Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Mei 31, 2012
Kuasa memerintah sudah sampai kepenghujung - Apa status hutang MB Khalid dengan Bank Islam?
Seawal pemerintahan MB Khalid Ibrahim di negeri Selangor, perkara pertama yang menghantui beliau ialah apabila mendapat perintah mahkamah supaya membayar hutangnya yang berjumlah RM66 juta (AS$18.521 juta) kepada Bank Islam bagi pinjaman yang diambilnya pada tahun 2001 untuk membeli saham Guthrie Bhd.
Walau bagaimanapun, Khalid melalui peguam beliau yang handal lagi hebat, Malik Imtiaz Sarwar telah telah memfailkan permohonan perbicaraan penuh keatas kes ini. Sebelum ini Khalid juga telah memfailkan saman balas terhadap bank tersebut pada 18 Mei 2008.
Melalui perintah ini Khalid samada secara teknikal mahupun jelas adalah seorang “defaulter” terhadap pembayaran yang perlu dibuat olehnya kepada pihak bank.
Dalam kehidupan harian kita, sekiranya seorang pembeli kereta tidak dapat membayar keretanya dan dituntut dimahkamah tanpa kehadirannya, pihak menuntut boleh mendapatkan “judgement by default”. Ini biasanya berlaku tanpa kehadiran siberhutang. Dalam satu keadaan lain pihak pemberi pinjam akan berusaha menarik semula kereta yang dibeli.
Sekiranya rayuan Khalid ditolak di mahkamah, maka tidak dapat tidak Khalid perlu membayarnya tanpa alasan lagi. Sekiranya Khalid masih engkar atau gagal membayar, pihak pemberi pinjam berkemungkinan akan menggunakan beberapa instrumen lain untuk mendapatkan semula wang yang telah diberi pinjam.
Antaranya ialah memohon pembekuan aset samada yang mudah alih atau yang kekal dimahkamah. Kedua, memohon pengistiharan kebengkrapan terhadap Khalid Ibrahim! Di pihak Khalid pula, jika beliau tidak mampu membayar, beliau juga boleh memfailkan kebengkrapan terhadap dirinya sendiri. Ini biasa berlaku dinegara-negara barat.
Dalam kesemua senario diatas, Khalid tidak punya pilihan lain sepatutnya sejak awal pemerintahan lagi , melepaskan semua jawatannya samada dalam kerajaan mahupun dalam parti. Khalid adalah Menteri Besar Selangor dan Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Selangor.
Dalam konteks yang lebih ekstrim lagi, Khalid tidak perlu menunggu keputusan mahkamah untuk meletakkan jawatan. Sepatutnya sejak awal lagi beliau sudah berbuat demikian tanpa dipaksa! Namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil terhadap beliau?
Dalam keadaan ini, pucuk pimpinan PKR, Anwar Ibrahim dan barisan Majlis Pimpinan pusat perlu menasihatkan dan mendesak Khalid supaya meletakkan jawatan.
Alasan prima ialah, terdapat percanggahan kepentingan atau “conflict of interests” bagi seorang yang banyak berhutang untuk mengurus sebuah negeri yang melibatkan dana berbiliun ringgit.
Melalui pendedahan kes hutang ini jelas terbukti Khalid cuba menutup kudis dan sopak yang menghantui beliau selama ini.
Dapatlah difahami bahawa semasa di Guthrie, Khalid mendahulukan kepentingan peribadi. Sebagai Tuan Besar di Guthrie, bagaimana Khalid berusaha memiliki saham atau sejumlah saham yang mungkin boleh menjadikannya sebagai ‘minority share holder’ terbesar yang memungkinkannya terus bertakhta di Guthrie? Namun cita-cita Khalid tersadai tidak kesampaian!
Hairan bagaimana Khalid sebagai Tuan Besar di Guthrie menggunakan kuasanya untuk berbuat demikian? Kuasa, Tamak, dan Khalid berkuasa ketika itu. Jika Khalid boleh menggunakan kuasa sewenang-wenangnya di Guthrie apakah jaminan yang dia tidak akan melakukannya sekarang? Tambahan beliau kini seperti seekor tikus jatuh ke beras!
Bolehkah Khalid berlaku jujur? Sudah terbukti Khalid membohongi seluruh rakyat dengan tidak mengistiharkan harta dan asetnya. Yang diistiharkan hanya gaji sebagai Menteri Besar. Tidak diistihar berapa rumah dan kenderaan yang dia ada.
Tidak diistihar juga berapa banyak asset mudah alih miliknya. Tidak diistihar juga berapa banyak liability yang ditanggungnya. Tidak diistihar juga elaunnya sebagai Pengerusi MBI yang berjumlah ratusan ribu ringgit!
Kenyataan Khalid yang berbau sombong terhadap pihak bank hanya mendedahkan sedikit sebanyak karaktor atau warna sebenar Khalid. Agak pelik juga bagi kita insan jalanan, yang memberi hutang meminta duitnya, tetapi yang diberi hutang menyaman pihak menuntut. Pelik tapi benar, wallahuallam..!!!
Suara Politik
Taminsari
Orang Cina Pun Sudah Mula Bosan Dengan Pembohongan Anwar?
Akhbar China Press bertarikh 26 Mei 2012 menyiarkan artikel mengenai dakwaan terbaru Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa ramai pemimpin politik Sabah akan berpaling tadah untuk menyokong pembangkang.
Artikel bertajuk ‘Mulut Anwar Ibrahim celupar lagi’ tulisan Tan Wei Min disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C17.
Ramalan Anwar sekali lagi kecundang dan ini menyebabkan beliau menerima pelbagai kritikan daripada kalangan orang-orang Cina.
Beliau berkali-kali berbohong dengan mencipta isu untuk mendapatkan tiket undi kasihan. Pada mulanya ramai orang menyokong dan mempercayai beliau, tetapi kini mereka yang sudah bosan dengan pembohongan terbabit tidak lagi yakin terhadap beliau.
Tiga tahun lepas iaitu pada 2008, Anwar menyebarkan berita menyatakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan melompat parti bagi menyertai Pakatan Rakyat.
Beliau mendakwa kerajaan BN akan tumbang pada tarikh 16 September 2008. Akhirnya Peristiwa 916 tidak berlaku dan tidak kesampaian. Ia adalah satu pembohongan besar dalam arena politik. Kesan daripada perbuatan beliau, orang ramai sudah hilang kepercayaan terhadap dirinya.
Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan semua kata-kata Anwar itu adalah satu pembohongan dan menyindir Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana menggunakan taktik berkenaan bagi mencapai impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.
Menurut Abdullah: “Saya sudah lama kenal Anwar, beliau pandai berkata-kata untuk menarik ramai hadirin datang mendengar ceramah beliau dan masih ramai orang mempercayai kata-katanya."
Baru-baru ini, Anwar bercakap besar lagi dengan mendakwa dalam tempoh seminggu dua ini akan ada perubahan di Sabah yang boleh memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia. Dikatakan ada sekumpulan pemimpin politik berwibawa di Sabah akan membuat satu pengumuman untuk membantu Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya dan mengambil alih Kerajaan Pusat.
Anwar berkata, kumpulan itu ialah pemimpin daripada kalangan orang Islam dan Kadazan yang sangat rapat dengan UMNO. Mereka bukan sahaja memberi laluan kepada Pakatan Rakyat malah akan turut membantu pihak pembangkang. Mereka berharap dengan bantuan itu, negara akan mengalami perubahan besar dari segi ekonomi dan politik.
Bagaimanapun, berikutan pembohongan yang dibuat Anwar sebelum ini, orang ramai sudah tidak percaya ramalan yang dibuat beliau. Mereka menganggap jika ramalan itu benar-benar berlaku pun, ia hanya satu kebetulan.
Yang sangat mengecewakan adalah setelah dua minggu ramalan itu berlalu dan ditambah masa dua minggu lagi sehingga kini, ia hanya senyap begitu sahaja. Rakyat tidak membantah mana-mana pemimpin politik untuk membuat kenyataan, kerana ia adalah salah satu cara berpolitik, tetapi rakyat tidak akan mengizinkan orang yang suka bercakap bohong.
Jika pembohongan sudah menjadi kelaziman Anwar, rakyat tidak akan terpedaya lagi. Seorang ahli politik yang pandai bercakap tetapi tidak boleh dipercayai, akhirnya akan ditinggalkan oleh pengundi.-UMO
Suara Politik
Taminsari
Rabu, Mei 30, 2012
Polemik ‘undi Pas masuk syurga’...?
Dua minggu lalu, Nik Aziz Nik Mat menegaskan dalam sebuah akhbar bahawa Pas akan terus berkempen menggunakan soal syurga dan pahala. Kenyataan ini dibuat berikutan pandangan Ahli Parlimen Kota Belud bahawa Pas mengamalkan rasuah politik apabila menjanjikan ‘undi Pas masuk syurga’.
Mursyidul Am Pas itu menganggap sesiapa yang membangkitkan soal ini sebagai meracau manakala Pesuruhjaya Pas Selangor menambah bahawa pemimpin Umno tidak memahami konsep ‘undi Pas masuk syurga’ tanpa menjelaskan apakah konsep sebenarnya.
Ini isu lama tapi tahun lalu, Nik Aziz membangkitkannya semula dengan mengecam dan mengesahkan pihak yang mengaitkan Anwar Ibrahim dengan video seks sebagai tidak boleh masuk syurga.
“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga),” katanya semasa berkuliah di Dataran Ilmu, Kota Bharu pada 13 Mei 2011.
Ada rakan-rakan mengingatkan bahawa mereka pernah beberapa kali diancam masuk neraka oleh Nik Aziz jika menulis sesuatu yang tidak benar mengenai Pas atau yang tidak disukainya.
Pada ayat 111 Surah al-Baqarah disebut dakwaan orang Yahudi bahawa syurga adalah untuk pengikut mereka sahaja. Cuba fikirkan, banyakkah beza antara ‘undi Pas masuk syurga’ dengan amalan Yahudi seperti yang dinyatakan dalam al-Quran?
Padahal ALLAH SWT menegaskan bahawa semua itu adalah angan-angan Yahudi dan Kristian. Dalam ayat 113 surah yang sama, ALLAH menyebut bahawa orang Quraisy yang musyrik juga ikut serta dalam polemik itu. Rumusan kepada kedua-dua ayat ini ialah penentuan masuk syurga hanya akan ditentukan oleh ALLAH pada hari pengadilan di hari kiamat nanti.
Dalam ayat 123 Surah an-Nisa’, ALLAH menjelaskan, orang Islam tidak boleh angkuh dan menganggap bahawa mereka saja yang akan masuk syurga dan orang lain tidak kerana penentuan terhadap perkara ini hanyalah oleh ALLAH SWT.
“Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiayai (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun. Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada ALLAH (dengan ikhlas), sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan dan dia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) ALLAH menjadikan Nabi Ibrahim kesayangan-NYA.”
Janji ALLAH dalam ayat 124-125 dalam surah ini adalah kepada mereka yang mengerjakan amal soleh,serta orang beriman kepada ALLAH dan Rasul. Tidak pula disebut untuk mereka yang mengundi Pas.
Mungkin pandangan ini akan mengundang reaksi daripada penyokong Pas. Namun, kita tetap bertanggungjawab memperbetulkan persepsi yang salah atau yang mengelirukan masyarakat. Isu ini sepatutnya tidak diungkit lagi atau dijadikan umpan politik oleh Pas untuk memenangi pilihan raya, namun setiap kali pilihan raya, Pas tetap jadikannya bahan kempen.
Ahli Parlimen Pasir Mas pernah mengupas isu ini dalam salah satu ceramahnya. Kata beliau: “Tok Guru pernah kata ambo masuk nerako. Memang benar ambo masuk nerako. Tapi bila ambo masuk, ambo tengok dia ada dah duduk cokoh dalam tu.”
Cerita ini tentunya tidak benar. Ini cara Ibrahim Ali menyindir dan memulang paku buah keras. Tapi mesejnya jelas, beliau juga berpendapat agama, syurga dan pahala bukanlah hak eksklusif pengundi Pas.
Malah, ada ulama termasuk pengasas Pondok Geting di Tumpat, Kelantan, Ustaz Abdullah Sa’amah yang berpendapat adalah berdosa mengundi Pas kerana parti itu sudah tersasar dan bersekongkol dengan parti cauvinis anti-Islam dan pemimpin yang sokong Yahudi.
Itu belum lagi masuk bab mengkafirkan orang Umno yang bermula sejak 1950an, sembahyang dua imam, memulau kenduri sesama Muslim, bercerai suami isteri dan mengadakan kubur berasingan kerana perbezaan ideologi politik.-SN
Suara Politik
Taminsari
Anwar arah tutup kes Azmin?
Raja Petra Kamaruddin, pengendali portal pro pembangkang tampil sekali lagi mendedahkan bagaimana Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak menutup kes rasuah membabitkan Azmin Ali.
Dalam pendedahan itu, Raja Petra mendakwa Anwar pada 1995 mengarahkan pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menghentikan siasatan berhubung kekayaan luar biasa bernilai jutaan ringgit yang dimiliki Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin, walaupun hanya bergaji RM2,442 sebulan selaku setiausaha sulit ketika itu.
Dakwanya, penglibatan Anwar dalam kes rasuah Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didedahkan sendiri oleh bekas pegawai kanan BPR yang bertanggungjawab menyiasat kes tersebut dalam satu pertemuan di London.
Katanya, satu fail sulit bertarikh 15 Mei 1995 yang diserahkan bekas pegawai kanan BPR itu kepadanya jelas menunjukkan Azmin memiliki kekayaan yang tidak seimbang berbanding pendapatannya selaku penjawat awam dan ia disokong pula dengan bukti pemilikan saham oleh Shamsidar bernilai lebih RM7 juta.
Antara kekayaan Azmin pada ketika itu dakwa Raja Petra adalah memiliki sebuah kereta mewah BMW 325i (RM160,529), Proton Perdana 2.0 SE (RM80,767), rumah banglo dua tingkat di Setapak (RM284,118), rumah berkembar di Taman Melawati (RM210,000) serta sejumlah 1,000 unit saham dalam Hicom.
"Selain itu Azmin juga memiliki dua buah kereta lagi iaitu Proton Wira 1.6 Xli dan Proton Satria 1.6 Xli manakala pemeriksaan ke atas salah satu akuan bank Shamsidar mendapati terdapat kemasukan deposit cek berjumlah RM7.2 juta serta wang tunai bernilai RM708,800 dari November 1992 hingga Mei 1995.
"Tidak terkecuali siasatan BPR juga mendapati terdapat kemasukan cek dari bank-bank tempatan ke atas akuan milik Shamsidar berjumlah RM628,552 selain baki dalam akaun bank beliau yang pernah satu ketika mencecah angka lebih RM300,000," katanya sebagaimana dipetik dari portal http://www.malaysia-today.net hari ini.
Dalam pada itu, semakan Utusan Malaysia ke atas fail sulit yang dimuat naik Raja Petra mendapati laporan hasil siasatan Pegawai Siasatan, Cawangan Siasatan Am, Ibu Pejabat BPR menyarankan supaya tindakan tatatertib diambil ke atas Azmin kerana terbukti beliau memiliki kekayaan tidak seimbang.
"Hasil daripada siasatan yang dibuat mendapati jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh Azmin dan isterinya adalah jauh tidak seimbang terutama bagi tahun 1993 dan 1994. Hasil siasatan setakat ini juga mendapati isteri Azmin terlibat dalam pembelian saham bernilai jutaan ringgit sedangkan Shamsidar tidak bekerja.
"Memandangkan jumlah perbelanjaan yang dibuat Azmin jauh tidak seimbang, saya syaki wang dan harta dimiliki datang dari hasil perlakuan rasuah. Saya cadangkan Azmin diambil tindakan tatatertib," lapor pegawai berkenaan tetapi BPR tidak mengarahkan sebarang tindakan lanjut diambil ke atas Azmin.
Sementara itu, dalam kenyataannya, bekas pegawai kanan BPR yang bertanggungjawab mendedahkan segala fail sulit berkenaan kepada Raja Petra pula berkata, hanya orang yang pekak, buta serta tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita tentang rasuah membabitkan Azmin hanya suatu rekaan atau konspirasi.
Di samping itu, beliau turut menegaskan, perbuatan pegawai kanan BPR mengarah siasatan ke atas Azmin dihentikan melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah melainkan arahan pendakwaraya.
"Semasa siasatan dibuat gaji Azmin hanya RM2,442 sebulan tetapi mampu menjelaskan bayaran bulan rumah di Setapak sebanyak RM3,376 dan rumah di Taman Melawati sebanyak RM1,110. Jumlah bayaran ini sahaja menunjukkan hutang Azmin melebihi gaji. Di mana Azmin dapat wang tambahan untuk hutang ini?
"Ini belum masuk bayaran deposit yang dibuat ke atas rumah dan kereta, bayaran bulan kereta BMW berjumlah RM875 dan Proton Perdana pula RM700 sebulan. Bukankah ini sahaja sudah mencukupi untuk menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain," katanya juga dipetik dari portal Malaysia Today.-UMO
Suara Politik
Taminsari
Nurul Izzah Sanggah 'Fatwa Hadi' - Bukti 'Besi' Tak Boleh Pakai?
" Bukti terbaik adalah video rakaman ". Ayat ini muncul dari Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim sendiri. Cuma Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai ini bercakap dalam kontek kekecohan yang berlaku semasa ceramah PKR dan UMNO yang jaraknya hampir satu sama lain di kawasan flet Pantai Permai di Lembah Pantai baru-baru ini.
Dakwa Nurul beliau 'ada video rakaman' untuk membuktikan provokasi kejadian baling batu dan telor semasa ceramah yang menyaksikan Ummi Hafilda Ali berentap berceramah dengan Anwar dan Nurul di situ dimulakan oleh orang UMNO.
Mungkin Nurul sudah lupa atau buat-buat lupa tentang 'video panas' yang menyerupai seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang telah dikeluarkan oleh Trio Datuk-T sebelum ini sehingga ada seorang Presiden dari sebuah parti pembangkang parti yang lain dalam Pakatan Rakyat mengatakan bahawa bukti 'video tak boleh pakai' kerana tak lebih dari sebuah 'besi'!
Hadi sebelum ini anggap video tidak boleh jadi bukti atau saksi kerana tiada mata dan telinga. Malah katanya, itu tidak lebih sebuah ‘besi’ sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.
“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi sebab video ini besi, dia tiada mata dan telinga,” itu ditegaskan Abdul Hadi ketika muktamar PAS sebelum ini.
Kenyataan itu bagi mempertahankan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dikatakan terbabit video seks dengan pelacur Cina mencetuskan macam-macam anggapan malah ada yang mempertikai ‘fakwa’ Presiden PAS itu.
Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan sebaliknya mendakwa kekecohan bermula bila Anwar dalam ceramahnya menyebut " UMNO sial". Katanya dalam kejadian itu ada juga orang disebelah ceramah UMNO yang cedera terkena balingan objek keras.
Bab sailng tuduh memuduh itu satu hal. Namun kenyataan Nurul Izzah yang bercakap tentang bukti dalam bentuk video itu telah mengundang reaksi dikalangan ramai pihak.
Agendadaily sendiri menerima banyak panggilan kalangan pembaca yang mempersoalkan ' kebijaksanaan' anak Anwar ini bercakap tentang soal video.
Kata mereka sebelum ini puak itu bukan main geli dengar tentang video. Ini bila terkena batang hidung sendiri video terus dijadikan alat tempat bersandar untuk membuktikan kebenaran.
"Minta tolong cakap pada Nurul tolong tengok baik-baik video bapanya sedang bagi signal pada Azmin sebelum rempuhan ke Dataran Merdeka berlaku masa Bersih 3.0.Tanya samaada dia setuju tidak bapanyalah pencetus kekecohan itu ,"kata seorang pembaca dari Kampar,Perak.
Kata pembaca itu dari pemerhatian telitinya sudah cukup jelas siapa dalangnya. Namun katanya Anwar dengan wajah selamba menafikanya. Seorang pembaca dari Seremban dengan nada cukup sinis meminta Nurul menilai pula video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan bapanya.
"Kalau nak bercakap tentang video kenalah berlaku adil, bagaimana dengan video itu.Orang politik kata fitnah memang senang apa lagi kes ini libatkan bapa sendiri,"katanya.
Kata pembaca itu lagi jangan kata Nurul malah seluruh pimpinan pakatan pembangkang terus terkedu tidak berani meminta siasatan terbuka dibuat untuk memastikan secara muktamad kebenaranya.
"Kerja mereka cuma nafi dan nafi...sedangkan kami yang melihatnya sudah 99.9 peratus pasti siapa pelakonnya," katanya.
Katanya lagi dengan adanya video CCTV Anwar dan Datuk Sharzly Eskay Abdullah sedang naik turun lif apartmen itu, mengapa dalam bab ini Nurul tidak bertegas mahukan kebenaran atau kata bukti terbaik adalah video rakaman!
Beberapa pembaca lain meminta Nurul tidak emosional dalam bab kejadian di Lembah Pantai itu sehingga polis selesai buat siasatan.
"Silap cakap nanti kain sendiri yang terselak...," kata mereka.
Bagi mereka sikap double standard pembangkang menunjukkan mereka 'sudah mula naik tochang'. Mereka berkata rakyat tahu membuat penilaian setelah memerhati segala gelagat pembangkang yang cakap bagai lidah bercabang ini.
Seorang lagi dalam bab video ini berkata, memang Nurul Izzah sudah silap langkah.
"Jangan nanti Haji Hadi tersinggung pula 'disanggah' Nurul! Bukankah beliau sudah keluarkan 'fatwa' bahawa video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga."! - Agendadaily
Suara Politik
Taminsari
Selasa, Mei 29, 2012
Khalid Ibrahim Songlap Duit Jalanraya RM100 Juta Untuk Biayai Aktiviti Pakatan Rakyat!
Pada 13 Mei 2011, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk projek pembangunan luar bandar yang dikenali sebagai ‘MEKANISME PELABURAN PROJEK INFRASTRUKTUR : HASIL UNTUK RAKYAT’. Bunyinya macam bagus dan bunyinya macamlah hebat sangat.
Apa yang menarik ialah, peruntukan tersebut diambil dari bajet Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) iaitu GERAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM23 JUTA SETIAP BULAN bagi tujuan membaikpulih dan menaiktaraf jalan-jalan raya di seluruh Selangor.
Kereta terpaksa bergerak perlahan untuk mengelak daripada terhentak akibat permukaan Persiaran Kemajuan di Seksyen 16, Shah Alam, yang rosak teruk.
Selama tiga tahun, Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, langsung tidak mempedulikan tentang keadaan jalan-jalanraya di seluruh Selangor biarpun setiap bulan bajet sebanyak RM23 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat kepada mereka.
Keadaan jalan-jalanraya di seluruh Selangor, boleh disifatkan sebagai sangat terkebelakang. Apabila rakyat mulai bising kerana prasarana utama itu tidak diselenggara, jawapan yang sering diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat yang berkempen dan berceramah ke sana ke mari ialah, KERAJAAN PUSAT MENYEKAT saluran bantuan.
Padahal, berdasarkan laporan yang diterima, jumlah baki terkumpul MARRIS sehingga setakat ini adalah RM264,841,594.65!
Bajet RM100 juta untuk ’MEKANISME PELABURAN PROJEK INFRASTRUKTUR: HASIL UNTUK RAKYAT’ yang diambil daripada MARRIS tidak dimasukkan dalam Bajet Negeri 2011 tetapi diletakkan sebagai Bajet Tambahan Kerajaan negeri bagi bulan Julai 2011.
Menariknya, bajet RM100 juta itu sebenarnya adalah bertujuan untuk mempromosi Pakatan Rakyat dan tidak ada kena-mengena langsung dengan rakyat. Dengan membiarkan keadaan jalan-jalanraya di seluruh Selangor dalam keadaan daif dan dipersalahkan pula Kerajaan Pusat, Khalid Ibrahim yang mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor berlagak seperti perompak yang melakukan rompakan secara penuh berhemah.
Apa hasil yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat menerusi ’MEKANISME PELABURAN PROJEK INFRASTRUKTUR: HASIL UNTUK RAKYAT’ sehingga ke hari ini melainkan pengaktifan kempen dan ceramah, retorik serta polemik politik serta pembohongan yang tidak berkesudahan? Mengapa bajet yang sebegitu besar untuk jalanraya di seluruh Selangor, tidak mampu meningkatkan taraf dan penyelenggaraannya?
Bajet Tambahan Kerajaan Negeri bagi bulan Julai 2011 ini telah diluluskan selepas mesyuarat tertutup antara Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim serta seorang lagi individu yang namanya masih lagi rahsia!-Sel13
Suara Politik
Taminsari
Lebuhraya lebih penting dari sumber air bersih – Kelantan negeri berkebajikan guna derma awam untuk bina Lebuhraya!
Selama lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan dan selama itulah juga PAS mengutip derma pada setiap kali ceramah-ceramah mereka, namun yang hanya dapat dibuat hanyalah sebuah masjid yang bercirikan senibina negara China! Berapakah harga pembinaan masjid tersebut? Mungkin tak sampai RM10 juta!
Kerajaan pusat sudah mengeluarkan pinjaman sebanyak lebih RM500 juta kepada kerajaan Kelantan untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan, namun apakah hasil yang dapat dilihat sekarang? Kualiti air Kelantan masih ditakuk lama, kotor dan berkeladak!
Dan sekarang timbul pula rancangan yang sudah lama tertangguh sejak Rancangan Malaysia ke-5 iaitu mahu membina Lebuhraya dari Kota Bharu ke Kuala Kerai dengan menggunakan hasil derma rakyat!
Cuba bayangkan untuk membina sebuah masjid, rakyat Kelantan terpaksa menunggu selama hampir 20 tahun untuk membinanya dengan hasil mengutip derma, bagaimana pula dengan cadangan membina lebuhraya ini!
Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer, yang akan menelan kos RM1.8 bilion, yang tertangguh sejak 26 tahun, dimulakan di Kampung Berangan Mek Nab disini antara lain menggunakan sumbangan orang ramai.
Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setelah lebih dua dekad pembinaannya ditangguhkan oleh Kerajaan Pusat, pihaknya mengambil keputusan membina sendiri jalan baru itu demi kemudahan rakyat. Katanya, Projek jalan baru itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) dan ditangguhkan dari tahun ke tahun.
Malangnya pada RMK-10 ia tidak lagi disenaraikan dan kami (Kerajaan Negeri) mengambil keputusan membinanya sendiri.
"Jalan baru ini memainkan peranan penting dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan seterusnya membantu menurunkan indeks kemalangan jalan raya," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Pakej 1 ( Machang-Kuaala Krai) di Kampung Berangan Mek Nab di sini. Projek keseluruhan yang dijangka bernilai RM1.8 bilion itu bakal disiapkan dalam masa tiga tahun. Pada majlis itu, orang perseorangan dan korporat turut menyumbang bagi sama-sama menjayakan lebuh raya rakyat itu.
Nik Abdul Aziz berkata, lebuh raya yang berkonsepkan tanpa tol itu turut dilaksanakan secara wakaf di mana kos pembinaannya serta penyelenggarannya dibiayai sebahagiannya oleh dana hasil sumbangan derma dan wakaf rakyat serta syarikat swasta.
Katanya, projek itu adalah demi kepentingan rakyat dan bukannya permainan politik sebagaimana yang didakwa beberapa pihak.
Agak menghairankan ketika rakyat Kelantan bergelut dan sangat memerlukan sumber air bersih untuk kehidupan seharian mereka, kerajaan negeri pula mengambil bersikap lepas tangan sahaja.
Adakah pembinaan lebuhraya ini lebih penting dari menyelesaikan masalah rakyat mendapatkan bekalan air bersih? Atau kerajaan negeri hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan membina lebuhraya tersebut!
Jika kerajaan PAS Kelantan mengatakan mereka adalah negeri berkebajikan, sepatutnya mereka berusaha mendapatkan 'income' dari sumber lain untuk membina lebuhraya tersebut dan bukannya menyusahkan rakyat? Sampai bila rakyat harus terus menderma dan menderma lagi, tetapi yang 'kenyang' hanyalah para pemimpin mereka!
Sudah tiba masanya rakyat Kelantan memikirkan untuk menukar kerajaan sekarang selepas PRU ke-13 nanti. InsyaAllah...!!!
Suara Politik
Taminsari
Amaran buat umat Islam Malaysia - Bersiap hadapi gelombang kristianisasi!
Semua badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini perlu berada di saf hadapan bagi menghadapi gelombang kristianisasi yang sedang mengancam kehidupan umat Islam hari ini.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, usaha mempertahan dan menyelamatkan akidah umat Islam hari ini tidak lagi sama seperti 30 tahun lalu kerana perlu mendepani pelbagai cabaran.
Cabaran-cabaran itu, katanya ialah merelakan diri menyokong kumpulan yang terang-terang menentang Islam, liberalisme dan pluralisme agama sehingga agama Islam tidak diiktiraf sebagai agama paling benar.
"Saya berani katakan hari ini, kegentingan itu hampir putus, mengenai keutuhan, ilmu, komitmen dan penghayatan mengenai akidah islamiah yang sudah terlalu longgar.
"Anak-anak hari ini sudah tiada lagi tempat untuk bersandar, emak dan ayah pun serupa, tidak ke masjid bagi mendedahkan anak kepada ustaz dan imam yang akhirnya kelonggaran akidah membuka kepada ancaman kristianisasi," kata Presiden Jalur Tiga (Jati) itu dalam ceramahnya pada Himpunan Sejuta Umat peringkat negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini hari ini.
Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin.
Suara Politik
Taminsari
Isnin, Mei 28, 2012
Pembangkang belum layak tadbir negara - Tunku Abdul Aziz!
Tiga 'langau' ini mungkin tersentak dengan nyataan Tunku Aziz ini! Nak buat macamana, memang tak layak pun...Tepuk dada tanya iman? Malaysia perlu ditadbir oleh parti yang berpengalaman serta terbukti mempunyai rekod pentadbiran baik dalam mengurus perbezaan etnik, bangsa dan agama dalam kalangan rakyatnya.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, berikutan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang kompleks, rakyat tidak wajar membuat eksperimen dalam menentukan parti yang memerintah.
Menurutnya, pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pengalaman serta rekod tersebut dan sehingga kini gagal membentuk Kabinet bayangan.
Suara Politik
Taminsari
Bukti penyatuan belia 1Malaysia!
Kejayaan penganjuran karnival Himpunan Jutaan Belia melibatkan dua juta orang di sini, dalam tempoh lima hari membuktikan perhimpunan besar-besaran boleh diadakan secara aman tanpa kekecohan dan kekerasan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai boleh menilai perbezaan antara Himpunan Jutaan Belia yang diadakan secara aman dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang dicemari insiden keganasan.
"Walaupun perhimpunan belia diadakan di Putrajaya pada skala yang amat besar, tetapi kita tidak nampak pun ramai polis yang berkawal di tapak-tapak karnival.
"Keadaan ini adalah berbeza dengan suasana perhimpunan Bersih 3.0 yang dihadiri kira-kira 20,000 orang tetapi dipenuhi dengan kejadian yang tidak baik," katanya kepada pemberita selepas melawat gerai-gerai makanan di tapak aktiviti Himpunan Jutaan Belia di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu orang muda bahawa rusuhan jalanan, membaling batu, menendang anggota polis bukan amalan demokrasi yang sebenar sebaliknya merupakan demo crazy (gila demonstrasi).
Najib turut mengingatkan para belia supaya tidak termakan dengan hasutan, fitnah dan ucapan-ucapan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.-UMO
Suara Politik
Taminsari
Terbongkar..!!! Saya dipaksa keluar DAP 'dengan lembut' - Tunku Aziz?
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim menegaskan beliau dipaksa keluar dari parti itu dengan cara 'paling lembut' ekoran kenyataannya berhubung Bersih 3.0 bulan lalu.
Menurutnya, kenyataan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng baru-baru ini yang mengatakan beliau tidak akan dihukum parti hanyalah separuh benar.
Katanya, beliau dipaksa keluar kerana kenyataannya itu menyukarkan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR), dan menyebabkan namanya sebagai Senator tidak akan dilantik semula.
"Penasihat, Lim Kit Siang datang dua kali ke rumah saya, pada 27 dan 30 April, dengan cara yang paling 'lembut'. Pada tahap ini saya ingatkan Kit Siang bahawa saya tidak masuk Pas atau PKR.
"Saya sokong Bersih tapi saya tidak sokong tindakan mereka yang mahu melanggar undang-undang negara iaitu merempuh Dataran Merdeka," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Suara Politik
Taminsari
Krisis air Selangor : Realiti atau retorik MB Khalid?
Penduduk di Lembah Klang terutamanya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bergantung kepada 33 loji rawatan yang beroperasi untuk membekalkan air di ketiga-tiga kawasan ini. Dalam konteks ini, peranan yang perlu dimainkan oleh pengendali loji rawatan air seperti Puncak Niaga, Splash dan Konsortium Abass menjadi semakin mencabar bagi memastikan pengeluaran loji-loji mereka mencukupi untuk membekalkan air kepada 7 juta pengguna. Kebanyakan loji rawatan air utama yang beroperasi melebihi kapasiti reka bentuknya.
Misalnya loji rawatan air Sungai Langat yang reka bentuk kapasitinya adalah 386 juta liter sehari (JLH) beroperasi 447.42 JLH iaitu melebihi 15.9 peratus (%) daripada keupayaan sebenarnya. Demikian juga dengan loji rawatan air Sungai Semenyih yang kapasiti reka bentuknya 546 JLH telah beroperasi pada tahap 665.92 JLH iaitu melebihi 22%.
Semua ini berikutan pertambahan permintaan air yang meningkat pada kadar 3.5% setiap tahun. Jika keadaan ini berterusan tanpa penaiktarafan atau penyelenggaraan yang rapi, dikhuatiri loji-loji ini akan mengalami tekanan akibat beban pengeluaran dan boleh menyebabkan ia rosak pada peringkat-peringkat tertentu dan seterusnya mengakibatkan bekalan air terputus.
Pertambahan jumlah penduduk, pembangunan kawasan-kawasan perumahan dan perindustrian baru dan sebagainya banyak menyumbang ke arah itu. Situasi ini jelas menunjukkan jumlah bekalan air bersih yang semakin banyak diperlukan untuk menampung keperluan yang meningkat ini.
Dalam hal ini, syarikat yang bertanggungjawab untuk mengagihkan bekalan air kepada pengguna di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu Syabas sudah pasti berhadapan tekanan yang bukan sedikit untuk mencapai tahap perkhidmatannya yang terbaik kepada pengguna disebabkan kekangan tersebut.
Hari ini, jumlah permintaan air terawat adalah sebanyak 4,219 JLH atau hampir sama dengan jumlah yang mampu dibekalkan, iaitu 4,326 JLH. Ini menjadikan kapasiti rezab hanya pada kadar 2.47%. Dengan pembangunan yang telah dijangkakan, kemungkinan berlaku masalah kekurangan bekalan air pada 2014 tidak dapat dinafikan.
Senario ini membawa kepada keadaan di mana sesetengah kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mengalami kekurangan bekalan air bersih terutamanya apabila berlaku sebarang gangguan kepada bekalan ataupun semasa penggunaan puncak.
Beberapa kawasan dikenal pasti sebagai kawasan water stress terutama yang terletak di lokasi berpenduduk padat. Walaupun bekalan air disalurkan ke kawasan ini dengan kapasiti sedia ada sepenuhnya, tetapi keseluruhannya digunakan bagi memenuhi permintaan harian.
Walaupun kebanyakan loji rawatan beroperasi melepasi kapasiti reka bentuknya, tetapi masih ada loji rawatan yang beroperasi di bawah kapasiti sebenar. Sebagai contoh, loji rawatan air Sungai Rasa yang berkapasiti 250 JLH hanya beroperasi ditahap pengeluaran 138.71 JLH sahaja. Walaupun pengeluaran loji ini boleh dipertingkatkan namun loji rawatan ini tidak dapat membantu membekalkan air ke kawasan water stress disebabkan tiada jajaran paip untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan tersebut.
Ironinya, loji rawatan air Sungai Rasa ini terletak di utara Selangor sementelahan kebanyakan kawasan water stress terletak di kawasan Lembah Klang dan selatan Selangor. Justeru sistem rangkaian agihan paip perlu dinaik taraf. Pun begitu kelulusan pihak berkuasa perlu ada untuk kerja kerja ini dilakukan oleh pembekal air, terutama sekali apabila Perbelanjaan Modal (CAPEX) masih dibekukan sehingga kini.
Kesan kepada pembangunan
Kita sedia maklum bahawa negara sedang menjalani proses transformasi di mana usaha-usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan Malaysia mengalami arus pembangunan mapan dan terancang. Namun usaha-usaha ke arah pembangunan secara fizikal, termasuk penarikan pelaburan asing hingga ke arah memastikan tahap kehidupan yang berkualiti tidak akan terkesan jika kemudahan sepenting air tidak boleh disediakan.
Berdasarkan tiga faktor utama yang dinyatakan, kita tidak boleh menolak kenyataan bahawa krisis bekalan air boleh berlaku malah kesannya telah dirasai di Lembah Klang. Awal tahun ini satu gelombang krisis air peringkat pertama melibatkan empat daerah telah berlaku melibatkan Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan sebahagian Petaling sehingga beberapa hari akibat penyusutan kolam-kolam perkhidmatan dalam tempuh yang singkat akibat kadar penggunaan tinggi.
Dalam situasi tersebut walaupun loji-loji rawatan telah meningkatkan pengeluaran ke tahap maksimum, namun peningkatan paras kolam amat perlahan. Situasi ini telah memberikan kesan secara langsung terhadap projek projek pembangunan baru. Akibat senario tersebut, dalam tempoh 1 Januari 2012 hingga 12 Mac 2012, sejumlah 75 projek pembangunan tidak dapat diluluskan oleh Syabas berikutan bekalan air yang tidak cukup untuk menampung keperluan permintaan sedia ada.
Pada masa ini kawasan-kawasan seperti di Kuala Lumpur, Petaling dan Klang sering menghadapi masalah kekurangan air atau tekanan rendah kerana kawasan-kawasan ini dibanjiri industri dan mempunyai kepadatan penduduk yang ramai.
Bayangkan sekiranya situasi ini berterusan sudah pasti segala perancangan pembangunan akan terencat dan memberi implikasi bukan sedikit kepada sosioekonomi di negara ini. Apatah lagi Kuala Lumpur dan Putrajaya merupakan hab ekonomi negara ini. Apa yang dikhuatiri pengguna yang terpaksa berdepan dengan masalah ini sekiranya tiada tindakan proaktif diambil.
Bila situasi ini terjadi, apakah negara ini masih gah sebagai destinasi pelaburan terulung? Apakah kualiti hidup yang diuar-uarkan masih relevan dan realiti? Apakah Malaysia yang mempunyai pelbagai pencapaian di pentas dunia masih tergapai-gapai mengendalikan isu keperluan asas?
Selepas gelombang pertama krisis dirasai pada awal tahun ini, gelombang kedua krisis bekalan air di kawasan-kawasan yang tersenarai telahpun berlaku dan ini boleh lebih memudaratkan jika projek projek pembangunan di kawasan-kawasan tersebut diteruskan. Maka tindakan tidak meluluskan pembangunan di kawasan-kawasan tersebut merupakan satu tindakan perlu untuk memastikan bekalan air yang berterusan.
Langkah penyelesaian
Mengatasi situasi seperti ini memerlukan komitmen semua pihak dan masing-masing perlu memainkan peranan dengan berkesan. Ia berbalik kepada pengurusan bekalan air secara pendekatan holistik. Sumber air perlu dikawal daripada pencemaran selain memastikan ia mencukupi tanpa bergantung semata-mata kepada faktor cuaca.
Tanggungjawab ini bukan sahaja terletak di bahu pihak kerajaan mahupun agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan seperti Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli, Lembaga Urus Air Selangor, pengendali loji dan Syabas semata-mata. Lebih daripada itu ialah sikap orang ramai yang perlu menjaga sungai daripada pencemaran. Ini penting untuk menjamin kelangsungannya.
Selain itu peningkatan kapasiti pengeluaran air terawat perlu dilakukan dengan menaik taraf segala infrastruktur pembekalan air termasuk loji loji rawatan dan sistem agihan iaitu jajaran paip dan connectivity.
Penambahan loji rawatan adalah antara usaha berkesan yang perlu disegerakan termasuklah pembinaan Loji Rawatan Air Langat Dua yang masih tertangguh pembinaannya. Semua usaha usaha ini melibatkan kos yang tinggi dan memerlukan kelulusan pihak berkuasa sama ada Kerajaan Pusat mahupun negeri.
Dalam konteks ini, penyelesaian segera isu isu yang masih tertangguh termasuk penstrukturan semula industri air di Selangor wajar diberi perhatian serius. Sehingga persefahaman dan persetujuan di antara kedua-dua pihak iaitu kerajaan negeri dan kerajaan pusat dicapai dan dimuktamadkan, situasi pembekalan air di negeri Selangor, Kuala lumpur dan Putrajaya dikhuatiri akan terus terbelenggu.
Justeru, sempena dengan hari air sedunia yang disambut diseluruh dunia baru-baru ini, kita berharap satu titik pertemuan yang positif dapat capai antara kedua-dua pihak bagi memastikan masalah yang membelenggu industri bekalan air ini dapat dirungkai.
Apa yang penting, teras paling utama terhadap usaha ini perlu difokuskan kepada hak manusia terhadap air bersih dan kesinambungan kehidupan berkualiti. Sebagaimana air dilihat sebagai penyambung kehidupan, begitulah juga usaha untuk mengekalkannya.-UMO
Suara Politik
Taminsari
Ahad, Mei 27, 2012
Karnival belia capai kemuncak!
Sambutan Himpunan Jutaan Belia mencapai kemuncak hari ini dengan ramai belia pelbagai kaum tidak mahu melepaskan peluang menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan.
Tidak kira konsert artis tempatan dan antarabangsa, Pesta Jepun, aktiviti sukan lasak, pesta layang-layang, pertandingan sorak atau aktiviti kesenian, semua tapak pameran dan aktiviti telah dipenuhi dengan belia.
Suasana meriah tersebut turut menunjukkan Kementerian Belia dan Sukan semakin menghampiri sasaran dua juta pengunjung dalam tempoh lima hari.
Sambutan Himpunan Jutaan Belia yang memasuki hari keempat pada hari ini bertambah berwarna-warni apabila ramai orang muda memakai kemeja “Saya sayang PM" dalam pelbagai warna sebagai tanda sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan program walkabout hari ini.
Panas terik tidak menghalang puluhan ribu belia menggunakan pelbagai cara termasuk sorakan, tepukan, sepanduk, kain rentang, paluan gendang dan tarian untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri yang melawat tapak Himpunan Jutaan Belia, di sini hari ini.
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memulakan program walkabout pada pukul 3 petang dengan mengadakan lawatan ke tapak My Kampung Art untuk melihat kain batik terpanjang di Malaysia berukuran 263.3 meter.
Di situ, Najib dan isteri dihiburkan dengan Kawad Berirama Belia 1Malaysia yang disertai lebih 1,000 belia, iaitu kawad berirama paling besar pernah diadakan di negara ini.
Program ramah mesra rakyat bersama Perdana Menteri diikuti dengan lawatan ke tapak pameran pendidikan dan keusahawan muda serta Pesta Jepun diadakan di Presint 2.
Seterusnya, Perdana Menteri dan isteri singgah di Little India dan Taman Kebudayaan Pemuda Cina di mana mereka disambut meriah dengan paluan gendang India, gendang 24 musim Cina dan tarian singa.
Di hadapan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pula, ketibaan Najib dan menteri-menteri Kabinet disambut dengan sorakan serta tepukan gemuruh para belia yang turut mempersembahkan Dikir Barat 1Malaysia.-UMO
Suara Politik
Taminsari
Wall Street Journal beri pendapat kenapa Anwar patut mengaku bersalah!
Pelbagai pandangan diberi melalui media dan ruang siber selepas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin didakwa di mahkamah baru-baru ini atas tuduhan melanggar undang-undang ketika demonstrasi jalanan Bersih 3.0 di sini 28 April lepas.
Ketiga-tiga mereka juga dikenakan pertuduhan menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim supaya membuka sekatan di sekeliling Dataran Merdeka di Jalan Raja di sini, yang dilarang dimasuki peserta perhimpunan, pada hari sama.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan itu. Mereka merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman (PAA), yang berkuatkuasa mulai tahun ini.
The Wall Street Journal (WSJ), akhbar harian kewangan antarabangsa yang amat berpengaruh menyiarkan pendapatnya yang mengatakan Anwar patut mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memadai.
Rencana berkenaan bertajuk "Malaysian People"s Court, Anwar"s civil disobedience and the next election", berpendapat cara lebih jelas untuk menyakinkan orang ramai bahawa PPA merupakan undang-undang yang tidak adil ialah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.
Rencana berkenaan yang disiar dalam ruangan “Review and Outlook Asia" pada Khamis berkata, dengan mengambil kira segala ranjau dan duri yang dilalui Anwar sebelum ini termasuk dua kali menghadapi pertuduhan berkaitan liwat dan dua kali juga dibebaskan, “mungkin ada orang yang membuat tanggapan bahawa ini satu lagi pendakwaan yang bersifat politik". "Bagaimanapun, kes ini berbeza. Anwar bertindak melanggar tuntutan sivil dan kini beliau perlu menanggung padahnya.
"Keputusan sebenar akan datang daripada peti undi pada pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan lewat tahun ini apabila pengundi akan memutuskan sama ada perubahan politik yang dilaksana Najib berjalan pada kadar yang sewajarnya, atau Anwar bertindak betul dengan mendesak perubahan dilaksana dengan lebih pantas".
Akhbar itu seterusnya menulis “Jika Anwar ingin melanggar tuntutan sivil, beliau tidak boleh berpura-pura tidak bersalah, pada waktu yang sama." WSJ berkata, walaupun Najib patut diberi pujian kerana melakukan perubahan, pembangkang juga mempunyai alasan kukuh untuk mengkritiknya sebagai tidak memadai.
"Persoalan sebenar ialah sama ada masyarakat Malaysia lebih memerlukan perubahan pada kadar lebih pantas atau taktik konfrontasi yang dianjur pembangkang," kata rencana itu. - UMO
Suara Politik
Taminsari
Sabtu, Mei 26, 2012
Pelancaran oleh PM kemuncak acara Himpunan Jutaan Belia!
Sambutan Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini tiba ke acara kemuncaknya petang tadi dengan kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyempurnakan majlis pelancarannya.
Perdana Menteri tiba di kawasan tapak perhimpunan pada kira-kira pukul 3 petang dan menaiki trem untuk melawat beberapa segmen sebelum ke pentas utama bagi majlis pelancaran.
Dan sekitar jam lima petang tadi bertempat di pentas utama HBN 2012 DS Najib bersama kepimpinan Barisan Nasional merasmikan HBN 2012 dengan penuh gemilang. Sorak dan laungan suara belia suara keramat bergema di Putrajaya sebagai tanda sokongan para belia menolak keganasan yang dicetuskan oleh budaya politik kotor pakatan.
DS Najib memberitahu kepada semua belia Malaysia bahawa apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat adalah merbahaya kepada kemajuan belia itu sendiri. Apa yng dikecapi oleh para belia pada hari ini ialah kerana hasil pengorbanan para belia dulu yang bertindak berdasarkan kematangan berfikir dan tindakan. Para belia dulu menghormati perundangan negara dan pihak polis.
Belia yang bertindak memijak dan memukul polis serta melompat-lompat di atas kenderaan polis tidak akan mampu membawa kebaikan dan kemajuan kepada negara di masa depan. DS Najib mahu mewariskan kemakmuran dan keamanan negara ini kepada para belia yang menyintai keamanan. Serentak dengan itu DS Najib melaungkan "Belia cintakan keamanan!" Laungan itu di sambut oleh para belia yang hadir dengan semangat kental.
DS Najib amat tegas dalam menyatakan pendiriannya mahukan belia mewarisi keamanan dan kemakmuran negara ini untuk generasi terkemudian. Beliau berhasrat agar para belia mengikuti dan mencontohi kematangan para belia terdahulu yang bertindak dengan penoh kematangan dan kedewasaan dalam berfikir serta membuat pilihan. Seruan DS Najib itu di sambut oleh suara belia suara keramat.
Himpunan Jutaan Belia selama lima hari yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara itu disasar menghimpunkan kira-kira dua juta golongan belia dengan pelbagai aktiviti mereka dan ia memasuki hari keempat hari ini.
Perhimpunan yang menampilkan 38 segmen menyediakan kira-kira 500 aktiviti, tersusun di laluan sejauh enam kilometer yang dilengkapi dengan 24 pentas pertunjukan untuk dikunjungi orang ramai itu disasar menjadi antara 10 karnival tahunan terbesar dunia.
Dalam perutusan Perdana Menteri sempena Hari Belia minggu lepas, DS Najib berkata perhimpunan ini merupakan manifestasi pengiktirafan kerajaan bagi menjadikan Putrajaya sebagai medan besar untuk belia mempamer tenaga dan kreativiti masing-masing.
Sebelum itu Sekitar ketibaan DS Najib Di Bee Ant Blues Port #HBN2012
' Jadikan hari esok lebih baik dari hari ini '.
Suara Politik
Taminsari
Boleh percaya ke pengakuan 'mohon maaf' Ambiga ini?
BERSIH 3.0: Ambiga Bersedia Minta Maaf Pada Seluruh Rakyat Malaysia
Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga semalam mengejutkan ramai pihak apabila bersedia memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini berhubung pengajuran demonstrasi yang telah diadakan di ibu negara baru-baru ini.
Dalam sidang akhbar di rumahnya petang semalam, Ambiga berkata, permohonan maaf itu juga ditujukan jiran tetangganya berikutan tindakan para peniaga yang mahu ‘berniaga’ di kawasan perumahan mereka.
Ambiga berkata, dia bersedia meminta maaf kepada umum kerana tidak menjalankan tugasnya dengan baik dan telus.
Ambiga juga memohon maaf kepada jiran-jirannya kerana telah kekecohan sering timbul selepas Bersih 3.0.
“Saya faham kenapa kumpulan-kumpulan ini, Bersih 4.0 memohon saya untuk meminta maaf…saya bersedia untuk meminta maaf.
“Saya berumur 55 tahun, dengan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada pelbagai pihak dan generasi seterusnya kerana tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk memastikan negara kita kekal aman.
“Juga kepada jiran-jiran, saya juga patut meminta maaf kerana telah meletakkan mereka dalam situasi atau ‘zon peperangan’,” kata Ambiga di sini.
Sebelum sidang akhbar tersebut dibuat, tiga gerakan iaitu Bersih 4.0, Halau 1.0 dan juga Gerakan Pemuda Semalaya telah datang ke rumahnya menuntut Ambiga memohon maaf secara terbuka.
Suasana ‘panas’ mula terasa di kediaman Ambiga menjelang jam 4.00 petang berikutan kehadiran gerakan berkenaan termasuk Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur.
Pihak berkuasa sudahpun menutup laluan menuju ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara mulai jam 12.30 tengah hari.
Selain sekatan polis, beberapa kun yang tertulis ‘trafik warden DBKL’ diletakkan hadapan simpang menghala ke rumah beliau bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga KL bertekad mahu mengadakan aktiviti niaga semalam sebagai tanda protes di hadapan rumah Ambiga walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk DBKL.
Bagaimanapun pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunus akhirnya mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.- MyNewsHub
Suara Politik
Taminsari
Jumaat, Mei 25, 2012
Akibat tidak faham isu dan bodoh-bodoh sombong, Noh cabar MB Khalid minum air dari empangan?
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Menteri Besar supaya meminum air daripada empangan dan sungai di negeri ini sekiranya terus mengelirukan rakyat dengan mempolitikkan isu bekalan air di negeri ini.
Cabaran itu dikemukakannya susulan kenyataan Tan Sri Abdul Khalid menerusi laman web selangorku.com , semalam yang mempelawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui serta para pemimpin BN melawat kawasan empangan di negeri ini.
Pelawaan itu dibuat kononnya untuk menunjukkan bahawa bekalan air di negeri ini adalah mencukupi.
Bagaimanapun, Noh menyifatkan kenyataan Abdul Khalid itu jelas membuktikan bahawa Menteri Besar sememangnya tidak memahami perkara pokok masalah bekalan air di Selangor selain cuba memutarbelitkan fakta yang sebenar mengenai perkara itu.
"Masalah bekalan air di Selangor sebenarnya melibatkan air terawat untuk keperluan rakyat dan industri di negeri ini serta kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sememangnya tidak mencukupi, bukannya air mentah.
"Setakat ini, Selangor mempunyai tujuh buah empangan dan 34 buah loji rawatan air yang mengeluarkan air terawat untuk diagihkan kepada pengguna di kawasan Lembah Klang.
"Namun, kesemua loji rawatan air berkenaan hanya mampu menghasilkan kapasiti bekalan air sebanyak 4,371 juta liter sehari manakala keperluan air terawat di negeri secara purata adalah sebanyak 4,322 juta liter sehari," katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.
Tambah Noh, apa yang dibangkitkan oleh BN selama ini ialah mengenai masalah bekalan air bersih yang dihadapi di kawasan Lembah Klang memandangkan kadar rizab bekalan air berkenaan di loji-loji rawatan yang sedia ada hanya tinggal 2.4 peratus berikutan perbezaan yang kecil di antara pengeluaran dan penggunaan.
Tambah Noh, beliau tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang sebenarnya tahu mengenai masalah tersebut tetapi sengaja menafikannya dengan memutarbelitkan fakta kononnya untuk memberi gambaran sumber air di empangan masih banyak di negeri ini.
"Kalau Menteri Besar (Abdul Khalid) cabar menteri (Peter) dan pemimpin BN Selangor lawat empangan, kita sedia pergi tapi dengan syarat Menteri Besar minum air dari empangan itu.
"Selepas itu, Menteri Besar pula kena ikut saya melawat loji rawatan air dan lihat masalah yang sebenarnya. Saya sendiri akan minum air terawat dari loji itu," jelasnya lagi.
Pada masa yang sama, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyatkan berdasarkan perangkaan yang diperolehi pihaknya, sebanyak dua buah loji rawatan air berada dalam keadaan yang 'sarat' ekoran beroperasi melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya.
Katanya, Loji Rawatan Air Sungai Semenyih didapati mengeluarkan melebihi 600 juta liter sehari air terawat berbanding dengan kapasiti pengeluarannya sebanyak 545 juta liter sehari.
Keadaan yang sama turut dihadapi Loji Rawatan Air Sungai Langat yang kini mengeluarkan air terawat hampir 500 juta liter sehari sedangkan kapasiti pengeluarannya hanya 386 juta liter sehari.
"Begitu juga dengan loji rawatan air di Sungai Batu dan Sungai Selangor Fasa 2 yang dilihat berisiko menghadapi situasi yang sama," ujarnya.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catatan (Atom)