Ahad, Jun 23, 2013

Perhimpunan Blackout 505 kurang sambutan - Mat Sabu pijak bendera PAS?

Sikap biadap Mat Sabu yang memijak Bendera PAS!

Perhimpunan haram anjuran Anwar Ibrahim yang diuar-uarkan sebagai kebangkitan rakyat bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PR-13) ternyata kurang sambutan apabila dihadiri hanya kira-kira 20,000 orang.

Jumlah kehadiran peserta yang berhimpun di tujuh lokasi sebelum berarak ke Padang Merbok ternyata jauh daripada sasaran pemimpin pembangkang iaitu 500,000 orang.

Berikutan keadaan itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim terpaksa memberi alasan bahawa ia berlaku kerana masalah jerebu yang melanda ibu negara.

Bagaimanapun alasan Anwar itu ternyata sekadar untuk menutupi kegagalan pakatan pembangkang semata-mata kerana sebahagian besar peserta mula meninggalkan lokasi utama di Padang Merbok seawal pukul 4 petang iaitu sebelum beliau berucap.

Kegagalan untuk menarik lebih ramai peserta menyertai perhimpunan itu dikatakan berlaku berikutan perasaan kecewa penyokong-penyokong pembangkang yang berasa dipermainkan apabila pemimpin-pemimpin mereka membuat keputusan untuk menghadiri majlis angkat sumpah anggota Parlimen.

Tindakan itu dilihat bertentangan dengan kenyataan mereka sebelum ini bahawa PRU-13 dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) melalui penipuan.

Sungguh jelas wajah kekecewaan  terpancar di muka Mat Sabu dan Anwar Ibrahim apabila perhimpunan haram anjuran mereka kurang mendapat sambutan!

Kekecewaan itu diluahkan oleh sesetengah peserta yang berkhemah di padang berkenaan apabila mereka memaparkan tulis mengkritik sikap hipokrit pemimpin-pemimpin pembangkang.

Berikutan itu juga ia memungkinkan jumlah kehadiran peserta di tujuh lokasi yang ditetapkan oleh penganjur mengecewakan mereka.

Sebagai contoh, tinjauan pemberita di pekarangan Universiti Malaya (UM) yang tersenarai sebagai salah satu lokasi berhimpun peserta hanya disertai kurang daripada 300 penyokong mahasiswa dan golongan muda.

Keadaan itu jelas menunjukkan mahasiswa tidak termakan pujuk rayu dan provokasi pembangkang diketuai Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin supaya mereka menyertai perhimpunan berkenaan.

Di enam lagi lokasi, situasi juga sama biar pun ia dimulai dengan ucapan oleh beberapa pemimpin pembangkang termasuk Naib Presiden PKR, Tian Chua.


Selain itu, kebijaksanaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keadaan dengan menempatkan jumlah minimum anggotanya memungkinkan hasrat sesetengah peserta untuk melakukan provokasi dengan tujuan mencetuskan huru-hara terbantut.

Bagaimanapun perhimpunan itu tetap menyaksikan sikap biadab sesetengah peserta apabila mereka bukan sahaja membawa sepanduk memaki hamun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi juga pemimpin negara dan media arus perdana.

Sementara itu, Provokasi penyokong punca anggota DBKL dikasari!

Tindakan provokasi dan kata-kata kesat sekumpulan peserta perhimpunan didapati menjadi punca insiden dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari di Padang Merbok petang semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang penguatkuasa DBKL berusia 51 tahun berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, pengadu memaklumkan kejadian tercetus apabila seorang Kadet Inspektor Penguasa (KIP) dan Penguasa DBKL cuba mengambil gambar dan menutup khemah yang mula dipasang setelah mendapat arahan.

"Pengadu dan KIP telah ke khemah yang didirikan dan meminta orang yang bertanggungjawab untuk membuka khemah dan tiba-tiba, sekumpulan lelaki seramai 20 hingga 30 orang mengerumuni pengadu dan KIP," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini malam tadi.



Beliau berkata, kumpulan itu kemudian membuat provokasi dengan menolak pengadu dan KIP serta melontarkan kata-kata kesat.

Pengadu dan KIP itu bagaimanapun berjaya dibawa keluar oleh anggota DBKL dan polis daripada kumpulan berkenaan sebelum insiden lebih teruk berlaku.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 186 kanun keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas, katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: