Khamis, Oktober 30, 2014

Peguam Anwar gagal serah hujah bertulis awal - Muhammad Shafee?


Pasukan pendakwaan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan hujah balas esok berikutan kegagalan pasukan peguam Anwar menyerahkan hujah bertulis.

Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata, hujahan bertulis yang sepatutnya diserahkan pasukan perayu dua minggu lalu hanya diserahkan Selasa lepas.

Muhammad Shafee berkata, pasukan pendakwaan sepatutnya membuat hujah balas pada pukul 2.15 hari ini.

"Tetapi saya minta ditangguh ke esok hari atas beberapa sebab. Pertama semua hujahan bertulis yang dikemukan oleh pihak perayu semuanya diberikan kepada kita hari Selasa. Sepatutnya diberi dua minggu sebelum.

"Kemudian mereka juga tergesa-gesa permohanan meminda petisyen rayuan. Kita tidak membantah walaupun petisen itu merangkumi perkara-perkara baru yang dimuatkan dalam hujahan bertulis,"


Muhammad Shafee berkata hujah balas akan dibentangkan esok sehingga pukul 1 petang dan disambung pada Isnin juga sehingga pukul 1 petang.

"Semua hujah akan dibentang oleh saya," kata Muhammad Shafee yang ditemui sebaik sahaja barisan peguam Anwar tamat membentangkan hujah rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pada 7 Mac lalu Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantu beliau, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: