Selasa, April 30, 2013

#PRU13 : Sikap Rafizi berdiam diri dipersoal?



Tindakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang terus berdiam diri berhubung dakwaan beliau seorang gay yang tersebar baru-baru ini, menimbulkan tanda tanya.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah berkata, sehingga hari ini, Rafizi tidak mengambil sebarang tindakan sedangkan tuduhan tersebut serius dan mampu menggugat kedudukan beliau sebagai ahli politik.

"Adakah ini percaturan politik yang dibuat-buat untuk menarik perhatian umum? Adakah beliau tidak kisah diperlakukan sebegitu?

"Rakyat berhak mengetahui apa yang sedang berlaku, jadi saya menggesa beliau bertindak segera tanpa perlu menuduh yang bukan-bukan kepada pihak yang tidak bersalah," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.


Sebelum ini, Rafizi digesa membuat laporan polis berhubung risalah yang mendakwa beliau seorang gay seperti yang tersebar di sekitar kawasan Parlimen Pandan dekat sini selain menerusi blog.

Sehubungan itu, ahli jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Pandan, Ng Lum Yong mendesak Rafizi membuat laporan polis segera selain mengingatkannya tidak mengaitkan BN Bahagian Pandan dengan penyebaran risalah tersebut atau berdepan tindakan undang-undang.

Mengulas lanjut, Azwandin berkata, sekiranya Rafizi tidak bertindak membawa kes itu kepada pihak berkuasa, JMM tidak teragak-agak melaporkan kes tersebut kepada polis.

Suara Politik
Belantan

PRU -13 : Mustafa Ali 'tidak muncul' di Masjid Rusila untuk sumpah laknat?


Usaha para wartawan bergegas ke Masjid Rusila dekat sini, bagi membuat liputan mengenai Datuk Mustafa Ali yang dikatakan bersedia bersumpah laknat sebaik sahaja selesai solat Jumaat di masjid itu sebelum ini, ternyata sia-sia.

Setiausaha Agung Pas itu bukan hanya tidak melakukan sumpah laknat seperti diuar-uarkan, malah kelibatnya juga langsung tidak kelihatan sehingga selesai solat Jumaat.

Desas-desus Mustafa mahu membuat sumpah laknat itu tersebar luas menerusi laman blog propembangkang sejak semalam, menyebabkan sebahagian besar wartawan menunggu beliau di masjid tersebut sejak awal pagi Jumaat yang lalu.

Mustafa dikatakan akan membuat sumpah laknat itu berhubung penyebaran rakaman video seks seorang lelaki yang miripnya baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja selesai solat Jumaat dan sehingga pukul 2 petang selepas sebahagian besar jemaah mula meninggalkan masjid itu, kelibat Mustafa langsung tidak kelihatan.

Malah, para wartawan yang setia menunggu juga dimaklumkan oleh penyokong Pas mereka tidak mengetahui mengenai upacara sumpah laknat seperti disebarkan menerusi internet itu.

Antara blog yang menyiarkan mengenai maklumat itu ialah http://azmykelanajaya.blogspot.com menerusi entri bertajuk '#PRU13 : Sah Mustapha Ali Sumpah Laknat Di Masjid Rusila Esok !!'

Pelaku yang dikatakan mirip Mustafa Ali

Blog itu antara lain menyebut: "Khabar gembira buat penyokong Pas dan menurut sumber dalaman, esok (Jumaat, 26 April) selepas solat Jumaat, Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas, akan mengadakan upacara sumpah laknat di Masjid Rusila!!

"Ini berikutan tekanan yang terlalu kuat datang dari pelbagai sudut yang inginkan penjelasan konkrit, bukan memberi 1001 alasan seperti Anwar bin Hj Ibrahim.

"Alasan, bukan seperti perut saya..bukan seperti saya.. mirip saya.. fitnah.. kerja jahat UMNO," ini semua alasan karut kata sumber !

"Insya-Allah selepas solat Jumaat esok kita tunggu.. aakj dan team sudah d Terengganu..sabar ye..kita mohon agar beliau tenang semasa bersumpah !!"

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan penyebaran meluas rakaman video seks lelaki yang mirip Mustafa menerusi laman blog serta dalam bentuk video cakera padat (VCD) di beberapa kawasan di sekitar negeri ini.

Berikutan penyebaran video itu, Mustafa menerima tekanan banyak pihak supaya segera membuat laporan polis bagi membuktikan dirinya tidak terbabit dalam video tersebut namun beliau sehingga kini belum membuat laporan tersebut.

Suara Politik
Belantan

#PRU13 : Anwar Ibrahim tidak serik menipu?


Anwar Ibrahim terdesak sampai menipu dalam blog beliau tentang kajiselidik siapa yang layak jadi PM. Laman web rasmi Anwar menggunakan “hardcoded numbers” untuk menunjukkan beliau lebih mendapat sokongan.


Tidak hairanlah semakin ramai meninggalkan Anwar kerana terlalu kerap menipu. Kenapa NGO PRU seperti Pemantau tidak pantau kegiatan menipu di laman web rasmi Anwar Ibrahim?

Patutlah Anwar enggan tandatangani Election Integrity Pledge – beliau memang mahu gunakan taktik kotor & hina untuk menipu rakyat. Menipu serta memanipulasi data memang cara PR cuba memenangi persepsi di dunia maya.

Suara Politik
Belantan


Isnin, April 29, 2013

Lahad Datu : Tian Chua gila meroyan apabila Zahid Tidak Sebut Nama...?


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menyebut sebarang nama berkaitan dengan insiden Lahad Datu, namun Tian Chua tampil dengan kenyataan yang emosi.

“Beliau (Zahid) secara jelasnya memperolokkan soal keselamatan negara semata-mata untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 ini.

“Kenyataan beliau merupakan sebuah kenyataan dan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berbahaya.

“Beliau memalukan nama negara di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam hubungan Malaysia dan Filipina kerana menunjukkan bahawa beliau Menteri Pertahanan yang tidak profesional dan tidak cekap dalam melaksanakan tugasnya,” kata Tian Chua dilaporkan FMT.

Malah, lebih lucu lagi, Tian Chua mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid, jika tidak ambil tindakan, katanya Najib juga kononnya turut memperolok-olokkan keselamatan negara.

Ahmad Zahid dalam kenyataan yang dilaporkan Bernama semalam berkata Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.


Menurut beliau, segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.

“Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Setakat ini, rakan Semenanjung bersama Tian Chua, Sivarasa Rasiah tidak memberi apa-apa reaksi, namun calon PKR di Penampang, Sabah, Ignatius Dorrel Leiking dalam ceramahnya malam tadi sudah membayangkan beliau adalah seorang daripada tiga pemimpin pembangkang yang dimaksudkan itu.

“Saya telah mendengar tentang (tuduhan) ini sebelum pembubaran Parlimen… Mereka tidak sebut nama, tetapi kita tahu bahawa salah seorang daripada tiga orang itu sepatutnya saya.

“Jadi, jika (Pakatan Rakyat) tidak membentuk kerajaan persekutuan dan kalah di Penampang, maka anda lihat saya masuk lokap …

“Apa juga yang mereka mungkin lakukan, anda akan tetap di sini dan saya harap doa anda akan membantu kami,” katanya dilaporkan Malaysiakini

Darrel Leiking, Timbalan Setiausaha Agung PKR bersama Tian Chua, Naib Presiden PKR dan R Sivarasa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR adalah tiga individu yang diutuskan parti ke Manila pada 7 Februari, 2 hari sebelum bermulanya pencerobohan pengganas Kiram ke Lahad Datu.- aidc

Suara Politik
Belantan

Isu Pencerobohan Lahad Datu : Giliran Anwar Tidak Dapat Tidur Lena..?


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan Bernama kelmarin berkata Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Menurut beliau, segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.

“Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.


Beliau berkata, pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik, maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13.

“Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.

“Bila akan diserahkan… tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicapkan sandiwara politik Umno,” katanya.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilaporkan Antarapos pada 21 April mendakwa pihak Barisan Nasional (BN) mempunyai rakaman perbualan telefon antara beliau dan ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Bercakap dalam ceramah di Bagan Serai, Anwar mendakwa BN akan mengeluarkan rakaman perbualannya dalam masa terdekat berkaitan dengan perbincangan untuk membekalkan kelengkapan senjata termasuk bom tangan kepada kumpulan pengganas di Filipina tersebut.


Media antarabangsa Reuters pada Februari melaporkan kehadiran penceroboh ke Sabah atas jemputan pemimpin pembangkang bagi membincangkan isu tuntutan tanah, selain menuntut janji untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan.

“Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin defacto pakatan pembangkang mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan Kesultanan Sulu,” dakwa Al Jacinto yang merupakan koresponden The Manila Times.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah berjumpa dengan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari di Jakarta pada 16 Julai 2012, dan 4 Ogos tahun yang sama di Manila.

Perjumpaan tersebut berlangsung enam bulan sebelum serangan tentera bersenjata Sulu ke atas Lahad Datu. Sepanjang insiden itu, Nur Misuari menyatakan sokongan terhadap tuntutan Kiram terhadap Sabah.

Suara Politik
Belantan

Hasan Ali: Dedah surat Qardawi, langkah terdesak Anwar?


Pendedahan surat kononnya tokoh ulama Islam Prof Dr Yusuf Al-Qardawi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri dilihat sebagai langkah terdesak ketua pembangkang itu untuk membentuk persepsi masyarakat.

Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pengeluaran dan penyebaran surat yang belum dapat disahihkan keasliannya mempamerkan opsyen terakhir Anwar untuk melonjakkan sokongan kepadanya dengan menggunakan pengaruh yang ada pada Pengerusi Lembaga Amanah, Institusi Antarabangsa Al-Quds itu.

"Apa yang telah dilakukan sehingga munculnya surat yang kononnya membuat pengisytiharan terbuka mengiktiraf Anwar sebagai manusia paling layak menerajui Malaysia sangat sukar diterima.

"Mana mungkin seseorang yang berada lebih 10,000 kilometer (dari negara ini) dan tidak pernah bergelumang dalam kancah kehidupan masyarakat di Malaysia apalagi dalam arena politik yang begitu pelbagai Dapat membuat suatu rumusan bagi pihak 27 juta rakyat negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Pada Jumaat lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan risalah yang didakwa mengandungi surat terbuka dari Al-Qardawi yang menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri.

Hasan, yang juga bekas pesuruhjaya Pas Selangor, bertanya bagaimana seorang pemikir di negara ini mampu mengeluarkan surat memperakui seorang pemimpin di negara luar dan apakah rakyat negara itu mampu juga menerima dan mengakui kesahihan surat berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata keputusan Majlis Syura Pas pada Februari lepas juga jelas menolak Anwar sebagai perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan pusat.

Beliau yakin rakyat di negara ini lebih mengenali Anwar berbanding pemimpin negara luar.

Suara Politik
Belantan

Lahad Datu: Sambung tempur selepas PRU13?


Kumpulan pengganas Sulu mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meredakan pertempuran di Sabah sebagai 'langkah sementara' kerana tidak mahu menyinggung perasaan penduduk bangsa Suluk menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Media Philippines Daily melaporkan sebagai memetik jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani berkata, bagaimanapun kumpulan itu percayai pertempuran akan bersambung semula selepas PRU13.

Menurutnya, pertempuran akan disambung semula selepas kira-kira 1,000 ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) tiba di Sabah untuk mengukuhkan kuasa kesultanan di Lahad Datu.

“Pada masa ini, rakyat Malaysia sibuk dengan pilihan raya dan mereka tidak mahu mengganggu Sabah di mana terdapat lebih daripada 600,000 bangsa Suluk berdaftar sebagai pengundi,” katanya.


Idjirani berkata, bangsa Suluk di Sabah telah memelihara hubungan baik dan kuat dengan orang-orang Sulu.

“Datuk Seri Najib (Razak) takut menyinggung perasaan mereka kerana ia adalah undi penting buat beliau,” katanya.

Idjirani menambah, Komander Sulu di Lahad Datu, Agbimuddin Kiram mengesahkan, kehadiran pejuang MNLF pada kali ini lengkap membawa senjata seperti anti-kereta kebal dan bergerak secara bersembunyi bagi mengelakkan dikesan pasukan keselamatan Malaysia.

“Mereka mengambil kedudukan dari Kampung Tanduo dan Tanjung Batu,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Rahimi Osman Dedah Rahsia Terbaru Anwar Ibrahim #GE13 #PRU13



Suara Politik
Belantan

PRU-13: Panasss..!!! Anwar berak kapur - 1,200 ahli PKR Permatang Pauh keluar parti?


PERMATANG PAUH - Kira-kira 1,200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kawasan Parlimen Permatang Pauh mengisytiharkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).


Cabang PKR 'bakal tutup' kedai dan Anwar sedang memikirkan TALIAN HAYAT sekarang..!!!

Suara Politik
Belantan

Ahad, April 28, 2013

PRU-13: Nik Aziz@Pok Nik diminta supaya bersara, terima hakikat sudah tua - Dr. M!

TUN Dr. Mahathir Mohamad bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri Majlis Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Tok Him, Bunut Susu Tendong, Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat@Pok Nik diminta supaya bersara dan menerima hakikat bahawa beliau sudah tua serta tidak mampu lagi mentadbir.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Menteri Besar Kelantan itu sewajarnya memberi peluang kepada golongan muda untuk menggantikannya.

Beliau berkata, keadaan Nik Abdul Aziz yang selalu uzur dan sering dimasukkan ke hospital membuktikannya tidak mampu lagi untuk menjalankan tugas selaku ketua kerajaan negeri.


"Saya bersara pada usia 76 tahun untuk memberi peluang kepada golongan muda. Kita sudah tua bersaralah, Jangan sampai dah kena usung masih tak mahu berhenti dan hendak jadi Menteri Besar sampai bila-bila.

"Peganglah kepada kebenaran yang awak tidak mampu mentadbir lagi. Berilah peluang kepada orang lain, Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir dengan lebih baik untuk rakyat negeri ini," katanya berucap pada Majlis Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Tok Him di sini hari ini.-UMO

Suara Politik
Belantan

PRU -13 : Siapa Husam untuk rampas Putrajaya, soal Mahathir?


“Tarikh 5 Mei pastikan calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa dikalahkan habis-habisan.'

"Lagipun, apakah sumbangan Husam dan (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) kepada Putrajaya? Kita bina dengan sempurna tiba-tiba datang nak tawan,” demikianlah ingatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed kepada pengundi di sini.

Menurut Dr Mahathir, rakyat dan pengundi di Putrajaya tidak boleh mempercayai individu dan pakatan seperti ini sepatutnya beliau (Husam) pulang ke Kelantan dan perbetulkan negerinya terlebih dahulu sebelum dia berangan-angan ingin merampas kota pentadbiran negara, Putrajaya.

“Saya datang ke sini kerana pernah bekerja di sini (Putrajaya) sebagai Perdana Menteri. Saya datang malam ini sebab saya ingin berusaha bersungguh-sungguh supaya Putrajaya ini tidak terlepas ke tangan orang yang tidak layak.

“Nak jaga dan tadbir Kelantan pun tidak tahu. Kelantan itu tempat kamu betulkan dulu tempat kamu, tirulah presint-presint di Putrajaya dahulu , bina pejabat dan rumah-rumah yang sempurna untuk rakyat dan penjawat awam di sana dahulu, bila dah berjaya buktikan bolehlah minta diberi peluang untuk bekerja di sini tetapi bukanlah sebagai Perdana Menteri, “ katanya ketika menyampaikan Ceramah Umum dan Ramah Mesra bertajuk ‘Pertahankan Putrajaya’, malam tadi.

Sementara itu, Dr Mahathir tegas menyatakan relevan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) menempatkan Naib Presiden Pas itu di Putrajaya kerana menjangkakan beliau akan bertading di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

“Husam ini datang ke Putrajaya kerana mereka percaya saya akan bertanding di sini. Tetapi seluruh dunia dah tahu saya telah bersara dan tidak pernah berniat untuk bertanding semula walau dengan sesiapa pun.

“Husam juga pernah tawarkan diri untuk berdebat dengan saya, orang seperti ini bukannya tahu untuk berdebat yang dia tahu hanya membuat bising. Dan kalau dia salah pun tidak akan mengaku," katanya.


Dalam perkembangan sama, Mahathir turut mempertikaikan siapa Husam sekitanya dibandingkan dirinya yang jauh lebih berusia dan berpengalaman.

“Kalau banding umur saya dan umurnya, dia masih budak-budak. Pergilah berdebat dengan kawan-kawan yang sebaya dengan kau, tak usahlah nak cabar-cabar orang,” katanya.

Dr Mahathir turut menempelak dakwaan yang dikeluarkan pakatan pembangkang sebelum ini yang menyifatkan pembinaan Putrajaya sebagai pembaziran duit kerajaan dan meniru bangsa asing kerana wujud perkataan ‘presint’.

“Sebenarnya Putrajaya bukanlah satu pembaziran pembinaanya bertujuan menyediakan kemudahan untuk sebuah negara yang kian maju. Mereka juga pernah menyatakan untuk melelong Putrajaya.

“Saya dah belikan loceng untuk Nik Aziz supaya dia boleh duduk di hadapan masjid dan lelong, pada saya masjid di sini cukup sesuai untuk dijadikan pusat beli-belah. Tetapi sekarang mereka kata tidak mahu lelong Putrajaya sebab nak datang ke sini untuk dirikan kerajaan persekutan,” katanya.

Beliau berkata, sememangnya Putrajaya dibangunkan untuk mendirikan kerajaan tetapi bukan untuk Nik Aziz, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan sudah tentunya bukan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mereka tidak layak untuk berada di sini menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, Dr Mahathir beberapa kali mengingatkan pengundi dan rakyat di Putrajaya yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam memastikan Putrajaya kekal sebagai tempat di mana negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan yang cekap, bersih dan amanah.

Suara Politik
Belantan

Hisham: Polis, AG kaji ambil tindakan ke atas Husam!


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Datuk Husam Musa kerana mendakwa pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim adalah disebabkan kerajaan korup.

Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu.

Husam katanya, patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.

"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai kastam tersebut dengan rasuah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman di sini hari ini.


Husam dikatakan membuat kenyataan itu pada satu ceramah di Putrajaya semalam.

Shahahruddin, 58, meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas ditembak tiga kali dari jarak dekat di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 3 di Putrajaya semalam.

Serangan dilakukan oleh dua lelaki bermotosikal.

Hishammuddin mengingatkan pembangkang agar tidak mempolitikkan kejadian tersebut untuk meraih sokongan pengundi.

Pihak polis dan pejabat Peguam Negara katanya, sedang mengkaji kemungkinan mengambil tindakan terhadap Husam berikutan kenyataan tersebut.

Suara Politik
Belantan

PAS dalam PRU -13 : Demi Kuasa, PAS sudah jauh menyimpang...!!! Fokus Isu PRU13 Bukan Hudud?


Apa lagi yang PAS hendak perjuangkan? Mana perjuangan untuk menegakkan negara Islam! Apa pencapaian selama 5 tahun memerintah dengan konsep negara berkebajikan. Amat menyedihkan apabila semua pimpinan dan ahli Pas digesa agar tidak menyentuh dengan lebih lanjut berhubung perlaksanaan isu hudud jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah negara.

Sebaliknya, ahli parti perlu fokus dalam isu-isu pilihan raya termasuk dalam menerangkan kepada pengundi tentang manifesto PR.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ahli Pas terutama pimpinan utama perlu elak dari menyentuh isu-isu kontroversi dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) kerana ianya akan merugikan parti.


"Saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan agar memfokuskan kepada isu pilihan raya dari menyentuh isu hudud," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan jika PR mengambil alih Kerajaan Pusat walaupun DAP menentang keputusan tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pula enggan mengulas lanjut isu hudud dan masih berpegang kepada pendirian parti dalam manifesto PR.



"Biar Harun Din jawab. Saya masih berpegang kepada manifesto PR," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas, semalam.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yakin pelaksanaan hukum hudud akan direalisasikan sekiranya PR menang di Putrajaya pada PRU13.

Suara Politik
Belantan

Pok Nik ditipu hidup-hidup oleh PKR : Ulama tersohor iktiraf Anwar paling layak jadi PM?


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat@Pok Nik melancarkan surat terbuka Ketua Ijtihad Ulama Dunia, Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi yang mengiktiraf Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Anwar Ibrahim, sebagai layak memerintah Malaysia.

Pelancaran itu disempurnakan Nik Aziz pada majlis anjuran calon PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, di pekarangan Apartment Pantai Permai, semalam.

Di dalam surat tersebut, Yusuf disebut sebagai berkata Anwar paling layak menjadi perdana menteri.

Menurut surat itu, ulama itu berkata, berdasarkan sejarah, kebijaksanaan, kesabaran, kecekalan dan sokongan rakyat pelbagai kaum, Anwar layak memimpin negara ini.


“Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini, paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara yang cukup penting bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya dari semua sudut,” surat itu menyebut.

Sebelum ini, Perkasa mendakwa pihak pembangkang akan berusaha mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan menyebarkan kira-kira satu juta risalah, kononnya Anwar mendapat sokongan Yusuf untuk menjadi perdana menteri.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin berkata, pihaknya telah mendapat salinan risalah tersebut yang antara lain, mengandungi isi surat sokongan Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai palsu.

Suara Politik
Belantan

PRU -13 : Akibat nak tunjuk lagak ditempat orang, Jawi buat laporan polis terhadap Husam?


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengambil tindakan terhadap Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa yang didakwa membuat kenyataan memfitnah jabatan itu menerusi laman sosial.

Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata Husam dalam kenyataan menerusi Facebook 125 Putrajaya antara lain mendakwa Jawi bertindak memecat serta-merta anggota jawatankuasa (AJK) surau Abdul Rahman Auf di Presint 11, selepas AJK surau berkenaan membenarkan beliau berta'aruf dengan makmum surau, selepas solat Isyak pada 20 Apri1 lalu.

Bercakap pada sidang media di pejabat Jawi di sini, Che Mat Ali mengakui pihaknya ada memanggil AJK Surau berkenaan, namun menafikan dakwaan kononnya Jawi mengambil tindakan memecat AJK terbabit.


"Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan pegawai Jawi untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan Husam, di samping mengambil tindakan saman terhadap Naib Presiden Pas itu," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa semua surau perlu mematuhi arahan pekeliling Masjid/Surau 2011, yang jelas memaklumkan bahawa Majlis mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap kariah atau sesiapa sahaja yang menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan individu dan politik.

Che Mat berkata dalam perjumpaan beliau dengan AJK surau itu pada 24 April lalu, mereka hanya dinasihat, ditegur dan diingatkan mengenai peraturan berkenaan, sambil menambah ia penting dalam menjaga kesucian masjid dan surau.


Beliau berkata kehadiran Husam di surau berkenaan bukan atas jemputan sesiapa dan AJK surau itu juga tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Husam.

Menurutnya berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau dikenali sebagai Akta 505, sebagai setiausaha MAIWP, beliau diberi kuasa dan bertanggungjawab untuk memelihara kesucian rumah Allah.

Katanya mengikut Seksyen 97 Akta berkenaan, individu yang didapati mengajar perkara berkaitan agama Islam tanpa tauliah di mana-mana masjid, boleh didakwa dan jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun.

"Saya rayu semua yang cuba guna masjid atau surau di Wilayah Persekutuan ini, supaya tidak sewenang-wenangnya langgar akta ini demi menjaga keharmonian," katanya menambah sejak Dewan Rakyat dibubarkan, terdapat pihak yang cuba membawa agenda politik mereka ke dalam masjid.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, April 27, 2013

PRU -13 : Tabiat seks punca saya tinggalkan Anwar – Dr. Chandra?


KUALA LUMPUR 26 April – Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2001 adalah kerana kecewa dengan tabiat seks Ketua Pembangkang itu.

Dedahnya, walaupun pernah bangkit mempertahankan Anwar atas dakwaan liwat kali pertama pada 1997 tetapi, kepercayaan beliau lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan bahawa pihak Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar.


“Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana pihak perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar seorang homoseksual,” katanya. -UMO

Suara Politik
Belantan

PRU -13 : Anwar Tolak Hudud?


Di sebalik perbalahan berterusan Pas dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang buat masa ini.

Menurut Anwar, undang-undang syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.

Katanya, walaupun Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP.

Ini kerana, katanya, keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai melalui konsensus ketiga-tiga parti, dasar bersama dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, pakatan pembangkang memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.


“kita menghormati hak (Pas) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetap pendirian kami adalah jelas, tanpa ragu ragu, sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (Pakatan Pembangkang) dan Penentangan DAP boleh dihormati dan diambik kira,” katanya.

Anwar berkata demikian pada siding ahkbar selepas mempengurusikan mesyuarat pakatan Pembangkang di ibu pejabat Pas di sini pada 28 september 2011 seperti dipetik dalam video siaran blog propembangkang http://suarapakatanrakyat.com hari ini.

Video tersebut boleh ditonton di dalam entri bertajuk hudud: Mufti kedah elok diam, jauhkan diri dari politik.

Ia disiarkan berikutan ketidakpuasn hati pengendali blog itu terhadap kenyataan tegas mufti kedah, Datuk Shiekh Muhamad Baderudin Ahmad yg meminta pengerusi DAP, Karpal Singh menghentikan segala kritikan berkaitan agama islam kerana tindakan karpal menentang hudud di lihat tidak menghormati sensitivity umat islam.

Menurut pengendali blog berkenaan, Sheikh Muhamad tidak sepatutnya masuk campur dalam soal politik yang hanya layak didebatkan oleh orng politik sahaja dan bukan pegawai kerajaan biasa yg ‘makan gaji’ seperti beliau

Perbalahan di antara Pas dan DAP dalam isu hudud muncul kembali apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam satu debat baru baru ini mendakwa karpal Sedia berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud namun pekara itu segera dinafikan oleh karpal.

Sementara itu, dalam entri sama, blog berkenaan turut memaparkan video sidang akhbar setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng berkenaan isu hudud tanpa menyatakan tarikh serta tempat siding akhbar itu berlansung.

Kata Guan Eng, isu hudud tidak timbul kini kerana ai bukan merupakan sebahagian daripada dasar yang dipersetujui pakatan Pembangkang.

“jika nak dilaksanakan sesuatu seperti hudud, sekiranya munkin kalau PKR atau Pas setuju tapi DAP tidak bersetuju, ia tidak boleh dilaksanakan dalam pakatan rakyat. Ia mesti dibincangkan dahulu sehingga ketiga tiga pihak bersetuju,” Tegasnya..

Suara Politik
Belantan

PRU -13 : Karpal desak Anwar nyata pendirian tentang hudud, negara lslam?





Rasanya tak payahlah Karpal Singh nak tunggu pengakuan dari Anwar? Sebenarnya Anwar dari dahulu lagi sudah menolak negara Islam! Bak kata pepatah, sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula! Kedua-dua video diatas ada jawapannya dan Karpal sebenarnya pun sudah tahu, cuma mahukan pengesahan sahaja?

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendesak Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas, sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Sebagai calon "perdana menteri" pakatan pembangkang, Anwar perlu menyatakan pendiriannya mengenai isu kontroversi dan kritikal itu, katanya.

Katanya hasrat pemimpin Pas untuk melaksanakan hudud dan konsep negara Islam telah menjejaskan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang dan mengakui dua isu itu akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).


"Beliau (Anwar) perlu nyatakan pendiriannya. Saya fikir rakyat mahu mendengarnya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) (Lim) Guan Eng telah menyatakan pendirian parti, mereka tidak sokong hudud, mereka tidak sokong negara Islam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Karpal berkata beliau menyatakan pendirian DAP berhubung isu itu bukan sahaja sebagai pendirian peribadinya tetapi juga bagi pihak parti.

Baru-baru ini, Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara kelak.

Bagaimanapun kenyataan itu disanggah oleh Karpal yang berkata DAP tetap menentang pembentukan negara Islam yang mengamalkan undang-undang hudud.

Suara Politik
Belantan

PRU -13 : PAS PATUT HENTI JAJA HUDUD KEPADA MELAYU - DR ASRI


PAS harus berhenti daripada berjanji melaksanakan hudud kerana jelas parti itu tidak akan mampu berbuat demikian walaupun jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Jika sekiranya PAS menang semua kerusi pun, PAS tidak boleh buat hudud ini, ianya tidak cukup. Hudud ini bukan keutamaan sebenarnya seperti yang turut disebut oleh beberapa pemimpin PAS," katanya kepada AntaraPos.

"Jadi PAS dan DAP telah terperangkap dalam membincangkan perkara yang bukan keutamaan, termasuk jugalah PKR. Itu menunjukkan tidak cukup kebijaksanaan mereka di dalam berpolitik pada musim pilihan raya ini,” tambah Asri.

"Benda yang mereka bincang ini ialah benda yang mereka tidak boleh buat, kalau BN menang pun tidak akan buat hudud dan kalau Pakatan Rakyat menang pun tidak akan buat hudud, itu adalah realitinya," katanya.

Asri memuji Barisan Nasional yang dilihat lebih arif bersabit hukum hudud.

"UMNO tidak akan bincang perkara yang dia tidak boleh buat tetapi tiba-tiba Pakatan Rakyat ini pergi mencadangkan benda yang dia tidak boleh buat, itu bezanya BN dan Pakatan Rakyat," katanya.


Semalam Pengerusi DAP Karpal Singh dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR menolak undang-undang hudud PAS sebagai bercanggah dengan perlembangaan negara dan akan mencetuskan huru hara jika dilaksanakan.

Mereka berkata demikian setelah Timbalan Mursyidul PAS Datuk Haron Din sekali lagi memberi ketetapan PAS akan memperkenalkan undang-undang itu jika pembangkang mengambil alih Putrajaya.

Asri membayangkan PAS silap langkah dengan menjadikan isu hudud sebagai modal untuk menarik undi Melayu.

“PAS ini kita lihat kekurangan modal. Selama ini UMNO tidak pernah menggunakan isu hudud tetapi dia dapat meraih sokongan orang Melayu tetapi kenapa tiba-tiba PAS (fikir) hanya dengan hudud sahaja boleh meraih undi orang Melayu?” kata beliau.

Asri berkata sepatutnya PAS menawarkan rancangan holistik untuk pembangunan ummah yang pastinya akan lebih menarik kepada pengundi Melayu, namun memilih untuk memfokus kepada hudud sahaja.

"PAS boleh mencadangkan dengan buat perkara umpamanya pembangunan pengurusan zakat yang bagus, jadi masyarakat berkasih sayang yang baik dan patutnya ada modul yang PAS rancangkan dan bantuan untuk orang ramai yang lebih baik daripada yang ada sekarang.

"Keadilan sosial di seluruh peringkat nasional dan bawah dan banyak perkara lagi yang PAS boleh wujudkan bagaimana hendak dikembangkan tetapi dia tidak cakap macam itu, dia cakap hudud saja.

"Kalau PAS cakap bagaimana hendak memulihkan remaja agar kembali kepada syariat Islam dan kembali kepada akhlak yang baik pun sudah ramai orang boleh suka kalau dia benar- benar ada satu program yang dia boleh buat untuk rakyat daripada dia sebut mengenai undang-undang yang payah tentang hukuman," katanya.

Asri turut menasihatkan agar PAS tidak berdegil mempertahankan sesuatu yang mereka sendiri tidak boleh melaksanakan.

"PAS ini dia pilih benda sendiri yang keras dan menjadikan dia kelihatan keras oleh semua pihak. Dia dilihat sebuah kelompok yang konservatif macam mana gerakan Islam 80 an yang tidak mahu berubah padahal dia patut cakap banyak perkara," katanya.

Suara Politik
Belantan

PRU -13 : Ratnam 'belaan' Husam Juling mahu betulkan akidah Melayu UMNO?


Calon Pas Parlimen Putrajaya, Husam Musa ‘mengizinkan’ seorang penceramah bukan Islam melaungkan kalimah suci Bismillah dan bercakap mengenai hudud Pas dalam satu ceramah di sini malam tadi.

Penceramah yang memperkenalkan diri sebagai Raja Ratnam itu diimport dari Kelantan dan mendakwa dia beragama Hindu.

Dia mendakwa lebih memahami Islam berbanding orang Melayu di dalam UMNO, justeru dia terpanggil untuk berceramah kerana mahu membetulkan akidah orang UMNO.

Lebih dikesalkan apabila penceramah itu menyentuh mengenai kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Batu Caves yang menurutnya mempunyai patung lebih besar daripada Dewa Murugan sambil berkata: ‘‘Silap hari bulan orang Hindu ingat itulah tuhannya yang bernama Najib ."

Pada masa yang sama, penceramah itu dilihat cuba mempermain-mainkan kalimah suci, Bismillah dalam ceramah di Presint 18 Fasa R12 itu sambil mendapat sorakan daripada para hadirin yang rata-ratanya merupakan penyokong Pas..!

Dalam DAP mereka menerima hudud, ini orang bukan Islam dan kafir, tetapi parti UMNO tidak terima hudud, yang Melayu UMNO sembahyang lima waktu apanya?



Terpanggillah saya berceramah hari ini untuk betulkan akidah orang Melayu dalam UMNO, saya hendak sebut kalau salah tolong betulkan, Auzubillah himinaz syaitan nirajim bismillahirahmanirahim apa maksudnya? Faham ke tak faham?

Saya kafir tapi saya faham Islam lebih baik daripada Melayu UMNO," katanya. di hadapan hadirin termasuk Husam.

Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam menegaskan tidak akan melaksanakan hudud di negara ini kerana bertentangan dengan Perlembagaan yang tidak menunjukkan Malaysia negara Islam.

Nada yang sama turut disuarakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang menegaskan bahawa undang-undang itu tidak akan dilaksanakan di Selangor.




Raja Ratnam yang menerima sorakan kuat hadirin sejurus menyebut kalimah itu turut membaca terjemahan kalimah Bismillah dengan menyebut: “Ya Allah selamatkanlah aku daripada godaan syaitan dan pandulah aku ke jalan yang benar, begitulah maksudnya,"

Dalam pada itu, dia turut menuduh BN parti rasis dan mengabaikan masyarakat India dan Cina selepas berkuasa.

Bila mana orang Melayu bagi sokongan penuh dan padu kepada UMNO terus dia lupa kepada India dan Cina, bila orang Melayu beralih sokongan kepada pakatan rakyat baru dia nampak yang ‘gelap’, sebelum ini dia tak nampak yang gelap.

Dia ( Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ) pergi Batu Caves yang punya ‘patung’ lebih besar daripada Dewa Murugan, silap hari bulan orang Hindu ingat itu lah tuhannya yang bernama Najib," katanya.

Shahidana
Belantan

Jumaat, April 26, 2013

PRU -13 : Nik Aziz@Pok Nik elok bersara daripada politik!


Keletihan dan pembatalan program di Johor, Ahad lalu adalah satu lagi bukti fizikal bahawa masa untuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat@Pok Nik bersara sudah sampai. Walaupun Pok Nik mengisytiharkan akan terus berpolitik dan memimpin PAS Kelantan, hakikatnya ialah badannya sudah tidak larat. Setiap tahun, beliau beberapa kali masuk-keluar hospital. Doktor suruh beliau berehat.

Selain keuzuran, Nik Aziz juga ada penyakit lain. Mata kurang nampak, telinga pun kurang mendengar. Beliau berjalan pakai tongkat, selalu juga kena pimpin supaya tidak terjatuh. Di Batu Pahat, beliau terpaksa didukung sejauh 100 meter untuk menghadiri satu majlis kerana tak larat berjalan.

Nik Aziz keturunan Raja Jembal. Bapanya ialah Raja Mohammad II atau dipanggil Nik Mat Alim Raja Banjar dan pengasas Sekolah Agama Darul Anwar. Ibunya, Raja Tijah, juga keturunan aristokrat. Pok Nik sendiri belajar daripada Tok Kenali di Kubang Kerian dan Tok Guru Abbas di Besut, seterusnya ke India, Pakistan dan Mesir.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, beliau mempertahan DUN Cempaka untuk penggal keenam. Beliau kalahkan empat Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang berbeza dalam pilihan raya. Ini satu rekod politik yang sukar ditandingi. Antara keunikan beliau sebagai pemimpin ialah mengajar di kawasan terbuka di Kota Bharu setiap Jumaat. Nik Aziz memiliki ilmu mantik yang hebat, justeru dapat mematahkan hujah lawan dengan analogi mudah.

Pentadbiran Tok Guru lemah

Pok Nik juga tokoh PAS paling kontroversi. Banyak dipertikai orang ramai ialah tafsiran al-Quran dan kenyataannya berhubung pelbagai isu berkaitan akidah. Beliau sering menggunakan bahasa kesat untuk menegur atau memarahi orang lain. Nik Aziz juga sensitif dan pongoh (panas baran). Malah, marahnya terhadap Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa masih ada. Dendamnya terhadap UMNO sampai Hari Kiamat, ini semua orang tahu.


Pada zaman kemuncaknya antara 1990-2004, kedudukan Nik Aziz tidak tergugat. Dia mempunyai karisma hebat. Pandangan dan keputusannya diterima tanpa soal oleh pemimpin dan penyokong PAS. Tapi, sejak 10 tahun kebelakangan ini, sudah ada suara yang mempertikai keberkesanan kepemimpinan dan pelbagai kenyataannya yang bercanggah dengan ajaran Islam sehingga ditegur mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pemimpin dan penceramah PAS kecut perut setiap kali Nik Aziz dikerumuni wartawan. Mereka tidak tahu apa lagi kenyataan kontroversi yang keluar dari mulutnya. Oleh kerana bila berlaku begitu, merekalah yang terpaksa memerah otak mencari hujah untuk merasionalkan kenyataan dan fatwa Nik Aziz yang menyeleweng dan mengelirukan.

Masalah air kotor, pengambilan tanah rakyat, penafian hak Orang Asli dan kerosakan alam sekitar dikaitkan dengan kelemahan pentadbirannya. Tindakan beliau menyokong Anwar Ibrahim (dan segala fahaman songsang yang dibawa serta kemelut moralnya) menyebabkan ramai penyokong PAS mempersoalkan pendirian beliau. Kerjasama politik berat sebelah yang menguntungkan DAP mencabar kesabaran pengikut parti.

Dikutuk orang Kelantan

Penentangan ulama dan guru pondok adalah manifestasi betapa seriusnya kredibiliti Nik Aziz terjejas. Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap Nik Aziz sebagai ‘malapetaka kepada negara.’


Di Kota Bharu baru-baru ini, penulis mendengar sendiri komen orang Kelantan terhadap kenyataan Nik Aziz menghina penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Tok Guru dah mengarut ko, guano kecek lagu ni”, “Nyanyuk doh gamoknya Nik Aziz nih” dan seumpamanya. Sebelum ini, sukar mendengar orang Kelantan meluahkan pandangan begini secara terbuka di tempat awam. Malah, ada seketika, disebut Nik Aziz ada daulah, justeru peribadi beliau tidak boleh diburuk-burukkan.

Kepercayaan ini ditepis tokoh veteran, Datuk Ibrahim Ali. Dalam satu ceramah, beliau berkata: “Kalu betul Nik Aziz ada daulah, dah lamo mulut ambo ni renyot (senget) sebab ambolah yang paling kuat mengato ko Tok Guru. Tapi takdok renyot mulut ambo ni.”

Pemimpin PAS yang menatang Nik Aziz mungkin tidak mendengar rintihan rakyat atau cuba menafikan keadaan. Pada mereka Nik Aziz tetap kebal. Apa yang Tok Guru kata dan buat betul belaka.

Pujuk Nik Aziz berehat

Sepatutnya, mereka menghargai sumbangan Nik Aziz dengan cara yang munasabah. Eloklah dipujuk Nik Aziz supaya dia cukup rehat. Tidak perlulah dia dijaja ke sana ke mari dengan keadaan fizikalnya sebegitu. Menang atau kalah dalam PRU-13 ini Nik Aziz perlu dinasihati. Beliau tiada kudrat lagi untuk menggalas tugas berat.


Atau Nik Aziz sendiri takut melepaskan jawatan Menteri Besar dan Mursyidul Am? Apakah dia rasa tidak boleh memberi sumbangan tanpa jawatan dan kuasa? Kita faham semangatnya yang kuat, mungkin juga ada sifat kedegilannya yang ingin terus berjuang, namun pada umur 82 tahun dan uzur, sudah sampai masanya untuk beliau menyerahkan kuasa politik yang ada.

Mungkinkah PAS takut kalah dalam PRU jika Nik Aziz tidak memimpin? Keadaan ini memberi mesej seolah-olah PAS tiada pengganti yang mampu atau tiada pelan penggantian yang serius atau juga lebih buruk, tiada siapa berani menasihati Nik Aziz untuk berundur. Mungkin juga Nik Aziz tidak boleh ditegur. Ini serupa menjadikan Nik Aziz diktator dalam PAS atau mempunyai pengikut yang tidak berani bersuara. Persepsi ini memburukkan imej PAS.

Suara Politik
Belantan

PRU -13 : Zul Noordin terima 'Manipum Marapum'!


Datuk Zulkifli Noordin@Zul Nordin cukup hairan kerana video yang memaparkan dirinya menghina penganut Hindu 'diputarkan' seolah-olah baru diungkapkannya dua tiga bulan lalu. Dan bukannya kira-kira 12 tahun lepas ketika dia berada dalam Pas.

Juga, klip video itu cuba pula membabitkan Perkasa yang disertainya selaku Naib Presiden ketika ini.

"Inilah politiking yang diajar kepada saya sewaktu berada dalam pembangkang dulu, politik ekstrem. Memang dulu saya cakap macam itu, malahan bukan itu sahaja, saya cakap UMNO ini kafir, sembahyang orang UMNO tak dapat pahala, bukan sahaja 'tempiasnya' terkena kepada penganut Hindu, orang UMNO pun kena juga daripada saya, waktu itu 10, 12 tahun dulu.

"Ini politik jumud, ekstrem dan rasis. Cuma saya nak tanya (pakatan pembangkang), kalau betul mereka ikhlas (tak suka saya meluahkan ungkapan sebegitu rupa kepada kaum lain), kenapa 12 tahun dulu tak cakap," kata beliau di hadapan sekumpulan kaum India di penempatan Pangsapuri Ken Rimba dekat Padang Jawa, Shah Alam malam kelmarin.

Ujar calon BN kerusi Parlimen Shah Alam itu lagi: "Kalau penganut Hindu marah, memang saya buat, saya mengaku dan saya harap boleh minta maaf.

Zulkifli yang pernah menjadi ahli jawatankuasa Lujnah Pas dan memenangi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah pada Pilihan Raya Umum 2008, juga 'masak' dengan perangai ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

"Dulu, saya peguam Anwar. Saya cuba hendak mengelak dari mendedahkan kepincangan pihak lain (semasa kempen PRU-13 ini) tapi kerana serangan-serangan ini, saya terpaksa ceritakan.

"Ada satu kisah tentang politik fitnah dan jumud ini. Suatu ketika anak-anak yang dihantar ke Pasti (Pusat Asuhan Tadika Islam Pas) ini di dalamnya diletakkan gambar Dr. Mahathir sebagai pelapik kaki dan setiap hari budak-budak yang hadir akan pijak gambar itu sebelum mulakan pembelajaran.


"Sampai begitu tahap benci terhadap sesama Islam. Ada seorang itu guru lulusan maktab, dia punya taksub pada parti ini sampaikan ambil cuti dan pergi ke Afghanistan nak berjuang untuk mati (syahid), tapi tak mati pun dan selamat kembali ke tanah air. Kemudian ekstremnya bertambah lagi, bukan lagi buat perancangan tapi nak terus bunuh Dr. Mahathir," katanya.

Penjelasan Zulkifli menerusi ucapan pendek 15 hingga 20 minit itu menarik perhatian seorang pemandu lori dari Pangsapuri Rimba Jaya, A.Thirumani,49.

Katanya, dia akan menyokong sesiapa sahaja calon yang dinamakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak atas dasar pemilihan tersebut dibuat dengan mengambil pelbagai faktor.

"Datuk Seri Najib telah banyak menolong masyarakat India di negara ini dengan memberi pelbagai bantuan kewangan dan kebajikan lain. Siapa sahaja calon beliau di sini sudah pasti dia telah fikir masak-masak sebelum dinamakan.

"Jika beliau namakan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon (Parlimen) Shah Alam, kita akan sokong bagi membalas budi Perdana Menteri. Tentang kes Datuk Zulkifli dengan masyarakat beragama Hindu 12 tahun dahulu, dia telah banyak kali minta maaf atas ketelanjurannya, kita terima dan maafkan dia," katanya.

Seorang peniaga, M. Muniandy, 38, yang tinggal di situ berkata, Najib menghantar Zulkifli untuk menentang calon Pas yang juga merupakan rakan dalam partinya dahulu.

"Oleh sebab itu beliau layak menjadi calon kerana dia lebih faham kelemahan lawannya.

''Datuk Seri Najib hantar Datuk Zulkifli untuk menentang Khalid Samad (calon Pas) yang merupakan rakan satu parti dan satu Pakatan Rakyat beliau dahulu. Ini merupakan kelebihan kepada BN untuk memenangi kerusi Shah Alam dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri di situ (Kota Anggerik dan Batu Tiga).

"Apa yang Datuk Seri Najib buat adalah untuk memastikan dasar membantu rakyat dapat diteruskan dengan mandat baru. Kami masyarakat India sedia maafkan Datuk Zulkifli yang membuat komen negatif tentang agama Hindu 12 tahun dahulu dan berharap ia tidak berulang.

"Dalam peribahasa India, kami sebut begini 'Maripum, Marapum' (terima permohonan maaf dan lupakanlah - kesilapan dan kesalahan lepas).-UMO

Suara Politik
Belantan

Penganas Kiram mati ditembak askar Filipina?


Pasukan keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram dalam satu pertempuran sengit di Pulau Sibutu di negara jiran itu Sabtu lalu, ketika kumpulan tersebut merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut sumber, dalam pertempuran lewat malam itu, dua daripada kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan Filipina yang terlibat dalam serangan tersebut turut terbunuh.

"Dengan kejayaan itu, satu lagi usaha pencerobohan pengganas Kiram yang diketuai pemimpin kanannya, Kalling Amirul untuk masuk ke negara ini berjaya digagalkan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.

"Dalam serangan berkenaan, Kalling dilaporkan terbunuh. Pasukan keselamatan turut merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand," katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Sumber itu seterusnya berkata, rancangan kumpulan pengganas tersebut untuk menceroboh perairan pantai timur Sabah dipercayai bertujuan merencatkan kelancaran proses pilihan raya yang sedang berlangsung.

"Walaupun ancaman daripada pengganas ada tetapi kawalan keselamatan akan diperketatkan dari semasa ke semasa malah operasi-operasi membanteras akan terus mendapat kerjasama daripada kerajaan negara berkenaan.

"Oleh itu, keselamatan penduduk khususnya di Lahad Datu dan Semporna adalah terjamin dan hari membuang undi juga diyakini akan berjalan lancar," katanya.

Dalam pada itu, tambah sumber tersebut, pasukan marin Filipina turut mencatat kejayaan dengan penahanan tujuh daripada 18 pengganas Kiram selepas menahan sebuah bot di Pulau Sipangkut, Filipina semasa dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Tanduo, Sabah.

"11 pengganas itu walau bagaimanapun berjaya melarikan diri," ujarnya.

Pada 19 April lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan cubaan kumpulan pengganas Kiram yang dibantu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) untuk menyusup masuk ke perairan pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran proses PRU-13.

Kumpulan pengganas bersenjata itu dikatakan merancang masuk ke negara ini pada waktu malam dan akan bergerak dalam beberapa kumpulan kecil ke daerah Sandakan, Beluran dan Kinabatangan bagi mengelak dikesan.

Walau bagaimanapun, usaha pengganas itu gagal setelah PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diarahkan untuk mengetatkan kawalan keselamatan di Sabah terutama menjelang hari penamaan calon dan pengundian.

Suara Politik
Belantan

PRU -13 : Perjuangan PAS menyeleweng, sesatkan ummah?


Dalam satu ceramahnya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu meramalkan UMNO akan hilang kuasa apabila ramai penyokongnya yang tua meninggal dunia.

Mereka ni pengundi Saluran 1. Ni jenis orang yang hanya boleh makan mi saja. Makan mi pun kena sedut sebab gigit mi tak putus. Lepas ni, mereka tak mengundi dah, lebih kurang begitulah katanya.

Timbalan Presiden PAS ini terkenal dengan sifat menghina orang lain. Tidak ada ceramahnya yang tidak mengeji, mengata atau mempersenda orang lain.

Beliau pernah menghina polis dan waris anggota yang terbunuh mempertahan Balai Polis Bukit Kepong apabila menganggap pengganas komunis Mat Indera sebagai wira. Terbaru, beliau menghina Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan berkata, bekas Perdana Menteri boleh memohon permit teksi apabila pembangkang berkuasa.

Beliau pernah panggil Dr Mahathir sebagai Bapa Pelingkup Negara. Tetapi beliau sendiri pernah ditangkap kerana satu skandal dengan isteri orang dan kesnya dibawa ke mahkamah.

Pegangan agama Mat Sabu

Perangai buruk dan pegangan agama Mat Sabu adalah antara topik yang dibincangkan oleh sekumpulan ulama Kedah yang mengadakan perjumpaan di Pondok Tok Guru Rahim di Kampung Bukit Jagung, Pendang pada 9 Februari lalu.

Perjumpaan yang dihadiri ulama, guru pondok dan tok mudir seluruh Kedah termasuk Pondok Chegar (Pendang), Pondok Bukit Gajah Teriak. Pondok Buluh Nipis, Pondok Haji Awang dan Pondok Telaga Batu (Jitra), Pondok Tunjang dan Pondok Parit Panjang.


Mesyuarat yang dipengerusikan Tok Guru Sobri Othman, pengasas Pondok Tanjung Kapur di Jitra, mempersoalkan fahaman Mat Sabu, yang dikatakan menyokong rejim Bashir al-Assad dan pernah melawat Syria. Fahaman yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk Syiah dan Wahabi perlu ditentang.

Pada mereka, Mat Sabu, yang menjadi calon PAS untuk kerusi Parlimen Pendang, mesti ditolak, termasuk juga sesiapa yang menyokong liberalisme, pluralisme, LGBT dan ajaran sesat. Turut hadir ialah ulama terkenal Tok Guru Rahim Abdul Rahman, seorang pengikut tegar dan aktivis PAS lebih 40 tahun, yang kini menyokong UMNO.

Pengkhianatan kepemimpinan PAS

Soalnya bukan saja Mat Sabu. Turut dibangkitkan ialah penyelewengan prinsip dan pengkhianatan kepemimpinan PAS terhadap perjuangan parti serta kesannya terhadap kesucian agama dan akidah umat. Antara lain, ulama dan guru pondok Kedah menolak tahaluf siyasi dengan DAP yang rasis, cauvinistik serta tidak menyokong pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum syariah.

Mereka hairan bagaimana PAS boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim, seorang pemimpin bermasalah moral, mempunyai kecenderungan seks songsang dan menyokong kesamarataan agama serta menyokong keselamatan Israel.


Bagi mereka, kesilapan pendirian Presiden PAS dan Mursyidul Am berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam amat memalukan. Turut mengaibkan ialah pelbagai kenyataan dan fatwa ganjil yang dikeluarkan Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang bukan saja mendedahkan PAS kepada serangan politik tetapi juga mengelirukan dan boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Ini termasuk menyekutukan Allah turun sebagai jisim (sama dengan manusia), mengatakan Allah mencarut dan menyamakan Nabi Muhammad dengan mamat kampung. Tok Guru Rahim sendiri kecewa dengan pemimpin PAS yang menjadi EXCO Kedah kerana membenarkan premis hiburan dibuka di Pendang.

Bangkit kemarahan golongan agama

Seperti kumpulan ulama dan guru pondok di Kelantan, mereka berpendapat adalah haram mengundi PAS. Menurut Ustaz Badrul Azhar Bakar (mewakili Pondok Takribul Ikhwan, Parit Panjang, Mengkuang) dan Ustaz Ashiq Elahi Mat Desa (dari Pondok Kobah, Pendang), ramai ulama luar negara, termasuk di Yaman dan selatan Thailand sepakat bahawa PAS sudah jauh menyeleweng daripada perjuangan asal dan pemimpinnya adalah sesat.

PAS membangkitkan kemarahan golongan agama semata-mata mahu berbaik dengan DAP dan PKR bagi mengejar kuasa. Ulama dan guru pondok Kedah mengakhiri perjumpaan bersejarah itu dengan doa memohon kejayaan UMNO-Barisan Nasional dan kesejahteraan umat. Doa ulama adalah doa yang mujarab. PAS akan membayar harga politik yang cukup mahal ekoran pengkhianatannya terhadap agama dan umat Islam negara ini.-BH

Suara Politik
Belantan