Khamis, Jun 06, 2013

DAP Lim Guan Eng kena TIBAI dengan Puad Zarkashi!


DAP terbukti amal perkauman

Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh UMNO sebagai parti perkauman kerana menolak cadangan semua parti komponen di bawah Barisan Nasional (BN) bergabung menjadi sebuah parti tunggal dilihat bertujuan menutup imej sebenar DAP.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, DAP sebenarnya lebih terbukti sebagai parti perkauman selepas berjaya menambah kerusi melalui tsunami Cina dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berbanding Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"DAP tidak menang pun sebarang kerusi di kawasan majoriti Melayu, bahkan tidak berani bertanding di kawasan tersebut.

"Malah, melalui monopoli undi Cina, DAP berjaya membantu PKR menewaskan calon UMNO yang bertanding di kerusi yang peratus pengundi Melayu dan Cina hampir seimbang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Guan Eng melalui artikel yang disiarkan di laman webnya di www.limguaneng.com baru-baru ini.

Artikel itu menyebut, keengganan UMNO menjadi parti tunggal yang inklusif atau berbilang kaum menunjukkan parti itu berterusan mahu memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum demi memelihara kekuasaan mereka.

Menurut Mohd. Puad, DAP resah selepas isu tsunami Cina diperbesarkan kerana bimbang orang Melayu akan menjauhkan diri daripada parti itu apatah lagi perkara tersebut boleh menjejaskan hubungan mereka dengan Pas.

Perkara itu, kata beliau, turut menjelaskan mengapa DAP bersungguh-sungguh membantah penayangan filem Tanda Putera kerana mahu menutup sejarah dan cuba membohongi rakyat tentang sikap perkauman mereka.


"DAP sebenarnya berjaya menghasut pengundi muda Cina bahawa sosial kontrak tidak bermanfaat dan perlu dibatalkan.

"Sedangkan sosial kontrak yang membantu negara menangani masalah kaum di negara ini termasuk mewujudkan sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT),'' katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, walaupun UMNO hanya untuk orang Melayu tetapi parti itu komited dengan dasar yang inklusif.

"Dasar itu menjadi dasar utama BN sedangkan pembangkang sehingga hari ini gagal didaftarkan kerana terhalang dengan dasar kecinaan DAP yang tidak serasi dengan dasar Islam Pas yang juga sebuah parti hanya untuk orang Islam," katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: