Selasa, September 30, 2014

Kenyataan media Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) macai KETUM Anwar dan PKR?


Pas perlu henti cetus ketegangan.

Lensa berpendirian sistem politik dwi-parti merupakan mekanisme yang sangat berkesan dalam mewujudkan pentadbiran berimbang. Sebagai satu-satunya pakatan pembangkang di Malaysia, pakatan pembangkang perlu sentiasa memperkukuh persepakatan bagi menyemak imbang urus tadbir negara di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN). Pakatan pebangkang yang kuat akan melahirkan Kerajaan yang lebih perihatin dan telus dalam pemerintahan.

Sebaliknya, jika pakatan pembangkang lemah, maka Kerajaan yang memerintah akan berpeluang untuk mentadbir secara sesuka hati sekaligus berpotensi untuk menindas rakyat. Sebagai contohnya , dalam tempoh masa pakatan pembangkang terheret dengan konflik dalaman yang berpanjangan dan kelihatan lemah, tempoh tersebut telah digunakan oleh pihak berkepentingan untuk menganiaya pemimpin politik dan aktivis rakyat menggunakan Akta Hasutan. Lensa melihat pakatan pembangkang begitu longlai dalam menangani keghairahan Kerajaan menggunakan Akta Hasutan walaupun pemimpin utama pakatan pembangkang sendiri disabitkan dengan akta drakonian tersebut.

Lensa juga ingin mengingatkan pemimpin pakatan pembangkang bahawa mereka sedang membawa harapan 52% rakyat Malaysia yang telah memberi undi popular kepada pakatan pembangkang dalam PRU 13 yang lalu. Perkara ini merupakan bukti signifikan yang menunjukkan pakatan pembangkang tidak sekadar dianggap sebagai musuh tradisi kepada Kerajaan Barisan Nasional, tetapi juga telah diterima sebagai alternatif baru untuk Malaysia.

Oleh itu Lensa menyeru setiap komponen pakatan pembangkang untuk berkongsi tanggungjawab memperkukuh pakatan pembangkang, demi menjunjung harapan rakyat yang menimpikan reformasi berlaku dalam negara.


Sikap Pas mengeruhkan lagi keadaan.

Lensa telah menganjurkan empat forum sepanjang krisis politik Selangor berlaku. Keempat-empat forum ini telah membincangkan mengenai punca kemelut, faktor yang menyebabkan kemelut ini berpanjangan dan langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan oleh pakatan pembangkang untuk menyelesaikan konflik ini.

1. Pas Belakangkan Setiakawan.
Lensa melihat Pas menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir lima bulan. Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telahpun dipersetujui secara bersama oleh PKR dan DAP.

2. Pas Lewat Bertindak, Tidak Konsisten.
Walaupun diadakan terlalu lewat, mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos sebetulnya sudah mampu menyelesaikan masalah yang berlaku. Namun selepas mesyuarat tersebut, Pas beberapa kali membuat pusingan ‘U’ menyebabkan konflik semakin buntu. Walaupun pada 17 Ogos mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang sepakat menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal MB Selangor, namun selepas mesyuarat tersebut Pas berkeras untuk tidak menyatakan sokongan terhadap cadangan tersebut.

3. Pas Menyerang Kawan Sendiri Tanpa Asas Yang Jelas.
Konflik menjadi lebih parah apabila terdapat pemimpin Pas yang secara terbuka mengkritik calon MB yang dipilih oleh rakan komponen. Lensa tidak menolak hak individu mahupun organisasi untuk mengkritik dan bersuara, namun dalam isu ini, terdapat kritikan yang berbentuk serangan peribadi terhadap pemimpin parti kawan. Sebagai contohnya Ahli Parlimen Temerloh melabelkan Anwar Ibrahim sebagai mengamalkan nepotisme apabila isteri beliau dipilih sebagai calon MB baru. Selain itu, Presiden Pas sendiri dalam satu kenyataan terbuka di Terengganu melabelkan Dr. Wan Azizah sebagai lemah dan tidak mampu memimpin Selangor.

Lensa percaya kenyataan-kenyataan ini dibuat bertujuan untuk memberi justifikasi terhadap pendirian Pas yang berbeza dalam krisis politik Selangor. Namun hakikatnya kenyataan-kenyataan ini hanya menjadikan konflik semakin tegang.

4. Karenah Pas, Akhirnya Demokrasi Dicabuli.
Lensa menjadi lebih terkilan setelah sikap Pas ini menyebabkan perinsip demokrasi tercemar apabila pemilihan MB Selangor hari ini tidak dipilih berdasarkan lunas-lunas demokrasi. Walaupun menghormati MB yang telah dipilih, Lensa beranggapan menafikan hak individu yang mendapat sokongan majoriti untuk dipilih menjadi MB merupakan pencabulan demokrasi secara jelas.

5. Kenyataan Berterusan Pemimpin Pas Yang Menimbulkan Ketegangan.
Lensa juga melihat hubungan sesama komponen pakatan pembangkang menjadi tidak tentu apabila terdapat beberapa pemimpin Pas yang berterusan mengeluarkan kenyataan secara terbuka yang merugikan pakatan pembangkang.


Berikut merupakan kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan pemimpin Pas:

1. Ahli Parlimen Pas Pasir Mas, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan pada 28 September mendakwa Pas dibuli oleh PKR dan DAP. Kenyataan beliau itu disiarkan portal berita The Malaysian Insider dan beberapa akhbar bercetak.

2. Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin pula dalam satu wawancara yang dikendalikan Sinar Harian pada 25 September lalu mengeluarkan kenyataan bahawa Pas bersedia untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tiba masa untuk berbuat demikian.

3. Presiden Pas dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas ke 60 menuduh PKR mencuri dua ADUN Pas yang memberi sokongan kepada Dr. Wan Azizah. Dalam kenyataan yang sama, Presiden Pas juga menyifatkan tindakan tidak menyokong Dr. Wan Azizah sebagai calon MB adalah kerana beliau tidak mahu membawa ahli Pas ke neraka akibat tersalah memilih pemimpin. Kenyataan Presiden Pas ini disiarkan banyak akhbar termasuk Malaysiakini bertarikh 20 September.

4. Dr. Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, melalui tulisan bertajuk ‘Di mana salahnya Akta Hasutan’ di laman Facebook beliau pada 19 September secara terbuka mempertikai usaha melawan Akta Hasutan sedangkan pakatan pembangkang sendiri secara prinsip telah mendesak agar akta drakonian tersebut dimansuhkan.

5. Presiden Pas juga pada 5 September, seperti yang dilaporkan Malaysiakini telah mengkritik kebolehan Dr. Wan Azizah dan menyifatkan beliau sebagai lemah serta tidak layak untuk memimpin Selangor.

6. Ahli Parlimen Pas Temerloh pada 30 Ogos mengeluarkan kenyataan yang disiarkan Malaysiakini mendakwa Anwar Ibrahim mengamalkan politik nepotisme apabila isteri beliau dipilih sebagai calon MB yang baru menggantikan Khalid Ibrahim

7. Dr. Zuhdi Marzuki juga dalam kenyataan yang disiarkan Malaysiakini bertarikh 8 Ogos mendakwa Anwar Ibrahim melakukan serang hendap terhadap Presiden Pas.

8. Dr. Zuhdi Marzuki melalui satu tulisan dalam aplikasi Whataspp yang terdedah pada 29 Julai lalu telah mengeluarkan satu analisis yang berbaur rasis dan mencadangkan kerjasama antara Pas dan UMNO di Selangor untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.


Pakatan pembangkang bakal hilang sokongan rakyat.

Lensa khuatir sekiranya pertembungan dalaman pakatan rakyat ini tidak diurus segera, maka masyarakat akan hilang kepercayaan kepada pakatan rakyat dan secara khususnya kepada Pas. Ini berikutan tanggapan umum terhadap Pas yang dilihat membelakangkan semangat pakatan pembangkang seterusnya menyebabkan krisis menjadi semakin rumit.

Dalam empat siri forum yang telah dijalankan, Lensa menganggarkan seramai 700 orang telah hadir sebagai penonton. Daripada empat forum tersebut, 33 soalan telah diajukan oleh penonton kepada para panelis. Soalan tersebut telah dikumpulkan untuk dianalisis. Hasilnya, 23 daripada 33 soalan tersebut menunjukkan kekecewaan terhadap sikap Pas dalam krisis Selangor. Analisis itu juga menunjukkan semua soalan yang diajukan oleh penonton bukan Islam mempertikaikan sikap Pas sepanjang konflik berlaku.

Bertindak segera atau keluar pakatan pembangkang.

Melihat kepada perlunya tindakan segera bagi memulihkan permuafakatan dalam pakatan pembangkang, maka Lensa mengemukakan cadangan berikut kepada pihak Pas:

1. Lensa menyarankan agar Pas perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudharatkan hubungan sesama rakan pakatan. Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen Pakatan Rakyat memperkukuh semula permuafakatan.

2. Lensa menyarankan agar Pas perlu menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap ahli mahupun pimpinan yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat keutuhan pakatan pembangkang. Hal ini penting bagi membuktikan ketelusan Pas bersama pakatan pembangkang sekaligus menunjukkan pandangan yang tidak pro-pakatan sebagai pandangan minoriti dan terpencil dalam Pas. Sekiranya ini dapat dilaksanakan, Lensa yakin kepercayaan masyarakat umum kepada Pas akan dapat dikembalikan.

3. Lensa juga berpendirian sekiranya Pas gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam Pas yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan, maka Lensa mencadangkan agar Pas mengambil langkah untuk berundur daripada pakatan pembangkang.

Sekian.

Ekhsan Bukharee,
Koordinator
Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa)

Suara Politik
Belantan

Pas ambil keterangan Hasnul dan Saari langgar 'baiah'?


Dua wakil rakyat Pas yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menghadap Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Kedua-dua mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Bagaimanapun menurut Hasnul, perjumpaan tersebut hanya untuk mengambil keterangan sebelum dibawa ke Lembaga Disiplin Pas bagi tindakan selanjutnya.

Katanya, perjumpaan itu berlangsung pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sekadar gambar hiasan sahaja. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati

"Saya dan Saari hanya diambil keterangan, seterusnya perkara ini dibawa kepada Pas pusat.

"Setakat ini, tiada perjumpaan dengan Lembaga Displin lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuan tersebut.

Hasnul dan Saari sebelum ini bersama 15 ADUN daripada DAP dan 13 ADUN PKR menyokong Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid sebelum Pas membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

Baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Pas ke-60 mengecam tindakan kedua-dua ADUN itu dengan gelaran 'broker' dan 'barua'.

Suara Politik
Belantan

Sultan tegur pihak tidak faham peranan institusi raja!


Sultan Selangor, Sultan Sarafuddin Idris Shah hari ini menegur pihak-pihak yang sengaja tidak memahami peranan dan kuasa institusi raja di negeri ini atas sebab mempunyai agenda tersembunyi.

"Kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar sultan, rakyat beranggapan institusi raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa institusi raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.

"Beta adalah sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimeterikan pada tahun 1959," titah tuanku pada Majlis Pelantikan Exco Baru Negeri Selangor di sini hari ini.

Sultan Sarafuddin bertitah, krisis Menteri Besar Selangor "telah membuka mata dan hati serta pandangan beta terhadap politik di Negeri Selangor ini."

"Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama lima tahun dan mungkin akan diganti pada pilihan raya yang akan datang.

"Tetapi kedudukan beta sebagai sultan yang memerintah negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat beta," titah tuanku.

Sebagai sultan yang memerintah, Sultan Sarafuddin bertitah, tugas-tugas baginda amatlah berat untuk memastikan rakyat negeri Selangor dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan negeri yang sempurna.

"Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri yang dijalankan oleh menteri besar. Beta hanya menasihatkan menteri besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.

"Beta ingin mengingatkan bahawa sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya," titah tuanku lagi.

Sultan Sarafuddin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat negeri Selangor yang menyokong baginda dalam kemelut pelantikan menteri besar itu dan mempercayai baginda dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.

"Tidak lupa juga beta mengucapkan terima kasih kepada pihak media arus perdana yang telah berkerjasama dengan pihak Istana dalam menyiarkan kenyataan-kenyataan akhbar dari istana," titah tuanku.

Suara Politik
Belantan

Isnin, September 29, 2014

Memang sah DAP, PKR buli Pas?


Seorang pemimpin Pas hari ini secara terbuka mengakui parti itu kini menjadi mangsa buli sekutunya dalam pakatan pembangkang selain terdapat usaha membakar sentimen masyarakat dan penyokong mereka supaya membenci Pas.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, keadaan itu menyebabkan Pas seolah-olah berada dalam keadaan serba tidak kena dan kelihatan seperti sukar untuk menentukan pegangannya.

"Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mula nak buli Pas. Sehinggakan Pas kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.

"Masih dalam Pakatan Rakyat pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong pakatan pembangkang agar membenci Pas. Pas ini tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba sahaja. Melawan pun macam tak melawan mana.. Itulah Pas, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli,'' katanya menerusi entri bertajuk 'Pas dan Kisah Buli' di Facebook beliau hari ini.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada situasi terbaharu Pas dalam tahaluf siyasinya bersama PKR dan DAP termasuk melibatkan isu pengurangan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor serta penyingkiran Bendahari Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).


Nik Mohamad Abduh berkata, terdapat pemimpin DAP yang mengatakan bahawa Pas akan dihukum rakyat berikutan isu di Selangor yang kelihatan belum berakhir meskipun pelantikan Menteri Besar baharu negeri itu sudah dilakukan.

Katanya, Pas dikatakan akan tamat riwayatnya di Selangor dan di negara ini manakala di Sarawak pula DAP begitu beria-ia mengisytiharkan tidak lagi mahu berkawan dengan parti berkenaan.

Beliau turut membidas sekutunya itu yang begitu gembira dan megah apabila mendapat kuasa selepas sekian lama menjadi pembangkang.

"Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama Pas, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah sedangkan Pas yang hidupnya sering dibuli sudah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu. Diungkit-ungkit kisah kegagalan Pas sampai lupa pula kisah kejayaan dan kebaikan Pas di samping kegagalan mereka sendiri," ujar beliau.

Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut berkata, meskipun PKR juga mahu membuli Pas namun kesannya paling tidak menjadi ekoran dalaman parti rakan politiknya itu yang tidak kuat seperti DAP.

"PKR pun nak buli Pas macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli. Nasib baik dalaman PKR tak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka di antara sesama mereka. Maka bulian mereka, walaupun pedih juga, tapi paling tak menjadi," katanya.


Beliau seterusnya menasihatkan DAP agar jangan suka membuli kerana ia boleh mendatangkan sikap yang akan membuat rakyat menjadi marah.

Nik Mohamad Abduh turut mengingatkan DAP bahawa Pas tidak akan terkubur kerana nyawa dan ideologinya adalah Islam bahkan sehingga kini belum kelihatan pengganti yang sesuai untuk meneruskan perjuangan parti itu termasuk Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Tegasnya, menjadi satu kerugian besar kepada pakatan pembangkang seandainya DAP yang menyokong PKR terus membuli Pas.

"Mungkin susah DAP nak terima. Tetapi pada saya, bila tiba-tiba Pas tukar angin, tiba-tiba Pas marah pada DAP, saat itu DAP akan rugi. DAP akan rugi lama. Mungkin undi Cina dan India akan bertukar. Mereka jadi cuak dengan DAP. Mereka rakyat yang mahukan keamanan, kebenaran dan setiakawan dalam kehidupan. Itu pandangan saya. DAP akan rugi lama jika Pas marahkan DAP," katanya.

Suara Politik
Belantan

Polis akan buru Alvin hingga ke lubang cacing?


"Kita akan cari dia hingga ke lubang cacing sekalipun."

Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang sedang dilakukan pihak polis terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara.

Menurut Khalid, kenyataan berbaur menghina serta mencabar pihak berkuasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

"Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee yang kini berada di Los Angeles, California berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.


Pada bulan lepas, sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya Vivian Lee.

Dia turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman blognya di http://alviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas.

Tidak habis di situ, Alvin turut bertindak biadab dengan mengubah suai gambar hidung beberapa pemimpin negara dan Khalid sendiri dengan hidung seekor khinzir serta menuduhnya menyalahgunakan kuasa sebagai seorang pemimpin.

Menurut khalid. siasatan terhadap kes tersebut telah dimulakan dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang menyalahgunakan media sosial untuk mengaibkan para pemimpin.

"Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut," katanya.

Suara Politik
Belantan

Ahad, September 28, 2014

Titah Ucapan Sultan Selangor, Sultan Sarafuddin Idris Shah di Majlis Pelantikan Exco Baru Negeri Selangor. pada 26 September 2014


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bismillahir Rahmanir Rahim.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah dan kurnianya pada hari ini, Beta dapat mengadakan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini.

Seperti yang kita sedia maklum pelantikan Exco yang baru ini adalah disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) tiada mempunyai keyakinan kepada Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang Menteri Besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke 13. Oleh itu seorang Menteri Besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini.

Kemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat 'Kajang Move'-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Perkara hasut menghasut dan melempar tohmahan-tohmahan terhadap Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wataala untuk membersihkan dosa dan maksiat. Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wataala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.

Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadhan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Di sini Beta ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar.

Krisis yang berlaku berkenaan dengan Menteri Besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan Beta terhadap politik di Negeri Selangor ini. Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi kedudukan Beta sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.

Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas Beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan Negeri yang sempurna. Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar. Beta hanya menasihatkan Menteri Besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.

Beta ingin mengingatkan bahawa Sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa Sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya.

Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan Institusi Raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.

Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimeterikan pada tahun 1959.

Rakyat Negeri Selangor yang berbilang kaum dan berbilang agama serta mempunyai pelbagai adat resam mahukan Negeri Selangor ini aman dan makmur, bebas mengamalkan agama masing-masing serta dapat hidup dalam tenteram dan harmoni.

Seterusnya Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Negeri Selangor yang menyokong Beta dalam kemelut pelantikan Menteri Besar di Negeri Selangor ini dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini. Beta sentiasa memikirkan ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini.

Tidak lupa juga Beta mengucapkan terima kasih kepada pihak media arus perdana yang telah berkerjasama dengan pihak Istana dalam menyiarkan kenyataan-kenyataan akhbar dari Istana.

Di samping itu Beta mahukan orang Melayu Islam janganlah berpecah belah dan tidak extremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.

Beta tidak mahu orang Melayu Islam berpuak-puak, mencaci antara sesama sendiri, hingga meruntuhkan kemuafakatan orang Melayu yang mana Beta khuatiri suatu hari kelak jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran.

Ke manakah hala tuju, dan ke manakah perginya orang Melayu nanti. Beta sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu Wataala membuka hati mereka supaya dapat melihat kebenaran dan seterusnya bersatu padu didalam memelihara dan mempertahankan tanah air kita yang dikasihi ini. Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi untuk kepentingan sendiri.

Kepada Ahli-Ahli Exco yang baru, Beta menyeru supaya memberi sokongan yang padu kepada Yang Amat Berhormat Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor yang baru. Lupakan segala sengketa yang lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai wakil rakyat mereka. Rakyat tidak suka melihat Negeri Selangor ini di dalam kucar kacir dan mereka tinggal didalam ketakutan dan kesengsaraan.

Beta berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala semoga dengan pelantikan Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor yang baru ini, parti-parti yang telah diberi mandat untuk memerintah Negeri Selangor akan dapat berkerjasama untuk mentadbir Kerajaan Negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Selangor. Rakyat menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Negeri Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya.

Beta sentiasa berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala supaya Negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. Amin.

Sekian.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, September 27, 2014

Exco baharu Selangor : Pas hilang satu kerusi, angkara siapa?


Hanya tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas kekal dilantik semula sebagai Exco Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar baharu, Mohamed Azmin Ali.

Tiga ADUN terbabit, masing-masing ialah ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib dan keputusan tersebut diumumkan oleh Mohamed Azmin dalam satu sidang akhbar khas di tingkat 22, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Jumlah Exco Pas itu dilihat berkurangan satu kerusi berbanding sebelum yang menyaksikan Pas mempunyai empat kerusi Exco.

Sebaliknya, PKR kali ini telah meletakkan empat wakil mereka sebagai Exco dengan melantik semula ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong; ADUN Sementa, Dr. Daroyah Alwi selain melantik dua muka baharu iaitu ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari.

Pada masa sama, Azmin turut memaklumkan bahawa DAP masih mengekalkan tiga Exco sebelum ini untuk dilantik semua di bawah pentadbirannya iaitu ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim; Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan ADUN Kota Alam Shah, V. Ganabatirau.

Sebelum itu, Sultan tidak perkenan Exco?

Senarai calon barisan Exco kerajaan negeri yang dipersembahkan oleh Menteri Besar yang baharu, Mohamed Azmin Ali kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini, dipercayai belum mendapat perkenan daripada baginda.

Ini kerana sehingga malam semalam, perbincangan di antara ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikatakan masih berjalan berhubung pelantikan barisan Exco kerajaan negeri yang baharu itu.


Malah Mohamed Azmin dalam akaun Twitter miliknya turut mengakui laporan media berhubung pembahagian komposisi barisan Exco kerajaan negeri iaitu 4-3-3 adalah tidak tepat.

"Laporan media mengenai pengagihan kuota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan," katanya dalam akaun Twitter lewat petang ini.

Sementara itu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi mengesahkan pihak istana belum memuktamadkan senarai calon Exco kerajaan negeri yang dikemukakan oleh Mohamed Azmin.

Menurutnya, perkara itu mungkin hanya dapat diselesaikan pagi esok sebelum majlis angkat sumpah Exco kerajaan negeri dijadual pada sebelah petang.

Mohamed Azmin hari ini menghadap Sultan Sharafuddin pada pukul 3 petang bagi mendapat perkenan baginda berhubung senarai calon Exco kerajaan negeri yang baharu di Istana Mestika di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu telah mempersembahkan 10 nama untuk dipertimbangkan dan diperkenankan oleh baginda sebagai Exco kerajaan negeri.


Sebaik sahaja keluar dari pekarangan istana tersebut, beliau memaklumkan kepada pihak media bahawa komposisi 4-3-3 barisan Exco kerajaan negeri sebelum ini iaitu empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, tiga ADUN PKR dan tiga lagi daripada DAP akan dikekalkan.

Bagaimanapun, kira-kira empat jam kemudian, beliau menyatakan dalam Twitter bahawa laporan media berhubung pengagihan kuota Exco terbabit adalah tidak tepat.

Mohamed Azmin dikatakan berdepan dilema untuk melantik barisan Exco kerajaan negeri ekoran wujud suara-suara daripada pemimpin PKR sendiri supaya kerusi Exco Pas dikurangkan sebagai hukuman kepada tindakan bekas empat Exco parti Islam itu sebelum ini yang menyokong bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

DAP sendiri menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng secara terang-terangan turut melabelkan empat Exco Pas iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr. Halimah Ali, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi yang menyokong Abdul Khalid sebelum ini sebagai pengkhianat kerana mengingkari prinsip solidariti dan demokrasi dalam pakatan pembangkang.

Suara Politik
Belantan

Faekah pertahan tindakan Khalid pecat Anwar?


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan Perbadanan Menteri Besar (MBI) menutup pejabat dan menamatkan khidmat Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin berkata, hal demikian kerana, arahan tersebut diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya menerima arahan penutupan tersebut setelah MMKN memutuskan perkara itu Isnin lalu memandangkan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor terletak di bawah kelolaan MBI sejak diwujudkan pada 2009.

"Saya dapat arahan daripada MMKN mengenai penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Keputusan penutupan itu dibuat oleh MMKN dan MBI hanya melaksanakan arahan termasuk membuat pengumuman sebelum ini.

"Tidak timbul soal tutup Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada saat akhir (pentadbiran Menteri Besar dahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Faekah diminta mengulas kenyataan Azmin selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baharu semalam yang mengkritik tindakan Abdul Khalid memecat Anwar daripada jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.


Kelmarin, Faekah mengeluarkan satu kenyataan yang mengumumkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Faekah menambah, berdasarkan arahan MMKN, pihaknya dimaklumkan bahawa keputusan itu dibuat atas perkiraan mengurangkan kos tidak mustahak yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri melibatkan perbelanjaan operasi Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan jumlah kos yang telah ditanggung kerajaan negeri bagi menampung operasi pejabat tersebut selain menolak sebarang andaian pihak tertentu kononnya mempunyai kaitan dengan tarikh akhir pentadbiran Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebelum ini.

"Selain mengurangkan kos tidak mustahak, saya dimaklumkan bahawa keputusan MMKN itu turut mengambil kira pertindihan tugas antara Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dengan agensi pelaburan kerajaan negeri, iaitu Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) sebelum ini," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, September 26, 2014

Menanti tindak balas Anwar?


Bulan September mungkin bukan bulan yang baik untuk Anwar Ibrahim. Beliau dipecat daripada parti dan kerajaan pada tahun 1998 pada bulan September, beliau pernah merancang untuk menjadi Perdana Menteri melalui pintu belakang pada 16 September 2008 dan hari ini sekali lagi September membawa nasib malang untuk Anwar apabila harapannya untuk melihat isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail 'ditabalkan' sebagai Menteri Besar (MB) Selangor hanya tinggal impian.

Mungkin kaitan bulan September dengan politik Anwar hanya kebetulan sahaja tetapi apa yang pasti semua itu berlaku kerana perancangan politik beliau. Begitu juga apabila beliau melaksanakan 'Langkah Kajang' - satu langkah politik yang menyebabkan bukan sahaja Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi juga sekutunya, Pas turut lintang pukang.

Tanpa sebab dan alasan kukuh, Anwar mengatur langkah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi impian itu tidak tercapai kerana beliau berhadapan hukuman penjara, justeru beliau mempertaruhkan Wan Azizah malangnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu tidak mendapat sokongan Pas.

Mungkin tidak terlintas dalam fikiran Anwar bahawa orang kesayangannya, Azmin Ali akan menjadi pilihan Sultan Selangor untuk menggantikan Abdul Khalid dan beliau juga tidak menyangka nama itu akan dicalonkan oleh Pas. Biarpun beliau dan PKR berkeras mahukan Wan Azizah dan menolak calon lain daripada parti itu untuk menjadi MB Selangor tetapi dalam politik tiada musuh dan kawan yang kekal.

Yang menentang Azmin menjadi MB bukannya ADUN PKR atau Pas di Selangor tetapi orang dalam PKR yang begitu taksub dengan agenda politik Anwar dan disokong oleh DAP. Azmin mempunyai pengaruh sendiri di Selangor bukan sahaja dalam kalangan ADUN PKR tetapi juga Pas. Sebab itulah Pas menghantar nama Azmin sebagai salah seorang calon MB walaupun mendapat tentangan keras PKR dan DAP yang bersetuju hanya Wan Azizah dicalonkan.

Bagaimanapun persoalan yang lebih menarik untuk diperkatakan apakah tindak balas politik yang akan dilakukan oleh Anwar dan PKR berikutan pemilihan Azmin? Kalau Abdul Khalid yang mengingkari arahan parti dipecat, apakah Azmin juga akan menerima nasib yang sama?

Pelantikan Azmin bermakna kerusi MB Selangor masih di bawah PKR, oleh itu jika Anwar tidak mempunyai apa-apa perancangan yang 'pelik-pelik' beliau perlu menerima pelantikan Azmin dengan lapang dada. Walaupun kewibawaan Azmin mungkinlah tidaklah sehebat Abdul Khalid tetapi sekurang-kurangnya beliau jauh lebih baik berbanding Wan Azizah dari segi politik.

Biarpun di dalam PKR akan berlaku perpecahan tetapi ia dijangka bersifat sementara kerana politik berkaitan kedudukan dan kuasa, apabila seseorang pemimpin itu mempunyai kedua-duanya, beliau pasti disokong. ADUN PKR lain mungkin akan terfikir buat apalah mereka membuang masa hendak memperjuangkan nasib Wan Azizah dan sekali gus terjebak pertelingkahan dengan istana berikutan pelantikan Azmin.

Adalah lebih baik mereka meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama Azmin daripada membuang masa melayan kerenah politik Anwar. Lagipun biarlah Wan Azizah menguruskan 'kebajikan' suaminya yang akan turun naik mahkamah pada bulan depan.

Pelantikan Azmin boleh dianggap satu tamparan hebat kepada Wan Azizah kerana semua orang tahu bagaimana hubungan antara kedua-dua pemimpin PKR tersebut, malah kalau boleh mungkin Wan Azizah lebih rela orang lain menduduki jawatan itu bukannya Azmin.

Bagi Azmin pula, cabaran utama ialah menjauhkan diri daripada dakwaan pelbagai pihak bahawa beliau akan mengikut telunjuk Anwar dalam mentadbir Selangor. Azmin perlu meneruskan kerja-kerja cemerlang yang sebelum ini dilaksanakan oleh 'musuh politiknya' Abdul Khalid ketika mereka bersama-sama dalam PKR.

Abdul Khalid pula sebagai seorang yang berintegriti tinggi sudah pasti tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh merosakkan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Azmin, biarpun ketika menjadi MB, Azmin merupakan orang yang memainkan peranan utama dalam mengkritik pentadbiran beliau .

Perlu diingat bukan Azmin yang merancang 'Langkah Kajang', walaupun beliau dalam beberapa mesyuarat didakwa mahukan Abdul Khalid digantikan, sebaliknya Anwar yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan politik antara mereka untuk memenuhi agenda politik peribadinya.

Bagi sesetengah pemimpin PKR pula, mereka tidak boleh menganggap tindakan Azmin sebagai 'satu pengkhianatan' kepada parti itu kerana tiada sebab untuk Azmin dilihat menderhaka kepada Sultan Selangor apabila nama beliau diperkenankan oleh baginda. Atas sebab itulah, sejak nama beliau dicalonkan oleh Pas, Azmin langsung tidak membuat kenyataan menolak pencalonan itu, yang memandai-mandai mengatakan Azmin menarik diri adalah Anwar. Apa yang diketahui ialah Azmin menghormati keputusan PKR mencalonkan nama Wan Azizah sahaja.

Sementara itu, bagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau sudah pasti berasa lega dengan kebijaksanaan Sultan Selangor membuat keputusan memilih Azmin. Ini memandangkan Abdul Hadi ialah individu paling bertanggungjawab mencalonkan nama Azmin dan tidak mahu tunduk dengan kehendak PKR dan DAP supaya mencalonkan nama Wan Azizah sahaja.

Langkah menyenaraikan nama ADUN Pas hanya sekadar memenuhi permintaan istana yang mahu semua parti mencalonkan lebih daripada dua nama, bak kata Abdul Hadi ketika memberikan penjelasan isu-isu semasa di Marang baru-baru ini, ''Kalau bagi satu nama bagaimana Istana nak pilih.''

Pemilihan Azmin juga sekali lagi membuktikan kebimbangan segelintir pemimpin Pas berhubung kesan buruk jika ADUN parti itu menduduki jawatan MB Selangor adalah tidak berasas, politik 'mencipta hantu yang tidak wujud' yang cuba dipraktikkan oleh mereka sekali lagi gagal.

Sebelum ini golongan tersebut gelisah tidak tentu hala apabila Abdul Hadi menegaskan akan menerima apa sahaja keputusan Istana maknanya, kalau Sultan Selangor melantik Azmin mereka terima, kalau pilih ADUN Pas pun mereka terima. Apa yang penting parti itu membuat keputusan bak kata Abdul Hadi berdasarkan hukum syarak dan bukannya hukum akal semata-mata.

Kenyataan itu menyebabkan beberapa pemimpin Pas yang begitu taksub dalam tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP bagaikan tidur tidak lena, makan 'tak lalu' malah ada antara membuat teori songsang menyatakan ada perancangan oleh pimpinan Pas untuk membentuk campuran kerajaan dengan UMNO di Selangor, sampai ke tahap itu pendekatan 'politik mencipta hantu' mereka.

Justeru dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 di Batu Pahat, Johor minggu lalu ada antara mereka menegaskan, Pas perlu mempertahankan integriti dan pemuafakatan dalam pakatan dengan menolak jawatan MB Selangor jika ia diberikan kepada ADUN Pas memandangkan parti itu sudah berjanji ia kerusi milik PKR.

Bagaimanapun hakikatnya, dalam kes MB Selangor hujah itu tidak terpakai biarpun Pas sudah berjanji jawatan tersebut hak PKR. Ini memandangkan ketika Anwar merancang 'Langkah Kajang' apakah beliau memikirkan soal integriti dan permuafakatan yang dimeteraikan dengan Pas? Kenapakah hanya Pas sahaja dipaksa patuh pada prinsip itu biarpun terpaksa sumpah derhaka terhadap Sultan Selangor? Wajarkah Pas menerima nasib seumpama itu?

Tetapi apa pun keadaannya diharapkan pelantikan Azmin akan menamatkan kemelut politik di Selangor selepas Sultan Selangor menggunakan kebijaksanaan baginda membuat keputusan. Rakyat sudah bosan kerana sejak beberapa bulan lalu terpaksa menyaksikan drama politik memualkan yang dirancang oleh Anwar.

Ketika negeri-negeri lain sedang bergelut untuk meningkatkan taraf hidup rakyat selepas pilihan raya umum lalu, Selangor pula kucar kacir kerana kemelut politik yang tidak berkesudahan, segala-galanya bukan kerana Abdul Khalid tidak berwibawa tetapi kerana kerakusan Anwar mahu berkuasa.

Oleh itu, kalau benarlah PKR dan DAP berjuang untuk rakyat maka berjiwa besarlah menerima Azmin menjadi MB Selangor dan jangan menganggap dunia akan berakhir bila Wan Azizah tidak menduduki jawatan tersebut kerana beliau tiada kemampuan sebaliknya hanya mengikut kemahuan suaminya, Selangor tidak layak mempunyai pemimpin seumpama itu.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

Rabu, September 24, 2014

Selesakah Azmin sebagai MB Selangor yang baharu?


Setelah sah menjadi Menteri Besar (MB) Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pelbagai spekulasi dan andaian berlegar apakah langkah yang akan dilakukan oleh Azmin Ali dalam mentadbir negeri paling maju di Malaysia itu.

Namun begitu apa yang lebih menarik perhatian apakah langkah politik Azmin dan apa pula tindakan beliau dalam mentadbir kerajaan negeri Selangor? Dan sejauh manakah Azmin akan mampu menepis tanggapan beliau akan menjadi MB di bawah telunjuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.

Sebagai seorang yang dianggap pakar matematik oleh isterinya, Shamsidar Taharin, Azmin sudah pasti ingin membuktikan beliau layak menduduki jawatan tersebut sebab itulah ketika Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail mencalonkan Abdul Khalid untuk terus menjadi MB sebaik sahaja pakatan pembangkang mendapat mandat dalam pilihan raya umum lalu, Azmin menentang pencalonan berkenaan.

Selepas segala usahanya menghalang pelantikan Abdul Khalid gagal, Azmin menjadi pengkritik utama kepada Abdul Khalid dalam soal pentadbiran kerajaan negeri, malah Azmin juga bertanggungjawab mempengerusikan beberapa mesyuarat PKR yang cenderung ke arah untuk menyingkirkan Abdul Khalid daripada tampuk pemerintahan negeri.

Hasrat beliau sudah hampir tercapai apabila Anwar merancang 'Langkah Kajang' yang ibarat 'Langkah malang' untuk pakatan pembangkang tetapi sekali lagi impian Azmin hampir terkubur apabila Anwar mencalonkan isterinya untuk menggantikan Abdul Khalid.


Namun manusia hanya mampu merancang dan Allah menentukan segala-galanya, kalau Allah sudah mentakdirkan sesuatu kedudukan itu hak seseorang maka ia pasti menjadi kenyataan. Begitulah Azmin, beliau akhirnya menjadi MB Selangor - satu jawatan yang dikatakan diidam-idamkan oleh beliau selama ini.

Kini Azmin sudah berada di situ, beliau akan melalui apa yang ditempuhi oleh Abdul Khalid selama ini terutamanya didesak perlu mengutamakan agenda politik pakatan pembangkang berbanding kesejahteraan rakyat Selangor.

Persoalannya sejauh manakah Azmin akan mampu menempuh cabaran itu dan mengekalkan integriti yang sudah diterapkan oleh Abdul Khalid sepanjang menjadi MB? Rakyat Selangor amat memahami bagaimana Azmin menduduki jawatan itu, ia bukan atas kehendak mereka tetapi hasil percaturan politik Anwar yang tidak kesampaian untuk menjadikan isterinya sebagai MB. Oleh itu Azmin perlu membuktikan beliau layak berada di situ dan mempunyai kredibiliti serta integriti yang jauh lebih hebat daripada Abdul Khalid.

Tidak perlulah beliau membuang masa untuk mengkaji satu persatu apa yang sudah dilakukan oleh Abdul Khalid dengan tujuan mencari kesalahan bekas MB Selangor tersebut kerana ia hanya akan menyebabkan orang melihat beliau seorang pendendam.

Abdul Khalid pasti ada kelemahannya tetapi beliau juga dipandang tinggi sebagai seorang yang cukup berintegriti. Azmin tidak perlu bersusah payah hendak membuang pujian itu daripada Abdul Khalid kerana ia tidak akan menguntungkan imej beliau sebagai MB Selangor. Lagipun kalau mahu mengungkit sejarah silam, Azmin pun ada 'rekod' yang boleh dipertikaikan.

Justeru lebih baik, apa yang perlu diutamakan oleh Azmin ialah mengatur satu pentadbiran yang tidak harus membuka sedikit pun ruang kepada mana-mana pemimpin PKR untuk mencari kelemahannya. Azmin tidak perlu takut dengan ancaman UMNO kerana parti itu walaupun berada dalam barisan pembangkang hanya akan membuat teguran secara ikhlas demi rakyat.


Tetapi rakan-rakan beliau dalam PKR akan membuat teguran yang mempunyai motif politik dan akan menyingkirkan beliau dari jawatan MB. Ini kerana apa juga kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR khususnya mereka yang taksub kepada Anwar berhubung pelantikan Azmin, mereka tetap tidak berpuas hati. Kenyataan yang dibuat lebih banyak untuk 'sedapkan hati' dan retorik politik kelas tertinggi sahaja.

Malah Wan Azizah sendiri boleh dianggap tidak ikhlas ketika membuat kenyataan menyokong pelantikan Azmin yang diputuskan oleh Istana apabila menyelitkan ayat, ''Walaupun pelantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor.''

Sepatutnya tidak perlu ada perkataan seumpama itu jika benar beliau berlapang dada dengan pelantikan Azmin tetapi semua orang tahu sejauh manakah hubungan Wan Azizah dengan Azmin, apatah lagi kalau ada suara-suara nakal menyebut nama Shamsidar.

Sebenarnya Wan Azizah masih tidak mampu menerima hakikat beliau tidak dapat menduduki jawatan MB, biarpun dikatakan hanya tinggal setapak sahaja lagi bagi mencapai impian itu. Ia samalah juga keadaannya ketika Anwar dipecat daripada kerajaan, beliau juga hanya tinggal setapak sahaja lagi untuk Perdana Menteri.

Oleh itu ramai pemerhati politik melihat kedudukan Azmin tetap tidak selesa biarpun cita-citanya untuk menjadi MB Selangor sudah tercapai. Perebutan politik dalam PKR akan menjadi cabaran untuk Azmin kerana beliau akan dilihat ancaman kepada 'Dinasti Anwar'.

Apatah lagi terlalu ramai pemimpin PKR yang tidak mahu melihat Azmin menjadi MB kerana mereka patuh kepada kehendak Anwar yang mahu Wan Azizah menduduki jawatan itu. Atas sebab itulah dalam mentadbir Selangor, Azmin perlu faham janganlah terlalu taksub dengan kehendak dan perancangan Anwar.

Tidak salah beliau mempersoalkan kewajaran Abdul Khalid memecat Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor lagipun ia bukan satu isu besar, sebagai MB, Azmin boleh melantik semula Anwar menduduki jawatan berkenaan.

Yang penting Azmin tidak harus terlalu mengikut kehendak politik Anwar dalam mentadbir Selangor, bagaimanapun jika Azmin mahu berbuat demikian demi menunjukkan kesetiaannya kepada 'bosnya' itu, silakan tiada siapapun yang hendak melarang tetapi Azmin pun lebih faham siapakah beliau di sisi Anwar.

Selagi ada Wan Azizah sebagai Presiden PKR dan ADUN Kajang, selagi itulah Azmin tidak akan selesa sebagai MB kecualilah beliau mempunyai kekuatan untuk meranapkan pengaruh Wan Azizah dalam parti itu.

Ia memandangkan 'politik cuci tangan' sememangnya sudah sebati dengan pemimpin-pemimpin PKR. Begitulah juga apabila Azmin melaksanakan sesuatu tindakan di Selangor sebagai MB dengan mengikut arahan Anwar, akhirnya apabila sesuatu berlaku Azmin yang akan disalahkan bukannya Anwar.

Apa pun Azmin tidak perlu angkuh atau berasa 'besar kepala' selepas menjadi MB, beliau berada di situ bukan atas kemahuan rakyat, rakyat memberi mandat kepada pembangkang disebabkan Abdul Khalid, ini fakta yang perlu difahami Azmin.

Oleh itu, tidak perlulah menggunakan banyak sangat kaedah matematik dalam mentadbir Selangor kerana bagi rakyat apa yang penting ialah sejauh mana seorang pemimpin itu mampu menjaga kesejahteraan mereka, tidak banyak menghabiskan masa dengan berpolitik dan paling penting tidak menjadi 'pak turut' sesiapa.-UMO

Suara Politik
Belantan

SELEPAS HADI , KINI DAP GELAR 4 EXCO PAS SELANGOR ADALAH PENGKHIANAT?


Kenyataan media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 22 September 2014.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuarat tergemparnya pada 22 September 2014 telah memutuskan untuk menyokong kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menarik diri daripada jawatan Menteri Besar Selangor berikutan titah diraja oleh DYMM Sultan Selangor untuk melantik Timbalan Presiden PKR YB Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

CEC turut memutuskan untuk menyokong cadangan Dato' Seri Dr Wan Azizah kepada pimpinan PKR untuk mengesyorkan YB Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, selari dengan pendirian CEC yang jelas dan konsisten bahawa calon Menteri Besar Selangor mestilah daripada PKR.

Memandangkan Dato' Seri Dr Wan Azizah memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor sebanyak 30 daripada 56 ADUN, keputusan beliau untuk menyokong YB Azmin Ali adalah juga konsisten dengan pendirian DAP yang tegas dan berprinsip bahawa Menteri Besar Selangor (YB Azmin Ali) seharusnya memiliki sokongan majoriti DUN Selangor.

Atas sebab-sebab ini, CEC memutuskan untuk mengarahkan kesemua 15 ADUN DAP untuk menyokong YB Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

DAP berasa kesal dengan pengkhianatan 4 orang Ahli Exco Selangor dari PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi Exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas Menteri Besar yang telah kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor.

DAP berharap penyelesaian krisis politik Selangor dan pelantikan YB Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru akan dapat menepati janji bagi membina Selangor yang lebih baik, yang mampu memberikan keadilan, kebebasan dan kemakmuran ekonomi kepada semua.

Suara Politik
Belantan

Wan Azizah Yang Tolak Ketuanan Melayu Terkilan Walaupun Akur Azmin MB Selangor?


Walaupun akur dengan keputusan Sultan Selangor memilih Mohamad Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baharu, namun Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa terkilan dengan proses perlantikan yang didakwanya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri.

“Saya yakin bahawa KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan.

“Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor,” katanya dalam kenyataan media selepas mesyuarat tergempar parti itu sebentar tadi.

Kenyataan penuh :

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi

Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 29 ahli Dewan Negeri Selangor dari KEADILAN, DAP dan PAS yang telah memberikan sokongan kepada saya sejak 14 Ogos 2014 dan membolehkan Pakatan Rakyat kekal sebagai kerajaan di Selangor. Saya menghargai kesepakatan 29 ahli Dewan Negeri Selangor ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka.

Atas semangat itu, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada hari ini telah juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu.

Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Saya yakin bahawa KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan. Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor.

Oleh itu, saya telah menyatakan pandangan saya kepada pimpinan parti mengenai beberapa program khusus yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat dan kebajikan rakyat Selangor.












DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

22 September 2014

Suara Politik
Belantan

Selasa, September 23, 2014

Azmin 'seteru politik' Abdul Khalid, kini Menteri Besar?


Mohamed Azmin Ali, yang bakal mengisi jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 pada Selasa adalah ahli politik yang paling lantang mengkritik pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggapnya lemah dan tidak cekap.

Kritikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu sehingga sampai ke tahap beliau mendesak supaya Abdul Khalid dipecat daripada jawatannya.

Mohamed Azmin, 50, juga merupakan antara pemimpin pakatan rakyat yang membantah keras pelantikan semula Abdul Khalid sebagai menteri besar selepas gabungan longgar parti PAS, DAP dan PKR itu berjaya mengekalkan kuasa di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tahun lepas.

Kedua-dua pemimpin itu dilihat tidak sehaluan dalam banyak perkara terutama yang membabitkan pentadbiran negeri serta parti dan perseteruan antara mereka telah mencetuskan pergolakan dalam kepimpinan PKR serta para penyokong masing-masing.

Krisis antara Mohamed Azmin dan Abdul Khalid memuncak apabila Mohamed Azmin digugurkan daripada senarai ahli lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 4 Disember tahun lepas, yang menurut beliau merupakan perancangan kem Abdul Khalid untuk mengurangkan pengaruhnya.


Permusuhan itu berlanjutan apabila Abdul Khalid memutuskan untuk menentang Mohamed Azmin dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR tetapi persaingan itu berakhir apabila Abdul Khalid dipecat daripada parti pada 9 Ogos lepas. Pada Selasa, Mohamed Azmin secara rasminya menggantikan Abdul Khalid, Menteri Besar Selangor sejak 2008.

Kini tiba masanya Mohamed Azmin untuk membuktikan kritikannya selama ini ke atas Abdul Khalid adalah berasas dan perlu mempamerkan kepimpinan yang lebih baik.

Dilahirkan pada 25 Ogos 1964, anak kelahiran Singapura itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2) Kuala Lumpur, Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur dan Institut Teknikal di Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 1982, Mohamed Azmin melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik dan Ekonomi) di Kolej Sains dan Kejuruteraan, Amerika Syarikat.

Beliau kemudian meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam Matematik dan Ekonomi di University of Minnesota dan Sarjana Pendidikan ( Matematik dan Ekonomi di Kolej Pendidikan dan Perkhidmatan Profesion Manusia, Amerika Syarikat.


Penglibatan awal Mohamed Azmin dalam politik bermula sekitar 1987 apabila Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad membuka peluang kepada beliau untuk membantu Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Pelajaran.

Beliau yang sebelum itu bertugas sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelajaran dilantik sebagai Setiausaha Peribadi kepada Anwar pada 1 Okt 1987 sehingga 1998.

Kesetiaan Mohamed Azmin kepada Anwar tidak berbelah-bahagi apabila beliau memilih untuk terus bersama ketuanya itu apabila Dr. Mahathir memecat Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 berikutan tuduhan liwat dan rasuah.

Insiden pemecatan Anwar juga merupakan permulaan kepada kekeruhan hubungan Mohamed Azmin dengan Dr. Mahathir yang dianggap sebagai bapanya sendiri, malah Mohamed Azmin merupakan antara yang paling lantang mengkritik bekas Perdana Menteri itu.

Mohamed Azmin merupakan antara pengasas Parti Keadilan (ketika itu) yang ditubuhkan pada 1999 bertujuan mencari keadilan untuk Anwar.



Pada 2010 beliau menjadi Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2010/2013 dan mengekalkan jawatan itu untuk penggal 2014/2017.

Pada PRU Ke-10 pada 1999, Mohamed Azmin yang mewakili Parti Keadilan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, menewaskan calon Barisan Nasional (BN)-Umno Datuk Fuad Hassan dengan majoriti 1,146 undi.

Pada PRU Ke-12, 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen Gombak apabila menewaskan calon BN-Umno Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi dan memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa apabila menewaskan calon BN-UMNO Haslinda Mohd. Zerain dengan majoriti 1,381 undi. Mohamed Azmin seterusnya mengekalkan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa untuk penggal kedua berturut-turut pada PRU Ke-13.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, beliau tidak pernah lepas daripada kontroversi, antaranya beliau pernah ditahan selama tujuh hari berhubung siasatan mengenai harta pendapatan di antara tahun 1992-1995.

Mohamed Azmin juga menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah, antaranya pada 2001 apabila beliau dan Ketua Pemuda Keadilan ketika itu Ezam Mohamed Noor didakwa di Mahkamah Majistret kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram ketika pilihan raya kecil DUN Lunas, Kedah - BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Pas bukan jenis 'palahap' semua - Hadi?


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, isu kerusi Menteri Besar Selangor tidak boleh diselesaikan melalui hukum akal semata-mata sebaliknya terdapat hukum-hukum syariat yang perlu dipatuhi.

Atas sebab itulah, tegas beliau, walaupun parti tersebut mempunyai kelebihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tidak membuat sebarang perjanjian bertulis dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, namun Pas tidak berebut atau pelahap' dengan jawatan tersebut.

"Walaupun Pas ada 15 kerusi, PKR ada 13 dan DAP 15, mengikut perlembagaan negeri Selangor, Menteri Besar mesti Melayu Islam, Pas tak rebut jawatan Menteri Besar, tetapi dalam hal ini ada hukum syaraknya, jangan hukum akal sahaja. Kita tak boleh biarkan di negeri dan rajanya, kita ada peranannya dan tidak boleh berdiam diri," katanya dalam ucapan penggulungan dan penangguhan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60, di sini hari ini.

Sebelum itu, beberapa pemimpin dan perwakilan ketika berucap di muktamar tersebut mendesak Pas menolak jawatan Menteri Besar Selangor jika sultan membuat keputusan menyerahkan kepada ADUN daripada Pas.

Mereka berpendapat, tindakan perlu dilakukan bagi menjaga integriti Pas yang sudah berjanji bahawa jawatan berkenaan milik PKR.

Abdul Hadi berkata, walaupun Pas tidak mahu jawatan tersebut, menyedari tanggungjawab dalam perkara itu, Pas mesti campur tangan untuk menyelesaikan kemelut tersebut sebagai satu amanah.

"Saya tidak rela mengheret ahli Pas ke dalam neraka jahanam. Oleh kerana itu, kita perlu campur tangan dalam masalah ini dan jangan pandang ringan, jangan pandang mudah, nak beri begitu sahaja," katanya sambil disambut laungan takbir oleh perwakilan dan pemerhati.


Dalam pada itu, Abdul Hadi turut mengecam tindakan dua ADUN Pas di Selangor yang menyokong Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dicadangkan PKR dan DAP bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan menggelar mereka sebagai 'broker' dan `barua'.

"Ini ada pula, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat kita, inikah etika kita bertahaluf? Kita tidak akan memandang ringan dua wakil rakyat kita yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua," katanya sambil menegaskan bahawa semua wakil rakyat parti itu telah berbaiah dan menandatangani surat aku janji.

Menurut beliau, tindakan pemimpin dan ahlinya yang tidak wala' ataupun taat kepada pemimpin parti adalah bertentangan dengan prinsip berjemaah dalam pati itu dan wala' kepada pihak lain adalah haram dalam sebuah jemaah Islam begitu juga dengan tindakan membocorkan rahsia mesyuarat parti serta membawa agenda pihak lain dalam parti.

"Wala' dengan pihak lain diharamkan, kita kena pegang kepada jati diri Islam," katanya.

Beliau berkata, ahli Pas bukan sahaja perlu taat, malah mesti menjaga adab dalam berjemaah dan tidak menjadikan parti sebagai alat untuk mencapai kepentingan peribadi.

"Jangan berkeras dalam benar, jangan tubuh jemaah dalam jemaah. Adat berjemaah perlu dipelihara, jangan ikut munafik.

Beradab dalam berbeza pendapat, jangan kacau parti rakan kita dan apabila kita tidak kacau, rakan pula jangan kacau kita," katanya.

Suara Politik
Belantan

Isnin, September 22, 2014

Betoi ka Mat Sabu tiada niat nak jatuhkan Haji Hadi?


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tiada niat sama sekali untuk menjatuhkan Presiden Pas itu.

Katanya, semua kenyataan yang dikeluarkan terutamanya dalam isu melibatkan kerusi Menteri Besar Selangor dibuat hasil daripada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat dan beliau hanya mengetuai sidang akhbar yang diadakan pada 17 Ogos.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tiada perubahan dilakukan dalam setiap perkataan yang dibacakan dalam sidang akhbar itu yang ditandatangani oleh Abdul Hadi.

"Saya nak sebut sekali lagi, apa yang saya cakap depan wartawan pada 17 Ogos itu adalah hasil mesyuarat. Tuan Guru (Abdul Hadi) mempunyai hal lain ketika itu, lalu saya mengetuainya dan saya baca kesemua yang ditandatangani Presiden tanpa ubah sedikit pun.

"Sama juga dalam sidang akhbar pada 7 September lalu, juga hasil mesyuarat jawatankuasa, saya tidak memandai-mandai," katanya dalam sesi penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-60, di sini hari ini.


Sepanjang muktamar selama tiga hari sejak Khamis lalu, Mohamad menjadi sasaran kecaman perwakilan apabila didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan Abdul Hadi dalam isu Menteri Besar Selangor.

Mohamad berkata, biarpun dalam sesetengah perkara beliau boleh menandatangani perkara tertentu ketika ketiadaan Presiden, namun rujukan tetap dilakukan termasuk kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali.

"Kalau dia kata jangan tandatangan lagi, saya tak lakukannya walaupun masa itu Presiden tiada dan saya yang patut tandatangan, ertinya kami bersama-sama dalam membuat keputusan.

"Tetapi dalam tuduhan-tuduhan dibuat, kita ni orang dan bukannya plastik yang menyebabkan kadang-kadang tu terasa kecil hati juga, balik ke rumah pun termenung," katanya yang menegaskan akan tetap menyokong kepimpinan Abdul Hadi.

Suara Politik
Belantan

Mahfuz The Mr.Bean akui imej hamPas tercalar teruk?



Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar The Mr.Bean mengakui imej Pas tercalar berikutan krisis dalaman yang berlaku dalam parti tersebut.

Sehubungan itu, tegas beliau adalah satu pembohongan jika terdapat pihak yang mengatakan imej parti tersebut tidak tercalar dan mengakui pihaknya menghadapi kesukaran untuk memperbetulkan keadaan.

"Kita berharap selepas tamatnya muktamar ini, Pas dapat menjalankan pelbagai program untuk mendekatkan parti itu dengan rakyat dan menggunakan segala kreativiti di semua peringkat bagi menggilap semula imej parti,'' katanya dalam sesi penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-60, di sini hari ini.

Sementara itu, Pas mempertahankan tindakan pemimpin parti itu memasuki gereja atas alasan memenuhi gerakan keperluan silang budaya.



Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa pula berkata, wujud suara yang menyatakan tindakan itu sebagai mahu menggadai agama dan mengikut kehendak penganut Kristian.

Beliau berkata, ahli perlu jelas tentang perkara berkenaan dengan mengetahui hala tuju parti selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan sunah.

"Atas kesedaran ini kita sudah menggerakkan keperluan silang budaya dengan mengadakan dialog bersama pelbagai pihak. Dalam isu kalimah Allah ketika berada di kemuncak, kita mengambil sikap untuk berdialog dengan arahan dan persetujuan Jawatankuasa Pas Pusat serta menyatakan pendirian,'' katanya.

"Ini bukan soal kita nak terlibat dalam isu kalimah Allah dari segi akademik, tetapi nak mengatakan Pas bersedia dan terbuka untuk berbincang,'' katanya.

Mujahid berkata, Pas mengambil pendirian yang cukup besar dalam soal berkenaan dan memberi impak khususnya kepada pihak gereja.

"Kita sudah beberapa kali diminta berucap mengenai dasar Pas dalam gereja oleh pihak gereja,'' katanya.

Lantaklah labu...!!!

Suara Politik
Belantan

Ahad, September 21, 2014

Pas sudah kaji ke video seks yang dikatakan Anwar?


Tetapi siapa pula lelaki ini...!!! Pas sudah kaji ke juga?



Lelaki ini nampak macam sama dengan lelaki diatas atau pelanduk dua serupa?


Macam pernah ku nampak lelaki ini, tapi di mana ya?


Fikir-fikirkan lah...!!!

Suara politik
Belantan

Memang 'hentam' Presiden Pas - Pasma?


Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) mengakui terdapat suara yang mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berundur dalam pertemuan bersama ahlinya di Kota Bharu, Kelantan pada 31 Ogos lalu.

Presiden Pasma, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi berkata, desakan itu dibuat atas alasan mahu memperkukuh pakatan pembangkang yang dilihat kian rapuh akibat krisis Menteri Besar di Selangor.

Namun katanya, desakan itu bukan pendirian rasmi Pasma sebaliknya hanya disuarakan oleh ahlinya yang juga merupakan ahli Pas di peringkat bawahan.

"Saya tak nafikan memang ada (desakan berundur). Tetapi itu bukan pendirian Pasma dan desakan itu bukannya datang daripada kepemimpinan parti di mana-mana peringkat, sebaliknya disuarakan oleh ahli Pas atas nama individu yang tidak memegang apa-apa jawatan.


"Memang mereka 'hentam' Presiden Pas tetapi bagi saya itu perkara biasa dalam politik. Semua yang hadir dalam pertemuan itu adalah penyokong pakatan pembangkang yang bertaraf ahli biasa tanpa jawatan. Jadi, mereka cuma boleh bersuara sahajalah," katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan dalam laman Facebooknya mendedahkan pertemuan Pasma itu sarat dengan perbincangan dan kritikan untuk menjatuhkan pucuk pimpinan Pas terutamanya Abdul Hadi.

Menyifatkan pertemuan itu sebagai majlis 'membelasah' pimpinan Pas, Nasrudin mendakwa menerima maklumat terdapat individu yang menyebut Jawatankuasa Pas Pusat sedia ada boleh menurunkan Abdul Hadi tanpa perlu menunggu muktamar.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, September 20, 2014

Adam Adli mendahului Anwar dipenjara 12 bulan kerana kenyataan menghasut?


"Walaupun tiada sebarang keganasan terjadi disebabkan kenyataan tertuduh, dia terlibat secara lantang dalam mengajak orang ramai menjatuhkan kerajaan sedia ada. Itu secara tidak langsung boleh menggugat perpaduan negara."

Demikian penegasan seorang pendakwa raya sebelum Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim setelah didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah, Mei tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berusia 25 tahun itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas sebelum itu turut memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam dan sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dengan sewenang-wenangnya.

"Latar belakang tertuduh sebagai mahasiswa juga membuktikan tertuduh adalah golongan terpelajar dan seharusnya lebih berhati-hati membuat sebarang kenyataan," ujarnya.

Terdahulu, peguam Latheefa Koya yang mewakili tertuduh meminta mahkamah mengenakan hukuman denda sahaja terhadap Adam Adli dan mengetepikan hukuman penjara kerana anak guamnya itu masih muda dan menuntut di sebuah kolej swasta dalam jurusan perundangan.

Menurutnya, tertuduh juga sentiasa memberi kerjasama kepada pihak mahkamah dengan menghadiri setiap tarikh perbicaraan yang ditetapkan.

Beliau juga mendakwa tindakan anak guamnya tidak mengakibatkan masalah terhadap negara dan sebarang kejadian tidak diingini seperti keganasan berlaku dalam kalangan orang awam sehingga sekarang.


Peguam N. Surendran yang turut mewakili tertuduh pula membangkitkan bahawa tiada bukti kukuh yang boleh membuktikan bahawa Adam Adli membuat kenyataan yang mengajak orang ramai menukar kerajaan secara tidak sah.

Tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju kemeja putih disematkan reben biru sebagai tanda solidariti didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di No. 1 Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara lima tahun.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dengan mengekalkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin. -UMO

Suara Politik
Belantan