Jumaat, September 05, 2014

Panass...!!! Dewan Ulama dedah wujud usaha 'tikam' Hadi Awang?


Dewan Ulama Pas mendedahkan wujud usaha terancang di peringkat pimpinan tertinggi parti itu untuk mencemarkan nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan cara 'menikam' Presiden Pas tersebut dari belakang.

Pendedahan pertama kali yang dibuat Dewan Ulama Pas itu hanya mengukuhkan lagi 'rahsia terbuka' bahawa parti tersebut kini mengalami perpecahan dalaman kronik melibatkan pertembungan kumpulan ulama dengan 'Anwarinas'.

Isu tersebut dipercayai sudah menjadi barah kepada Pas sehinggakan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mempersoalkan apakah masih ada pemimpin kanan parti itu yang berkiblatkan al-Quran dan sunnah.

"Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif. Usah dikira serangan di Facebook walaupun oleh mereka yang mengaku sebagai ahli Pas. Media tertentu dipergunakan secara terancang.

"Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu Menteri Besar Selangor sebagai kenyataan peribadi," kata Mohd. Khairuddin sebagaimana dipetik daripada laman Facebooknya.


Perpecahan dalaman Pas akibat pertembungan antara golongan ulama dan kumpulan yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim mula dikesan sejak 2008 dan polanya makin ketara selepas muktamar parti itu, yang menyaksikan ramai tokoh agama kecundang.

Meskipun cuba dinafikan pucuk pimpinan Pas sebelum ini, ramai pemerhati politik dan rakyat keseluruhan dapat menghidu krisis berkenaan terutamanya selepas Abdul Hadi hilang cengkaman ke atas parti walaupun bergelar Presiden.

Kemuncaknya apabila berlaku krisis politik di Selangor membabitkan kedudukan Menteri Besar apabila beberapa pemimpin kanan yang diketahui pro-Anwar bertindak membelakangkan Abdul Hadi selain menyarankan agar ahli tertentu keluar daripada Pas.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin mempersoalkan fitnah yang cuba dimainkan kelompok berkenaan berikutan tuduhan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kononnya ada institusi tertentu dalam parti berkenaan dikuasai UMNO.

"Tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan kononnya ada institusi tertentu telah dikuasai oleh UMNO. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini," soalnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: