

Disebabkan tidak pernah mengenal erti penjajahan, sama ada secara fizikal dan pemikiran, mereka tidak pernah menganggap mereka pernah dijajah. Pengalaman tidak pernah mengajar mereka penyeksaan hidup dijajah. Anak-anak hari ini tidak pernah merasa tidur dalam kerlipan pelita minyak tanah kerana setiap masa mereka membesar di dalam bilik berhawa dingin. Bagaimana mereka boleh memahami erti mandi di perigi, sedangkan mereka tidak pernah melihat perigi. Mereka hidup dalam zaman moden yang lama kelamaan menghakis semangat nasionalisme bangsa.

Realitinya, golongan muda hari ini mula tidak memahami erti sejarah kerana mereka belajar sejarah semata-mata untuk tujuan peperiksaan. Bagi semua bangsa Malaysia, mereka hanya akan memahami erti kemerdekaan sekiranya mereka menghayati erti keperitan hidup. Tidak salah meniupkan pemikiran serta jiwa merdeka kepada anak-anak bangsa kerana merekalah yang akan menyelamatkan negara daripada sebarang ancaman pada masa akan datang. Kemerdekaan negara akan hancur sekiranya rakyat berpecah belah.

Dalam suasana kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi, orang Melayu yang berpecah belah, masih belum dapat ditautkan semula. Ini adalah suasana yang amat malang bagi bangsa Melayu kerana kedudukan mereka sebagai tulang belakang bangsa Malaysia. Bolehkan kita mengatakan bahawa orang Melayu sebagai masyarakat berwawasan sedangkan mereka sendiri terus berpecah belah. Orang Melayu mempunyai sikap prejudis sesama sendiri. Daripada kata-kata, mereka dilihat tidak jujur sesama sendiri hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza walaupun seagama. Di depan cakap lain, di belakang cakap lain. Hari ini puji, esok dikeji. Bila mereka bercakap di khalayak ramai orang mula melemparkan kata-kata mereka bercakap lain di mulut, lain pula di hati. Jika orang yang dihormati bercakap berbelit-belit, bagaimana ia boleh menjadi teladan kepada bangsa dan seagama. Inilah dilema orang Melayu hari ini.

Usaha mengisi kemerdekaan, tidak ada hadnya. Ia perlu diteruskan hingga kepada generasi akan datang walaupun ketika itu sejarah negara zaman silam sudah ditinggalkan jauh. Jika sejarah hari ini yang dijadikan sandaran, bermakna bangsa Malaysia hanya melihat kepada pergolakan bangsa Malaysia yang berlaku di depan mata kita hari ini. Itulah sebabnya dalam apa keadaan sekali pun, apabila tiba bulan kemerdekaan nama-nama pemimpin negara bermula daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disebut kerana setiap mereka mempunyai peranan membina bangsa dan negara.

Begitu juga dengan pemimpin hari ini dan mereka yang akan mewarisi pimpinan negara pada masa akan datang, tetap disanjung. Setakat ini, semua pemimpin yang menerajui negara mempunyai jasa kepada negara berasaskan kepada waktu dan ketika pentadbiran mereka. Semua mereka menyambung tugas menyedarkan rakyat supaya memahami erti kemerdekaan. Bagaimana keadaan negara pada 50 tahun akan datang. Dari segi fizikalnya, kita yakin Malaysia akan lengkap serba serbi. Isunya ialah bagaimana pemikiran rakyat Malaysia pada 2057 nanti, apabila negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-100 tahun nanti.

Setakat ini, sejarah menyaksikan betapa kepemimpinan Umno masih berjaya menerajui perjuangan mencapai kemerdekaan dan mengurus cabaran kemerdekaan. Untuk 50 tahun akan datang, pastinya ia bermula hari ini. Wallahuallam.

Suara politik
Taminsari

Khamis, Ogos 19, 2010

Menjejaki Kontrak Sosial!

Apa itu Kontrak Sosial?

Isu “ Kontrak Sosial “ hangat di perdebatkan akhir-akhir ini oleh pelbagai pihak terutamanya dalam kalangan ahli politik. Masing-masing melihat dari sudut dan kaca matanya sendiri. Melihat pada senario politik sekarang, penulis tidak berapa pasti samada semua pihak menerima hakikat bahawa Malaysia ini berasal usul dari Tanah Melayu yang di perintah oleh raja Melayu.

Sebelum tahun 1511, kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah empayar Melayu yang terkenal di Nusantara, malah telah diiktiraf oleh kerajaan asing seperti Maharaja China, India, Parsi dan Arab. Mereka berdagang di Melaka sebagai pusat pertukaran barangan antara timur dengan barat. Negeri Melaka di perintah oleh seorang raja Melayu yang di bantu oleh seorang Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Syah Bandar. Mereka mentadbirnya melalui undang-undang yang dikenali sebagai undang-undang Sultan Melaka.

Mengikut seorang penulis Cina, ada seorang penterjemah kepada Laksamana Cheng Ho dan seorang Muslim yang melawat gugusan pulau-pulau Melayu pada tahun 1451 telah menambah maklumat baru kepada pedagang Cina mengenai kerajaan Melayu Melaka dan raja Melayu yang memeluk agama Islam. Raja-raja Melayu mempunyai rakyat mereka sendiri yang dikenali dalam sejarah sebagai “ rakyat raja “.

Semuanya berubah apabila Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511 dan raja Melayu yang memerintah terpaksa berundur. Melaka berubah tangan daripada Portugis kepada Belanda ( 1641 ) yang memonopoli perdagangan dengan raja Melayu Kedah dan raja Melayu Perak. Tidak lama kemudian, pada akhir abad ke-18, mulalah Inggeris memperkukuhkan kedudukannya dengan menubuhkan pengkalan angkatan laut di perairan Tanah Melayu untuk mengaktifkan perdagangannya dengan Raja-raja Melayu dan seterusnya mengambil alih kuasa daripada Belanda.

Raja-raja Melayu telah mengadakan perjanjian dengan wakil Inggeris seperti perjanjian memajak Pulau Pinang tahun 1786, Perjanjian Pangkor tahun 1874 dan lain-lain. Semua perjanjian untuk mendapat konsesi tanah dan perdagangan, dilakukan dengan Raja-raja Melayu. Semenjak tahun 1874, kerajaan Inggeris telah mengiktiraf hak ketuanan Melayu, perundangan dan adat resam Melayu. Perlantikan Residen dan penasihat Inggeris hanya sekadar untuk membantu Raja-raja Melayu dalam mengurus pentadbiran negeri, supaya lebih kemas dan tersusun.

Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan British telah melanggar perjanjian yang mereka buat dahulu apabila mereka memaksa Raja-raja Melayu dengan menyerahkan kuasa negeri masing-masing kepada kerajaan Inggeris dan menjadikan negeri-negeri Melayu sebagai tanah jajahan melalui perlembagaan Malayan Union. Penjajah British mahu membuka kerakyatan kepada pendatang asing berasaskan prinsip jus soli. Dengan itu Raja-raja dan bangsa Melayu telah kehilangan hak ditanah airnya sendiri.

Demi mempertahankan hak ketuanan Melayu dan amanah bangsa, orang Melayu bangun menentang Malayan Union sehingga melahirkan kongres Melayu pertama yang berlangsung dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Orang Melayu diseluruh Negara melalui perwakilan pertubuhan mereka telah membantah Malayan Union. Mereka berikrar mahu menghapuskannya dengan apa cara sekali pun.

Bagi mengukuhkan gerakan mereka, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji percantuman semua pertubuhan Melayu yang hadir dalam kongres itu ke dalam satu pertubuhan tunggal yang akan dikenali kemudian sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ). Pertubuhan ini kemudiannya di rasmikan dalam Kongres Melayu Kedua di Istana Johor Bahru di bawah kepimpinan Dato’ Onn Jaafar pada 11 Mei 1946. Keadaan ini memaksa kerajaan British berunding dengan Raja-raja Melayu mengenai Malayan Union. Pada Februari 1948, kerajaan British bersetuju memansuhkan Malayan Union dan ditubuhkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Dibawah kepimpinan Dato’ Onn Jaafar, UMNO telah berjuang untuk mengukuhkan ketuanan Melayu melalui semangan “ HIDUP MELAYU”. Walau bagaimanapun, semangat Dato’ Onn menjadi luntur apabila kerajaan British mendesak supaya UMNO perlu menerima pendatang asing di Tanah Melayu terutamanya orang Cina sebagai rakyat negeri ini. Tun Tan Cheng Lock, seorang pemimpin Cina yang berpengaruh di London telah menjalankan segala usaha supaya kerajaan British member ruang kepada kaumnya mendapat kerakyatan yang sah di Tanah Melayu. Bagi memenuhi kehendak semasa, Dato’ Onn telah membentangkan isu member kelonggaran kerakyatan dalam perhimpunan agung UMNO pada bulan Jun 1950, malah Dato’ Onn berura-ura hendak membuka keahlian UMNO kepada semua kaum di Tanah Melayu.

Perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Dato’ Onn itu, telah mendapat tentangan hebat dari majoriti ahli UMNO. Beliau telah mengambil keputusan mengejut dengan meletak jawatan Yang Dipertua UMNO tetapi didesak oleh majoriti ahli UMNO supaya menarik balik perletakan jawatan itu. Mereka berarak ke rumahnya di Johor Bahru dengan menyatakan mereka berada di belakangnya. Dengan sebab itu Dato’ Onn kembali semula memegang jawatan Yang Dipertua UMNO. Akan tetapi ramai jawatankuasanya tidak bersetuju dengan kehendak Dato’ Onn hendak membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu kerana dasar UMNO adalah untuk orang Melayu sahaja. Sekali lagi Dato’ Onn meletak jawatan dan kali ini permohonannya itu diterima dan Tunku Abdul Rahman Putra mengambil alih tempatnya.

Dalam ucapan sulungnya, Tunku telah menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan dasar UMNO, kerakyatan dan hak istimewa orang Melayu. Pemimpin MCA seperti Tun Tan Cheng Lock dan lain-lain telah menyertai parti Independence Malayan Party ( IMP ) yang baru ditubuhkan oleh Dato’ Onn. Pada masa ini, UMNO mendapat saingan yang hebat kerana Raja-raja Melayu dan menteri-menteri besar menyokong kepimpinan politik Dato’ Onn.

Semuanya menjadi berubah apabila pemimpin UMNO dan MCA di Kuala Lumpur dengan semangat berbaik-baik dan bersefahaman telah mengadakan satu pakatan kerjasama supaya kedua-dua parti politik itu dapat bergabung dan seterusnya dapat bertanding dalam pilihanraya bandaran Kuala Lumpur atas satu lambang Perikatan. Walaupun ada perasaan curiga antara satu sama lain, namun dengan kebijaksanaan Tunku, perasaan itu dapat di bending. Berdasarkan keputusan pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, Perikatan telah Berjaya memenangi Sembilan dari 12 kerusi yang dipertandingkan. Parti IMP pimpinan Dato’ Onn mendapat kekalahan teruk.

Hasil kemenangan parti Perikatan dalam pilihanraya ini mendorong pemimpin MCA mahu berunding dengan Tunku mengenai isu kerakyatan dan hak istimewa orang Melayu. Tunku telah bertolak ansur dan bersetuju menerima prinsip jus soli yang dituntut oleh pemimpin MCA. Tunku menerima tekanan hebat daripada ahli-ahli UMNO terutamanya UMNO Negeri Sembilan, tetapi Tun Abdul Razak telah Berjaya menggunakan kebijaksanaannya meredakan keadaan.

UMNO, MCA dan MIC telah mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan sehingga bersetuju menyampaikan memorandum tunggal secara bersama kepada suruhanjaya REID. UMNO, MCA dan MIC telah bersetuju dalam memorandum itu mengenai perkara-perkara berikut:

1. Kerakyatan berasaskan prinsip jus soli sepertimana yang dituntut oleh MCA.
2. Mengekalkan hak istimewa orang Melayu
3. Kedudukan bahasa, kebudayaan dan agama

Itulah asas Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh pemimpin Malaysia yang berjaya melahirkan Malaya Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Ramai anak muda sekarang mulai lupa kepada sejarah Negara dan bangsanya sendiri. Mereka kurang mengetahui bagaimana Negara kita ditubuhkan. Oleh kerana itu mereka mudah terpengaruh dengan sesetengah badan NGO yang member maklumat salah tentang fakta sejarah negara kita. Pada hari ini, ada generasi muda kita mempertikaikan isu-isu yang mereka tidak mengetahui sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai. Memang ada segolongan kecil masyarakat kita tidak berpuas hati dari dahulu sehingga sekarang. Sememangnya mereka boleh mencetuskan keresahan dan menjadikan Negara kita tidak aman. Adakah mereka gembira sekiranya perkara iti berlaku?

Sejarah dunia menyaksikan bahawa Negara kita ditubuhkan secara aman tanpa mencetuskan peperangan atau pemberontakan sepertimana yanag berlaku kepada beberapa buah Negara ketiga dunia. Negara kita ditubuhkan melalui semangat perpaduan yang melahirkan semangat toleransi antara kaum dan kepercayaan beragama. Ramai orang asing yang melawat Negara kita berasa kagum dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Negara kita ini yang terdiri daripada pelbagai kebudayaan kaum dan kepercayaan beragama serta mengamal pelbagai bahasa.

Rahsianya terbongkar apabila mereka mengetahui bahawa orang Melayu dalam UMNO sanggup berkorban dan melupakan kepentingan mereka dalam politik sehingga sanggup melepaskan beberapa kawasan pilihanraya yang sepatutnya ditandingi oleh mereka tetapi telah diberi dengan sukarela kepada rakan kongsi politik mereka dalam parti MCA atau kepada rakan mereka dalam MIC. Malah yang lebih besar sekali ialah pengorbanan bangsa Melayu melonggarkan syarat kerakyatan beberapa kawasan pilihanraya yang sepatutnya ditandingi oleh mereka tetapi telah diberi dengan sukarela kepada rakan kongsi politik mereka dalam parti MCA atau kepada rakan mereka dalam MIC. Malah yang lebih besar sekali ialah pengorbanan bangsa Melayu melonggarkan syarat kerakyatan berasaskan jus soli yang mereka bangkang selama ini.

Sementara itu, kaum Cina dan India dalam MCA dan MIC menerima hakikat sejarah Negara ini dan bersedia secara sukarela, menerima dan mengakui hak keistimewaan orang Melayu semenjak turun temurun dan turut memperakui agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Sememangnya kedua-dua perkara ini menjadi mercu tanda kepada kewujudan Negara kita yang bernama Malaysia sekarang ini.

Setiap bangsa ada negaranya sendiri. Orang Cina ada negaranya di Tanah Besar China, manakala orang India ada negaranya yang bernama India. Keturunan Cina dan India yang lahir di negara ini dan menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi, mempunyai hak menjadi rakyat negara ini dan menikmatinya sebagai bangsa Malaysia.

Orang Melayu pun ada negaranya sendiri diTanah Melayu dan kemudiannya Malaysia. Agama Islam sudah menjadi agama orang Melayu semenjak kurun ke-14 lagi, malah kitab undang-undang Melaka yang memaparkan cara pemerintah yang berasakan kebudayaan Melayu dan undang-undang Islam sudah wujud dengan kedatangan Islam itu sendiri. Bagaimana hendak meminggirkannya? Bangsa Melayu berasa terjamin apabila Suruhanjaya REID mengekalkan kedudukan orang Melayu dalam perlembagaan Persekutuan dan menjadikan Islam sebagai agama rasminya. Pemerintahan Negara kita kekal sebagai sebuah negara beraja yang berasaskan demokrasi berparlimen . Ia bukan sebuah negara sekular dan bukan Negara teokrasi. Kita semua daripada keturunan Melayu, Cina dan India sudah menjadi bangsa Malaysia.

Apabila kita mahu kembali kepada sejarah dan asal usul Negara ini dan menerimanya dengan hati yang terbuka, malah merakamkannya secara rasmi dalam perlembagaan kita, itulah punca kejayaan kita sehingga dapat melahirkan sebuah Negara yang diiktiraf oleh dunia ketiga sebagai Negara maju. Itulah rahsia “ Kontrak Sosial “ yang diperkatakan selama ini.

Sejarah telah menyaksikan bahawa bangsa Melayu daripada pelbagai pertubuhan telah membantah Malayan Union. Bantahan itu dilakukan serentak melalui tunjuk perasaan secara aman di seluruh Negara. Mereka tidak bertindak di luar batasan undang-undang. Mereka menjemput ahli parlimen British menyaksikannya sendiri bantahan yang meluap-luap dalam kalangan orang Melayu. Orang bukan Melayu tidak menyertai tunjuk perasaan ini kerana mereka beranggapan bahawa negeri ini bukan negeri mereka. Walau bagaimanapun, mereka menyokong perjuangan UMNO menuntut kemerdekaan.

Sokongan ini mengerakkan pemimpin UMNO berunding dengan pemimpin Cina yang dikenali sebagai MCA, supaya turut sama dalam satu gerakan menuntut kemerdekaan daripada British. Kemudian MIC turut serta. Kaum Cina dan kaum India telah bergabung dengan bangsa Melayu menjadikan mereka bangsa Malaysia yang berjaya.

Pejabat Tanah Jajahan British berpuas hati kerana bangsa Melayu yang diwakili oleh UMNO sanggup bekerjasama dengan bukan Melayu dalam perikatan. Kerjasama itu telah dibuktikan melalui persetujuan bersama bangsa Melayu dan bukan melayu dengan mengemukakan manifesto dalam pilihanraya 1955 atas satu nama iaitu Perikatan. Manifesto tunggal ini telah berjanji hendak melaksanakan perkara-perkara berikut, jika Perikatan menang dalam pilihanraya 1955:

1. Menuntut kemerdekaan daripada British secara aman.
2. Mengekalkan hak-hak istimewa orang Melayu.
3. Memberi kerakyatan kepada bukan Melayu mengikut konsep jus soli.

Pengundi yang mewakili rakyat dan penduduk negara ini telah bersetuju dengan janji Perikatan dalam manifesto pilihanraya tahun 1955 dua tahun menjelang merdeka. Pengundi telah memberi kemenangan cemerlang kepada Perikatan sehingga mendapat memenangi 51 kawasan pilihanraya daripada 52 kawasan yang dipertandingkan. Ini merupakan satu petanda yang jelas bahawa rakyat negara ini bersetuju dengan formula yang dikemukakan oleh Perikatan.

Pejabat Tanah Jajahan British berpuas hati dengan semangat kerjasama dalam Perikatan dan bersetuju menyemak semula perlembagaan yang sedia ada pada masa itu. Kerajaan British dan raja-raja Melayu telah bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi tujuan tersebut. Suruhanjaya ini dikenali sebagai Suruhanjaya REID.

Sekali lagi Perikatan telah menunjukkan semangat kerjasama yang padu apabila gabungan pertubuhan politik daripada bangsa Melayu, kaum Cina dan kaum India, telah bersetuju secara bersama menghantar memorandum tunggal kepada Suruhanjaya REID atas nama Perikatan. Memorandum itu menuntut antara lain supaya dimasukkan perkara-perkara berikut dalam Perlembagaan Malaya.

1. Salah seorang daripada Raja-raja Melayu di pilih dalam kalangan mereka menjadi ketua kerajaan.
2. Mengekalkan hak istimewa orang-orang Melayu.
3. Memberi kerakyatan mengikut prinsip jus soli.
4. Islam sebagai agama Persekutuan tetapi memberi hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain dan mereka bebas menjalankan urusan keagamaan dan kebudayaan mereka.
5. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara tetapi bahasa dan kebudayaan lain-lain kaum, bebas mengamalkannya oleh kaum masing-masing.

Penulis juga berpendapat bahawa persetujuan bersama UMNO, MCA dan MIC yang diperakukan dalam manifesto pilihanraya dan memorandum Perikatan kepada suruhanjaya REID, merupakan asas sosial kontrak yang kita amalkan selama ini dengan jayanya. Berasaskan kepada formula inilah, BN telah menang dalam semua pilihanraya yang lalu dan terus memerintah Malaysia sehingga hari ini.

Parti-parti lain tidak boleh mendapat kemenangan dan membolehkan mereka memerintah kerana formula politik mereka tidak boleh diterima oleh rakyat negeri ini terutamanya fahaman perkauman yang sempit atau semangat keagamaan yang tidak bertapak dialam nyata. Sememangnya ada beberapa golongan yang tidak bersetuju dengan Perikatan atau BN tetapi bilangan mereka adalah sedikit pada masa lalu. Namun begitu, suara kebangkitan mereka sangat lantang dan mencemaskan. Mereka telah membuktikan dalam pilihanraya ke-12 pada tahun 2008 dimana mereka berjaya memenangi 5 negeri di semenanjung tanah air. Disamping itu juga mereka telah berjaya menafikan majoriti mudah 2/3 di Parlimen.

Setelah mendapat kemenangan, sedikit demi sedikit mereka cuba mempertikaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan kontrak sosial seperti hak istimewa orang Melayu dan juga perlembagaan negara. Sesungguhnya penulis berasa sangat sedih kerana ada sekumpulan kecil masyarakat kita di Malaysia selepas 53 tahun merdeka, cuba mengubah landskap negara apabila mereka dengan berani tanpa menghiraukan perasaan “ tuan rumah “ mempertikaikan kedudukan agama dan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan kita. Kesemuanya ini menampakkan kesannya begitu negatif sekali.

Suara sumbang daripada segelintir pertubuhan NGO yang membuat tuntutan supaya perlembagaan kita dipinda, diumpamakan seperti anai-anai menggigit tiang seri supaya bangunan itu runtuh. Penulis berpendapat bahawa majoriti suara rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan mereka. Sudah sampai masanya bagi semua rakyat Malaysia, terutama para pemimpin politik kita menghidup dan menyemarakkan semula semangat kerjasama melalui persefahaman dan toleransi sejati dalam kalangan semua kaum supaya rakyat hidup dengan aman dan damai. Berilah kerjasama dalam menjayakan
wawasan Perdana Menteri iaitu menerapkan Konsep 1 Malaysia dimana Rakyat didahulukan, Pencapaian di utamakan.

Dengan demikian, dapatlah pemimpin kita menumpukan sepenuh masa untuk memajukan bangsa Malaysia melalui pendekatan yang diterima oleh semua pihak. Mudah-mudahan harapan dan cita-cita kita hendak melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 akan tercapai sepenuhnya.
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Ogos 18, 2010

Politik " Kapal Selam " orang Cina ke TANAH Melayu!

Gerakan politik orang Cina amat kompleks sekali dan penuh dengan gabungan yang tersirat dan tersurat. Orang Cina pun terkenal dengan sikap 'secretive' dan 'subtle'nya. Membuat satu generalisasi mungkin satu perkara yang merumitkan kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok.

Mereka pula mempunyai falsafah hidup yang berbeza walaupun dalam kelompok yang sama. Ada yang modern liberal, ada yang modern radikal dan ada yang conservative radical.
Masyarakat Cina pula sudah menjadi sophisticated dengan segala tips and trick untuk survive di negara yang mempunyai sejarah yang jelas bahawa mereka adalah kelompok immigrant hasil dari dasar penjajah yang menggunakan buruh asing untuk memajukan jajahan takluk.

Terdapat banyak persamaan politik orang Cina di negara lain dengan Malaysia tetapi di Malaysia orang Cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.

Masyarakat Cina wujud di Indonesia, Thai, Vietnam, Pacific Islands, USA, UK, Canada dan Australia dan tingkah laku mereka berbeza beza bergantung kepada polisi negara tuan rumah terhadap mereka. Kekuatan tuan rumah bergantung rapat dengan aktivisme masyarakat Cina dalam politik, ekonomi dan social. Sifat ke Cinaan yang tinggi sentiasa di kekalkan dalam bentuk budaya, demographic dan pertuturan.

Kebuluran dan kemiskinan di zaman penjajahan telah membawa orang Cina ke TANAH Melayu dan Indonesia sebagai buruh murahan kepada penjajahan Inggeris. Pengalaman berniaga di kampung asal telah menyebabkan masyarakat Cina cepat menguasai bandar dan segala urusan tranksasi ekonomi TANAH Melayu dan Indonesia. Walau pun orang Melayu sudah pun berniaga di bandar besar namun mereka hanya tertumpu di pasar dan gerai kecil. Masyarakat Cina mula membina deretan kedai papan dan batu sebagai premis perniagaan apabila mereka sudah dapat mengumpul modal yang cukup.

Pertukaran idea perniagaan di antara keluarga dari tanah Cina hingga ke luar negara yang lebih maju telah menyebabkan masyarakat Cina lebih mahir dengan mengexploit dan memonopoli peluang perniagaan yang wujud di Singapura, Penang, Ipoh dan bandar lain. Kehadiran bank saudagar turut membantu masyarakat Cina dari segi pengaliran modal. Sistem perkapalan dan forwarding di wujudkan untuk mengerakkan barang dari TANAH Melayu ke Singapura dan di edar keseluruh dunia. Singapura menjadi hub perniagaan orang Cina.

Kepesatan monopoli perniagaaan di TANAH Melayu telah menyebabkan timbul perasaan 'a sense of power' di kalangan masyarakat Cina sehingga kaum Melayu di anggap sebagai malas, bodoh, tidak kreatif dan hanya menjadi pelanggan yang boleh di manipulasi. Psychology ini begitu tebal sehingga ia diwarisi secara indirect dari generasi ke generasi. Sikap orang Melayu me'YA'kan persepsi ini menyulitkan lagi keadaan sehingga pemimpin Melayu sendiri terpengaruh dengan persepsi nagative ini sehingga sekarang. Kadang-kadang orang Melayu tidak boleh keluar dari psychic kerana sikap pemimpin Melayu yang menerima apa yang di persepsikan oleh orang Cina terhadap orang Melayu.

Orang Cina mula bertambah yakin dan mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan Cina. Semua in telah memberi satu 'sense of autonomy' dan 'power' untuk mempengaruhi kuasa politik yang ada samaada di tangan penjajah atau di tangan kepimpinan Melayu. Sampai sekarang kongsi gelap wujud tetapi ia lebih sophisticated.

Pada masa yang sama berlaku kebangkitan rakyat yang kuat di kalangan orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan membiarkan dulu masaalah monopoli orang Cina di selesaikan kemudian. British telah mensyaratkan parti Cina dilibatkan dalam parti yang akan menyambut kemerdekaan iaitu Perikatan.

Dari sinilah bermula politik 'pressure group' Cina yang kuat terhadap UMNO yang perlukan undi Cina untuk menghadapi pengaruh saudara mereka sendiri dari parti pembangkang. Di bawah Jepun orang Cina di layan dengan buruk dan ini menyebabkan mereka memberontak melalui parti Komunis. Parti Komunis terus menentang kerajaan selepas merdeka namun di patahkan oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu yang anti komunis.

Sikap menentang kerajaan memerintah oleh parti Komunis masih wujud dalam pemikiran orang Cina, bukan dalam bentuk parti Komunis tetapi dalam bentuk lebih halus melalui platform yang berlainan. Dari segi sejarah orang Cina di Selatan Cina, penentangan terhadap kerajaan pusat telah kuat didalam budaya mereka akibat perebutan kuasa istana.

Persoalannya timbul, mengapa orang Cina di Indonesia boleh di asimilisasi atau di integrasiakan dalam masyarakat Melayu tetapi tidak dengan orang Cina di Malaysia. Jawabnya, ia terletak pada kepimpinan. Kepimpinan Indonesia kuat kerana mereka mendapat kemerdekaan tanpa di beri syarat oleh penjajah tetapi di Malaysia penjajah yang menentukan format kemerdekaan. Yang keduanya ialah 'sense of power'.

DiIndonesia, 270 million adalah terlalu kuat bagi orang Cina Indonesia untuk mengambil risiko membuat desakan tetapi di Malaysia orang Cina merasakan mereka mempunyai kekuatan yang agak kuat untuk membuat desakan. Oleh itu boleh dikatakan aktivism masyarakat Cina di negara luar bergantung kepada kekuatan pemimpin politik negara dan kekuatan rakyat tempatan. Sikap Singapura terhadap Malaysia dan Indonesia dalam politik sekarang pun berbeza. Orang Cina di USA dan Australia, di zaman awal penghijrahan orang Cina, dilayan semacam hamba. Sikap 'White Power' telah menyekat masyarakat Cina dari membuat desakan dan ramai berhijrah kenegara lain.

Politik orang Cina di Malaysia selepas 50 tahun mula 'daring' dan 'adventurous'. Desakan dari DAP, MCA telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga tuan rumah merasa letih.

Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina seperti kapal selam di laut. Kadang-kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan enjin lawan dan kadang-kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Rasuah dan kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencatur politik mereka.

Namun masyarakat Melayu bukannya statik dan mereka juga 'evolve politically' dan 'economically' dengan secara agressive. Sekarang sudah timbul ketidakpuasan yang tinggi terhadap kepimpinan Melayu yang ada tetapi orang Melayu lebih berhati hati membuat perubahan kerana takut perubahan akan membawa satu akibat yang lebih mudharat kepada kuasa politik mereka. Yang ketara nya, kebangkitan Islam dan ummat di seluruh dunia ekoran penjajahan Barat kali kedua terhadap dunia Islam telah memberi mereka 'wake up call' untuk mengetahui kawan dan lawan dan untuk berdikari dalam menentukan nasib mereka di bumi mereka sendiri. Sebarang percaturan foolish dan bodoh dari masyarakat Cina Malaysia akan membawa natijah buruk kepada Malaysia dan semua tidak mahukan nya.

Satu perjuangan

Sebenarnya dalam konteks politik negara sekarang, orang Melayu perlu sedar akan mainan politik khususnya kaum Cina. Bidang Ekonomi dan pendidikan yang menjadi teras dalam sesebuah negara telahpun dikuasai oleh kaum Cina cuma kuasa politik masih lagi belum dikuasai. Perbalahan yang berlaku di antara pimpinan Melayu/Islam termasuk UMNO, PAS serta PKR (yang dipimpin oleh Melayu/Islam tapi bawa perjuangan Melayu/Islam?) hanya akan menguntungkan kaum Cina dan India.

Bukan bermaksud untuk bersifat perkauman tetapi sifat dan budaya Melayu yang menjadi tunjang pembinaan negara Malaysia semakin terhakis. Inilah yang sebenarnya yang mereka mahukan sebenarnya, dengan menghilangkan pengaruh Melayu dalam apa jua dasar dan kepentingan negara.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Ogos 17, 2010

Ramadan Tercemar Di Selangor : Pesta Bir Percuma Di Benarkan!



























Pada hari terakhir pusingan pertama ceramah jelajah Gelombang SSDE, Umno Selangor mencabar PAS mendesak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menutup pusat hiburan dalam bulan Ramadan.

"Kalau nak tegakkan amar makruf nahi mungkar, ayuh jadilah anak jantan. Saya cabar PAS," kata timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

"Kalau tak mampu, Pemuda Umno bersama-sama dengan Umno negeri bersedia untuk mendesak kerajaan negeri menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan," katanya disambut tepukan hadiran ceramah jelajah 'Gelombang Selamatkan Selangor' baru-baru ini.

Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang mendakwa tindakan Pakatan Rakyat menyalahkan BN kerana tidak menutup sewaktu parti itu memerintah adalah satu tindakan melarikan diri daripada tanggungjawab.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dalam kenyataan balas membidas Datuk Seri Noh Omar yang mendesak supaya pusat-pusat hiburan di negeri itu ditutup sepanjang bulan Ramadan. Hasan Ali berkata, "Bagi kita setiap bulan adalah haram bagi semua aktiviti maksiat bukan bulan Ramadan sahaja." Ini menunjukkan betapa ceteknya ilmu agama pemimpin-pemimpin Umno. "Bulan Ramadan baru nak tunjuk alim? Itu alim-alim kucing namanya".

Riak sungguh nampaknya Datuk Hasan Ali ni ya! Kita ingin pula bertanya pada Hasan Ali jika ilmu agamanya sudah tinggi, maka kenapa tidak di tutup saja pusat-pusat hiburan di Selangor pada bulan-bulan yang lain! Bukan kah kuasa sudah berada dalam tangan? Kalau bulan ramadan pun tak sanggup nak tutup, bulan-bulan lain jangan cerita lah!Kalau Noh Omar alim-alim kucing, maka Hasan Ali pula bagaimana ya?, Mungkin istilah baru ini amat sesuai dengan dirinya, iaitu "alim-alim kambing". Boleh ke?

Dalam sibuk-sibuk Hasan Ali mengatakan Datuk Seri Noh Omar alim-alim kucing kita mungkin menjangkakan sesuatu tindakan akan diambil oleh Exco Agama Selangor ini sekurang-kurangnya masa pusat-pusat hiburan ini ditutup lebih awal.

Kalau sebelum Ramadan pusat tersebut ditutup pukul 3 pagi mungkin Hasan Ali boleh menasihatkan sparing partner beliau Ronnie Liu supaya ditutup lebih awal. Walaupun tahap kebaculan Hasan Ali terhadap Ronnie Liu terselah dalam isu arak sebelum ini sekurang-kurangnya beliau mengambil sedikit iktibar diatas desakan daripada Noh Omar.

Antara kebaikkan yang boleh diambil kira adalah kurangnya risiko kemalangan terhadap orang-orang Islam yang keluar mencari makanan untuk bersahur. Kita harus mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi kepada pelajar UiTM apabila dilanggar oleh Adun Sekinchan yang dilaporkan berada didalam keadaan mabuk ketika memandu.

Sekiranya pusat-pusat maksiat ini ditutup pukul 3 maka berduyun-duyun keluar pendokong Hasan Ali dan mereka-mereka ini sudah tentu didalam keadaan huru hara selepas meneguk air setan yang menjadi punca Hasan Ali dimarahi Ronnie Liu. Pada masa yang sama akan keluarlah anak-anak bujang Islam beramai-ramai mencari tempat untuk bersahur di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan untuk menjamu selera.

Dalam pada itu pendokong Hasan Ali juga menuju ketempat yang sama tetapi dengan cara pemanduan yang berbahaya dek penangan air setan junjungan Ronnie Liu.Cuba kita bayangkan apakah akan terjadi kepada anak-anak bujang Islam andaikata mereka dilanggar oleh pendokong Hassan Ali dan Ronnie Liu ini.

Tidakkan ini akan menjadi satu risiko kepada mereka ketika dalam perjalanan untuk bersahur. Jangan bercerita perkara diluar bulan Ramadhan kerana majoriti mereka yang keluar sehingga subuh tidak seramai ketika bulan Ramadhan. Itu baru bercerita tentang risiko untuk bersahur, apa yang ingin dikatakan sebenarnya adalah sikap biadap dan kurang ajar pemimpin Pakatan Selangor yang membenarkan penganjuran pesta arak yang diadakan di Asia Gate Subang pada 12 Ogos minggu lepas.

Apa yang lebih menarik adalah masa untuk diadakan pesta bir tersebut adalah hampir dengan waktu berbuka puasa untuk orang-orang Islam. Apakah tiada lagi masa yang lebih sesuai untuk diadakan pesta bir ini? Adakah mereka ini cuba bermain dengan sentimen agama seolah-olah mahu membuktikan bahawa mereka sekarang boleh melakukan apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang Islam di Selangor?

Apakah tujuan pesta arak percuma ini diadakan dibulan puasa dan waktu yang hampir dengan masa berbuka?

Adakah Hasan Ali yang juga merupakan exco agama Selangor, buta mata apabila tidak menyedari kegiatan rumah urut dan pusat-pusat hiburan tumbuh macam cendawan selepas hujan sejak Pakatan memerintah?. Jangan kata pulak nanti tak boleh tutup sebab PAS tak ada kuasa, tetapi yang berkuasa adalah PKR dan DAP sahaja. Kalau PAS tak ada kuasa dalam Pakatan, apa gunanya bersekongkol lagi dengan DAP dan PKR?. Mulut kata Islam...tapi perbuatan langsung tak melambangkan sifat-sifat seorang Islam yang tulin.

Pemimpin-pemimpin UMNO bukan lah seperti pemimpin-pemimpin PAS yang nampak alim tapi cakap tak serupa bikin. Adalah lebih baik jika kurang ilmu, tetapi dapat mengamalkan ilmu yang kurang itu dengan baik dan sempurna daripada banyak ilmu, tetapi tidak dapat untuk mengamalkannya.

Kalau sebut pasal jihad mereka lah juara, tapi bila masa nak tegakkan hukum masing-masing jadi kecut. Kecut atau takut kena BALUN dengan DAP. Perkara ini dah biasa berlaku di Selangor dan negeri lain malah Hasan Ali yang tampak tegas berlakon memarahi Ronnie Liu berkenaan isu arak..tapi pada penghabisan cerita "Happy Ending" yang mana Hasan Ali telah "CIUM MULUT" dengan Ronnie Liu. Longlai terkulai layu!

Beginilah sikap pemimpin-pemimpin PAS yang mana tidak mengambarkan sikap sebenar sebagai seorang pejuang Islam, selama ini mereka menekan, memaki, menyesatkan orang Islam lain dan adakah perkara yang mereka lakukan sebelum ini mengikuti pendekatan yang betul? Atau ianya hanya satu sandiwara yang biasa di mainkan oleh mereka setiap kali ada teguran dari orang lain?.
Wallahuallam.

Kita Gempur
Suara Politik
Taminsari

Ahad, Ogos 15, 2010

Apabila "Tetamu Tidak Di Undang" Masih Memalu Gendang : Hak Bumiputera Di Cabar Lagi!

Selepas DAP mencanangkan supaya diskaun 7% yang diperuntukkan kepada BUMIPUTERA untuk hartanah melebihi RM500K dihapuskan, kini timbul pula sekumpulan "tetamu yang tidak diundang" yang lain menuntut pula supaya ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

Walaupun sebelum ini dasar ekonomi baru(DEB) diperkenalkan dan tujuannya agar ekuiti bumputera boleh ditingkatkan kepada 30%, namun sehingga dasar itu ditamatkan, pemilikan ekuti bumputera tidakpun mencapai 20%. Melalui model ekonomi baru (MEB) pemilikan bumiputera terhadap ekuti dalam semua bidang masih lagi ditekankan, namun belum pun model itu terlaksana, kaum cina sudah mula mempertikaikannya.

Semasa Kongres Ekonomi Cina baru-baru ini mereka terus menuntut ekuiti yang diperuntukkan kepada bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat. Adakah ini bertujuan untuk menyekat dan menghalang bumiputera terutamanya orang Melayu yang berkemampuan dari terus menceburkan diri di dalam bidang perniagaan yang sudah di kuasai oleh mereka sekarang!

Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai. Tuntutan itu itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagi penulis tuntutan itu boleh dipersetujui oleh kerajaan melalui sistem menang-menang. Kaum Cina dan India dan non-bumiputera perlulah mengurangkan pemilikan ekuiti lebih 80% mereka yang ada pada masa kini kepada 70%. Untuk itu kerajaan perlu menggubal satu sistem bahawa bukan bumiputera tidak boleh memiliki ekuti untuk semua bidang di negara ini melangkaui 70%.

Adakah mereka ( Kongres Ekonomi Cina Malaysia ) setuju dengan cara ini jika bumiputera menuntut agar kerajaan menggubal satu dasar bahawa bukan bumiputera dihadkan pemilikian ekuti mereka dalam negera ini? Jikalau tidak boleh bersetuju, maka sungguh malang bagi kaum ini kerana mengungkit kontrak sosial yang selama ini telah digunapakai di negara ini.

Sebenarnya kaum bumiputera masa kini merasa cemburu kepada tingkat pemilikan ekuti bukan bumiputera. Namun demi keamanan dan sentiasa memelihara hak kontrak sosial seperti mana dituntut ketika kemerdekaan dulu, maka kaum bumiputera menerimanya dan akur. Kalau lah bumiputera Melayu tidak lemah dan berpecah seperti sekarang, tidak mungkin kaum bumiputera berani mempertikai hak-haknya. Tetapi mungkin inilah yang diinginkan oleh sesetengah pemimpin bumiputera Melayu untuk melihat Melayu terus berpecah dan peluang ini dilihat oleh bukan Melayu untuk menuntut bermacam-macam.

Umno telah menyedari perkara ini dan kerana itu lah meminta PAS agar diadakan kerjasama antara UMNO-PAS demi mempertahankan bangsa dan kaum bumiputera. Namun, pelawaan UMNO itu disambut dengan sinis oleh para pemimpin PAS terutama Tok Guru Nik Aziz. Nik Aziz malah berkata, kerjasama yang dimaksukan UMNO bukan untuk kepentingan Melayu atau bumiputera melainkan kepentingan UMNO.

Kaum bukan bumiputera telah lama mengintai perpecahan ini dan apabila melihat perpecahan ini sukar untuk disatukan, maka kaum bukan bumiputera terutama kaum Cina mengambil kesempatan itu.

Perlu diingatkan bahawa diIndonesia, populasi seramai 270juta adalah terlalu kuat bagi orang Cina Indonesia untuk mengambil risiko membuat desakan tetapi di Malaysia orang Cina merasakan mereka mempunyai kekuatan yang agak kuat untuk membuat desakan. Oleh itu boleh dikatakan aktivism masyarakat Cina di negara luar bergantung kepada kekuatan pemimpin politik negara dan kekuatan rakyat tempatan. Sikap Singapura terhadap Malaysia dan Indonesia dalam politik sekarang pun berbeza. Orang Cina di USA dan Australia, di zaman awal penghijrahan orang Cina, dilayan semacam hamba.

Sikap 'White Power' telah menyekat masyarakat Cina dari membuat desakan dan ramai berhijrah kenegara lain. Politik orang Cina di Malaysia selepas 50 tahun mula 'daring' dan 'adventurous'. Desakan dari DAP, MCA telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga "tuan rumah" merasa letih.

Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina seperti kapal selam di laut. Kadang-kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan enjin lawan dan kadang-kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencatur politik mereka.

Sebenarnya dalam konteks politik negara sekarang, bumiputera terutamanya orang Melayu perlu sedar akan mainan politik khususnya kaum Cina. Bidang Ekonomi dan pendidikan yang menjadi teras dalam sesebuah negara telahpun dikuasai oleh kaum Cina cuma kuasa politik masih lagi belum dikuasai. Perbalahan yang berlaku di antara pimpinan bumiputera Melayu/Islam termasuk UMNO, PAS serta PKR (yang dipimpin oleh Melayu/Islam tapi bawa perjuangan Melayu/Islam?) hanya akan menguntungkan kaum Cina dan India.

Bukan bermaksud untuk bersifat perkauman tetapi sifat dan budaya Melayu yang menjadi tunjang pembinaan negara Malaysia semakin terhakis. Inilah yang sebenarnya yang mereka mahukan , dengan menghilangkan pengaruh bumiputera Melayu dalam apa jua dasar dan kepentingan negara.

Sungguh malang bagi kaum yang mendakwa inilah tanah tumpah darah, inilah tanah asal, di sini lah bumi dipijak dan langit dijunjung, namun telah kehilangan sengatan disebabkan karenah para pemimpin mereka sendiri. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Ogos 11, 2010

Awas Jerat Hotel : Bufet Ramadan!

Pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan mereka yang menyalahgunakan terma ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menurutnya, umat Islam juga digalakkan supaya hanya berbuka puasa atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri.‘‘Sehingga 9 Ogos lalu, sebanyak 22 hotel dan 51 dapur hotel di sekitar Wilayah Persekutuan diberikan pensijilan halal oleh Jakim.

“Dari Mei hingga Julai lalu pula, Jakim telah menerima permohonan daripada sembilan hotel. Empat telah diluluskan manakala lima lagi dalam proses,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Wan Mohamad berkata, kesedaran pengusaha hotel mengenai kepentingan sijil halal semakin meningkat kebelakangan ini.

“Pada 9 Ogos sahaja, Jakim menerima permohonan daripada 10 buah hotel dengan dua daripadanya telah selesai bagi proses dokumentasi manakala lapan lagi dalam proses semakan dokumen.

“Kempen 1Malaysia 1Halal pada 6 hingga 8 Ogos di Johor Bahru menerima kunjungan wakil dari 50 hotel yang menghadiri taklimat mengenai pensijilan halal.“Hal ini menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat di kalangan pengusaha hotel,” katanya.

Untuk senarai terkini, sila lawati laman Portal Halal Malaysia. Klik di sini

Kepada yang suka berbuka di luar tu diharap dapat menyemak dahulu samada restoran hotel yang anda pergi itu ada mendapat sijil HALAL dari pihak JAKIM. Jakim juga diminta meningkatkan pemantauan bagi memastikan istilah itu ( bufet Ramadan ) tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak hotel.

Sebagai umat Islam, kita harus memastikan makanan yang dimakan itu halal lagi bersih kerana ia akan menjadi darah daging dan seterusnya penentu kepada kehidupan seseorang itu. Alangkah ruginya, setelah menahan lapar dan dahaga sepanjang hari dan apabila tiba waktu berbuka mengambil makanan yang tidak diketahui status halal.
Wallahuallam.

Sumber gambar : blog rbf

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Ogos 10, 2010

Mempersiapkan diri menghayati Ramadhan !


RAMADHAN yang ditunggu-tunggu seluruh umat Islam bakal menjelma pada minggu ini. Ada yang rindukan sahurnya, buka puasa, malah ada yang teringat akan malamnya yang kudus. Tarawih dan solat malam sudah tentu akan diisi maksimum mungkin dan diselangi tadarrus. Ramai juga yang mengambil peluang mengerjakan umrah dan bersedekah, kerana semuanya ingin menghambakan diri, menjadi hamba-Nya yang tulus.

Permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas dari api neraka. Inilah yang ingin dikejar sesiapa saja yang inginkan penghabisan usia yang baik. Yang bersalah memohon maaf, yang sombong menghulur senyum, yang jahat mula bertaubat, yang malas menyinsing lengan, yang takbur kembali sujud memohon keampunan, memohon pelepasan dari dosa yang terhimpun sekian lama.

Indahnya Ramadhan, paginya hening untuk yang insaf, siangnya pendek untuk yang sabar dan malamnya panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, berpuasa juga menjaga diri dari melakukan perbuatan maksiat. Yang halal dilakukan pada bulan yang lainnya menjadi haram pada bulan puasa, seperti makan pada siang hari dan melakukan persetubuhan antara suami isteri. Kerana itulah orang berpuasa dengan sebenar-benarnya adalah orang yang luar biasa.

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 183, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa."

Orang berpuasa ialah orang yang bertakwa. Mereka menjaga hati dari berasa sangsi terhadap kekuasaan Allah dan kebaikan saudara seagama. Mereka juga menjaga mata dari memandang sesuatu yang tidak selayaknya, menjaga hidung dari menghidu sesuatu yang mengurangkan pahala, menjaga telinga dari halwa yang membuai rasa dan suara yang membawa berita bohong, menjaga lidah dari membicarakan hal yang tidak berfaedah, mengumpat, mencaci, menipu dan memfitnah serta menjaga tubuh badan lainnya yang menjadikan kita leka dari mengingati Yang Maha Berkuasa.

Orang meninggalkan puasa tanpa izin syarie tidak akan dapat menggantikan hari berkenaan pada mana-mana hari pun di dunia, Rasulullah SAW menegaskan hal ini dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam at-Tarmizi yang maksudnya: "Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa berbuka satu hari pada Ramadan tanpa ada ruksah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa ditinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup".

Pada bulan mulia, ibu bapa wajar mengambil peluang meluangkan masa yang berganda bersama anak dan mendidik mereka mematuhi hukum agama. Selain puasa, rukun Islam lainnya wajar ditazkirahkan semula dan diamalkan bersama mereka supaya hati mereka dekat dengan Yang Maha Pencipta.

Anak bukan saja perlu difahamkan dengan apa yang terakam di dalam kitab suci, tetapi juga amalan yang ditunjukkan ibu bapa, yang menjadi pendakwah paling hampir dengan mereka.

Tunjuk ajar yang betul pada peringkat awal usia anak untuk menghadapi Ramadhan tentunya menjadi batu asas yang kuat untuk mereka beristiqamah dengan fahaman puasa yang sebenarnya, iaitu bukan hanya berlapar dan dahaga, apatah lagi membazir sewaktu berbuka tetapi menjadi hamba yang insaf terhadap hari muka.

Sudah tentu setiap isteri pula menantikan tunjuk ajar suami dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT. Walaupun menyediakan juadah bersahur dan berbuka besar dan banyak pahalanya, ia tidak cukup puas jika tidak berjemaah sewaktu qiyamullail, apatah lagi apabila tibanya lailatul qadar yang hanya bertandang sekali. Justeru, setiap suami harus mengambil kesempatan dari saat ini untuk menyiapkan diri membimbing anak dan isteri menghadapi Ramadhan kali ini agar lebih baik dari sebelumnya.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

Ikhlas dari,
Taminsari

Siapa disebalik cadangan nak menjual Bangunan Yayasan Selangor dan Projek pembersihan Sungai Klang?

Desas desus mengatakan yang kerajaan negeri Selangor mahu menjual bangunan Yayasan Selangor yang lokasinya terletak di Bukit Bintang. Yang menariknya alasan yang diberikan oleh MB Khalid Ibrahim adalah diatas dasar perniagaan? Menurut Khalid Ibrahim ada syarikat dari Singapura berminat dan sanggup membeli bangunan tersebut dengan harga RM300 juta.

Adakah ini peluang untuk mereka mengumpul dana bagi menghadapi kempen PRU13 nanti setelah kita sedia maklum bahawa ekonomi Selangor sekarang berada di dalam keadaan tenat. Nampak sangat mereka secara terang-terang memberi peluang kepada firaun-firaun PAP yang didokongi oleh DAP untuk mula bertapak di Malaysia.

Akibatnya nanti aset-aset berharga yang dibina untuk kepentingan orang-orang Melayu sebelum ini bakal tergadai dek kerakusan Pakatan rakyat mencari dana kempen mereka. Ianya juga menunjukkan salah satu bukti bagaimana DAP cuba mengawal segala keputusan MB Khalid di dalam pentadbiran Selangor sekarang. Sepertimana berlaku di negeri Perak sebelum ini iaitu " tangan-tangan ghaib di belakang pentadbiran MB Khalid ".

Dan untuk Sungai Klang pula, MB Khalid mencadangkan Projek Pembersihan Sungai Klang dilakukan dan pada 18 Mei 2009 lawatan ke Singapura telah dibuat untuk meneliti perkara ini dan hasilnya Projek Pembersihan Sungai Klang yang bernilai RM2 bilion tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat dari Singapura.

Apa yang menjadi pertikaian sekarang adalah tanah-tanah rizab Melayu di sepanjang 6km Sungai Klang diberikan hak pembangunannya kepada syarikat Singapura terbabit sebagai pertukaran kepada pembiayaan pembersihan Sungai Klang? Pertukaran ini menimbulkan kontroversi kerana diakhirnya siapa yang mengaut keuntungan dalam pembangunan persisiran Sungai Klang ini?

Setelah dibangunkan nanti adakah orang Melayu mampu membeli semula aset-aset yang dibangunkan? Sudah pasti mereka ini akan dihalau ke tempat lain dengan hanya diberi pampasan yang tidak setimpal dan akhir sekali tanah-tanah rezab melayu tergadai tanpa pembelaan. Apa yang berlaku di Pulau Pinang, bakal berlaku juga di Selangor nanti.

Pembabitan syarikat Singapura ini dikatakan mempunyai kaitan dengan perlantikan Madam Low Siew Moi sebagai Penasihat Kewangan kepada Khalid Ibrahim dan perlantikan Tricia Yeoh sebagai Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam kepada Khalid Ibrahim. Bermakna jika dilihat pada nama-nama yang telah disebutkan ini, MB Khalid Ibrahim sebenarnya sudah dikawal oleh mereka-mereka ini dalam membuat keputusan di Selangor.

Adakah ini gambaran pemimpin yang mementingkan rakyat dan mementingkan kebajikan? Penyisihan dan layanan buruk ini adalah suatu tindakan yang amat menyedihkan dan tidak patut di kala pemimpin itu sendiri dikatakan bernaung di bawah parti yang berlandaskan keadilan dan integriti.

Sebab itu sebenarnya rakyat Selangor kini "sedang menangis" kerana melihatkan sikap kerajaan Selangor yang hanya mementingkan diri-sendiri dan kroni-kroni sahaja. Persoalannya, adakah kerajaan Selangor peduli akan nasib rakyat? Di lihat MB Khalid terus mempercayai kroni beliau sendiri samada yang baru dan lama dikenali..!

Pelik tapi benar! MB Khalid sanggup memperuntukkan sejumlah wang yang besar iaitu RM 2 billion setahun ( RM50 billion untuk 15 tahun )untuk Projek Pembersihan dan Mencantikkan Sungai Klang, tetapi menolak Projek Rakyat iaitu Projek Langat 2 oleh kerajaan Pusat sebanyak RM8 billion. Adakah rakyat negeri Selangor bakal " menangis lagi" pada tahun 2014 nanti untuk menghadapi satu lagi krisis air! Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Ogos 08, 2010

Haji Hadi cakap tak serupa bikin : Sekarang nak kekalkan pula hak istimewa bumiputera !

Apakah ini satu lagi kenyataan bermusin dari pemimpin tertinggi PAS! Adakah kita telah lupa semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu tentang apa yang telah dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004.

Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi. Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau dahulu hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu tetapi mengapa sekarang hendak kekalkannya! Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum".

Agak pelik kerana kali ini Pas berpendapat, hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan termasuk dasar pemberian diskaun dalam pemilikan hartanah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi dengan kenyataan "keliru" nya berkata, ia kerana majoriti penduduk yang miskin adalah kaum bumiputera dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan tersebut.

"(Beri) kepada siapa yang berhak, majoriti adalah yang berhak kerana majoriti yang miskin adalah bumiputera, yang bukan bumiputera tidak lah besar (jumlah) jika dibandingkan bumiputera," katanya di Rusila Terengganu hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor. Kenyataan itu mendorong Pergerakan Pemuda UMNO Selayang dan Gombak membuat laporan polis semalam, supaya pihak berkuasa melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas mengenainya.

Ahli Parlimen DAP itu dikatakan menimbulkan provokasi dan mencabar Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 153 dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata, pada masa yang sama, kaum lain yang miskin juga wajib mendapat hak dan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan. Menurutnya, ketika keistimewaan kaum bumiputera dijaga dan dibela, kaum lain tidak boleh diabaikan atau dizalimi.

"Realiti yang ada dalam negara kita, majoriti rakyat terutama yang miskin adalah bumiputera, jadi sebab itu kita kena lihat majoriti rakyat yang alami masalah kemiskinan. "Dalam masa yang sama, kita wajib bela kaum lain yang miskin. Bukan bermakna kita jaga majoriti tapi kita abaikan kaum lain, kita tak boleh menzalimi kaum lain ketika kita membela kaum sendiri," katanya.

Abdul Hadi menjelaskan, buat masa ini, tindakan Tony itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan pakatan pembangkang dan kenyataan itu dianggapnya lebih bersifat peribadi. "Kita kena bincang di peringkat pakatan pembangkang, pandangan itu mungkin lebih bersifat peribadi," ujarnya.

Kalau tidak salah penulis berdasarkan perlembagaan Pas, tidak ada peruntukan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Ini bermakna bahawa tidak ada hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Justeru, tidak ada lagi apa yang disebutkan pada hari ini sebagai Ketuanan Melayu.

Malahan dilaporkan sebuah akhbar (15 September 1985), Pas berjanji dengan masyarakat Tionghua Terengganu pada 14 September 1985 bahawa Pas akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu jika mereka berkuasa.

Kalau dalam perlembagaan sebelum pindaan 1987 ada peruntukan untuk bangsa Melayu, misalnya dalam hal kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam, dalam pindaan 1987 tidak ada lagi yang berhubung dengan Melayu.

Inilah sebenarnya perjuangan kabur Pas yang hanya pandai berkata-kata. Mereka begitu bijak menutupi segala kelemahan yang ada di samping sering menuding jari mencari kesalahan orang lain. Rakyat tidak seharusnya terus membiarkan diri terperangkap dengan helah politik Pas ini. Jika rakyat dari sekarang terus leka dan tidak berhati-hati ketuanan Melayu akan hancur dan agama Islam sukar dipertahankan. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari