Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, April 30, 2012
PAS Sokong LGBT, Hadi Tempelak Nasharudin!
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak Nasharudin Mat Isa dan menyifatkan kebimbangan bekas timbalannya itu berhubung penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak harus dilayan.
Abdul Hadi berkata, kebimbangan Nasharudin itu hanyalah suara kecil dalam parti dan Pas hanya akan mendengar suara daripada pihak yang besar seperti parti politik atau kerajaan, bukannya daripada seorang individu.
“Saya mewakili pemimpin-pemimpin Pas merasakan tidak perlu melayan pandangan individu. Saya hanya akan melayan pandangan kerajaan dan pihak-pihak yang kita anggap besar.
“Pandangan yang kecil-kecilan ini kita tidak perlu dengar," katanya kepada pemberita pada Program Santai BBQ Bersama Presiden Pas di sini hari ini.
Nasharudin meluahkan kebimbangan beliau terhadap penularan gejala LGBT dalam wawancara Mingguan Malaysia hari ini dan menyatakan hukuman Allah SWT terhadap perbuatan terkutuk kaum Nabi Lut AS sebelum ini sepatutnya dijadikan iktibar oleh setiap umat Islam.
Suara Politik
Taminsari
Nelayan bakal dilindungi insurans - Noh Omar!
Kira-kira 65,000 nelayan berdaftar di seluruh negara bakal menikmati skim insurans mulai pertengahan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata insurans itu membolehkan nelayan menikmati perlindungan terhadap kecederaan atau kematian mereka ketika keluar menangkap ikan yang sekaligus dapat meringankan penderitaan mereka dan waris mereka.
"Cadangan mewujudkan skim insurans ini telah diluluskan Kabinet awal tahun ini dan persatuan nelayan di seluruh negara juga telah menyatakan persetujuan penuh terhadap langkah terbabit.
"Kita berharap hasrat itu dapat direalisasikan pertengahan tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang di sini hari ini.
"Nelayan menerima eluan sara hidup sebanyak RM2,400 setahun dan daripada jumlah itu, RM100 (setahun) akan dipotong untuk dicarumkan.
"Sebelum ini, nelayan yang memperoleh elaun hanya menggunakan wang itu untuk tujuan tertentu dan jarang menyimpan bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Justeru setiap kali berlaku musibah, nelayan akan dihimpit kesusahan," kata Noh.
Beliau berkata skim insurans itu turut meliputi perlindungan lain termasuk kebakaran dan kecacatan anggota badan.
"Kita telah memilih syarikat insurans yang boleh memberi pampasan yang tinggi bagi menjaga kebajikan setiap nelayan," katanya.-UMO
Suara Politik
Taminsari
Pok Nik Bersubahat Dan Bertanggungjawab Cetus Huru-Hara Di Ibu Negara!
Pok Nik akui membiayai peserta BERSIH 3.0 ke Dataran Merdeka! Beberapa penunjuk perasaan mengakui mereka telah dibayar antara RM100 hingga RM250 untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menghadiri perhimpunan haram BERSIH 3.0.
Sebelum ini Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.
“Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.
Melayu dengan melayu sudah bergaduh sekarang. Adakah ini yang Pok Nik mahukan? Menghasut supaya pengikut-pengikut melanggar undang-undang hanya kerana gilakan kuasa dunia! Apakah Pok Nik dan kuncu-kuncunya sekarang sudah beralih arah dengan menyokong LBGT! Fikir-fikirkan lah..!!!
Suara Politik
Taminsari
Ahad, April 29, 2012
BERSIH 3.0 : Wartawan Cedera Parah Dibelasah Hampir 30 Perusuh!
Mohamad Azri Salleh adalah seorang jurugambar di stesen televisyen yang terkenal dengan program bercorak keIslamannya, TV Al Hijrah.
Semalam, sepertimana kebanyakan rakan medianya yang lain, Azri berada di sekitar pusat membeli-belah SOGO untuk mengambil sedutan atau ‘footage’ yang menarik sepanjang demonstrasi Bersih 3.0 berjalan.
Dia bukan orang UMNO, dia juga bukan penyokong Bersih 3.0, tetapi dia ada keluarga yang perlu disara dan diberi sesuap nasi. Azri juga bukan bekerja dengan media pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia mahupun TV3.
Majikannya terkenal dengan program bercorak Islamik, bukan program bercorak retorik.
Namun ada sesuatu yang cukup menyentuh hatinya. Dengan disaksikan kedua matanya sendiri, seorang anggota polis sedang dibelasah sekumpulan penyokong fanatik Bersih 3.0 di depan pusat membeli-belah itu.
Ketika itu anggota polis berkenaan berada di dalam kereta pasukan. Azri tahu yang dia harus berbuat sesuatu, bukan kerana anggota itu orang kerajaan, tetapi kerana yang dipukul itu adalah orang yang seagama dan sebangsa dengannya.
Lebih dari itu, Azri tahu, anggota itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, kalau pun dia berdosa mungkin kerana dia memilih untuk menjadi ‘anjing kerajaan’ – terma yang sering dirujuk oleh penyokong pembangkang kepada pegawai atau anggota PDRM.
Lalu Azri cuba merayu agar tidak diapa-apakan anggota itu memandang dia hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis dan tidak lebih dari itu.
Malangnya, bukan saja rayuan itu tidak diendahkan, malah Azri juga telah dibelasah tanpa belas kasihan oleh 20 hingga 30 orang penyokong Bersih 3.0 yang sedang ‘naik hantu’.
Azri menjerit kesakitan. Kepalanya berlumuran darah, namun semua itu tidak diendahkan, bahkan pukulan yang diterimanya lagi teruk daripada apa yang terjadi pada anggota polis itu.
Puas dia merayu, puas dia memohon simpati tetapi apa yang dapat hanyalah sepak terajang insan-insan yang kononnya ‘BERSIH’.
Selepas puas dibelasah, Azri hanya dibiarkan sendiri menanggung kesakitan di lantai pusat membeli-belah itu sebelum diselamatkan.
Azri sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sumber : -mynewshub
Suara Politik
Taminsari
Bersih 3.0 : Cerita Sebenar Dan Bukti Jelas Tragedi Berdarah Di Hadapan Kompleks Sogo!
Puak pembangkang spin polis di pukul kerana, kereta polis merempuh perusuh sebenarnya adalah fitnah!
Video dan gambar-gambar ini membuktikan kereta polis diserang sebelum terbabas.
Gambar kereta polis di serang!
Dua orang anggota polis masih lagi di wad kecemasan kerana kecederaan teruk di kepala.
Gambar perusuh membelasah seorang anggota polis.
Sumber : Politik Harian
Suara Politik
Taminsari
Bersih 3.0 : Polis Cedera Parah Di ICU!
Difahamkan seorang anggota polis trafik yang cedera dipukul perusuh kini berada dalam keadaan parah dan sedang dirawat di ICU HKL.
Suara Politik
Taminsari
Video Kerakusan Puak Bersih 3.0 Membelasah Anggota Polis!
Polis telah menjalankan tugas secara profesional dalam menangani perhimpunan Haram ini..! Namun inilah balasan yang mereka dapat! Terdahulu penganjur menjanjikan perhimpunan aman sebaliknya bertukar menjadi tidak terkawal.
Amat menyedihkan pihak penganjur dan peserta sanggup memperjudikan keselamatan umum demi kepentingan minoriti seperti mereka.
Anggota polis wanita jatuh motosikal ditendang penunjuk perasaan
Seorang anggota polis trafik wanita terjatuh apabila motosikal yang ditunggangnya ditendang oleh seorang penunjuk perasaan ketika beliau melakukan pusingan U di hadapan Pudu Sentral.
Mangsa yang bertugas mengawasi perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan terbabit, kemudiannya dikerumuni penunjuk perasaan termasuk segelintir yang cuba bertindak agresif terhadap beliau.
Bagaimanapun tindakan sekumpulan penunjuk perasaan lain yang menahan mereka yang cuba bertindak agresif terhadap anggota polis berkenaan, telah memberi ruang kepadanya untuk mendapatkan semula motosikal dan beredar dari tempat kejadian.
Keadaan itu berlaku selepas penunjuk perasaan dikatakan berang dengan tindakan polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan yang menjadi tidak terkawal.
Malah, penunjuk perasaan juga dilihat bersorak dan membaling objek ke arah kenderaan polis yang melintas di hadapan mereka!
Sumber Gambar & Video : PDRM & Politik Harian
Suara Politik
Taminsari
Amat menyedihkan pihak penganjur dan peserta sanggup memperjudikan keselamatan umum demi kepentingan minoriti seperti mereka.
Anggota polis wanita jatuh motosikal ditendang penunjuk perasaan
Seorang anggota polis trafik wanita terjatuh apabila motosikal yang ditunggangnya ditendang oleh seorang penunjuk perasaan ketika beliau melakukan pusingan U di hadapan Pudu Sentral.
Mangsa yang bertugas mengawasi perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan terbabit, kemudiannya dikerumuni penunjuk perasaan termasuk segelintir yang cuba bertindak agresif terhadap beliau.
Bagaimanapun tindakan sekumpulan penunjuk perasaan lain yang menahan mereka yang cuba bertindak agresif terhadap anggota polis berkenaan, telah memberi ruang kepadanya untuk mendapatkan semula motosikal dan beredar dari tempat kejadian.
Keadaan itu berlaku selepas penunjuk perasaan dikatakan berang dengan tindakan polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan yang menjadi tidak terkawal.
Malah, penunjuk perasaan juga dilihat bersorak dan membaling objek ke arah kenderaan polis yang melintas di hadapan mereka!
Sumber Gambar & Video : PDRM & Politik Harian
Suara Politik
Taminsari
Puak-puak BERSIH 3.0 Bertindak Ganas - Kenderaan Polis Menjadi Mangsa!
Beginilah jadinya apabila keadaan sudah tidak terkawal! Keadaan semakin buruk apabila beberapa penyokong Ambabigampang memusnahkan kenderaan polis! Ini sudah sampai tahap melampau...!!!
Suara Politik
Taminsari
Suara Politik
Taminsari
BERSIH 3.0 : Kerana Menurut 'Fatwa Ambabigampang', Unit Amal PAS Bertindak Ganas... Rempuh Polis!
Beginilah jadinya apabila sudah menurut kehendak Ambabigampang dimana kira-kira 15 orang perusuh dari Unit Amal PAS (Unit Samseng PAS) merempuh benteng polis di KLCC! Inikah yang dikatakan Duduk dan bantah???? Tak sangka ya Unit Samseng PAS sudah di 'mandram' oleh Ambabigampang...! Teramatlah memalukan!
Sumber gambar : Politik Harian
Suara Politik
Taminsari
Sumber gambar : Politik Harian
Suara Politik
Taminsari
Sabtu, April 28, 2012
BERSIH 3.0 : Pagi Ini Keadaan di Dataran Merdeka Masih Lagi Terkawal!
Suasana di Dataran Merdeka pagi ini masih lagi terkawal walaupun puak-puak BERSIH 3.0 kelihatan sudah mula memenuhi dikawasan-kawasan yang berdekatan sejak malam tadi.
Jam 9:30 AM tadi: Sekitar hadapan Dataran Merdeka... Lebih kurang 300 peserta yang turun... tiada apa-apa yang menarik.. yang ada hanya laungan, jeritan, maki hamun, perasaan marah yang tidak memberi apa-apa makna...!
"Reformasi" "Reformasi" entah apa yang nak di reformasikanya! tak kala ini pemimpin mereka sedang sedap bersarapan di hotel mewah dan ada kemungkinan ada diantara pemimpin mereka masih tidur lagi agaknya...!
Inikah budaya rakyat Malaysia? Gambar diatas ini menceritakan seribu cerita...!!!
Sumber gambar : Politik Harian
Suara Politik
Taminsari
Jam 9:30 AM tadi: Sekitar hadapan Dataran Merdeka... Lebih kurang 300 peserta yang turun... tiada apa-apa yang menarik.. yang ada hanya laungan, jeritan, maki hamun, perasaan marah yang tidak memberi apa-apa makna...!
"Reformasi" "Reformasi" entah apa yang nak di reformasikanya! tak kala ini pemimpin mereka sedang sedap bersarapan di hotel mewah dan ada kemungkinan ada diantara pemimpin mereka masih tidur lagi agaknya...!
Inikah budaya rakyat Malaysia? Gambar diatas ini menceritakan seribu cerita...!!!
Sumber gambar : Politik Harian
Suara Politik
Taminsari
Puak BERSIH 3.0 Bertindak Liar - Kenderaan Polis Jadi Sasaran!
Keadaan agak tidak terkawal tengah malam tadi apabila puak-puak BERSIH 3.0 yang degil ini mula bertindak liar dengan menjadikan kenderaan pihak polis sebagai sasaran mereka!
Melihatkan apa yang berlaku sekarang jika tidak dikawal dengan baik oleh pihak berkuasa, berkemungkinan keadaan akan bertambah 'panas' lagi esok!
Benarlah seperti apa dikatakan sendiri oleh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Beliau tidak setuju dengan penganjuran Himpunan BERSIH 3.0. Malah katanya beliau melihat perhimpunan yang bakal diadakan di Dataran Merdeka itu mengajak rakyat supaya melanggar undang-undang negara.
Sumber gambar : Politik Harian
Suara Politik
Taminsari
Puak BERSIH 3.0 Sudah Mula Menyelinap Masuk Ke Kawasan Berdekatan Dataran Merdeka!
Seawal jam 7 malam, Puak-puak BERSIH 3.0 ini sudak mula membanjiri Kuala Lumpur iaitu kawasan berdekatan dengan Dataran Merdeka yang 'diharamkan' masuk oleh perintah mahkamah!
Oleh kerana tidak dibenarkan masuk ke Dataran Merdeka, sekumpulan puak BERSIH 3.0 yang tidak puas hati ini sudah mula membuat provokasi! Dipercayai mereka ini semua datang dari kawasan luar bandar, dimana hotel berdekatan KL semua sudah habis ditempah!
Mohon pihak polis dapat membuat sesuatu sebelum keadaan menjadi tidak terkawal. Lakukan lebih banyak lagi sekatan jalanraya bagi menghalang perhimpunan haram ini!
Sumber gambar : Politik Harian
Suara Politik
Taminsari
Jumaat, April 27, 2012
Pendedahan Video Nizar Lambai Mengkafirkan Umat Islam!
Nizar tunggangan Nga dan Ngeh sekali lagi membuat dajal apabila mengkafirkan umat Islam kononnya telah melanggar syariat Islam jika tidak mengundi PAS.
"Halal Syarie Mengundi PAS,Haram Syarie Mengundi Umno" jika itulah hujahnya jadi seluruh umat Islam yang tidak mengundi PAS secara langsung telah melakukan kerja haram dan telah melanggar akidah.
Adakah mengundi DAP yang anti Islam jatuh HALAL Syarie? Adakah mengundi PKR yang memperjuangkan pluralsime dan liberalisme adalah halal syarie?
PAS hanya wujud di Malaysia,justeru adakah umat Islam yang berada di Singapura, Kemboja, Bangladesh, Arab Saudi, Syiria dan negara negara Islam lain telah melakukan Haram Syarie?
Jika benar bagai dikata oleh Nizar, PAS harus bertanding di kesemua 222 kerusi parlimen pada PRU13 nanti. Selepas itu kita akan lihat siapa sebenarnya khawarij PAS.
Semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor, Nizar turut menghasut kaum cina apabila melemparkan fitnah dan menimbulkan kebencian terhadap kaum melayu. Mengapa Nizar dibiarkan lepas! Dilihat Si Lambai ini seringkali membangkitkan politik benci dan memecah belah kaum.
PAS itu ISLAM ke! Atau PAS hanyalah sebuah parti politik yang ada nombor pendaftarannya dan menyalahgunakan agama demi kepentingan politik 'Tin Kosong' mereka? PAS sememang...HamPAS..!!!
Suara Politik
Taminsari
Khamis, April 26, 2012
Tuduhan liar Nizar Lambai terhadap PM tidak berasas, berbaur hasutan - ATM!
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menyifatkan tuduhan tidak berasas anggota pembangkang, Mohammad Nizar Jamaluddin mengaitkan ATM dan Perdana Menteri dalam soal pilihan raya umum pada satu ceramahnya di Perak baru-baru ini berbaur hasutan.
Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin dalam satu sidang media di sini hari ini berkata, seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya pada malam Isnin lepas dilaporkan mendakwa perdana menteri mengadakan pertemuan dengan semua panglima angkatan tentera dan meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Zulkefli berkata kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.
"Dewasa ini wujud banyak pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang sentiasa berusaha untuk meracuni pemikiran rakyat bertujuan bagi menghakis keyakinan masyarakat terhadap ATM dan kerajaan memerintah pimpinan BN serta tidak terkecuali individu tertentu dalam usaha melindungi politik mereka," katanya.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.
Zulkefli berkata ekoran tuduhan tersebut, ATM akan membuat laporan polis agar siasatan dapat dilaksanakan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tuduhan tersebut.
"Justeru, semua pihak diseru jangan sesekali terpengaruh dengan tohmahan pihak berkaitan kerana ATM sentiasa mendukung perlembagaan dan bersikap profesional," katanya.
Beginilah gelagat seorang bekas MB Perak yang 'gila talak' dimana saban hari meroyan tak ketentuan semenjak hilang kuasa 11 bulan yang lalu membuatkan ramai juga yang ketawa besar melihatkan telatahnya!
Sementara itu Menteri Besar Perak menyifatkan tuduhan ketua pembangkang negeri itu kononnya Perdana Menteri mengadakan perjumpaan dengan pemimpin serta pengawai kanan tentera berhubung pilihan raya sebagai melampau, keterlaluan dan bersifat hasutan.
Beliau berkata dalam ceramah berkenaan Mohammad Nizar menggambarkan seolah-olah Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta pemimpin tentera melakukan sesuatu berhubung pilihan raya sehingga tercetus pertikaman lidah antara mereka.
"Dia (Mohammad Nizar) begitu celupar melemparkan tuduhan, dia tidak kisah mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan, dia tidak fikir implikasinya dan dia menggambarkan satu perkara yang menakutkan. Ini keterlaluan dan melampau," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco mingguan kerajaan negeri di Ipoh.
Dalam ceramah itu, Mohammad Nizar turut mendakwa pemimpin dan pegawai kanan tentera itu enggan berbuat demikian dan akan tetap bersama-sama rakyat jika BN tewas dalam pilihan raya itu!
Suara Politik
Taminsari
Haram sokong Ambiga...!!!
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.
“Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.
Manakala Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi program Seksualiti Merdeka pula berkata, beliau akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan himpunan "Lesbian, Gay, Bisexual and Transexual (LGBT)" yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas.
Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT, dalam masa yang sama mempromosikan Pakatan Haram sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.
Apakah disebabkan tindakan Ambiga menyebabkan Nik Aziz Nik Mat semalam terpaksa mengeluarkan "fatwa" bahawa kehadiran (ahli-ahli PAS) ke Himpunan BERSIH 3.0 adalah wajib! Mursyidul Am PAS itu berkata hadir ke perhimpunan BERSIH ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.
"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya kepada akhbar rasmi PAS Harakah di pejabatnya di Kota Baharu semalam. Cumanya, kita nak tanya promosi golongan LGBT berlandaskan Islam ke Tok Guru? Adakah memperjuangkan hak LGBT sekarang sudah menjadi wadah perjuangan PAS?
Sambutan Maulidul Rasul diharamkan di Kelantan, tetapi 'himpunan haram' ini pula nak 'dihalalkan'? MasyaAllah.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catatan (Atom)