Khamis, Ogos 13, 2015

Banyak jasa Pas kepada saya, luah Mat Sabu?


"Saya nampak jasa Pas lebih banyak daripada jasa saya pada Pas, itu saya terima kasih," demikian luahan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), Mohammad Sabu ketika diajukan mengenai kenangan beliau bersama Pas.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu turut mengakui meninggalkan Pas bukan satu keputusan yang mudah dalam hidupnya.

"Bagi saya Pas tinggalkan saya satu perjuangan yang besar... tetapi saya perlukan platform baharu untuk melakukan lonjakan baharu, sebab kita banyak ketinggalan dengan cara sekarang," katanya dalam satu wawancara khas disini.

Sementara itu ketika ditanya adakah Pas tidak menyediakan platform seperti yang beliau kehendaki, Mat Sabu berkata, ruang itu tidak wujud.

"Saya nampak tidak boleh, saya nampak pelantikan Majlis Syura tidak ke arah untuk membuat pembaharuan," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai masa depan Harapan Baru dalam arena politik tanah air, Mat Sabu yakin Harapan Baru akan menjadi satu parti yang kuat.

"Saya yakin seyakin-yakinnya," ujarnya.

Harapan Baru yang dilancarkan pada 13 Julai lalu dilihat bakal mewarnai kancah politik di negara ini.

Malahan, pertubuhan ini dikatakan mahu menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: