Ahad, September 22, 2013

Tony Pua sepatutnya ajar Lim Guan Eng bagaimana hendak mengira undi dalam CES DAPig daripada mempertikaikan MPEB?


Tony Pua talibarut Dinasti Lim terus terdesak, Barisan Nasional terus dapat sokongan kuat rakyat!

Ketua Publisiti DAP yang juga talibarut Dinasti Lim, Tony Pua dibidas kerana cuba memutarbelit dan membuat kenyataan salah dengan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan sistem kroni dalam melaksanakan agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MPEB).

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Dr. Zubir Harun menggambarkan tindakan Tony itu sebagai terdesak dan berada dalam ketakutan apabila Barisan Nasional (BN) masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat sehingga ke hari ini.

Malah, tambahnya, Tony dengan jelas cuba membawa agenda MPEB ke arena politik dengan cubaan menghasut rakyat terutama orang Melayu dan bumiputera agar percaya segala yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini adalah untuk kroni.

"Pembangkang sengaja tunjuk hebat dengan menuduh Najib agar mereka diangkat sebagai hero dalam negara, sekali gus akan lahir perasaan benci rakyat kepada kerajaan serta dalam masa sama sokongan kaum Cina masih kekal kepada mereka.

"Ini kerana mereka tidak mampu memperjuangkan hak bumiputera kerana bimbang sokongan kaum Cina akan lari kepada parti lain," katanya di sini hari ini.

Tony Pua Jeneral Perang Dinasti Lim

Portal Malaysiakini hari ini melaporkan kenyataan Tony yang mendakwa sejumlah peruntukan besar diberikan kepada kroni BN yang berselindung di sebalik MPEB, sekali gus membuktikan sikap kepura-puraan Perdana Menteri.

Tambah Zubir, Perkasa akan memantau segala usaha meningkatkan ekonomi bumiputera seperti diumumkan oleh Najib baru-baru ini dilaksanakan dengan segera dan telus.

"Kami akan membentuk satu Jawatakuasa Pemantau bagi memantau semua tindakan kerajaan serta syarikat milik kerajaan (GLC) agar proses menambah baik ekonomi bumiputera dapat dilaksanakan secara efektif," katanya.

Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah secara sinis mempersoalkan kredibiliti Tony bersuara tanpa sebarang fakta sambil menyifatkan tindakan beliau memfitnah Perdana Menteri sebagai biadab.

Katanya, Tony seperti yang diketahui umum hanya bercakap bagai angin lalu tanpa mengemukakan sebarang bukti kukuh dan setiap patah yang dikatakan hanyalah sebagai cubaan untuk menarik rakyat membenci kerajaan.

"Bukankah MPEB baru sahaja dirasmikan jadi bagaimana Tony mempunyai pengetahuan yang begitu luas tentang apa berlaku di sebalik pengumuman Najib itu?," ujarnya.

Menurut beliau, kenyataan Tony yang tidak berasas itu tidak lain mempunyai agenda tersirat untuk memecahbelahkan hubungan orang Melayu apabila gagal memerintah negara setelah tidak menerima kepercayaan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.

"Daripada Tony sibuk menjaga kain orang lain, lebih baik dia dan partinya selesaikan dahulu masalah rakyat di Pulau Pinang.

"Sudah namanya pun pembangkang, apa jua yang dilakukan oleh kerajaan walaupun untuk kebaikan tetap dibangkang. Sudah-sudahlah Tony, hentikan taktik kotor itu. Jangan lupa anda adalah rakyat negara ini, anda berjaya sama ada dalam pelajaran juga daripada bantuan dan sumbangan kerajaan selama ini," katanya.

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: