Selasa, Jun 11, 2013

Boikot angkat sumpah hina Parlimen - Pandika Amin?


Ahli-Ahli Parlimen yang tidak hadir pada hari pertama pembukaan Parlimen untuk mengangkat sumpah jawatan boleh dianggap sebagai penghinaan kepada Perlembagaan dan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandika Amin Mulia berkata, di bawah Peraturan Mesyuarat 1 Dewan Rakyat, Ahli Parlimen mesti hadir kecuali atas sebab-sebab kesihatan atau yang tidak dapat dielakkan.

Tegasnya, di bawah Artikel 59 (1) sekiranya seseorang Ahli Parlimen gagal mengangkat sumpah dalam tempoh 6 bulan dari hari pertama pembukaan Dewan Rakyat jawatan mereka akan terlucut secara automatik.

Kalau dia tidak datang hari pertama untuk angkat sumpah bukankah itu satu penghinaan kepada sistem, selepas itu kerana takut dilucut jawatan kemudian mencari sebab untuk mengangkat sumpah, kenapa buat begitu?

Ketika ini hanya seorang Ahli Parlimen dari pembangkang yang kelihatan hadir di majlis taklimat ini iaitu Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa.

Kalau mereka buat begitu, jika saya dilantik semula sebagai Yang Dipertua saya juga boleh memboikot mereka angkat sumpah pada hari yang berlainan, betul? Kalau mereka boleh boikot mengikut prinsip demokrasi saya juga barangkali boleh membuat pendirian memboikot pada hari mereka angkat sumpah,รข€ kata Pandika Amin.

Beliau mengulas dakwaan kononnya Ahli Parlimen pembangkang akan memboikot majlis angkat sumpah pada hari pertama pembukaan Dewan Rakyat penggal ke-13 yang dijadualkan bermula pada 24 Jun ini.

Pandika Amin bercakap dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Taklimat kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat Parlimen Ke-13 dan pelancaran e-Buku Profil Parlimen Malaysia di Parlimen hari ini.

Agenda hari pertama ialah memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat apabila terpilih dia mengangkat sumpah, kemudian Ahli parlimen yang menang pula mengangkat sumpah, diikuti dengan pemilihan Timbalan-timbalan Yang Di Pertua dan akhirnya usul khusus ditujukan kepada Ketua Polis Negara mengenai memberi kemudahan kepada Yang Berhormat mengenai lalu lintas di Parlimen, kata Pandika Amin.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: