Isnin, Ogos 31, 2015

Hishammuddin kecewa dengan Tun M?


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meluahkan kekecewaan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri perhimpunan Bersih 4.0.

"Saya kecewa dengan tindakan Tun Mahathir, tokoh yang amat saya hormati, kerana telah turun ke pentas pembangkang semalam," katanya dalam sebuah perkongsian di laman Facebook, hari ini.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri berkenaan telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini.

"Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang beliau ketengahkan kepada pejuang Umno dan rakyat kesuluruhan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Nilai-nilai inilah yang kita dan institusi kita pertahankan selama ini.

"Ketika demonstrasi besar-besaran pada tahun 1998, iaitu ketika zaman pentadbiran beliau, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukanlah pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan," kata Hishammuddin.

Hishammuddin berkata, tindakan Mahathir bersekongkol di pentas pembangkang semalam tidak boleh diterima sama sekali.


"Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Mungkin Tun Mahathir tidak bersetuju dalam beberapa isu, tapi janganlah sampai merobohkan apa yang beliau sendiri telah sama-sama bina selama ini. Jangan kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar.

"Beliau pasti sedar kesan keselamatan dan bahayanya jika demonstrasi jalanan dibiarkan berleluasa. Banyak negara di dunia tumbang bila mana pemimpin dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Inikah matlamat yang ingin dicapai oleh seorang negarawan yang disanjung?" kata Hishammuddin.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim juga meluahkan kekecewaan beliau terhadap tindakan Mahathir.

"Wahai TM (Tun Dr Mahathir Mohamad) sayang, bahawa kasih sayang pada Tun tidak berubah walau ribuan nista dilemparkan. Saya tahu Tun bukan hendak jatuhkan kerajaan," kata Shahidan dalam sebuah perkongsian di Facebook.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Ogos 30, 2015

Soksek-soksek akhbar Cina - Kebangkitan pembangkang?


AKHBAR China Press bertarikh 21 Ogos 2015 menyiarkan artikel yang menyentuh mengenai kesan kemasukan Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam arena politik negara.

Artikel yang ditulis oleh Lai Shao Kwang bertajuk ‘GHB perhalusi dan teluskan strategi’ disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15.

Tidak lama lagi GHB akan me­nubuhkan sebuah parti baharu secara rasmi dan juga bermakna akan tertubuhnya Pakatan Rakyat 2.0. Sama-samalah kita tunggu dan lihat adakah gabungan dengan ahli baharu itu akan berjalan lancar dan menandakan bermulanya kebangkitan pembangkang.

Sebelum ini, antara punca pakatan pembangkang berpecah belah kerana langkah Pas untuk melaksanakan hukum hudud dan sikap parti itu yang tidak bersetuju dengan cadangan DAP untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Sehubungan itu, dengan penyer­taan GHB, kita perlu lihat adakah cadangan penganalisis politik, Ong Kim Huat supaya pakatan pembangkang membuat perjanjian untuk tidak membangkit isu pelaksanaan hukum hudud selama 10 tahun akan diterima.

Setiausaha GHB, Dr. Dzulkefly Ahmad pernah membuat kenyataan bahawa pihaknya akan cuba mempengaruhi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP supaya memberi peluang kepada GHB untuk melaksanakan hukum hudud apabila wujud keadaan yang sesuai pada masa depan.

Oleh itu, kita ingin melihat adakah DAP sendiri mampu mempengaruhi GHB supaya ketepikan dahulu cadangan pelaksanaan hukum hudud dalam masa lapan hingga 10 tahun akan datang.

Ini selaras dengan strategi yang sepatutnya dibuat pembangkang iaitu melaksanakan agenda yang dipersetujui secara bersama terlebih dahulu termasuk mengutamakan matlamat mewujudkan peme­rintahan negara yang berasaskan demokrasi dan kerajaan yang telus.

Selepas dapat merealisasikan demokrasi, barulah kehendak GHB yang inginkan melaksanakan hukum hudud dihormati.

Pada masa itu, semua ahli Parlimen Muslim dan bukan Muslim berpeluang membincangkan isu hukum hudud secara demokrasi untuk membuat keputusan yang lebih telus.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Ogos 28, 2015

Mat Sabu 'sentap' meroyan - ROS tolak guna nama Parti Progresif Islam?


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menolak permohonan Gerakan Harapan Baru untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam sebagai nama parti baharu yang hendak ditubuhkan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Islam adalah hak untuk semua yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik hanya boleh menyebabkan kekeliruan.

"Mereka mengharapkan agar golongan yang berada dalam Pas tetapi tidak setuju dengan ulama tetapi setuju dengan Islam yang progresif, dapat menyokong parti itu.

"Saya ingin nyatakan bahawa kita tidak akan benarkan mana-mana parti menggunakan nama agama kerana Islam bukan untuk mereka sahaja, tetapi juga untuk kita dan untuk orang Islam yang tidak ada parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Marang di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, di sini hari ini.


Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Umno Bahagian Marang A Latif Awang.

Ahmad Zahid berkata sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab, beliau tidak mahu mengulangi kesilapan lepas yang membenarkan sebuah parti politik menggunakan nama Islam sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang Islam di negara ini.

"Kita tidak mahu kesalahan dulu yang memberikan keizinan kepada sebuah parti menggunakan nama Islam sehingga memberi tanggapan seolah-olah hanya dengan menyertai parti itu kita memperjuangkan Islam dan masuk syurga.

Sehubungan itu, katanya ROS akan memberikan surat kepada pemimpin Harapan Baru agar memilih nama lain untuk digunakan pada parti baharu berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, sebagai sebuah negara yang demokratik, kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu di negara.

Namun dalam masa yang sama, katanya beliau berharap parti baharu yang ditubuhkan itu tidak memecah belahkan orang Melayu.

"Jangan cuba memecah belahkan perpaduan orang Melayu. Kita mahu seluruh Melayu, jika atas agenda memperkasakan Melayu dan negara, perlu bersatu hati tidak kira dalam parti politik mana sekalipun (kita) berada," katanya.

Dalam masa yang sama Ahmad Zahid turut mengulangi gesaan supaya ahli Umno supaya kembali memperkukuhkan parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, tidak kira apa permasalahan yang sedang dihadapi kini.

"Kita sukar tumbang jika diserang dari luar, tetapi akan mudah hancur jika kita berperang sesama sendiri. Jadi kita asahlah kuku dan tanduk dari sekarang agar jangan parah diserang musuh nanti.

Gunakan ia untuk menyerang musuh di luar supaya Umno dapat rampas kerusi yang dimenangi pembangkang sebelum ini," katanya.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Ogos 27, 2015

Tony Pua didesak ambil peranan tangani isu DEIG?


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua digesa menjalankan tanggungjawab sebagai anggota panel Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menyiasat penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Tony sebelum ini ‘cukup bersemangat’ dan bersungguh-sungguh dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sekali gus perlu melakukan perkara sama dalam kes DEIG.

“Saya yakin beliau akan dapat melakukan perkara yang sama lebih-lebih lagi ini melibatkan dana berjumlah RM30.3 bilion,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penghantaran kumpulan pertama sebanyak 277 jemaah haji dari negeri ini, Kedah dan Perak di Hotel Tabung Haji di sini hari ini.


Sebelum ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Faekah Husin mempersoalkan kemampuan syarikat berkenaan untuk menjana keuntungan besar kerana perlu membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas didaftar.

Isu berkenaan mula tercetus selepas beberapa wakil rakyat termasuk daripada DAP ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-­baru ini mendesak supaya penubuhan syarikat berkenaan dikaji semula atas beberapa faktor.

Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata, siasatan itu penting bagi rakyat khususnya masyarakat Sela­ngor memandangkan melibatkan khazanah dan wang negeri berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan PKR Selangor akan menunjukkan ketelusan dan kejujuran dalam menguruskan dana tersebut.

Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata, kerajaan PKR Selangor perlu bersikap telus dalam isu ber­kenaan kerana melibatkan kepen­tingan rakyat.

“Saya yakin Tony akan melakukan apa yang sepatutnya dan tidak wajar ada pilih kasih kerana syarikat berkenaan berkaitan dengan kerajaan negeri,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Ogos 26, 2015

Bersih 4.0 bakal 'kotorkan' suasana sambutan Hari Kebangsaan?


KUALA LUMPUR - Penganjur perhimpunan Bersih 4.0 didakwa tidak menghormati jasa dan pengorbanan pahlawan negara yang memerdekakan tanah air apabila cuba menganjurkan perhimpunan yang boleh mengundang ketidakstabilan menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Presiden Parti Makkal Sakti, Datuk R.S Thanenthiiran berkata sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini yang bertujuan memperingati dan menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan terdahulu tidak seharusnya dicemari dengan demonstrasi jalanan.

"Sambutan Hari Kebangsaan adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia dan saya percaya ramai rakyat Malaysia tidak akan bersetuju kerana perhimpunan itu tidak hormat kepada pahlawan negara.

"Walaupun perhimpunan itu diadakan sebelum sambutan Hari Kebangsaan, namun ia akan mengganggu persiapan dan suasana sambutan Hari Kebangsaan yang seharusnya disambut dengan penuh keamanan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, penganjur dilaporkan bertegas untuk meneruskan perhimpunan itu pada 29 dan 30 Ogos di beberapa lokasi termasuk Dataran Merdeka di sini walaupun tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam pada itu, Thanenthiiran berkata Makkal Sakti tidak akan sesekali menyokong dan menyertai perhimpunan itu dan beliau menegaskan mana-mana anggota parti itu yang didapati menyertainya akan dipecat.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Ogos 20, 2015

Ahli Parlimen, 182 ahli `tinggalkan’ PAS?

SlTI Mariah (kanan) bersama ahli dan pimpinan PAS Kota Raja yang meletak jawatan dalam parti itu.

KLANG : Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud bersama 182 ahli dan pimpinan PAS Kota Raja meletak jawatan dalam parti itu untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), petang tadi.

Beliau berkata, tindakan itu bagi menyahut saranan dan arahan daripada kepemimpinan supaya semua ahli yang mahu menyertai GHB meletak jawatan.

"Kami di Parlimen Kota Raja terdiri daripada Yang Dipertua (YDP), Timbalan Yang Dipertua (TYDP), Naib Yang Dipertua (NYDP) serta Setiausaha Kawasan meletak jawatan dalam PAS.

"Ia diikuti sembilan Ketua Cawangan serta ahli jawatankuasa (AJK) cawangan yang melakukan tindakan sama," katanya.

Beliau berkata, tindakan itu bagi memudahkan AJK yang masih bersama PAS dapat menjalankan tugas di kawasan itu.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Ogos 16, 2015

Ancaman Politik Terhadap UMNO?


“UMNO parti keramat, UMNO par­ti harapan orang Me­layu dan UM­NO tonggak pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).” Itulah fakta yang sekian lama melekat di hati orang Melayu dan rakyat negara ini.

Namun senario politik yang semakin berubah dan cabaran yang semakin getir dihadapi oleh parti itu memungkinkan fakta-fakta tersebut semakin luntur dalam kalangan orang Melayu. Pelbagai isu yang berlaku mahu tidak mahu harus diakui semakin melemahkan UMNO.

Awal bulan ini apabila mesyua­rat persidangan UMNO bahagian bermula di seluruh negara, pe­mimpin-pemimpin parti itu tidak mempunyai banyak pilihan, mereka hanya ada satu pilihan iaitu memperkukuh­kan UMNO dalam segenap segi bagi meraih sokongan rakyat jika tidak mahu terhumban ke lembah kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.

UMNO sudah berusia 68 tahun dan sudah memerintah negara ini bersama-sama rakan dalam komponen BN sejak 58 tahun lalu.

Ketika berbual-bual dengan seorang Ketua UMNO Bahagian baru-baru ini, beliau menyenaraikan 19 perkara yang harus diberikan tumpuan oleh parti itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya orang Melayu.

Penulis tidak perlu menyatakan secara terperinci apakah 19 perkara itu tetapi yang pasti amat berkaitan rapat dengan kehidupan rakyat setiap hari dan menjadi tumpuan atau keluhan termasuklah soal kos sara hidup, pengangguran dan hak Bumiputera serta orang Melayu.


Ketika ini sudah ada suara-suara yang mempersoalkan apa orang Melayu dapat setelah 58 tahun UMNO menjadi teraju pemerintahan negara? Walaupun hakikatnya, UMNO sememangnya banyak jasa kepada orang Melayu tetapi sekarang sudah semakin dilupakan.

Dalam grup sembang Whats­App yang disertai penulis, sudah ada kelompok yang selama ini menyokong perjuangan UMNO berta­nya, sampai bila orang Melayu perlu terikat dengan kata-kata bahawa hanya UMNO dapat memperjuangkan nasib mereka?

Pandangan seumpama ini tidak harus dibiarkan merebak atau terpahat dalam fikiran orang Melayu. Pemimpin-pemimpin UMNO perlu sedar bahaya yang menanti dan bukannya terus mengabaikannya de­ngan tanggapan UMNO masih kuat dan orang Melayu tetap bergantung kepada parti berkenaan.

Fahamilah situasi sudah berbeza. Usaha untuk meyakinkan orang Melayu dan rakyat terus menyokong UMNO tidak boleh lagi melalui retorik dan ‘sandiwara politik’, sebaliknya melalui tindakan dan langkah dengan menjadikan kedudukan dalam kerajaan sebagai platform untuk membela nasib orang Melayu.

Agenda Bumiputera dan memperkasakan kedudukan orang Melayu dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi harus menjadi keutamaan. Orang Melayu tidak boleh dilihat sekadar pemerhati apatah lagi penumpang kepada kejayaan kaum lain.

Apa juga yang dirancang oleh kerajaan mestilah mengutamakan orang Melayu dan Bumiputera tanpa meminggirkan kaum lain.

Seperti mana ditegaskan oleh pemimpin Melayu daripada pelbagai bidang sebelum ini UMNO tidak harus apologetik dalam memperkasakan kedudukan orang Melayu kerana kelompok itulah yang menjadi penentu survival politik parti Melayu tersebut.

Pemimpin-pemimpin UMNO tidak boleh lagi mengamalkan sikap ‘sudah terang lagi bersuluh’ apabila masih takut-takut untuk bercakap soal membela nasib orang Melayu kerana bimbang akan menyinggung pihak lain sedangkan selama ini UMNO terus bertahan dan mencapai kejayaan dalam pilihan raya kerana sokongan orang Melayu.

Itulah perkara yang perlu menjadi agenda UMNO sekarang selepas menempuh pelbagai kemelut dalaman dan ketika berada dalam situasi yang dikatakan semakin terhakis sokongan orang Melayu dan rakyat terhadap parti itu.

Pemimpin-pemimpin UMNO khu­susnya mereka yang berada dalam Kabinet perlu memberi tumpuan penuh kepada usaha berkenaan bukannya sekadar berani mencerca atau mengkritik pe­mimpin-pemimpin yang tidak lagi berada dalam kerajaan.


Kalaulah merasakan diri cukup hebat kerana dilantik sebagai menteri maka laksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan, bukannya membuat kenyataan-kenyataan yang hanya akan menyebabkan suasana dalam UMNO menjadi tidak harmoni.

UMNO memerlukan satu pasukan yang kukuh tidak kira mereka mempunyai jawatan dalam kerajaan atau tidak. Yang akan menentukan hidup mati UMNO bukan sekadar tiga juta ahli parti itu tetapi orang Melayu secara keseluruhan termasuklah pengundi atas pagar.

Jangan biarkan kelompok ber­kenaan berasa muak dengan gelagat dan telatah sesetengah pe­mimpin UMNO yang merasakan dirinya lebih hebat kerana berada dalam kerajaan. Hebat atau tidak, bukan diukur dari segi kepetahan membuat kenyataan semata-mata tetapi bekerja untuk rakyat.

Musuh yang akan dihadapi oleh UMNO bukanlah rakan dalam parti sendiri tetapi pakatan pembangkang. Oleh itu seperti mana digesa oleh pemimpin-pemimpin pelbagai lapisan ketika persidangan UMNO peringkat bahagian di seluruh negara semalam, UMNO perlu merapatkan barisan dan bersatu.

Terlalu banyak isu yang perlu ditangani khususnya melibatkan persepsi rakyat terhadap parti itu. Ini memandangkan UMNO bukannya buntu untuk menyelesaikan masalah tetapi terlalu lemah me­merangi persepsi.

Persepsi wujud kerana ‘kebijaksanaan’ musuh-musuh politik UMNO mengambil kesempatan dan ditambah pula dengan kehadiran penulis blog atau portal berita yang kononnya pro-UMNO tetapi ibarat menjadi ‘duri dalam daging’ kepada parti itu kerana suka menyerang pemimpin UMNO lain atau membuat spekulasi berhubung rombakan sesuatu jawatan.

Itulah cabaran utama UMNO. Pemimpin dan ahli UMNO tidak boleh leka dalam berhadapan situa­si tersebut kerana ramai yang sudah terpengaruh dengan persepsi berbanding mahu mengetahui fakta sebenar di dalam sesuatu isu.

Tetapi mereka tidak akan berupaya menangani persepsi, kalau ada dalam kalangan mereka sendiri yang menyebabkan persepsi wujud. Oleh itu dalam apa keadaan sekalipun utamakan perjuangan UMNO demi untuk memastikan parti itu terus kukuh dan kuat bagi membolehkan parti tersebut mendapat sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

Kesimpulannya, apa yang diharapkan pemimpin dan ahli UMNO perlu memahami kedudukan mereka kini dan sedar ancaman yang menanti. Jangan terus dibuai mimpi merasakan rakyat khusus­nya orang Melayu tetap bersama parti itu sedangkan realitinya di akar umbi ‘agak mengerikan’.

Oleh itu bergeraklah sebelum terlambat kerana masa berlari terlalu pantas.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Ogos 13, 2015

Banyak jasa Pas kepada saya, luah Mat Sabu?


"Saya nampak jasa Pas lebih banyak daripada jasa saya pada Pas, itu saya terima kasih," demikian luahan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), Mohammad Sabu ketika diajukan mengenai kenangan beliau bersama Pas.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu turut mengakui meninggalkan Pas bukan satu keputusan yang mudah dalam hidupnya.

"Bagi saya Pas tinggalkan saya satu perjuangan yang besar... tetapi saya perlukan platform baharu untuk melakukan lonjakan baharu, sebab kita banyak ketinggalan dengan cara sekarang," katanya dalam satu wawancara khas disini.

Sementara itu ketika ditanya adakah Pas tidak menyediakan platform seperti yang beliau kehendaki, Mat Sabu berkata, ruang itu tidak wujud.

"Saya nampak tidak boleh, saya nampak pelantikan Majlis Syura tidak ke arah untuk membuat pembaharuan," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai masa depan Harapan Baru dalam arena politik tanah air, Mat Sabu yakin Harapan Baru akan menjadi satu parti yang kuat.

"Saya yakin seyakin-yakinnya," ujarnya.

Harapan Baru yang dilancarkan pada 13 Julai lalu dilihat bakal mewarnai kancah politik di negara ini.

Malahan, pertubuhan ini dikatakan mahu menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Ogos 12, 2015

Puncak Alam banjir, 20,000 penduduk terjejas?

Anggota Bomba dan Penyelamat membantu kanak-kanak apabila taska tempat mereka belajar dinaiki air.

PUNCAK ALAM - Hampir 20,000 penduduk Puncak Alam terkandas apabila laluan keluar masuk ditengelami air selepas hujan lebat melanda sejak petang tadi.

Lebih teruk, kawasan perumahan Shah Alam 2 @ Sinar Alam (SA2) ditenggelami air sehingga satu meter menyebabkan 20 kanak-kanak bersama lima guru terpaksa dipindahkan ke tempat selamat selepas taska dinaiki air.

Salah sebuah taska yang terletak di Lorong Lautan Samudera itu dinaiki air dan anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat Bestari Jaya membantu memindahkan mangsa selepas menerima panggilan orang awam pada jam 5.25 petang.

Surau At Taufiqiah dijadikan penempatan sementara bagi 50 penduduk yang terjejas dalam musibah banjir manakala kesesakan teruk berlaku di Shah Alam-Puncak Alam, Meru-Puncak Alam dan Alam Perdana Puncak Alam.

Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 07, Mohd Razib Mohd Talib, 42, berkata, musibah banjir yang melanda kawasan itu paling terburuk berlaku.

“Kedua laluan masuk Puncak Alam ditenggelami air dan hampir 20,000 penduduk terkandas manakala kawasan SA2 dinaiki air sehingga paras satu meter.

“Apa yang kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) buat? Sampaikan banjir teruk di kawasan ini... bukan sekali tapi dah banyak kali banjir tapi ini paling teruk.

“Penduduk mendesak PBT ambil tindakan drastik selesaikan isu banjir memandangkan longkang tersumbat dan melimpah ke jalan,” katanya kepada pemberita.

Kata Mohd Razib lagi, bukan sahaja laluan masuk terjejas tetapi beberapa perumahan turut dinaiki air seperti di SA2, Alam Suria dan laluan alternatif ke Kampung Bukit Hijau.

“Harapkan Pakatan Rakyat (PR) yang ambil alih boleh bantu isu banjir di Meru tapi realitinya masalah ini melarat sehingga ke Puncak Alam sehingga menyusahkan penduduk.

“Saya berharap PBT dan Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Puncak Alam peka dalam masalah ini dan membantu menangani masalah sebelum melarat lebih teruk,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin memaklumkan pihaknya maklum dengan musibah yang berlaku di Puncak Alam bagaimanapun punca banjir masih dalam siasatan.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Ogos 09, 2015

Senaskhah al-Quran ditemukan di Pulau Reunion?


SAINT ANDRE  – Penduduk Pulau Reunion semalam menyerahkan senaskhah al-Quran bersalut plastik kepada pihak berkuasa Perancis yang ditemukan mereka semasa mencari serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di pantai timur pulau itu.

“Naskhah itu mungkin dari Malaysia, Indonesia atau Brunei yang majoriti penduduknya adalah Islam,”’ kata seorang wartawan Malaysia ketika ditanya oleh media tempatan mengenai buku bersalut plastik itu.

Wartawan itu menambah, al-Quran berkenaan yang merupakan penemuan terbaharu penduduk pulau juga berkemungkinan dari Mindanao, Filipina.

“Namun secara realitinya, naskhah itu berasal dari mana-mana negara Islam,” kata wartawan itu yang namanya tidak didedahkan sebagaimana lapor portal Telegraph.

Peningkatan penemuan serpihan yang diserahkan di Pulau Reunion meningkatkan keinginan dalam kalangan waris 239 penumpang yang mahu mereka dibawa ke pulau itu.


Sementara itu, kerajaan Perancis terus meningkatkan usaha mencari serpihan pesawat MH370 dengan menambah jumlah helikopter dan sebuah kapal terbang peninjau di Pulau Reunion manakala bot memantau di laut.

“Atas arahan Presiden dan Perdana Menteri Perancis, aset tambahan maritim dan pasukan udara dikerahkan bagi mengesan serpihan di sekitar Pulau Reunion,” kata kementerian pertahanan, pengangkutan dan laut dalam kenyataan bersama.

Tambah kenyataan itu, pihak pentadbir Pulau Reunion akan menyelaras operasi berkenaan yang akan dilakukan oleh angkatan tentera di Zon Lautan Hindi Selatan.

Polis pulau berkenaan akan turut menjalankan pengawasan.

Suara Politik
Belantan

Khairy tidak takut dilucutkan jawatan?


KLANG : Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak bimbang jika dilucutkan jawatan sebagai menteri kerana memberi pandangan berkaitan tindakan yang diambil terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Tetap dengan pendiriannya, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, beliau percaya apa yang dilakukannya betul dan selain mahu kebenaran ditegakkan.

"Saya tidak risau (ditukar atau dilucutkan) kerana saya percaya kita mesti menegakkan kebenaran dan menyuarakan pendapat sekiranya ada yang tidak kena.

"Malah, Presiden, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada mesyuarat perwakilan di Bandar Tun Razak sebentar tadi juga memberitahu, beliau tidak perlukan "yes man" di sekelilingnya.

"Itulah yang saya lakukan dan saya akan membawa perkara ini (SPRM) kepada Ketua Setiausaha Negara untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengapa ia berlaku," katanya selepas merasmikan penutup Mesyuarat Tiga Sayap UMNO Bahagian Klang , di sini, petang tadi.

Khairy berkata demikian mengulas mengenai kelantangannya menyuarakan rasa tidak senang dengan apa yang dianggap sebagai intimidasi terhadap SPRM.

Pada masa sama, Khairy juga turut menggesa ahli UMNO di peringkat akar umbi supaya bangkit menyuarakan pendapat serta tidak hanya berdiam diri demi menjaga diri sendiri serta pangkat bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi parti itu ketika ini.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Ogos 05, 2015

Anasir Asing + Pembangkang = Keistimewaan Melayu Hilang?


Orang Melayu selalu berbangga dengan ungkapan 'Takkan Melayu Hilang di Dunia'. Sekadar taksub dengan ungkapan itu sebenarnya tiada makna. Ungkapan yang membawa maksud kelangsungan ketuanan Melayu di bumi nusantara ini, kini menawarkan dua pilihan kepada orang Melayu - sama ada terus membina kegagahan dalam persaingan antarabangsa yang kian rakus atau meniti laluan yang suram sebelum tenggelam bersama arus peradaban.

Alaf baru tidak akan menjanjikan nikmat untuk bangsa Melayu jika masih di tahap peningkatan yang sederhana memandangkan dunia akan terus mengizinkan bangsa yang kuat membuli bangsa yang lemah.

Sememangnya warisan atau identiti Melayu itu sukar untuk hilang biarpun beberapa kurun lagi tetapi persoalannya ialah apakah kuasa Melayu itu akan bertahan berikutan ancaman yang kian meningkat baik dari luar mahupun dalam negara?

Serangan-serangan terhadap Malaysia yang diterajui oleh kepimpinan Melayu kini kian ketara lebih-lebih lagi setiap kali menjelang pilihan raya umum. Proses pilihan raya sememangnya menjadi ruang terbaik pihak-pihak asing untuk mempengaruhi keadaan bagi mencorakkan Malaysia mengikut kehendak mereka.

Sebab itulah, buat pertama kalinya dalam sejarah, pihak asing sama ada negara mahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang dijana dengan sumbangan kewangan negara maju, memberikan perhatian luar biasa untuk 'menghukum' Malaysia, sebuah lagi negara kepimpinan Islam dan Melayu di nusantara selepas Indonesia.

Malaysia - menjadikan negara ini sasaran baru. Apa yang dilakukan oleh anasir luar ini ialah dengan menyokong barisan pembangkang di negara ini atas nama keadilan, demokrasi dan sebagainya sedangkan hak keadilan dan demokrasi yang dikecapi oleh majoriti rakyat Malaysia tidak dihormati sebaliknya mahu dicabuli.

Menurut perkiraan anasir luar, dengan membantu menjana kekuatan barisan pembangkang menerusi sokongan moral, kewangan dan apa sahaja, ia mampu membuka ruang besar dalam meruntuhkan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh UMNO.


Melemahkan UMNO bererti melemahkan kuasa Melayu dan kepimpinan Islam di negara ini. Keselamatan negara (national security) dalam konteks Malaysia adalah berteraskan kuasa dan survival Melayu.

Sebelum ini, keselamatan negara walaupun menghadapi pelbagai ujian belum sampai ke tahap kritikal kerana sasaran serangan masih belum tepat dan menjejaskan 'centre of gravity' iaitu perpaduan orang Melayu.

Keadaan mulai berubah sekarang dan mungkin lebih banyak berubah selepas ini, jika orang Melayu tidak lagi melihat pembangunan negara dari sudut strategik; merapuhkan perpaduan yang ada dan jika tidak menyebatikan diri dengan soal kecemerlangan kepimpinan Melayu sekarang.

Dalam konteks politik tanah air, Melayu yang lemah dan tidak cemerlang hanya mengundang padah. Ketika UMNO menghadapi serangan daripada sebahagian masyarakat Melayu, suara-suara memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina sudah kedengaran.

Sebelum ini, lima daripada 11 buah pertubuhan kaum Cina di Malaysia menuntut hak sama rata tanpa mengira status bumiputera dan bukan bumiputera. Lima pertubuhan itu ialah Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jio Zong), Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Cina Malaysia, Persatuan Bekas Penuntut Universiti Nanyang Malaysia, Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH) dan Persekutuan Persatuan Fuzhou Malaysia.

Berita tuntutan tersebut telah disiarkan terlebih dahulu oleh The Straits Times Singapura, negara yang memperjuangkan meritokrasi secara tersirat untuk diguna pakai oleh Malaysia dalam mengangkat kedudukan masyarakat Cina sesegera mungkin. Tuntutan tersebut yang mendapat tandatangan 1,902 pertubuhan Cina akan diedarkan kepada semua parti politik sebagai rayuan pilihan raya.


Maksud yang jelas dalam tuntutan ini ialah penghapusan keistimewaan orang Melayu yang selama ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh UMNO. Padahal, UMNO sudah menjelaskan bahawa keistimewaan orang Melayu perlu dipertahankan sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu memandangkan pencapaian ekonomi orang Melayu yang baru sekitar 22 peratus, itupun terjejas ekoran kegawatan ekonomi sejak 1997.

Persoalan lebih besar selain soal tuntutan itu ialah mengapa ia dilakukan sekarang? Adakah kerana merasakan kuasa politik Melayu mulai goyah sambil mahu menunjukkan 'kuasa' bahawa ekonomi negara ini masih dikuasai oleh masyarakat Cina?

Bukankah ini untuk memperhebatkan tekanan kepada para pemimpin parti Cina yang menganggotai BN dan sudah tentu sasaran sebenar ialah kepimpinan UMNO supaya membuka ruang meritokrasi.

Inilah juga agenda perjuangan kental DAP, yang sebelum ini menjadi rakan akrab Pas. Pas yang selama ini tergamak mendakwa UMNO dan BN haram kerana konsep multietnik, akhirnya menghalalkan DAP, semata-mata mahu memenangi hati masyarakat Cina demi menumbangkan BN yang diterajui oleh kepimpinan Islam.

Kepada Pas, rekod dan pendirian kuat DAP menolak ketuanan Islam dan Melayu tidak penting, yang penting parti itu berjaya biarpun 'menang sorak'.

Perkembangan terbaru ekoran tuntutan pertubuhan-pertubuhan Cina itu mulai menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat Melayu.

Ada yang sudah pergi jauh cuba mengaitkannya dengan konspirasi halus sebahagian pemimpin masyarakat Cina yang masih mahu bermain api perkauman. Dengan kata lain, masyarakat Melayu sudah merasakan tekanan atau xenophobia sebagaimana mereka melihat muslihat kolonial British pada tahun 1940-an.

Bagi sesetengah pemerhati, keupayaan Melayu sebagai 'kuasa tawar-menawar' yang bertenaga dan ditakuti selama ini sejak zaman Tun Razak lagi dalam melayani sebarang desakan dan tuntutan masyarakat bukan Melayu, akan tergugat dan mungkin lenyap jika silap percaturan.

Sentimen sedemikian akan membawa bahaya baru kepada keselamatan negara jika MCA dan Gerakan gagal menggunakan pengaruhnya untuk meneutralkan keadaan kerana tugas sedemikian tidak boleh diharapkan kepada DAP, yang gemar memanipulasi keadaan.

Membangkitkan soal perkauman ketika negara dilanda krisis politik dan baru bertatih keluar daripada kegawatan ekonomi, hanya akan membantu memudahkan tugas anasir luar dalam meranapkan tunjang kekuatan Malaysia iaitu kuasa politik orang Melayu.

Bayangkan kesannya jika BN tidak berupaya mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya nanti. Serangan luar dan tekanan dari dalam pasti memuncak semata-mata untuk melaksanakan penstrukturan semula orde masyarakat, yang tidak lagi bersandarkan keistimewaan orang Melayu.

Malangnya, sebahagian orang Melayu tidak melihat isu keselamatan Melayu dalam tindak-tanduk mereka termasuk berpolitik. Banyak cara untuk melemahkan orang Melayu dan agama Islam, apatah lagi jika orang Melayu sendiri membenarkan diri mereka terperangkap dalam muslihat anasir asing.


Untuk mengharapkan Pas, realitinya semakin jauh. Parti itu tidak lagi berani untuk bersuara menegakkan kepentingan Melayu sejak 'roket DAP mencecah ke bulan Pas'. Untuk mengharapkan Keadilan, parti pelbagai kaum ini lagi segan-silu dan tidak berdaya berbuat demikian selagi perjuangannya untuk Anwar belum selesai, di samping kerakusan berdemonstrasi liar serta mendapatkan sokongan luar.

Inilah bentuk ancaman yang akan menguji martabat dan kelangsungan kuasa Melayu dalam menghadapi abad ke-21 ini dan zaman berikutnya iaitu tidak dapat lari daripada status quo masa kini. Maka, pilihan yang strategik untuk kepentingan masa depan Melayu ialah UMNO.

Rekod UMNO membuktikan bahawa parti itu mampu memimpin masyarakat majmuk daripada perspektif 'unity in diversity' sambil mengangkat martabat Melayu.

Sama ada disukai atau tidak, UMNO sahaja yang menampakkan ia parti meyakinkan untuk anak cucu kita menghadapi muslihat dan ancaman terhadap Melayu. Senjatanya Cuma perpaduan - benteng terakhir Melayu. Itupun jika kita ada naluri untuk kelangsungan bangsa.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Ogos 03, 2015

Tindakan DAP cetus 
persoalan sumber dana politik?


Tindakan DAP yang tidak bersetuju dengan cadangan supaya setiap parti mendedahkan sumber dana politik masing-masing wajar dipersoalkan ketika mereka begitu lantang mengkritik UMNO yang sering didakwa tidak telus.

Menyifatkannya sebagai sesuatu yang ‘mendukacitakan’, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sepatutnya cadangan itu disambut baik bagi membolehkan rakyat mengetahui siapa yang sebenarnya berada di belakang parti-parti politik tanah air.

“Ketika Perdana Menteri dan UMNO yang sering pembangkang cerca bersedia berbuat demikian bagi menunjukkan ketelusan, tiba-tiba mereka pula yang tidak bersetuju. Adakah mereka takut atau mahu menyembunyikan sesuatu di sebalik dakwaan kononnya UMNO ini menyimpang?.

“Mereka tidak sepatutnya takut kerana ini boleh dianggap sebagai satu manifestasi kepada ketelusan, amanah dan keyakinan rakyat terhadap parti seperti didokong UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Apabila mereka tidak menyokong, maka pelbagai persoalan akan timbul,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Baling di Dewan Tun Razak di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Ketua Pemudanya, Mohd. Noor Mohd. Amin serta Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mendedahkan, beliau pernah mengemukakan cadangan supaya soal dana politik dibuat secara lebih telus dan terbuka tetapi tidak dipersetujui DAP.

Asyraf Wajdi menambah, perkara seperti itu membuktikan betapa kata-kata pembangkang serta segala tuduhan yang dilemparkan tidak boleh diterima bulat-bulat oleh rakyat dan ahli UMNO sendiri sehingga menyebabkan mereka hilang keyakinan terhadap pemimpin.

“Dalam Islam sendiri apabila seseorang itu membuat tuduhan, maka dia perlu mendatangkan bukti. Mana boleh hanya kerana kita bencikan seseorang, maka kita tuduh individu itu melakukan pelbagai kesalahan sekali gus memporak-porandakan keadaan.

“Kita ada undang-undang dan bukannya mengamalkan peraturan rimba. Bagi setiap pertuduhan dilemparkan, kini semuanya berada dalam siasatan pihak berkuasa. Jadi kita tunggu hasil siasatan dan jangan bertindak menjatuhkan orang lain melalui cara yang membelakangkan agama,” ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Ogos 02, 2015

Aziz Kaprawi: Serpihan sah milik Boeing 777?

Kelihatan beberapa pegawai penyiasat membawa serpihan bangkai pesawat yang dijumpai di persisiran pantai Pulau La Reunion.

Serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi disahkan sebagai salah satu dari bahagian pesawat jenis Boeing 777.

Namun Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi yang mengesahkan perkara itu berkata, bahagian sayap atau ‘flaperon’ itu belum dipastikan milik pesawat MAS, MH370 yang hilang pada Mac 2014.

“Ya, MAS memberitahu saya bahagian sayap yang menunjukkan nombor itu adalah Boeing 777 tapi tak bermakna itu milik MH370. Ia sahkan sayap itu milik (Boeing) 777,” katanya yang dipetik dari laporan The Star.

Pasukan penyiasat dari Malaysia dijangka tiba esok untuk siasatan lanjut.

“Mereka mahu ke lokasi penemuan serpihan itu. Selain itu, mereka juga akan memeriksa beg-beg yang ditemui di pulau dan membuat siasatan di sekitar pulau,” katanya.

Sayap yang ditemui Khamis semalam itu dijangka akan disiasat oleh penyiasat dari Malaysia dan Perancis di makmal yang diiktiraf di Toulouse.

Sementara itu, Pintu pesawat pula ditemukan!

Pintu pesawat ditemukan di Pulau Reunion, selang beberapa hari selepas penduduk tempatan menemukan serpihan sayap pesawat yang dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Lautan Hindi pada Mac tahun lalu.

Menurut laporan portal Sky News yang memetik kenyataan sumber, pintu terbabit ditemukan di lokasi berbeza daripada penemuan serpihan flaperon yang telah dihantar ke Perancis untuk dianalisis.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pintu pesawat itu merupakan milik pesawat MH370.

Suara Politik
Belantan

MH370: Kod BB670 mungkin boleh rungkai misteri?


Kod BB670 yang dikenal pasti pada serpihan pesawat yang dijumpai Pulau La Reunion di Lautan Hindi mungkin merungkai misteri kehilangan pesawat MAS MH370.

Penganalisis kejuruteraan penerbangan, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata, melihat kepada data ping yang dianalisis sebelum ini kemungkinan serpihan itu milik pesawat MAS yang hilang setahun lalu itu adalah tinggi.

“Setakat ini munasabah untuk kita katakan mungkin ia milik MH370 berdasarkan statistik data ping yang dikesan sebelum ini pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.

“Jawapan itu boleh dirungkai oleh pihak MAS dan Boeing apabila terdapat kod BB670 pada serpihan itu. Komponen kapal terbang itu unik kerana setiapnya akan ada kod masing-masing, jadi saya yakin melalui kod itu dapat dikenal pasti serpihan itu milik siapa,” katanya disini semalam.

Ahmad Shamsuri berkata, bahagian sayap pesawat adalah ringan, tidak mustahil serpihan itu terapung sehingga ke bahagian barat lautan Hindi.

“Keadaan ombak dan angin yang kuat di Lautan Hindi sudah pasti mampu membawa serpihan itu ke mana sahaja.

“Serpihan itu juga dikatakan telah diliputi cengkerang, keadaan itu mungkin kerana ia telah berada lama di dalam air, apatah lagi dalam tempoh setahun lebih,” katanya.

Beliau percaya pengesahan dalam masa terdekat mampu dibuat pihak berkuasa yang terlibat berdasarkan kod rujukan yang ditemui itu.

Ditanya apakah langkah seterusnya boleh dilakukan oleh pasukan pencari ketika ini, beliau berkata, pihak berkuasa yang terlibat perlu melakukan analisa data yang ada melalui aplikasi komputer bagi membolehkan pencarian baru dilakukan.

“Pihak berkenaan perlu mengambil kira kelajuan angin dan ombak di kawasan berkenaan serta data-data daripada statistik sebelum ini bagi mendapatkan jawapan terkini.

“Apabila sudah dikenal pasti, carian perlu dilakukan di kawasan pulau-pulau berhampiran kerana kemungkinan akan ada lagi serpihan yang terdampar di pantai,” katanya.

Menurut Ahmad Shamsuri lagi, sekiranya pengesahan menunjukkan serpihan itu milik MH370, sudah pasti sedikit sebanyak meleraikan belenggu ahli keluarga yang terlibat.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Ogos 01, 2015

MH370: Botol plastik produk China, Indonesia terdampar di Pulau Reunion?


Botol plastik air minuman dari China dan cecair pencuci dari Indonesia ditemui terdampar di kawasan pantai Pulau Reunion di mana serpihan sayap dipercayai daripada pesawat Boeing 777 ditemui kelmarin.

Botol berkenaan ditemui hanya beberapa jam selepas serpihan sayap bersaiz dua meter panjang dan sebuah beg pakaian yang rosak ditemui terdampar di pulau kecil di Lautan Hindi itu.

Laporan penemuan botol plastik berkenaan di pulau itu mencetuskan spekulasi bahawa ia datang daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak lebih setahun lalu di selatan Lautan Hindi.

Terdapat 153 penumpang warga China dalam penerbangan itu apabila ia hilang Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Bagaimanapun, media Perancis, Linfo.re menolak teori itu dengan menyatakan botol berkenaan mungkin daripada kapal kargo negara Asia yang lalu hampir dengan pulau itu. - Agensi

Suara Politik
Belantan