Ahad, November 29, 2015

Sasaran sejuta petisyen tandatangan bebaskan Anwar Ibrahim gagal dapat sambutan?


Kegagalan PKR mencapai sasaran sejuta petisyen tandatangan bebaskan Anwar Ibrahim bukanlah satu isu yang besar untuk diperkatakan.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan pelbagai isu, sudah semestinya PKR tidak hanya mahu dilihat sebagai parti yang hanya memperjuangkan Anwar semata-mata.

"Kita kena imbangkan isu antara pembebasan Anwar dan kempen lain seperti 1MDB, Najib, GST, PRK Permatang Pauh dan sebagainya.

"Kerana benda ini jadi sensitif, kalau kita 'push' seratus peratus untuk dapatkan tandatangan satu juta, nanti kami dituduh mengetepikan rakyat dan hanya mengutamakan Anwar sahaja, oleh itu kami bahagi sama rata," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Nasional PKR ke-11 di IDCC Shah Alam hari ini.


Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kempen pembebasan Anwar akan diteruskan selepas beberapa isu yang melibatkan pakatan pembangkang selesai.

"Sekarang saya rasa sudah banyak isu selesai, maksudnya isu pakatan pembangkang dan isu skandal yang lain. Kita fokus satu persatu lepas ini kami akan fokus kepada isu Anwar," katanya.

Terdahulu, kempen bebaskan Anwar disifatkan gagal mencapai sasaran satu juta apabila hanya memperolehi 37 ribu jauh lebih rendah daripada yang disasarkan.

Suara Politik
Belantan

Rabu, November 25, 2015

Pembangkang 'terkejut berok' 1MDB jual Edra Energy?


1. Edra Global Energy Berhad (Edra), anak syarikat milik 1MDB bukanlah dijual dengan harga RM9.83 billion sahaja kepada China General Nuclear Power Corp (CGN Group) RM9.83 billion hanyalah melibatkan transaksi tunai. CGN Group dalam membeli semua aset Edra perlu mengambilalih kesemua hutang syarikat berkenaan sebanyak RM8 billion. Transaksi sebenarnya adalah RM9.83 billion tunai campur RM8 billion tunai berjumlah RM18 billion.

2. Tidak timbul soal penjajahan China melalui penguasaan Edra, atau kemungkinan China akan kenakan tarif jualan tenaga yang lebih tinggi atau China akan mengugut Malaysia jika mahukan sesuatu atau China hentikan pengeluaran tenaga dan Malaysia akan mengalami masalah.

Ini kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih pengeluar terbesar dengan kadar 50% pengeluar tenaga di Malaysia manakala Edra hanya mewakili 14% kapasiti pengeluar tenaga. Kedua, pembelian juga merangkumi Perjanjian Pembelian Aset tang telah ditandatangani. Mana boleh CGN Group suka-suka tidak menyediakan keperluan tenaga. Juga mana boleh CGN Group untuk mengenakan tarif yang tinggi kerana syarikat lain juga akan turut membidanya.

3. Penjualan Edra kepada CGN Group adalah disebabkan oleh tekanan pihak Pro-Tun dan pembangkang yang menuduh TNB untuk 'bailout' sekiranya TNB berjaya membida Edra. Sebaliknya TNB mempunyai komitmen untuk membina 3 lagi Indepedent Power Provider (IPP) berjumlah RM21 billion.

Sebelum ini pengkritik dari Pro-Tun dan pembangkang menyatakan bahawa 1MDB bodoh kerana membeli 'besi buruk' memandangkan kesemua IPP sudah hampir tamat tempoh (expired). Bilamana sebuah syarikat China ingin membeli Edra dengan harga tunai RM9.83 billion dan sanggup menanggung kesemua hutang-hutang syarikat sebanyak RM8 billion, pengkritik yang sama juga bising kenapa tidak menjual Edra kepada TNB. Mereka-mereka ini nak apa sebenarnya?

4. Pelaburan dari China ini pastinya akan meningkatkan Foreign Direct Investment (FDI).

5. Penjualan Edra berjumlah RM18 billion ini bukan merupakan perkara baru. Ini adalah Pelan Rasionalisasi 1MDB yang telah dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB iaitu penjualan Edra Global Energy sebanyak RM18 billion, penjualan 60% ekuiti Bandar Malaysia berjumlah RM11 billion dan penukaran aset-ekuiti dengan IPIC berjumlah RM16 billion untuk mengurangkan hutang syarikat sebanyak RM42 billion. Transaksi itu, yang dijangka selesai pada Februari 2016 juga satu kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, sebagaimana dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei 2015.

Jangan ragu dan jangan bimbang, walaupun dengan penjualan kesemua aset di atas untuk mengurangkan hutang, 1MDB masih memiliki 100% Tun Razak Exchange (TRX), hartanah di Pulau Pinang dan tanah di Pulau Indah yang kesemuanya masih bernilai di antara RM10 ke RM12 billion!

Suara Politik
Belantan

Pas bakal hilang jawatan JKKK di Selangor?


Pas dijangka bakal kehilangan beberapa jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Selangor apabila Parti Amanah Negara (Amanah) mahu jawatan itu turut dibahagikan kepada mereka pada lantikan akan datang.

Ini susulan kenyataan Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim bahawa pihaknya sedang mengadakan beberapa perjumpaan bersama pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin daripada DAP bagi membincangkan kuota yang akan diberikan kepada parti itu dalam pembahagian jawatan JKKK dan jawatan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan.

Katanya, lantikan itu kelak adalah pengiktirafan kepada Amanah sebagai parti politik yang bersama-sama membentuk Pakatan Harapan dengan PKR dan DAP.

"Amanah mempunyai tiga Anggota Parlimen dan dua Adun di Selangor.

"Bagaimanapun berapa jumlah kerusi ahli majlis dan JKKK yang akan diberikan kepada Amanah hanya ditentukan selepas perbincangan mengenainya selesai dalam masa terdekat ini," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Kesemua Ahli Majlis Kerajaan Tempatan akan tamat kontrak perkhidmatan mereka pada penghujung tahun ini.

Ditanya sama ada jumlah yang diperuntukkan kepada Amanah akan diambil daripada kuota Pas, Izham berkata perkara itu belum ditentukan.

Sekiranya berlaku, ia merupakan satu lagi tamparan buat Pas susulan pada minggu lalu, semua anggota JKKK daripada kalangan anggota Pas di Pulau Pinang telah dipecat oleh kerajaan negeri kerana tidak menyokong Pakatan Harapan.

Tindakan pemecatan itu menyebabkan Pas mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang.

Sementara itu mengulas mengenai jumlah anggota Amanah di negeri ini, Izham berkata, setakat hari ini sebanyak 4,000 orang telah berdaftar sebagai anggota parti itu dengan 20 peratus daripadanya terdiri daripada bukan Islam.

Suara Politik
Belantan

Isnin, November 23, 2015

'Kita tak perlu pihak luar ajar urus negara'?


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama diingatkan supaya tidak campur tangan dalam urusan negara apabila mengeluarkan kenyataan supaya polisi kerajaan menerima konsep perkahwinan sejenis.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Nasharudin Mat Isa berkata, Malaysia khususnya merupakan sebuah negara merdeka dan berdaulat yang tidak terikat dengan cadangan pihak luar dalam pentadbirannya.

"Kita tak perlu mana-mana pihak luar mengajar kita bagaimana untuk mengurus negara kita. Kita yang berhak mentadbir dan mengurus kedaulatan negara ini.

"Apa yang orang lain buat di negara masing-masing itu hak mereka. Dalam konteks Malaysia, kita ada Perlembagaan yang jelas meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan," katanya ketika ditemui selepas pelancaran buku The Middle Path of Moderation in Islam, di sini, hari ini.

Dalam kunjungannya ke Malaysia baru-baru ini, Obama dilaporkan berkata, negara patut menghormati hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai hak asasi.

Kata Obama, polisi kerajaan mengenai perkahwinan juga perlu adil kepada semua pihak termasuk perkahwinan sejenis.

Mengulas lanjut, Nasharudin berkata, undang-undang antarabangsa juga telah jelas menggariskan agar sesebuah negara tidak mencampuri urusan negara lain.

"Saya merasa sangat kesal dengan kenyataannya. Dia (Obama) nak suarakan pandangan itu hak dia tetapi Malaysia harus kekal dengan pendirian kita letakkan Islam sebagai hukum tertinggi dalam negara kita," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai jawatan disandangnya di GMMF sejak sebulan lalu, Nasharudin berkata, beliau akan memberi tumpuan agenda memerangi Islamophobia.

"Selepas insiden di Paris, Islam sekali lagi dihentam kiri kanan dan wajah Islam serta umatnya dipandang negatif. Perspektif ini perlu diperbetulkan dan kita ada pelbagai pendekatan.

"Selain pencegahan, saya juga mahu menumpukan pendekatan melihat apakah punca sebenarnya tindakan ektremisme dan sebagainya. Tumpuan kepada anak muda amat penting dan kita sudah mengaturkan pelbagai program dengan pelajar kita di luar negara untuk mempromosikan agenda ini," katanya.

Sementara itu Veteran UMNO dalan satu kenyataan berkata, sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Tangisan Norlela peringatan untuk orang Melayu?


Mungkin buat pertama kalinya dalam sejarah sejak kerajaan negeri dikuasai oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP, ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menangis di sidang DUN.

Wakil rakyat itu menangis bukan kerana kehilangan jawatan tetapi kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mempedulikan masalah di kawasan diwakilinya. Itulah yang berlaku kepada ADUN Penanti Norlela Ariffin.

Apa yang menarik Norlela bukanlah ADUN Barisan Nasional (BN) tetapi daripada sekutu paling rapat DAP iaitu PKR. Tetapi ternyata beliau seolah-olah dilayan secara tidak adil apabila kerajaan DAP Pulau Pinang seperti mana didakwa oleh Norlela 'mengabaikan kawasannya’.

Bagaimanapun tangisan Norlela tidak harus dilihat sekadar seorang insan yang menjadi wakil rakyat, jauh daripada itu ia mewujudkan persoalan apakah begitu nasib orang Melayu jika pembangkang memerintah?

Semua orang akui dalam pakatan baharu yang ditubuhkan selepas perpecahan Pas, selain DAP terdapat dua lagi parti iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) tetapi apakah kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan untuk melawan kehendak politik DAP?

Sebab itulah apabila Norlela menangis tiada mana-mana kepemimpinan PKR di peringkat pusat yang bersuara mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius rintihan wakil rakyat tersebut.

Selama inipun semua orang tahu bagaimana hubungan PKR dan DAP. Kedua-dua menjalin hubungan cukup rapat sehingga meminggirkan Pas. Norlela tidak boleh mengharapkan sangat mana-mana pemimpin PKR bersama beliau dalam perjuangan membela nasib penduduk Penanti.

Oleh itu bagi mengelakkan sebarang tafsiran tidak baik adalah wajar jika kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil tindakan segera mengatasi masalah yang diketengahkan oleh Norlela. Mungkin mereka tidak berpuas hati dengan tangisan beliau tetapi nasib penduduk Penanti perlu dibela.

Jangan sampai wujud pelbagai andaian tidak enak kepada kerajaan negeri khususnya melibatkan kawasan yang penduduknya majoriti terdiri daripada orang Melayu.

Kerajaan negeri sudah pasti tidak mahu keadaan itu berlaku kerana mereka memerintah bukannya hasil undi satu kaum sahaja tetapi semua kaum di Pulau Pinang termasuklah orang Melayu di Penanti.

Kepada pemimpin-pemimpin PKR pula, mereka sepatutnya tidak membiarkan Norlela keseorangan. Ini memandangkan jika tiada tindakan bagi mendesak kerajaan negeri menangani permasalahan yang berlaku, mereka tidak boleh marah kalau ada tafsiran bahawa tangisan Norlela peringatan untuk orang Melayu.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, November 21, 2015

UMNO-Pas, 
Pas-UMNO?


Difahamkan para pemimpin pembangkang mempersendakan rancangan kerjasama antara dua parti terbesar Melayu iaitu UMNO dan Pas. Sama ada Pas yang mahu bekerjasama dengan UMNO atau sebaliknya, ia adalah satu perkembangan yang amat ditunggu-tunggu oleh umat Melayu dan seluruh negara.

Itulah yang ada di dalam hati bangsa itu sebenarnya selama ini. Di dalam hati kecil mereka walaupun orang UMNO atau orang Pas bahkan Melayu tanpa pegangan kepartian mahu melihat perpaduan itu tercapai.

Bukan ia tidak pernah berlaku, ia pernah berlaku sekitar tahun 1978 dahulu. Walaupun kemudian ia berpecah, tetapi ia adalah satu proses pemulihan untuk kedua-dua pihak. Semasa kebuntuan berlaku, kedua-duanya secara spiritual bertaut secara lahiriah.

Semua pemerhati politik mahu melihat apa yang bakal berlaku dengan pemaufakatan ini. Bukan mudah kedua-dua parti politik Melayu itu boleh disatukan. Ia semuanya bergantung kepada kepemimpinannya yang bertunjangkan doktrin masing-masing.

Pas sedar bahawa hubungannya dengan DAP tidak boleh pergi ke mana. Jika Islam yang mahu dibawanya maka DAP bukan regunya. Semua mengetahui yang PKR hanyalah parti yang bersifat Anwarisme dan Azizahisme semata-mata. Ia tidak akan kekal.

Sebab itu mereka perlu menubuhkan pakatan baharu diberi nama Amanah untuk terus hidup. Saya percaya sekiranya gagasan ini berjaya, satu dimensi baharu politik negara ini akan berlaku.

PRU14 akan memperlihatkan arus perubahan Malaysia pasca 2020. DAP yang bangga mengatakan 100 peratus Cina berada di belakang mereka harus merencanakan semula strateginya.

Lim Guan Eng-isme dan Lim Kit Siang-isme sedang bermain bersungguh-sungguh dengan perang psikologi. Perancangan mereka untuk membunuh karekter Najib dan kerajaannya juga akan terencat.

Selama ini mereka terlalu yakin, parti kerajaan sedang sibuk menyelesaikan hal rumah tangganya, tanpa memberi tumpuan untuk melihat apa yang mereka sedang lakukan. Ternyata permainan catur ini cukup hebat.

Kita tunggu dan lihat. Siapa yang akan kena checkmate?

Suara Politik
Belantan

Nurul Izzah robek luka lama insiden Tanduo?


Pertemuan Naib PKR, Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H.Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu Jamalul Kiram III, di Filipina baru-baru ini kembali merobek luka insiden pencerobohan lelaki Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Ramai berpendapat tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai tidak menghormati rakyat Sabah dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada diceroboh pihak asing.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sabah, Datuk Jusli Ajirol berkata, tindakan anak sulung bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sangat memalukan, lebih-lebih lagi ketika laporan mengatakan seorang rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen, 39, dari Sarawak dibunuh oleh kumpulan penculik dari Selatan Filipina.

"Nurul Izzah perlu memohon maaf kepada rakyat Sabah di atas tindakannya bertemu Jacel H.Kiram," katanya kepada Bernama di sini, hari ini semasa mengulas gambar Nurul Izzah dan Jacel yang memegang poster Anwar, yang viral di laman sosial sejak semalam.


Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau bagi memaparkan pertemuan dengan Nurul Izzah.

Jusli berkata, anak perempuan Jamalul Kiram itu adalah musuh negara, yang mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013 selain tuntutan terhadap Sabah.

"Nurul Izzah perlu tahu bahawa Sabah masih lagi mengalami ancaman penculik dan pengganas dari Selatan Filipina kerana mereka masih menuntut Sabah, walhal kerajaan Filipina tidak mengiktiraf kesultanan Sulu," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan media hari ini pula menyifatkan alasan remeh seperti 'terlalu sopan' atau 'mangsa keadaan' bukannnya alasan munasabah bagi Nurul Izzah bertindak demikian.


"Adalah tidak munasabah untuk memperlekeh sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa pencerobohan Lahad Datu atau pun rakyat Sabah dengan alasan remeh apatah lagi masih wujud tuntutan yang kononnya dari waris-waris kesultanan Sulu.

"Saya ingin menegaskan di sini, politik ada batasannya. Tindakan tidak bertanggungjawab YB Lembah Pantai sama sekali tidak dapat diterima kerana ia melibatkan soal mengenai kedaulatan negara, lebih-lebih lagi apabila pihak yang ditemui terlibat dalam pencerobohan dan pembunuhan rakyat kita," katanya.

Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh pula menyifatkan tindakan Nurul Izzah itu menggambarkan sikap pembangkang yang sanggup menggunakan apa sahaja peluang bagi kepentingan mereka tanpa memikirkan sensitiviti dan nasib rakyat, khususnya di Sabah.

Anggota keselamatan yang terkorban

Beliau turut menyelar kenyataan Ahli Parlimen Seputeh Tereka Kok yang mempertahankan Nurul Izzah apabila menyifatkan tindakan bergambar itu tidak perlu diambil serius kerana isu Sulu bukan perkara baharu.

Anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing turut senada dan berpendapat tindakan Nurul Izzah tidak wajar memandangkan isu Sulu masih terlalu sensitif bagi rakyat Malaysia, khususnya di Sabah.

"Bagaimana beliau boleh rapat dengan orang Sulu... apa tah lagi ketika seorang mangsa tebusan culik telah dibunuh...," katanya.

Menurutnya Nurul Izzah tidak hanya boleh menafikan perkara itu atau memberi pelbagai alasan tetapi sewajarnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan Sabah, khususnya keluarga mereka yang terkesan dalam insiden berdarah itu.


Pada 1 Mac 2013, kumpulan bersenjata dari Sekatan Filipina yang menceroboh Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu bertempur dengan pasukan keselamatan menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.

Sehari selepas itu, enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh bertempur dan kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, November 20, 2015

ADUN PKR persoal kerja DAP Pulau Pinang?


PULAU PINANG – Selepas mengkritik Bajet 2016 Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin terus menyerang kerajaan negeri kali ini dengan membangkitkan isu kebanjiran warga asing di negeri ini.

Norlela (PKR-Penanti) membidas Kerajaan DAP Pulau Pinang yang disifatkan beliau lepas tangan dalam menangani isu berkenaan.

Menurut beliau, kebanjiran pendatang asing khususnya warga Myanmar di Bukit Mertajam di sini, menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk terutama kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Norlela Ariffin

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan drastik meningkatkan keselamatan penduduk setempat, bukan hanya bergantung kepada polis semata-mata.

“Kita tidak boleh hanya mengharapkan polis untuk menjalankan penguatkuasaan kerana mereka juga berdepan masalah kekurangan anggota untuk melakukan pemantauan dan rondaan.

“Masalah kebanjiran pendatang asing ini bukan isu terpencil di Penanti dan Bukit Mertajam, malah jika ke bank sekali pun, majoriti yang berada di dalam premis itu ialah warga Myanmar,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Suara Politik
Belantan

Isnin, November 16, 2015

Hadi cabar Husam bersumpah?


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mencabar bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa untuk bersumpah bagi membuktikan dakwaannya bahawa wujud usaha penyatuan antara PAS dan juga UMNO.

"Kalau dia beranggapan apa yang dia katakan itu betul dan apa yang kami (PAS) katakan adalah bohong, maka silakan bersumpah," katanya pada program Dewan Muslimat PAS di sini, hari ini.

Beliau berkata, PAS Pusat juga sedang menunggu laporan daripada PAS Kelantan berhubung kenyataan Husam yang mengkritik kepemimpinan beliau.

"Sebarang tindakan yang diambil ke atas Husam perlu dibuat mengikut prosedur Jawatankuasa Disiplin yang perlu bertindak berdasarkan laporan terlebih dulu.

"Kita tidak boleh mengambil tindakan berdasarkan apa yang tertulis di laman media sosial atau sumber yang tidak diyakini namun buat masa ini, kita belum lagi menerima laporan berhubung tindakan Husam," katanya.

Husam sebelum ini menegaskan sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan kenyataannya itu adalah benar.

Suara Politik
Belantan

Ahad, November 15, 2015

Tiada lagi air percuma selepas 2016?


Kerajaan PKR Selangor hari ini tidak memberi jaminan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu yang di­terima rakyat sejak 2008 akan diteruskan selepas 2016 apabila memutuskan untuk menaikkan tarif air sebaik sahaja proses pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) selesai.

Menteri Besar, Mo­hamed Azmin Ali berkata, skim itu tidak semestinya boleh diteruskan untuk tahun-tahun seterusnya kerana pemberian berkenaan bergantung pada kedudukan kewangan kerajaan negeri.

“Air percuma bagi 2016 akan diteruskan tetapi bagi tahun-tahun berikutnya, kita akan lihat kemampuan kewangan kerajaan negeri.

“Pada masa sama, kita (kerajaan negeri) telah bincangkan baru-baru ini bagaimana skim air percuma yang menelan kos begitu besar sebanyak RM170 juta setahun dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata demikian ketika menjawab pertanyaan tambahan Tiew Way Kang (DAP-Teratai) sama ada kerajaan negeri akan meneruskan skim air percuma sebanyak 20 meter padu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut mengulas me­ngenai penstrukturan industri air di Selangor yang mana kepenti­ngan ekuiti syarikat konsesi seperti Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas); Puncak Niaga Hol­dings Berhad dan Konsortium Abbas Sdn. Bhd. (Abbas) ditanggung oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menerusi pemindahan aset air dan tanah bernilai RM2 bilion kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Bagaimanapun, mengenai run­dingan pengambilalihan Splash, beliau menyatakan, syarikat itu telah diberikan tempoh sehingga September tahun depan untuk memuktamadkan perjanjian mengenai perkara itu dengan kerajaan negeri.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, November 14, 2015

Langat 2: Azmin cuba salahkan Pusat?


Kerajaan PKR Selangor cuba menya­lahkan Kerajaan Per­sekutuan berhu­bung kelewatan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) sehingga menyebabkan negeri ini bakal berdepan dengan kekurangan bekalan air menjelang 2017 hingga 2019.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan nege­ri juga terpaksa membina dua loji rawatan air baharu iaitu Loji Ra­watan Air Semenyih 2 di Hulu La­ngat dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang di Kuala Langat yang menelan belanja sebanyak RM800 juta sementara menanti siapnya projek Langat 2.

“Kerajaan nege­ri terpaksa menge­luarkan bajet yang be­sar untuk menyelamatkan keada­an bagi kepentingan rakyat kerana Kerajaan Persekutuan ga­gal menyi­apkan Langat 2 mengikut tempoh ditetapkan.

“Kedua-dua projek itu adalah penyelesaian segera bagi mengu­rangkan segala kemungkinan kekurangan air antara 2017 hingga 2019 berikutan kelewatan projek Langat 2,” katanya ketika sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri boleh menjimatkan wang rakyat sebanyak RM800 juta sekiranya tidak melengah-lengahkan pembinaan Langat 2 yang dirancang khusus bagi menangani masalah bekalan air bersih untuk rakyat.

Tambah Noh, meskipun kerajaan negeri menyatakan telah memberi kelulusan terhadap beberapa permohonan dan dokumentasi Langat 2 pada Julai lalu, pembinaan projek itu sepatutnya sudah siap dan mula beroperasi tahun lalu sekiranya mereka memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat lebih awal lagi.

Suara Politik
Belantan

Rabu, November 11, 2015

Tarif air di Selangor naik selepas pengambilalihan syarikat konsesi air...!!! Adakah rakyat sedang diperbodohkan?


Kerajaan Selangor tetap akan menaikkan tarif air setelah proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air di negeri ini selesai, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, sehingga kini hanya Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) masih dalam proses rundingan pengambilalihan, manakala proses bagi tiga lagi konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) dan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) berjaya diselesaikan.

"Pasti akan ada kenaikan tarif air ini kerana kos bagi proses pengambilalihan itu adalah untuk memastikan perkhidmatan air berkualiti dan efektif.

"Bagaimanapun kita jamin kenaikan tarif ini tidak akan membebankan rakyat negeri Selangor," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) berkaitan kenaikan tarif air di Selangor.

Katanya, sebelum ini, kerajaan negeri telah menawarkan RM250 juta kepada SPLASH namun jumlah tersebut ditolak syarikat berkenaan.

"Tempoh rundingan untuk pengambilalihan SPLASH akan berakhir September 2016 dan kerajaan negeri akan pastikan proses tersebut selesai dalam tempoh tersebut.

"Berhubung perkara itu, kerajaan negeri telah melantik penilai bebas untuk melihat apa nilai yang adil untuk mengambil alih syarikat konsesi air berkenaan," katanya.

Mohamed Azmin berkata kos pengambilalihan tiga syarikat konsesi lain adalah berjumlah RM1.68 bilion yang mana Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) sebanyak RM1.07 bilion, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) (RM0.52 bilion) dan Konsortium ABBAS Sdn Berhad (ABBAS) (RM0.09 bilion).

Suara Politik
Belantan

Selasa, November 10, 2015

Pas dahulu bukanlah yang sekarang?


Penganalisis politik berpandangan Pas bakal menjadi parti pembangkang yang memainkan peranan lebih besar berbanding parti lain di negara ini meskipun sekarang parti Islam itu dilihat agak berkecamuk.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, apa yang dilalui Pas hari ini hanya sementara sebagai proses peralihan.

"Apa yang berlaku sekarang dalam Pakatan Harapan meletakkan Pas di luar kerjasama itu. Situasi ini dinamakan sebagai peralihan dan ia memang seolah-olah menampakkan peranan yang berkecamuk tetapi Pas itu sendiri mempunyai dasar parti dan hala tuju yang jelas, jadi, tidak menjadi masalah kepada proses sementara ini.

"Kerana pada masa akan datang itu, kita dapat lihat Pas yang 'moderate' ini akan dapat memainkan peranan yang lebih besar kepada negara.

"Ketika peralihan ini, kita akan nampak tindakan Pas itu kadang-kadang bercelaru namun masih jelas dasar partinya," katanya disini hari ini.

Menurutnya lagi, Pas hari ini dilihat lebih bersederhana dan jauh berbeza dengan sejarah parti itu.

"Kita lihat perkembangan Pas hari ini yang bergerak ke arah lebih 'moderate'... lebih bersederhana. Ini berbeza dengan sejarah Pas yang terdahulu.

"Ini satu proses evolusi parti yang baik untuk Pas itu sendiri dan juga perkembangan politik negara," katanya.

Sementara, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, Pas kini dilihat lebih melihat isu berbanding hala tuju parti.

"Jika Pas mahu berperanan begitu (seperti pembangkang di luar negara), saya tak tahu sama ada boleh dikatakan Pas itu sudah matang ataupun tidak tapi nampak sekarang ini Pas lebih melihat kepada isu berbanding dengan parti itu ke arah mana dia nak bawa.

"Mungkin itu dasar yang Pas ambil tapi realistik atau tidak keputusan Pas itu, kita belum nampak lagi. Jadi kita nak tengoklah apa yang Pas nak buat seterusnya," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, konsep kerajaan dan pembangkang di negara ini perlu diubah segera bagi memastikan kita mampu mencapai kematangan berpolitik.

"Pembangkang ini tidak sepatutnya membangkang semua perkara. Kena lihat isu atau dasar yang dibawa kerajaan yang difikirkan elok, tiada masalah sekiranya dia menyokong. Jika mengkritik pun, mengkritik secara konstruktif untuk menambah baik dasar tersebut.

"Tapi di Malaysia, nampak banyak isu yang dibawa kerajaan itu dikritik, dibantah oleh pembangkang tanpa hujah yang rasional tapi kadang-kadang ada juga yan rasional cuma banyak yang tak rasional lah.

"Jadi, konsep kerajaan dan pembangkang di Malaysia kena ubah bagi menunjukkan kematangan yang perlu ada dalam membincangkan isu-isu tertentu. Jika tidak, sampai bila pun kita tidak sampai ke tahap kematangan berpolitik dalam negara," katanya.

Menyebut tentang konsep pembangkang di luar negara termasuk Amerik Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), Azizuddin berkata, ahli parti kerajaan tidak semestinya menyokong semua dasar kerajaan manakala pembangkang juga tidak membangkang semua perkara.

"Seperti di AS, ahli parti kerajaan pun ada yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan. Walaupun berjuang duduk dalam parti politik, tapi mereka tengok isu. Kemungkinan juga ahli dalam parti pemerintah boleh menyerang, tidak semestinya pembangkang yang menyerang.

"Di UK pun begitu juga. Bergantung kepada isu, dasar yang nak dibentuk. Dalam konteks demokrasi matang, ia tidak melihat kesetiaan buta (blind loyalty) kepada parti. Mereka boleh menyerang dan mempertahankan dasar-dasar yang dibuat. Kadang-kadang pembangkang pula yang bersetuju dengan dasar kerajaan. Pendekatan itu berbeza dengan negara kita," katanya.

Tambahnya, di Malaysia, konsepnya lebih kepada 'party oriented' berbanding 'issue oriented'.

Suara Politik
Belantan

Ahad, November 08, 2015

Apa motif Husam dedah niat Abdul Hadi?


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sekali lagi 'menyerang' partinya apabila mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Bharu yang dikongsi di Facebooknya, hari ini.

"Presiden kita mengaku bahawa dia pernah menawarkan kepada dua, tiga orang Adun PKR masuk Pas nak buat kerajaan dengan Umno di Selangor.

"(Penonton) Ada yang tak pernah dengar tentang ini. Saya cakap terus terang malam ini, Presiden nak marah, marahlah," katanya.

Malah beliau mendakwa pengakuan itu dibuat bukan kepada dirinya sahaja sebaliknya ada pemimpin lain.

"Presiden mengaku. Dia sendiri mengaku ketika ditanya ramai-ramai. Bukan saya seorang tapi ramai-ramai. Maksudnya apa? Niat di hati sudah ada tapi oleh kerana rakyat jelata tak boleh nak terima lagi...Bila campak (idea) penasihat, bagaimana? (reaksi rakyat).

"Kalau presiden kata tidak (berlaku), sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa (saya) beritahu, saya tanya balik, kenapa buat? Kalau presiden tak buat, saya tak tanya," katanya yang berucap dalam dialek Kelantan.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi baru-baru ini yang dilaporkan menyatakan kesediaan parti itu menjadi penasihat dan pembantu sekiranya Umno mengubah dasar pemerintahan.

"Kita bukan gilakan kuasa atau mahu menguasai Putrajaya. Sekiranya mereka enggan terima nasihat atau pandangan, barulah kita akan ambil pendekatan lain iaitu ‘ambil alih’ pemerintahan.

“Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikut kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan Perdana Menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa,” kata Abdul Hadi.

Suara Politik
Belantan

Anwar berpesan dari dalam penjara - Henti 'ganggu' Dr M kerana kritik PM?


Bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menegaskan, 'gangguan' perlu dihentikan segera terhadap Tun Dr Mahathir Mohamed dan beberapa individu lain hanya kerana mengkritik kelemahan pentadbiran kerajaan BN.

Dalam satu perutusan melalui peguamnya pada Jumaat, Anwar menyuarakan kebimbangannya apabila bekas 'bosnya' itu telah disoal siasat serta diambil keterangan oleh polis.

"Beliau tidak melakukan sebarang jenayah apabila bertanyakan soalan dan menyuarakan kritikannya terhadap Perdana Menteri mengenai krisis 1MDB.

"Daripada menyiasat Dr Mahathir, kerajaan seharusnya menjawab soalan yang diajukan itu, yang turut menjadi tanda tanya oleh rakyat biasa," kata Anwar dalam kenyataan itu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melambaikan tangan kepada petugas media selepas diambil keterangan oleh polis di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, 6 November 2015.

Semalam, polis dipercayai merakam keterangan bekas Perdana Menteri itu berhubung kenyataan yang dibuat di Pasar Seni pada perhimpunan Bersih 4.0, Ogos lalu.

Menurut laporan akhbar tempatan, polis menjalankan rakaman kenyataan Dr Mahathir di pejabat beliau di Yayasan Albukhary, di ibu negara, pada jam 11 pagi semalam.

Menurut Anwar juga, tindakan menyoal siasat mana-mana individu yang mengkritik kerajaan membuktikan hak demokrasi rakyat kian terancam.

"Jika beginilah caranya layanan terhadap Dr Mahathir, hak demokrasi rakyat Malaysia berada di tahap yang sangat terancam.

"Saya telah menyaksikan ketegangan kuasa autoritarianisme yang berada di tahap buruk dan sangat membimbangkan," ujar Anwar.

Anwar berkata lagi, usaha 'menutup mulut' pengkritik kerajaan hanya akan memburukkan lagi krisis keyakinan rakyat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, November 07, 2015

Benarkah kecederaan bersifat kronik, maka Anwar perlu dibedah?

Ketika perbicaraan kes liwat, Anwar begitu gumbira sekali berlari di hadapan mahkamah

Panel yang merawat Anwar Ibrahim sedang menunggu keputusan sama ada bekas ketua pembangkang itu perlu menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan kronik pada bahu kanannya.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kesihatan berkata, Anwar mengalami kecederaan di bahu kanan beberapa tahun lepas akibat koyakan otot bahu.

Kecederaan itu dialaminya lama sebelum beliau dijatuhi hukuman.

Kementerian itu berkata, seperti yang diperuntukkan Akta Penjara 1995 (Akta 537), satu panel perunding kanan kerajaan dilantik untuk memeriksa dan merawat Anwar ketika beliau berada di penjara.

Berdasarkan dapatan panel itu, kecederaan pada bahu kanan Anwar bersifat kronik dan ini disahkan melalui pengimejan, kata kenyataan itu.

Ketika negara dilanda banjir besar, Anwar pergi bercuti bersama keluarga

Mengenai syor panel berkenaan, kementerian itu berkata ahli fisioterapi mengajar Anwar beberapa senaman untuk dilakukannya setiap hari di penjara.

"Beliau diperiksa dalam jarak kekerapan tertentu bagi menilai kekekuatan ototnya dan berdasarkan dapatan itu, Anwar telah beralih kepada set senaman seterusnya. Ini adalah kaedah standard dalam terapi bagi seseorang yang mengalami keadaan serupa," menurut kenyataan itu.

Kementerian tersebut berkata, panel perunding berkenaan menjemput tiga lagi perunding ortopaedik, yang merupakan pemimpin pendapat dalam bidang itu, untuk memberi pendapat kedua serta mengundang seorang pakar bedah ortopedik pilihan Anwar untuk memberi pendapat ketiga.

Laporan yang dikemukakan kepada panel itu menyebut bahawa ketiga-tiga pendapat memberi opsyen rawatan yang sama, tetapi tidak satu pun mengesyorkan fisioterapi intensif.

"Oleh kerana satu daripada opsyen dalam ketiga-tiga pendapat itu ialah pembedahan, maka prosedur ini dijelaskan secara terperinci kepada Anwar dan keluarganya," tambah kenyataan itu.

Ketika kempen PRU 13, nampak kuat pula tangan Anwar menghayun penumbuk

Menurut kementerian berkenaan, pembedahan jenis berkenaan bagi merawat keadaan serupa, dilakukan secara berkala di hospital utama kerajaan di Malaysia.

"Opsyen itu ditawarkan kepada Anwar lebih kurang empat minggu lepas dan panel berkenaan kini menunggu keputusan Datuk Seri Anwar mengenainya," menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu, panel berkenaan merawat Anwar secara profesional dan memberi penjagan sewajarnya kepada beliau, sejajar dengan keadaan klinikal.

"Keadaan beliau dikaji secara berkala oleh doktor di Penjara Sungai Buloh dan panel itu," katanya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Febuari lepas mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Suara Politik
Belantan

Khamis, November 05, 2015

Rakyat tolak kerakusan DAP?


Kerakusan DAP dalam usaha menawan Putrajaya sehingga membelakangkan faktor keharmonian masyarakat dan kestabilan politik akan menyebabkan parti itu ditolak oleh rakyat.

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, hakikat itu lambat-laun akan di­sedari oleh rakyat termasuk kaum Cina sekali gus menyebabkan mereka menolak DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau, sikap rakus DAP kebelakangan ini semakin terserlah dengan tindakan mereka ‘menunggangi’ parti-parti lain dalam pakatan pembangkang baharu serta beberapa aktivis Melayu yang menyertai DAP.

“Tindakan DAP mengisytiharkan keputusan mereka untuk bertanding di kerusi-kerusi yang dimenangi Pas di Selangor jelas membelakangkan Parti Amanah Negara (Amanah) yang diyakini mempunyai keinginan bertanding di kerusi yang sama.

“Selain itu, DAP terus mendesak Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk menyingkirkan Exco Pas dan jelas sekali DAP kini cuba memperbudak-budakkan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam Konvensyen DAP Selangor di Petaling Jaya semalam, Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong dilaporkan menggesa kepemimpinan tertinggi parti itu memberi kata dua kepada Mohamed Azmin supaya memecat wakil rakyat Pas dalam pentadbiran negeri.


Konvensyen sama turut menyaksikan bekas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari serta dua aktivis Melayu DAP, Syefura Othman dan Edry Faizal Eddy Yusof dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Selangor.

Di samping itu, DAP Selangor juga dikatakan sedang membuat persiapan untuk meletakkan calon-calonnya bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili Pas di Selangor.

Mohd. Zuhdi menambah, Pusat Penyelidikan Pas telah mengkaji strategi dan unjuran DAP untuk menguasai negara ini melalui pakatan pembangkang iaitu dengan memaksimumkan kemenangan calon-calon bukan Islam serta meminimumkan kemenangan calon-calon Islam.

Beliau memberitahu, pemerhatian yang dilakukan semasa Pas masih menjalinkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP mendapati, parti itu mengambil pendekatan memainkan isu-isu sensitif berkaitan sentimen agama dan kaum termasuk isu kalimah Allah serta menolak dasar-dasar afirmatif seperti Dasar Ekonomi Baharu (DEB).

“Ketika itu, Pas sentiasa menjadi halangan utama disebabkan manipulasi isu seperti ini akan merugikan pakatan pembangkang secara keseluruhan,” jelasnya.

Mohd. Zuhdi berkata, DAP kini dilihat mengamalkan pendekatan tersebut dengan menyerang kepentingan umat Islam, tidak menghormati institusi Melayu, memperlekehkan kepemimpinan Islam dan menyebarkan sentimen anti-Melayu.

Beliau berpandangan, DAP sepatutnya menerima realiti akar umbi sejarah, latar belakang budaya dan susur-galur nilai yang membentuk struktur sosial serta tata cara politik di negara ini.

Suara Politik
Belantan

Isnin, November 02, 2015

Kata dua DAPig Selangor - Mahu Azmin pecat Pas atau DAP keluar?


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menerima tamparan apabila DAP Selangor memberi kata dua untuk memecat wakil rakyat Pas dari pentadbirannya.

Ini berikutan seorang perwakilan pimpinan tertinggi parti itu memberi tempoh memecat wakil rakyat Pas daripada Kerajaan Selangor atau DAP sendiri akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu.

Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong berkata, Pas sudah memungkiri janji dalam Pakatan Harapan dan mahu pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Mohamed Azmin untuk pecat wakil rakyat Pas atau DAP keluar dari pentadbiran kerajaan negeri.

"Sekiranya Azmin gagal memecat wakil rakyat Pas Selangor, pimpinan DAP harus tidak teragak-agak keluar daripada Kerajaan Selangor.

"Bagaimanapun terpulang kepada pimpinan tertinggi DAP menetapkan tempoh masa kepada Azmin, tetapi ia harus dilaksanakan dengan segera," katanya semasa sesi bahas dalam Konvensyen Tahunan Negeri Selangor 2015 di Petaling Jaya, hari ini.


Dalam pada itu, DAP Selangor mendapat sokongan penuh daripada Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berhubung keputusan parti itu yang mahu bertanding merebut kerusi Pas pada PRU14.

Keputusan berkenaan diambil setelah mengambil kira kedudukan DAP yang masih bersama dalam pentadbiran Kerajaan Selangor untuk meneruskan perjuangan Pakatan harapan

Guan Eng berkata, tanpa DAP, Pakatan Harapan tidak boleh dilaksanakan, sebab itu DAP kena ada dalam Selangor.

"Kita kena pastikan beberapa dasar yang dibuat memihak kepada rakyat Selangor,” katanya

Kelmarin media melaporkan, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengumumkan persiapan meletakkan calon dan bertanding di lapan kerusi Dun di Selangor yang kini dipegang oleh wakil rakyat Pas.

Lapan kawasan itu Dun itu adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Suara Politik
Belantan

Kotak hitam pesawat Rusia ditemui!

Bangkai pesawat Rusia yang terhempas

KAHERAH – MESIR. Pasukan penyelamat berjaya menemui kotak hitam pesawat Rusia, Kogalymavia 9268 (KGL-9268) yang terhempas di kawasan pergunungan terpencil Mesir di Semenanjung Sinai, semalam.

Memetik laporan The Telegraph, kotak hitam tersebut yang mana kedudukannya terletak di bahagian ekor pesawat telah ditemui sebelum dihantar kepada pakar untuk dianalisa.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Mesir, sehingga kini, pasukan penyelamat berjaya memindahkan 129 mayat dari lokasi nahas untuk dibawa ke rumah mayat di Kaherah.

Difahamkan, pesawat tersebut membawa 217 penumpang dan tujuh anak kapal.

Ia terhempas 20 minit sesudah berlepas dari pusat peranginan terkenal di Laut Merah, Sharm el-Sheikh, Mesir ke St Petersburg, Rusia.

Sebelum terhempas, pesawat tersebut dilaporkan hilang dari radar di ruang udara Cyprus.

Dalam pada itu Perdana Menteri Mesir, Sherif Ismail yang melawat tempat kejadian memaklumkan, peluang pasukan penyelamat menemui mangsa yang terselamat adalah tipis.

Pihak berkuasa ketika ini masih menyiasat punca sebenar nahas.

Sebelum ini,kumpulan militan IS mendakwa bahawa pihaknya bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.

Bagaimanapun kenyataan tersebut disanggah perdana menteri Mesir dengan mengatakan bahawa pesawat tersebut tidak boleh dijatuhkan dalam mana-mana ketinggian.

Manakala Menteri Penerbangan Awam, Mesir Hossam Kamal berkata, pihaknya tidak menolak berlaku sebarang masalah dalam penerbangan terbabit.

Suara Politik
Belantan

Ahad, November 01, 2015

Pesawat terhempas - Rusia umum berkabung, Mesir nafi angkara militan?


MOSCOW - RUSIA. Presiden Rusia, Vladimir Putin mengisytiharkan esok (Ahad) sebagai hari berkabung selepas pesawat penerbangan Kogalymavia 9268 terhempas di Sinai, Mesir hari ini.

Kedutaan Rusia di Mesir memberitahu, proses mencari dan menyelamat termasuk mencari mayat mangsa penerbangan tersebut masih berjalan.

Seramai 224 penumpang termasuk anak kapal dan 17 kanak-kanak dikhuatiri terbunuh.

Kementerian Penerbangan Awam juga menghantar satu pasukan penyiasat ke kawasan pesawat tersebut ditemui terhempas, hari ini.

Walaupun terdapat dakwaan aktiviti militan IS di Sinai, Mesir menafikan kemungkinan pesawat tersebut diserang oleh militan.

Sementara itu, media Rusia mendedahkan juruterbang pesawat Airbus 321 berkenaan cuba mendapatkan kebenaran mendarat kecemasan di sebuah lapangan terbang di Sinar sebelum terputus hubungan.

Jabatan Kesihatan Sinai juga menisytiharkan darurat selain menghantar lebih 50 ambulans ke tempat kejadian.

Suara Politik
Belantan