Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, September 23, 2013
Aspan Dakwa Melayu DAP Disogok Wang Untuk Cina Berkuasa?
Seorang lagi ahli DAP tampil menjelaskan sememangnya tidak ada tempat untuk orang Melayu dalam parti yang dianggapnya rasis itu tetapi sebaliknya mereka terus diperkudakan untuk agenda sempit pemimpin parti berkenaan.
Menurut Aspan Alias yang menganggotai DAP sejak setahun lalu, dalam parti itu orang Melayu disogokkan dengan wang dan projek tetapi kuasa politik terus didominasi oleh kaum Cina.
“(Perjuangan Melayu) DAP tiada. Mereka setakat beri duit dan projek itu dikira politik. Kita nak cakap bukan semestinya beri duit dan projek itu semua, kita sedang bercakap soal politik. Roh santapan politik negara tiada.
(Perjuangan Melayu) bukan tiada, tetapi DAP terlupa sebab mereka hanya nak agenda mereka sendiri,” katanya ketika diwawancara oleh Antarapos.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor menyifatkan kewujudan ahli Melayu dalam DAP hanya bernilai 50 sen.
Katanya, penyertaan kaum Melayu di dalam DAP hanya sebagai pelindung sikap rasis parti itu.
Kenyataan Zulkifli itu disokong oleh anak kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Allahyarham Ahmad Nor – Amran yang berkata nilai orang Melayu dalam DAP bukan 50 sen tetapi hanya 5 sen.
Menurutnya, nilai itu sesuai bagi menggambarkan sikap rasis dan berat sebelah parti berkenaan terhadap pengorbanan ahli parti berbangsa Melayu yang hanya dipandang ringan.
Mengulas lanjut, Aspan berkata, pemimpin DAP juga memandang rendah terhadap orang Melayu.
Orang Melayu dikategorikan kurang berfikir dan kurang membaca. Mudah untuk orang lain ambil kesempatan seperti zaman British dahulu. Macam DAPlah, mereka beri peruntukan puluh-puluh juta ringgit kepada MAIPP tetapi kuasa politik nak bangsa mereka yang pegang dan tak nak dikongsi.
“Melayu mudah dibeli dan disuap. Bagi DAP, peruntukan untuk MAIPP adalah baik berbanding GERAKAN semua. Sebenarnya bila dia suap, dia nak politik biar mereka pegang,” katanya.
Aspan juga berkata keputusan beliau meninggalkan Umno dan menyertai DAP kerana tertarik dengan perjuangan pelbagai kaum yang kononnya dibawa oleh parti itu.
“Kita dalam negara berbilang negara, kita kena hormat antara satu sama lain, agama kita tak suruh bergaduh. Itu pasal DAP pun berjuang untuk Cina, saya pun marah sangat dalam hal ini serupa saya marah Umno yang asyik cerita Melayu masih bangsa bangsat. Itu saya tak seronok.
Bagaimana ‘multi-racial’ jika satu bangsa sahaja yang menguasai parti? Orang nak nafikan biarkan, tapi saya tak nak berbohong dengan diri sendiri,” katanya.
DAP sebelum ini berusaha keras bagi mengikis imej ‘kecinaan’ parti itu dengan membawa orang Melayu dan India menyertainya.
Malah, pada CEC parti itu yang diadakan pada Disember tahun lalu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya, Kit Siang selaku penasihat DAP cuba membawa beberapa pemimpin Melayu untuk diketengahkan dalam CEC.
Namun pada pemilihan ahli jawatankuasa pusat itu, hasrat mereka tidak menjadi kenyataan.
Semua lapan calon Melayu yang bertanding, termasuk Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari ditolak oleh 1,823 perwakilan yang hadir pada Kongres Nasional DAP ke-16 itu.
Sebaliknya selepas beberapa bulan kemudiannya, DAP mendakwa berlakunya kesilapan kiraan undi dan Zairil berjaya dipilih dalam CEC parti itu – Antarapos
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
dalam umno, rasis. masuk dalam dap, rasis jugak. so, nak buat apa en aspan? buat bodo da la ye.... bodo tak baca apakah dap. sesuai gitu....
Catat Ulasan