Jumaat, Jun 14, 2013

Indah khabar dari rupa - Bekas pesuruhjaya polis Singapura dipenjara kerana rasuah?

Sekadar gambar hiasan

Bekas Pesuruhjaya Polis Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Peter Lim dikenakan hukuman penjara enam bulan hari ini selepas didapati bersalah menerima rasuah.

Lim didapati bersalah pada bulan lalu kerana menerima habuan seks oral daripada seorang wanita yang mahu mendapatkan kontrak kerajaan pada Mei 2010.

Hakim Mahkamah Daerah, Hamidah Ibrahim yang mengenakan hukuman itu berkata, denda itu tidak memadai dengan perbuatan pesalah yang menjatuhkan martabat perkhidmatan awam.

Lim bagaimanapun masih bebas atas ikat jamin sementara menunggu rayuan. - AFP

Moral of the story - Rasuah itu ada dimana-mana dan bermacam cara. Tak perlulah mendabik dada mengatakan negara itu bersih dari gejala RASUAH!

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

assaad berkata...

Sepatutnya Mahkamah Malaysia seharusnya berbuat seperti Di Singapura. Yang bersalah patut dihukum. Bukan setakat memberi amran. Macam ada udang di sebalik batu. Bila puak BN yang kena tak terlepas mereka terima hukuman.

Tetapi bila puak PR yang kena buang kes gitu aje. Ada apa-apa ke. Atau puak anuarism sudah bertapak di dalam kakitangan kerajaan?

Fikir-fikirlah.....

Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com