Jumaat, Julai 31, 2015

MH370: Australia yakin pencarian dilakukan di kawasan betul?


PEMANDANGAN di kawasan pantai di mana serpihan pesawat MH370 yang dikatakan hanyut sehingga ke Pulau Reunion.

SYDNEY: Australia yakin pencarian pesawat MH370 dilakukan di kawasan yang betul kerana serpihan sayap pesawat yang dihanyutkan ke Pulau Reunion adalah selari dengan zon pencarian.

"Kami kekal yakin bahawa kami mencari di tempat yang betul dan jika benar serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion dikaitkan dengan MH370, ia makin mengukuhkan lagi kes bahawa kami berada di lokasi yang tepat," kata Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur berkata: "Hakikat bahawa serpihan pesawat ini ditemui di bahagian utara Pulau Reunion adalah selari dengan pergerakan arus di kawasan pencarian." - AFP

Suara Politik
Belantan

Khamis, Julai 30, 2015

Rusia guna kuasa veto halang penubuhan tribunal?


NEW YORK - Seperti dijangka, Rusia menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu untuk menghalang cadangan lima negara, yang dirintis Malaysia, untuk menubuhkan sebuah tribunal jenayah antarabangsa bagi membicarakan mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian menembak jatuh Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine pada 17 Julai 2014.

Malaysia mengambil inisiatif itu bersama-sama empat negara lain – Australia, Belgium, Belanda dan Ukraine - yang menganggotai Pasukan Penyiasatan Bersama mengenai nahas itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang mengemukakan draf resolusi mengenai mahkamah tribunal itu, memberitahu Bernama seperti empat negara lain yang rakyatnya terbunuh dalam kejadian itu, Malaysia 'amat,amat kecewa' dengan tindakan Rusia menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang cadangan itu.

Resolusi berkenaan menggesa penyiasatan teknikal antarabangsa yang sedang dijalankan, supaya menyiapkan dan memuktamadkan dengan segera hasil siasatannya tentang punca nahas itu yang mengorbankan 298 orang, disusuli dengan siasatan jenayah mengenainya.



Ketika membentangkan cadangan itu, Liow berkata 'satu siasatan penuh' telah dilakukan oleh para pakar Belanda dengan bantuan negara-negara lain, dan PBB berpuas hati bahawa ia dijalankan mengikut standard antarabangsa.

Menurutnya walaupun Rusia menghalang cadangan itu melalui kuasa vetonya, Malaysia tetap bertekad memastikan mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu dihukum dan memastikan kesemua anak kapal dan penumpang Penerbangan MH17 mendapat keadilan.

“Walaupun kini terlalu awal untuk bercakap secara konkrit mengenainya, tetapi kami akan menimbang dan mencari opsyen serta mekanisme pendakwaan lain yang sesuai untuk memastikan keadilan dilaksanakan dan pihak terbabit dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka itu," katanya.

Penyiasatan kejadian itu dibantu oleh para pakar dari pelbagai negara termasuk Australia, Perancis, Jerman, Rusia, Indonesia, Itali, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat. - Bernama

Suara Politik
Belantan

Guan Eng mula 'gila talak' - Dengki dengan Hadi cenderung kepada UMNO?


Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan lagi jawatannya, Lim Guan Eng hari ini berkata tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan mengulas mengenai barisan kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu yang cenderung kepada UMNO.

Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Abdul Hadi itu, Lim berkata, beliau juga terkejut dengan tindakan pemimpin Pas itu yang menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai perkara biasa.

"Itu jelas menunjukkan hala tuju Pas di mana beliau (Hadi) cenderung kepada perdana menteri dan UMNO," katanya yang menyifatkan rombakan kabinet semalam sebagai satu "gempa bumi".

Pada sidang akhbar di sini, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin dengan perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet baharu itu.

Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.

Abdul Hadi berkata, terlalu awal bagi Pas untuk menyatakan pendapat berhubung barisan kabinet itu. - BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Rabu, Julai 29, 2015

Kabinet baharu 2015

Suara Politik
Belantan

Muhyiddin terima penggugurannya dengan hati terbuka!


KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menerima tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dengan hati terbuka.

Timbalan Presiden UMNO dan Ketua UMNO Pagoh itu berkata, beliau menghormati kuasa prerogatif perdana menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet dan berjanji akan terus mencurahkan bakti demi memperkukuh parti.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah.

“Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

“Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet, maka saya reda.

“Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

“Kepada Allah saya berserah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar mengenai pengumuman rombakan kabinet baharu Malaysia yang diumumkan Najib hari ini.

Dalam kenyataan itu, Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana memberikan peluang kepadanya berkhidmat di jawatan itu bermula 10 April 2009.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai timbalan perdana menteri,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Julai 28, 2015

Gugur Muhyiddin keputusan yang amat sukar - Najib!

NAJIB Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan barisan Kabinet baru di pejabatnya hari ini.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet adalah satu keputusan yang amat sukar tetapi terpaksa dilakukan agar jemaah menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

Perdana Menteri berkata, kabinet perlu bertindak sebagai pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

"Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan namun sebagai anggota kabinet perbezaan pendapat tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama," kata Najib ketika mengumumkan senarai anggota kabinet baharu di Perdana Putra di sini hari ini.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas khidmat bakti yang dicurahkan oleh Muhyiddin serta menteri dan timbalan menteri yang kini tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam rombakan kabinet yang diumumkan hari ini, Najib menggugurkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Empat menteri kabinet yang turut digugurkan ialah Datuk Seri Hasan Malek, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri G. Palanivel dan Datuk Dr Ewon Ebin.

Najib berkata beliau yakin kabinet yang baharu dapat meneruskan hasrat kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan, meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.

"Keputusan menggantikan Timbalan Perdana Menteri dengan Ahmad Zahid serta empat menteri dan timbalan menteri dan perubahan portfolio dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran," katanya.- BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Isnin, Julai 27, 2015

'Wake up call' dari Muhyiddin untuk ahli UMNO : Pengundi sudah lebih daripada meluat?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras semalam.

SHAH ALAM - Mengakui agak 'takut' selepas video pertama kenyataannya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi viral baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin malam tadi berkata, beliau harus berpegang kepada kata-kata, 'berkata benar biar pun pahit'.

Kenyataan terbaharu itu merujuk kepada andaian sekiranya Parlimen dibubarkan pada masa ini, Barisan Nasional katanya tidak akan menang berlandaskan senario politik hari ini.

"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang pada PRU akan datang.

"... Tetapi kalau dikata kalah, tetapi masih tak kalah, betul tak? Bagi saya satu hikmah yang ALLAH beri kepada kita selepas PRU lalu tahun 2008 Pak lah pimpin parti, kita dapat undi yang lebih rendah dan jumlah 140 kerusi (saya tak berapa ingat) tetapi saya bimbang ia berterusan bukan nak ulang cerita lama.

"Kalau- kalau tidak ada perubahan kepimpinan, undi kita akan terus merosot sebab itu saya gerakkan satu usaha dengan niat ikhlas untuk terus parti kita kekal berkuasa dapat sokongan kita angkat Najib jadi PM dengan kemenangan 133 kerusi, orang kata merosot, tetapi kalau Pak lah ambil mungkin jadi 120 atau lebih kurang daripada itu, nasib baik kita masih selamat," katanya semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ahli Umno untuk melihat perkembangan ini kerana situasi semasa tidak memihak kepada parti itu.

"... tetapi trend itu sudah menurun , tidak lagi lebih dua pertiga, hanya jumlah kerusi majoriti mudah.

"Kalau begitu keadaannya menjadi satu perkara yang paling penting dalam Perhimpunan Agung Umno sama ada di bahagian, sayap Umno, untuk melihat apa hal yang sudah berlaku dalam parti, perkembangan dalam kerajaan dan dalam negara kita yang menyebabkan sentimen yang saya sebut tadi hampir berada dalam keadaan sebahagian besar rakyat tidak menjadi pengundi kita, kenapa berlaku? Saya rasa ini lebih daripada meluat, ini bukan saya sebut," kataya.

Suara Politik
Belantan

10 fakta apa itu sumpah bai'ah Pas?



SEPULUH fakta yang masyarakat perlu tahu tentang apa itu bai'ah yang dilafazkan oleh ahli dan wakil rakyat Pas. Pengertian mengenai bai'ah ini dikongsikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, DATUK DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI NIK SALLEH dalam satu wawancara khas semalam.

DATUK DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI NIK SALLEH

1. Definisi bai'ah Pas ?

Menyentuh topik yang dinamakan bai’ah di dalam Pas sama sebagaimana bai’ah yang dirujuk dalam Fiqh al-Islami , di dalam sirah Nabi Muhammad SAW, Rasulullah mengadakan bai’ah antaranya Bai’ahtul Nisa, Bai’atul Ridwan, Bai’atul Aqabah dan banyak lagi bai’ah-bai’ah yang lain, yang dilaksanakan oleh Rasululllah dengan tujuan supaya umat Islam ini terikat dengan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Islam, dan umat Islam ini terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh Rasulullah, walaupun peraturan itu kadangkala sangat mencabar seperti perkara yang membabitkan peperangan antara Islam dengan musuh Islam jadi bai'ah ini dibuat supaya ia mengikat para sahabat ini, maka Rasulullah memperkenalkan satu sistem yang dinamakan bai’ah.

Jadi kita sebagai parti Islam kita ambil semangat daripada sirah ini, untuk kita laksanakan didalam parti kita kerana parti kita Pas ini sangat berpengalaman dari segi pelbagai isu... masalah dan macam-macam perkara jadi kita ambil faedah bai’ah ini untuk diperkenalkan dalam Pas supaya pimpinan dalam parti kita tahan menghadapi ujian sama ada ujian berbentuk dalaman mahupun berbentuk luaran.

Jadi sebab itu bai’ah yang kita perkenalkan ini adalah salah satu daripada sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

2. Jenis bai'ah dalam Pas ?

Dalam konteks Pas, bai’ah ini ada dua yang pertama bai’ah kepada ahli umum apabila mereka ini mengisi borang Pas.

Jadi walaupun kita tidak namakan ia sebagai bai’ah tetapi bila mereka mengisi borang Pas ini mereka mengakui dengan nama ALLAH, mereka mengakui bahawa masuk di dalam Pas ini untuk dia menegakkan syariat Islam.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai isu sama ada isu dalaman atau luaran, supaya ahli (boleh) tahan, kita (Pas) ikat mereka dengan bai’ah.

Ada pun peringkat kepimpinan terutama sekali pemimpin yang dipilih menjadi calon di dalam Pas kerana di dalam konteks negara kita ini banyak aspek yang akan mencabar calon-calon ini seperti isu membeli calon, isu lompat parti, isu khianat parti, jadi kita dalam Pas hendak supaya parti Pas ini berbeza dengan parti-parti yang lain, maka kita ambil inpitati daripada sunnah ini kemudian kita laksanakan di dalam parti kita.

Kita buat bai’ah untuk mengikat calon kita biar mereka lebih istiqamah dengan perjuangan Islam kerana memang perjuangan Islam ini satu perjuangan yang banyak menghadapi ujian tetapi bila kita ikat mereka dengan bai’ah Insya-ALLAH calon ada ketahanan dan sebelum bertindak, mereka akan ingat apa janji dengan parti, janji dengan bai’ah yang dilafazkan sebelum daripada masuk bertanding dalam pilihan raya.

Untuk ahli, kita tidak namakan sebagai bai’ah secara umumnya, kita tidak rasmikan namanya sebagai bai’ah tetapi bila mereka isi borang Pas itu maka mereka memahami janji dengan Pas untuk patuh kepada segala peraturan parti dan kita kaitkan perkara ini dengan nama ALLAH, Nabi maka bila satu perjanjian dikaitkan dengan ALLAH dan Rasulnya maka perjanjian ini namakan sebagai bai’ah manusia dengan ALLAH adapun bai’ah membabitkan calon-calon yang bertanding ini perlu saya perjelaskan bahawa, bai’ah ini kita bagi pilihan kepada orang yang hendak bertanding atas tiket Pas, kalau calon merasakan bahawa mereka hendak bertanding atas tiket Pas kita mengatakan dalam Pas ada bai’ah, jadi kalau dia hendak bertanding dan dia tengok bai’ah itu, dia restu dengan bai’ah itu, dia kena patuh dengan bai’ah dan kalau dia tidak hendak dengan bai’ah ini, jangan bertanding atas tiket Pas, bolehlah bertanding atas tiket mana-mana sahaja.

3. Jika langgar bai'ah ?

Jadi sebab itu isu melanggar bai’ah ini adalah isu yang besar kerana bai’ah ini adalah pilihan daripada individu itu sendiri, bukan parti yang paksa... dia bebas kalau dia hendak bertanding sahaja, kalau dia tidak mahu bertanding tidak mengapa, kalau dia hendak guna parti lain tidak mengapa, tapi apabila hendak bertanding atas tiket Pas dia kena faham bahawa dalam Pas ini ada bai’ah ada janji setia untuk mengikat mereka ini dengan perjuangan Islam supaya mereka tidak tergopoh-gapah, istiqamah dengan perjuangan Islam, jadi bila dia berbai’ah dengan Pas dia kena akur bai’ah ini janji dia dengan ALLAH yang paling besar.

Calon ini menyebut sumpah dengan nama ALLAH, nama Nabi dan malaikat, sekiranya dia khianati apa yang diamanahkan ini dia akan dilaknat oleh ALLAH, malaikat, sekalian makhluk yang boleh melaknat.

4. Garis panduan lafaz bai'ah ?

Di dalam Pas, Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa lafaz yang dilafazkan di dalam bai’ah itu satu lafaz. Cuma kita dapati beberapa negeri ada yang menambah lafaz, jadi Majlis Syura Ulama kita tidak menghalang apa yang hendak ditambah itu kerana di dalam bai’ah ini kita tengok bai’ah yang dilakukan oleh Rasullullah pun ada berbeza misalnya Bai'atul Nisa berbeza dengan Bai'atul Aqabah.

Jadi bila kita meletakkan satu lafaz maka lafaz itu digunapakai oleh semua wakil-wakil rakyat hampir semua negerilah kecuali saya difahamkan di Kelantan dia menambah sedikit dalam bai’ah dan kita dalam Majlis Syura tidak menghalang tetapi lafaz yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama adalah lafaz yang jelas antara intipatinya janji supaya tidak mengkhianati parti, tidak mengkhianati amanah yang diamanahkan oleh calon Pas.

5. Bila bermulanya bai’ah ?

Waktu Pas mula-mula ditubuhkan dulu tidak ada bai’ah sebab dulu ujian tidak besar dan orang bertanding dalam pilihan raya dalam Pas ini dulu orang tak bercakap akan menang sekiranya bertanding sahaja, cuma tidak mahu Umno menang percuma.

Saya masih ingat ketika saya masih kecil, orang kampung cari duit untuk beri kepada calon Pas semata-mata tidak mahu memberi Umno ini menang percuma.

Jadi zaman dulu tidak timbul masalah hendak beli calon, hendak hasut, tidak timbul masalah jadi zaman itu.. tiada bai’ah tetapi apabila ALLAH bagi kekuatan kepada perjuangan Pas kita melangkah selangkah demi selangkah sekarang ini bila sebut sahaja kita bertanding dalam pilihan raya maka orang boleh sebut kemungkinan besar Pas akan menang.

Apabila menampakkan semakin hari (Pas) semakin kuat , maka sudah tentulah andaian yang kita takut, berlaku dalam kepimpinan dalam Pas ini... lompat parti ke… walaupun Alhamdulillah kita parti yang paling bersih berbanding dengan parti-parti lain berkenan dengan lompat parti ini tetapi macam mana pun kita perlu berwaspada sebab itulah kita meletakkan bai'ah dalam Pas.

6. Ada calon yang pernah tolak untuk berbai'ah ?

Sepanjang pengalaman saya tidak ada calon yang dicadangkan menolak bai’ah…. dan tidak ada seorang calon yang menolak untuk berbai’ah dalam Pas.

Sebab kalau dia (calon) tolak….. dia kena tengok dulu kalau hendak bertanding atas tiket Pas, ini dia kena berbai'ah kalau setuju sila, kalau tidak setuju dia jangan bertanding… semua calon bertanding semua berbai'ah, bila hendak bertanding dia kena setuju, kalau buat sesuatu yang bercanggah dengan Pas dia dikira mengkhianatilah.

7. Wujud bai'ah talak tiga ?

Bai'ah talak tiga ini Masjlis Syura tidak menghalang, cuma lafaz dikeluarkan Majlis Syura tidak ada kandungan itu. Tetapi kita tidak menghalang mana-mana negeri mungkin semangat untuk menjaga kuasa pemerintahan yang ada di Kelantan mungkin dia tekankan, Tok guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) jika dia saksikan dia adalah Mursyidul Am, orang paling besar dalam Majlis Syura Ulama, jadi kalau dia restu isi kandungan tersebut, maka hak negeri dan hak Mursyidul Am kerana umumnya lafaz bai’ah ini dia tidak ada nas qat'i.. sebab itu Rasulullah pun berbeza .. Baiah'tul Ridwan lain, Aqabah lain, bai’ah lain lain ikut keadaan, ikut suasana.

Cuma yang saya sebut Majlis Syura Ulama tidak ada talak tiga ini, cuma kalau ditambah di peringkat negeri itu adalah hak yang tidak dihalang oleh Majlis Syura Ulama.

Maksudnya mungkin tidak ada taklik talak tiga, setakat ini saya ingat tidak ada di negeri lain cuma rasa di Kelantan sahajalah.

8. Komen bila Mufti Perlis dan Pulau Pinangs katakan bai'ah talak tiga Pas tidak sah (tidak jatuh taklik)

Bila dia sebut taklik ini tidak sah, dia punya ayat itu sangat jelas.. mana dia tahu hati orang, mufti ini bila dia tahu hati orang, ayat itu sudah tidak betul.

Saya nasihat agar mufti bercakap dengan ilmu dan orang yang layak untuk bercakap dalam isu perjuangan Islam adalah orang yang duduk dalam saf perjuangan Islam, jadi kalau orang yang dalam perjuangan Islam tidak terlibat, tidak faham jadi tidak payah bercakap dalam isu ini, kalau dia tidak sempurna dia tak payah cakap berdiam lebih baik.

9. Bagaimana hendak elak jatuhnya talak tiga ini ?

Saya sarankan agar isteri calon-calon tersebut memainkan peranan agar menasihati suami dia, beri nasihat supaya jangan buat tindakan-tindakan yang orang panggil tidak beretika, tidak ada moral dalam konteks perjuangan ini.

Hatta orang bukan Islam yang berjuang pun mereka tidak berganjak daripada parti mereka walaupun komunis, mereka ada integriti, orang Jepun tidak berganjak, kalau kita dakwa kita pejuang Islam, tiba-tiba hendak berganjak. Oleh itu isteri mereka orang yang paling rapat dengan suami, nasihat suami, pujuk dia supaya dia tidak bertindak sebagai mana yang dia hendak bertindak.

Nasihat yang paling sesuai kerana akibat sangat buruk, kalau orang yang langgar bai’ah ini akibat sangat buruk kita bimbang dalam rumah tangga tiada keberkatan, anak-anak tiada keberkatan jadi menyusahkan dia sendiri. Kalau dia berbai'ah dia memang jatuh talak kerana kuasa cerai itu ikut pada suami, jadi isteri jangan diam, pergi rujuk mahkamah syariah, paling praktikal cakap dari hati ke hati, beritahu suami agar berfikir panjang supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini, kalau berlaku memang jatuh talak.

10. Nasihat kepada rakan-rakan yang seolah-olah hendak langgar bai'ah dan tubuh parti baharu.

Jangan sesekali sesiapa melanggar bai’ah dengan ALLAH, mengkhianati jemaah, dalam sejarah perjuangan, minta maaf saya tidak mahu sebut nama sesiapa… tetapi dalam Pas orang yang langgar bai’ah yang cuba keluar parti semua sekali, saudara boleh tengok macam mana kedudukan mereka dunia ini.

Dia tidak dihormati dan kadang-kadang kita lihat individu itu berhadapan dengan kesusahan yang banyak…. kerana apa?

Kerana apabila kita langgar perjanjian ini dengan umum semua makhluk yang boleh melaknat akan laknatnya termasuk ALLAH, malaikat lebih daripada itu di hari akhirat …

Satu benda yang sangat besar, jadi sebab itu dalam kesempatan ini saya hendak nasihat kepada kawan-kawan semua yang cuba hendak tubuh parti baharu, saya ingatkan perjuangan Islam ini tidak akan tergugat… kerana perjuangan Islam ini dijaga oleh ALLAH sebab itu dalam sejarah parti politik mereka yang tidak perjuangkan Islam ini mereka akan hanyut habis begitu sahaja.

Atas nama kawan, saya sangat simpati kadang-kadang saya rasa kasihan walaupun kadang-kadang mereka lebih umur daripada saya, saya hendak nasihat kepada mereka agar kembali ke pangkal jalan. Kalau ALLAH boleh ampunkan dosa Saidina Umar Al-Khattab, kita dalam Pas boleh maafkan kesalahan dan kesilapan dan balik ke pangkal jalan.. kami pun tidak untung apa.

Cuma kita kasihan mereka yang bertindak di luar batasan agama tidak akan selamat, di dunia ini dihina oleh orang masyarakat, kita mati jawab di hadapan ALLAH satu benda yang sangat besar.

Saya mengharapkan supaya semua kawan balik semua ke jalan Islam, kalau mereka hendak keluar tubuh parti cubalah mereka jawab, yang pertama parti yang ditubuh mereka itu, mereka berpegang pada ayat mana, surah mana kerana perjuangan Islam ini hanya satu.-SH

Suara Politik
Belantan

Ahad, Julai 26, 2015

Ahmad Awang kemuka 
dua hujah mengenai bai'ah?


Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang hari ini mengemukakan dua hujah sudut pandangan berhubung soal bai'ah yang didakwa boleh diguna pakai bagi membolehkan wakil rakyat parti itu menyertai penubuhan parti politik Islam baharu melalui inisiatif Gerakan Harapan Baru.

Ahmad berkata, dari segi hukum, beliau berpegang kepada kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor yang mengatakan bahawa bai'ah talak tiga dibuat secara taklik.

Namun dakwanya, taklik yang dipegang oleh partinya adalah dipaksa, justeru bai'ah taklik dengan sumpah paksa, dianggap sebagai 'lagho'.

"Maka, untuk membatalkan sumpah 'lagho' itu, kafarah (penutup kesalahannya) ialah bagi makan 10 orang fakir miskin, selesailah," katanya ketika berucap dalam majlis jamuan Aidilfitri yang diadakan di sebuah kediaman penduduk Kampung Baru Kamunting di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pandangan kedua pula diambil mengikut hujah peguam sivil dan syarie, Mohamed Hanipa Maidin apabila mengatakan bai'ah dalam kalangan wakil rakyat Pas telah gugur ekoran pakatan pembangkang kini telah 'mati' apabila parti itu memutuskan hubungannya dengan DAP.

Ahmad mendakwa, hujah Mohamed Hanipa itu sememangnya kuat kerana beliau sering memenangi kes di mahkamah melibatkan bekas Timbalan Pre­siden Pas, Mohamad Sabu, malah bai'ah berkenaan dilakukan ketika calon-calon mereka masih berada dalam pakatan pembangkang.

"Jadi, kalau tak nak pakai kaul yang berdasarkan fakta pakatan, amik kaul yang lebih 'direct' lagi iaitu sumpah bai'ah (hujah pertama)," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad mengakui, tindakan lafaz bai'ah cerai talak tiga yang hanya diguna pakai di negeri Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pernah berlaku di negeri ini apabila perkara tersebut dibawa ke Majlis Syura ketika beliau menjadi Pesuruhjaya Pas Perak.

Namun dakwanya, walaupun bai'ah tersebut dibuat oleh semua calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen atas nama Pas, namun, kesepakatan telah dicapai untuk menggunakan 100 peratus nama pakatan pembangkang pada PRU-13.

Apatah lagi katanya, Pas bersedia mengeluarkan watikah kepada calon DAP untuk menggunakan lambang Pas ketika rakan sekutu mereka itu berdepan masalah pemilihan jawatankuasa pusatnya ketika itu.

"Kalau sekarang ini hendak diperkatakan pula ambil elaun haram, cakap seperti itu kena kira betul-betul. Kalau wakil-wakil rakyat yang dipi­lih, masa tiap-tiap sidang Parlimen, selalu keluar sebelum habis perbincangan bajet misalnya, ini apa cerita?

"Halalkah terima duit amanah itu? Ataupun duduk sana sembang sahaja, tiada berbahas pun. Jadi, perkara ini pun harus diambil kira," tegasnya.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Julai 24, 2015

Haram ambil gaji, elaun lepas sertai Harapan Baru?


Wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) haram menikmati gaji dan elaun masing-masing selepas mereka tekad dengan keputusan itu.

Ini kerana menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, kerusi yang dimenangi oleh kesemua wakil rakyat itu adalah berdasarkan tiket parti Islam itu.

"Saya menasihatkan pihak yang berbai'ah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak bai'ah itu kerana mereka berbai'ah dengan ALLAH.

"Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan ALLAH. Lebih-lebih lagi dalam bai'ah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran bai'ah," katanya seperti dipetik menerusi laporan akhbar tempatan, hari ini.


Semalam, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yaakob mengesahkan kewujudan akuan bersumpah bai'ah talak 3 yang perlu dilafazkan setiap wakil rakyat Kelantan sekiranya menyertai parti lain.

Jelasnya, akuan tersebut diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Kelantan jika mahu meninggalkan parti Islam tersebut.

"Ba'iah itu memang betul. Seperti dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad. Perkara ini bukan main-main," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Daud sebelum ini berkata, mana-mana individu yang melafazkan dan melanggar sumpah dengan menyertai parti lain, maka perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah.

Suara Politik
Belantan

Langgar bai’ah jatuh talak tiga?


KOTA BHARU - Setiap wakil rakyat Pas di ne­geri ini yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri ini sejak 2004.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar mengingatkan mana-mana pemimpin Pas Kelantan yang bercadang melompat parti supaya sedar tentang kesan jangka panjang yang bakal berlaku sekiranya melanggar bai’ah yang dipersetujui di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri ketika itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Apabila perkara ini berlaku dalam hukum Islam (bai’ah), sekali kita sebut akan berpanjangan. Bukan bergantung hari ini dan esok sahaja.

“Seperti mana Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad pernah berkata, jangan kita memandang ringan perkara ini kerana kesannya berpanjangan,” katanya selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Mahasiswa Kelantan di sini hari ini.


Beliau berkata demikian kepada pemberita mengenai kandungan bai’ah dan sumpah wakil rakyat di negeri ini yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti tanpa melepaskan jawatan yang disandang.

Ahad lalu, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad mengumumkan pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mening­galkan Pas secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September depan.

Enam wakil rakyat Pas di ne­geri ini iaitu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim dan ADUN Tendong, Rozi Mohamad antara yang di­jangka menyertai GHB.

Ahmad mengakui lafaz bai’ah menjatuhkan talak tiga ke atas isteri jika meninggalkan atau melompat parti selepas terpilih menjadi wakil rakyat Pas telah lama diamalkan di negeri itu sejak 2004.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung isi kandungan bai’ah tersebut, namun mengesahkan kesahihannya.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Julai 22, 2015

Komplot gulingkan PM : Tony Pua nafi pernah jumpa Justo di Singapura?



Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua nafi pernah bertemu bekas kakitangan Petrosaudi International Ltd. (Petrosaudi) Xavier Andre Justo di Singapura.

Bagaimanapun, wakil rakyat DAP itu mengakui beliau beberapa kali bertemu dengan Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown termasuk di Indonesia dan London.

Sementara itu, Tony Pua dihalang ke luar negara?


Tony Pua dihalang ke luar negara oleh Jabatan Imigresen mulai hari ini.

Suara politik
Belantan


Isnin, Julai 20, 2015

Malaysia dijadikan kambing hitam?


Tidak adil menggunakan Malaysia sebagai kambing hitam kerana kita telah melayani pelarian yang berada di negara ini semampu yang mungkin. 

Minggu lepas Reuters dan akhbar The New York Times telah me­­laporkan bahawa Ma­­laysia besar ke­mungkinan akan berada pada Tahap 2 (Pemerhatian) Laporan Tahunan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2015 yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) iaitu kedudukan yang lebih baik jika dibandingkan pada tahun lepas pada situasi terendah Tahap 3.

Walaupun Jabatan Negara AS belum lagi mengumumkan laporan TIP secara rasmi, agak pelik juga mengapa kandungan mengenai Malaysia bagaikan dengan sengaja telah dibocorkan kepada kedua-dua media antarabangsa tersebut.

Rakyat sepatutnya merasa lega dengan laporan terbaharu ini kerana pada tahun lepas Malaysia telah dilonggokkan bersama-sama dengan Korea Utara, Yemen dan Zimbabwe kerana dituduh tidak mengambil berat dalam isu hak asasi yang melibatkan pemerdagangan manusia.

Tetapi apabila ditinjau reaksi terhadap maklumat Laporan TIP yang dibocorkan itu, begitu terserlah sekali wujud niat yang tidak baik di sebalik strategi tersebut di mana Malaysia telah dijadikan kambing hitam dalam percaturan politik tempatan Washington.

Sebaik sahaja diketahui Malaysia akan berada pada Tahap 2, beberapa ahli politik dan pertubuhan hak asasi manusia yang berpangkalan di AS menyelar tindakan Jabatan Negara kerana dituduh telah tunduk dengan desakan Presiden Barack Obama.

Seteru politik Obama cuba mengaitkan isu naik taraf Malaysia dengan rundingan kerjasama ekonomi yang dipanggil Persefahaman Trans-Pasifik (TPP) iaitu kerjasama ekonomi yang melibatkan 12 buah negara termasuk Malaysia dan AS. Kerjasama melalui TPP dianggap begitu signifikan kepada negara peserta kerana ia melibatkan hampir 40 peratus aktiviti ekonomi global.

Seperti mana yang telah berlaku di Malaysia, wujud pihak yang tidak bersetuju dengan pembabitan AS dalam TPP terutama sekali kesatuan pekerja dan ahli politik dengan menggunakan alasan kebimbangan perpindahan industri di AS ke negara ahli TPP yang lain.

Dalam usaha mengekang tentangan TPP terutama sekali dari ahli Kongres yang dikuasai oleh Parti Republikan, Obama telah menggunakan peruntukan khas rundingan perdagangan yang digelar laluan pantas yang menyukarkan Kongres untuk mengubah atau menolak perjanjian yang telah dipersetujui.

Demi untuk melemahkan kuasa yang ada pada Obama dalam rundingan TPP, Kongres AS telah meluluskan perundangan yang menegah AS berunding dengan mana-mana negara yang mempunyai rekod hak asasi yang lemah dan ini termasuk negara yang berada pada Tahap 3 Laporan TIP.

Sebab itu, begitu beria-ia beberapa pihak di AS memperbesarkan isu naik taraf Malaysia sebelum laporan rasmi dikeluarkan lagi dengan harapan tekanan sebegini akan memberi persepsi bahawa Obama lebih mementingkan rundingan TPP berbanding dengan isu pemerdagangan manusia.

Isu penemuan kem dan kubur pelarian Rohingya dan Bangladesh di sempadan Perlis-Thailand pada Mei lepas dijadikan isu utama mengapa Malaysia tidak layak berada pada Tahap 2 oleh mereka yang menentang pembabitan AS dalam TPP.

Tetapi anehnya kumpulan ini juga bagaikan sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa dalam kes ini Malaysia dianggap sebagai mangsa kerana terpaksa menanggung beban puluhan ribu pelarian yang sedang berada dalam negara. Perlu juga ditekankan bahawa Laporan TIP 2015 hanya untuk aktiviti sehingga 31 Mac 2015.

Tidak adil menggunakan Malaysia sebagai kambing hitam kerana kita telah melayani pelarian yang berada di negara ini semampu yang mungkin. Jika Malaysia langsung tidak mempedulikan hak asasi pelarian ini atau tidak mengambil langkah memperbaiki senario pemerdagangan manusia, maka begitu mustahil sekali pelarian ini menjadikan Malaysia sebagai negara untuk menetap dan bukan sekadar negara transit.

Malah pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas, kerajaan telah memperkenalkan Rang Undang-Undang baharu bagi memperkemaskan Akta Anti Penyeludupan Manusia 2007 (ATIPSOM). Apa yang menarik ialah penggubalan akta tersebut mengambil kira protokol Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menyekat, mencegah dan menghukum pelaku pemerdagangan manusia terutama wanita dan kanak-kanak. ATIPSOM yang diperkemas dengan memperuntukkan kebenaran mangsa pemerdagangan manusia untuk bekerja buat sementara waktu.

Agak menyedihkan apabila ada juga ahli politik Malaysia terutama sekali dari DAP yang terikut-ikut dengan rentak permainan politik Washington yang menggunakan Laporan TIP sebagai helah untuk menggagalkan rundingan TPP. Ahli Parlimen Klang iaitu Charles Santiago yang dari mula menentang penyertaan Malaysia dalam TPP bertegas dengan pendapat bahawa Malaysia tidak layak berada pada Tahap 2.

Lebih mengaibkan lagi apabila AP Klang itu telah menggunakan kedudukan beliau sebagai pengerusi kumpulan Ahli Parlimen ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (APHR) untuk mengutus surat kepada Obama supaya memikir kembali status naik taraf Malaysia dalam TIP.

“Jika benar kerajaan AS menaik taraf kedudukan Malaysia ke Tahap 2, ini membawa maksud Washington juga mempromosi pemerdagangan manusia”, tegas Santiago lagi dengan merujuk kes penemuan kubur pelarian di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.

Sebagai ahli Dewan Rakyat sepatutnya beliau lebih bertanggungjawab bukan sahaja mempertahankan kepentingan dan maruah negara tetapi juga ASEAN dan yang paling penting menggunakan hujah yang adil dan bukan yang berat sebelah.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Julai 18, 2015

Pas sifatkan Gerakan Harapan Baharu pengkhianat?


Pas menyifatkan Gerakan Harapan Baharu yang dianggotai 18 bekas pemimpin kanan parti itu dengan diketuai bekas Timbalan Pre­siden, Mohamad Sabu, sebagai pengkhianat kepada jemaah Islam.

Pada masa yang sama, Pas turut melabelkan kumpulan 18 bekas pemimpin tersebut yang merancang menubuhkan parti Islam baharu selepas Aidilfitri sebagai tidak bermaruah, kerana masih enggan mengumumkan keluar parti.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, kumpulan 18 bekas pemimpin yang membentuk Gerakan Harapan Baharu itu sebenarnya mempunyai jemaah lain dan sekadar menjadikan Pas sebagai batu loncatan politik peribadi.

“Golongan ini merupakan pengkhianat dan penjahat kepada jemaah Islam kerana masih ahli Pas, tetapi bertindak merosak parti dari dalam dengan menghasut ahli agar menyertai parti baharu yang mereka bakal tubuh nanti.

“Mereka ini juga tidak pernah berasa bersalah, jauh sekali sayang kepada Pas kerana hanya menjadikan Pas sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-cita politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Kelmarin, Mohamad yang kecewa selepas ditendang keluar daripada jawatan Timbalan Presiden bersama 17 lagi bekas pemimpin kanan Pas mengumumkan inisatif penubuhan parti Islam baharu untuk bergerak dalam pakatan pembangkang.

Berikutan itu, pelbagai pemimpin kanan Pas terutamanya dalam kalangan ulama tampil mengecam tindakan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, termasuk menyifatkan kewujudan parti serpihan tersebut tidak kekal lama.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali pula berkata, penubuhan parti Islam baharu yang diusahakan Mat Sabu bersama bekas pemimpin Pas lain umpama bisikan syaitan.

Menurutnya, berbanding parti yang ditubuhkan atas dasar kekecewaan, Pas adalah jauh lebih layak dan berhak untuk dimakmurkan kerana Pas lahir bagi menegak amal makruf, mencegah kemungkaran serta memperjuang politik dan kuasa Islam.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh ahli Pas agar terus istiqamah dengan perjuangan parti tersebut dan bukannya terpedaya dengan janji kejayaan palsu yang cuba dibawa Mat Sabu dan kumpulan Gerakan Harapan Baharu.

“Tidak perlu terpedaya dengan bisikan syaitan yang mengajak keluar daripada perjuangan Pas yang berpandukan al-Quran dan al-sunah, ijma’ dan qiyas dengan pelbagai janji kejayaan palsu, sama ada oleh syaitan dalam kalangan jin mahupun manusia,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Julai 16, 2015

Ahli Pas diingatkan baiah kepada parti - Ramai isteri bakal 'menjanda' nanti?


Mana-mana pemimpin dan ahli Pas yang berhasrat menyertai parti baharu di bawah Gerakan Harapan Baharu diingatkan untuk meneliti kembali baiah kesetiaan yang diberikan mereka kepada Pas.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, baiah bukan hanya diberikan semasa seseorang ahli Pas itu bakal bertanding menjadi wakil rak­yat, malah ketika seseorang itu mendaftar dan mengisi borang keahlian parti.

Katanya, baiah atau ikrar janji setia menuntut ahli-ahli parti untuk taat dan patuh kepada ke­pimpinan parti.

“Baiah lazimnya menyebut mengenai soal menjaga kerahsiaan parti tetapi ada juga baiah yang lama-lama dahulu boleh menyebabkan perceraian suami isteri sekiranya dilanggar.

“Soal baiah ini tidak boleh dibuat main-main. Cuba teliti kembali apa yang sudah dibaiahkan, maka perlu dijaga perkara ini be­tul-betul,” katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Mahfodz Mohamed

Semalam, bekas Timbalan Pre­siden Pas, Mohamad Sabu mengumumkan inisiatif Gerakan Harapan Baharu yang dipengerusikannya bagi menubuhkan sebuah parti politik Islam baharu untuk bergerak dalam pakatan pembangkang.

Menurut Mahfodz, mana-mana wakil rak­yat daripada Pas yang berhasrat menyertai parti baharu itu sewajarnya memiliki integriti untuk mengisytiharkan keluar daripada Pas dan seterusnya meletakkan jawatan bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili.

“Golongan ini perlu ingat yang mereka ini menang de­ngan tiket Pas. Mereka bukan menang dengan tiket DAP, tiket PKR atau tiket pakatan. Oleh itu, kalau mereka mahu sertai parti baharu, mereka perlu letakkan jawatan dan kosongkan kerusi,” katanya.

Dalam pada itu, Mahfodz turut menempelak gerakan berkenaan yang menggunakan markas-markas Pas serta kemudahan-kemudahan parti bagi menghasut ahli-ahli Pas keluar daripada parti.

Katanya, beliau melihat golo­ngan yang hendak menubuhkan parti baharu berkenaan adalah daripada kalangan yang kecewa kerana tewas dalam pemilihan parti Pas bulan Jun lalu.

“Saya bimbang kerana dalam parti baharu itu pun nanti akan ada pemilihan pucuk pimpinan parti, adakah kalau mereka tewas dalam pemilihan itu nanti, golo­ngan itu akan tubuh lagi satu parti baharu?

“Sikap mereka ini akan jadi bahan ketawa sedangkan Pas terus istiqamah mempertahankan dasar Islam dan mendaulat syariat Islam bersumberkan al-Quran, as-sunnah, ijmak dan qias,” katanya.

Nota : Kita tunggu dan lihat berapa ramai pemimpin Pas yang akan melakukan baiah mereka dengan menceraikan isteri masing-masing selepas keluar dari Pas nanti? Pasti menarikkan...!!! Baca disini
Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Julai 15, 2015

Tuan Ibrahim sindir Mat Sabu isu Harapan Baru?


KUALA LUMPUR - Mohamad Sabu perlu rujuk kenyataan beliau sebelum ini, demikian respons Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditanya mengenai penubuhan gerakan baharu oleh Mat Sabu hari ini.

Katanya, sebelum ini Mat Sabu begitu lantang bercakap mengenai perlunya ahli Pas istiqamah dalam perjuangan parti itu, selain seringkali mengingatkan ahli Pas supaya jangan khianati parti.

"‎Beliau sendiri (Mat Sabu) selalu ingatkan ahli jangan khianati parti , sabotaj parti, kita kena istiqamah..


"Oleh itu saya rasa Mat Sabu perlu semak semula kenyataan beliau sebelum ini," Katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Pas bersama media di Hotel Plaza hari ini.

Hari ini menyaksikan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad menubuhkan gerakan baharu yang dipanggil harapan baru.

Selain Mat Sabu yang dilantik sebagai pengerusi gerakan itu, ia juga turut menyaksikan penglibatan ahli-ahli Pas yang kalah dalam pemilihan Muktamar Pas tahun ini.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Julai 14, 2015

Dahulu Mat Sabu gelar Anwar 'Al-Juburi', kini guna slogan Anwar untuk parti baru?




Petikan :

KENYATAAN AKHBAR SEMPENA PELANCARAN GERAKAN HARAPAN BARU (HARAPAN BARU)

Tarikh : 13 Julai 2015
Tempat : Hotel Vistana, Kuala Lumpur

Kehadiran Pakatan Rakyat sejak dua penggal parlimen yang lalu telah merubah suasana politik tanahair. Pakatan Rakyat telah menampilkan suasana perimbangan kuasa dan prinsip semak-imbang yang berkesan dalam tata-order politik negara. Sekaligus saingan Pakatan Rakyat telah menamatkan monopoli kuasa hegemoni Umno-BN serta mengembalikan keadilan dan membela rakyat. Ini menyelamatkan negara dari segala kerosakan, kebobrokan dan penyelewengan amanah penguasa politik Barisan Nasional.

Kini Pakatan Rakyat tidak lagi dapat berfungsi seperti dahulu. Sangat malang bahawa dalam susunan kini, hanya kerjasama longgar dalam pentadbiran negeri Selangor dan Pulau Pinang dapat dilakukan. Kedudukan ini telah menjejaskan agenda memimpin gerakan kebangkitan rakyat untuk terus melakarkan perubahan besar dalam negara.

Hari ini, kami ingin mengumumkan penubuhan satu entiti dan wadah yang kami namakan sebagai Gerakan Harapan Baru atau singkatannya HARAPAN BARU yang bertujuan untuk menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat. HARAPAN BARU akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baru yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut.

HARAPAN BARU akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang Inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat. Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya "Rahmat untuk Semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami mendokong nilai-nilai demokratik (musyawwarah-rundingan) dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya, dalam sebuah politik yang mengiktiraf kewujudan kemajmukan dan kepelbagaian (Politik Li Ta'arafu) dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Politik Islam yang kami bawa akan memberi penekanan dalam soal akhlak, moraliti dan amanah dalam tadbir-urus pemerintahan serta interaksi dengan semua pihak. Disamping menekankan pegangan akidah yang teguh, kami juga mendukungi keluasan syariat Islam dan Maqasid Syariah(Tujuan-Matlamat Syariat Islam). Islam yang diperjuangkan bukannya di dalam bentuk slogan, emosi dan sentimen tetapi sebagai satu tawaran "Rahmat dan Keadilan" yang memberi kesejahteraan untuk rakyat dan menjamin kemakmuran negara.

HARAPAN BARU akan tampil bertemu rakyat dari Perlis hingga ke Sabah bermula pada akhir bulan Julai hingga akhir Ogos untuk berinteraksi dengan rakyat dan menjelaskan tawaran yang disediakan. Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan gerakan ini bagi pembentukan semula kerjasama dan muafakat politik sebagai penerusan legasi perjuangan pemimpin terdahulu seperti Al-Marhum Tuan Guru Yusof Rawa, Al-Marhum Ust Fadhil Mohd Noor dan Al-Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjayakan usaha penubuhan Pakatan Rakyat 2.0.

Sekian.

Wassalam.

Mohamad Bin Sabu
Pengerusi
GERAKAN HARAPAN BARU

Benarkah Mat Sabu akan tubuh parti politik baharu?


Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) akan menubuhkan sebuah parti politik Islam baharu untuk menganggotai pakatan pembangkang dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, gerakan tersebut akan mengadakan program jelajah ke seluruh negara mulai penghujung bulan ini hingga akhir bulan depan.

“Islam yang diperjuangkan bukannya dalam bentuk slogan, emosi dan sentimen tetapi sebagai satu tawaran ‘rahmat dan keadilan’ yang memberi kesejahteraan untuk rakyat dan menjamin kemakmuran negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.













Suara Politik
Belantan

Sabtu, Julai 11, 2015

Pulau Pisang : Singapura boleh tuntut hak?


Singapura boleh menuntut Pulau Pisang sekiranya republik itu mengamalkan ‘pendudukan efektif’ di pulau berkenaan untuk satu tempoh yang lama mengikut Undang-undang Laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS).

Pemerhati undang-undang, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata, jika Malaysia mengakui sebagai pemilik bagi sesebuah kawasan maka perkara itu perlu dibuktikan kepada negara-negara lain dan juga seluruh dunia.

“Dari sudut UNCLOS, cara sesuatu tempat boleh dituntut oleh negara lain ialah dipanggil ‘effective occipation’ (pendudukan efektif). Maknanya kawasan itu diduduki atau diuruskan oleh negara berkenaan.

“Saya tidak pasti situasi sebenar di Pulau Pisang tetapi sekiranya pulau itu juga ditadbir oleh Singapura bagi tempoh masa yang panjang dan kita tidak ambil apa-apa tindakan untuk menunjukkan bahawa kita adalah tuan punya pulau itu, maka Singapura boleh buat tuntutan,” katanya kepada wartawan.


Beliau turut mengingatkan bahawa Pulau Batu Puteh telah diuruskan oleh Singapura dan perkara itu menjadi asas tuntutan republik tersebut.

Beliau yang juga seorang peguam itu menyarankan agar Malaysia segera mengambil langkah berwaspada dengan mentadbir pulau yang terletak kira-kira 8 kilometer di luar perairan Pontian itu.

Sekiranya Malaysia melakukan pendudukan efektif ke atas pulau tersebut seperti mentadbirnya, kita mungkin tidak akan hilang kelayakan untuk mengatakan pulau itu adalah hak milik kita.

“Setakat ini Singapura memang tidak membuat sebarang tuntutan lagi tapi kita perlu berwaspada. Pulau Batu Puteh itu satu isu yang sangat sedih buat sejarah Malaysia,” katanya.

Menurutnya, pulau itu perlu didiami warga Malaysia meskipun hanya dalam bilangan yang kecil.

“Kerajaan perlu sentiasa menunjukkan kepada Singapura dan dunia bahawa kita melakukan pentadbiran kesemua pulau di Malaysia.


“Cara terbaik adalah Malaysia menempatkan kem tentera dan juga penduduk yang menetap di pulau itu.

“Walaupun jumlahnya kecil tapi penduduk itu mestilah warganegara Malaysia dan mentadbir urus pulau tersebut,” katanya.

Tambahnya, “kita mesti ambil langkah-langkah untuk membangunkan apa saja yang kita boleh buat. Mungkin bangunkan sektor pelancongan di sana.”

1 Julai 2008 lalu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, isu kedaulatan Malaysia terhadap Pulau Pisang tidak perlu timbul ekoran pulau itu sudah diwartakan dalam mukim Pontian dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran Majlis Daerah Pontian.

Pulau Pisang terletak 5 kilometer dari bandar Benut itu mempunyai kedudukan strategik iaitu di bahagian selatan laluan perkapalan yang sibuk di Selat Melaka.

Terdapat sebuah rumah api setinggi 53 meter yang dikendalikan oleh Kakitangan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.

Di kawasan sekitarnya pula terdapat tiga buah pulau lain iaitu Pulau Sauh, Pulau Kemudi dan Pulau Tunda.

Suara Politik
Belantan

Bimbang Pulau Pisang senasib Pulau Batu Puteh?


Nama Pulau Pisang mungkin tidak sepopular Pulau Batu Puteh yang pernah mendapat tumpuan dunia di mana rebutan ke atas pulau itu dibawa sehingga ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) beberapa tahun lalu.

Namun nasib Pulau Pisang dikhuatiri serupa dengan Pulau Batu Puteh yang akhirnya diputuskan jatuh ke tangan Singapura pada 23 Mei 2008.

Walaupun Pulau Pisang ini terletak dalam wilayah Malaysia, namun terdapat sebuah rumah api setinggi 53 meter dibina pada tahun 1914 yang dikendalikan oleh Singapura menerusi perjanjian antara Sultan Johor, Almarhum Sultan Ibrahim dengan British pada tahun 1900.

Pulau Pisang yang berkeluasan 178.4 hektar dan terletak lima kilometer dari bandar Benut itu sudah tidak berpenghuni lagi namun terdapat dusun-dusun buah-buahan yang masih dijaga dan dikunjungi sekali-sekala oleh pemiliknya.

Di situ juga terdapat sebuah jeti yang dibina untuk kemudahan Pihak Berkuasa Maritim Singapura menguruskan rumah api tersebut.

Bimbang Pulau Pisang dituntut

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat melahirkan kebimbangannya terhadap nasib pulau itu pada masa akan datang.


Malah beliau tidak menolak kemungkinan Pulau Pisang akan turut dituntut Singapura seperti republik itu menuntut Pulau Batu Puteh.

"Setakat ini pihak di sana bersangka baik, tidak ada apa-apa tuntutan tapi kita tak tahu pada masa akan datang.

"Saya bimbang dengan adanya resit-resit, rekod gaji pekerja, dokumen penyelenggaraan yang semuanya dibayar oleh Singapura, mereka akan jadikan bukti untuk tuntut pulau itu di mahkamah antarabangsa (ICJ) kerana mereka kata mereka yang jaga rumah api itu.

"Sama juga berlaku dengan Pulau Batu Puteh. Perkara itu boleh berulang," katanya kepada pemberita ketika diminta pandangan dari sudut perundangan terhadap segala kemungkinan yang boleh berlaku terhadap Pulau Pisang yang terletak di Pontian itu.

Beliau juga turut memberi senario mudah yang paling hampir dengan masyarakat umum.

"Apabila rumah kita, setiap tahun orang lain bayarkan bil api, bil air, upah orang datang bersihkan, bayar cukai tanah...lama-lama daripada generasi ke generasi, sudah lupa siapa pemilik asal.

"Pihak yang menjaga hanya menunjukkan bukti bahawa selama berpuluh tahun yang menjaga rumah kita itu adalah pekerja yang dibayar oleh dia, jiran tetangga sekeliling pun tengok bukti betul, akhirnya mereka akan tuntut rumah kita itu.

"Jadi, sama juga. Ini yang mungkin akan berlaku kepada pulau itu," katanya.

Malaysia perlu isytihar Pulau Pisang

Tegasnya, pemerintah wajar mengambil langkah perundangan bagi mengisytiharkan siapa pemilik mutlak pulau tersebut.


Beliau juga menyarankan agar pihak berkuasa mengkaji semula sistem kawalan keselamatan di kawasan perairan tersebut.

"Sudah sampai masanya pihak berkuasa kita kaji semula sistem kawalan keselamatan dan jika perlu, ambil alih sepenuhnya.

"Biarlah kita yang mengawal sepenuhnya kerana saya bimbang pulau itu akan dituntut oleh generasi-generasi selepas ini.

"Sekarang mungkin kita ada kesefahaman tapi akan datang kita tak tahu mungkin apa yang berlaku kepada Pulau Batu Puteh akan berulang," katanya.

Buat pembangunan di Pulau Pisang

Sementara itu, Pemuda Umno Pontian menyarankan agar Pulau Pisang yang terletak di luar perairan daerah itu dibangunkan menjadi salah satu tarikan pelancong di negeri Johor.

Ketuanya, Mohd Helmi Buang berkata, pembangunan itu perlu bagi memastikan hak mutlak ke atas pulau itu dilihat jelas oleh republik Singapura.

“Ada isu berbangkit sebelum ini yang mahukan agar Pulau Pisang itu dibangunkan. Tapi sejak tiga tahun lepas, saya dimaklumkan pulau ini telah menjadi milik kesultanan Johor.

“Tapi rumah api dan jeti masih beroperasi. Ia masih milik Singapura. Pulau itu hak Kesultanan Johor, cuma kita harap pulau itu dibangunkan dan tidak ada lagi pertikaian pulau itu milik siapa,” katanya.

Menurutnya, pulau yang tidak berpenghuni itu menjadi persinggahan nelayan dan kaki pancing sejak dulu lagi.


Sehubungan itu, pembangunan di pulau tersebut bakal memberi kemudahan kepada mereka.

“Di sana, cuma ada rumah-rumah nelayan singgah dan pemilik-pemilik dusun tapi tiada penghuni. Tapi di situ, masih ada tiga orang askar Singapura yang menjaga rumah api tersebut.

“Contohnya, bangunkan menjadi kawasan peranginan, rumah rehat atau pusat-pusat memancing. Jadi, bila orang datang ke Pontian, ada tempat untuk pelancong melawat dan tinggal beberapa hari. Komersilkan tempat itu,” katanya.

Singapura hanya dibenarkan bina rumah api, jeti

Pada tahun 2008, menurut laporan sebuah akhbar tempatan, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Pulau Pisang itu berada di dalam daftar kerajaan dan ia adalah milik kerajaan negeri Johor.

Jelas Abdul Ghani, keperluan rumah api itu adalah sekadar untuk laluan perkapalan dan syarat itu hendaklah dipatuhi.

“Rumah api berkeluasan 178.4 hektar itu dibina menerusi perjanjian antara (Almarhum) Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim dengan kerajaan Inggeris.


“Singapura turut dibenarkan membina jeti serta laluan darat ke rumah api bagi kemudahan warganya,” katanya.

Abdul Ghani menjelaskan, negara jiran itu hanya dibenarkan mendirikan rumah api dan laluan hingga ke jeti yang membabitkan kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar.

Berdasarkan perjanjian antara Sultan Johor dan Inggeris, rumah api itu kekal di situ selagi terdapat kapal-kapal menggunakan perairan tersebut.

Difahamkan pulau yang mula diteroka sejak tahun 1806 oleh penduduk sekitar Benut itu pernah didiami kira-kira 500 keluarga Melayu.

Namun, pulau itu sudah lama tidak berpenghuni selepas semuanya berhijrah.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Julai 10, 2015

Budak Melayu dalam DAP hanya 'pemegang tombak'?


Sekarang ini wujud satu fenomena di mana anak muda Melayu diberi peluang memegang jawatan di peringkat cabang dalam parti Cina DAP. Semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan dulu, DAP mempertaruhkan Dyana Sofia sebagai calon. Walaupun tewas tetapi DAP berjaya membina persepsi bahawa parti itu terbuka kepada semua kaum. Ini berjaya memadamkan imej rasis DAP terhadap orang Melayu dan juga Islam.

Politik adalah persepsi. DAP menangani persepsi umum dengan membuka laluan kepada orang Melayu terutama anak-anak muda yang terpesona dengan janji "demokrasi". DAP telah berjaya dalam perang persepsi tanpa menjejaskan dasar dan ideologi parti ini menolak hak-hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam.

Mereka tahu bahawa banyak anak muda Melayu telah dirasuk demokrasi yang dipergayakan pada era imperialisme media oleh Barat. Demokrasi menjadi kata kunci perjuangan kepada anak muda ini yang tanpa sedar mereka adalah mangsa penjajahan cara baharu. Mereka terpesona dengan perjuangan hak asasi manusia yang juga menjadi produk penting Barat untuk menjajah dunia pada era neokolonialisme.

Maka apabila melihat di negara ini ada tertulis "hak keistimewaan orang Melayu", bagi mereka ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Apabila ada tertulis "Islam sebagai Agama Persekutuan", mereka tanya kenapa menganaktirikan agama lain? Kalau penceramah Islam boleh mempromosikan Islam di media, kenapa agama lain tidak boleh? Ini tidak demokratik, kata mereka.


Kerana menggunakan neraca akal yang dipengaruhi oleh Barat, maka semua yang dilihat tidak kena kepada mereka. Maka DAP yang mempotretkan parti itu melangkaui batas kaum dan agama dilihat sebagai pilihan terbaik memperjuangkan demokrasi. Maka anak-anak muda Melayu ini juga bersetuju menentang undang-undang jenayah Islam kerana dianggap tidak bertamadun dan melanggar hak asasi manusia.

Inilah generasi yang paling malang kerana mereka membesar dalam lingkaran pendemokrasian maklumat dari pelbagai sumber dan sudut pandangan. Banyak etika hidup yang menekankan nilai-nilai agama dan budaya telah dihancurkan oleh gelombang liberalisme dan sekularisme, digantikan dengan kebebasan bersuara dan hak asasi yang mutlak. Kehancuran ini tidak dirasakan kerana sebahagian besar daripada mereka sendiri telah hancur peribadinya.

UMNO dianggap hanya memperjuangkan kepentingan Melayu sementara Pas pula hanya memperjuangkan Islam. Mereka mahukan parti yang memperjuangkan semua kaum dan agama. Dengan kompas idealisme yang herot dan kecetekan pengalaman politik, yang nampak hanya DAP yang berjaya menyembunyikan warnanya yang sebenar.

Kita tidak berminat untuk berkempen supaya mereka menyertai UMNO atau Pas. Malah UMNO atau Pas juga tidak memerlukan budak-budak Melayu seperti ini. Barangkali budak-budak Melayu yang terpelajar dan juga yang tidak cukup diajar menyertai DAP kerana menolak UMNO dan Pas. Kalau mereka memilih DAP kerana menolak UMNO, mereka kena bertanya beberapa perkara kepada diri sendiri apakah lebihnya DAP dan kurangnya UMNO?


Kalau faktor DAP kerana melampaui batas kaum dan agama, yang menonjol dan berkuasa dalam DAP hanya satu kaum sahaja. Beberapa pemimpin Melayu kanan satu demi satu keluar kerana tebalnya cauvinis Cina dalam DAP. Cakap sahaja untuk semua kaum tetapi Cina sahaja yang berkuasa. Maknanya kaum menjadi keutamaan DAP. Cuma budak-budak Melayu ini sahaja yang bengap untuk memahaminya.

Semua yang menyertai parti politik untuk berjuang ke aras perubahan. Untuk membuat perubahan kenalah ada kedudukan, lebih tinggi lebih besarlah pengaruhnya kepada orang bawahan. Kalau sekadar pak turut, lebih baik tidak masuk mana-mana parti politik.

Tetapi kalau sekadar diberi jawatan pemegang tombak dalam DAP kemudian menyerang pula bangsa sendiri, tidak usahlah masuk DAP. Tidak sepadan dengan "dosa" mengkhianati agama dan bangsa sendiri. Kalau bermimpikan jawatan kanan dalam parti samalah menunggu bulan berwarna biru. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, Melayu paling kanan dalam DAP pun tidak boleh memutihkan DAP yang sangat hitam politik perkauman. Jadi, kalau setakat menjadi pemegang tombak, faham-faham sajalah. Kalau saya menjadi kamu, saya tidak membiarkan diri dilembukan untuk kepentingan pihak lain.

Pasma ibarat "reject shop"

Apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serpihan Pas merancang untuk menjadi sebuah parti politik yang terbuka kepada semua kaum, persoalan yang bermain di fikiran kita apakah yang hendak ditawarkan oleh Pasma? Apakah nilai tambah untuk memungkinkan rakyat memilih Pasma dan bukan Pas atau UMNO?

Adakah Pasma mensasarkan khalayak di luar parti Melayu yang sedia ada iaitu UMNO dan Pas apabila membuka penyertaan kepada semua kaum? Mampukah Pasma memikat khalayak penyokong Cina dari DAP dan MCA atau India dari MIC dan beberapa parti India yang lain?


Banyak yang melihat Pasma tidak keluar daripada lingkungan Melayu, yakni masih mengintai penyokong-penyokong Pas untuk beralih arah kepada parti baharu yang digerakkan oleh tokoh-tokoh tersingkir dalam muktamar yang lalu. Pasma lebih kepada parti reject shop yang mengumpulkan calon-calon yang ditolak oleh perwakilan.

Apabila berdiri sebagai parti politik, Pasma wajar realistik bahawa mereka tidak ada gagasan besar untuk dijual ke pasar politik. Tidak ada idealisme. Yang ada hanya dendam dan kecewa dengan Pas. Maka sekiranya Pasma ditolak sekali lagi jangan menyalahkan pihak lain. Mereka yang tidak menawarkan suatu yang tidak ada pada Pas dan UMNO.

Mungkin kita setuju dengan reaksi Presiden Pas, Hadi Awang bahawa Pasma akan hilang begitu sahaja. Pasma bukanlah Semangat 46 yang pengaruhnya jauh lebih besar, malah mampu memikat beberapa orang menteri bersama-samanya. Cuma yang mengaut keuntungan daripada kelahiran Pasma ialah DAP kerana parti ini "mesra DAP" dalam semua perkara.

Pasma akan menjadi jambatan DAP untuk mendekatkan diri dengan pengundi-pengundi Melayu yang sekarang dimulakan dengan membawa budak-budak Melayu dan diberi jawatan dalam parti. Pasma tidak mendapat apa-apa kerana tidak ada nilai tambah yang boleh menggugat kesetiaan penyokong UMNO atau Pas. Kesimpulannya Pasma akan diingati kerana memecahkan politik Melayu. Itu saja.-UMO

Suara Politik
Belantan