Jumaat, Disember 11, 2009

Apa Lagi Yang Bukan Melayu Mahu Dari Orang Melayu!

Sejak dari selesai PRU ke-12 yang lepas dan sepertimana yang kita ketahui akan keputusannya dimana lima negeri telah jatuh ketangan pembangkang, kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu. Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO didalam Barisan Nasional. Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku didalam senario politik negara.

Penulis tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, dimanakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh dibelakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang. Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan Barisan Nasional jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Dimanakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk selama ini sejak dari merdeka lagi diantara semua parti-parti komponen Barisan Nasional. Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan dari orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah perolehi dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini. Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu?

Ingatlah kaum bukan Melayu,orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri. Orang Melayu tidak mahu hidup merempat ditanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta apa-apa dari bukan Melayu. BN yang ditunjangi oleh UMNO telah berusaha merangka berbagai polisi untuk menaikan taraf hidup orang Melayu sejak merdeka disamping tidak mengabaikan hak-hak kaum lain. Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah-sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.

Ingatlah kaum bukan Melayu, tidak ada didalam dunia ini manusia yang begitu baik bernama “ Melayu “ yang sanggup menerima kaum-kaum pendatang ini sebagai warganegara setelah negara mencapai kemerdekaan. Tanah Melayu tidak meletakkan apa-apa syarat kepada kaum bukan Melayu untuk menerima mereka sebagai warganegara Tanah Melayu. Malah mereka bebas mengamalkan adat resam mereka selepas merdeka.

Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayai hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu. Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya. Bagaimana pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang rata-ratanya orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah.

Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia sepertimana yang ada pada masa ini. Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu diatas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara? Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah.

Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri. Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian dari tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar “ tuan “.

Maka tidak perlulah bukan Melayu terus mempersoalkan akan Ketuanan Melayu kerana semuanya sudah termaktub didalam perlembagaan. Boleh dikira dengan jari berapa ramai perajurit yang berpangkat rendah dari kalangan bukan Melayu kecuali bumiputra dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat didalam pasukan angkatan tentera Malaysia. Kalau mereka benar-benar sayangkan negara mengapa mereka tidak mahu menyertai angkatan tentera Malaysia bermula dari pangkat paling bawah. Kalau adapun yang mahu menyertai ,mengapa mereka cuma memilih untuk pangkat-pangkat atasan sahaja. Apakah jijik sangat pangkat bawahan itu?

Mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup menggalas tangungjawab ini meninggalkan anak dan isteri serta keluarga berada didalam hutan atau disempadan untuk menjaga keselamatan negara sedangkan kaum bukan Melayu yang mendabik dada mengatakan yang mereka juga adalah “ tuan” kepada tanah air ini duduk bersenang lenang dengan rumah besar, kereta mewah dan segala kemewahan yang lain. Sanggupkah mereka yang bongkak dan lupa daratan ini berada bersama-sama perajurit Melayu didalam hutan demi menjaga keselamatan negara? Dimanakah bukan Melayu bila setiap tahun Tabung Rayuan hari Pahlawan dilancarkan? Berapa ramai yang sanggup menderma bagi membantu ahli-ahli keluarga perajurit yang daif ataupun yang terkorban semasa menjalankan tugas?

Begitu juga dengan tugas-tugas menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Berapa ramaikah bukan Melayu yang mahu menjadi konstabel Polis? Mengapa jika ada cuma memilih pangkat atasan sahaja. Adakah pangkat bawahan ini untuk orang Melayu sahaja? Bukankah soal keamanan adalah tanggungjawab bersama. Malah ada ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kredibiliti anggota polis dalam menjaga keamanan negara. Sepatutnya sebagai rakyat dan pembangkang, beliau menyeru kepada bukan Melayu untuk menganggotai pasukan polis bagi sama-sama menjaga keamanan. Ini tidak, malah mempersalahkan pasukan polis dengan kadar jenayah yang tinggi sekarang.

Bagi penulis tanggungjawab pasukan Polis adalah seperti berat mata memandang, tetapi lebih berat bahu yang memikul . Cuma yang faham sahaja yang akan menghormati kerja-kerja yang ditanggung oleh pasukan Polis. Adakah tugas-tugas menjaga keselamatan dan keamanan terletak dibahu orang Melayu sahaja sedangkan kaum bukan Melayu sibuk menghimpun harta kekayaan. Adakah bukan Melayu pernah bersyukur dengan kenikmatan dan hidup senang lenang mereka sekarang adalah hasil dari susah payah orang Melayu yang menjadi pewaris kepada bumi tercinta ini.

Jika bukan Melayu masih lagi mempersoalkan tentang Ketuanan Melayu, adalah lebih baik mereka cermin dulu diri masing-masing tentang asal-usul mereka. Hayati apa itu kontrak sosial, apa itu rukun negara dan apa yang termaktub dan terkandung didalam perlembagaan. Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr,Nazrin tidak lama dahulu:

Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘ Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung ‘.

Sama-samalah kita renungkan.

Suara Politik
Taminsari

5 ulasan:

hasellusiby berkata...

salam ziarah, jika mahu mengetahui rahsia nusantara, islam dan kebangkitan akhir zaman sila mengunjungi www.nusanaga.blogspot.com

tabuan berkata...

Mereka memang kaya dengan sifat sikap ultrakiasu, sifat dan sikap yang mahu menang dalam semua pekara, tidak menjadi salah kepada mereka dalam memiliki sifat-sifat dan sikap sebegini.

Begitu juga tindakan wakil DAP yang mempersoalkan hak-hak keistimewaan org melayu, tidak salah mereka mempersoalkan akan hal ini. Ini kerana adalah kerana mereka adalah wakil yg di pilih oleh kaum mereka dan mereka mampu membawa suara tersebut ke tengah yang mampu di dengar dan di bahaskan. Apabila mendapat kritikan daripada pelbagai pihak itu bermakna mereka berjaya, masalah mereka di bincangkan...

Tetapi dalam kita marah dengan mereka, dengan suara lantang wakil mereka, apa sudah jadi dengan wakil kita, masih tidur lagi kah...

Membela bangsa bukan setakat memberi warning kepada mereka "Jangan ungkit hak melayu" Melayu lah tuan di negara ini" jangan kurang ajar...abis maki balik tidur...apakah ini di namakan perjuang melayu, memmperjuangkan bangsa melayu.

Dalam suasana dunia hari ini, dunia di mana org semua perlu bersaing untuk hidup, memerlukan ilmu dan kepantasan maklumat untuk terus hidup dan maju, umat Melayu dan pemimpin melayu perlu memikirkan satu kaedah lain untuk masalah umat ini.

Apakah UMNO yang membela umno dulu, kini dan selamanya, masih boleh di harap untuk membela umat melayu?

Tabuan: apakah melayu itu menjadi tuan sekiranya dia hanya menjadi jaga di depan pintu rumah tawkey, atau pon tuan kah melayu itu sewaktu dia menjadi pemandu membawa tuan cina nya...

YANG GAMBI berkata...

Bro, selagi mereka ini masih belum dapat jadikan Malaysia macam Singapura........ Melayu dah banyak yang dia orang bodohkan..... cuma tinggal Melayu UMNO je lagi yang masih bertahan....

.. berkata...

Salam,

Melayu sudah jauh tersisih dan dihina di Tanah "Melayu" sendiri. Singapura (Temasik) sudah lama tergadai.... kini Tanah Pusaka akan terlucut. Salah siapa?

Budaya dan adat Melayu yang amat berbudi bahasa dan bersopan santun ini telah memakan diri. Diambil kesempatan oleh pergerakan pro kominis melalui politik gaya Inggeris. Saya merasa curiga plus hairan kenapa begitu ramai rakyat Malaysia berketurunan Cina? Mereka membiak terlalu pantas... atau...

Adakah mereka dari keluarga asal yang diberi taraf kerakyatan semasa kemerdekaan dahulu? Atau ada penyeludupan terancang?

Malang sungguh nasib Melayu, Sultannya sendiri diperkotak katekkan... nasib baik masih ada Sultan yang berpelajaran dan disegani, jika tidak semakin biadaplah mereka. Kenapa mereka terlalu biadap? Kerana kita Melayu yang membenarkannya. Madu Pahit yang terpaksa ditelan.

UMNO memang menjaga orang Melayu selama ini, tetapi UMNO juga yang merosakkannya bila terlalu sayangkan jawatan PM (adakah dia Melayu?) Kerosakan berlaku bilamana agama dipermainkan dan ditolak ke sisi. Inilah hakikatnya. Bila tidak lagi beragama atau berpura-pura beragama (wanita, arak, judi menjadi mainan) masakan ada lagi kebersihan dan kejujuran dalam diri.

Perniagaan dan Syarikat gergasi dikuasai oleh bukan melayu. Ini bermakna wang banyak beredar dikalangan mereka. Untuk mendapat tempat dalam institusi politik sesaorang itu memerlukan dana yang agak besar. Walaupun punyai ijazah yang berjela-jela, mereka tidak akan berdaya untuk bersaing jika tiada wang biaya. Dari mana punca kewangan yang boleh diperolehi? Bolehkah dipinjam dari bank? Tentu sekali tidak.

Dari sini ujudlah apa yang dikatakan proksi dan bayang-bayang politik. Para peniaga yang kaya ingin lebih kaya lagi sanggup mengeluarkan belanja bagi menampung keperluan calun-calun yang terjamin akan menang dan seterusnya mendapat balik "pelaburan" mereka bersama dengan "bunga" yang berlipat kali ganda.

Itulah yang berlaku dan pemimpin UMNO ini telah tergadai jiwanya. Bertuankan bangsa asing yang berbentuk bayang-bayang hitam. Taukey yang tamak haloba. Dari sini budaya "shit" itu terus berkembang menjadi barah yang semakin parah. Menjalar sehingga ke tahap paling bawah... Ketua Bahagian dan Cawangan. Untuk kembali kepada jalan lurus tentunya amat payah kerana sudah terbiasa dan terikat. Nilai dan kedaulatan bangsa sedikit demi sedikit telah terhakis atau dihakis.

Cuba kita bayangkan jika diri kita yang berada situasi tersebut, apakah kita akan menolak jika disogok semasa kita amat memerlukan??? Islam, ugamaku... tidak lagi menjadi keutamaan dan mula meliar menjadi tamak pula.

Kesempatan ini disambar segera oleh mereka yang senantiasa menunggu peluang.

Salah siapa?

.. berkata...

Suka atau tidak kita harus mencari alternatif lain untuk menyelamatkan bangsa ini dari menjadi hamba atau pecacai kepada penjajah baru. Maruah mesti dipertahankan.

Boleh atau tidak itu terserah kepada kepercayaan masing-masing, kesedaran wajib kita pupuk di kalangan anak bangsa supaya sentiasa berwaspada. Walaupun situasi semasa nampak tenang dan selesa kita tidak boleh alpa, mungkin akan berubah dalam keadaan tak semena-mena.

Beralihlah semula kepada sistem raja/sultan Islam. Islam disini ialah raja yang benar2 Islam bukan mereka yang suka berjudi dan berzina (sejarah lalu banyak memaparkan sikap raja dan anak raja Melayu sedemikian). Tinggalkan sisten berperlembagaan buatan Inggeris ini yang tentunya akan menghancurkan orang Melayu jika diteruskan.

Paling menyedihkan bila ada maklumat para pemimpin Malaysia UMNO tentunya di "main control" oleh pertubuhan rahsia tajaan Yahudi... Freemason, Illuminati dan Jesuits. CIA adalah agen yang berada diluar memainkan peranan mengatur perjalanan politik disesabuah negara termasuk. merancang dan memerangkap Malaysia untuk patuh kepada kehendak mereka.

Matlamat mereka ialah menghancurkan Islam. Mereka amat membenci Islam sebab itu DAP begitu berani menyuarakannya kerana mereka tahu UMNO tidak lagi berupaya menghalang. UMNO dan PAS mesti bersatu diikuti sebahahagian dari PKR... membangunkan gerakan memilih Sultan (yang terbaik) sebagai Khalifah Islam yang pertama. Pentadbiran dilaksana mengikut Syariat dan kafir harbi akan dikenalpasti dan dihapuskan. Begitu juga kaum munafikin (Islam Pura-pura). Kembalikan kekuatan Islam di Malaysia dan Tanah Melayu khasnya.

Kita tiada pilihan sebenarnya. Biar mati bergalang tanah dari hidup berputih mata... Maruah bangsa yang telah tercemar.

Lupakan sengketa yang menguntungkan orang lain, yang semakin nyata memusuhi kita.

sekian, wassalam.