Jumaat, Oktober 31, 2014

Majlis Peguam kekal ketetapan larang bekas hakim hadir di mahkamah?


Majlis Peguam Malaysia (MPM) hari ini mengekalkan pendiriannya yang melarang bekas hakim untuk muncul di mahkamah mewakili anak guam mereka seperti dinyatakan dalam resolusi badan itu 15 Mac lepas.

Presidennya, Christopher Leong berkata, walaupun terdapat kebimbangan badan itu dalam isu ini, yang telah dinyatakan di mahkamah, namun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pada masa ini tidak ada apa-apa dalam undang-undang yang melarang hakim bersara daripada muncul sebagai peguam di mahkamah.

"Majlis juga menyatakan isu-isu baru-baru ini atau kontroversi membabitkan kepatutan atau pelantikan dan kemunculan ketua pasukan pendakwa dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sekali lagi, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tidak ada yang tidak tepat dalam dalam hal ini," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Beliau berkata: "Walaupun atas sebab-sebab yang berbeza, isu bersama dan kebimbangan Majlis Peguam berkaitan kedua-dua pelantikan dan kemunculan pendakwa utama dan peguam utama (bekas hakim) bagi Anwar dalam rayuan itu keadilan mungkin tidak dapat dilakukan atau mungkin dilihat tidak dilaksanakan."

Bagaimanapun, Leong berkata, Majlis Peguam tidak akan mengulas lanjut kerana pendengaran kes rayuan masih berjalan di Mahkamah Persekutuan.

Mesyuarat 15 Mac badan itu menerima usul bahawa hakim bersara dari mahkamah yang lebih tinggi perlu dilarang atau dihalang dari segi undang-undang untuk bertindak sebagai peguam di mahkamah.


Semalam, ketua pasukan pendakwaan dalam kes rayuan Anwar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pemberita bahawa tiada sesiapa boleh menghalang bekas hakim bertindak sebagai peguam dan ia adalah pilihan mereka untuk berbuat demikian.

Pada 3 Julai, 2013, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata hakim-hakim bersara bebas untuk muncul di mahkamah mewakili anak guam mereka dan tidak kira siapa yang muncul di mahkamah, pihak kehakiman akan menentukan kes berasaskan merit.

Beliau menegaskan bahawa badan kehakiman tidak boleh menghalang bekas hakim daripada menjalankan tugas guaman dan tidak harus menyekat hak mereka untuk berbuat demikian.

Kontroversi timbul selepas bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pembelaan dalam kes rayuan Anwar terhadap sabitan kes liwat.

Anwar, selaku Ketua Pembangkang, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun, 2008.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar, 67, atas kesalahan tersebut.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar di akhir kes pembelaan. Mahkamah Persekutuan sedang mendengar rayuan itu sejak Selasa lepas.


Untuk catatan, sebelum ini Majlis Peguam dituntut supaya bersuara dan tidak berat sebelah apabila pasukan peguam Anwar telah diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram menggantikan Datuk Sulaiman Abdullah yang dilaporkan tidak sihat dan terpaksa menarik diri.

Pada 15 Mac 2014 yang lepas, Majlis Peguam telah meluluskan resolusi untuk melarang hakim bersara daripada perbicaraan di mahkamah, kata Presidennya Christopher Leong.

Selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-68 Bar (AGM), katanya kepada pemberita bahawa jika hakim yang telah bersara telah dibenarkan hadir sebagai peguam, ia boleh mempengaruhi persepsi umum mengenai pentadbiran keadilan.

Resolusi itu, yang disampaikan bersama oleh Tan Sri VC George, hakim bersara Mahkamah Rayuan bersama-sama dengan lima orang hakim bersara yang lain.

"Pindaan ini tidak menghalang mereka daripada menjalankan amalan, mereka masih boleh melakukan pemindahan hak dan rundingan, hanya tidak pergi ke mahkamah," kata Christopher.

Kita tunggu dan lihat respons Christopher sama ada beliau akan bersuara untuk mempertikaikan perlantikan peguam bersara yang mewakili Anwar dan turut berada di dalam mahkamah.

Atau Christopher tutup mulut buat-buat tidak tahu dan mengesahkan sikap hipokrit Majlis Peguam yang berat sebelah dan tidak neutral tentang politik negara ini?

Majlis Peguam mungkin akan memberi alasan tidak akan memberi kenyataan kerana kes sedang berjalan dan tidak mahu contempt of court tetapi berapa ramai pemimpin Pakatan Pembangkang yang telah menghina mahkamah dan sistem kehakiman negara ini?

Suara Politik
Belantan

Khamis, Oktober 30, 2014

Kes liwat : Anwar tengah syok sendiri, yakin lepas?



Pasukan peguam mewakili Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan kes liwat selesai membentangkan hujah rayuan di hadapan lima hakim di Mahkamah Tinggi, Istana Kehakiman hari ini.

Ramkarpal Singh merupakan peguam terakhir pihak perayu selesai membentangkan hujah kira-kira pada pukul 1 petang.

Anwar yang ditemui sebaik sahaja sesi prosiding selesai yakin hujah yang dibentangkan oleh pasukan beliau yang diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram.

"Penghargaan saya kepada dari hari pertama kepada Datuk Seri Gopal dan keterangan terakhir okeh Ramkapal sebaik mungkin dengan terperinci.

"Saya yakin tidak mungkin dan tidak munasabah untuk mendapat keputusan sebalik melepaskan saya terhadap tuduhan fitnah jahat ini," kata Anwar.


Anwar mendakwa hujah rayuan yang dibentangkan pasukan cukup kukuh.

"Saya fikir apapun boleh dijawab termasuk cadangan peguam negara dan pendakwa untuk menambah hukuman tapi semua kenyataan jijik politik kerana keterangan yang di bawa ke mahkamah terlalu kukuh.

"Saya cukup yakin mana-mana mahkamah yang patuh pada undang-undang dan patuh kepada prinsip keadilan tidak mungkin membuat keputusan sebaliknya," kata Anwar.

Prosiding mahkamah bersambung esok kerana pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memohon kepada mahkamah untuk mengemukakan hujah balas.

Pada 7 Mac lalu Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantu beliau, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.

Suara Politik
Belantan

Peguam Anwar gagal serah hujah bertulis awal - Muhammad Shafee?


Pasukan pendakwaan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan hujah balas esok berikutan kegagalan pasukan peguam Anwar menyerahkan hujah bertulis.

Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata, hujahan bertulis yang sepatutnya diserahkan pasukan perayu dua minggu lalu hanya diserahkan Selasa lepas.

Muhammad Shafee berkata, pasukan pendakwaan sepatutnya membuat hujah balas pada pukul 2.15 hari ini.

"Tetapi saya minta ditangguh ke esok hari atas beberapa sebab. Pertama semua hujahan bertulis yang dikemukan oleh pihak perayu semuanya diberikan kepada kita hari Selasa. Sepatutnya diberi dua minggu sebelum.

"Kemudian mereka juga tergesa-gesa permohanan meminda petisyen rayuan. Kita tidak membantah walaupun petisen itu merangkumi perkara-perkara baru yang dimuatkan dalam hujahan bertulis,"


Muhammad Shafee berkata hujah balas akan dibentangkan esok sehingga pukul 1 petang dan disambung pada Isnin juga sehingga pukul 1 petang.

"Semua hujah akan dibentang oleh saya," kata Muhammad Shafee yang ditemui sebaik sahaja barisan peguam Anwar tamat membentangkan hujah rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pada 7 Mac lalu Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantu beliau, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.

Suara Politik
Belantan

Pendakwaan akan beri hujah balas petang ini?


Ketua pasukan pendakwaan dalam kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan membuktikan bahawa mereka atau saksi-saksi pendakwa tidak pernah bersetuju dengan mana-mana usul pembelaan sepanjang perbicaraan.

Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah menyatakan, pihaknya mempunyai penjelasan tersendiri terhadap setiap hujah yang ditimbulkan.

“Kami tidak pernah bersetuju dengan pembelaan. Kami ada jawapan sendiri atas isu Alel 18 dan akan memberikan jawapannya,” katanya ketika prosiding rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Beliau bangkit dan berkata demikian selepas salah seorang peguam Ketua Pembangkang itu, Datuk Seri Gopal Ramkarpal Singh kerap kali dalam hujahnya menyatakan bahawa pendakwaan dan saksi-saksi mereka bersetuju secara langsung atau tidak berhubung isu degradasi dan pencemaran sampel calitan kapas.

Menurut keterangan saksi pakar sebelum ini, ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong, terdapat kemunculan Alel 18 (sekuen gen) pada sampel calitan kapas yang diperoleh dari dubur bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 28.

(Alel adalah satu daripada dua atau lebih yang membentuk turutan asid deoksiribonukleik (DNA) sesuatu gen tertentu. Setiap gen boleh mempunyai alel yang berbeza.)

Pihak pembelaan mendakwa kehadiran Alel 18 menunjukkan terdapatnya penyumbang DNA ketiga di dalam dubur mangsa.


Saksi pakar tersebut menafikan mengenai kehadiran DNA pihak ketiga sebaliknya ia adalah dropping.

Terdahulu, Ramkarpal dalam hujahnya menyentuh mengenai isu degradasi dan pencemaran sampel-sampel calitan kapas.

Berhubung isu degradasi, Ramkarpal berkata, berdasarkan cara sampel-sampel itu dikendalikan oleh bekas pegawai penyiasat kes itu, Supritendan Jude Blacious Pereira, adalah mustahil saksi pakar pendakwa mendapat hasil ujian yang sangat bersih.

Pada perbicaraan sebelum ini, Pereira dalam keterangannya menyatakan, dia telah menyimpan bekas-bekas berisi calitan yang diambil 36 jam selepas kejadian di dalam laci besi di dalam biliknya dan bukan di dalam peti sejuk khas.

Tindakan itu juga, hujah Ramkarpal, akan menyebabkan sampel tercemar dan ini berkemungkinan telah berlaku sehingga menyebabkan munculnya Alel 18.

Sementara itu, pihak pendakwaan akan memulakan hujah balas mereka, petang esok. Hujah tersebut akan berlanjutan sehingga Jumaat ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Muhammad Shafee selepas Ramkarpal memberitahu beliau akan menamatkan hujahnya esok.

“Saya akan mengambil masa separuh hari untuk menghabiskan hujah saya. Cuma tinggal bahagian yang bukan teknikal sahaja,” ujar Ramkarpal.


Sementara itu, Muhammad Shafee ketika ditemui selepas tamat prosiding memberitahu, hujah balas esok akan menjawab kepada isu-isu yang ditimbulkan oleh pasukan pembelaan Ketua Pembangkang itu.

Beliau akan memulakan dengan menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh peguam bela utama, Gopal Sri Ram semalam.

Selain Sri Ram, peguam-peguam bela yang telah menamatkan hujah mereka ialah N. Surendran dan Sangeet Kaur Deo.

Berhubung rayuan balas pihak pendakwa berkaitan tempoh pemenjaraan Anwar, Muhammad Shafee memaklumkan, hujah mengenainya hanya akan dibuat sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan salah Anwar.

Sementara itu, Perhimpunan cuba raih simpati terhadap Anwar tidak dapat sambutan?

Persekitaran di hadapan Istana Kehakiman hari ini kelihatan lengang apabila hanya sebilangan penyokong Anwar Ibrahim berkumpul di sini sejak awal pagi bagi mengikuti prosiding rayuan akhir kes liwat Ketua Pembangkang tersebut.


Tinjauan wartawan pada pukul 9 pagi mendapati hanya terdapat kira-kira 50 penyokong Anwar berkumpul hari ini.

Prosiding rayuan kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu hari ini memasuki hari ketiga dan sepatutnya berakhir semalam serta dijangka berterusan sehingga esok.

Kehadiran hampir 400 penyokong Anwar semalam dengan menganjurkan perhimpunan tanpa permit telah mencetuskan beberapa provokasi termasuk merempuh penghadang besi yang diletakkan di hadapan Istana Kehakiman bagi memasuki lobi utama Mahkamah Persekutuan.

Dalam pada itu, Anwar tiba di Mahkamah Persekutuan pada pukul 9.15 pagi ini bagi merayu sabitan penjara lima tahun setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada Mac lalu berhubung dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Sementara itu, tinjauan juga mendapati kawasan di tepi Istana Kehakiman telah dipasang pita kuning bagi menghalang penjaja berniaga di kawasan itu.


Langkah tersebut ekoran terdapat beberapa penjaja kecil mula berniaga tanpa kebenaran di kawasan itu sejak kelmarin.

Turut diletakkan notis `Dilarang menjaja tindakan kompaun dan sitaan UUK3 Akta Kerajaan Tempatan’.

Semalam, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat memberi amaran kepada penjaja yang membuka gerai makanan dan minuman tanpa kebenaran PPj di situ supaya menghentikannya sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang.-UMO

Suara Politik
Belantan

Pembelaan Anwar dakwa konspirasi dan kekhilafan dalam analisis DNA?


Perbicaraan rayuan kes liwat Anwar Ibrahim disambung hari ini dengan peguam-peguam pembelaan terus mengemukakan penghujahan mengapa Mahkamah Persekutuan harus membatalkan sabitan dan hukuman lima tahun penjara terhadap Penasihat PKR itu.

Selepas penghujahan panjang lebar oleh peguam utama Datuk Seri Gopal Sri Ram semalam, tiga peguam lain pembelaan menyatakan mereka memerlukan sepanjang hari ini untuk membuat penghujahan mereka.

Peguam N.Surendran meneruskan penghujahannya di hadapan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Ia diikuti peguam Sangeet Kaur Deo yang akan berhujah mengenai sampel yang diambil daripada sel di mana Anwar ditahan semalaman di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur susulan laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mengenai dakwaan kejadian itu.

Sementara itu, peguam Ramkarpal Singh mungkin berhujah dengan terperinci mengenai analisis DNA di mana beliau akan mempertikaikan integriti sampel yang diambil daripada Mohd Saiful.


Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan pula dijangka membuat penghujahannya esok, dan prosiding rayuan kes liwat Anwar mungkin berlanjutan sehingga Jumaat.

Mahkamah Apex (mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia) dijadual menetapkan tarikh lain untuk menyampaikan keputusannya kerana pihak pendakwaan dan pembelaan membuat penhujahan secara menyeluruh mengenai kes itu selain membawa isu-isu baharu untuk dipertimbangkan mahkamah.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Anwar atas kesalahan meliwat Mohd Saiful atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti mengenai integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful.

Mahkamah telah memutuskan bahawa sampel itu boleh terjejas sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.



Pada 7 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim perbicaraan itu terkhilaf apabila meragui integriti sampel berdasarkan keterangan dua pakar saksi yang dipanggil oleh pihak pembelaan.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan itu yang didakwa dilakukan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.40 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ini kes liwat kedua terhadap Anwar.

Dalam kes pertama, Anwar didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000. Sila baca di sini.


Anwar menjalani hukuman itu selepas selesai menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah setelah disabitkan terhadap empat tuduhan rasuah pada 4 April 1999.

Anwar dibebaskan pada 2 September 2004 apabila Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad meminda sabitan kesalahan itu dan mengetepikan hukuman penjara terhadap dakwaan meliwat Azizan, dalam keputusan majoriti 2-1. Sila baca di sini.

Anwar dibebaskan apabila Abdul Hamid dan dua lagi hakim Datin Paduka Rahmah Hussain dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud bercanggah dari segi tarikh sebenar kejadian liwat, walaupun pada umumnya, ketiga-tiga hakim itu bersetuju bahawa berlakunya aktiviti liwat antara Anwar, Azizan dan adik angkat Anwar,Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.-UMO

Suara Politik
Belantan

Rabu, Oktober 29, 2014

Anwar guna 
benteng pihak asing?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berdepan dengan keputusan rayuan kes liwat di Mahkamah Persekutuan esok berterusan menjadikan pihak luar sebagai benteng terakhir survival politiknya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menggunakan nama tokoh agama dan pertubuhan hak asasi manusia sebagai ‘talian hayat’ agar beliau tidak disabitkan bersalah dalam pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertindak merayu kepada rakyat negara ini supaya memberikan perhatian kepada gesaan masyarakat luar termasuk Inter-Parliamentary Union (IPU) dan Amnesty International yang dikatakan mengecam pendakwaan tersebut.

“Mereka meminta ‘kezaliman’ ini dihentikan. Tokoh agama seperti Dr. Yusuf Al-Qardawi dan beberapa pertubuhan hak asasi manusia telah bersuara,” kata Anwar dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.


Dalam pada itu, Ketua Biro Antarabangsa PKR, Gooi Hsiao Leung berkata, parti itu menjemput beberapa pemerhati undang-undang antarabangsa bagi memantau keputusan pendakwaan Mahkamah Persekutuan berkenaan esok.

“Kita bekerjasama dengan beberapa pertubuhan antarabangsa dan pihak kedutaan, begitu juga pengamal undang-undang dari Australia, United Kingdom, Perancis, Indonesia dan lain-lain.

“Pertubuhan antarabangsa se­per­ti Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia (FIDH), Pertubuhan Undang-undang Asia Pasifik (Lawasia), IPU, Australian Law Council dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan untuk menghantar pemerhati mereka esok,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Polis siasat Ustaz Azhar Idrus?


Selepas menerima dua laporan sejak kelmarin, polis akan menyiasat secara menyeluruh penyebaran satu rakaman klip video lucah yang tersebar di internet.

Lelaki di dalam klip video tersebut dikatakan mirip penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 50.

“Kita akan mendapatkan bantuan daripada beberapa agensi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mengesan dalang yang menyebarkan video tersebut,” jelas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa.

Beliau juga turut menerangkan bahawa pihaknya akan menyiasat dan mengambil kira semua aspek untuk melengkapkan siasatan kes. Ini termasuklah memanggil Ustaz Azhar untuk mendapatkan keterangan.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedar bahan lucah yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” tambahnya lagi.

Suara Politik
Belantan

7 pandangan seorang peguam dalam kes Anwar Ibrahim sejak liwat 1?


1. Rakyat hakim negara hanya ketika pilihanraya bukan untuk adili kes jenayah peribadi. Rakyat telah menghakimi BN & kami telah menang PRU13 yang lalu 133/222 kerusi. Anda telah kalah dengan 89/222 kerusi. Anak-anak tadika pun faham 133 lebih banyak daripada 89.

2. Sebelas hakim, 11 orang telah yakin yang Anwar terlibat dengan liwat. 3 hakim Mahkamah Persekutuan kes pertama dengan Azizan nyatakan dalam 1 paragraf bahawa kejadian itu memang berlaku. 2 bebaskan Anwar hanya sebab teknikal kerana Azizan terlupa tarikh. Sila baca di sini.

3. Kemudian Anwar minta supaya paragraf itu dibuang. Tahun ini 5 hakim secara 5-0 putuskan yang paragraf itu dikekalkan. Dengan kata lain, mereka bersetuju dengan fakta bahawa kejadian liwat memang berlaku. Siapa kita untuk mempertikai kajian mereka yang pakar bab perundangan. Sila baca di sini.


4. Dan bulan April tahun ini 3 hakim mahkamah rayuan secara 3-0 setuju dengan tanpa syak lagi yang Anwar memang meliwat Saiful. Jadi 3+5+3=11 hakim telah buat keputusan tentang Anwar. Bukan 1 orang tapi 11 orang hakim.

5. Hari ini dan esok 5 lagi hakim akan buat keputusan di Mahkamah Persekutuan, keputusan terakhir untuk Anwar bagi kes Liwat 2 ini, bukan Fitnah 2 macam kata mereka. Jika Anwar dilepas, itu keputusan mahkamah yang perlu diterima. Jika Anwar tidak lepas, itu juga keputusan mahkamah yng perlu diterima. Sila baca di sini.


6. Hanya orang yang terdesak, orang yang bersalah akan rasa terdesak lantas melakukan hal-hal yang melanggar undang-undang seperti kejadian di UM malam tadi. Orang yang tidak bersalah sepatutnya hanya perlu tersenyum dan berdoa serta bertawakal kepada Allah swt.

7. Anwar, cukuplah untuk menipu rakyat. Cukuplah untuk mengguna rakyat bagi kepentingan peribadi. Keadilan akan terbukti berdasar fakta kes anda. Jangan khuatir jika anda tidak meliwat. Namun jika anda memang benar melakukannya, keadilan kepada Saiful akan terlaksana jua. Rakyat hakim negara pada PRU14 nanti. Bukan hari ini dan esok.

Oleh : Ahmad Shuaib Ismail

Suara Politik
Belantan

Selasa, Oktober 28, 2014

PKR terus didesak jelaskan 
isu Azmin melobi jadi MB Selangor?


Pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus didesak memberi penjelasan kenapa tiada tindakan diambil ke atas Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali yang didakwa melobi diri sendiri menjadi Menteri Besar Selangor ketika parti memutuskan memilih Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi mengisi jawatan itu.

Naib Ketua PKR Cabang Lembah Pantai, Johari Musa berkata, pimpinan tertinggi PKR seolah-olah menyembunyikan perkara itu sedangkan Mohamed Azmin melanggar disiplin parti, justeru beliau sepatutnya dipecat atau sekurang-kurangnya dihukum.

Johari mendakwa, ketika krisis jawatan Menteri Besar Selangor masih belum selesai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu memberi arahan supaya lima wakil rakyat PKR di Selangor menandatangani akuan bersumpah yang dihantar kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membolehkan baginda melantik beliau menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Lima wakil rakyat ini sebenarnya sebelum itu telah menandatangani akuan bersumpah sebagai sokongan kepada Wan Azizah sebelum menerima arahan dan mengeluarkan dokumen lain yang menyokong Mohamed Azmin.

“Ini jelas memperlihatkan bahawa Mohamed Azmin telah banyak menyeleweng dan mengkhianati parti tetapi kenapa sampai hari ini masih tiada tindakan, malah pimpinan tertinggi cuba menyembunyikan perkara sebenar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Johari yang juga Ketua Biro Agama PKR Parlimen Lembah Pantai berkata, perkara tersebut ditimbulkan ekoran tindakan PKR yang memecat Abdul Khalid daripada parti itu pada Ogos lalu atas alasan melanggar disiplin.

Tegasnya, sekiranya Lembaga Disiplin PKR betul-betul telus, tindakan yang sama sepatutnya turut diambil terhadap Mohamed Azmin namun sehingga hari ini, pimpinan parti hanya berdiam diri.

Tambah Johari, apa yang berlaku kini, imej parti semakin tercalar disebabkan kegagalan memberi penjelasan kukuh mengenai sebab-sebab pemecatan Abdul Khalid yang diketahui menjalankan tanggungjawab beliau mentadbir Selangor dengan baik.

“Kalau dijelaskan kedua-dua perkara ini, siapa sebenarnya yang mengkhianati parti sedangkan pemecatan Abdul Khalid tidak langsung berkaitan dengan perbuatan khianat atau membelakangi usul parti.

“Oleh yang demikian, kami mahu parti memberi penjelasan tentang pemecatan itu kerana sehingga hari ini tiada langsung pertuduhan serta bukti yang dapat dikaitkan dengan pemimpin berkenaan,” jelasnya.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Oktober 27, 2014

Anwar dan Hadi menanti 28 Oktober?


Ketua Umum (KETUM ) PKR yang juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim makin terdesak menjelang rayuan kes liwat ke atas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya  esok 28 Oktober. Jika rayuannya ditolak mahkamah, beliau akan dipenjarakan sekurang-kurangnya lima tahun.

Usaha Anwar melobi mendapatkan sokongan masyarakat antarabangsa bagi meningkatkan tekanan ke atas kerajaan Malaysia sejak tiga bulan lalu, tidak begitu berhasil. Beberapa negara seperti Australia menolak untuk campur tangan. Dunia makin mengenali siapa sebenarnya Anwar.

Di tanah air, kempen Rakyat Hakim Negara (slogan lama episod 2008), yang beliau lancarkan untuk menghimpunkan ratusan ribu orang tidak mendapat sambutan. Perkembangan tersebut meresahkan Anwar, yang kita percaya tidak akan putus asa untuk melakukan apa sahaja bagi terus mengheret rakyat kepada kancah moralnya.


Tidak pernah berlaku dalam sejarah kes mahkamah dipolitikkan begitu dahsyat. Belum pun ada keputusan Mahkamah Rayuan, Anwar sudah pukul canang di seluruh dunia mendakwa beliau tidak bersalah tetapi bakal dijatuhi hukuman. Itulah strategi lama Anwar, melakukan preemtif bagi mengaburi mata semua.

Tidak pernah juga terjadi dalam sejarah, penangguhan kes sehingga 67 kali; keengganan memberi pengakuan bersumpah membela diri di kandang saksi serta banyak lagi. Anwar juga berhak mendapatkan peguam-peguam terbaik termasuk bekas pendakwa raya tetapi masih mentohmah badan kehakiman negara. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana terus menjadi pelakon sandiwara yang hebat abad ini.

Pada tarikh yang sama – 28 Oktober– berlangsung perbicaraan membabitkan Presiden Pas, Hadi Awang disaman oleh orang PKR. Setakat ini, ramai ahli Pas komited untuk hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu tanda sokongan kepada Hadi. Inilah juga saat untuk menguji kesetiaan setiap ahli Pas apatah lagi terdapat pemimpin pro-Anwar (Anwarinas) dalam parti itu menghasut akar umbi untuk hadir menyokong Anwar – bukannya Hadi.


Rakyat melihat ia bukan sahaja isu memilih antara Anwar dan Hadi tetapi lebih daripada itu, ia adalah soal nilai yang dibawa oleh kedua-duanya. Dalam kes Anwar, gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) antarabangsa memberi sokongan kuat kepada beliau.

Beberapa badan LGBT mahukan pendakwaan ke atas Anwar ditarik balik atas alasan meliwat adalah hak kebebasan, bukannya jenayah dan menolak hukum perbuatan yang dilaknati Allah swt. Bagi gerakan tersebut, menyokong Anwar adalah penting demi hak LGBT.

Masyarakat Islam terutama ahli-ahli Pas tentunya bijak membuat perhitungan – nilai mana yang mahu didokong. Mahukah terjebak mengikut seruan badan-badan LGBT memuliakan budaya songsang? Jika ragu-ragu, buatlah keputusan yang kurang mudarat kepada Islam. Mudah sahaja. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Anwar nafi terdesak dapatkan sokongan negara asing?


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat KETUM (PKR), Anwar Ibrahim, mempertahankan tindakan pengikutnya meminta bantuan kerajaan Australia dalam usaha membebaskan dirinya daripada hukuman penjara.

Menafikan beliau terdesak sehingga terpaksa mendapatkan sokongan negara asing, Anwar berkata tindakan pengikutnya itu dianggap perkara biasa berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah meminta bantuan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam beberapa perkara.

"Isunya sekarang, kita mahu pertahankan kebebasan demokrasi dan mana-mana pihak yang mendukung kepimpinan (demokrasi) ia akan mempertahankannya di mana-mana.

"Jika benar mahu pertahankan, kebebasan itu juga perlu dipertahankan," katanya ditemui pada Majlis Solidariti di Jalan Tengku Kelana, Little India, di sini, petang tadi.

Hari ini, sebuah portal berita, melaporkan tiga wakil rakyat PKR diketuai Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishop, bagi membawa kes pertuduhan liwat terhadap Anwar untuk perhatian antarabangsa.

Selain pertuduhan kes liwat, Rafizi bersama-sama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung turut dilaporkan membawa isu berkaitan dengan Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Anwar menafikan beliau mengarahkan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh bagi mengikat Menteri Besar Selangor itu supaya menuruti kehendak parti dalam mentadbir negeri seperti mana yang didedahkan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.

Beliau sebaliknya menuduh perkara itu adalah mainan UMNO.

"Jika hantar pada saya, mesti saya dapat. Saya sudah periksa tetapi email itu tidak ada.

"Ini mainan UMNO. Selama ini, ini semua kerja UMNO," katanya.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Oktober 25, 2014

Azmin jangan jadi ‘tin kosong’?


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dikecam oleh pemimpin parti beliau sendiri kerana masih tidak melakukan apa-apa perubahan biarpun sudah sebulan memegang jawatan itu.

Pemimpin Angkatan Muda Ke­adilan (AMK) Cabang Ampang, Shahrunizad Sahar berkata, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya mempunyai perancangan pembaharuan dalam pentadbiran negeri dengan mendakwa Mohamed Azmin sudah lama mengimpikan jawatan berkenaan.

Kata beliau, ketiadaan perubahan segera yang dilakukan jelas membuktikan bahawa tidak ada apa-apa alasan untuk Mohamed Azmin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Adakah Mohamed Azmin ma­s­ih dalam tempoh ‘berbulan madu’ lagi? Seharusnya beliau menunjukkan kredibilitinya sebagai Menteri Besar.

“Jangan jadi se­perti tin kosong yang hanya bercakap, tetapi tidak mampu untuk bertindak,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan Mohamed Azmin meneruskan perjanjian penstrukturan semula air Selangor dan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) juga menunjukkan Abdul Khalid melakukan tindakan yang betul, sekali gus penggugurannya daripada ja­watan itu merupakan satu kesilapan besar.

“Seperti rakyat Selangor tahu sebelum ini, yang sering digunakan untuk mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan adalah isu perjanjian air dan projek Kidex yang kononnya satu perjanjian berat sebelah.

“Tetapi nampaknya, selepas Mohamed Azmin menjadi Menteri Besar Selangor, lain pula ceritanya.

“Ini bermakna Abdul Khalid melakukan tindakan yang betul, jadi apa isu sebenar beliau didesak meletakkan jawatan,” tegasnya.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Oktober 24, 2014

Pasma: Khalid persoal larangan Majlis Syura?


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus bersikap seperti duri dalam daging kepada kepemimpinan Pas apabila mempertikai pendirian parti tersebut yang melarang ahlinya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Beliau yang tidak pernah sunyi daripada kontroversi berkata, Pas sepatutnya menyokong Pasma dan bukannya melarang ahli menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kerana matlamat kedua-dua organisasi sama iaitu menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Kenyataan Khalid yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, dilihat sebagai membelakangkan arahan Majlis Syura Ulama sendiri selaku badan tertinggi dalam Pas yang mahu ahli-ahli parti menjauhi Pasma.

“Matlamat utama di sebalik penubuhan Pasma, mengikut kata Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi adalah untuk memastikan Pas kekal bersama pakatan. Sekiranya matlamat ini selari dengan Pas, mengapa perlu menentang dan melarang ahli bersama Pasma?

“Oleh kerana matlamat Pasma adalah selari dengan matlamat Pas seperti diputuskan dalam muktamar, iaitu istiqamah bersama pakatan, saya syorkan Pas membantu Pasma dan tidak sebaliknya,” katanya menerusi laman blognya, www.khalidsamad.com.

Pada 12 Oktober lalu, Majlis Syura Ulama Pas menerusi setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh meminta semua ahli Pas jangan melibatkan diri dengan sebarang kegiatan Pasma kerana tindak-tanduk NGO berkenaan boleh memecah-belahkan parti.

Jelas Nik Muhammad, langkah berkenaan selaras dengan peringatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas ke-60 baru-baru ini, supaya tidak berlaku kewujudan ‘jemaah dalam jemaah dan parti dalam parti’.

Dalam pada itu, Khalid juga tidak ketinggalan mengulas mengenai dakwaan bahawa penubuhan Pasma adalah platform untuk menjatuhkan Abdul Hadi dengan menafikan perkara tersebut tetapi ulasan yang diberinya menimbulkan pelbagai persoalan.

“Ada kata hasil usaha Pasma, kemungkinan akan ada yang mencabar Presiden di muktamar akan datang. Apa masalahnya? Terpulanglah pada ahli sekiranya ada yang ingin melakukannya. Ia tidak salah dari segi perlembagaan dan adat berorganisasi,” katanya.

“Kalau tiada Pasma sekalipun tidak mustahil ia boleh berlaku. Saya yakin Presiden boleh menghadapi siapa juga pencabarnya. Ada yang anggap sebaliknya? Ada yang anggap perwakilan akan sokong pihak yang mencabar? Mengapa,” soal Khalid tanpa menyatakan jawapan.

Suara Politik
Belantan

Pas kata PasMa seperti kemuncup?


Pas menyifatkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sebagai ‘kemuncup’ yang tidak memberi kesan besar dalam perjuangan Pas bagi merealisasikan hasrat parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, Pasma bukanlah musuh yang perlu diberi tumpuan sebaliknya fokus utama mereka adalah menumbangkan Umno dan BN.

Menurutnya, Pasma tidak memberi kesan besar kepada parti itu sekalipun pemimpin NGO itu lebih suka mengkritik kepimpinan Pas secara terbuka.

“Kita tidak ambil Pasma sebagai sesuatu yang serius sebab ia bukan ancaman politik tetapi hanyalah kemuncup yang hadir sepanjang perjalanan kita.

“Dia hanya bersifat gangguan tetapi bukan ancaman besar,” katanya.

Diminta mengulas mengenai PKR Terengganu yang mengalu-alukan Pasma, Wan Azhar menjelaskan, tidak semua pandangan Pas selari dengan rakan pakatan, begitu juga dengan Pasma yang dianggap sebagai perosak dari dalam.

Tidak menafikan perbezaan pendapat dengan PKR wujud, beliau yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Besut berkata, isu dasar dalam Pas juga tidak sama dengan PKR dan DAP.

Bukan dari sudut penubuhan Pasma sahaja katanya, isu hudud sebelum ini pun turut memperlihatkan perbezaan pendapat apalagi Pas melihat ia keperluan tetapi parti lain dalam PR menganggap sebaliknya.

“Ada perkara yang disepakati tetapi dari sudut perbezaan ini kita turut meraikan perbezaan pendapat,” katanya.

Sementara itu, mengulas tindakan pihaknya terhadap Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Besut yang didakwa terlibat dengan Pasma sebelum ini, Wan Azhar berkata, pihaknya sudahpun mengambil langkah mengumpul bukti dan menghantar laporan kepada Badan
Perhubungan Pas Terengganu.

Menurutnya, pihak mempunyai bukti bergambar dan juga rakaman video berhubung kehadiran pemimpin tersebut pada majlis pelancaran Pasma di Besut baru-baru ini.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Oktober 23, 2014

Anwar sepatutnya bersara dari politik?


Kumpulan belia yang cenderung pada Pakatan Rakyat, Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menggesa agar ketua pembangkang, Anwar Ibrahim bersara dari politik.

Gesaan itu dibuat bagi menghadapi perhimpunan untuk menyokong Anwar, yang dipromosi dengan nama himpunan 'Rakyat Hakim Negara' yang akan diadakan pada akhir bulan ini.

Jurucakap LENSA, Ekhsan Bukharee berkata, rakyat tidak perlu diheret ke jalan raya setiap kali Anwar menghadapi kes di mahkamah.

Beliau juga mendakwa, semakin ramai yang menunjukkan sikap negatif ke atas bekas timbalan perdana menteri Umno itu.

"Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah.

"Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu.


"Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

"Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini?," soalnya dalam surat yang diperolehi Malaysiakini.

Menurutnya, Anwar perlu bersimpati dengan golongan penyokong yang sejak sekian lama menunjukkan solidariti bersama Anwar.

"Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri.

"Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri," kata Ekhsan lagi.

Himpunan 'Rakyat Hakim Negara' anjuran sayap pemuda PKR, AMK itu diadakan pada tarikh keputusan rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II.

Suara Politik
Belantan

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri saman Chegubard RM2 juta?


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Mohd. Nazree Mohd. Yunus hari ini memfailkan saman RM2 juta terhadap pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berhubung kenyataannya dalam laman media sosial Twitter yang didakwa berunsur fitnah.

Saman terhadap Badrul Hisham, 36, atau dikenali sebagai Chegubard dikemukakan oleh Mohd. Nazree di Mahkamah Tinggi Seremban dekat sini pada pukul 12.15 tengah hari ini. Mohd. Nazree diwakili peguam Hazwan Mohd. Nor.

Tuntutan saman itu melibatkan kenyataan Badrul Hisham pada pukul 1.32 petang, 22 Mac lalu yang menyebut satu kenyataan didakwa memfitnah Mohd. Nazree ketika pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Hazwan ketika ditemui pemberita memberitahu, kenyataan yang dikeluarkan itu secara tidak langsung telah menjatuhkan nama baik Mohd. Nazree yang ketika itu bertanding merebut jawatan AMK.


Kata Hazwan, tindakan saman itu bertujuan membersihkan nama anak guamnya sebagai seorang pemimpin AMK.

“Surat tuntutan telah dikeluarkan oleh pihak kami bertarikh 25 April lalu dan telah diterima pada 2 Mei lalu di kediaman keluarganya di Taman Bukit Chedang menuntut supaya Chegubard menarik semua kenyataan yang telah dikeluarkan dalam laman Twitter dan Facebook.

“Dalam surat itu juga pihak kami telah meminta Chegubard memohon maaf terhadap kenyataan yang dikeluarkan. Namun, sehingga kini permohonan maaf dan kenyataannya masih tidak diterima dan ditarik balik,” katanya.

Dalam saman itu, Mohd. Nazree turut memohon perintah injunksi bagi menghalang Badrul Hisham mengeluarkan kenyataan tersebut lagi.

Suara Politik
Belantan

Pesanan khas dari Nik Aziz : Orang Islam sertai acara sentuh anjing tiada otak?


Muryidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan acara kontroversi menyentuh anjing dan menyifatkan orang Islam yang terlibat tidak mempunyai akal.

"Mereka (Melayu Islam )yang pegang anjing seperti dalam kepalanya tiada otak tetapi ada ulat.

"Tidak munasabah orang Melayu Islam berhimpun ramai-ramai untuk pegang anjing, apa kebaikan yang mereka dapat tidak berguna langsung di akhirat," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada 'Majlis Sambutan Tahun ke-24 Pentadbiran Membangun Bersama Islam dan Perasmian Buku Khalifah Kita Pilihan Allah dan Buku Satu Tahun Pentadbiran Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob'.-SH

Suara Politik
Belantan

Rabu, Oktober 22, 2014

DETIK HITAM : PEMAIN BADMINTON UTAMA NEGARA POSITIF DADAH?


Arena badminton tanah air akhirnya dipalit detik hitam selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan salah seorang pemain utama negara gagal dalam ujian doping yang dilakukan secara rawak di Kejohanan Dunia Copenhagen, Ogos lalu.

Belumpun reda dengan isu rakyat Malaysia didakwa menjadi bookie menyogok sejumlah wang kepada dua pemain Denmark bagi mengatur perlawanan di Terbuka Jepun, Jun lalu, insiden terbaru ini pasti sekali lagi mengheret sukan popular negara itu ke kancah memalukan.

Menurut pegawai kanan BAM yang enggan namanya disiarkan, badan induk itu serta organisasi yang berkaitan sudah dimaklumkan mengenai keputusan ujian doping sampel A pemain itu yang didapati positif selepas berakhir temasya Sukan Asia di Incheon, baru-baru ini.

Setakat ini pihak BAM masih belum mahu mendedahkan identiti sebenar pemain itu hingga keputusan sampel B dikeluarkan, namun difahamkan pemain lelaki itu memenangi banyak kejohanan di pentas antarabangsa serta turut mewakili negara di Incheon dan menyumbang pingat.

“Dia didapati positif dadah diharamkan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA). Tapi saya tidak ingat sama ada ia membabitkan bahan terlarang anabolik steroid atau dadah perangsang prestasi. Saya percaya dia tidak sengaja mengambil bahan itu, tapi sepatutnya harus lebih berhati-hati.

“BAM tidak mahu membuat kenyataan rasmi sebelum keputusan sampel B dikeluarkan. Semua pihak tahu mengenai perkara ini termasuk Ketua Pegawai Operasi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Azizi dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar,” katanya.

Mengikut rekod penyertaan pemain badminton lelaki di Sukan Asia Incheon, antara yang beraksi di temasya sukan itu pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Goh Soon Huat, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Tan Boon Heong dan Hoon Thien How.

Sementara itu hingga kini pihak ISN masih belum mahu membuat sebarang kenyataan berhubung isu doping itu kerana mahu menunggu laporan penuh terlebih dulu dalam masa terdekat.

Kebiasaannya jika sampel A ujian doping didapati positif, keputusan sampel B tidak akan berubah. Sekiranya didapati bersalah, pemain terbabit bakal berdepan penggantungan dua tahun namun dia masih boleh mengemukakan rayuan.

Ini insiden kedua membabitkan kes doping dalam sukan tanah air selepas atlet wushu, Tai Cheau Xuen didapati gagal ujian doping hingga menyebabkan pingat emasnya dalam acara gabungan nanquan dan nandao di Sukan Asia terpaksa ditarik balik.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Oktober 21, 2014

Acara sentuh anjing : Jakim siasat penganjuran?


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran acara 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang semalam.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).

"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.

"Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan-peruntukan yang ada," katanya kepada pemberita mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, semalam.

Othman ditemui media selepas merasmikan Multaqa Pengetua Sekolah Agama peringkat kebangsaan di sini, malam tadi.

Inilah rupa penganjur 'I want to touch a dog'

Beliau turut menasihatkan umat Islam agar melihat semula dan mendapatkan pandangan ulama mahupun ustaz sama ada apa yang dilakukan mereka dengan menyentuh, memeluk dan mendukung anjing itu betul dari segi agama dan selaras dengan tuntutan Islam.

Penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.

Program selama dua jam bermula 8 pagi hingga 10 pagi itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kehadiran seorang ustaz di samping dua individu lain dalam forum mini bagi menjawab pertanyaan dan kemusyiklan berkaitan anjing dalam acara tersebut, Othman berkata pihaknya akan turut menyiasat kelayakan agama lelaki berkenaan.

"Buat masa ini, kita tidak dapat maklumat lengkap sama ada betul atau tidak individu itu ustaz, sekarang ini siapa-siapa yang pakai songkok (berpenampilan alim) pun sudah boleh jadi ustaz," katanya.

Pada masa yang sama, Nurul Izzah ucapkan tahniah kepada penganjur acara sentuh anjing?

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yang hadir pada satu acara yang membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing hari ini.


Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.

“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang,” tulis Nurul Izzah, hari ini.

Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal,” katanya.

Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Untuk ‘haters’ (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais),” katanya.


Kemudian Fathul Bari membalas: “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”

Hari ini berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yang bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.

Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.

Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Ibunya kata Dyana Sofya, Zairil bukan pasangan kekasih...!!! Betoi ka?


Ibunya tampil sekali lagi sebagai penyelamat keadaan? “Itu bukan Dyana. Dyana dan Zairil tak bercinta!” itu yang ditegaskan ibu Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat berhubung penyebaran gambar intim mirip bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan itu bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Menurutnya, penyebaran gambar itu sebagai fitnah terbaru terhadap anaknya oleh pihak-pihak tertentu yang mahu merosakkan imej DAP sekali gus melihat Dyana Sofya disingkirkan dari parti itu.

Beliau berkata, tindakan itu juga dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian terhadap isu-isu semasa yang lebih besar.

Sekadar gambar hiasan sahaja

“Kalau Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, mereka boleh fitnah dan reka gambar macam-macam, inikan pula Dyana. Ini bukan benda baharu, masa PRK Teluk Intan pun berlaku.

“Jika difikirkan secara logik, sebagai seorang ahli Parlimen yang dihormati, takkan Zairil nak buat perkara yang jejas imej macam itu,” katanya semalam.

Yammy berkata, individu mahupun kumpulan yang sengaja mereka-reka cerita dan menyebarkan gambar ini jelas ketandusan modal.

Menurutnya, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut berhubung isu itu memandangkan beberapa kes mahkamah yang sudah difailkan terhadap beberapa ahli politik sedang berjalan.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Oktober 20, 2014

Kes Liwat Anwar : Penghakiman Penuh Bertulis Mahkamah Rayuan!


Jabatan Kehakiman mengeluarkan penghakiman bertulis keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar kes liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 7 Mac lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh telah menjatuhi hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar di atas kesalahan tersebut.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan Anwar diikat jamin sebanyak RM10,000 dan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim.

Penghakiman bertulis itu boleh dibaca dilink di bawah :

http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-05-19-01-2012_DatoBalia.pdf

Suara Politik
Belantan

Ahad, Oktober 19, 2014

Menteri Besar Selangor nafi tandatangan surat 'kawalan jauh'?


Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan pernah menandatangani surat peletakan jawatannya yang tidak bertarikh sebagai 'jaminan' beliau akan menurut kehendak kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata, surat yang didakwa penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dihantar oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli kepada Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi e-mel adalah tidak wujud.

"Surat itu tidak benar. Tidak wujud," katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat dan menghadiri jamuan makan bersama Jawatankuasa Masjid Kampung Raja Uda, di sini hari ini.


Pada 15 Oktober lalu, Raja Petra menerusi entri dalam blog Malaysia Today mendedahkan e-mel Rafizi kepada Anwar mengenai cadangan-cadangan yang perlu diambil oleh PKR untuk menangani isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Salinan e-mel tersebut seperti mana disiarkan dalam blog berkenaan dikatakan turut dihantar kepada Ketua Ang­katan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam e-mel tersebut, Rafizi antara lain didakwa mencadangkan kepemimpinan PKR mengeluarkan satu surat letak jawatan tidak bertarikh supaya Mohamed Azmin selamanya diikat de­ngan parti dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sekiranya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.


Selain itu, Rafizi menerusi e-mel berkenaan didakwa turut mencadangkan kepada Anwar supaya PKR menuntut Mohamed Azmin bersetuju dengan syarat-syarat tertentu dan menandatanganinya sebelum sokongan majoriti parti diberikan kepada Timbalan Presiden PKR itu.

E-mel itu juga menyebut bahawa jika Mohamed Azmin melanggar mana-mana persetujuan yang ditetapkan, parti mempunyai hak untuk menukar dan meletakkan tarikh pada surat letak jawatan yang telah ditandatangani Mohamed Azmin.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin enggan mengulas dakwaan kononnya pelantikan Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR yang baharu adalah untuk mengawalnya dalam menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan