Sabtu, September 21, 2013

Manipulasi Perlembagaan DAP, Strategi Utama Dinasti Lim Terus Berkuasa?


Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor mendakwa terdapat satu senarai terpilih yang direstui oleh kepimpinan tertinggi DAP, dapat berkempen dengan lebih cekap kerana memiliki senarai perwakilan yang akan mengundi sedang berkempen untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.

Zulkifli dilaporkan Malaysiakini berkata beliau tidak termasuk dalam senarai terpilih tersebut dan tidak dibekalkan senarai perwakilan daripada ibu pejabat DAP.

Walaupun Zulkifli tidak menamakan pemimpin atasan DAP yang dimaksudkan itu, namun sudah diketahui umum, ia merujuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang melalui proksi anaknya Lim Guan Eng yang menjadi Setiausaha Agung DAP.

“Senarai itu tidak diedarkan kepada calon-calon lain. Mereka dah ada (senarai). Saya tak ada (senarai) dan saya terpaksa berkempen dalam ‘gelap’,” katanya.

Zulkifli yang merupakan seorang daripada lapan orang calon Melayu yang merebut 20 tempat dalam CEC.


Pendedahan terbaru Zulkifli itu menyamai pendedahan Peter ahli DAP di sebuah cawangan di Johor yang ‘membuka’ blog thedapinsider sejak beberapa hari lepas.

Dalam tajuk “Pembohongan keluarga Lim mempertahankan kuasa dalam DAP,” Peter mendedahkan Dinasti Lim, merujuk kepada keluarga Kit Siang dan anaknya Guan Eng berjaya mendominasi DAP sejak dari tahun 1968 dengan cara memanipulasi perlembagaan parti itu.

“Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

“Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

“Parti DAP tidak mempunyai bahagian di setiap Parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja,” dedahnya.

Menurutnya, setiap cawangan DAP dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu cawangan yang mendapat sijil A dan cawangan yang menjadi Sijil B yang ditentukan oleh Setiausaha Agung DAP.

Ahli-ahli cawangan yang mendapat sijil A layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC, manakala ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati tetapi tidak mengundi.

“Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi.


Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.

“Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya,” dedahnya.

Selain strategi pembahagian sijil, Peter turut mendedahkan taktik kedua Dinasti Lim untuk terus berkuasa dengan cara ‘pemilihan 20 CEC tanpa menamakan jawatan’.

“Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

“Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit.

Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

“Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.”

Menurut Peter dua taktik memanipulasikan perlembagaan DAP itu adalah rahsia besar Dinasti Lim terus berkuasa dalam parti itu sejak 50 tahun lalu.

“Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.

“Kit Siang tahu dia sekarang sudah di hujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang.

Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.

“Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP,” dedahnya lagi.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: