Ahad, November 15, 2015

Tiada lagi air percuma selepas 2016?


Kerajaan PKR Selangor hari ini tidak memberi jaminan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu yang di­terima rakyat sejak 2008 akan diteruskan selepas 2016 apabila memutuskan untuk menaikkan tarif air sebaik sahaja proses pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) selesai.

Menteri Besar, Mo­hamed Azmin Ali berkata, skim itu tidak semestinya boleh diteruskan untuk tahun-tahun seterusnya kerana pemberian berkenaan bergantung pada kedudukan kewangan kerajaan negeri.

“Air percuma bagi 2016 akan diteruskan tetapi bagi tahun-tahun berikutnya, kita akan lihat kemampuan kewangan kerajaan negeri.

“Pada masa sama, kita (kerajaan negeri) telah bincangkan baru-baru ini bagaimana skim air percuma yang menelan kos begitu besar sebanyak RM170 juta setahun dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata demikian ketika menjawab pertanyaan tambahan Tiew Way Kang (DAP-Teratai) sama ada kerajaan negeri akan meneruskan skim air percuma sebanyak 20 meter padu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut mengulas me­ngenai penstrukturan industri air di Selangor yang mana kepenti­ngan ekuiti syarikat konsesi seperti Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas); Puncak Niaga Hol­dings Berhad dan Konsortium Abbas Sdn. Bhd. (Abbas) ditanggung oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menerusi pemindahan aset air dan tanah bernilai RM2 bilion kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Bagaimanapun, mengenai run­dingan pengambilalihan Splash, beliau menyatakan, syarikat itu telah diberikan tempoh sehingga September tahun depan untuk memuktamadkan perjanjian mengenai perkara itu dengan kerajaan negeri.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: