Khamis, Jun 13, 2013

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina - Chew Mei Fun dan janji politik?

Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 8 Jun 2013 melalui ruangan Pendapat YuanLun memaparkan tulisan Lim Keng berkaitan janji politik dan kepulangan seorang pemimpin MCA.

Berita tersebar menyatakan bekas Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun akan kembali semula. Jika benar, itu bukan satu masalah besar baginya kerana kepercayaan dan keyakinan diperolehi disebabkan berpegang pada janji sehingga akhirnya beliau disanjung dan mendapat kepercayaan ramai. Berikutan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek tidak akan bertanding, Mei Fun ada alasan dan mempunyai kekuatan untuk kembali ke kedudukan asal ataupun lebih tinggi daripada itu.

Seperti Winston Churchill yang bimbang British akan kalah semasa Perang Dunia Kedua, selain meminta bantuan Amerika, beliau turut berbincang dengan musuh untuk berdamai secara senyap. Orang nombor dua Jerman, Rudolf Hess secara rahsia memandu pesawat ke England untuk berbincang dengan Churchill. Pada saat itu juga Amerika umumkan tentera bersekutu akan masuk, Churchill dengan segera mengarahkan Hess ditangkap dan dikurung sehingga Jerman menyerah kalah.


Ahli politik tidak takut mengingkari janji sendiri. Orang British tidak marah Churchill ingkar janji kerana waktu itu musim perang, menang dan terus hidup adalah segala-galanya. Ahli politik yang sejati selamanya tidak gentar jika ingkar janji mereka sendiri semata-mata untuk orang ramai.

Apa maksudnya tidak mengikut rentak? Ini maknanya mereka telah merentasi kesederhanaan dan kebodohan ahli politik. Mereka bukan tidak menghormati janji tetapi lebih mementingkan tidak menuruti janji-janji itu jika dapat memberikan lebih banyak faedah kepada orang ramai.

Mungkin perkara ini kelihatan tidak jujur, sebaliknya taktik seperti ini sungguh hebat dan luar biasa kerana mereka mahu “tinggalkan tempat" seperti Mei Fun, langsung tidak mengenal erti janji-janji.

Mei Fun berani bercakap dan mengotakan janjinya sendiri, ia juga melambangkan kedudukan beliau di tempat yang tinggi. Sebaliknya, pemimpin MCA yang berfikiran berkecamuk membuktikan Mei Fun bukan orang sebarangan, membuatkan beliau menang pusingan pertama.

Ini seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, akhirnya Mei Fun tidak mahu duduk dalam Kabinet, beliau memang berani tetapi tidak faham bahawa politik itu memerlukan keberanian bersikap ‘tidak kisah’. Boleh maju ke hadapan ikut rentak dan boleh berundur untuk berfikir sejenak. Jika Mei Fun dapat kekal di kedudukannya, sudah tentu masih boleh lakukan sesuatu bermanfaat kepada orang ramai.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: