Isnin, Oktober 26, 2009

Nik Aziz ditipu Husam !



















Kalau zaman Tun Mahathir dahulu perkataan "Maha Firaun" akan pastinya akan timbul dari mulut "longkang" penyokong PAS dan pembangkang yang menjadi mainan lidah kerana hendak memerintah sampai mati.

Tapi apabila persoalannya ditujukan kepada batang hidup pemimpin PAS sendiri maka lakunan demi lakunan terpaksa dilakukan bagi menutup bau bangkai yang telah lama busuk.

Nampaknya apa yang berlaku kini sebaliknya... sudah sudahlah Pok Nik wei... mu tok sihat laghi doh... berilah kat ore lain pulok.. mu nak jadi MB sampai ajal kunjung tiba ke?... takut selain Firaun... mu pulok...?.. tok ke kat kelate tu tak pemimpin lagi doh...

Penyokong PAS pun tahu jika tiada Nik Aziz PAS sudah lama tumbang.. Pemimpin muda sekarang ni tidak boleh diharap. Apatah lagi krisis yang kini berlaku dalam PAS. Pembersihan puak Erdogan dalam PAS dikatakan sedang rancak dibuat...

Kenyataan MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan, keadaan politik semasa masih tidak membolehkan beliau untuk melepaskan jawatan yang disandangnya selama lebih 18 tahun. Namun sekiranya terdapat desakan yang jelas di kalangan ahli Pas agar dirinya berundur, Nik Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak akan menunggu lebih lama dan tidak teragak-agak berbuat demikian. Malah katanya, ia boleh dilakukan sekarang kerana sudah lama berhasrat untuk berundur atas faktor kesihatan tetapi beliau tetap mengutamakan kepentingan perjuangan parti.

"Masalah-masalah baru timbul sekarang seperti keadaan politik yang tidak mengizinkan. Dalam keadaan bergelora, angin kencang, saya sebagai kapten, mana boleh saya tidur. Kerajaan pimpinan UMNO sekarang juga dalam keadaan separuh sedar, lagi saya tak boleh tinggal. Kalau UMNO dah tak kuat lagi, baru boleh saya tinggal, sebab masa itu dah tak ada musuh lagi," ujarnya. Katanya, tidak timbul kesukaran bagi Pas mencari pengganti tetapi beliau tidak akan menyebut siapa yang bakal mengambil alih kelak.

"Saya tak boleh sebut siapa pengganti saya, sama macam ketika Datuk Asri dulu, tak ada siapa jangka saya yang ganti. Kalau saya sebut, bermaknanya hanya seorang, bagaimana yang lain. Tiap-tiap seorang ada kelebihan sendiri dan saya serahkan kepada Perhubungan. Timbalan-timbalan saya semua berkebolehan," jelas beliau.


Berikutan isu pembersihan Erdogan dalam PAS ini ramai penganalisis politik menjangkakan bahawa pertandingan PAS akan datang lebih dahsyat dari UMNO mungkin sehingga menimbulkan pecah belah antara mereka.

Ketika Nik Abdul Aziz menyuarakan hasratnya mahu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, ahli-ahli, Dewan Ulama dan YB PAS mahukan beliau menjadi MB memandangkan PAS tiada pemimpin yang berwibawa, berkarisma dan berwawasan. Ia membawa maksud bahawa pemimpin lapisan tidak boleh dipercayai dan hanya mementingkan kuasa.

PAS tidak lagi mempunyai ayam tambatan atau 'ratu katak' yang akan menyanyi dendang lagu berirama "HUDUD", "Membangun Bersama Islam" dan 'Parti Dakwah'. Kalau dulu gelaran champion no.1 milik Mat Sabu.

Mat Sabu, nak tak nak dia kena pencen dari arena politik. Tidak ada jasa Mat Sabu melainkan kalau kita mampu menghimpun kata-katanya menjadi pasir, maka berapa tinggi bukit fitnah, dengki dan niat jahatnya selama ini menjadi madah berhelah politiknya saja.

Kalau kata-katanya diratakan di jalan raya, Mat sabu berjaya membina rangkaian prasarana memperbodohkan kita semua dari Pasir Gudang sehingga ke kota Bangkok. Hebatkan Mat Sabu. Hendak memastikan popularitinya masih tidak berkarat, dia cuba menjadi jaguh kampung di Petaling Jaya, Selangor untuk mengadakan demontrasi membantah penahanan ISA.

Mat Sabu juga menggelarkan Malaysia sebagai 'Negara Jakun'. Kalau dia rasa Timur Lester sesuai untuk dia tinggal, kenapa Mat Sabu tak ke sana menjadi warganegara Timur Lester dan menyertai politik di sana. tidak sampai seminggu, Mat Sabu akan kena bakar atau mayatnya dibuang ke kandang babi kalau dia menjadi ahli politik di Timur Lester yang lebih demokrasi dari Negara Jakun.

Mat sabu tidak pernah memberi idea untuk memajukan sistem pentadbiran negara, membangunkan masyarakat Malaysia, memperkasakan bahasa kebangsaan atau mendaulatkan Islam. Selama 30 tahun dalam PAS, Mat Sabu akan dikenang sebagai 'Pak Pandir Moden"!!! Satu tunggu peringatan akan dibuat oleh PAS untuk mengenang jasa Mat Sabu sebagai PPM.

Makhfuz, YB Pokok Sena, senyap sunyi aje macam cicak-man makan batu kapur. Yang menjadi 'barua' PAS ialah Hussam Musa. Dia menjadi 'anak kera' di hutan yang disusukan oleh Nik Aziz berbanding pejuang PAS yang akan pencen menjawat sebagai 'pekerja angkut sampah' saja. Dia dilantik sebagai pelapis kepada Nik Aziz kerana 'sedikit' kepintarannya mengurus ekonomi Kelantan yang dikatakan hebat seluruh glokal dengan belanjawan defisit (rugi) setiap tahun dan tiada pelaburan di Kelantan.

Husaam Musa menjadi lagenda kerana menjadi petualang antara PAS Islam dengan PAS Sekular. Hussam Musa muncul di atas tanpa kita mengenalinya dalam pertubuhan atau kelab-kelab. Dia muncul kerana dilantik oleh orang tertentu dan dijulang kerana orang tertentu. Adakah Hussam Musa akan dicabar nanti oleh pemimpin PAS setelah ketiadaan Nik Aziz? Adakah Hussam Musa menjadi penyebab kepada masalah dalaman PAS dan perjuangan PAS yang sudah menjadi longkang busuk?

Kejayaan Hussam menulis surat kepada Datuk Mustapha, Pesuruhjaya PAS Terenganu dan disokong oleh Nik Aziz- menggelarnya sebagai 'lidah UMNO' dan boleh disingkir dari PAS bila-bila masa membuktikan pemikirannya sehebat Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang dalam DAP. PAS selama ini dikenali sebagai parti sederhana, parti penyabar, parti mendengar masalah atau parti ekstrim, kini menjadi parti 'penyakit darah tinggi'!!!

Adakah dengan pengunduran Nik Aziz sebagai MB di Kelantan akan menyebabkan;

1. Populariti PAS sebagai parti Islam selama ini akan dikenali sebagai parti pelbagai bangsa, seperti PKR, Gerakan, DAP atau PPP, IPF? PAS bukan saja berhadapan dengan pelbagai kaum dalam organisasi politiknya, bahkan terpaksa membuka 'tender' dalam jawatan penting termasuk Presiden dan Timb. Presiden dari kalangan Cina dan India, atau Sikh!!!

2. Adakah PAS akan mensyaratkan- kena masuk Islam baru boleh pegang jawatan dalam PAS? Kalau begitu, PAS memaksa orang untuk memeluk Islam dan mereka akan diberi kuasa selepas memeluk Islam sebagaimana Macheal Jacson yang memeluk Islam untuk mengelakkan saman di kenakan ke atasnya, sebagai perbandingan?

3. Adakah nanti kemasukan India dan Cina dalam PAS akan menyebabkan syarat Islam menjadi presiden sudah lapuk dan ketinggalan zaman? Lagipun PAS boleh kata, kami adalah Parti Aslam Se-Malaysia, sesiapa boleh jadi As-salam (sejahtera ke atas semua orang)!!!

4. Adakah pergolakan dalam PAS nanti akan menyebabkan politik Melayu semakin teruk dan parah kerana orang Melayu yang percaya 'masuk PAS akan masuk syurga' akan berkecelaru antara parti mana mereka nak sokong sehingga tidak dapat membezakannya lagi dengan PKR atau DAP!!!

Mungkin ini sebagai 'bonus' kepada UMNO? Adakah DS Najib akan memanggil 'hulubalang PAS' menyertai UMNO sebagaimana dilakukan oleh TUN memanggil Semangat 46 menyertai UMNO tanpa sebarang syarat.

Boleh jadi sebab situasi politik kini tidak menentu dan orang Melayu masih sayang bangsa dan negaranya. Melayu tidak akan pudar Islamnya walaupun anak-anak mereka adalah seorang Mat Rempit mahupun seorang doktor.

5. Atau PAS akan bergabung dengan PKR sebagaimana Parti Sosialis atau Parti Rakyat Malaysia membubarkan partinya yang ditubuhkan lebih 30 tahun. Agak mustahil untuk diterima tetapi kena ingat, Anwar Ibrahim dan Hussam Musa yang mengepalainya tidak mustahil boleh berlagak superhero!!!

Kita kena ingat lagi, Pakatan Rakyat masih belum diwujudkan secara rasmi dalam bentuk perjuangan, bendera, lagu tema dan agenda mereka. Kenapa mereka tidak melawan menggunakan satu logo seperti BN? Lagipun PAS sudah lama berpeluk dengan DAP dan mereka masing-masing makan 'makanan anjing' ketika majlis berbuka puasa anjuran PAS atau ketika majlis rumah terbuka anjuran DAP.

Harakah pula menyalak kononnya DAP 'sudah Islam' dan pemimpin DAP sudah layak digelar 'Ulamak' dan 'Wali Songo' kerana pandai membaca bismillah atau menyebut 'kerajaan Umar Abdul Aziz'.

Kena ingat, dalam kepala Anwar Ibrahim benda macam tidak mustahil sebagaimana dia reformasikan UMNO sehingga kucar-kacir dan kehadirannya kononnya untuk membela Melayu dan Islam sebelum ini.

Yang akan menentukan politik akan datang ialah kita semua. UNDI kita akan menentu hala tuju negara pasca Tun Mahathir. Dalam politik tidak ada yang kekal. Dalam politik tidak ada benda yang mustahil. Apa yang berlaku di Amerika bukti segala-galanya berubah.

Kalau kita mengambil contoh dari Indonesia atau Thailand, politik mereka berkecamuk antara demokrasi anarkis yang mana kita boleh hidup aman; dengan 'demokrasi bogel'- kita bebas dan tidak aman-rusuhan di mana-mana atas alasan demokrasi. Kalau kita tahan perusuh, negara kita menjadi negara Jakun.

Begitu juga kuasa besar dunia bermula dari Athens, Yunani sehinggalah Parsi. Di Nusantara, kita berdepan dengan Majapahit, Srivijaya, Acheh sehingga Melaka. Pada awal abad ke 19, dunia berdepan dengan imperisme kuasa besar seperti British, Belanda, Itali, Germany, Jepun dan Perancis kerana kehebatan menakluk dunia.

Kini kehebatan tamadun ini pudar akhirnya dan kini ia sudah diambil oleh Amerika dan 'budaya' politik dan sosiologi mereka sudah menjadi amalan kita seharian seperti budaya makan burger, KFC, seluar jeans, gaya hidup, sosiologi, sains dan teknologi, hiburan, sistem ekonomi dan gaya pentadbiran.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Oktober 24, 2009

Komplot Erdogan : Usaha Untuk Menjatuhkan Presiden PAS!


























Rata-rata pimpinan PAS pusat tahu dan sedar tentang cita-cita besar Husam Musa hendak menjadi Presiden PAS. Mereka juga tahu bahawa Husam sedang merancang sesuatu untuk mencapai niatnya itu. Tapi Husam Musa lebih tahu bahawa bukan mudah untuk menduduki kerusi Presiden tersebut lebih-lebih lagi beliau perlu berhadapan dengan tokoh ulama terbilang. Beliau tahu kalau beliau bertanding kerusi presiden melawan Tuan Guru Hj. Hadi, beliau akan kalah teruk dan seolah-olah hilang wang pertaruhan.

Beliau juga tahu beliau tidak boleh kelihatan menentang Tuan Guru Presiden secara terbuka kerana kalau nampak jelas dalam suasana sekarang maka sudah tentu seluruh ahli PAS akan bersatu menentang beliau. Maka sebab itulah Husam perlu melakar perancangan dan strategi yang cukup teliti untuk menjayakan cita-citanya tersebut.Jadi, apakah akal dan perancangan Husam?

1.Melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden

Semua orang terkejut beruk bila Tok Guru Nik Aziz berkata usaha untuk menukar kerajaan sekarang bukan macam angan-angan mat jenin. Kenapa tok guru perlu menggunakan perkataan mat jenin dalam kiasannya? Tidakkah Tok Guru tahu bahawa kiasan tersebut dipopularkan oleh Tuan Guru Presiden? Tidakkah Tok Guru baca atau dibacakan akhbar yang menyiarkan berita bahawa Presiden PAS ada menyebut tentang angan-angan Mat Jenin bila memperkatakan tentang kerajaan baru pada 16 Sept yang lepas?

Kalau tok guru tahu, sedar dan baca kesemuanya, mengapa perlu menempelak Tuan Guru Presiden secara terbuka. Takkanlah hanya kerana nak menyokong kerajaan baru yang belum tentu boleh wujud dan berkemungkinan besar tidak akan jadi, tok guru nak gadaikan semangat ukhuwah Islamiyah dan Mahabbah dengan Presiden sendiri. Takkanlah oleh kerana nak menyokong Anwar, Tok Guru mahu supaya ahli PAS melihat ada pertembungan diantara Mursyidul Am dengan Presiden?

Takkanlah kerana percayakan Husam, Tok Guru nak merendah-rendahkan martabat Tuan Guru Presiden?Apa yang dikhuatirkan, Tok Guru tidak mendapat maklumat yang sebenarnya sama macam kes Dato’ Mustapa - apabila Tok Guru dikatakan mengaku tak baca keseluruhan kenyataan Dato' Mustapa. Apa yang lebih dikhuatirkan juga, Tok Guru sedang digunakan oleh Husam Musa dan kumpulan erdogannya untuk meruntuh kepimpinan ulama PAS.Yang pastinya Tok Guru Nik Aziz seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan Tuan Guru Presiden. Adakah ini amalan yang tidak sihat didalam jamaah PAS.

Muktamar telah melantik Tuan Guru Hj Hadi sebagai Presiden PAS dan menjadi tanggungjawab ahli PAS untuk patuh dan taat kepada kepimpinan beliau. Manakala Mursyidul Am hanyalah "advisory post" disamping mempengerusikan Majlis Syura dan bukannya kuasa eksekutif di dalam parti.

Jika dilihat apa yang berlaku adalah Muryidul Am lah yang paling banyak mengeluarkan kenyataan berkaitan parti berbanding Presiden. Mungkin ahli PAS berpendapat bahawa Tok Guru Nik Aziz perlu memahami dan difahamkan tentang bidangkuasa beliau sebelum ahli hilang rasa hormat kepadanya. Mereka lebih khuatir perancangan melagakan kepimpinan ulama adalah berniat jahat dan bertujuan untuk merendahkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan harapan ahli akan hilang keyakinan kepada ulama dan memilih bukan ulama sebagai pemimpin nanti.

2. Menggunakan pengaruh Mursyidul Am

Semua sedia maklum bahawa Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz dalam banyak hal. Walaupun kadangkala Tok Guru berjaya disedarkan oleh kaum keluarganya dan kawan rapatnya, tetapi bila Husam muncul saja semuanya akan bertukar balik seolah-olah macam dipukau....entah ilmu apalah yang dipakai Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz. Entah kenapalah Tok Guru Nik Aziz begitu sayangkan Husam walaupun lebih separuh daripada ahli perhubungan PAS Negeri Kelantan tidak menyukai beliau dan lebih separuh daripada ADUN PAS di Kelantan pun juga tidak menyukai beliau kerana mereka terlebih maklum akan sifat dan amalan kejinya.

Yang jelasnya Tok Guru Nik Aziz memang terlalu sayangkan Husam sehingga dia pernah berkata bahawa Husam layak menjadi Presiden PAS!!!! (na'uzubillah)
Kata-kata inilah yang ditungu-tungu oleh Husam dan atas sebab itulah Husam bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu dan kumpulan Erdogannya seringkali menggunakan nama Tok Guru Nik Aziz sebagai hujah mereka. Nama Tok Guru Nik Aziz dijaja merata-rata sehingga ke blog-blog mereka bagi membenarkan usaha jahat mereka. Jangan terkejut jika nanti mereka akan berkata bahawa Mursyidul Am lah yang menyuruh Husam lawan Presiden.

3. Merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS

Satu fahaman yang cuba ditanam ke dalam minda dan pemikiran ahli-ahli PAS ialah ulama tidak faham siasah dan tidak pandai berpolitik.Mereka mungkin pandai membaca Al-Quran dan Al-hadis tetapi tidak pandai menyusun strategi politik dan tidak pandai mengadaptasikan ayat-ayat yang dibaca ke dalam realiti semasa. Sebab itulah bila Tuan Guru Presiden beristikharah sehingga diilhamkan dengan Surah Al-Anfal, mereka cuba mempermainkannya. Mereka mencari pendapat yang paling tidak diterima oleh jumhur bahawa ayat tersebut telah mansuh semata-mata untuk menimbulkan keraguan ahli terhadap kehendak ayat tersebut.

Dan sebelum ini bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran - maka mereka cuba memperlekehkannya dengan seribu satu alasan bahawa ayat tersebut telah disalah tafsir. Begitulah lekehnya ulama-ulama PAS dikacamata mereka. Apa yang mereka hendak tonjolkan ialah hanya mereka yang pandai tafsir Al-Quran ikut kehendak semasa. Dan seolah-olah ingin menunjuk dan menampakkan bahawa akal dan strategi mereka lebih hebat dari hujah Quran.

Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah "obsolete" atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka kita hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. Inilah propaganda bahaya yang sedang dirancang oleh kumpulan Erdogan tanpa sesiapa yang menyedarinya.

4. Menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi

Satu isu yang sering dimainkan oleh kumpulan Erdogan ialah “PAS Terengganu”. Dimana-mana mereka cuba memperlekehkan PAS Terengganu. PAS Terengganulah yang bawa idea muzakarah dengan UMNO, PAS Terengganulah yang paling tak pandai berstrategi, PAS Terengganu tidak pandai memerintah negeri, sikap PAS Terengganulah yang menjadi punca tewasnya PAS di Terengganu dan macam-macam lagi keburukan PAS Terengganu dicanang merata-rata.

Apakah tujuan mereka sebenarnya? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyerang dan memperlekehkan Tuan Guru Presiden yang datang daripada Terengganu dan pernah memimpin PAS Terengganu. Apa yang hendak ditonjolkan ialah Tuan Guru Presiden sebenarnya tidak mampu memimpin. Kalau di Terengganu pun gagal macam mana nak memimpin PAS satu Malaysia. Begitulah hinanya taktik dan perancangan mereka. Kenapa perlu dimainkan sentimen kenegerian (Terenganu ke Selangor ke) .

5. Bergerak secara berkumpulan

Seolah-olah telah wujud apa yang dikatakan tanzim di dalam tanzim. Kumpulan Erdogan ini sering berjumpa dan bermesyuarat sesama mereka terutamanya sebelum dan sesudah mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka merancang secara berkumpulan untuk menangani sebarang isu di dalam Parti.

Sebab itulah tidak hairan jika didalam ceramah-ceramah dan tulisan mereka, mereka memainkan isu-isu yang lebih kurang sama. Mereka sengaja “pre-empt” dengan mengembar-gemburkan bahawa ada usaha untuk membawa PAS masuk UMNO. Sedangkan sudah berapa puluh kali dinafikan oleh Presiden dan Timbalannya, tetapi mereka masih tetap memainkan isu tersebut. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kemarahan ahli terhadap Presiden dengan cuba menuduh Presiden menipu ahli.

6. Menggunakan bloggers

Semua orang sedia maklum siapa Kickdefella. Terang-terang Husam mengupah beliau menulis blog dan dan mengunakannya untuk menyampaikan propaganda beliau dan kumpulannya. Begitu juga bloggers yang lain seperti Penarik Beca, Khalid Samad dll – semuanya adalah tali barut kumpulan Erdogan yang terang-terang menyerang kepimpinan ulama PAS dengan seribu satu alasan. Mereka sengaja mereka-reka cerita dan teori untuk menimbulkan keraguan dan syak wasangka ahli terhadap kredibiliti kepimpinan ulama PAS.

7. Menggunakan Harakah

Harakah ialah lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama Husam dan kumpulan Erdogannya dalam merealisasikan cita-cita mereka. Pengarah Urusan Harakah secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya. Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di ‘beli” oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru Presiden seringkali pening kepala dengan dua media rasmi utama PAS ini. Beberapa kali dikatakan bahawa beliau agak marah dengan akhbar Harakah dan Harakahdaily yang gagal mencerminkan lidah rasmi PAS dan gagal menyiarkan berita yang dianggap penting untuk disampaikan kepada ahli. Amat malang bagi seorang Presiden parti bila dia melantik seseorang untuk menerajui Akhbar Harakah dan Harakahdailiy tetapi mereka tidak mengikut arahan beliau.

8. Membeli Negeri dan Kawasan

Setelah lebih dari 18 tahun PAS memerintah Kelantan, yang kaya bukan PAS Kelantan tetapi Husam Musa. Semua orang tahu Husam banyak duit hasil dari kekayaan kerajaan negeri. Cuma dia bijak “berbelanja”. Dia tidak tunjuk kekayaannya atau berbelanja untuk membeli banglo mewah atau kereta mewah. Tetapi duitnya yang banyak digunakan untuk menjayakan cita-cita politiknya. Sudah berapa banyak kawasan dan negeri yang melaporkan bahawa Husam memberikan mereka wang yang agak banyak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu.

Husam memang pandai kerana dia belajar daripada UMNO dan mentornya Anwar Ibrahim untuk bermain dengan politik wang. Dia tahu bahawa kawasan-kawasan atau negeri yang diberikannya wang sudah tentu akan terhutang budi dengan beliau dan akan menyokongnya kelak bila tiba masanya. Ada juga dikalangan pimpinan PAS di Perak dan negeri-negeri yang lain yang mendapat projek dan imbuhan secara tidak langsung daripada hasil balak di Kelantan. Semuanya hanyalah untuk membeli sokongan daripada negeri dan kawasan di dalam muktamar yang akan datang.

9. Memujuk Presiden untuk melepaskan jawatan

Diberitakan bahawa telah ada usaha-usaha untuk memujuk Tuan Guru Hj Hadi melepaskan jawatannya sebagai presiden PAS. Sebagai ganti beliau akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS setelah Tok Guru Nik Aziz dikatakan bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk memberi laluan kepada beliau. Dengan cara itu mudahlah Husam naik menduduki kerusi Presiden. Tetapi adakah Tuan Guru Presiden akan terpedaya dengan taktik bodoh seperti itu. Beliau seribu kali lebih cerdik daripada Husam Musa dan kumpulan Erdogannya.

Kesimpulannya, Husam Musa memang berusaha keras untuk menjadi Presiden PAS. Buat permulaan Husam perlu ketepikan dahulu Ustaz Nasaruddin untuk mendapatkan semula kerusi Timbalan Presiden dan seterusnya hajat beliau untuk kerusi Presiden. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan cita-cita tersebut. Pokoknya.. matlamat mesti menghalalkan cara. Cuma mungkin beliau terlupa bahawa disebalik perancangan beliau, Allah lebih mengetahui. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Oktober 21, 2009

Dalam Kenangan : Prof. Shit Belasah Anwar!

Pemimpin ada di mana-mana. Begitu juga wanita. Kedua-duanya ada di mana-mana; bak arus dengan alur. Arus memerlukan alur untuk mengalir. Alur yang liuk-lintuk berlubuk sana berlubuk sini, bersemak samun di pinggir-pinggir tebing dan berlurah-lurah untuk memberi kenikmatan pada arus yang mengalir. Dan kalau arus mengalir dengan baik dan sah serta menjaga alur, hikmahnya dan barakahnya memeng banyak sekali kerana disitu akan lahirlah ketenangan, ketenteraman, kebijaksanaan dan mudah menuju wawasan yang dicita-citakan.

Tetapi kalau arus hanya galak menojah tebing alur dan hanya mementingkan diri arus, maka tersualah kesongsangan, bertemulah gelombang dan kadang-kadang badai taufan pun kerap menjengah. Ketika itu wawasan entah ke mana, alur entah ke mana. Segala-galanya lintang pukang.

Demikian sejarah dunia berkaitan dengan pemimpin dan wanita. Ada pemimpin memperlihatkan kewibawaannya apabila bersama wanita yang luhur yang sering berada disampingnya sebagai isteri. Arus kepimpinan begitu indah, mengalir memberi khidmat kepada rakyat dan diri pemimpin itu sendiri terbukti kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang dihormati dan disegani rakyat.

Bersama mereka mengalir menuju wawasan, merempuh ranjau dan gelombang. Bersama mereka bersorak kegembiraan. Bersama mereka menangis kepiluan. Bersama dan berganding bahu mereka apabila bersama-sama rakyat di mana-mana saja. Dan akhirnya aliran kepimpinan tiba pada tahap kerana kesepaduan antara pemimpin dan wanita yang disayangi. Negara menjadi aman dan rakyat senang lenang kerana pemimpin utama mereka benar-benar memperlihatkan kepimpinan yang selaras dengan tuntuan kebenaran.

Tetapi dunia tidak banyak memperlihatkan sejarah yang indah sedemikian rupa. Apabila pemimpin begitu cepat melonjak naik menjadi begitu besar dengan kuasa di tangan, besar dengan harta dalam simpanan dan besar dengan gelaran yang berjela-jela, maka pemimpin cepat lupa daratan, lupa asal-usul, lupa falsafah perjuangan. Pemimpin tidak lagi mengenal alur, malah tidak lagi mengenal dirinya.

Yang dia tahu hanya membiarkan nafsu kuasanya, nafsu hartanya, nafsu gelarannya dan nafsu jantinanya menembusi setiap lubuk dan lurah tanpa lagi memikirkan halal haramnya. Dengan kuasa, harta, nama dan nafsu dia melupakan dirinya selain untuk memenuhi jeritan nafsunya yang pelbagai yang semangnya tidak pernah puas itu.

Dia bukan sahaja meminggirkan wanita yang sah berada disampingnya selama ini tetapi dia sudah berani mengorak langkah mendekati diri yang bernafsu besar itu dengan mana-mana sahaja wanita yang disukainya, tak kira siapa; malah kalau tak puas juga dengan wanita-wanita begitu, dia alihkan nafsunya kearah lurah-lurah dan jenis-jenis gaya lain yang sememangnya terkutuk. Dia dengan feelnya begitu sebenarnya telah mengotori dirinya dengan najis-najis yang melimpah ruah.

Dia bukan sahaja tidak mampu lagi menjadi pemimpin untuk kesejahteraan rakyat tetapi untuk memimpin dirinya sendiripun dia sebenarnya tidak mampu. Dia sudah berada dijurang kehancuran. Dan kalau masih menjadi pemimpin, bersama rakyat seluruhnya dia akan hancur lebur.

Dan menariknya babak-babak dalam kepimpinan seumpama ini ialah feel-feel yang terkutuk seumpama itu mudah pula dilakukan oleh pemimpin yang kotor itu sehingga rakyat tidak langsung menyangka diri pemimpin itu kotor tetapi masih bersih, kacak dan jambu. Lakonan dan drama diperlihatkan kepada rakyat melalui pelbagai wadah dan gaya yang kadang-kadang begitu ekstravaganza sifatnya sehingga meluat pula melihatnya.

Lakonan dan drama itu sering pula diiringi dengan irama-irama yang serba indah, kadang-kadang bobot dengan sulaman-sulaman ayat suci agama yang nampak serba luhur serba kudus, dengan senyuman yang serba menarik, dengan gaya huluran tangan yang serba lunak dan dengan kata-kata yang sentiasa menunjukkan lakonan yang berketerampilan luar biasa. Pemimpin itu benar-benar pandai berlakon dan rakyat pula yang sememangnya amat gemar pada lakonan dan drama, sedia menerima lakonan pemimpin itu.

Sudah banyak pemimpin dunia yang pintar berlakon seperti itu akhirnya tumbang, tersungkur, terkeok menyebah bumi dan diludahi rakyat dengan jijiknya kerana pemimpin jenis begini bukan lagi pemimpin yang dikehendaki rakyat. Matlamatnya hanya untuk merenggut kuasa, merampas harta, menyenaraikan nama dan menyemarakkan nafsu jantinanya tanpa memperhitungkan kesejahteraan dan kesepaduan rakyat, tanpa mengira apa akan terjadi kepada bangsa dan negara asal saja dirinya dan kaum keluarganya boleh pegang tampuk kuasa, terus kaya raya sampai melimpah tebing, terus bernama dengan pelbagai jolokan dan terus memaharajalelakan nafsu jantinanya yang tidak pernah tunduk kepada sesiapa selain iblis dan dajal.

Tidak ada faktor yang baik untuk menjadi pemimpin yang sebenar selain ia perlu beriman; beriman dalam erti kata berucap dengan lidah, berhayat dengan hati dan melaksanakannya dengan anggota. Tidak ada gunanya pemimpin berpidato berapi-api melalui tv dan di tengah-tengah ribuan rakyat dengan menggunakan gaya penyampaian yang serba canggih sedangkan hatinya berkarat dengan kekotoran yang sudah tidak dapat dikikis lagi dan tindkannya banyak yang tidak pernah kesampaian.

Sebagai rakyat dan pemerhati yang tajam terhadap kepimpinan sekarang ini, kita benar-benar susah hati dan bersedih kerana terlalu banyak penyimpanagan berlaku dalam kepimpinan. Segala-galanya terarah kepada pembolotan kuasa dan harta yang tidak terkawal lagi. Dari bolotan harta dan kuasa itu akan merebaklah kepada wabak-wabak dan episod-episod yang langsung berhubungan dengan wanita, wanita sebagai objek, wanita sebagai perkakas.

Pemimpin seumpama ini sesungguhnya tidak lagi menghormati wanita; malah menganggap wanita itu hanya sebagai objek yang terdedah untuk menggiur dan memuaskan hawa nafsu sahaja. Wanita dijadikan perkakas murahan, sebagai alat yang mudah diperolehi melaui kuasa dan harta, yang boleh dibeli dengan kuasa dan harta.

Rakyat yang prihatin hendaklah menolak pemimpin-pemimpin yang sebegini rupa, pemimpin-pemimpin yang hanya bertujuan merebut kuasa, membolot harta, mencari nama dan gelaran yang pelbagai rupa walau dengan apa cara sekalipun demi untuk memuaskan hawa nafsunya. Pemimpin-pemimpin seumpama ini tidak layak menjadi pemimpin dan perlu ditolak.

Sebaliknya rakyat hendaklah bijak memilih dan akhirnya menerima pemimpin yang sering beriringan dengan wanita luhur sebagai isteri pemimpin itu kerana wanita yang sah yang sering berada di sebelah pemimpin itu akan banyak memperteguhkan perjuangan pemimpin, banyak memberi ilham dalam perjuangan pemimpin dan banyak yang mententeramkan pemimpin di kala menghadapi krisis demi krisis.

Rasionalnya: Apakah benar Shanon mempunyai tafsiran tersendiri mengenai perilaku Anwar yang menjelekkan itu? Adakah persepsi Shahnon ini tidak bercanggah dengan karya Agung yang amat menjijikkan iaitu "Shit" yang bermati-matian membela Anwar?

Sedutan tulisan Shahnon bertajuk :-Nafsu Syahwat Pemimpin Sukar Dibendung Dalam Buku Karya Ahmad Lutfi Othman : Skandal Seks atau Konspirasi Politik. (September 1998)

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Oktober 17, 2009

Pembangkang Tak Takut Dosa Mungkir Janji!




























Pilihan raya tak ubah macam drama romantis yang kadangkala jalan ceritanya tak masuk akal. Senarionya seperti seoarang lelaki yang ingin memujuk wanita idaman menjadi pasangan hidupnya bersedia ‘menabur janji’ asalkan gadis impian setuju memilihnya.

Ungkapan seperti lautan api sanggup direnangi atau “tetap setia sepanjang hayat” begitu mudah diungkapkan selagi gadis idaman belum lagi berada dalam pangkuan. Apa lagi jika lelaki itu masih belum lagi menikmati asam garam kehidupan berumah tangga maka gadis itu akan dipujuk dan dirayu dengan pelbagai janji manis yang sesetengahnya “mungkin nampak romantik dan indah meskipun tidak realistik” sehinggalah gadis itu benar-benar yakin dan bersedia mengahwininya.

Dalam manifesto pilihan raya, “janji yang ditabur” parti politik juga memiliki elemen yang serupa. Parti yang belum pernah mendapat mandat memerintah negara pasti menyenaraikan pelbagai komitmen, impian dan ‘janji muluk’ kerana belum menyedari bebanan yang akan ditanggung bagi merealisasikannya.

Pemimpin parti pembangkang biasanya menetapkan sasaran belum berjaya dicapai kerajaan dalam manifestonya dengan harapan rakyat tidak lagi memilih kerajaan pemerintah dalam pilihan raya. Sebaliknya, memilihnya parti pembangkang itu sendiri untuk membentuk kerajaan baru. Sebagaimana parti-parti politik yang lain, barisan gabungan parti pembangkang di negara ini turut mengemukakan janji pilihan raya dalam manifestonya hampir sebulan sebelum pilihan raya umum negara.

Dalam intisari manifesto bersama barisan gabungan itu, beberapa janji dikemukakan yang dirumuskan kepada lima bidang iaitu ekonomi, pemerintahan, pendidikan, perkhidmatan sosial dan pekerjaan..

Rumusan prinsip utama manifesto itu mengukuhkan ekonomi negara, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan, mewujudkan kontrak sosial baru, memupuk perpaduan nasional, membina demokrasi tulen dan memulihkan imej dan kedudukan negara di pentas dunia. Sebenarnya tiada yang luar biasa mengenai prinsip utama itu. Mana-mana parti politik di dunia sekalipun sudah tentu tidak menjanjikan “perpecahan rakyat, menyembunyikan maklumat daripada rakyat, menghancurkan ekonomi negara, mewujudkan pemerintahan kuku besi dan merosakkan imej negara” dalam manifesto pilihan rayanya.

Malah pemimpin paling kejam di dunia seperti Hitler pernah berjanji kepada rakyat Jerman untuk menyatukan dan menjadikan bangsa Aryan sebagai bangsa agung di dunia meskipun mereka lebih terkenal sebagai pembunuh paling terbilang membabitkan kebinasaan. Begitu juga dengan pemerintah Jepun ketika perang dunia ke-2 yang berjanji mewujudkan Asia yang bersatu dan makmur meskipun akhirnya bangsa Asia “berjaya menjadikan ubi kayu cecah garam sebagai makanan ruji dan pembina profesional landasan kereta api maut diutara Asia Tenggara”.

Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji pembangkang dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya. Hakikatnya sejarah lalu membuktikan mulut yang manis sebelum pilihan raya akan bertukar pahit bak hempedu kerana pembangkang tidak pernah takut dengan dosa mungkir janji. Justeru itu mereka sesekali tidak akan terkejut jika rakyat tidak akan mengundi mereka kerana mereka tahu dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Oktober 15, 2009

Bumiputera masih mundur, tercicir ekonomi !

DASAR penjajah memberikan keutamaan kepada kaum lain dengan menggalakkan mereka tinggal di bandar demi kepentingan pihak British untuk memudahkan segala urusan jual beli. Pada masa sama industri bijih timah dan getah berkembang, maka secara perlahan-lahan orang Melayu terpaksa akur dengan keadaan hidup yang semakin terhimpit memaksa mereka berpindah ke luar bandar kerana taraf hidup semakin meningkat, sekali gus tidak lagi mampu bersaing dengan kaum lain kerana tiada modal, kemahiran dan pengalaman berniaga.

Maka tinggallah orang Melayu di kampung dengan mengamalkan cara hidup pertanian tradisional berbekalkan tulang empat kerat untuk 'survival'.

Peralihan cara hidup ini turut menjejaskan peluang pendidikan anak Melayu ke sekolah Inggeris. Pendidikan yang ada di luar bandar atau kampung pada masa itu hanya setakat Darjah Enam di sekolah Melayu. Sekali lagi orang Melayu jauh ketinggalan dari segi pendidikan.

Orang Melayu terus dipinggirkan, dipandang sepi dan hidup dalam penuh kedaifan. Jurang ekonomi kian melebar antara kaum. Begitu juga pendidikan anak Melayu tidak mendapat tempat di hati British.

Selepas kemerdekaan pada era 60-an, kerajaan banyak menumpukan pelaksanaan dasar untuk mengurangkan jurang perbezaan ini, tetapi tidaklah begitu berjaya sehingga berlakunya Tragedi 13 Mei 1969.

Kerajaan darurat yang diketuai Tun Abdul Razak Hussein mewujud dan memperkenalkan pelbagai dasar dan program membaiki jurang perbezaan antara orang Melayu dan bukan Melayu atas asas untuk mewujudkan perpaduan.

Prinsip Rukun Negara diperkenalkan dan diisikan pula dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada 1970 selaras pelancaran Rancangan Pembangunan Ekonomi Kedua (1971-1975).

DEB bertujuan membasmi kemiskinan tidak kira bangsa dan agama, juga memperbaiki jurang perbezaan ekonomi dari segi pendapatan, pekerjaan dan harta. Ia bererti mewujudkan tindakan menyusun semula ekonomi dan struktur masyarakat supaya pengagihan harta antara orang Melayu dan bukan Melayu lebih saksama.

Tindakan yang dirancang dan diambil termasuk, kerajaan Persekutuan dan negeri serta agensi kerajaan hendaklah memainkan peranan yang lebih aktif untuk campur tangan (interventionist role) bagi menentukan orang Melayu memperoleh peluang memasuki sektor moden dan institusi baru.

Jadi, institusi baru ditubuhkan seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) pada peringkat negeri, syarikat di bawah Mara, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Pernas, Lembaga Padi atau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama). Malangnya, pada 80-an dan 90-an sebahagian besar badan itu sama ada dihapuskan atau diswastakan, sekali gus ia tidak lagi boleh berfungsi mengikut tujuan asalnya.

Rangka dasar itu hendaklah bersesuaian dan mampu menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Keadaan ini boleh membantu membasmi kemiskinan dan pengagihan pendapatan dengan lebih saksama.

Tindakan perlu diambil untuk mewujudkan aktiviti ekonomi yang boleh menghasilkan banyak pekerjaan supaya mencapai keadaan guna tenaga penuh. Selain itu, usaha membangunkan keupayaan orang Melayu, antaranya mengadakan program dalam bidang pendidikan dan latihan perlu dilaksanakan supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam proses pembangunan.

Lebih daripada itu, semua orang Malaysia diberi pelajaran bagi maksud mewujudkan asas sistem nilai hidup sama bagi generasi muda dengan harapan dapat mencapai perpaduan negara dan integrasi kaum.

Pokoknya, DEB dibentuk bertujuan mengubahkan keadaan sosial dan ekonomi dengan harapan mewujudkan masyarakat Malaysia yang mampu melupakan jurang perbezaan antara kaum bagi negara melangkah ke depan.

Ketika DEB dilancarkan pada 1970, modal (ekuiti) Bumiputera cuma pada kadar 2.4 peratus, tetapi pada 1990 ia bertambah kepada 19.3 peratus. Dari segi nilai, modal Bumiputera bertambah dari RM47 juta kepada RM20.9 bilion pada 1990 dan 2002 ia bertambah kepada RM73.2 bilion.

Penambahan modal ini berikutan penubuhan syarikat pelaburan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Urusan dan Tabung Haji . Namun, pada 2002 iaitu 12 tahun selepas 1990, modal saham Bumiputera turun kepada 18.7 peratus.

DEB tamat pada 1990, tetapi disambung dengan Dasar Pembangunan Nasional (NDP) dengan disokong prinsip Wawasan 2020 bagi maksud mengeluarkan profesional, ahli sains dan ahli teknologi. Hasrat NDP lebih kurang sama DEB. Jumlah profesional Bumiputera bertambah dari 21 peratus pada 1990 kepada 30 peratus pada 2002.

Sejak DEB dilancarkan kadar kemiskinan turun dari 52 peratus pada 1970 kepada lima peratus pada 2002. Kadar kemiskinan di luar bandar turun dari 59 peratus kepada 11 peratus pada tempoh sama.

Sungguhpun, taraf ekonomi Bumiputera dapat ditingkatkan, kita tidak mencapai kejayaan sepenuhnya. Jika dibandingkan dengan bangsa lain, Bumiputera masih jauh tertinggal di belakang.

Pendapatan keluarga Bumiputera lebih rendah daripada pendapatan keluarga orang Cina. Jumlah profesional Melayu banyak bertambah, tetapi masih tertinggal berbanding bangsa lain.

Malah, kadar pertumbuhan pelaksanaan ekonomi orang bukan Melayu lebih cepat daripada orang Melayu. Oleh itu, umpamanya apabila ekonomi negara tumbuh pada kadar 8 peratus pada awal 1990, orang bukan Melayu mendapat lebih banyak faedah kerana mereka lebih cekap dan mampu.

Orang Melayu masih perlu dibantu dan perlu ada agenda tertentu untuk membangunkan mereka dengan lebih teratur dan tersusun.

Segala kuasa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipakai dan dilaksanakan dengan saksama. Pada 2005, satu dasar baru diperkenalkan iaitu Misi Nasional, untuk meningkatkan ekonomi dan mempertahankan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya 6 peratus

Justeru, sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 ini, banyak perkara yang perlu direnungkan. Isu pokok iaitu kemunduran dan ketinggalan ekonomi Bumiputera dalam negaranya sendiri, selain itu isu membasmi kemiskinan, meningkatkan penyertaan dan penguasaan Bumiputera dalam bidang ekonomi moden perlu difikirkan.

Secara keseluruhan, penyertaan masyarakat Bumiputera dalam bidang perniagaan, perdagangan dan perindustrian negara masih pada tahap rendah berbanding pembabitan masyarakat bukan Bumiputera.

Keadaan pada tahun mendatang memerlukan tahap daya saing tinggi daripada sesiapa saja yang menjalankan kegiatan perdagangan dan perindustrian. Era globalisasi akan mengakibatkan negara menjadi lebih terbuka dan terpaksa bersaing di arena antarabangsa. Persediaan perlu dipertingkatkan. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah masalah pembentukan masyarakat Bumiputera berbudaya niaga dan berbudaya usahawan.

Masyarakat Bumiputera di bandar tidak memperoleh tradisi perdagangan atau perindustrian masyarakat bandar yang dibolot masyarakat bukan Bumiputera, menunjukkan pergantungan mereka kepada bekerja makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta. Orientasi sikap perlu ditekankan.

Paling penting ialah usaha membawa golongan miskin keluar daripada kemiskinan. Pelbagai strategi dan program yang ada untuk menambah pendapatan boleh diteruskan. Hakikat bahawa kadar kemiskinan yang dijangka dalam tempoh DEB dapat dicapai menunjukkan strategi lampau masih sesuai.

Justeru, strategi yang ada kini diteruskan tetapi perlu menekankan 'kesampaian' dan keberkesanan program kepada kumpulan sasaran yang tepat dan dikenal pasti.

Justeru, badan baru perlu ditubuhkan di bawah Akta Mara 1966 yang sudah lengkap dan tidak lagi perlu dibahaskan di mana-mana. Ini adalah untuk memastikan orang Melayu berupaya menceburkan diri dalam kegiatan perniagaan. Ini bermakna kerajaan perlu mempertingkatkan pentadbiran Mara secara radikal

Pembangunan tanah simpanan Melayu, tanah Baitulmal dan tanah kerajaan di bandar boleh diuruskan oleh mana-mana badan baru yang diwujudkan itu, dengan tujuan memperbaiki kedudukan orang Melayu di bandar.

Inflasi dalam bidang hartanah di bandar dalam tempoh 20 tahun lalu memberi impak kepada ketidakmampuan orang Melayu untuk terus menetap di bandar, jauh sekali menceburkan diri dalam urusan perniagaan. Mereka perlu diberi bantuan sewajarnya oleh kerajaan kerana tanpa campur tangan sukar bagi tanah berkenaan dibangunkan untuk tujuan komersial dan kawasan perumahan.

Kelemahan pemasaran hasil pertanian, perikanan dan ternakan boleh diatasi dengan memperkemaskan sistem pengurusan Fama dan melebarkan sayap operasinya. Orang Melayu di luar bandar bukan malas bercucuk tanam, tetapi mereka tidak memiliki rangkaian pemasaran yang cekap dan berkesan untuk memasarkan hasil tanaman, perikanan dan ternakan mereka.

Kerajaan juga perlu mewujudkan banyak aktiviti yang berupaya menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam kegiatan ekonomi, termasuk dalam projek mega yang sedang dijalankan.

Banyak perkara, projek dan dasar sedang dan akan dilaksanakan perlu diperhalusi dan diurus dengan teliti dengan memastikan orang Melayu terus diberi peluang bukan saja untuk meraih sedikit keuntungan tetapi juga diberi pendedahan untuk menimba pengalaman.

Kerajaan perlu memfokuskan perhatian kepada peruntukan Perlembagaan Artikel 153 dan menetapkan kementerian tertentu bertanggungjawab mencari idea dan inisiatif bagi melaksanakannya dan memantau dengan lebih berkesan. Peruntukan undang-undang ini adalah satu-satunya usaha untuk memperbaiki keadaan ekonomi orang Melayu yang dipertahankan ketika mencapai kemerdekaan.

Kesimpulannya, tindakan memperbaiki ekonomi Bumiputera secara tegas perlu dilaksanakan segera, jika tidak, kedudukan ekonomi Bumiputera akan terus menjurus kepada tahap lebih teruk pada masa akan datang, apatah lagi pada era dan suasana persaingan akibat ekonomi globalisasi.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Oktober 12, 2009

Tubuh Suruhanjaya Siasat Anwar Ibrahim!

Anwar Ibrahim semasa berucap di perhimpunan ” Black 14 ” yang diadakan di Kuala Lumpur sempena menyambut hari ” tamat edah ” beliau yang membolehkannya bergiat semula di arena politik tanah air ada menyebut supaya satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat Tun Dr.Mahathir Mohammad. Seolah-olah beliau menunggu saat-saat itu untuk melepaskan dendam kesumatnya terhadap Tun Dr.Mahathir Mohammad.

Apabila mendengar kata-kata Anwar, teringat kembali ketika Anwar Ibrahim masih di zaman pelajar. Rakyat mungkin sudah lupa yang Anwar Ibrahim pernah bersumpah untuk menjahanamkan pimpinan Dr.Mahathir di depan Allahyarham Haji Sulaiman Palestin kerana ditahan ISA sewaktu Dr.Mahathir menjadi Menteri Pelajaran. Semasa menjadi pemimpin ABIM dan pelajar, Anwar lantang mengecam dan mengutuk habis-habisan UMNO dan para pemimpinnya sepertimana yang masih dilakukannya sekarang tetapi tidak lama kemudiannya menjelir lidahnya kelangit.

Sewaktu Anwar menjadi pemimpin ABIM dulu, prinsip agama Islam dijadikan asas perjuangannya untuk mencapai matlamat dalam politik. Setelah menyertai UMNO, semua prinsip dan perjuangan Islam hanya sebagai topeng saja sedangkan perjuangan sebenarnya adalah sebaliknya. Itulah Anwar Bin Ibrahim dengan dendam kesumatnya terhadap Tun Dr.Mahathir sejak dulu,kini dan selamanya.

Adakah ini peluang terbaik Anwar untuk mengeluarkan segala tomahan agar Tun Mahathir dapat diheretkan ke mahkamah sepertimana yang dilakukan didalam kes Linggam sekarang. Tetapi bagaimana pula dengan kes Anwar sendiri. Bagaimana dengan pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan bahawa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan. Jika dilihat kepada isi pengakuan bersumpah itu, ianya bukanlah mudah untuk direka-reka.

Didalam akuannya, Abdul Murad turut menyatakan nama beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana berkenaan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam akuan bersumpahnya, beliau menyelesaikan masalah individu tertentu setelah mendapat arahan Anwar menggunakan dana berkenaan. Risiko pendedahan Abdul Murad adalah besar jika beliau sendiri mereka-reka dakwaan berkenaan. Dakwaan Abdul Murad mungkin boleh dianggap berasas manakala penafian individu terbabit pula tidak boleh diketepikan begitu saja. Hanya penyiasatan rapi sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.

Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan. Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR pada masa itu, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera.

Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit. Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.

Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat, sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan. Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri.

Yang menjadi persoalan sekarang mengapa kes ini sepi membisu. Mengapa tiada kedengaran susulan cerita mengenainya. Adakah kes ini sudah ditutup atau masih lagi didalam siasatan polis dan BPR? Rakyat ingin mengetahui tentang hasil siasatan kes tersebut. Anwar Ibrahim memang bijak dalam mencari kesalahan orang lain tetapi pada masa yang sama beliau sendiri yang melakukannya. Adakah Anwar Ibrahim terlalu suci dan bersih dan tiada cacat cela sehingga sanggup memalukan sesiapa sahaja yang didendaminya. Adakah satu lagi Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes Anwar Ibrahim ini? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Oktober 10, 2009

Ibarat melepaskan ‘anjing’ tersepit!


TINDAKAN segelintir rakyat Indonesia, ibarat melepaskan ‘anjing yang tersepit, sesudah lepas dia menggigit. Walaupun ia membabitkan sebilangan kecil mereka yang ‘bodoh sombong’ namun perkara sedemikian tidak wajar berlaku apatah lagi di saat negara mereka dilanda bencana.

Agak melucukan melihat gelagat penduduk yang bertekad untuk berangkat ke Malaysia kononnya untuk berperang sedangkan tambang untuk ke Malaysia pun belum tentu mampu dibayar. Keluhuran dan keikhlasan Malaysia menghulurkan bantuan tidak disambut dengan hati yang terbuka, sebaliknya pesawat bantuan angkatan tentera disambut dengan balingan batu oleh sebilangan rakyat Indonesia yang tidak tahu erti berbudi, susu yang kita bagi tuba yang dibalas.

Rakyat Indonesia perlu membuka mata seluas-luasnya untuk menerima hakikat bahawa jangkaan beribu-ribu orang telah terbunuh manakala lebih 100,000 buah rumah musnah sama sekali akibat gempa bumi yang melanda Sumatera, Rabu minggu lalu.

Media Indonesia juga perlu ‘celik’ berita dan fakta bahawa Malaysia telah memainkan peranan yang amat besar dalam membantu Indonesia. Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Mercy Malaysia misalnya telah menghantar ramai anggota perubatan untuk membantu mangsa gempa bumi.

Kita percaya banyak pihak di Malaysia akan tampil untuk membantu rakyat di Indonesia tanpa memikirkan apa yang diperlakukan terhadap kita kerana rasa kemanusiaan mengatasi pertimbangan emosi rakyat Indonesia.

Walaupun terdapat hanya beberapa kerat penduduk yang ‘bodoh sombong’ kononnya ingin menyerang kedutaan Malaysia dan Malaysia, perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan Indonesia. Media Indonesia tidak harus sama sekali menyiarkan berita tersebut seolah-olah menyimbah minyak petrol ke dalam api yang kecil sedangkan sebilangan besar rakyat Indonesia di Padang amat memerlukan bantuan dari Malaysia sebagai jiran yang paling dekat dan akrab.

Media dan rakyat Indonesia perlu bersyukur kerana hati orang Malaysia begitu murni untuk membantu. Semua bantuan yang dihulurkan atas dasar semangat 1 rumpun, 1 rantau, semangat setiakawan dan semangat kejiranan serta berlandaskan hubungan sesama manusia. Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya.

Kita mungkin boleh sedikit berlapang dada dengan adanya sebilangan rakyat Indonesia yang menzahirkan ucapan terima kasih dan mengakui bahawa mereka selama ini salah tanggapan kerana dipesongkan oleh fahaman songsang tentang keluhuran rakyat Malaysia.

Ini bukanlah kali pertama Malaysia membantu rakyat Indonesia, mereka tidak sepatutnya lupa bencana tsunami yang melanda Aceh satu ketika dulu. Namun ibarat kacang lupakan kulit, budi yang kita tabur dilupakan walaupun di saat rakyat mereka berada dalam kesusahan.

Bendera Malaysia yang dibakar walaupun cetakan internet boleh menaikkan api kemarahan rakyat Malaysia. Perkara ini sepatutnya disedari oleh media, rakyat dan pemerintah Indonesia. Akal yang waras pastinya tidak dapat menerima gelagat mereka, dalam suasana sebilangan besar rakyat senegara menderita sengsara kehilangan ahli keluarga dan tempat tinggal.

Rakyat Indonesia perlu sedar bahawa Malaysia dan Indonesia adalah 1 rumpun dan 1 rantau serta saling memerlukan antara satu sama lain. Gagasan inilah yang direncanakan oleh Perdana Menteri untuk mencapai matlamat keamanan sejagat.

Dalam keadaan Sumatera masih bersedih akibat gempa bumi, mereka di Indonesia tidak seharusnya memikirkan isu remeh yang menampakkan seolah-olah mereka ‘membodohkan’ diri menolak bantuan dengan memusuhi orang yang ingin membantu kita.

Media Indonesia perlu melupakan sejenak agenda ‘politik peribadi’, mereka perlu mendidik segelintir rakyat yang masih berada di dalam ‘tempurung’ untuk keluar melihat kebenaran yang berlaku dan menyaksikan keikhlasan, kemurnian, ketelusan, ketabahan, keberanian, kegigihan serta pengorbanan rakyat Malaysia menggadaikan nyawa meninggalkan keluarga tercinta untuk membantu rakyat Indonesia.

Walaupun pemberian kita ikhlas tanpa mengharapkan balasan, cukuplah sekadar berterima kasih dan menghargai keikhlasan yang dihulurkan bukannya menyerang membuta tuli orang yang berbudi.

Kalau di Malaysia kita sudah tertanam dengan sikap mengenang jasa orang yang berbudi, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Di Indonesia barangkali mereka tidak punya peribahasa sebegitu sebab itulah mungkin rakyatnya bersikap kurang bahasa? - UM

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Oktober 03, 2009

Kita tidak sampai hati biarkan rakyat Indonesia menderita!

Tragedi gempa yang mengorbankan lebih seribu nyawa di Sumatera Barat, Indonesia mengundang rasa simpati yang bukan sedikit. Simpati kerana satu demi satu bencana melanda negara tersebut.

Setiap kali bencana, ada nyawa terkorban. Ada harta musnah. Lebih meruntunkan jiwa, Indonesia yang terkial-kial untuk bangkit memulihkan ekonominya tersungkur lagi.
Masyarakat antarabangsa sememangnya bersimpati terhadap perkembangan menyedihkan itu. Apatah lagi negara-negara jiran. Umpama cubit paha kanan, paha kiri terasa - rakyat Malaysia bingkas menghulurkan bantuan.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) segera 'terbang' menghulurkan kudrat secara sukarela. Manakala tabung-tabung khusus untuk membantu mangsa-mangsa gempa di Padang segera ditubuhkan.

Kesemuanya itu kerana ingin meringankan beban yang ditanggung penduduk di situ. Lantaran kemusnahan yang dialami mereka bukan sedikit. Penderitaan mental dan fizikal mangsa-mangsa gempa bumi itu amat ketara sehingga mampu merungkai kemarahan rakyat negara ini akibat insiden membakar Jalur Gemilang dan tohmahan-tohmahan yang dilemparkan terhadap Malaysia.

Paparan mayat-mayat bergelimpangan, bangunan dan kediaman rosak teruk serta mangsa-mangsa yang terselamat tetapi cedera parah cukup untuk memahamkan rakyat Malaysia tentang semangat kejiranan. Betapa pentingnya sesebuah negara itu memakmurkan jirannya kerana apabila tercetus bencana atau bahaya, jiran-jiran itulah paling hampir untuk disandarkan harapan.

Jiran-jiran itulah yang pertama datang menghulurkan bantuan. Hakikatnya banyak yang perlu dipelajari daripada kejadian terbaru di Sumatera Barat, Indonesia. Betapa bencana gempa, taufan, tsunami datang tanpa amaran. Dan setiap kali ia datang, sesebuah negara itu tidak akan mampu menghadapinya bersendirian.

Sebab itu, seboleh-bolehnya jangan disakiti hati jiran. Khabarnya gara-gara isu tarian Pendet yang membawa kepada 'upacara membakar Jalur Gemilang' dan kononnya akan berlaku peperangan antara Malaysia-Indonesia, kesannya tabung gempa yang ditubuhkan sebelum ini kurang mendapat sambutan.
















Tabung untuk mangsa gempa di Tasekmalaya di Jawa Barat tidak begitu memberangsangkan.

Alasannya - rakyat Malaysia tersentuh hati. Mereka juga berkecil hati - akibatnya rasa perikemanusiaan, belas ihsan dan keprihatinan terhakis. Biar pun hanya segelintir rakyat Indonesia terlibat mencerca Malaysia, namun tindakan sedemikian mampu mencetuskan kemarahan - lebih daripada itu mengundang rasa benci sehingga mengikis semangat kejiranan.

Namun sehingga ke tahap mana dan di paras mana rakyat negara ini mampu menyimpan rasa marah dan tersinggung. Sebaik-baik mendengar dan menonton kesan bencana berskala 7.6 Richter itu, segala perasaan negatif itu mencair. Segala rasa sakit hati diketepikan terutamanya apabila rakyat di sini turut merasa kesan gegaran gempa itu. Semangat tolong menolong dan rasa simpati yang melimpah ruah merobohkan sempadan perasaan marah sebelum ini.

Tragedi-tragedi seperti ini mesti dipelajari hikmahnya oleh rakyat di kedua-dua negara. Begitu juga di kalangan penduduk jiran-jiran yang lain. Jangan diundang rasa benci. Jauhkan kontroversi - paling penting pelihara semangat kejiranan serantau yang nilai serta harganya sangat tinggi.

Bagi rakyat Malaysia, teruskan semangat ingin membantu. Hulurkan sumbangan dengan ikhlas bagi meringankan mangsa-mangsa gempa bumi di Padang. NGO-NGO pula terus taburkan bakti di negara yang taburan budaya dan bahasanya amat setara dengan penduduk di sini. Perlu diakui titik-titik peluh dan rasa keinsafan yang timbul ketika bantuan dihulurkan mengajar kita untuk menjadi lebih matang.

Lebih penting lagi keikhlasan mendidik rakyat negara ini untuk percaya bahawa ada harinya dan ada masanya, kita juga memerlukan bantuan negara jiran. Untuk itu jagalah hati negara jiran. Apatah lagi jika jiran itu tidak pernah menyakiti hati penduduk di sana. Jika pun hati rakyat di sini sedikit terguris dengan gelagat 'kurang akal' penduduk di sana, maka anggaplah ia asam garam kehidupan dua negara berjiran.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa belakang parang jika selalu diasah menjadi tajam - hati manusia jika selalu disakiti manakala maruahnya tidak dihormati, kesannya lebih meruncing. Dan jika ia dilakukan secara berterusan, tidak mustahil segala rasa simpati dan keinginan untuk menghulurkan bantuan akan lenyap perlahan-lahan.-UM

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Oktober 02, 2009

Suara Jumaat : Objektif hidup berlandas keredaan Allah

Kepincangan dalam dunia Islam masa kini mempunyai kaitan dengan kelemahan umat mengendalikan urusan hidup mereka. Falsafah atau konsep hidup umat Islam jika tidak dilandaskan kepada keredaan Ilahi boleh menyebabkan umat menjadi lemah dan mudah terperangkap ke dalam kancah kemusnahan.

Perselisihan sesama umat Islam dalam arena politik jelas menunjukkan bahwa konsep persaudaraan dalam Islam semakin terhakis dalam sanubari umat masa kini. Apabila suasana begini wujud maka umat Islam lebih mengutamakan kepentingan diri daripada menumpukan perhatian kepada pembinaan umat dan agama Islam.

Suasana begini wujud disebabkan objektif hidup umat Islam sudah terpesong daripada garis panduan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Islam mengajar umatnya supaya memahami konsep hidup di dunia ini dan melatih umat Islam supaya berfikir, berbicara dan bertindak demi mempertahankan agama dan masyarakat bukan untuk kepentingan diri sehingga terlupa bahawa setiap gerak-geri dan bisikan hati berada dalam perhatian Allah.

Individu-individu Islam yang tidak menjuruskan objektif hidup berlandaskan keredaan Allah adalah orang yang tidak mempunyai personaliti yang mantap. Mereka sering menonjolkan kepelbagaian personaliti kerana fikiran dan bisikan hati mereka berasaskan kepada kepentingan diri yang berunsurkan material dan kedudukan. Mereka tidak mempunyai kewibawaan diri dan mudah dipengaruhi oleh kenikmatan hidup di dunia sehingga sanggup menggadai maruah agama dan bangsa. Suasana begini merupakan fenomena kehidupan umat Islam masa kini.

Setiap umat Islam sepatutnya mempersoalkan diri mereka tentang matlamat, peranan dan destinasi hidup mereka di dunia ini. Apabila persoalan begini sering berlegar dalam pemikiran mereka maka setiap bisikan hati, daya pemikiran dan pergerakan mereka adalah terkawal. Mereka mampu berfikir secara lebih rasional dan bijaksana dalam tindakan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Oleh itu, Allah SWT sering menyeru manusia terutamanya umat Islam supaya merenung, berfikir, bersabar dan menyerah diri kepada-Nya dalam kehidupan di dunia ini. Umat Islam yang sentiasa menyerahkan diri kepada Allah sanggup mengorbankan kepentingan diri demi agama dan negara. Setiap kegiatan mereka berasaskan kepada niat dan hasrat nurani yang murni.

Apabila hati nurani bersih dan daya pemikiran tertumpu kepada keredaan Ilahi maka setiap tindakan boleh menggambarkan bahawa mereka adalah ikhlas. Sama ada dalam tugas dan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Rasulullah SAW menegaskan: Setiap amalan atau pergerakan itu berasaskan kepada niat. Ia bermakna, jika niat seseorang itu bersih dan baik maka tindakan dan pergerakannya adalah bersih dan telus.

Setiap kegiatan dalam kehidupan sama ada berkaitan dengan keperluan diri atau masyarakat perlu berdasarkan kepada keredaan Ilahi. Jika umat Islam tidak membatasi pergerakan mereka dalam kegiatan berkaitan dengan keperluan diri, maka mereka akan menjadi rakus apabila mendapat peluang tersebut. Sikap tamak dan rakus tidak dapat dikawal jika niat dan objektif hidup hanya tertumpu kepada kemewahan dan kepentingan hidup di dunia sahaja.

Individu sebegini jika melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dan kenegaraan, tidak akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara sempurna kerana mereka beranggapan jawatan yang disandang merupakan punca rezeki yang boleh memperkayakan diri. Oleh itu sistem pentadbiran dan kepimpinan menjadi lemah kerana niat dan objektif mereka tersasar daripada konsep dan falsafah kehidupan sebagai hamba Allah yang memegang amanah masyarakat dan negara.

Jika arena politik dianggap sebagai satu cara untuk mendapat kuasa, kedudukan dan kekayaan, maka umat Islam yang tidak memahami konsep dan falsafah hidup berlandaskan keredaan Ilahi ini akan 'berjuang' tanpa memikirkan kepentingan agama dan bangsa.
Kepuasan dan keseronokan dalam pertarungan politik sesama umat Islam menjadikan mereka buta memahami konsep "kemenangan" sebenar. Dalam hal ini, kita perlu fahami ungkapan yang "menang menjadi arang dan kalah menjadi abu."

Umat sepatutnya memahami bahwa kehancuran negara-negara Islam berpunca daripada perselisihan politik sehingga mengheret kuasa asing mencampuri hal ehwal dalaman negara. Sehubungan itu, umat Islam di negara ini sepatutnya mengambil iktibar daripada negara Islam lain.

Kemenangan dalam pertarungan politik kadangkala tidak boleh dianggap sebagai 'kemenangan'. Mungkin kejayaan itu merupakan satu ujian. Kegagalan dalam perjuangan politik pula mesti dianggap sebagai satu pengajaran. Ia penting supaya setiap ahli politik bermuhasabah tentang kelemahan diri bagi menyediakan diri dengan strategi yang lebih kukuh dan memperbaiki matlamat atau objektif perjuangan berlandaskan keredaan Ilahi.

Suara politik
Taminsari