Isnin, Jun 03, 2013

Sakit mental Anwar semakin kronik - Pertikai titah YDP AGONG?


Nampaknya sakit mental Anwar semakin kronik sekarang apabila mempertikaikan titah yang di-Pertuan Agong yang menggesa rakyat di negara ini menerima keputusan Pilihan Raya 2013 dan menuduh ianya oleh disediakan Jabatan Perdana Menteri (JPM)! Pakatan Rakyat (PR) jelasnya bersedia menerangkan pendirian mereka berhubung protes menolak keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menitahkan pada Sabtu lalu agar semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan.

“Kita tahu sistem Perlembagaan di negara ini, ucapan Yang di-Pertuan Agong dibuat Jabatan Perdana Menteri, kemudian disahkan oleh perdana menteri, seterusnya dihantar oleh Pejabat Perdana Menteri untuk pertimbangan Agong,” kata Anwar kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.


Menurut Anwar lagi, PR juga bersedia menulis warkah bagi menjelaskan tindakan mereka kepada Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta menerangkan penipuan dan kecurangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kalau perlu kita boleh tulis warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, menerangkan kecurangan dan keterlaluan dalam sikap SPR, serta kemuki bukti penipuan yang nyata.

“Kami menghargai kenyataan oleh Agong, namun ucapan itu disiapkan kerajaan,” katanya.

Dalam titah baginda, Seri Paduka mahu agar prinsip-prinsip seperti demokrasi berparlimen yang sihat dan matang, Raja Berpelembagaan sebagai teras kestabilan nasional, menghormati falsafah Persekutuan, meraikan kepelbagaian, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan memuliakan kedaulatan undang-undang dijadikan teras panduan kepada proses itu.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: