Selasa, Jun 11, 2013

Sedarlah Cina - Apa matlamat kamu semua hidup di Malaysia.?


Di sebalik sentimen perkauman tebal majoriti kaum Cina hasil daripada mainan politik parti paling rasis iaitu DAP, ada segelintir suara daripada kalangan Cina yang rasional dan bersikap terbuka.

Antara yang menarik perhatian ialah ucapan Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Prof. Dr. Teo Kok Seong pada Program Bicara Eksekutif Budaya 2013 di Kuantan, Khamis lepas.

Beliau secara terbuka mengingatkan kaum Cina terutama Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya sedar tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum itu terus hidup sebagai ‘Cina’ kecuali Malaysia.

Peringatan beliau sangat tepat pada masanya. Mungkin pedih bagi kebanyakan orang Cina tetapi itulah realiti yang harus diakui. Meminjam kata-kata pemikir strategik Sun Tzu, kekuatan bukan bertunjang kepada emosi tetapi kepada kebijaksanaan terutama menyesuaikan diri mengikut cabaran.


Dalam konteks politik Malaysia, kita ingin mencelah bahawa Cina yang emosi dan rakus akan merugikan kaumnya sendiri yang sudahpun menguasai ekonomi.

Ada beberapa lagi hujah menarik daripada Kok Seong. Antaranya beliau menasihatkan Dong Zong supaya berhenti membuat tuntutan melampau sebaliknya berpegang kepada resam ‘di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.’ Katanya lagi, realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan orang Melayu merupakan teras atau kuasa dominan politik, harus diakui oleh semua pihak termasuk kaum Cina.

Beliau turut mengulas kritikan Dong Zong terhadap pelantikan menteri yang tidak fasih berbahasa Mandarin, yang dianggapnya bukan isu besar.


‘‘Perkara ini melampau sedangkan orang Cina yang tidak fasih Bahasa Melayu langsung tidak diungkit. Orang Cina pun tidak pernah baiki keadaan ini. Ini sesuatu yang tidak baik, saya kira sudah waktunya perkara ini dibincangkan betul-betul, apa matlamat orang Cina hidup di Malaysia.

‘‘Kalau pergi Indonesia, kena tukar nama dan sekolah Cina tidak ada. Thailand pun sama. Di Malaysia kita boleh jadi orang Cina , pergi sekolah Cina dan merayakan apa -apa sahaja perayaan," katanya.

Tidak perlu ulas panjang, mesej Kok Seong cukup kuat. Ibarat siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya!

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: