Rabu, Oktober 31, 2012

Isu Selangor : Apa alasan MB Khalid mahu berpindah ke kawasan selamat! ...Adakah beliau takut dengan bayang-bayang sendiri?



Amat mudah untuk memahami perjalanan politik MB Khalid ini. Setelah merasakan diri nya sudah 'ditolak' oleh pengundi-pengundi sendiri di DUN Ijok, maka jalan terbaik untuk beliau 'selamatkan diri' adalah dengan berpindah ke kawasan yang difikirkan selamat!

Agak pelik juga apabila MB Khalid yang sebelum ini selalu mendabik dada mendakwa beliau adalah Menteri Besar terbaik untuk rakyat Selangor, tetapi amat mendukacitakan kerana takut dengan bayang-bayang sendiri untuk berhadapan dengan rakyat di DUN Ijok?

MB Khalid nampaknya terpaksa menggunakan 'talian hayat' iaitu SPR yang selama ini mereka tolak dan bangkang semata-mata untuk menyelamatkan 'sisa-sisa politik' beliau!

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak bantahan beberapa pihak terhadap permohonan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjadi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati.

Keputusan itu diputuskan dalam sesi perbicaraan awam yang berlangsung selama 15 minit pada pukul 9 pagi di Pejabat Daerah Sabak Bernam di sini dan dikendalikan Pengarah SPR Selangor, Dzulkifli Ab. Rahman.

Perbicaraan itu diadakan selepas penduduk setempat termasuk beberapa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan bantahan kepada SPR kerana merasakan tindakan Abdul Khalid itu seperti ada 'udang di sebalik batu'.


Keputusan itu sekali gus memberikan bayangan bahawa Abdul Khalid mungkin tidak akan mempertahankan DUN Ijok yang diwakilinya sekarang, sebaliknya berpindah ke kawasan yang difikirkan lebih selamat iaitu DUN Bukit Melawati.

Difahamkan, Abdul Khalid yang menggunakan alamat Lot 173, Batu 22, Kampung Pasir Tuntong, Bukit Rotan dekat sini telah membuat pendaftaran penukaran alamat bagi kawasan mengundi berasaskan pada alamat kad pengenalannya.

Pendaftaran tersebut akan meletakkan Abdul Khalid sebagai pengundi dalam DUN Bukit Melawati dengan daerah mengundi di Api Api manakala lokaliti di Kampung Pasir Tuntong iaitu dalam Parlimen Kuala Selangor.

Pembantah yang juga Pengerusi Aktivis Rakyat Bersatu Selangor (Akrab), Ahmad Hisham A. Manaf berkata, pihaknya melakukan bantahan tersebut kerana keliru dengan tujuan sebenar Abdul Khalid berbuat demikian.

"Abdul Khalid merupakan pemastautin tetap di Petaling Jaya, jadi mengapa beliau mahu mengundi di kawasan ini. Tindakan beliau itu kelihatan seperti mempunyai agenda tersembunyi.

"Adakah benar beliau mahu menjadi pengundi atau sebenarnya bercadang untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati atau Parlimen Kuala Selangor," katanya selepas perbicaraan tersebut di sini.

Ahmad Hisham berkata, Abdul Khalid sepatutnya menunjukkan kesetiaan dan sokongan di kawasan tempat tinggalnya.


Sementara itu, Dzulkifli berkata, perbicaraan tersebut dibuat demi membuktikan ketelusan SPR dalam permasalahan seperti itu termasuk bantahan yang dikemukakan terhadap seorang Menteri Besar.

"SPR telah menjalankan siasatan terperinci ke atas kedua-dua pihak iaitu permohonan Abdul Khalid dan juga bantahan yang dikemukakan penduduk.

"Maka, bicara awam ini penting diadakan untuk mencapai persetujuan yang disenangi kedua-dua pihak sekali gus membuktikan ketelusan SPR dalam menangani permasalahan berkaitan," katanya.

Daripada pergerakan yang ditunjukkan oleh MB Khalid ini, mungkinkah desas-desus sebelum ini mengatakan yang PKR akan memberi laluan kepada DAP untuk bertanding di DUN Ijok, PKR di DUN Bukit Melawati manakala PAS di DUN Jeram akan menjadi kenyataan? Sama-samalah kita tunggu dan lihat semasa PRU ke-13 nanti!

Suara Politik
Taminsari

Apabila "Ratu Porno" kesayangan Nik Aziz bercakap mengenai bekalan air - Selangor dakwa kadar NRW tidak terkawal!



Kerajaan Selangor bimbang dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang didakwanya tidak terkawal dan gagal dikurangkan ke tahap yang memuaskan, kata exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong.

"Jika Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mendakwa, kegagalan SYABAS menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan, membuktikan syarikat konsesi air ini gagal menjalankan penyelenggaraan paip air dengan baik seperti yang dikehendaki dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi itu.

"Mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), SYABAS masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang daripada 30 peratus.

"Walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 peratus pada 2009 berbanding 38.43 peratus pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini, malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Elizabeth, tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan.

"Laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan," tambahnya.

Elizabeth berkata, menteri-menteri kerajaan pusat lebih ghairah bercakap mengenai keperluaan membina Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2, yang didakwanya, bagi menutup kelemahan dan ketidakmampuan syarikat konsesi terbabit.

Sebaliknya, tegas beliau, isu yang patut diberi perhatian oleh kerajaan pusat ialah menyegerakan pengambilalihan pengurusan air kepada kerajaan Selangor yang didakwanya sengaja dilewat-lewatkan dan dibelenggu masalah-masalah yang tidak sepatutnya timbul.

"Pengurusan air akan lebih terjamin, terurus dan profesional jika kerajaan negeri diberi mandat untuk ambil alih dari syarikat konsesi kerana kepentingan rakyat lebih diutamakan.

"Jika kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air, kita amat yakin NRW berjaya diturunkan hanya sekitar 10 peratus dan tidak akan berdepan masalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 10 peratus setiap tahun," tambahnya.


Wahai 'Eli Bogel' : Tak payah lah memberi pelbagai alasan. Cakap saja kerajaan Selangor nak menguasai SYABAS supaya semua hutang tertunggak selama 4 tahun sebanyak lebih dari RM400 juta untuk air percuma dapat dilangsaikan! Ingat lah wahai 'Eli Bogel' bahawa kaedah pemberian air percuma ini juga tidak betul kerana orang kaya atau yang berada di dalam zon selesa juga menikmati 20 meter padu air percuma yang sepatutnya hanya dinikmati golongan daif, miskin dan tidak berkemampuan.

Dalam pada itu pemilik kediaman bertingkat yang menggunakan meter pukal, terdapat ramai lagi yang gagal menikmati air percuma ini kerana mereka masih belum berhijrah ke meter individu.

Ini juga menampakkan kegagalan kerajaan Selangor kerana mereka masih lembab melaksanakan program penukaran meter ini walaupun PRU ke 13 bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Adakah ini 'adil' untuk mereka! Cuba tanya pada diri sendiri kenapa rakyat bangun menuntut hak mereka?

Contohilah cara SYABAS melaksanakan program Tabung Budi yang sedang dan telah mengenal pasti pengguna yang miskin dan daif daripada pelbagai kaum untuk diberi air percuma dan dibantu menyelesaikan tunggakan bil air mereka. Ada faham ka 'Eli Bogel'!

Suara Politik
Taminsari..

Isu Selangor : Akibat lombong pasir haram berhampiran, jambatan Kampung Pulau Meranti runtuh?


Runtuhan jambatan di Kampung Batu 9, Sungai Rasau Pulau Meranti akibat daripada hakisan air sungai berhampiran terpaksa ditutup bagi mengelakkan bahaya kepada pengguna jalan berkenaan di Sepang, Selangor, semalam.

Adakah ini akibat dari kerja-kerja perlombongan pasir haram dikawasan berhampiran sehingga menyebabkan sebuah jambatan yang menghubungkan ribuan penduduk di sekitar Kampung Pulau Meranti dengan Puchong dan Putrajaya runtuh petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang berhampiran Masjid Meranti di sini itu turut mengakibatkan pembentukan sebuah lubang besar sedalam tiga meter dan selebar 3.6 meter. Sebatang tiang lampu turut patah tetapi tiada kecederaan dilaporkan pada masa kejadian.

Seorang penduduk kampung yang mahu dikenali sebagai Hafiz memberitahu, terdapat kesan retakan dan lubang kecil pada bahagian jambatan itu, enam bulan lalu, tetapi tiada kerja baik pulih dilakukan. Saya difahamkan bahawa banyak aduan telah dibuat oleh ketua kampung tetapi masih tiada pihak yang datang membaiki.

Saya yang menggunakan jambatan ini pada pukul 1.30 petang mendapati kenderaan saya seperti di hayun’ dan segera memaklumkan kepada ketua kampung, malangnya sebahagian jambatan ini runtuh tidak lama kemudian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan jambatan yang runtuh tersebut terletak di jalan yang agak sibuk dan sering digunakan oleh kenderaan yang mahu mengelakkan bayaran tol di lebuh raya.

Seorang penduduk, Saiful Wan Mohd. Rosli, 40, berkata, dia bersyukur kerana kejadian tersebut tidak menyebabkan kecederaan atau kenderaan terhumban ke dalam lubang yang terbentuk. Laluan ini agak sibuk kerana menghubungkan Putrajaya, Cyberjaya dan Puchong, jambatan ini turut digunakan oleh bas yang melalui kampung ini," katanya.

Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed dan Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil, Datuk Marsum Paing telah meluangkan masa untuk melawat tempat kejadian.

Marsum berkata, penduduk kampung buat masa kini terpaksa menggunakan jalan alternatif kerana sebahagian laluan jambatan menghala ke Puchong telah runtuh manakala laluan menuju ke Putrajaya berada dalam keadaan tidak selamat.

Pelbagai agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Kerja Raya turut melakukan tinjauan bagi melakukan kerja baik pulih," katanya ketika dihubungi!

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Oktober 30, 2012

Isu Selangor : MB Khalid dibidas - Nafi MTES tiada kaitan projek kabel?



MCA Bahagian Bandar Tun Razak (BTR) membidas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa projek pembinaan kabel bervoltan tinggi yang merentasi Taman Connaught adalah ‘hasil’ kelulusan yang dibuat Kerajaan Barisan Nasional pada 2007.

Setiausaha MCA BTR, Niel Foo Seck Chyn berkata, projek itu diluluskan pada penghujung 2008 yang mana ketika itu di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sekarang.

Menurutnya, kelulusan yang dibuat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) terhadap permohonan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) membolehkan TNB membuat permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Pembinaan tersebut haruslah terlebih dahulu diluluskan MTES dan barulah TNB boleh memohon pada DBKL untuk membina jajaran kabel di kawasan ini.

“Tindakan beliau menafikan MTES kaitan dengan projek di jajaran tersebut adalah satu pembohongan kepada penduduk di kawasan ini, dan jika benar ia diluluskan sejak 2007, buktikan,” katanya pada sidang media, di Taman Connought, Cheras, di sini, semalam.


Hadir sama, Pengerusi MCA Bahagian, Chiew Lian Keng. Projek bagi jajaran Taman Connaught itu sudah beberapa kali mendapat bantahan penduduk yang khuatir terhadap frekuensi elektromagnetik (EMF) dari kabel voltan tinggi yang dikatakan boleh meningkatkan risiko kesihatan manusia dalam jangka panjang.

Abdul Khalid dalam kenyataannya semalam mendakwa, projek tersebut sebenarnya diluluskan Kerajaan Negeri Barisan Nasional sejak 2007 lagi sekali gus menolak dakwaan bahawa beliau yang meluluskannya.

Dalam kenyataan tersebut juga menafikan bahawa beliau dalam mesyuarat MTES memberi kelulusan kepada TNB untuk membina kabel tersebut merentasi beberapa kawasan Cheras di Selangor dan Taman Connaught.

Difahamkan, projek tersebut amat kritikal bagi memperkukuhkan sistem bekalan elektrik bagi menjamin tahap daya harap pembekalan elektrik bagi Sistem Grid Nasional di Semenanjung Malaysia khususnya bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Ia bertujuan mengukuhkan sistem bekalan elektrik di sekitar Cheras dan Balakong yang mencapai tahap kritikal, yang mana pembekalan elektrik ini juga adalah kritikal bagi operasi cadangan loji rawatan air Langat 2 yang mana mampu membekalkan air bersih mencukupi bagi Lembah Klang di masa hadapan.

Suara Politik
Taminsari

Mahu kekalkan Pok Nik Ajis bukti Pas Kelantan hadapi masalah dalaman serius?



Tindakan Pas Kelantan mahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan kekal menjadi Menteri Besar membuktikan parti itu sedang menghadapi masalah dalaman yang hebat terutama dalam mencari pengganti yang sesuai.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin Pas Kelantan menyedari bahawa Mursyidul Am Pas itu sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugas berat kerana masalah kesihatan yang serius.

Beliau berkata, sebagai seorang Menteri Besar, Nik Abdul Aziz sendiri sepatutnya menjadi penggerak kepada program dan pembangunan negeri dan bukannya menyerahkan tugas berat itu kepada orang lain.

"Saya melihat beberapa implikasi daripada kenyataan Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan ini, pertama, beliau mengetahui Nik Abdul Aziz mempunyai anak emas iaitu Datuk Husam Musa, jadi untuk menyekat Husam daripada menjadi Menteri Besar, beliau membuat kenyataan memaksa Nik Abdul Aziz supaya terus memimpin.

"Kedua, sememangnya mungkin dalam kalangan pemimpin Pas Kelantan menganggap Nik Abdul Aziz sebagai aset jadi mereka harus terus memberi sokongan kerana tidak ada pemimpin yang layak dan percaya akan terus menang di sebalik 'keramat' yang dimiliki oleh Nik Abdul Aziz.

"Ketiga, Nik Abdul Aziz umpama orang yang mengantuk disorongkan bantal, beliau sendiri tidak mahu berhenti dan ini adalah peluang terbaik untuk terus memegang kuasa," katanya kepada Mingguan Malaysia selepas menyampaikan ceramah di Kampung Jenereh 7, Tok Uban di sini malam tadi.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Takiyuddin bahawa Pas Kelantan tetap mahu Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar walaupun beliau tidak dapat melakukan kerja berat ekoran masalah kesihatan.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, rakyat negeri ini yang akan menerima kesan daripada percaturan politik peribadi pemimpin Pas itu.

"Kalau kerja diserahkan kepada orang lain itu namanya 'makan gaji buta', seorang Menteri Besar kena melaksanakan tugas, turun ke akar umbi dan menjadi tenaga penggerak kepada pembangunan negeri,'' tegasnya

"Kenyataan itu juga membuktikan bahawa Nik Abdul Aziz sudah tidak berupaya disebabkan itu kita tengok usaha kerajaan negeri untuk menarik pelabur gagal, menjadi ketua kerajaan bukan setakat membaca khutbah dan berceramah, beliau kena membangunkan Kelantan dengan sumber-sumber yang ada," katanya.

Tambah Ibrahim, kepentingan rakyat harus didahulukan dan bukannya matlamat peribadi pemimpin Pas diletakkan di hadapan sehingga mengorbankan seluruh negeri ini.

"Bukan saya tak kasih dan tak hormat tok guru (Nik Abdul Aziz) tetapi saya kasihan kepada rakyat Kelantan kerana beliau tidak boleh berfungsi mentadbir dan menjadi ketua kerajaan yang efektif, beliau tidak boleh jadi ketua pentrabdir berkesan kerana keadaan yang uzur," katanya.

Suara Politik
Taminsari

Isu Selangor : MB Khalid tidak hormat Laporan Audit Negara?



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas tidak menghormati Laporan Ketua Audit Negara 2011 berhubung Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) apabila mempertikaikan jumlah kelahiran di negeri itu dari tempoh 2008 sehingga tahun lepas iaitu seramai 313,706 orang.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata penafian Abdul Khalid bahawa angka kelahiran tidak tepat kerana bercampur dengan bukan warganegara juga tidak boleh diterima kerana pendaftaran untuk skim itu yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak 2008 hanya 23.7 peratus.

"Adakah Menteri Besar mengatakan bahawa hampir 80 peratus kelahiran lagi merupakan bukan warganegara? Persoalan penting ialah bagaimanakah kerajaan negeri memberi jaminan setiap yang mendaftar dengan TAWAS akan mendapat pulangan RM1,500 apabila berumur 18 tahun.

"Ini kerana sehingga kini masih belum ada apa-apa pelaburan dari pihak kerajaan negeri untuk menghasilkan pulangan berjumlah lebih dari RM20 juta untuk diberikan kepada anak Selangor yang mendaftar," katanya dalam sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini hari ini.


Mohd Zin mendakwa peruntukan untuk TAWAS juga digunakan secara tidak seimbang apabila daripada RM13.5 juta peruntukan iaitu RM8.5 juta untuk TAWAS dan RM5 juta untuk pengurusan, hanya RM2.9 juta sahaja dibelanjakan untuk skim\ itu, sebaliknya RM4.9 juta dibelanjakan untuk pengurusan.

Beliau berkata ini bermaksud, pengendali TAWAS iaitu Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) membelanjakan 98 peratus dari peruntukan RM5 juta untuk pengurusan namun hanya 34.4 peratus sahaja yang mendapat faedah daripadanya.

"Kenapakah wang pengurusan ini begitu tinggi daripada wang yang diagihkan dan ke manakah bagi RM5.5 juta lagi," katanya.

Selain itu, beliau berkata Laporan Ketua Audit Negara juga merekodkan beberapa kelemahan dalam pengurusan tanah di Selangor seperti kutipan premium tanah yang tidak seimbang termasuk kutipan cukai yang tidak mencapai sasaran.

Mohd Zin berkata Laporan Ketua Audit Negara turut merekodkan bahawa kerajaan persekutuan memberikan RM375.9 juta kepada kerajaan Selangor bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri sepanjang 16,013 kilometer, tetapi kerajaan negeri didakwa hanya membelanjakan RM218.15 juta sahaja iaitu 58.1 peratus dari keseluruhan peruntukan.


"Ini secara tidak langsung menyebabkan wang kerajaan negeri meningkat tetapi hakikatnya peningkatan wang kerajaan negeri bukanlah kerana kecekapan Menteri Besar mengurus kewangan sebaliknya beliau tidak membelanjakan untuk kebaikan rakyat.

"Tidak guna jika Abdul Khalid berbangga dengan peningkatan hampir RM2 billion kepada kerajaan negeri jika rakyat tidak mendapat hasil dari peningkatan ini. Hakikatnya, Selangor masih lagi mempunyai infrastruktur tidak sempurna di sesetengah kawasan," katanya.

Mohd Zin berkata Laporan Audit Negara juga mendedahkan bahawa terdapat lebihan perbelanjaan tunai untuk tujuan mengurus hampir RM100 juta pada tahun 2011 berbanding 2010 dan selain itu, berbanding 2010, kerajaan negeri turut membelanjakan RM624.51 juta wang tunai untuk perbelanjaan modal.

"Abdul Khalid kononnya mengamalkan perbelanjaan berhemah, sebenarnya tidak diterjemahkan kepada rakyat. Hakikat ini perlu diteliti kerana walaupun kerajaan mungkin mempunyai sumber kewangan yang kukuh, namun rakyat Selangor tidak menikmati kebajikan seperti yang mereka janjikan sama ada dari segi infrastruktur mahupun dari segi kebajikan lain.

"Sebaliknya, peningkatan cukai pintu premis kediaman dan premis perniagaan serta kadar sewa yang dinaikkan menyebabkan rakyat terus terbeban," katanya.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Oktober 29, 2012

UMNO tandus pemimpin muda, dakwa Azmin!!!...Betul ke..?



Umno didakwa sudah ketandusan pemimpin yang boleh meyakinkan rakyat untuk menyokong parti itu sehingga terpaksa ‘kitar semula’ pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, sebagai seorang Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya melahirkan pemimpin muda yang mampu membawa perubahan kepada negara.

Menurutnya, ini kerana masa depan negara bergantung kepada pimpinan generasi muda berasaskan prinsip serta nilai murni dan bukannya ditentukan generasi Mahathir.

“Kenapa Najib gagal menonjolkan pimpinan baru dalam kalangan Umno untuk turun berkempen bagi pihak Umno? Ini membuktikan bahawa perkhidmatan Mahathir diperlukan untuk menyelamatkan Umno.


“Saya mengalu-alukan peranan Mahathir untuk lebih aktif dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kota Raja kali Ke-5 di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Sentosa, Klang.

Hadir sama, Ketua PKR Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar; Timbalan Ketua Cabang Kota Raja, Shuhaimi Shafiei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Sementara itu Azmin dalam ucapannya, turut menasihati penyokong Pakatan Rakyat (PR) supaya bangkit memfokuskan kerangka besar dan menolak cerita remeh dalam menentukan hala tuju menawan Putrajaya nanti.


“PKR sudah membuktikan kita bukan parti nyamuk malah kini semakin kuat bersama Pas dan DAP, malah turut digeruni Barisan Nasional (BN) yang ada bertanyakan Kabinet bayangan kita.

“Jika mereka tidak gentar kenapa mereka berminat untuk mengetahui Kabinet bayangan kita? Bermacam-macam spekulasi yang timbul tetapi apa yang penting bagi saya bukan soal jawatan tetapi mahu ‘kuburkan’ Umno,” katanya.

Beliau mengakui, mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada mengejarnya tetapi yakin sudah hampir dengan kemenangan melihat kepada sokongan yang semakin kuat terhadap PR termasuk di Sabah dan Sarawak.

Talqin buat PKR dalam PRU ke 13 nanti! InsyaAllah.

Suara Politik
Taminsari

Isu Selangor : MB Khalid dipersoal lupus lima aset?



Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertaruhkan premis- premis perniagaan yang menjadi payung kepada peniaga Melayu dipersoalkan sedangkan pada masa sama membeli hutang Talam Corporation Bhd. (Talam).

Sehubungan itu, Koodinator UMNO Selangor, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed mencabar Abdul Khalid tampil menjelaskan rasional dasar baharu kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan segera.

Tegas beliau, Abdul Khalid perlu memberi pemahaman kepada rakyat kerana tindak-tanduk yang dilakukan kerajaan negeri ketika ini semakin membimbangkan rakyat.

Selama ini rakyat Selangor sedia maklum Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditubuhkan untuk membantu rakyat seperti menyediakan rumah-rumah kos rendah dan sederhana serta premis komersial dengan harga berpatutan.

Tetapi jika semua yang disediakan untuk rakyat khususnya orang Melayu itu mahu dijual, adakah ini dasar baharu yang kita semua tidak tahu atau wujud agenda tersembunyi?" katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mencabar Abdul Khalid memberi penjelasan berhubung dakwaan Lembaga Pengarah Perbadanan PKNS meluluskan penjualan lima aset milik anak syarikat kerajaan negeri itu berjumlah RM321 juta.

Lima aset berkenaan ialah Menara PKNS Petaling Jaya, Pusat Konvensyen Shah Alam, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi dan Wisma Yakin.

Jelas Mohd. Zin, meskipun butiran pembelian hartanah itu masih belum diputuskan, Abdul Khalid turut dicabar menjual harta-harta strategik tersebut kepada syarikat milik kerajaan (GLC) yang mempunyai perniagaan hartanah seperti Permodalan Nasional Bhd. atau Lembaga Tabung Haji.

Katanya, tindakan itu bagi membuktikan kerajaan negeri benar-benar jujur membantu dan melindungi peniaga Melayu kerana kedua-dua GLC tersebut sudah terbukti berupaya melindungi kepentingan orang Melayu.

Saya membuat cabaran ini kerana kita tidak mahu hartanah-hartanah strategik ini menerima nasib sama seperti bangunan Yayasan Selangor," ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut mempersoalkan kepimpinan Abdul Khalid yang menganggap pentadbiran Selangor sebagai peluang mengaut keuntungan tanpa memikirkan kebajikan rakyat.

Cadangan penjualan aset-aset itu cukup mengecewakan kerana PKNS sepatutnya menambah pegangan dan bukan mengurangkan aset- aset yang ada.

Suara Politik
Taminsari

Isu Selangor : Buang sampah 'pandu lalu'?


Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak menyebabkan simpang Jalan Kampung Tengah, Kanchong Bengkok, Kuala Langat terus dipenuhi sampah sarap.

KUALA LANGAT - Setahun lalu bahu jalan di simpang Jalan Kampung Tengah, Kanchong Bengkok di sini yang dipenuhi sampah telah dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Namun tabiat dan amalan membuang sampah secara 'pandu lalu' di kawasan berkenaan berulang lagi. Papan tanda amaran dilarang membuang sampah yang dipasang di kawasan berhampiran pula dianggap tidak lebih sekadar perhiasan.

Tinjauan wartawan orang ramai yang melalui kawasan tersebut terpaksa menghidu bau busuk yang datang dari timbunan sampah berkenaan selain pemandangan menyakitkan mata dapat disaksikan apabila pelbagai bahan buangan seperti sisa makanan, perabot lama dan bahan sisa pembinaan bertaburan di sepanjang 100 meter jalan tersebut.

Seorang pengguna laluan tersebut Hanif Mahfuz, 24, berkata, dia hairan mengapa kawasan yang dilalui oleh orang ramai boleh dibiarkan menjadi kawasan membuang sampah pandu lalu sedangkan lokasi itu begitu hampir dengan kawasan perumahan.

Menurutnya, kawasan itu menjadi tempat pembuangan sampah disebabkan keadaannya agak sunyi selain jarang dilalui orang pada waktu tertentu terutama pada waktu malam.

''Sampah yang bertaburan semakin menjadi-jadi hingga menyebabkan udara di sini berbau busuk selain menjadi tempat pembiakan lalat," katanya. ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dia berharap agar orang ramai menghentikan tabiat membuang sampah secara pandu lalu di kawasan itu kerana perbuatan buruk itu bukan sahaja menyebabkan pencemaran alam sekitar malah mengundangkan penyebaran penyakit berjangkit.

Seorang pekerja swasta, Ryzaki Sidek ,39, berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu bertindak terhadap tindakan tidak bertanggungjawab yang mungkin dilakukan oleh orang luar.

Dia yang sering menggunakan laluan itu ke pekan Banting memberitahu, kejadian itu sudah berlarutan selama beberapa bulan setelah kawasan itu dibersihkan setahun yang lalu.

''Saya pun tidak faham mengapa ada orang yang sanggup membuang sampah dengan begitu mudah seolah-olah melepaskan tengkuk sendiri semata-mata.

''Sepatutnya orang yang membuang sampah berfikir dahulu sebelum membuang sampah merata-rata kerana perbuatan itu jelas memaparkan sikap mementingkan diri dan kebersihan rumah sendiri semata-mata," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja swasta, Azimah Aripin berkata, perbuatan pihak tertentu membuang sampah seperti perabot dan kaca yang sudah pasti mengundang musibah sekiranya objek itu bertaburan di atas di jalan raya.

Katanya, PBT seharusnya membuat pemantauan dan membersihkan kawasan tersebut dengan segera kerana lokasi itu tidak jauh dari pekan Banting dan laluan alternatif ke kawasan peranginan Morib.

Suara Politik
Taminsari

KENYATAAN AKHBAR : ISU PENJUALAN ASET MILIK PKNS.



KENYATAAN AKHBAR

PENGERUSI BIRO EKONOMI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia melalui Biro Pembangunan Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Dato Sohaimi Shahadan menyelar sikap berdolak dalik dan putar belit kerajaan selangor serta menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar lidah bercabang dan mempunyai agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat selangor ketika ini.

Beliau bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran Dato Seri Noh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli . Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual.

Kalau benar tujuannya untuk penyusunan semula aset-aset PKNS kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku ? Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS ?

Dari pemerhatian, kami melihat menteri besar dan kerajaan negeri semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiatan politik mereka sehingga terpaksa mengarahkan PKNS menjual bangunan milik mereka.

Yang mana bangunan dan premis ini semua adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks untuk membantu usahawan dan peniaga melayu di selangor. PKNS telah dicadangkan penubuhannya oleh oleh Dato Haron Idris yang ketika itu menjadi menteri besar selangor. Tujuannya untuk mempertingkatkan ekonomi peniaga melayu di selangor.

Tetapi bila sampai ke tangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya dan dianggap pula Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar terbaik selangor oleh Anwar Ibrahim , lain pula jadinya.

Beliau sekali lagi menimbulkan kontroversi tentang penjualan aset PKNS ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah urustadbir korporat yang mengelirukan. Sudah pasti yang akan menanggung kerugian daripada tindakan ini adalah peniaga dan rakyat selangor sendiri.

Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu.

Kerajaan negeri selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang melayu mengadu nasib lantas berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan yang seba serbinya mencabar. Inikah dia yang disebut sebagai sebuah kerajaan kerajaan yang perihatin dan janji sebuah negeri berkebajikan ?

Di mana pula perjuang hak asasi dan pro rakyat yang selama ini nampak jagohnya dalam memperjuangkan isu rakyat ? Bukankah tindakan penjualan aset milik PKNS ini secara tak langsung akan memberikan kesan langsung terhadap nasib peniaga yang juga 'rakyat' di selangor ?

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada hari ini mendesak agar penjualan ini dibatalkan dengan serta merta atau kerajaan negeri akan berhadapan dengan beberapa tindakan protes secara besar-besaran oleh peniaga dan rakyat di seluruh selangor.

Kami menuntut agar kerajaan negeri berhenti mengelirukan rakyat dengan pelbagai helah dan istilah urustadbir korporat yang memualkan.

Kerajaan negeri juga didesak menghentikan stail politik yang suka mengkambing hitamkan PKNS demi memenuhi selera politik mereka yang secara keseluruhannya cukup merugikan peniaga dan rakyat selangor.

Dato Sohaimi Shahadan

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Oktober 28, 2012

AES: Pengajaran, pengawalan atau penganiayaan?



Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diperkenalkan penggunaannya baru-baru ini oleh Kementerian Pengangkutan di 831 lokasi panas di seluruh negara mendapat pelbagai pandangan daripada banyak pihak. Tentunya kesemua yang memberi reaksi mempunyai alasan tersendiri menyokong ataupun menentang penggunaan sistem berkenaan.

Sebagai pengguna, kita melihat tindakan memperkenalkan penggunaan AES daripada pelbagai sudut. Paling penting adalah melihat tujuan sebenar diperkenalkan, kesan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Kerana tidak semestinya sistem dan niat yang baik boleh memberikan kesan yang baik sekiranya tidak dilaksanakan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak membebankan.

Pada masa sama, pihak berkuasa yang diberikan mandat tidak pula boleh secara sewenang-wenangnya melaksanakan sesuatu perkara dengan hanya bersandarkan kejayaan pelaksanaan yang sama di negara yang berbeza kerana sudah tentu terdapat banyak perkara yang tidak serupa di antara kedua-duanya.

Misalnya, taraf hidup, budaya dan tahap pendidikan malah kesediaan untuk berubah. Negara maju dan negara membangun sebenarnya di dalam dua kepompong yang berbeza dan tidak akan sama indikator serta pelantar pemikiran rakyatnya.

Seperti mana isu penggunaan telefon bimbit di sekolah meskipun sudah menjadi budaya di negara maju tetapi kenapa ditolak penggunaannya di negara ini? Bermakna wujud interpretasi yang berbeza di dalam memperkenalkan sesuatu perkara meskipun untuk kebaikan dan kesejahteraan warga Malaysia.

Oleh itu, kita tidak perlu terlampau taksub dengan idea bahawa AES mampu mengurangkan kadar kemalangan dengan menunjukkan satu statistik yang dicetak untuk tempoh yang tidak relevan. Kerana pengumpulan data dan statistik sebenarnya tidak boleh dimanipulasi sembarangan demi kepentingan peribadi. Rakyat negara ini sudah cukup pintar dan tahu bagaimana pengumpulan data berkenaan boleh diwujudkan bagi menyokong, menghalal tindakan penguatkuasaan AES berkenaan.

Kerana data tidak boleh dikumpul dengan tempoh masa yang berbeza keadaan realiti semasa contohnya mana mungkin data kemalangan musim perayaan yang dikutip dibandingkan dengan kadar kemalangan pada hari biasa yang kononnya dikutip selepas pemasangan AES.

Malahan, kutipan data pada hari minggu dengan hari bekerja juga tidak boleh dijadikan perbandingan, atau awal minggu dan akhir minggu juga tidak akan sama aliran trafiknya.


Kita bukan menentang penambahbaikan, malahan amat menyokong dan mengharapkan jalan raya di negara ini menjadi antara yang paling selamat dalam dunia. Malah, dengan penambahbaikan infrastruktur tempat rehat dan seumpamanya, kita sudah sama taraf dengan negara maju. Cuma, yang menjadi duri dalam daging ketika ini adalah pematuhan kepada undang-undang jalan raya.

Inilah sebenarnya masalah dan punca utama yang perlu diberikan perhatian. Malangnya, seolah-olah pihak berkuasa di negara ini menuding 10 jari mereka kepada pengguna sahaja yang bersalah dan tiada satu jari pun dituding kembali kepada diri mereka sendiri bagi melihat dan bermuhasabah kenapa masalah ini timbul.

Kita sudah melalui fasa memperkenalkan lampu amaran kelajuan kenderaan komersial, kotak hitam, tali pinggang belakang dan pelbagai peralatan yang akhirnya diam begitu sahaja. Pada masa sama kita lihat di depan mata pemandu kenderaan komersial bas, lori, teksi dan treler, tetap menjadi raja di jalan raya.

Kenderaan dipandu ala samseng di lorong paling kanan tanpa rasa bersalah dan tidak kelihatan pun ditahan dan diambil tindakan, walaupun kita lihat banyak kenderaan penguat kuasa di atas jalan raya memburu para pemandu marhaen kereta biasa. Malah, kadang kala akibat tidak tahan mengikut di belakang kenderaan komersial yang dipandu di lorong kanan, maka kereta biasa memotong mengikut lorong kiri tetapi akibatnya mereka disaman kerana kononnya memotong dengan cara berbahaya.

Kerana itu, kepada pihak berkaitan perlu menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menangani masalah ini secara yang berhemah. Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Kita percaya, pihak pelaksana telah diberikan tafsiran yang salah mengenai masalah sebenar kemalangan jalan raya di negara ini. Kerana itu, cara mengatasinya juga telah tersasar daripada haluan.

Secara mudah, kita tidak boleh memberikan panadol kepada orang yang cirit-birit tetapi ia amat sesuai kepada mereka yang pening kepala.

Kemalangan yang berlaku di lebuh raya dengan kemalangan di jalan persekutuan juga sebenarnya tidak boleh dikelaskan ke dalam tahap yang sama kerana coraknya berbeza. Malah lokasi dan negeri yang berlaku juga mempunyai signifikan yang berbeza dan perlu ditafsir dan diberikan ulasan yang berbeza.

Dalam hal ini, semua pihak kena berlapang dada dan jangan bersikap lepas tangan atau mengambil mudah. Akibat yang bakal timbul amat buruk apabila pengguna merasakan mereka teraniaya sehingga mewujudkan rasa marah dan tertekan yang berpanjangan.

Kita khuatir niat yang baik akan menjadi sebaliknya dan kerajaan dituduh tidak prihatin dan hasrat kepentingan rakyat didahulukan itu.


Malah daripada tinjauan pengguna yang dilakukan, kita dapati majoriti berpendapat sebenarnya kemalangan jalan raya banyak diakibatkan oleh pengabaian penguatkuasaan terhadap kenderaan komersial sehingga pada sebarang masa dan sebarang ketika, kumpulan inilah yang selalunya menjadi penyebab kepada kemalangan.

Lihat sahaja pada musim perayaan, siapa yang menjadikan jalan raya sesak dan mewujudkan tekanan kepada para pemandu lain. Atau, tinjau sahaja di mana-mana jalan seluruh negara bagaimana mereka memonopoli jalan sehingga kenderaan kecil lain terpaksa mengalah dan bayangkanlah lebuh raya tiga lorong pun dimonopoli oleh kumpulan ini. Tidakkah para penguat kuasa celik mata melihat ini yang sebenarnya menjadi punca utama tekanan kepada para pemandu biasa.

Selain itu, kenapa kurang benar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kenderaan yang sengaja dipandu di lorong paling kanan dengan kadar kelajuan yang tidak munasabah.

Malah saban waktu mereka ini merasa tidak bersalah membiarkan orang lain mengekori mereka berderet-deret yang mana akhirnya terpaksa memotong di lorong kiri malah di lorong kecemasan yang mana kemudian direkodkan pula oleh AES dan dikenakan saman.

Fikirkanlah semula, buat kajian yang bertanggungjawab dan ambil maklum balas daripada para pengguna dan NGO supaya pelaksanaan AES tidak jadi isu besar.

Sepatutnya pihak berkaitan melihat masalah ini daripada perspektif yang pelbagai dan tentu sahaja banyak cara lain yang boleh diguna pakai tanpa perlu perbelanjaan yang besar dan impak negatif yang ketara.

Selalulah berfikir di luar kotak dan fikirkan kepentingan rakyat terlebih dahulu dan pada masa sama membuat pertimbangan secara saksama supaya niat yang baik tidak menjadi sebaliknya.

Ini juga bukan bermakna penguat kuasa tunduk kepada pesalah tetapi bertindak secara munasabah supaya situasi menang-menang sentiasa terjaga dan keadaan harmoni dapat dirasa, diwujud dan dibanggakan oleh semua.

Suara Politik
Taminsari



Sabtu, Oktober 27, 2012

Isu air di Selangor: Jawapan mudah dari Khalid Bangang - Hujan jalan penyelesaiannya?



Baru-baru ini Menteri Besar yang paling bangang dalam sejarah Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'bersuara' lagi tentang isu air di negerinya.

Jangan percaya tentang penyusutan air di empangan-empangan Selangor, katanya. Itu semua untuk menakut-nakutkan penduduk Selangor. Malah, dakwanya, takungan air di Empangan Sungai Selangor telah meningkat kepada 55.43 peratus iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat hari ini.

Benarkah dakwaannya ini? Penduduk Selangor dan Lembah Klang maklum, beberapa hari ini atau dalam seminggu dua ini kita dirahmati hujan. Namun, adakah kawasan tadahan berlaku hujan atau cuma berlingkar di 'intake'nya? Sebab itu penggunaan fakta yang salah dalam membuat perancangan bekalan air akan menyebabkan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan.


Penulis dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai, hujan kebelakangan ini memang banyak membantu peningkatan air di empangan. Kalau mengikut fakta, pada 12 Oktober lalu, paras air di Empangan Sungai Selangor adalah 199.40 juta meter padu, tetapi masih agak jauh untuk menampung kapasiti maksimum empangan 220 juta meter padu. Tetapi kerana hujan, paras air empangan seminggu kemudiannya iaitu pada 19 Oktober melebihi kapasiti iaitu sekitar 200.85 juta meter padu.

Tetapi ini semua disebabkan hujan. Itupun kalau hujan mencurah ke 'intake' empangan. Catatan curahan hujan di Empangan Sungai Langat pada 12 Oktober, mencatat tiada hujan langsung - maknanya kering dan panas. Tetapi minggu ini, hujan kerap berlaku dengan catatan curahan 7.22 mm, sekali gus meningkatkan paras air.

Namun, takkanlah kita selamanya terpaksa bergantung kepada hujan. Dengan adanya Loji Langat 2, hujan atau tidak hujan, jaminan bekalan air tetap ada. Kerana itu, penjelasan ke peringkat akar umbi cara terbaik untuk memperjelaskan isu sebenar termasuk usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.


Sayang sekali, ketika kita meniti era kemajuan ekonomi yang pesat, kita masih lagi bertelagah untuk membina sebuah loji rawatan air. Sedangkan segala keperluan seperti reka bentuk, tapak tanah, peruntukan kewangan dan jadual pelaksanaan telah disediakan.

Kita percaya rakyat Selangor juga amat khuatir dengan pertelingkahan ini. Kedudukan rizab bekalan air bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya terus merosot.

Di Selangor ketika ini, gangguan bekalan air boleh berlaku bila-bila masa sahaja disebabkan rizab air yang tipis. Jika paip utama pecah dan perlukan masa yang panjang untuk dibaik pulih, gangguan air akan berlaku kerana operator air tidak mempunyai simpanan air yang mencukupi untuk disalurkan dalam tempoh gangguan itu.

Sekarang, air yang dikeluarkan oleh 34 buah loji air hanya cukup untuk digunakan pada hari tersebut sahaja, operator air tidak mempunyai kapasiti simpanan untuk digunakan ketika berlaku gangguan.


Musim panas dan kering ini juga akan menyebabkan air sungai mudah tercemar. Jika air sungai tercemar, loji bekalan air perlu ditutup. Bila kita tutup loji, bekalan air akan terganggu mengikut tempoh masa air sungai tersebut pulih kembali.

Gangguan ini sebenarnya boleh dikurangkan jika kita mempunyai rizab kapasiti merawat air yang selesa. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengesyorkan kepada kementerian berkenaan supaya rizab air bagi sesebuah negeri perlu disediakan pada sekitar 10 hingga 15 peratus bagi memastikan tahap gangguan bekalan air dikurangkan.

Di Selangor ketika ini, tahap rizab air hanyalah pada sekitar 2 hingga 3 peratus. Sebab itulah tanda-tanda awal krisis air telah dilihat berlaku sepanjang Jun lepas. Oleh sebab itulah kita perlu bina segera Loji Langat 2. Itu untuk menambah kapasiti rizab air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sayangnya, walaupun telah banyak kali diajukan kepada Kerajaan Negeri Selangor, namun Menteri Besarnya tidak dapat menerima. Sebaliknya, beliau telah membuat macam-macam kenyataan dan cadangan sehinggakan ada yang tidak munasabah langsung seperti baru-baru ini dengan cadangan untuk mendapatkan air mentah daripada Tasik Kenyir, Terengganu.


Abdul Khalid juga mencadangkan supaya guna air lombong, air tasik dan air bawah tanah. Air daripada semua tempat ini perlu dirawat. Untuk merawat air, mereka perlu bina loji. Untuk bina loji, mereka juga perlu perbelanjaan.

Sekiranya mereka bersetuju dengan cadangan kementerian untuk bina Loji Langat 2, mereka tidak perlu keluarkan wang. Kerajaan Persekutuan telah sediakan semuanya, geran untuk pengambilan tanah, bina empangan, muka sauk dan terowong.

Pengurusan Aset Air Berhad yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan telah menyediakan peruntukan untuk bina loji, tangki-tangki utama tambahan dan paip-paip air. Kerajaan Negeri Selangor hanya perlu keluarkan Development Order, permit dan kelulusan pengambilan tanah, itu sahaja yang kita perlukan.

Tetapi sampai sekarang, semua itu tidak dikeluarkan sehingga loji ini yang sepatutnya siap pada Mac 2014 tertangguh.

Cuma disebabkan penangguhan inilah rakyat Selangor mengalami gangguan bekalan air dan terpaksa menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM606 juta untuk melegakan sedikit keadaan. Namun usaha tersebut masih tidak cukup, sama ada bina Loji Langat 2 sekarang atau keluar belanja lagi untuk melaksanakan projek bagi mendapatkan bekalan air tambahan.


Abdul Khalid juga menyebut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui tidak mahu menggunakan kuasanya untuk memaksa syarikat-syarikat konsesi bersetuju dengan cadangan beliau untuk mengambil alih syarikat-syarikat berkenaan pada kadar harga dan syarat yang ditetapkan oleh beliau.

Namun, fakta sebenar Peter Chin tidak ada kuasa di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Kalau hendak beli syarikat-syarikat tersebut, kena buatlah dengan cara yang baik. Buat tawaran yang wajar supaya pihak berkenaan bersetuju.

Kalau tidak bersetuju, tidak wajar untuk meminta Peter Chin memaksa syarikat-syarikat tersebut sebab syarikat-syarikat tersebut mempunyai konsesi yang sah dan masih berkuat kuasa.

Demikianlah juga, Kerajaan Persekutuan tidak pernah menghalang untuk Abdul Khalid mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di Selangor. Masa diberikan kepada beliau dengan secukupnya. Tetapi apabila Kerajaan Negeri Selangor buat tawaran, banyak syarat dikenakan termasuk meminta Peter Chin menggunakan kuasa di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Bila syarikat-syarikat konsesi tolak, Abdul Khalid kata menteri itu tidak memberi kerjasama, enggan menggunakan kuasanya. Padahal Peter Chin telah menyatakan kepada menteri besar itu, tidak ada satu peruntukan pun di bawah Akta tersebut yang membolehkannya memaksa syarikat-syarikat tersebut menerima tawaran Kerajaan Negeri.


Dan ketika kementerian berkenaan memohon untuk dapatkan Development Order (DO) bagi membina Loji Langat 2, Abdul Khalid tidak benarkan pula DO berkenaan dikeluarkan. Syaratnya - perlu benarkan kerajaan negeri Selangor ambil alih syarikat konsesi dahulu baharulah boleh keluar DO.

Sebenarnya, Menteri Besar Selangor telah menggunakan kuasanya untuk menahan pengeluaran DO sedangkan kementerian berkenaan telah mematuhi semua keperluan pembangunan baharu seperti reka bentuk loji dan sistem agihan telah disediakan, tanah telah diambil dan peruntukan telah ada.

Abdul Khalid telah menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar untuk halang pengeluaran DO, permit dan kelulusan pengambilan tanah.

Sedangkan, sebagai Menteri Besar, beliau sepatutnya menggunakan kuasa yang ada untuk memastikan kelancaran pengeluaran DO bukan sebaliknya. Beliau yang ada kuasa untuk membantu Kerajaan Persekutuan melaksanakan pembinaan loji air untuk kebajikan rakyat.

Sekarang, kapasiti loji di Selangor tidak cukup untuk memenuhi permintaan air yang semakin naik dari tahun ke tahun. Jika mereka (kerajaan negeri) kata air cukup, sebab Menteri Besar Selangor kata cukup - katakan kepada mereka: "Itu tidak benar."

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Oktober 26, 2012

Nampaknya Pas semakin faham realiti politik?


Abdul Hadi Awang berucap dalam majlis Ceramah Perdana Sempena 22 Tahun Membangun Bersama Islam di Kota Bharu, baru-baru ini.

''Ada orang yang membaca ayat mengharamkan kerjasama dengan orang kafir dan orang bukan Islam pada tahun 60-an, mengapa sekarang boleh pula, ini ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalan Nabi SAW."

Itulah hujah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan kerjasama dengan DAP ketika menyampaikan ceramah sempena 22 tahun pemerintahan Pas di Kelantan, pada Ahad lalu.

Kita tidak pasti siapa yang dimaksudkan dengan Abdul Hadi apabila beliau berkata, ''ini ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalan Nabi SAW.''

Tetapi apa yang pasti perjalanan politik Pas dalam soal bekerjasama dengan parti bukan Islam sememangnya diketahui oleh umat Islam di negara ini.

Pada Ogos 1963 Dewan Ulama Pas Kelantan mengeluarkan kenyataan bahawa orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram.

Selain itu seperti mana pernah dipaparkan oleh penulis sebelum ini, pemimpin-pemimpin Pas suatu ketika dulu cukup popular membaca surah Ali Imran ayat 28 'separuh-separuh'.

Mereka membaca: "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun....''

Sambungan ayat itu, ''...kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.''. - tidak dibaca.

Tetapi tidak mengapalah mungkin pemimpin-pemimpin Pas kini semakin memahami betapa pentingnya kerjasama dengan parti bukan Islam. Mereka sudah faham sekarang realiti politik Malaysia.

Oleh itu bagi membolehkan kesepakatan yang dicapai bersama DAP maka Abdul Hadi menganggap mereka tidak faham hubungan yang dipanggil 'tahaluf siasi' itu sebagai ''...ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalam Nabi SAW seluruhnya...''

Sikap Pas mempertahankan kerjasama dengan DAP sememangnya mengagumkan kerana pemimpin DAP secara terbuka menentang pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas.

Sebab itulah pada majlis ceramah yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui wujud perbezaan antara parti itu dengan Pas dalam pakatan pembangkang antara lain membabitkan hukum hudud dan negara Islam.

Apa pun dalam soal kerjasama politik dengan bukan Islam ini, UMNO jauh lebih telus berpegang kepada seruan Islam berbanding Pas.

UMNO sejak dulu memahami bahawa kerjasama itu penting dalam membangunkan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum.

Ini selaras dengan seruan Islam yang menegaskan, berkerjasama dengan orang bukan Islam untuk mencapai perkara yang menjadi maslahah bersama sesama manusia seperti kesejahteraan hidup, keadilan, membanteras kezaliman, penyelewengan, rasuah, menjamin kehidupan rakyat yang lebih baik dan sebagainya tanpa melanggar mana-mana hukum syariat, adalah harus.

Di dalam al-Quran, Allah menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai rahmat untuk sekelian alam seperti mana firman-Nya dalam surah Al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud:

"Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam".

Malahan dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 Allah SWT telah berfirman yang bermaksud; "Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil (kepada orang-orang bukan Islam) yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak mengusir kamu dari tanah air kamu. Allah mengasihi orang-orang yang berlalu adil."

Selain itu, sejarah Rasulullah SAW menunjukkan baginda mengadakan perjanjian Madinah yang membabitkan bukan sahaja golongan-golongan Islam tetapi juga kabilah-kabilah Yahudi di Madinah.


Jika berpakat dengan orang bukan Islam haram secara mutlaknya, nescaya baginda tidak akan mengadakan perjanjian dengan mereka. Adapun ada kabilah Yahudi yang diusir dari Madinah oleh baginda disebabkan mereka melanggar perjanjian dengan Nabi dan mengkhianati baginda.

Apa pun dalam menjalinkan kerjasama dengan parti bukan Islam seperti MCA dan MIC, UMNO tidak pernah menggadaikan prinsipnya apatah lagi bersikap tidak konsisten dalam memaju dan memperkembangkan Islam.

Sebab itulah, sejak merdeka lagi walaupun pernah dikecam oleh Pas kerana bekerjasama berkenaan, namun UMNO tetap mempertahankan kesepakatan itu.

Ini memandangkan UMNO yakin apa yang mereka lakukan bersesuaian dengan Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 9 yang bermaksud; "Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

Apa pun, pemimpin-pemimpin Pas tidak boleh marah jika ada pihak menyatakan, kerjasama mereka dengan DAP semata-mata untuk memperoleh kuasa.

Ia memandangkan, Pas sendiri sudah memahami bagaimana penentangan DAP terhadap perjuangan Islam parti itu, biar pun DAP memberi alasan kerjasama tersebut dilakukan demi menegakkan keadilan, mengembalikan demokrasi, memulihkan keutuhan, kebebasan institusi-institusi penting negara.

Dari satu segi, sememangnya menjadi hak Pas untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja tetapi janganlah sampai menggadaikan prinsip dan dasar perjuangannya.

Sepatutnya apa pun berlaku, Pas perlu tegas dengan perjuangan tetapi malangnya apa yang kita lihat kerjasama antara kedua-dua parti itu lebih banyak merugikan Pas.

Malahan ketika DAP konsisten menolak hukum hudud dan perjuangan negara Islam yang diperjuangkan Pas, Pas pula terus terhegeh-hegeh untuk meneruskan kerjasama berkenaan.

Apabila Pas melihat sikap mereka mula menimbulkan perasaan tidak senang orang Melayu dan umat Islam, mereka mula berhujah kononnya perjuangan Islam akan diteruskan.

Oleh itu berikutan kenyataan Abdul Hadi mempertahankan kerjasama dengan DAP, diharapkan mereka juga tidak lagi memandang serong kerjasama UMNO dengan parti bukan Islam dalam Barisan Nasional (BN).

Terimalah hakikat, biar pun bukan sebuah parti Islam, namun dalam pelaksanaan perkara berkaitan Islam, UMNO jauh lebih ke depan berbanding dengan Pas.

Ulama-ulama Pas jangan lagi bercakap soal Islam apatah lagi melaksanakan hukum hudud kerana semua itu hanyalah khayalan selagi Pas bekerjasama dengan DAP.

Mereka perlu membuat kenyataan selari dengan apa yang diputuskan oleh kepimpinan parti supaya mereka tidak dikategorikan '...tok-tok guru yang mengaji bab sembahyang sahaja, tidak mengaji bab politik...''

Suara Politik
Taminsari

Laporan audit dedah kelemahan regim PKR Selangor?



Barisan Nasional (BN) menyifatkan, pentadbiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempunyai banyak kelemahan seperti mana didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Oleh itu Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menyatakan Abdul Khalid merupakan menteri besar cemerlang hasil kejayaan mentadbir negeri ini sejak 2008.

Kenyataan Penasihat Ekonomi negeri itu sebenarnya tersasar kerana Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan banyak kelemahan dalam pentadbiran Abdul Khalid,’’ katanya dalam sidang akhbar di Tingkat 9 Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun kelemahan Abdul Khalid itu dinyatakan secara terperinci namun Menteri Besar Selangor itu dengan angkuh cuba menafikan kredibiliti laporan tersebut.

Mohd. Zin berkata, terdapat beberapa perkara yang sememangnya menjadi isu besar kepada rakyat Selangor ketika ini seperti pelaksanaan Skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang diwujudkan kononnya untuk memberi faedah kepada semua anak kelahiran negeri ini.

Skim yang bermotifkan politik itu dibuat tanpa perancangan rapi sehingga menyebabkan hasil negeri dibazirkan begitu sahaja tanpa dapat digunakan secara optimum.

Memandangkan skim tersebut diuruskan oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), maka Abdul Khalid selaku pemegang amanah perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan skim tersebut," katanya


Mohd. Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, berdasarkan laporan audit berkenaan, peruntukan Tawas didapati digunakan secara tidak seimbang apabila daripada RM13.5 juta jumlah keseluruhan peruntukan, hanya RM2.9 juta digunakan untuk skim tersebut manakala RM4.9 juta untuk tujuan pengurusan.

Bagaimana pula dengan jaminan kerajaan negeri, adakah setiap anak Selangor yang mendaftar bagi skim tersebut akan mendapat pulangan sebaik mereka berusia 18 tahun? Keadaan itu memandangkan sehingga kini kita tidak nampak sebarang pelaburan yang mendatangkan hasil bagi dinikmati oleh anak-anak Selangor yang memasuki skim itu," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kelemahan dalam pengurusan tukar syarat tanah di Selangor seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara juga menunjukkan kegagalan Menteri Besar dalam mengurus pentadbiran di negeri ini.

Selain pengurusan tukar syarat tanah, laporan tersebut juga merekodkan beberapa kelemahan seperti kutipan premium tanah yang tidak seimbang termasuk kutipan cukai yang tidak mencapai sasaran. Kelemahan ini membuktikan kerajaan negeri memandang ringan soal tanah dan mengambil mudah mengenai pengurusan hartanah," katanya.

Selain itu katanya, antara aduan yang paling banyak diterima oleh Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) BN Selangor ketika ini ialah mengenai keadaan jalan negeri yang tidak diselenggara dengan sempurna termasuk membabitkan jalan berlubang yang boleh mendedahkan kepada risiko kemalangan.

Maka, tidak hairan jika Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa kerajaan negeri Selangor hanya menggunakan sebanyak RM218.25 juta daripada peruntukan RM375.90 juta yang diberikan kerajaan untuk penyelenggaraan jalan negeri sepanjang 16, 013 kilometer.

Kira-kira 58.1 peratus sahaja digunakan untuk tujuan penyelenggaraan daripada jumlah keseluruhan peruntukan itu. Pentadbiran Abdul Khalid mendabik dada menyatakan wang kerajaan negeri meningkat sedangkan pada hakikatnya peningkatan itu adalah kerana wang tidak dibelanjakan dan bukannya kerana kecekapan Abdul Khalid mengurus kewangan," katanya.

Bukan itu sahaja katanya, Laporan Ketua Audit Negara turut mendedahkan bahawa terdapat lebihan perbelanjaan tunai untuk tujuan mengurus hampir RM100 juta pada 2011.

Suara Politik
Taminsari

Salam Aidil Adha.. !



" Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. laa syarika laka ".

" Ya Allah, aku datang karena panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Segala ni’mat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu. Tiada sekutu bagiMu ".

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dari saya buat semua rakan-rakan blogger dan juga para pembaca yang budiman. Selamat melakukan ibadah Qurban dan sambutlah ianya dengan penuh keinsafan dan keredhaan. Semoga Allah swt sentiasa memberkati kita semua..InsyaAllah..AMIN.

Ikhlas Dari :

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Oktober 25, 2012

Senja dah berlabuh : Bila Nik Aziz akan bersara?



Sudah pastilah ramai pemimpin dan penyokong Pas tidak selesa apabila ada pihak yang cuba mendesak Datuk Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada jawatan Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas.

Walaupun mereka memahami keterbatasan yang ada kepada tok guru yang sudah 45 tahun berkecimpung dalam dunia politik namun mereka tidak mahu meminta beliau berehat. Bagi sesetengah pemimpin dan penyokong Pas, Nik Abdul Aziz adalah tonggak kekuatan parti itu sama ada di Kelantan atau seluruh negara.

Sebut sahaja siapa sahaja dalam Pas sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Harun Taib, Datuk Haron Din atau Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kesemua mereka dianggap tidak mampu menandingi populariti Nik Abdul Aziz.

Malahan ada yang menilai kekuatan Pas banyak bergantung kepada Nik Abdul Aziz terutamanya di Kelantan. Tanpa beliau belum pasti Pas akan mampu berdiri megah sejak 1990 di negeri Cik Wan Kembang itu.

Selain Pas yang dilihat begitu bergantung kepada Nik Abdul Aziz, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga mahu Menteri Besar Kelantan itu terus berada dalam barisan kepimpinan Pas.

Mereka tidak mahu Nik Abdul Aziz berundur kerana pengaruh beliau amat penting dalam usaha untuk memastikan penyokong-penyokong Pas terus memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.


Tambahan pula Nik Abdul Aziz sering dilihat pembela paling utama kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang berhadapan dengan masalah. Bagaimanapun sama ada penyokong Pas mahupun pakatan pembangkang, mereka terlupa bahawa populariti Nik Abdul Aziz bukanlah seperti dahulu lagi.

Penulis masih ingat bagaimana satu ketika dahulu, pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan cukup berhati-hati kalau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz, mereka bimbang kenyataan yang dibuat boleh mengurangkan sokongan.

Mereka takut kalau-kalau kenyataan membidas Nik Abdul Aziz akan memberi kesan kepada sokongan politik mereka kerana kononnya Nik Abdul Aziz cukup dihormati oleh seluruh lapisan rakyat Kelantan.

Penulis tidak menafikan fakta berkenaan kerana Nik Abdul Aziz adalah pemimpin paling popular dalam kalangan penyokong pembangkang bukan sahaja di negeri tersebut tetapi juga di seluruh negara.

Mungkin faktor-faktor inilah yang menyebabkan Nik Abdul Aziz dilihat sukar untuk bersara. Sebab itulah beliau menyatakan pada 3 Februari lalu bahawa beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh Pas Kelantan.

''Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh Pas Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga ke hari ini,'' kata Nik Abdul Aziz ketika itu.


Justeru timbul persoalan bilakah Nik Abdul Aziz akan bersara dan menyerahkan kedudukannya kepada pemimpin lain dalam Pas? Sebenarnya, apa yang perlu diakui oleh pemimpin dan penyokong Pas ialah Nik Abdul Aziz tidak begitu berpengaruh seperti mana suatu masa dahulu.

Penulis diberitahu bagaimana di warung-warung kopi di Kelantan, sudah ada keberanian di kalangan rakyat negeri itu untuk mengkritik Nik Abdul Aziz secara terbuka. Mereka tidak segan silu atau takut-takut lagi seperti mana sikap pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan suatu ketika dulu.

Walaupun keputusan pilihan raya umum 2008 menyaksikan Pas terus berkuasa di Kelantan namun populariti Nik Abdul Aziz semakin merudum. Selain tindak-tanduk beliau melalui kenyataan-kenyataannya yang acap kali mencetuskan polemik, corak pentadbiran Pas Kelantan juga turut menunjukkan pelbagai kelemahan.

Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tidak berapa lama dahulu yang menyaksikan Pas menang dengan majoriti tipis 56 undi diikuti dengan kekalahan di DUN Galas sudah menjadi bukti bahawa Pas tidak boleh bergantung kepada Nik Abdul Aziz selama-lamanya.

Tambahan pula ketika ini, pelbagai kelemahan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan semakin terdedah dan menyaksikan bagaimana sudah ada dalam fikiran rakyat negeri itu mengubah haluan politik mereka.

Keadaan itu berlaku kerana dalam Pas, mereka terlalu takut untuk meminta Nik Abdul Aziz berundur biar pun mereka tahu sejauh manakah kudrat Mursyidul Am berusia 81 tahun tersebut.


Mungkin kerana keadaan itulah, Nik Abdul Aziz pernah berkata, beliau tidak akan menetapkan sebarang tempoh masa untuk berundur serta tidak akan tunduk kepada tekanan dan gesaan daripada luar parti itu.

"Saya sendiri lebih tahu mengenai kesihatan saya dan parti (Pas) lebih tahu keadaan dan kedudukan saya. Kalau saya rasa kesihatan semakin teruk atau parti minta saya berundur, saya berundur.

"Selagi tubuh saya sihat dan parti tidak minta saya berundur, saya tidak akan berundur," kata Nik Abdul Aziz dalam satu majlis baru-baru ini.

Persoalannya siapakah dalam Pas yang akan berani meminta Nik Abdul Aziz berundur? Apatah lagi pemimpin-pemimpin Pas amat bergantung kepada populariti tok guru itu seolah-olah 'Nik Abdul Aziz itu Pas dan Pas itu Nik Abdul Aziz.'

Tafsiran itu berlaku kerana biar pun Pas mempunyai Presiden dan barisan kepimpinan politiknya, namun populariti dan pengaruh mereka tidaklah sehebat Nik Abdul Aziz.

Mereka tidak mahu jika Nik Abdul Aziz benar-benar bersara, ia akan menyebabkan pengaruh Pas juga merosot dan paling ditakuti ialah krisis politik di Kelantan berikutan persaingan untuk menggantikan Nik Abdul Aziz.

Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak menaruh harapan bahawa Nik Abdul Aziz tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang atau bersara daripada politik. Apatah lagi sudah ada ura-ura Menteri Besar yang sudah 22 tahun memimpin Kelantan itu akan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.


"Boleh jadi ya dan boleh jadi tidak. Semuanya ada kemungkinan. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing berhubung desas-desus ini. Mungkin kalau dilihat dari segi kesihatan akan ada yang kata tahap kesihatan membataskan beliau (Nik Abdul Aziz) untuk bertanding dua kerusi. Namun harus diingat, beliau mempunyai aura tersendiri yang mungkin diperlukan oleh pakatan pembangkang.

"Langkah meletakkan Mursyidul Am Pas di kedua-dua kerusi berkenaan dilihat akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang terutama Pas kerana ia akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong parti itu memandangkan beliau dilihat tokoh yang mampu memimpin Kelantan dan Malaysia amnya," kata bekas Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haroon kepada sebuah portal berita baru-baru ini.

Begitulah hebatnya sandaran pakatan pembangkang terutamanya Pas terhadap Nik Abdul Aziz. Bagaimanapun satu perkara yang sering dilupakan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong tentang Nik Abdul Aziz ialah rakyat tahu menilai sejauh manakah kemampuan Menteri Besar Kelantan itu untuk terus berpolitik.

Mungkin Pas boleh terus bergantung kepada Nik Abdul Aziz namun semua itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada parti itu pada masa depan. Bak kata ADUN Gaal, Dr.Nik Mazian Mohamed, pemimpin Pas tidak wajar 'melepaskan baton' hanya selepas mereka 'lenguh di tengah jalan.' Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Isu Selangor : Projek Langat 2 wajar diteruskan walau tanpa kebenaran!



Projek Loji Rawatan Air Langat 2 wajar diteruskan walaupun tanpa kebenaran kerajaan negeri Selangor bagi mengelak berlakunya krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang 2016, menurut beberapa persatuan pengguna hari ini.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman berkata kerajaan Persekutuan tidak perlu teragak-agak untuk menggunakan proses perundangan dalam menyelesaikan krisis air itu.

Kontroversi air yang berlarutan itu juga perlu dihentikan segera supaya tidak menjejaskan kepentingan rakyat dan pembangunan negara pada masa akan datang, katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Persekutuan tidak menolak kemungkinan projek loji rawatan Air Langat 2
(Langat 2) diteruskan walaupun tanpa persetujuan kerajaan negeri Selangor.

Maamor berkata sikap kerajaan Selangor yang menolak cadangan penyelesaian daripada kerajaan Persekutuan tidak seharusnya kerana dipengaruhi perbezaan fahaman politik atau ingin menggagalkan usaha kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat.

Beliau berkata pengalaman dan pengetahuan luas kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan krisis air tidak sepatutnya dipersoalkan dan ia sepatutnya sudah diselesaikan oleh kerajaan Selangor.


Katanya juga persiapan untuk membangunkan sumber air baharu itu mesti dilaksanakan segera sebelum kapasiti bekalan air berkurangan dan seterusnya menjejaskan kehidupan rakyat dan pembangunan negara.

Semalam, Pengarah Eksekutif Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash), Datuk Azmi Mat Nor berkata Selangor memerlukan sumber air baharu kerana Empangan Sungai Selangor adalah sumber air terakhir di negeri itu dan hanya mampu bertahan sehingga 2016.

Sementara itu, Ketua Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata jika hanya melalui proses perundangan dapat meneruskan projek Langat 2, maka usaha tersebut perlu disegerakan.


"Ini adalah untuk mengelak kesan buruk kepada pengguna apabila berlaku kekurangan bekalan air kelak. Masa semakin suntuk, kita maklum pembinaan loji (Langat 2) ini bukan boleh dibuat dalam jangka masa yang singkat.

"Jika masih terdapat pertikaian antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam merealisasikan pelaksanaan, kita amat bimbang sebarang keputusan nanti terlambat," katanya.

Beliau berkata krisis air yang berlaku pada 1998 tidak harus berulang kembali hanya kerana kedegilan kerajaan Selangor yang enggan meneruskan projek Langat 2.


Dalam pada itu, beliau berkata sekiranya kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, masing-masing mempunyai jangkaan sendiri bila krisis air akan berlaku, mereka perlu mengemukannya dengan kajian daripada pakar.

"Jika perlu tenaga pakar dari luar untuk melakukan kajian dan mendapatkan masa yang tepat bila krisis air akan berlaku, kenapa ia tidak dilakukan?" katanya.

Mengenai cadangan kerajaan Selangor supaya kaedah teknologi membran dilakukan bagi meningkatkan penjanaan air di loji terawat sedia ada, yang didakwa oleh kerajaan Persekutuan sebagai tidak praktikal dan tidak berdaya maju, Mohd Yusof berkata kedua-dua pihak perlu segera mencari kaedah berkesan dan efektif dalam menyelesaikan masalah itu.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Oktober 24, 2012

Isu Selangor : Teknologi membran perlu sumber air jernih?


Sea Water Desalinantion: Concept Drawing of Membrane Distillation Sea Water Desalination.

Cadangan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Selangor untuk melaksanakan teknologi membran sama sekali tidak praktikal kerana syarat utama dalam penggunaan teknologi itu ialah sumber airnya mesti dalam keadaan jernih.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga (AWER), S. Piarapakaran berkata, ini kerana tanpa sumber air yang jernih, akan mengakibatkan kerajaan negeri menanggung kos operasi yang tinggi ekoran terpaksa menukar penapis membran secara kerap.

"Teknologi membran kebiasaannya digunakan untuk perawatan air sisa perindustrian, sekiranya digunakan bagi air minuman terutama yang berskala besar, cadangan itu dilihat tidak praktikal kerana hanya akan membawa kepada peningkatan kos.

"Sumber air di Malaysia amnya berwarna jingga, malah, kandungan pepejal terampai juga tinggi. Keadaan itu sekali gus akan menyebabkan kekerapan untuk menukar penapis yang tersumbat berbanding sistem sedia ada," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan cadangan Kerajaan PKR Selangor menggunakan teknologi membran bagi meningkatkan penjanaan air di loji terawat sedia ada sebagai tidak praktikal dan membabitkan kos lebih tinggi.

Piarapakaran juga mempersoalkan sejauh mana teknologi itu mampu menampung kapasiti air penuh sebanyak 2,000 juta liter sehari untuk keperluan jangka panjang penduduk di Lembah Klang.

"Sekiranya mereka ada cadangan yang bagus, kenapa tidak sediakan satu laporan supaya rakyat boleh baca dan faham secara terperinci mengenai penyelesaian yang ingin dilakukan.

"Saya melihat cadangan itu sebagai masih kabur dan tidak bersepadu kerana tidak dinyatakan dengan lanjut tentang kos, cara pelaksanaan, kapasiti dan sumber air," katanya.

Mengulas lanjut, Piarapakaran berkata, sekiranya teknologi itu digunakan jelas sekali akan membebankan pengguna kerana kerajaan negeri terpaksa melaburkan wang yang banyak pada kesemua 34 loji rawatan air mereka.

"Apabila kos operasi bertambah, sudah pasti tarif air akan meningkat. Malang buat pengguna kerana terpaksa membayar air pada nilai yang tinggi," katanya.

Suara Politik
Taminsari