Khamis, Jun 27, 2013

Cubaan sogok Sirul tidak pelik - Zulkifli Nordin!


Cubaan pembangkang menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar Umar bagi memaksa bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu membuat kenyataan palsu mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu bukan sesuatu yang pelik.

Bekas peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Nordin berkata, beliau tidak terkejut dengan pendedahan cubaan sogokan bernilai RM3 juta kerana sewaktu mengendali kes Ketua Pembangkang dulu, memang terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri.

Malah katanya, usaha terancang untuk memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan model Mongolia tersebut telah didedahkan secara panjang lebar oleh beliau sewaktu persidangan Dewan Rakyat penggal lalu sehingga mengejutkan banyak pihak.


"Saya langsung tidak terkejut mengenai cubaan untuk menyogok keluarga Sirul dengan menawarkan wang tunai RM3 juta. Ini kerana memang sejak dahulu Anwar dan pemimpin pembangkang lain merancang untuk memfitnah Perdana Menteri menggunakan isu pembunuhan Altantuya.

"Sekarang keadaan lebih terdesak kerana Anwar dan pembangkang sudah kehabisan isu untuk menipu rakyat. Jadi untuk menghidupkan kembali isu, mereka cuba menyogok agar Sirul membuat kenyataan palsu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Minggu lalu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman membuat pendedahan melalui TV3 bahawa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Sirul dengan wang tunai RM3 juta agar bersetuju membuat kenyataan palsu ke atas Najib.


Dalam pada itu, Zulkifli menyelar sikap membisu Jabatan Peguam Negara yang sehingga kini tidak mengambil sebarang tindakan, walaupun telah seminggu pendedahan mengenai rancangan mensabotaj kes pembunuhan Altantuya dengan cubaan sogokan wang tunai dibuat.

Katanya, kegagalan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak secara proaktif dan tegas dalam banyak perkara yang berkait dengan pembangkang, meskipun jelas menyalahi undang-undang menimbulkan persepsi salah iaitu mereka bebas melakukan apa sahaja.


"Kini wujud persepsi di kalangan rakyat bahawa Jabatan Peguam Negara memilih bulu dalam melaksanakan tugasnya kerana pantang ada silap dilakukan pemimpin kerajaan pasti ada pendakwaan tetapi apabila membabitkan pembangkang mereka membisu," katanya.

Bagi penulis agak hairan jugalah apabila kes rasuah yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr.Khir Toyo, Peguam Negara dalam masa 24 jam memberikan respon untuk mengulas hukuman yang dijatuhkan terhadap Dr.Khir Toyo!

Namun untuk kes ini mengapa sepi membisu? Mungkin betulah kata Datuk Zulkifli, adakah Peguam Negara 'memilih bulu' dalam melaksanakan tugasnya? Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: