Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Ogos 31, 2012
Tema 'Sebangsa Senegara Sejiwa' macam sekular dan liberal?
Slogan di atas adalah tema yang dikemukakan oleh pakatan pembangkang untuk menolak tema kerajaan "Janji Ditepati". Bunyinya yang puitis terkandung maksud yang boleh dipersoal.
Apa maksud 'Sebangsa' di situ. Kalau ia bermaksud gabungan bangsa-bangsa yang ada di Malaysia apakah ikatan atas nama bangsa boleh disetujui oleh Pas. Nik Abdul Aziz Nik Mat umpamanya sering mengkritik perjuangan ke arah memartabatkan bangsa adalah asabiyyah kaumiyyah.
Pas tentunya lebih cenderung kepada konsep umat bukannya bangsa. Menyetujui tema itu tidak menjadikan Pas dominan dalam menentukan tema. DAP dan PKR lebih dominan menentukan hala tuju pakatan. Pendirian Pas mengenai isu bangsa ini tidak dihormati oleh warga pakatan yang lain.
'Senegara' juga menimbulkan persoalan. Negara apa yang sebenarnya hendak ditegakkan oleh pakatan. Negara Islam tentu sekali tidak. Pas berpendirian akan tetap teguh dengan tema negara Islam dan hukuman hududnya.
Sekali lagi Pas terpinggir. Takkan Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas tidak faham apa yang tersirat di sebalik tema itu. DAP pasti mahukan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan sosialis demokratik. PKR tentu mahukan Malaysia menjadi sebuah negara liberal dan pluralis. Elemen Islam di mana?
Di mana salahnya konsep negara Islam yang mendukung faham universal dan ketamadunan. Pendirian Karpal Singh lebih banyak bersifat persepsi dan salah faham terhadap maksud negara Islam sebenarnya. Semakin ramai orang Barat masa kini sudah mula menerima Islam sebagai suatu agama dan cara hidup. Inilah faktor Islamophobia Barat dan Karpal Singh sama juga.
Yang peliknya, Anwar Ibrahim ada di situ. Sebagai bekas pemimpin Angkatan Belia Malaysia (ABIM) takkan tema kemerdekaan nampaknya macam sekular dan liberal. Kalau ia datang dari Pak Samad Said boleh dimengerti. Pak Samad bukan datang dan dewasa daripada kelompok gerakan Islam seperti yang dialami oleh Anwar.
'Sejiwa' memberi makna memiliki roh yang sama dalam perjuangan. Pas memperjuangkan roh Islami seperti yang terkanun dalam perlembagaannya. Mampukah DAP dan PKR menjiwai apa yang ingin diperjuangkan oleh Pas?
Kerajaan pakatan yang sedia ada umpamanya di Selangor adalah gabungan PKR, DAP dan juga Pas. Apakah wujud rasa kesejiwaan antara perjuangan Pas dengan dasar-dasar yang dijalankan oleh PKR dan yang didukung oleh DAP. Rumah urut dan pusat pelacuran berkembang ibarat cendawan tumbuh. Pak Samad Said sebagai penyair tentu tahu hakikat ini.
Manifesto Pakatan Rakyat di Selangor masih banyak yang belum ditepati lagi. Pembangkang memang suka berjanji sebelum dapat kuasa. Hal di Pulau Pinang pun sama. Rumah Rakyat tidak dibina tetapi yang diluluskan adalah rumah untuk orang kaya dan rumah di lereng bukit.
Di Kelantan juga serupa. Isu bekalan air bersih tidak selesai sehingga kini. Kalau pun Kelantan dikuasai oleh Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini isu air bersih tidak akan dapat diselesaikan juga. Apakah tugas pembangkang hanya berjanji saja tetapi "Janji tidak ditepati".
Sebab itu tema Hari Kebangsaan bagi kerajaan dipilih iaitu "Janji Ditepati". Tema ini dari segi moral adalah baik dan bersesuaian. Bagi penulis tema ini Islamik. Salah satu amanah bagi orang yang beriman ialah menepati janji. Orang yang berjanji tetapi tidak menepati janjinya selalunya termasuk di kalangan orang yang munafik.
Orang Pas tentu tahu hal ini. Pentingnya "Janji Ditepati" adalah kerana pada masa lalu terlalu banyak pembohongan yang dilakukan oleh parti politik untuk memenangi hati rakyat supaya menyokong mereka. Apabila menang mereka lupa kepada janji atau melanggar janji.
Tradisi ini adalah tidak baik bagi orang yang ada jiwa agama dan bertamadun. Bila penegasan tema "Janji Ditepati" bagi sambutan Hari Kemerdekaan Ke -55 ini ia membawa gambaran bahawa menjelang pilihan raya akan datang jangan terlalu banyak janji dibuat untuk memikat pengundi walaupun parti yang berkaitan menjadikan Islam sebagai dukungannya.
Belum pilihan raya terjadi Anwar sudah berjanji PTPTN akan dihapuskan dan pendidikan percuma akan diberi. Kalau isu hutang UNISEL dan KUIS di Selangor di mana Anwar menjadi Penasihat Ekonomi tidak boleh diatasi, janji Anwar itu tentu menjadi bahan ketawa. Anwar juga berjanji harga minyak akan diturunkan, harga barang akan diturunkan dan banyak lagi janji yang diberi.
Membuat janji memang mudah. Melaksanakan janji akan timbul dalih. Inilah kerja pembangkang sekian lama. Oleh itu, tema "Menepati Janji" amat ditakuti oleh pakatan kerana bimbang ia mengenai batang hidung pakatan sendiri. Pakatan memilih tema lain ibarat 'tidur sebantal'.
Suara Politik
Taminsari
Kemerdekaan menuntut keinsafan anak bangsa!
Mulai 1 Ogos lalu, negara memasuki bulan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Ini adalah kali ke-55 negara menyambut ulang tahun kemerdekaan untuk memperingati tarikh keramat negara bebas daripada belenggu penjajah.
Walaupun bulan kemerdekaan sudah memasuki minggu terakhir , suasana kemerdekaan tidak pun dirasai! Berbeza dengan suasana Ramadan, apatah lagi Aidilfitri. Ini mungkin kerana sudah terlalu banyak pesta di negara ini.
Sehari demi sehari berlalu tanpa sedikit pun rakyat merasai kemeriahan suasana bulan kemerdekaan. Pada malam 31 Ogos ini, walaupun sambutan meriah akan diadakan, namun belum pasti roh kemerdekaan dapat menyerap ke dalam jiwa bangsa Malaysia.
Ramai yang datang untuk menyambut detik-detik kemerdekaan pada malam ini adalah semata-mata untuk menyaksikan persembahan pentas, menyanyi dan menari. Pada malam ini juga ramai anak-anak remaja mendapat 'pasport' daripada ibu bapa untuk keluar rumah dan balik hingga lewat malam dengan alasan untuk menyambut hari kemerdekaan.
Meskipun turut melaungkan seruan “Merdeka, Merdeka, Merdeka” apabila jam tepat menunjukkan pukul 12 malam pada 31 Ogos nanti, ia hanyalah laungan bergemuruh yang tidak ada bezanya dengan laungan pada sambutan tahun baru setiap tahun di hotel-hotel dan pusat-pusat hiburan.
Bagi kumpulan bersemangat kebangsaan yang tebal, keadaan ini sangat membimbangkan mereka kerana menganggap terhakisnya semangat nasionalisme bangsa. Kumpulan ini menganggap masyarakat hari ini gagal mengagumi, apatah lagi menghayati sejarah. Sekiranya mereka dipilih sebagai pemimpin akan datang, ia akan mempercepatkan proses negara tergadai dan berlaku penjajahan baru oleh kuasa-kuasa besar.
Sikap kumpulan nasionalis ini berbeza dengan golongan berfikiran liberal. Mereka tidak bimbang kepada sikap generasi hari ini kerana menganggap ia adalah perkara biasa dalam tamadun manusia. Bagi golongan ini, apa yang mereka tahu ialah kebebasan bermakna rakyat sewajar diberi hak mutlak dalam segala bidang. Kumpulan ini memandang ke depan dan mahu rakyat menguasai ilmu tanpa perlu menoleh ke belakang. Bagi mereka, jika masyarakat tidak menguasai ilmu, mereka akan ketinggalan.
Pengertian kemerdekaan mempunyai semangat dan rohnya tersendiri. Penghayatannya juga berbeza daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Bagi seseorang yang berusia 70-an ke atas hari ini, mereka adalah kumpulan yang pernah hidup pada zaman Perang Dunia Kedua yang merasai pahit getirnya kehidupan pada zaman penjajahan British.
Sebelum itu, mereka juga melalui pengalaman ketika pemerintahan Jepun, makan ubi kayu bakar dan bersembunyi di bawah tanah apabila diburu pengganas Komunis. Pengalaman mereka bersekolah, jauh beza daripada anak-anak zaman moden hari ini. Berkaki ayam hingga kaki keras berkematu, adalah perkara biasa.
Bagi golongan ini, sewaktu Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan “Merdeka, Merdeka, Merdeka”, ia adalah seruan paling beremosi dan ramai yang mengalirkan air mata kerana mereka faham erti kebebasan.
Bagi mereka yang berusia 40 dan 50-an hari ini, kisah kehidupan zaman perang, pemerintahan Jepun dan penyeksaan hidup pada zaman Komunis, sudah mula menjadi cerita penglipur lara bila ayah atau datuk nenek menceritakan kisah lampau mereka sebelum ini. Kumpulan ini tidak dapat menggambarkan keadaan kehidupan zaman sebelum mereka, apatah lagi menyelami pengalaman yang dilalui datuk nenek mereka.
Ketika ayah bercerita kisahnya menelaah buku di bawah lampu minyak tanah atau membeli nasi lemak dengan harga lima sen sebungkus, mereka hanya mendengarnya tanpa emosi dan simpati. Sukar bagi mereka mendalami keadaan itu yang menyebabkan perbualan ibarat percakapan antara itik dengan ayam.
Ketika tiba 31 Ogos setiap tahun, anak-anak muda hari ini juga tidak ketinggalan melaungkan ungkapan “Merdeka, Merdeka, Merdeka”, tetapi tidak siapa yang dapat membaca emosi mereka. Apakah mereka benar-benar faham erti kebebasan atau sekadar terikut-ikut dengan laungan untuk menggemakan suasana.
Anak-anak hari ini mempunyai cita-cita yang jauh berbeza daripada cita-cita dan pemikiran masyarakat pra dan pasca kemerdekaan. Keadaan ini berlaku kerana mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh luar melalui pelbagai saluran dan media.
Dengan kemajuan teknologi komunikasi dan telekomunikasi, anak-anak yang berusia belasan tahun, seterusnya mereka dalam lingkungan 30-an dan 40-an, mewarisi pemikiran moden. Mereka mungkin faham bahawa sambutan Hari Kemerdekaan adalah detik memperingati kejayaan negara yang berjaya membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.
Disebabkan tidak pernah mengenal erti penjajahan, sama ada secara fizikal dan pemikiran, mereka tidak pernah menganggap mereka pernah dijajah. Pengalaman tidak pernah mengajar mereka penyeksaan hidup dijajah. Anak-anak hari ini tidak pernah merasa tidur dalam kerlipan pelita minyak tanah kerana setiap masa mereka membesar di dalam bilik berhawa dingin.
Bagaimana mereka boleh memahami erti mandi di perigi, sedangkan mereka tidak pernah melihat perigi. Mereka hidup dalam zaman moden yang lama kelamaan menghakis semangat nasionalisme bangsa.
Realitinya, golongan muda hari ini mula tidak memahami erti sejarah kerana mereka belajar sejarah semata-mata untuk tujuan peperiksaan. Bagi semua bangsa Malaysia, mereka hanya akan memahami erti kemerdekaan sekiranya mereka menghayati erti keperitan hidup.
Tidak salah meniupkan pemikiran serta jiwa merdeka kepada anak-anak bangsa kerana merekalah yang akan menyelamatkan negara daripada sebarang ancaman pada masa akan datang. Kemerdekaan negara akan hancur sekiranya rakyat berpecah belah.
Dalam suasana kemerdekaan yang akan disambut tengah malam ini nanti, orang Melayu yang berpecah belah, masih belum dapat ditautkan semula. Ini adalah suasana yang amat malang bagi bangsa Melayu kerana kedudukan mereka sebagai tulang belakang bangsa Malaysia.
Bolehkan kita mengatakan bahawa orang Melayu sebagai masyarakat berwawasan sedangkan mereka sendiri terus berpecah belah. Orang Melayu mempunyai sikap prejudis sesama sendiri. Daripada kata-kata, mereka dilihat tidak jujur sesama sendiri hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza walaupun seagama. Di depan cakap lain, di belakang cakap lain. Hari ini puji, esok dikeji.
Bila mereka bercakap di khalayak ramai orang mula melemparkan kata-kata mereka bercakap lain di mulut, lain pula di hati. Jika orang yang dihormati bercakap berbelit-belit, bagaimana ia boleh menjadi teladan kepada bangsa dan seagama. Inilah dilema orang Melayu hari ini.
Usaha mengisi kemerdekaan, tidak ada hadnya. Ia perlu diteruskan hingga kepada generasi akan datang walaupun ketika itu sejarah negara zaman silam sudah ditinggalkan jauh. Jika sejarah hari ini yang dijadikan sandaran, bermakna bangsa Malaysia hanya melihat kepada pergolakan bangsa Malaysia yang berlaku di depan mata kita hari ini.
Itulah sebabnya dalam apa keadaan sekali pun, apabila tiba bulan kemerdekaan nama-nama pemimpin negara bermula daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disebut kerana setiap mereka mempunyai peranan membina bangsa dan negara.
Begitu juga dengan pemimpin hari ini dan mereka yang akan mewarisi pimpinan negara pada masa akan datang, tetap disanjung. Setakat ini, semua pemimpin yang menerajui negara mempunyai jasa kepada negara berasaskan kepada waktu dan ketika pentadbiran mereka. Semua mereka menyambung tugas menyedarkan rakyat supaya memahami erti kemerdekaan.
Bagaimana keadaan negara pada 50 tahun akan datang. Dari segi fizikalnya, kita yakin Malaysia akan lengkap serba serbi. Isunya ialah bagaimana pemikiran rakyat Malaysia pada 2057 nanti, apabila negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-100 tahun nanti.
Setakat ini, sejarah menyaksikan betapa kepemimpinan Umno masih berjaya menerajui perjuangan mencapai kemerdekaan dan mengurus cabaran kemerdekaan. Untuk 50 tahun akan datang, pastinya ia bermula hari ini.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55
' JANJI DI TEPATI '
Suara politik
Taminsari
Khamis, Ogos 30, 2012
Salam kemerdekaan ke-55 : Bersatulah bangsa Melayu !
Di saat ini, perbalahan sesama bangsa Melayu berada di tahap kritikal. Punca utama adalah perbezaan fahaman politik. Budaya berpuak-puak semakin berleluasa sama ada di bandar mahupun di kampung. Pergolakan ini dilihat oleh orang lain dan mereka gembira melihat kita bersengketa sesama sendiri.
Perpecahan ini amat bahaya yang akan membinasakan bangsa kita sendiri. Pepatah mengatakan 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Bangsa kita sekarang sedang ditertawakan orang lain kerana kita lemah sebab tidak bersatu. Kita seolah-olah sudah hilang kekuatan kerana ikatan kita amat longgar dan akan roboh bila-bila masa sahaja. Raja-Raja Melayu diperlekehkan oleh bangsa kita sendiri. Orang lain tersenyum gembira melihat kebodohan yang dijelmakan oleh bangsa kita sendiri.
Masa telah sampai. Semboyan telah berbunyi. Gendang telah dipalu. Orang Melayu perlu bertindak untuk menyatukan semula bangsa kita yang kita cintai dan agama Islam yang kita anuti. Kesemua peringkat usia, sama ada golongan terpelajar, golongan ahli agama, pemimpin-pemimpin politik, pelajar, pendidik, golongan petani dan apa-apa sahaja golongan dari kelompok Melayu perlu mulakan gerakan ke akar umbi menyatukan semula puak-puak yang bertelagah ini demi agama dan bangsa.
Janganlah hanya mempunyai sikap membisu dan melihat sahaja tanpa melakukan tindakan demi penyatuan bangsa. Kita kena bertindak. Bukan masanya untuk kita menuding jari menyalahkan puak lain.
Tempat berkumpul bagi menyusun program penyatuan hendaklah kita mulakan di masjid atau pun surau. Kita tinggalkan fahaman politik masing-masing apabila berada di masjid atau surau. Kita hidupkan jemaah dan kita bina semula kekuatan. Peranan masjid atau surau kita kembalikan seperti di zaman Rasulullah s.a.w.
Sejarah para pahlawan Melayu dahulu perlu diceritakan kepada generasi muda. Usaha ini mesti berterusan dan tiada penghujung. Pastinya perjuangan kita akan disanjung oleh generasi akan datang. Kitalah yang bertanggungjawab memastikan agama Allah terpelihara dan bangsa kita bersatu, kuat dan tidak boleh diperlekehkan orang lain. Kita kembalikan kedudukan raja kita yang kita sayangi di tempat yang sepatutnya.
Satu semangat juang yang tinggi perlu ada pada setiap orang Melayu. Kita kumpulkan rakan-rakan berlainan fahaman politik untuk membentuk satu jemaah demi agama dan bangsa Melayu. Ibu bapa juga memainkan peranan sebagai penasihat terbaik kepada anak-anak. Ceritakanlah kepada mereka sejarah zaman dahulu dan pupukkan semangat cintakan agama dan bangsa.
Kepada para pemimpin politik, berdamailah. Semua orang Melayu melihat anda. Adakah cukup sekadar ungkapan atau slogan tanpa diterjemahkan dalam bentuk kenyataan? Ingatlah sejarah di zaman Rasulullah s.a.w. yang mana dua puak bersengketa bersatu, iaitu kaum Ansar dan Muhajirin. Setiap orang Islam adalah saudara kita. Fikirkanlah. Jangan terlalu taksub dengan fahaman politik masing-masing. Berfikir dan bertindaklah secara waras.
Kepada golongan ahli agama, berilah teladan yang baik kepada kami. Bimbinglah, nasihatilah. Kepada YB atau wakil rakyat, tidak kira apa parti anda, dampingilah orang Melayu, bantulah mereka jika mereka perlukan bantuan tanpa mengira parti. Parti hanyalah sebagai wadah perjuangan.
Sempena menyambut hari kemerdekaan ke-55 ini, penulis menyeru kepada semua umat Melayu yang beragama Islam yang amat penulis sayangi, kita buka lembaran baru yang pastinya akan menjadi satu sejarah yang paling indah. Jadikan isu "bagaimana untuk menyatukan semula orang-orang Melayu" sebagai topik perbualan kita walau di mana kita berada.
Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya. Itu janji Allah. Kita tunaikan tanggungjawab kita. Kita jadikan bangsa kita bangsa yang bermaruah, kuat pegangan agamanya, kuat dari segi fizikal juga mental, bersatu serta mempunyai semangat juang yang tinggi.
Salam Kemerdekaan ke-55
Suara Politik
Taminsari
Kegagalan melaksanakan hukum ‘Hudud PAS’, UMNO pula dipersalahkan?
Jika sebelum ini bukan Husam Musa sahaja yang tunduk, malah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz juga telah mula tunduk dengan DAP tentang hudud.
"Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan. Dulunya bila PAS sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud," kata Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) pada 27 Disember 2008 di Kota Bharu.
Apakah kenyataan Nik Aziz ini dibuat semata-mata untuk menjaga hati DAP? Mengapa tidak kecam kembali Karpal dan Guan Eng yang terang-terangan tentang hudud dan pemerintahan Islam? Bagaimana nak buat cara Umar Abdul Aziz jika pemerintahan Islam pun telah ditolak oleh DAP. Buat tarian jalanan, i-Dance boleh pula.
Lim Kit Siang menganggap undang-undang hudud dan qisas bukan dasar perjuangan Pakatan Rakyat. "Hukum hudud bukan menjadi dasar DAP dan Pakatan Rakyat," katanya di Kuala Terengganu, semasa hari penamaan calon pada 6 Januari 2008.
Sekali lagi, Kit Siang mahu menunjuk belang berkaitan isu hudud. Adakah Mohd Abdul Wahid Endut berani mengecam kembali Kit Siang tentang isu hudud ini? Kenapa PAS takut dan tunduk dengan DAP seolah-olah pak turut kaldai kepada DAP? DAP berkata yang bukan-bukan, PAS tetap mengiyakan sahaja.
Untuk menutup malu PAS, maka siapa lagi "scapegoat" kalau bukan UMNO yang menjadi bahan kempen murahan PAS.. tak kira kenyataan baik dari ketua mereka mahupun dari tukang bawa beg, bunyinya sama sahaja.
Hukum Hudud bukanlah sesuatu yang baru dalam jajaan PAS dalam arena politik Malaysia. Sejak daripada tahun-tahun awal penubuhan PAS, Hudud dijadikan sebagai agenda utama PAS sekiranya PAS memerintah negara. Bagi PAS, ia adalah yang mesti direalisasikan walau apa keadaan sekalipun. Namun sampai ke hari ini, PAS masih lagi gagal memenangi hati masyarakat Malaysia khususnya daripada pakatan politik mereka DAP dan PKR.
Persoalannya, bila PAS nak memerintah negara? Apakah PAS akan berjaya melaksanakan hukum tersebut bila mereka memerintah kelak? Kenapa PAS tak mahu laksanakan hukum hudud di tiga negeri yang dikuasai mereka khususnya di Kelantan yang telah lama mereka kuasai? Dengan bersandarkan ALASAN apabila "memerintah negara" maka penipuan mereka sudah terserlah.
Secara realitinya sekarang apabila KEDAH dan KELANTAN bertopeng PAS masih tidak mampu melaksanakan hukum Hudud. Jika benar-benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan syiar Islam. Inilah masanya untuk PAS merealisasikan hukum HUDUD sebagai utama sebagai permulaan. Persoalannya kenapa tidak berani melaksanakannya?
Permintaan PAS kini Allah telah makburkan sebagai ujian untuk memerintah sebagai KETUA kepada 2 negeri sebagai ukuran, kenapa ingkar? Kenapa masih berdolak-dalik? Kenapa menuduh UMNO? Rakyat yang beragama Islam kini pasti mencabar PAS (kononnya meletakkan Islam sebagai perkara utama) supaya melaksanakan hukum HUDUD, tetapi kini PAS seolah dayus apabila berhadapan dengan DAP dan PKR. Adakah PAS bertuhankan DAP dan PKR atau ALLAH yang Maha Esa?
Hudud Sebagai Isu Pilihanraya
Seperti yang dinyatakan bahawa PAS sejak dahulu lagi akan memainkan atau membawa perkara ini dalam setiap pilihanraya tak kira PRU mahupun PR kecil. Ia adalah salah satu perkara yang terkandung dalam manifesto PAS. Nik Aziz dan Haji Hadi telah banyak kali menyatakan bahawa hudud menjadi teras utama bagi PAS sekiranya PAS menang pilihanraya.
Ia bukannya jajaan semasa kempen pilihanraya sahaja. Ia adalah tuntutan yang berterusan dan hasrat yang tidak boleh diketepikan daripada perjuangan PAS. Bagi Menteri Besar Kedah, Azizan, beliau menyatakan bahawa hudud adalah isu yang dibawa untuk kempen pilihanraya. Walaupun nada berbeza, PAS tetap menjadikan hudud sebagai bahan utama dalam kempen pilihanraya dan akan melaksanakannya sekiranya mereka memerintah kelak.
Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah sama ada berjaya atau tidak mereka merealisasikan hasrat tersebut, bagi PAS mereka akan tetap meletakkan hudud sebagai "senjata lelongan" bagi menawan hati pengundi Islam khususnya yang berbangsa Melayu dalam setiap kempen pilihanraya kerana ia adalah platform terbaik bagi mereka memancing undi dan sokongan.
Kini PAS telah berjaya memerintah di dua negeri; Kelantan dan Kedah walaupun terpaksa bersekongkol dengan DAP dan PKR sebagai salah satu strategi politik mereka. Namun apa yang nyata, kedua-dua "rakan politik" mereka tidak bersetuju dengan hasrat PAS. Jadi adakah mereka ini sebagai KETUA pemerintah negeri atau balaci 'pion' DAP?
Hukum Hudud PAS tidak mendapat sokongan daripada DAP dan PKR. Kenyataan-kenyataan pedas dan amaran keras khususnya daripada Lim Kit Siang, Karpal Singh dan beberapa orang kanan DAP bahawa PAS jangan cuba membawa isu hukum hudud kerana dalam perbincangan mereka tidak pernah timbul.
Anwar Ibrahim pula telah berkali-kali diminta untuk memberikan pendirian beliau dan PKR mengenai perkara ini oleh Karpal dan DAP. Beliau tetap membisu seribu bahasa kerana beliau tahu perjuangan PKR adalah lebih mirip kepada DAP - bukan untuk orang Islam atau Melayu. Tambahan pula PKR adalah wadah bagi beliau merealisasikan hasrat beliau untuk jadi PM Malaysia.
Sekiranya sokong hasrat PAS, beliau takut akan kehilangan sokongan daripada bukan Melayu dalam DAP dan PKR. Sekiranya menyatakan sokongan kepada DAP, maka beliau akan kehilangan kepercayaan sebahagian sokongan pengikut Melayu dalam PKR dan ditolak oleh orang PAS.
Maka jelaslah kepada kita bahawa pakatan pembangkang adalah sesuatu yang "superficial" sahaja. Pakatan mereka lebih berbentuk individualistik. Dengan kata lain, hanya untuk menjayakan hasrat parti masing-masing. Pakatan yang tidak sempurna ini hanya untuk mengaburi mata rakyat, sedangkan pada dasarnya, mereka tidak pernah lupa bahawa parti-parti dalam pakatan mereka juga merupakan musuh politik yang perlu diawasi dan dikawal tindak tanduknya.
Suara-suara rasa tidak senang di kalangan mereka acap kali kedengaran. Walaupun dalam mesyuarat pakatan nampaknya seolah-olah mereka bersetuju untuk membantu satu sama lain namun dalam mesyuarat parti masing-masing, lain pula ceritanya.
UMNO Tak Bantah Hudud
Amat menghairankan pula, UMNO tidak pernah menyatakan tidak menyokong unjuran PAS untuk melaksanakan hukum Hudud. Malahan UMNO pernah menyuarakan agar PAS melaksanakan hukum tersebut di negeri Kelantan suatu ketika dahulu. Sekiranya PAS dapat menjayakannya, tidak mustahil bagi UMNO khususnya dan BN amnya akan mengikut jejak PAS.
Namun maklum balas daripada PAS melalui Nik Aziz Nik Mat dan Haji Abdul Hadi Awang telah memberikan alasan bahawa PAS tidak dapat melaksanakannya kerana belum menguasai kerajaan sepenuhnya. Kemana letaknya slogan "Serambi Mekah" yang dilaungkan?
Tetapi apa yang lebih mengejutkan, PAS beriya-iya marahkan UMNO, kononnya halang hudud untuk dilaksanakan tetapi berlembut dengan DAP dan PKR yang secara terang-terangan menentang perlaksanaan hudud. Langkah berlembut ini kononnya nak jaga hati "rakan politik" dalam pakatan pembangkang walaupun terpaksa menggadai kepercayaan penyokong fanatik PAS dan prinsip perjuangan mereka.
Selain daripada PAS menuduh UMNO menolak Hukum Hudud, maka timbul pula tuduhan lain yang tak kurang pentingnya untuk PAS, iaitu menuduh UMNO hendak membuangkan Islam. Tuduhan ini dibuat oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS berikutan satu cadangan yang dikemukan oleh para perwakilan UMNO di Perhimpunan Agong parti pada 18, 19 dan 20 November 1994, supaya kerajaan mengharamkan perkataan Islam yang dinamakan kepada parti PAS.
Cadangan ini dikemukakan iaitu berdasarkan pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam kerana Islam itu adalah satu agama (addiin) yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH S.W.T. dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud "Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam". Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.
Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli, demikian juga Islam sebagai agama (Addiin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam.
Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan dan Terengganu yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.
Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan "Ikhwanul Muslimin", di Pakistan "Jamiatul Islamiah", di Indonesia "Mahsumi" yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia).
Oleh yang demikian janganlah terperanjat kalau kalau ada umat Islam di negara ini yang meletakkan lambang PAS di tempat sujud sembahyang, di masjid, di surau, di bilik sembahyang dan mengatakan PAS itu Islam, Islam itu PAS, serta menuduh kapir kepada umat Islam yang tidak menyokong PAS, melakukan pernikahan dua kali, tidak menunaikan fardhu Jumaat beberapa ketika kerana Imam di kampungnya menyokong UMNO dan bermacam-macam peristiwa lagi.
Atas dasar untuk memelihara kesucian Islam dan mengelakkan daripada kekeliruan inilah maka cadangan untuk mengharamkan perkataan Islam kepada parti PAS dikemukakan di Perhimpunan Agung UMNO dahulu, tetapi oleh kerana kepentingan politik dan muslihat-muslihat tertentu PAS maka pemimpin dan ahli-ahlinya telah memutarbelitkan cadangan itu serta menuduh UMNO hendak membuang Islam.
Tuduhan ini disebarluaskan ke seluruh negara sebagai isu politik PAS dan yang lebih mendukacitakan PAS telah mempolitikkan ibadat puasa dan sembahyang hajat dengan maksud bermunajat kepada Allah swt bagi menentang golongan yang mahu membuangkan Islam.
Sebenarnya tidak ada siapa yang boleh membuangkan Islam, hanya yang boleh sekadar untuk menjatuhkan maruah Islam dan memporak perandakan umatnya dan orang yang boleh melakukan semua ialah orang yang bertindak kasar tidak menurut cara dan tata tertib Islam seperti parti pembangkang Melayu yang kita kenali kini. Cara parti itu sangat-sangat bercanggah dengan tuntutan AL-Quran 42:13 yang bermaksud "Tegakkanlah agama (Islam) jangan (haram) berpecah belah padanya".
Oleh itu tuduhan yang mengatakan UMNO hendak membuang Islam itu adalah amat sukar untuk diterima oleh umat Islam yang berpandangan waras, ianya hanya sekadar untuk menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan umat Islam sesama umat Islam yang tidak memahami sejarah, kerana umum diketahui bahawa lahirnya UMNO pada tahun 1946 itu adalah umtuk membela umat Melayu dan Islam negara ini angkara dasar penjajah Malayan Union yang akan menghakiskan ketuanan Melayu dan agama Islam dan dinyatakan bahawa penubuhan parti itu antara lain untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam di negara ini.
Justeru itulah tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa pembangunan dan kemajuan Islam yang kita saksikan pada hari ini sehingga Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain adalah hasil daripada perjuangan UMNO yang memerintah sejak merdeka lagi, bukan hasil perjuangan PAS, walaupun pembangunan dan kemajuan itu terdapat juga kelemahan dan kekurangan di sana sini, itu adalah perkara biasa kerana yang melakukan adalah manusia dan manusia tidak seratus peratus sempurna.
Oleh yang demikian tidaklah keterlaluan kalau kita menyatakan bahawa terhalangnya sedikit sebanyak kelancaran pembangunan baik di bidang ekonomi maupun agama di negara ini adalah angkara sikap dan tindak tanduk PAS yang lebih mementingkan politiknya daripada pembangunan itu, umpamanya penubuhan Bank Islam yang dilancarkan oleh kerajaan pada 1984, PAS awal-awal lagi telah menuduh dan memfitnah penubuhan bank itu dengan mengatakan ia hanya sebagai kulit yang tidak memberi erti apa-apa.
Tuduhan dan fitnah itu sudah belum tentu dapat melemahkan semangat orang ramai khasnya umat Islam untuk memberi sokongan terhadap kewujudan bank itu, sehingga perkembangannya tidak secepat yang dijangka, sedangkan penubuhan bank itu, penubuhan bank itu adalah sebagai asas untuk melaksanakan pengurusan ekonomi dan kewangan Islam pada keseluruhannya, demikian jugalah pembangunan-pembangunan Islam yang lain.
Di sini jelaslah bahawa tuduhan PAS terhadap UMNO hendak membuangkan Islam itu adalah palsu dan putar belit belaka, sebaliknya cara dan tindakan PAS yang bertopengkan Islam itulah yang akan melemah dan memporak perandakan Islam, hanya orang yang melampau, dungu, mistik dan tidak faham politik saja yang menyokong PAS.
Suara Politik
Taminsari
Rabu, Ogos 29, 2012
Ulama sesat mengaku pewaris Nabi?
Dalam usahanya untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO dan pemimpinnya, PAS pernah mendakwa mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak ulama.
Seperti biasa ahli-ahli PAS dan pemimpin-pemimpinnya menerima dakwaan ini dengan begitu mudah dan terus membencikan UMNO dan pemimpinnya. Demikianlah kebencian ini sehingga mereka tidak lagi boleh menerima sebarang penjelasan berkenaan dengan benar atau tidak tuduhan yang keterlaluan ini. Namun yang benar mesti dipertahankan juga jika agama Islam dan perpaduan serta kekuatan umat Islam hendak diwujudkan seperti yang diajar oleh agama Islam yang suci.
Mengikut hadis yang selalu disebut oleh ramai daripada mereka yang berpelajaran agama, ulama adalah pewaris Nabi. Makna pewaris tidak begitu jelas. Apakah oleh kerana ulama menjadi pewaris Nabi maka segala kenyataan yang dibuat oleh ulama adalah setaraf dengan hadis dan sunah Nabi?
Jika ya, maka apakah kenyataan dan perbuatan yang dilakukan oleh ulama menjadi sebahagian daripada ajaran agama Islam yang tidak boleh dipertikaikan seperti mana al-Quran dan hadis-hadis Nabi yang sahih tidak boleh dipertikaikan? Apakah dengan ini umat Islam perlu menerima ulama sebagai setaraf dengan Rasulullah.
Jika ya, maka apakah ini bermakna bahawa Nabi Muhammad s.a.w bukanlah Nabi yang terakhir, bahawa selagi ada orang yang diberi gelaran ulama maka selama itulah akan ada nabi-nabi dalam Islam?
Penulis tidak fikir ulama zaman ini yang sering mendakwa bahawa mereka adalah pewaris Nabi bermaksud bahawa ulama adalah setaraf dengan Nabi atau adalah Nabi. Agama Islam amat jelas dan tegas bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah Nabi yang terakhir yang menjadi Rasulullah dan tidak akan ada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Seperti juga kita tidak boleh menyekutukan Allah s.w.t. kita tidak boleh menyamakan sesiapa lain selepas Nabi Muhammad s.a.w sebagai sekutunya.
Jika ulama bukan Nabi atau setaraf dengan Nabi maka mereka tentulah tidak maksum dan ajaran mereka tidak semestinya benar. Mereka boleh buat salah dan ajaran mereka boleh ditolak. Ini bermakna mereka yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai ulama juga tidak semestinya betul dalam ajaran mereka dan tafsiran yang dibuat oleh mereka.
Orang lain, ulama lain boleh mempertikaikan ajaran mereka dan mereka yang mempertikaikan ajaran seseorang ulama tidaklah boleh dianggap sebagai menolak ajaran Islam atau menjadi tidak Islam. Sebab itu kita mempunyai berbagai-bagai mazhab mengikut ajaran ulama-ulama tertentu.
Walaupun kita akui bahawa ulama adalah pewaris Nabi tetapi mereka bukan Nabi dan bukan memiliki sifat-sifat Nabi, namun gelaran ulama masih juga menjadi satu gelaran yang mulia dan mereka yang menjadi ulama perlu diiktiraf sebagai pakar dalam bidang agama, dan pendapat mereka perlu dihormati dan tidak ditolak atau dipertikaikan dengan sewenang-wenangnya.
Memandangkan bahawa ulama adalah orang yang dimuliakan oleh umat Islam, dan sifat-sifat yang ada pada mereka adalah mulia, siapakah yang layak digelar ulama? Bolehkah kita memberi gelaran ini kepada sesiapa sahaja? Bolehkah kita terima tanpa soal siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama dengan tidak meneliti asas-asas dakwaannya?
Bolehkah kita iktiraf sijil atau keahlian dalam pertubuhan tertentu sebagai kelayakan untuk digelar ulama? Bolehkah kita dengan begitu mudah mengakui seseorang itu adalah pewaris Nabi, semata-mata kerana ia, dan mungkin juga orang-orang yang mempunyai kepentingan yang sama, mendakwa bahawa ia adalah seorang ulama?
Dalam sejarah Islam terdapat ramai juga tokoh yang diberi gelaran ulama. Keempat-empat imam Ahli Sunah Waljamaah iaitu Imam Shafie, Imam Hanafi, Imam Hambali dan Imam Maliki diiktiraf oleh semua orang Islam Sunni sebagai ulama.
Demikian juga mereka yang mengkaji dan memperakui hadis-hadis Nabi seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi dan lain-lain diterima oleh umat Islam sebagai ulama. Mereka ini mendapat gelaran ulama kerana pengetahuan mereka yang begitu mendalam berkenaan dengan agama Islam dan kemampuan mereka mempertahankan pendapat mereka tentang ajaran Islam.
Mereka juga menjangkau usia yang tinggi sebelum ajaran mereka diterima oleh pengikut-pengikut. Pada ketika itu barulah mereka diberi gelaran ulama secara konsensus oleh masyarakat semasa. Tidak ada sukatan terhadap taraf pelajaran mereka yang dibuat. Tidak ada sijil ulama yang diberi. Yang berlaku hanyalah umat Islam ketika itu dan kemudiannya menerima mereka sebagai ulama.
Mereka ini hanya didorong oleh kepentingan agama Islam. Mereka tidak dipengaruhi oleh kepentingan-kepentingan lain, termasuk kepentingan politik. Mereka bukan ahli mana-mana parti politik dan dengan itu tidak mempunyai keperluan mempertahankan politik parti mereka atau pun ahli-ahli parti mereka. Mereka inilah ulama Islam yang sebenar-benarnya.
Hari ini sesiapa sahaja boleh diberi gelaran ulama. Bahkan mereka yang menggelarkan diri sebagai ulama mempunyai persatuan yang mana ini tidak pernah diadakan di zaman silam. Sesiapa yang menjadi ahli dalam persatuan ini kononnya menjadi ulama dan pewaris Nabi.
Dengan ini amatlah mudah bagi seseorang menjadi pewaris Nabi. Syarat untuk menjadi ahli persatuan dan dengan itu menjadi pewaris Nabi tidak dijelas kepada umum oleh persatuan.
Mereka yang mempunyai kepentingan-kepentingan lain, umpamanya kepentingan politik juga boleh mendakwa diri mereka sebagai ulama. Dan mereka juga percaya dan mahu masyarakat menerima mereka sebagai pewaris nabi. Segala dakwaan dan tafsiran agama yang dibuat oleh mereka tidak boleh ditolak, disoal atau dipertikaikan. Walaupun amat jelas yang dakwaan mereka adalah bertentangan dengan ajaran Islam, ia tidak boleh ditolak atau dipertikaikan.
Demikian apabila seorang yang mendakwa dirinya sebagai ulama, membuat kenyataan bahawa Tuhan mencarut, mengguna perkataan yang kotor yang manusia yang beradab dan beradat tidak sanggup menggunanya, maka dakwaan 'ulama' ini tidak ditolak atau dipertikaikan.
Sesiapa yang mempertikaikan kenyataan ini dituduh sebagai antiulama, tidak percaya kepada tokoh yang digelar ulama dan tidak menerima bahawa ulama adalah pewaris Nabi. Ada juga mereka yang mendakwa bahawa orang yang seperti ini tidak Islam dan harus dibenci. Jika kita tidak boleh menerima semua yang mendakwa diri mereka sebagai ulama di zaman ini di Malaysia, siapakah yang boleh kita terima sebagai ulama dan pewaris Nabi?
Seperti juga di zaman dahulu tokoh agama yang boleh kita terima sebagai ulama ialah orang yang betul-betul alim dalam bidang agama Islam yang tidak ada kepentingan lain selain daripada perasaan bertanggungjawab terhadap kesahihan dan kebenaran ajaran agama Islam.
Orang yang seperti ini berani mempertahankan kebenaran ajaran yang dibuat olehnya dengan alasan yang boleh diterima akal dan berasas kepada al-Quran dan hadis nabi yang sahih. Orang seperti ini juga berani menegur dan membetulkan segala ajaran dan tafsiran yang salah berkenaan agama Islam yang dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk mereka yang mendakwa diri sendiri sebagai ulama. Orang seperti ini akan memberi alasan yang kukuh yang berasas dan berpunca daripada al-Quran dan hadis Nabi yang sahih.
Orang seperti ini tidak akan membenarkan diri dipengaruhi dengan kepentingan diri, dengan kepentingan orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, dengan kepentingan politik sesiapa, bahkan tidak takut kepada apa-apa tindakan yang mungkin diambil terhadapnya oleh sesiapa, sama ada pemerintah atau bukan pemerintah.
Jika kita terima hanya orang yang seperti ini sebagai ulama yang sebenar maka sudah tentu ramai daripada orang yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, dan ramai pengikut yang taksub kepada mereka ini akan kecewa dan marah. Tetapi kemarahan mereka tidak boleh ditakuti oleh orang Islam yang betul-betul berpegang kepada agama Islam yang sebenar.
Janganlah kerana takut kepada orang tertentu dan kerana kepentingan diri atau politik maka orang yang bukan ulama diterima sebagai ulama dan ajaran atau tafsiran mereka diterima secara membuta-tuli. Jika ini dibuat maka akan rosaklah agama Islam yang suci dan akan berpecah dan bermusuh-musuhanlah orang Islam sesama sendiri.
Walaupun orang yang taksub dengan ajaran orang tertentu sehingga sebarang penjelasan berkenaan dengan siapa dianya ulama dan siapa bukan tidak akan diterima, namun penjelasan perlu dibuat juga. Kita sudahpun menyaksikan bagaimana seorang yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi telah berjaya mengumpul penyokong yang amat setia kepadanya sehingga mereka sesat dan akidah mereka diragukan.
Jika kita tidak ingin melihat orang-orang Islam menjadi sesat kerana terlalu taksub dengan 'ulama' yang berkepentingan lain, maka kita perlu menjelaskan berkali-kali tentang siapa dianya ulama dan apakah yang dimaksudkan dengan 'pewaris' Nabi. Mudah-mudahan akan terselamatlah umat Islam di negara ini daripada kesesatan.
Perbezaan fahaman politik dan ideologi tidak dengan sendirinya akan merosakkan akidah. Tetapi apabila politik dan ideologi dikaitkan secara langsung dengan agama Islam maka agama yang sebenar akan menjadi mangsa. Oleh itu janganlah kita dengan mudahnya menerima siapa sahaja sebagai ulama dan pewaris nabi dan kita membenarkan diri kita disesatkan oleh mereka.
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Mudarat politik DAP-isme!
Kebelakangan ini, wujud usaha yang berterusan di kalangan pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk menyerang pimpinan dan bekas pemimpin UMNO dengan pelbagai konotasi dan label negatif.
Sebagai rakyat biasa, kita faham sangat, bahawa semua ini mempunyai tujuan dan niat politik yang sangat sarat.
Mahu tidak mahu, menyerang dan memberikan label kepada pemimpin UMNO adalah strategi yang selama ini mendatangkan keuntungan politik kepada DAP. Tidak menyerang UMNO, juga membawa makna bahawa DAP akan mempunyai ruang yang semakin sempit dalam politik perdana Malaysia.
Kita harus menilai kelahiran dan kedewasaan politik DAP dengan sistem nilaian yang jujur. DAP tidak perlu menunggu lama untuk menampilan ‘isme’ politik yang mereka mahukan. Apakah mereka peduli dengan soal negara bangsa; atau mereka hanya mahu melonjak diri dan parti ke puncak kuasa?
Walaupun mungkin penulis belum lahir di zaman awal kelahiran DAP - sekitar 1966/67; namun penulis tidak mungkin dapat melupakan bahawa dalam tempoh kurang dua tahun - DAP sudah membawa ‘suntikan budaya politik baru’ ke dalam negara ini.
Bayangkan, dengan umur politik setakat dua tahun, DAP sudah komited untuk membawa ‘semangat politik perkauman sempit’ dengan menyuntik isu panas yang menduga rasional politik rakyat. Tempoh ini adalah satu tempoh yang sangat muda. Namun, DAP pastinya tahu, dalam ketidaktentuan politik, dalam suasana kacau-bilau, mereka mampu menampilkan diri dengan budaya politik yang merosakkan minda rakyat. Ini hakikat yang tidak akan mampu dinafikan oleh DAP.
Budaya politik desak mendesak, menggugat kestabilan dan keharmonian politik, menggunakan isu dan sentimen panas, melupakan keluhuran Perlembagaan adalah sebahagian daripada ‘roh’ politik DAP. Di atas semangat solidariti ‘Socialist International’, DAP lebih gemar berselindung di sebalik slogan yang muluk-muluk, namun jelas, longgar semangat nasionalisme dan kasih negara.
DAP selama ini memang dinaungi oleh sebuah gerakan solidariti ‘sosialis antarabangsa’ yang mempunyai hampir 161 keahlian di kalangan parti politik seluruh dunia. Dengan slogan ‘Progressive Politics For A Fairer World’ - kita mungkin mampu bertanya apakah ini menjadi kiblat politik akhir kepada DAP?
Bagaimana agaknya, dengan hakikat politik kekeluargaan yang nyata di dalam parti itu, apakah mampu ‘dunia yang lebih adil’ akan dizahirkan oleh DAP? Atau, apakah dengan wajah dominasi ‘kaum tertentu’ di dalam DAP - parti itu mampu menampilkan wajah dan cita fairer world dalam jangka masa yang terdekat ini?
1969: Lambang Politik Progresif DAP?
DAP terlibat dalam pilihan raya umum pertama pada tahun 1969, memenangi 13 kawasan Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kalau menurut catatan politik, kerjasama politik ‘progresif’ Pas dan DAP sudah mula berputik di dalam PRU 1969 ini. Mungkin inilah agaknya yang impian ‘politik progesif’ yang menjadi cita Socialist International. Tercapainya impian DAP untuk berada dalam arus perdana politik inilah yang memberikan momentum kepada DAP untuk kekal menjadi ‘pemain politik’ Malaysia sehingga ke hari ini.
Budaya politik yang kononnya ‘progresif’ yang dinaungi oleh DAP sebenarnya telah berselindung di sebalik usaha bersungguh membangkitkan soal-soal bangsa Malaysia berkaitan dengan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.
Apabila dipakejkan dengan ucapan dan ceramah politik yang emosional, maka dengan sendirinya ia menzahirkan suasana yang kurang senang di kalangan masyarakat. Ditambah dengan elemen luaran dan semangat perjuangan komunisme, maka suasana anarki dan huru-hara adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dielakkan.
Sudah barang tentu, banyak lagi insiden yang menjadi pemarak api perkauman pada tempoh yang sukar itu. Namun, kita haruslah menerima hakikat dan fakta politik asas bahawa DAP-isme sudah mengubah ‘permainan politik’ untuk menjadi sesuatu yang lebih bahaya dan memberi keuntungan politik jangka panjang kepada parti tersebut sehingga ke hari ini.
DAP membawa brand politik yang bernada tinggi, anti kerajaan, sentimen perkauman sehingga ke hari ini. Ya, memang benar, hari ini mereka ingin membawa ‘wajah progresif baru’ kepada DAP, dengan kehadiran beberapa orang Melayu sebagai pemimpin - namun ‘roh’ asal DAP akan terus bergentayangan dengan idea politik sosialis yang mampu membawa situasi anarki.
Tidak perlulah kita bertanya di mana ‘titik pertemuan’ yang memungkinkan kepada kerjasama sebuah parti Islam dan gerakan sosialis yang ditunjangi ideologi DAP-isme. Titik pertemuan hanyalah ‘punca kuasa’. Inilah juga yang menjadi ‘gam politik’ kepada kerjasama mereka pada tahun 1969. Kerjasama ini ada turun naiknya, namun keputusan pilihan raya 2008 sudah memungkinkan bahawa mereka mampu bersatu di atas nama merealisasi impian mendapatkan kuasa.
Mahathirisme?
Kita perlu memahami bahawa serangan demi serangan yang ditujukan kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah satu strategi lama DAP yang dipakej semula. Yang dihajatkan oleh DAP bukan batang tubuh Tun Mahathir. Namun, apa yang lebih diperlukan adalah menggambarkan kepimpinan Mahathir sebagai kepimpinan yang kejam, autoritarian - dan kononnya tidak sesuai dengan zaman ini. Ironinya, Kit Siang, Karpal Singh juga sudah berada dalam zaman sama dengan Tun! Apakah modul politik 2K (Kit Siang dan Karpal) ini sangat relevan dengan masa dan politik era kontemporari?
Apa yang lebih merisaukan DAP dan ‘isme’ politiknya adalah kemampuan Tun Mahathir untuk mencelikkan semula mata masyarakat dengan ‘realiti sebenar politik Malaysia’. Ini bukan soal menjadi rasis dan tidak menghormati bangsa lain. Ini soal kembali semula menghargai ‘asas Perlembagaan’ yang kian mahu diinjak dan dipijak atas nama keuntungan politik.
Yang ditakuti DAP bukan Tun Mahathir. Namun, buah fikiran, faham dan gerak rasas sejarah negara bangsa yang dimiliki oleh pemimpin besar itu. Tun Mahathir kenal benar dengan kehendak DAP-isme luar dan dalam. Perkara inilah, yang menyebabkan serangan demi serangan ‘persepsi’ ditujukan kepada seorang negarawan yang jauh lebih berjasa, berwibawa dan berpandangan jauh daripada pemimpin DAP. Ungkapan dan nasihat Tun Mahathir inilah, yang mampu menyebabkan ‘mimpi politik progresif Socialist International’ dijawab dengan faham realiti politik yang sebenar.
DAP dan ‘isme’nya pastinya menganggap Tun Mahathir sebagai musuh nombor wahid dalam berdepan dengan PRU yang akan datang. Kemampuan Tun Mahathir untuk meneutralkan semula politik ugut dan desak yang menjadi alat politik DAP selama ini, mampu membataskan pergerakan mereka untuk menerima sokongan yang lebih baik di kalangan pengundi Melayu.
Jalan Hadapan Politik Malaysia
Penulis juga bukanlah penggemar kepada politik yang berasaskan perkauman. Namun, faham dan fiil politik kita mestilah disesuaikan dengan suasana dan realiti yang ada. Bukan masanya untuk kita mengambil kesempatan, membuat desakan dan ugutan menggila yang nyata tidak selari dengan semangat kita ber-Negara. Penulis bersetuju dengan proses, usaha dan inisiatif pembaikan dan koreksi, namun ia tidak bermakna kita wajar mengambil jalan anarki dan huru-hara hanya kerana mahukan suara kita didengari dan dilayani oleh kerajaan.
DAP dan ‘isme’nya kadangkala menjadi terlalu yakin sehinggakan tidak berpegang kepada realiti dan latar politik. Menggunakan ‘model 1969', mereka menganggap kerjasama politik DAP-Pas-PKR akan menzahirkan sistem politik yang serba sempurna dan maksum. Semuanya mampu diubah dalam sekelip mata.
Keyakinan politik inilah yang menyebabkan mereka lamur dan rabun dengan keperluan membawa imej dan amalan politik progresif yang sebenar. DAP masih lagi membawa amalan dan faham politik ‘ala-69'; membugar semangat anti-kerajaan, kebencian kepada pemimpin, membangkitkan sentimen yang kadangkala merosak fabrik sosial dalam masyarakat Malaysia.
Adalah menjadi amanah dan tanggungjawab besar ‘Melayu berkiblatkan isme politik Socialist International’ yang baru berada dalam DAP - menyedarkan kalangan pemimpin ‘usang’ mereka untuk melakonkan lakonan filem baru kepada rakyat.
DAP masih tersekat dengan pelakon, watak dan skrip politik yang sama. Sikap 'politik progresif' mereka masih lagi diisi dengan politik dendam dan kebencian. DAP masih lagi belum mampu untuk menanggalkan imej 'perkauman' yang selama ini menjadi roh asal 'isme' ideologi politik mereka.
Rakyat Malaysia menantikan kelahiran semula DAP yang sebenar-benarnya progresif. Yang tidak lagi tersekat dengan permainan wayang politik lama. Yang tidak lagi terbeban dengan liabiliti dan beban politik lampau yang celupar, ganas dan tidak berhemah.
Selagi mana DAP masih lagi mengetengahkan skrip politik They Came to Rob Las Vegas (filem yang dimainkan di sekitar Kuala Lumpur pada tahun 1969); selagi itulah DAP-isme mampu menjemput dan membawa musibah jangka panjang kepada negara. DAP yang mampu melahirkan lebih ramai lagi ahli politik zaman baru; yang tidak membawa imej dan faham 'perkauman' akan menjanjikan imej 'progresif' yang diharapkan.
Setakat ini, DAP masih lagi terbeban dengan 'imej politik' zaman lampau - penuh sifat celupar, oportunis, terlebih yakin, anti-Melayu, hipokrasi dan sebagainya. Benar, DAP berjaya menampilkan tokoh-tokoh politik muda, namun 'isme' dan ideologi mereka masih belum terlepas dengan simtom dan permainan politik yang lama dan merosakkan.
DAP yang lebih memahami 'realiti politik' akan memberikan suasana dan iklim politik lebih sejahtera buat Malaysia. Kemungkinan itu berlaku, bergantung kepada kesungguhan mereka yang berada dalam DAP untuk merubah 'isme'nya yang lampau dan jurasik.
Bukan mudah untuk melakukan perubahan, kerana semua sifat politik negatif yang ada sudah menjadi sebahagian 'DNA politik' DAP. Ego mereka yang menggunung dengan kejayaan politik akan juga menjadi punca kejatuhan mereka. Akhir-akhir ini sahaja mereka bercakap tentang akauntabiliti, transparensi dan kompeten; sedang semangat politik sebenar mereka masih lagi berasaskan elemen perkauman sempit.
Suara Politik
Taminsari
Selasa, Ogos 28, 2012
Kenyataan YB Zulkifli di Dewan Rakyat berasas - HUDUD ala-PAS mengelirukan!
Dari petikan warta kerajaan negeri Terengganu [ perkara 14 ] Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah menyebut:
" Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seseorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan SELAIN DARIPADA ISTERINYA yang dilakukan diluar tabii iaitu MELALUI DUBUR " ?
Manakala dalam warta kerajaan negeri Kelantan [ perkara 16 ] Kanun Jenayah Syariah 11 juga menetapkan hal yang sama.
Bukankah ianya mengelirukan rakyat terutama para suri rumah yang akan mempertikaikan kewajaran anakmen tersebut! Dan apa yang YB Zulkifli pertikaikan itu ada asasnya kerana jika dihalusi anakmen tersebut sah membenarkan suami meliwat isteri!
Sidang Dewan Rakyat sebelum ini digemparkan dengan pendedahan seorang Ahli Parlimen bahawa hukum hudud yang diluluskan PAS semasa memerintah Terengganu pada 2004 membenarkan suami meliwat isteri dan ia tidak menjadi kesalahan di bawah undang-undang jenayah syariah itu.
Datuk Zulkifli Noordin ( Bebas-Kulim-Bandar Baharu ) berkata, perkara itu tercatat di dalam Seksyen 14 enakmen berkaitan kesalahan meliwat di dalam undang-undang hudud, qisas dan takzir yang digariskan oleh Kerajaan PAS Terengganu ketika itu.
“Yang paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tetapi yang saya nak tunjuk, ini bukan datang daripada syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.
“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang lelaki... kita faham la tu... atau antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.
“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud PAS) kata, ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri, itu tak liwat dalam hudud PAS ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat.
Zulkifli turut mendedahkan di dalam enakmen itu turut menyebut berhubung pelantikan hakim-hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.
Beliau berkata, pendedahan itu dilakukan bagi menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh PAS sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah, sebaliknya ia adalah rekaan mereka sendiri.
“Yang paling saya takut adalah kenyataan seorang tokoh politik PAS senior pada saya bahawa memang sengaja dibuat silap-silap ini supaya UMNO tolak. Bila saya semak semula, rupanya betul memang Tun Mahathir ( bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad ) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud PAS. Ada percanggahan jelas, isteri boleh diliwat dan lain-lain lagi,” jelas beliau.
Katanya, keputusan Dr. Mahathir yang menolak pelaksanaan hudud itu telah diputarbelitkan oleh pihak tertentu pada ketika itu.
Dalam pada itu, pendedahan Zulkifli mengenai perkara berkaitan liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) bangun mencelah sambil mendakwa kenyataan Zulkifli itu sebagai satu tuduhan lalu meminta supaya beliau dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang turut mengulangi kenyataan Zulkifli itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Pendedahan Zulkifli dalam sidang parlimen menunjukkan satu lagi bukti terbaru PAS hanya mempermainkan agama dalam menyelamatkan survival politik mereka. Pendedahan terbaru bahawa meliwat isteri tidak termasuk didalam hukum hudud PAS menyerlahkan lagi sikap mereka yang tidak menghormati maruah seorang wanita.
Kita jangan terlupa bagaimana mereka menggunakan sumpah baiah kepada semua ADUN yang bertanding di atas tiket PAS di mana-mana pilihanraya sekalipun. Secara jelas sumpah Baiah itu mengatakan bahawa sekiranya Adun PAS itu meninggalkan perjuangan PAS maka tertalak tiga isteri mereka secara automatik.
Untuk Anakmen lengkap KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M, sila klik di sini .
Suara Politik
Taminsari
Allah tidak pernah restui PAS!
Ini satu hakikat bahawa tuhan tidak pernah merestui apa yang dilakukan oleh PAS selama ini. Contoh yang nyata, setelah 65 tahun UMNO menerajui kerajaan, selama itulah juga PAS dan pemimpinnya telah berusaha dan berdoa supaya kerajaan BN tumbang dan merekalah yang menggantikannya.
Soalnya mengapa usaha dan doa PAS dan pemimpinnya tidak berhasil. Dari dahulu hingga sekarang mereka bersembahyang hajat dan berdoa tetapi hasrat mereka masih tidak diperkenankan oleh Allah swt. Mengapa ini terjadi. Jawapannya akan diperolehi jika dilihat daripada perspektif Islam itu sendiri.
Perkembangan parti PAS dari dulu hingga sekarang jelas PAS hanyalah parti yang banyak bercakap dan berteori ( berceramah ), tetapi tidak banyak bertindak ( pratikal ). Mereka sebagai peranan pemerhati yang hanya pandai mengkritik itu salah, ini tidak betul tetapi tidak pernah membentangkan dengan telus dan nyata apakah yang sebenarnya patut dibuat atau cara yang terbaik untuk dilakukan.
Akhirnya apabila mereka kehabisan modal mereka berhenti mengkritik dan mengajak seluruh ahlinya mengadakan sembahyang hajat dan berdoa untuk menjatuhkan kerajaan khasnya UMNO. Hal ini seolah-olah ahli UMNO tidak berupaya menghadap Yang Maha Esa memohon keselamatan dan memohon dikekalkan amanah sebagai pemerintah.
Dalam bab berdoa sebenarnya PAS terlupa bahawa doa seorang hamba sentiasa akan diperkenankan selama dia tidak mendoakan sesuatu yang mengandungi dosa, memutuskan siratulrahim dan tidak terburu-buru. Akhirnya mungkin Allah swt menolak doa mereka.
Dalam surah al-Baqarah ayat 216 Allah berfirman : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagi mu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat berbahaya bagi mu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
Kepada PAS, bersyukurlah kerana masih tidak menjadi pemerintah kerana Allah swt berfirman dalam surah al-Syura ayat 27 – “Dan jikalau Allah melapangkan rezeki bagi hamba-hamba-Nya semua, tentu mereka akan derhaka di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa-apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran ( kemampuan ). Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui keadaan hamba-Nya lagi Maha Melihat.”
Sebagai hamba Allah yang beragama Islam selagi berikrar bahawa Allah swt sahaja yang patut disembah dan Nabi Muhammad saw itu adalah pesuruh Allah, umat Islam dituntut supaya menunaikan hak-hak Allah. Hak itu ialah menunaikan fardu ain dan fardu kifayah. Di dua buah negeri di mana PAS diberi peluang memerintah telah jelas mereka telah mengabaikan tuntutan hak Allah swt di bidang fardu kifayah.
Oleh itu, apabila PAS dan pemimpinnya berdoa supaya hajatnya dipenuhi oleh Allah swt, mana mungkin keinginan mereka boleh ditunaikan. Hal ini diumpamakan seorang hamba meminta upah daripada tuannya sedangkan kerja belum lagi dilaksanakan. Sudah pasti permintaan sukar ditunaikan.
Tetapi PAS masih tidak sedar dalam hal ini kerana selain beribadat secara individu mereka beranggapan perkara lain seperti bidang sains dan teknologi, berusaha bagi mencapai kegemilangan hidup di dunia sebagai sekular dan bukan Islam. Sedangkan hakikatnya bidang fardu kifayahlah boleh mengundang pahala dan ganjaran yang paling besar daripada Allah swt kalau dilaksanakan.
Senario yang berlaku sekarang, PAS yang bersekongkol dengan parti-parti pembangkang yang lain khasnya DAP menuntut supaya rakyat menyokong parti-parti mereka dan memecahkan perpaduan dan ikatan parti UMNO, MCA dan MIC. Inilah tuntutan dan perancangan yang nyata menjurus kepada kecelakaan kepada diri sendiri.
Sewajarnya PAS mengajak dahulu ahli-ahlinya bersembahyang hajat dan berdoa supaya parti DAP dapat menerima Islam sebagai hukum bernegara. Sebabnya terang-terang pemimpin DAP telah berkata : “Langkah mayat aku dahulu sebelum Islam dijadikan hukum bernegara.” Inilah yang dikatakan huru-hara akan berlaku. Masanya cepat atau lambat, sekarang ataupun akan datang.
Oleh itu, benarlah firman Allah swt : “Boleh jadi kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat berbahaya bagi mu.”
Kepada para pengikut PAS, sedarlah Allah Yang Maha Esa adalah Tuhan sekalian alam. Allah swt adalah Tuhan yang disembah oleh sekalian umat Islam. Seandainya manusia itu berdoa untuk kebaikan di akhirat agaknya itulah yang paling baik untuk semua.
Wallahuallam.
Suara politik
Taminsari
Isnin, Ogos 27, 2012
Punca Pas disingkir dari BN perlu didedahkan!
Rakyat acap kali dimomokkan dengan cerita bahawa Parti Islam SeMalaysia (Pas) 'angkat kaki' dari kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 dahulu disebabkan oleh 'sifat kejam' dan 'tikam belakang' kerajaan terhadap Pas pada masa itu.
Kerana itulah, apabila ada sahaja usaha untuk mewujudkan perpaduan dan kesatuan antara parti politik UMNO dan BN bersama Pas tidak lama dulu, akan ada suara sumbang daripada juak Pas mendendangkan lagu dan ceritera dongeng yang sama, bahawa kerajaan BN telah 'menganaktirikan' Pas suatu ketika dulu.
Impaknya, rakyat marhain yang tidak berusaha untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam dan mengorek cerita sebenar akan menelan bulat-bulat cerita dongeng juak Pas ini. Hakikatnya, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan BN tidaklah bersifat kejam sebagaimana yang disandiwarakan oleh pihak Pas sekarang.
Tetapi kelihatannya di pihak kerajaan dan BN, tiada usaha yang begitu serius dan meluas dalam menceritakan 'kisah benar' di sebalik tuduhan dan cerita dongeng yang didendangkan Pas.
Ada dalam kalangan rakyat yang menjumpai dan menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan pihak BN demi merungkai rasa benci dan menyampah rakyat yang bersifat melulu lantaran dengan naifnya tertelan gula-gula penipuan juak Pas ini.
Kini banyak suara di peringkat akar umbi, di seluruh pelosok negara mahukan agar kisah ini disebarluaskan. Gunakan media cetak, media massa dan media baharu sebaik-baiknya dalam menterjemahkan suratan sejarah yang sebenar-benarnya. Kongsikan dengan rakyat mengapa pada tahun tersebut pimpinan Pas melucutkan jawatan Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.
Ceritakan juga mengapa kerajaan BN pimpinan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, terpaksa 'menceraikan' Pas atas sebab musabab keselamatan dan keamanan di negeri Kelantan. Lebih elok lagi, huraikan juga intipati ucapan Hussein Onn pada tahun tersebut yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas yang tidak memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.
Ini secara langsung diyakini dapat membuka mata hati dan pemikiran rakyat untuk menyedari bahawa mereka selama ini tertipu dengan cerekarama dan dongeng klasik yang seolah-olah menunjukkan bahawa kerajaan BN 'dulu, kini dan selamanya' adalah kejam terhadap parti Pas dan juga terhadap rakyat.
Setidak-tidaknya juga usaha 'membuka pekung di dada' Pas ini juga akan menutup mulut busuk mereka yang sewenang-wenangnya menyebarkan penipuan terhadap kerajaan BN dalam kalangan penyokong mereka dan rakyat amnya. Semoga Tuhan akan terus merahmati negara Malaysia ini dan melindungi rakyatnya daripada pertelagahan, penindasan dan perpecahan.
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
PAS dah sesat - Sokong LGBT, Hadi Tempelak Nasharudin!
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak Nasharudin Mat Isa dan menyifatkan kebimbangan bekas timbalannya itu berhubung penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak harus dilayan.
Abdul Hadi berkata, kebimbangan Nasharudin itu hanyalah suara kecil dalam parti dan Pas hanya akan mendengar suara daripada pihak yang besar seperti parti politik atau kerajaan, bukannya daripada seorang individu.
“Saya mewakili pemimpin-pemimpin Pas merasakan tidak perlu melayan pandangan individu. Saya hanya akan melayan pandangan kerajaan dan pihak-pihak yang kita anggap besar.
“Pandangan yang kecil-kecilan ini kita tidak perlu dengar," katanya kepada pemberita pada Program Santai BBQ Bersama Presiden Pas di sini baru-baru ini.
Nasharudin meluahkan kebimbangan beliau terhadap penularan gejala LGBT dalam wawancara Mingguan Malaysia dan menyatakan hukuman Allah SWT terhadap perbuatan terkutuk kaum Nabi Lut AS sebelum ini sepatutnya dijadikan iktibar oleh setiap umat Islam.
Suara Politik
Taminsari
Ahad, Ogos 26, 2012
Apakah Nasharudin bakal senasib Hasan Ali?
Hayat politik bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dengan parti itu mungkin tidak berpanjangan apabila Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi gambaran bahawa PAS sudah tidak mengambil peduli lagi mengenai beliau.
Malah Abdul Hadi ketika ditanya mengenai pendirian PAS berhubung tindak-tanduk Nasharudin berkata, parti itu tidak kisah jika UMNO mahu menggunakan khidmat Ahli Parlimen Bachok tersebut kerana beliau sudah ditolak ahli akar umbi.
Beliau juga seolah-olah memberi gambaran Nasharudin kini sudah tidak penting kepada parti apabila menegaskan, Mesyuarat Lajnah Politik PAS memberi fokus terhadap perkara lebih besar berbanding isu bekas timbalannya itu.
Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, kedudukan serta nasib pemimpin itu akan diputuskan Majlis Syura Ulama pada 9 September depan.
"Kalau UMNO nak tokoh yang sudah tidak dipilih lagi oleh ahli PAS dalam kepimpinan, kita tiada masalah. Kita tidak bincang isu Nasharudin hari ini kerana beliau bukan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Kita serahkan kepada Majlis Syura Ulama.
"Beliau ahli Majlis Syura Ulama dan terpulang kepada majlis syura untuk mengambil apa-apa langkah sewajarnya berhubung beberapa perkara tentang beliau baru-baru ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PAS, di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali
Masa depan politik Nasharudin goyang apabila golongan 'Anwarinas' mempersoalkan gambar beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), baru-baru ini.
Lebih menambah kemarahan kelompok 'Anwarinas' apabila bekas Timbalan Presiden PAS tersebut menuntut partinya itu menyatakan pendirian sebenar berhubung penolakan Karpal Singh terhadap penubuhan negara Islam ala PAS dan hukum hudud sambil menggesa PAS keluar daripada pakatan pembangkang.
Dalam pada itu, Abdul Hadi juga seolah-olah menyifatkan Nasharudin yang lantang bersuara sebagai 'alat UMNO' apabila mendakwa pemimpin PAS atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengkritik parti tersebut dipergunakan UMNO.
Suara Politik
Taminsari
Regim MB Khalid gagal tunai janji air percuma?
Bukan sahaja berdepan dengan krisis bekalan air, regim kerajaan negeri Selangor di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa 'berhutang' lebih RM300 juta kepada beribu-ribu penduduk di negeri itu kerana gagal menunaikan janji untuk memberikan air percuma secara menyeluruh sejak tahun 2008.
Difahamkan, para penduduk yang mendiami 1,378 pangsapuri di seluruh negeri itu tidak pernah mendapat manfaat air percuma gara-gara kerajaan negeri menetapkan pemberian subsidi hanya kepada pengguna meter individu dan bukannya meter pukal.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, setiap rumah di negeri Selangor berhak mendapat subsidi air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 sebulan sebagaimana yang dijanji dan dilaung-laungkan pakatan pembangkang sebagai kejayaan mereka.
" Malangnya melalui kajian yang dilakukan, sejumlah 1,378 pangsapuri diseluruh negeri Selangor tidak pernah mendapat subsidi ini kerana mereka menggunakan meter pukal sedangkan penghuni-penghuni dirumah banglo mewah yang menggunakan meter individu menikmatinya.
" GPRS menegaskan kerajaan negeri Selangor perlu bertanggungjawab kerana setiap penghuni pangsapuri terbabit terlepas subsidi sebanyak RM570 sekiranya dihitung tempoh 50 bulan sejak kerajaan regim PKR berkuasa diSelangor," katanya disini hari ini.
Tegas beliau, dengan anggaran sebanyak 689,000 unit rumah daripada 1,378 pangsapuri terbabit, kerajaan negeri Selangor berhutang lebih RM300 juta sebagai tunggakan subsidi kepada jumlah isi rumah yang terlepas pandang.
" Kerajaan negeri tidak sewajarnya membeza-bezakan pengguna meter individu dengan pengguna meter pukal kerana regim pakatan pembangkang telah berjanji dalam manisfesto tahun 2008 untuk memberi air percuma setiap bulan kepada seluruh rakyat Selangor," katanya.
Sekadar gambar hiasan
Sementara itu, penduduk di pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya telah mengambil langkah ke hadapan dengan menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk menuntut tunggakan subsidi air sebanyak RM1.1juta bagi penghuni di 1,892 unit rumah yang menggunakan meter pukal dipangsapuri berkenaan.
Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Mentari Court, Kamarul Zaman Kamarudin berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu kepada regim kerajaan negeri Selangor dibawah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menyelesaikan isu tersebut dan memberi gantirugi RM570 kepada setiap isi rumah yang tidak pernah mendapat subsidi air sejak Ogos 2008.
" Sekiranya, Abdul Khalid tidak menyelesaikannya dalam tempoh berkenaan, kami akan mengambil tindakan dimahkamah kerana subsidi itu perlu diberikan secara adil tanpa diskriminasi," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh peguam, Hasnal Rezua Merican.
Kata beliau, pihaknya telah menggunakan pelbagai saluran sebelum ini termasuk bertemu dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn.Bhd. ( Syabas ), namun sehingga kini, masalah tersebut berlanjutan ekoran kekangan kerajaan negeri terhadap pengguna meter pukal.
" Kami kecewa kerana tidak pernah menikmatinya sedangkan mereka telah berjanji dalam manifesto pilihanraya pada tahun 2008 malah berulang kali mengumumkannya sebagai kejayaan mereka.
" Kami menuntut Menteri Besar untuk menunaikan janji yang telah diberikan. Malah, menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan setiap rumah diSelangor mendapat subsidi ini tanpa mengira kawasan atau latar belakang," katanya.
Suara Politik
Taminsari
Kemelut Hudud PAS : Akhirnya DAP berjaya mencorak hala tuju perjuangan PAS?
Kemelut isu hudud antara PAS dan DAP membuatkan kita semua tertanya-tanya beberapa persoalan. Pertama mengapa hanya Pengerusi DAP, Karpal Singh bersuara lantang menentang pelaksanaan hukum hudud?
Mengapa Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng serta beberapa pemimpin kanan lain berdiam diri? Walaupun kita percaya apa yang ditegaskan berulang kali oleh Karpal adalah pendirian DAP, namun Kit Siang dan anaknya perlu tampil ke hadapan.
Tindakan mereka membisu tidak akan membantu malah memburukkan lagi keadaan. Kini, sudah ada tanggapan di kalangan sebahagian pemimpin PAS bahawa Kit Siang dan Guan Eng sebenarnya adalah pihak yang lebih tegar menolak hudud.
Persoalan kedua yang berlegar adalah mengapa puak Anwarinas yang dianggap sekular dalam PAS tunduk kepada DAP berhubung isu tersebut? Kita percaya selagi mereka terikut-ikut agenda DAP, selagi itulah PAS akan menjadi dayus dan tidak berani bertindak.
Kini, suara akar umbi PAS rata-rata kecewa dengan kepimpinan parti itu yang asyik dihina dan diperlekehkan oleh DAP. Bukan PAS yang mencorakkan haluan parti itu sebaliknya DAP.
Maka tidak hairan lah jika ramai ahli dalam diam menyokong ketegasan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menentang DAP berhubung isu itu dan mempersoalkan pendirian PAS demi kesucian Islam.
Belum pernah dalam sejarah PAS kelihatan begitu dayus. Inilah akibat apabila percaturan politik lebih diutamakan daripada kepentingan Islam. Pas bukan sahaja tidak dominan dalam pakatan pembangkang malah asyik dihina oleh DAP.
Isu pelaksanaan hudud PAS ditentang habis-habisan oleh DAP. Meskipun segelintir pemimpin PAS mempersoalkan DAP tetapi akhirnya parti berlabel Islam itu tunduk. Pemimpin utama PAS membisu kerana bimbang pengaruh DAP boleh mencorakkan sentimen masyarakat Cina pada pilihan raya umum nanti.
Kerana mengutamakan percaturan politik, PAS kelihatan sanggup menggadaikan kepentingan Islam. Ia ibarat pemimpin PAS direntap janggut dan serban serta diludah ke muka tetapi hanya sekadar tersengih bingung.
Bukan sahaja DAP, PKR yang terdapat ramai pemimpin dan ahli di kalangan orang Islam, turut menolak undang-undang Islam itu.
Perkara tersebut telah ditegaskan oleh pemimpin utamanya, Anwar Ibrahim bahawa hudud bukan dasar pakatan pembangkang. Dengan kata lain, PKR menyokong DAP, menjadikan Pas bersendirian dalam isu tersebut.
Sekali lagi kita kasihankan PAS. Selama ini, PKR iaitu parti yang berdepan dengan isu moral dan integriti, hanya memperalatkan PAS.
Tanpa peranan akar umbi PAS, PKR akan lumpuh. Untuk pacak bendera, meramaikan ceramah Anwar, menjayakan program malah undi untuk PKR, banyak bergantung kepada ahli dan penyokong PAS. Tetapi apa balasan PKR?
Tepuk dada, tanya iman!!! Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Sabtu, Ogos 25, 2012
Bekas Timbalan Presiden Pas tidak keseorangan!
Seperti mana janji beliau untuk melakukan apa sahaja bagi mempertahankan agama Islam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan bersedia berdepan dengan Karpal Singh di mahkamah dalam isu beliau mendakwa Pengerusi DAP itu anti Islam.
Soal siapa betul, siapa salah biarlah mahkamah menentukannya. Apa yang lebih menjadi persoalan ialah pendirian Pas sendiri dalam berhadapan pertembungan antara Nasharudin dan Karpal ini.
Setakat ini, golongan pemimpin Pas yang dianggap daripada kelompok Anwarinas atau digelar sekular, dikatakan tidak menyebelahi Nasharudin, sebaliknya mereka ingin melihat Ahli Parlimen Bachok itu dihukum oleh parti kerana dianggap telah menggugat kerjasama dalam pakatan.
Bagi kelompok ini, mereka hanya mementingkan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, tidak kira apa pun kedua-dua parti itu lakukan terhadap Pas.
Namun begitu, pemimpin-pemimpin Pas perlu diperingatkan mereka mungkin tidak menyenangi Nasharudin tetapi percayalah sebahagian ahli akar umbi masih utuh bersama bekas Timbalan Presiden Pas berkenaan.
Difahamkan, Nasharudin sendiri menerima sokongan yang cukup hebat daripada pemimpin dan ahli-ahli akar umbi. Mereka mahu Nasharudin istiqomah dalam perjuangannya demi masa depan orang Melayu dan umat Islam.
Penulis bukannya mereka-reka sokongan ini tetapi inilah hakikat berdasarkan pelbagai sumber yang diperoleh penulis.
Ada antara mereka, secara terang-terangan mempersoalkan ke mana arah perjuangan Pas dan apa benar perjuangan yang dibawa oleh parti itu.
Walaupun berbeza fahaman politik dengan UMNO, namun mereka tetap berpendapat bahawa penyatuan ummah dan memartabatkan agama Islam harus menjadi keutamaan dalam perjuangan Pas, bukannya begitu gelojoh memburu kuasa bersama-sama PKR dan DAP sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya.
Atas sebab itulah, penulis melihat kepimpinan Pas kini berada dalam kedudukan tidak selesa. Mungkin ada di kalangan pemimpin Pas yang terus angkuh dengan mengecam Nasharudin dan menganggap kalau pun Nasharudin keluar daripada Pas, ia tidak akan menggugat parti itu.
Tetapi mereka juga harus faham bahawa ini adalah ujian kedua kepada Pas selepas pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali, tidak lama dahulu. Jika sebelum ini Hasan dipecat kerana membuat kenyataan yang dilihat oleh kepimpinan Pas menyinggung perasaan PKR, kini mereka berhadapan pula dengan kenyataan Nasharudin yang dilihat boleh menjejaskan hubungan dengan DAP.
Jika Pas tidak berhati-hati dalam mengendali isu Nasharudin ini, mereka akan menanggung akibat yang amat buruk pada pilihan raya umum nanti.
Ini kerana pemimpin dan ahli di peringkat akar umbi melihat Nasharudin tidak melakukan apa-apa kesalahan. Soal beliau dengan Karpal biar diselesaikan di mahkamah tetapi ketegasan beliau mempertahankan perjuangan Islam serta maruah Pas itulah yang menarik perhatian mereka.
Sebab itulah, ramai yang yakin Nasharudin tidak keseorangan dalam perjuangan ini biar pun beliau sudah tidak dibenarkan oleh Pas Kelantan mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.
Bagi seorang yang berprinsip seperti Nasharudin, beliau tidak peduli itu semua, seperti juga Hasan, segala yang beliau lakukan adalah demi untuk perjuangan Islam dan demi menjaga martabat Pas daripada terus diperkotak-katikkan dalam pakatan pembangkang.
Tetapi di dalam Pas, ada sesetengah pemimpin parti itu yang tidak mempunyai aspirasi seperti kedua-dua insan berkenaan. Sikap politik kepartian dan begitu taksub untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta mengejar impian bagi memastikan Pas boleh menggantikan UMNO telah mengaburi perjalanan politik mereka.
Bagaimanapun puak-puak berkenaan perlu ingat seperti mana kata Nasharudin, "Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.''
Justeru, berhati-hatilah supaya Pas tidak menjadi sebuah parti yang paling rugi dalam muka bumi Allah ini kerana kita percaya Nasharudin tidak keseorangan dalam perjuangan murninya itu.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catatan (Atom)