Selasa, Jun 18, 2013

Laporan polis terhadap Nurul Izzah sudah lama di buat ( 23 Ogos 2010 ), hasil siasatannya bagaimana?


Pada 23 Ogos 2010, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya yang memperlekehkan kemampuan pasukan keselamatan negara dan kerajaan Malaysia kepada media asing!

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Tun H.S Lee di sini pada pukul 12.30 tengah hari. Mohd. Zahid ketika ditemui pemberita selepas itu berkata, Nurul Izzah dalam wawancara bersama akhbar Harian Kompas di Indonesia pada 4 Ogos 2010 lalu telah mempertikaikan kemampuan operasi kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.


Katanya, selain itu, Nurul Izzah juga turut melakukan pembohongan besar tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan mempersendakan pelan ekonomi yang telah membangunkan negara selama ini.

Sehubungan itu, kata Mohd.Zahid, pihaknya meminta polis menyiasat tindakan Nurul Izzah yang tergamak 'melacurkan' keselamatan negara demi meraih simpati politik untuk kepentingan keluarganya.

"Ia memberi gambaran buruk dan menjejaskan imej Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Seperti yang telah dimaklumkan media tempatan kapal selam dimiliki negara itu telah melakukan beberapa siri ujian termasuk mengebom dan ia berjalan lancar.


"Dengan pembohongan yang telah dilakukan Nurul Izzah kita bimbang pihak luar cuba menyerang negara dan merosakkan keselamatan negara. "Dengan tindakan tersebut saya tidak nampak semangat patriotik dalam diri Nurul Izzah sebagai ahli parlimen yang perlu memperjuangkan hak rakyat dan negara," ujarnya.

Namun sehingga kini tiada perkhabaran atau sebarang tindakan susulan dari pihak polis mengenai laporan tersebut?

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: