Jumaat, Januari 29, 2016

Guan Eng digesa buat penjelasan?


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digesa membuat penjelasan berhubung penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah pemimpin DAP itu terhadap Ketua Pe­nerangan Pas, Nasrudin Hassan.

Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng berkata, tindakan Guang Eng menarik balik saman tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat khususnya penduduk di Pulau Pinang.

“Guan Eng perlu berterus-terang mengenai penyelesaian luar mahkamah berhubung kes itu kerana keseriusan dakwaan Nasrudin yang memberi kesan kepada keselamatan kewangan serta masa depan Pulau Pinang.

“Ini sekali gus membawa makna bahawa Guan Eng secara tidak langsung mengakui bahawa dakwaan Nasrudin di dalam saman tersebut adalah betul,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Nasrudin baru-baru ini mempersoalkan tindakan Guan Eng yang bertindak menyaman beliau sedangkan bersungguh-sungguh meminta kes fitnah itu diselesaikan di luar mahkamah dengan memohon maaf seolah-olah seperti ingin memperlihatkan pemimpin Pas tersebut mengaku bersalah.

Menurut Nasrudin, saman itu mendakwa beliau telah memfitnah Guan Eng dalam satu artikel bertajuk Apa beza KIDEX dengan Penang Tunnel? yang bertarikh 6 Ogos 2014.

“Mereka saman saya kemudian, mereka mahu selesaikan kes ini di luar mahkamah. Beberapa kali mereka berunding supaya keluarkan kenyataan mohon maaf dan akan tarik balik saman,” katanya.

Dalam pada pada itu, Teck Meng berkata, tindakan Guan Eng yang menarik saman terhadap Nasrudin ini telah ‘mengagumkan’ ramai pihak dan rakyat.

“Ini kerana tindakan itu adalah bertentangan dengan rekod prestasinya dalam kes-kes mahkamah sebelum ini yang membabitkan kesudahan sehingga mencecah nilai pampasan mencecah ratusan ribu ringgit.

“Saya menyeru kepada Guan Eng untuk berterus-terang mengenai penyelesaian luar mahkamah ini. Ini kerana tuduhan oleh Nasrudin amat serius dan akan memberi kesan kepada keselamatan kewangan Pulau Pinang,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Januari 20, 2016

Apabila Adun 'porno' berbicara lagi - Berhenti jadi hero!


Semua pihak daripada Pakatan Harapan atau Pas diminta berhenti menjadi hero agar kemelut yang berlaku melibatkan kedua-duanya dapat dirungkaikan.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Elizabeth Wong berkata, tindakan berkenaan harus dihentikan segera bagi memastikan tidak berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang.

“Jika ia berlaku, akhirnya komitmen kita nak pastikan BN tumbang akan tersasar,” katanya ketika diminta mengulas mengenai akan berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14 nanti melibatkan calon Pakatan Harapan, Pas dan BN.


Beliau yang juga Adun Bukit Lanjan berkata, pihaknya menolak keras pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, Pas dan BN yang akan memberi peluang kepada BN untuk menang.

“PRU tinggal dua tahun lagi, harapan rakyat tinggi pada kita jadi jangan musnahkan harapan mereka itu,” katanya.

Menurutnya, pilihan raya sebelum ini menunjukkan banyak kegagalan berlaku kesan daripada pertandingan tiga penjuru.

“Jika Pakatan Harapan dan Pas nak juga berlaku pertandingan tiga penjuru lawan BN... baik tak perlu bertanding,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Januari 18, 2016

‘Saya banyak terhutang budi dengan Tun Razak' - Tun M!


Mengenang 40 tahun pemergian Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi cerita bagaimana beliau menyifatkan pemergian Bapa Pembangunan itu sebagai sesuatu yang sangat peribadi.

Menurut bekas Perdana Menteri keempat itu, beliau pernah dicap sebagai anak emas Allahyarham hingga menimbulkan kemarahan penyokong setia Umno.

“Amat sedih beliau diambil daripada kita amat cepat. Saya sudah tentunya bersedih kerana saya berhutang segala-galanya dengan beliau. Saya dipecat daripada Umno dan orang yang dipecat sebelum saya tidak pernah kembali kepada parti. Karier politik mereka rosak.

“Tetapi beliau bukan sahaja membenarkan saya kembali kepada Umno malah melantik saya sebagai menteri penuh,” ceritanya dalam artikel berjudul ‘Tun Razak’, di blog Chedet.cc, hari ini.

Allahyarham Tun Abdul Razak meninggal dunia pada Januari 1976 pada usia 54 tahun akibat leukemia di London.


Menyentuh soal penyakit dideritai Allahyarham itu, Tun Mahathir akui diberitahu tentang penyakit itu oleh Allahyarham sendiri sebelum beliau bertolak ke London, namun tidak dinyatakan tarikh.

“Sebagai doktor saya menyedari masalah kesihatannya. Beliau minta saya bercakap dengan doktornya, Dr Macpherson. Saya lakukan dan dapat tahu beliau tidak akan dapat bertahan untuk tempoh yang lama.

“Saya masih terkejut dengan berita kematiannya. Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang hebat. Beliau mungkin dapat membuat perbezaan sebenar terhadap masa depan negara yang diperjuangkan selama ini,” katanya.

Selepas kematian Allahyarham Tun Abdul Razak, Mahathir beranggapan perjalanan politiknya telah berakhir kerana beliau tidak pernah rapat dengan pengganti Allahyarham, Tun Hussien Onn.

“Tapi nyata tidak kerana Razak telah menyampaikan kata-kata yang baik untuk saya dengan Tun Hussien,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Januari 11, 2016

Sepatutnya saman bekas penasihat ketua menteri?


Pemimpin DAP Lim Kit Siang sepatutnya menyaman bekas penasihat khas ketua menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abd Rahman berhubung dakwaan DAP ditawarkan RM1.2 juta bilion dengan syarat pangkalan tentera Israel dibina di negara ini jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Presiden Pakatan NGO Pro BN (Pakatan NGO Pro-BN) Zulkarnain Mahdar berkata DAP tidak sepatutnya menyaman Pengarah Penyelidikan Pas Dr Mohd Zuhdi Marzuki kerana dakwaannya itu merujuk kepada kenyataan Mohamed Razali terhadap DAP empat tahun lalu.


Sepatutnya Lim Kit Siang dan DAP menyaman Mohamed Razali serta membuat laporan polis kerana memfitnah dan bukannya meminta bukti daripada Pro-BN termasuk Dr Zuhdi.

"Pro-BN membuat laporan polis sebelum ini terhadap DAP selepas terbaca pendedahan dibuat Dr Mohd Zuhdi mengenai tawaran RM1.2 bilion dan pembinaan kem tentera Israel sekiranya DAP menawan Putrajaya pada PRU13 yang lalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurut Zulkarnain, beliau yakin Mohamed Razali tentunya mempunyai asas untuk menyokong tuduhannya terhadap DAP berhubung tawaran RM1.2 bilion berkenaan serta pembinaan kem tentera Israel itu.\

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata beliau akan mengemukakan saman terhadap "seorang pemimpin kanan politik" yang mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion dan sebagai imbalannya membina sebuah pangkalan tentera Israel di negara ini sekiranya memenangi PRU13.

Walaupun Lim tidak menyebut nama pemimpin kanan politik berkenaan, namun portal berita berkenaan menyebut bahawa pemimpin politik kanan yang dimaksudkan ialah Dr Mohd Zuhdi.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Januari 06, 2016

Punca PAS 'diceraikan' 1977?


Dalam apa-apa pertikaian pun, akhirnya kita akan merujuk kembali kepada sejarah. Tidak kiralah apa isu pun, yang penting faktanya.

Menyelusuri fakta-fakta sejarah itulah, satu rumusan perlu difikirkan apakah benar kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ‘menganaktirikan’ Pas suatu ketika dulu. Atau adakah Pas sebenarnya yang ‘angkat kaki’ dari kerajaan BN pada 1977 ekoran ‘sifat tikam belakang’nya terhadap BN.

Di sini saya utarakan dahulu sedutan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

“Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada Pas. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan Pas demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan Pas juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya Pas meninggalkan atau dikeluarkan daripada BN. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri. Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan Pas mengkaji semula kedudukan Pas dalam BN.

Perkara ini dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung Pas selama tiga tahun berturut-turut setelah Pas menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting Pas dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan Pas yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan BN. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Ada dalam kalangan rakyat yang menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan demi merungkai rasa benci dan menyampah pengikut dan penyokong Pas yang melulu terhadap BN khususnya UMNO.

Nik Aziz Nik Mat

Antara punca sebenar krisis Kelantan pada 1977 adalah daripada Pas sendiri. Malah di dalam portal Pas Pusat itu menyatakan ia bermula apabila timbulnya rasa tidak puas hati Pas terhadap Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Muhammad Nasir. Rakyat waktu itu tertanya-tanya mengapa pada tahun itu, pimpinan Pas melucutkan jawatan Muhammad sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Yang diselindungkan Pas ketika itu ialah:

* Ada di antara pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan Pas (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan Pas Kelantan masih di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.

* Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam Pas untuk menjatuhkan Presiden Pas (ketika itu), Datuk Dr. Mohd Asri Muda. Ia dilakukan hanya kerana beliau adalah tokoh Pas yang bertanggungjawab membawa Pas menyertai BN pada 1973.

* Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin Pas Kelantan (ketika itu) untuk menolak Mohd Asri dan Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973, Pas mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara Pas dan UMNO.

* Dalam tempoh 1973-1978, Mohd. Asri selaku Presiden Pas dan Muhammad dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan Pas-UMNO.

* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar negeri itu, Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin Pas Kelantan itu sendiri.

* Mohd. Asri pula mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin Pas Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung Pas, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung Pas pada 23 Oktober 1982.

* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.

Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Pas Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh Pas Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga Pas.

* Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam Pas menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

* Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

* Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

* Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri Pas yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan ia diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri Pas sendiri.

* Setelah Kelantan di bawah Darurat, Mohd. Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan Pas-BN.

* Hasil dari desakan itu, Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung Pas dijadikan ‘kambing hitam Pas’ apabila beliau dipecat oleh Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri Pas yang menyokong rang undang-undang Darurat.

* Malah beberapa pimpinan Pas yang menentang gabungan Pas-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan Pas-UMNO, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

* Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin Pas ini, menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan Pas-UMNO.

* Rentetan dari itu juga menyebabkan ‘Krisis dalaman Pas’ kepada perpecahan Pas pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

* Keluarnya Pas dari gabungan BN-UMNO, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan diadakan pada Mac 1978.

* Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekung yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas di antaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan Pas cuba menggadaikan Kelantan.

Itulah antara puncanya Tun Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan hatinya yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas tersebut. Pas ‘diceraikan’ selepas tidak lagi memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.


Jadi mesti ada sebab mengapa sebelum arwah Datuk Nik Aziz meninggal dunia, beliau sempat berpesan kepada anak dan Menteri Besar Kelantan supaya berbaik-baik dengan UMNO. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Bongkak...!!! Pas Selangor tetap pendirian, enggan kerjasama Umno?


Pas Selangor hari ini sekali lagi menyatakan pendirian tegas bahawa tidak akan berlaku sebarang gabungan antara parti itu dengan Umno.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata demikian ketika diminta mengulas terhadap kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE).

"Pas Selangor akan terus menjaga kebajikan semua rakyat yang mana Umno telah gagal melaksanakannya," katanya melalui aplikasi WhatsApp disini hari ini.

Semalam lapuran kaji selidik IDE mendapati kerjasama Umno-Pas tidak akan memberi sebarang manfaat kepada nasib orang Melayu di negara ini.

Malah dikhuatiri juga kerjasama itu menyebabkan perpecahan susulan kemarahan penyokong Pas terhadap Umno masih menebal.

Cakap-cakap tentang kerjasama Umno-Pas hangat diperkatakan selepas Presiden Umno, Datuk Seri Tun Najib Razak menghulurkan tali silaturahim kepada Pas di hadapan ribuan penyokongnya pada Perhimpunan Agung Umno, bulan lalu.

Kelmarin, Pas mengesahkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan satu taklimat khas Sabtu ini bagi menerangkan isu kerjasama dengan Umno kepada pemimpin-pemimpin parti tersebut.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Januari 04, 2016

Najib, Rosmah tunai ibadah umrah!

Najib Tun Razak, Rosmah Mansor dan rombongan sempat menunaikan ibadah umrah lewat malam tadi dalam sesi lawatan singkatnya ke Arab Saudi. Turut mengiringi beliau ialah Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Dr. Irwani Abdullah. Rombongan itu turut disertai oleh Abdul Azeez Abdul Rahim, pemimpin pelajar Malaysia di Universiti Ummul Qura Mekah, Muhammad Syaharuddin Shaari (kanan) dan Annuar Musa. Perdana Menteri dijangka tiba di Madinah untuk menziarahi makam Nabi Muhammad SAW di samping bertemu dengan lebih 200 orang pelajar Universiti Madinah sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Arab Saudi mengambil peluang mengerjakan ibadah umrah sambil ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Masjidil Haram, Mekah, semalam.

Turut mengiringi beliau menunaikan ibadah itu adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan isteri, Datin Dr. Irwani Abdullah; Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengerusi Majlis Ama­nah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu hari ini, Najib sempat meluangkan masa bersama rakyat Malaysia di negara itu menikmati masakan tempatan yang dihidangkan oleh restoran Felda D’Saji Malaysian & Cuisine Restaurant di Jeddah.

Perdana Menteri yang berkongsi gambar tersebut di laman Facebook berkata, kegemaran terhadap masakan Malaysia membuatkan beliau memilih untuk menjamu selera di restoran berkenaan.

“Makan tengah hari bersama rakyat Malaysia di restoran Felda D’Saji di Jeddah. Walau di mana kita berada, makanan Malaysia tetap di hati,” katanya di laman tersebut.

Felda D’Saji Malaysian & Cuisine Restaurant yang diuruskan Felda D’Saji Sdn. Bhd. (D’Saji) terletak di Jalan Tahlia dan merupakan restoran Malaysia pertama yang dibuka di Jeddah.

Restoran berkenaan mengete­ngahkan konsep dapur terbuka untuk melahirkan suasana budaya Malaysia sambil menikmati aroma rempah-ratus Asia bagi melihat seni masakan itu sendiri.

Pembukaannya pada Februari tahun lalu juga sebagai simbolik dalam memperkukuhkan hubu­ngan perdagangan antara Malaysia dan Arab Saudi.-UMO

Suara Politik
Belantan

Di manakah ruginya 1MDB?


1MDB adalah sebuah syarikat kerajaan yang menyasarkan perolehan berganda daripada aset yang tidak nampak boleh dikomersialkan oleh pihak swasta.

Seperti lima janakuasa IPP yg dibeli oleh 1MDB adalah legasi Tun Mahathir yang hampir tamat tempoh lesen operasinya. Namun kerajaan melalui 1MDB telah membelinya agar dapat mengurangkan tarif letrik bagi semenanjung serta menstabilkan GRID KEBANGSAAN.

Oleh kerana 1MDB adalah milik penuh kerajaan melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan, maka jika tempoh lesen operasi TAMAT sekalipun, ia akan diperbaharui.

Ia tidak sama dgn 2 janakuasa YTL yg tidak disambungkan lesen operasinya. Itu hak kerajaan utk sambung atau tidak, kerana ia adalah milik swasta. Tambahan pula YTL adalah kroni Tun Mahatihir yang selalu mempertikaikan pentadbiran kerajaan DS Najib.

Maka lima buah janakuasa di bawah 1MDB yang dikenali sebagai EDRA itu mempunyai nilai yang tinggi, walaupun Tun Mahathir pernah melabelkan sebagai “membeli besi buruk”.Saya diberitahu bahawa pembelian IPP tesebut melibatkan wang sejumlah RM12 billion.

Dari manakah 1MDB boleh memperolehi wang yang sebanyak itu utk membeli IPP sedangkan ia adalah sebuah syarikat bermodalkan RM1 juta serta jaminan kerajaan sejumlah RM970 juta.

Maka 1MDB terpaksa meminjam wang dari dalam dan luar negara bagi membeli aset IPP. Manakala pihak kerajaan menjadi “penjamin” terhadap pinjaman itu.

Sebab itulah 1MDB lebih mudah memperolehi pinjaman sama ada secara bersidiket atau kepada satu-satu institusi kewangan antarabangsa.

Inilah permulaan HUTANG yang dipegang oleh 1MDB. Ia adalah suatu urusan perniagaan, tidak ada kaitan langsung dengan WANG RAKYAT atau WANG NEGARA.

Ia adalah sama kaedahnya dengan mana-mana syarikat yang membuat pinjaman dari institusi kewangan dalam dan luar negara.

Yang berbeza ialah 1MDB adalah milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.Maka setiap pinjaman harus dibayar hutangnya.

Inilah yang dilakukan oleh 1MDB dengan membayar balik HUTANGnya, ia tidak melibatkan wang kerajaan.

Apakah pemilikan lima IPP dalam negara serta beberapa IPP di luar negara seperti Mesir, Bangladesh dan Pakistan yg dikenali sebagai EDRA ini mendatangkan keuntungan kepada 1MDB ?

Cuba lihat perbandingan ini :

Jualan Edra kepada syarikat Cina berjumlah RM9.83 bilion

Jumlah liability yang diambil oleh syarikat Cina ialah RM8 bilion

Dalam tempoh pemilikan 1MDB, ia memperolehi RM2 bilion dari segi dividen (rujuk temubual Arul Kanda)

Maka dalam tempoh pemilikan 1MDB terhadap EDRA, ia memperolehi (RM9.83 + RM8 + RM2) billion = RM19.83 bilion.

Setelah ditolak kos belian sejumlah RM12 billion, (RM19.83 – RM12) billion = RM7.83 bilion

Ini bermakna dalam tempoh yg singkat, 1MDB telah memperolehi KEUNTUNGAN RM7.83 bilion

Wang sebanyak RM7.83 bilion ini digunakan pula untuk mengurangkan HUTANG yang lain pula.

Setelah proses rasionalisasi 1MDB yg terbahagi kpd 3 bahagian :

Bahagian Pertama : Penjualan Edra sebannyak RM9.83 bilion dalam bentuk tunai dan saham serta RM8 bilion dalam bentuk liability

Bahagian kedua : Pertukaran aset dengan IPIC dan 1MDB dapat mengurangkan hutang sebanyak 16 bilion

Bahagian ketiga : Penjualan 60% kepentingan dalam Bandar Malaysia kepada Konsortium Inskandar Water Front dgn Syarikat Cina.

Kesemua rasionalisasi ini melibatkan pemansuhan HUTANG sebangayk RM40 bilion.

Kini 1MDB hanya menanggung RM2 bilion HUTANG

Apa yang tinggal pada 1MDB ?

Ia masih memiliki 40% kepentingkan dalam Bandar Malaysia

Memiliki aset di Tun Razak Excahange (TRX)

Masih memiliki aset tanah di Pualau Pinang dan di Pulau Indah

Sudah sah sekarang, ASET 1MDB adalah lebih besar daripada hutang RM2 bilion

Maka selepas ini, sudah tentu 1MDB akan membangunkan lagi tanah-tanah di TRX dan Bandar Malaysia serta menjana lebih banyak keuntungan.

Jadi dI manakah RUGInya 1MDB ?

Suara Politik
Belantan