Khamis, Jun 20, 2013

DAP tidak boleh lagi bersandiwara..!!! Slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) DAP tidak lebih macam kucing kurap?


DAP tidak boleh lagi bersandiwara dan berbelit-belit mengenai kontroversi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun lalu.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, DAP mesti memberi kerjasama penuh kepada siasatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk membuktikan ketelusan parti itu.

“Ini satu peluang terbaik untuk DAP berterus-terang, tidak perlu lagi berbelit-belit dan bersandiwara, lagipun, mereka juga yang selama ini melaungkan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).

“Jika terbukti benar berlakunya kesalahan, mereka kena minta maaf, baharu nampak bermoral. Kalau tidak, slogan CAT itu kita boleh anggap tidak lebih daripada kucing kurap," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti mengenai silap kira undi yang berlaku dalam pemilihan CEC parti itu tahun lalu.



Siasatan tersebut bagi mengenal pasti sama ada silap kira undi tersebut berlaku atas sebab computer glitch ataupun merupakan satu penyelewengan.

Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut.

Sementara itu, bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R. Vellasamy berkata, DAP perlu mematuhi segala arahan ROS dan menyerahkan bukti-bukti yang diminta untuk membantu siasatan kontroversi itu.

“Jangan berlengah-lengah lagi, seluruh rakyat Malaysia tertanya-tanya dan tuduhan ini bukan datang daripada Barisan Nasional (BN) tetapi ahli DAP sendiri," katanya.

Katanya, kontroversi pemilihan CEC itu merupakan isu besar kerana perkara tersebut bukan sekadar melibatkan hak mengundi bagi seorang atau dua orang ahli parti tetapi seramai 753 orang.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: