Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Jun 30, 2012
Slogan 'UMNO Tolak Islam' Jadi Kempen Pilihanraya PAS Untuk Tarik Pengundi!
UMNO tolak Islam! dijadikan oleh Pas sebagai bahan kempen memikat pengaruh. Seperti dulu Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebut undi Pas masuk syurga. Sekarang ini undi Pas dapat pahala. Dapat pahala belum tentu masuk syurga. Ketentuan masuk syurga dan dapat pahala adalah ketentuan Allah.
Apa maksud Islam dalam politik Pas? Islam bagi Pas adalah dalam ceramah dan pidato. Ceramah yang menghina orang lain, melontarkan gelaran-gelaran yang hodoh, banyak yang berbaur fitnah dan analisis yang dangkal, nafsu amarah yang tinggi yang menghasilkan rasa taksub yang hebat dan dendam kesumat yang panjang.
Setiap kali maki hamun dilakukan terhambur sahutan takbir berulang-ulang walaupun ia dengan maksud menghina orang lain dan melakukan tuduhan tanpa menyelidik.
Kemudian orang ramai balik ke rumah selepas mendengar pidato yang berapi-api. Apa perancangan yang dilakukan selepas itu? Apakah Pas mengatur strategi untuk mengatur kerja-kerja dakwah secara bijaksana dengan penuh kasih sayang?
Yang berlaku adalah orang Pas mengatur strategi menguasai masjid dan surau. Mudahlah penceramah-penceramah Pas berceramah ikut cara politik dan menyebabkan konflik berlaku di kalangan anggota jemaah dan masyarakat setempat. Orang yang tidak suka cara orang Pas berceramah memilih untuk tidak datang ke masjid. Apakah ini cara yang diajar oleh Islam?
Selain ceramah, apakah Pas mengatur gerak kerja ekonomi untuk meningkatkan ekonomi umat Islam supaya mampu menyaingi ekonomi orang bukan Islam. Islam bukan sekadar ceramah.
Maksud ibadah dalam Islam membangunkan kekuatan ekonomi. Dan apakah ada pakatan bekerjasama dalam pembangunan ekonomi? Atau Pakatan hanya ada dalam politik.
Pas dan anggota pakatan yang lain sedang menjalin kerjasama politik. Apakah dasar Pas mengenai negara Islam diterima oleh DAP? Apakah dasar DAP ke arah sosialis demokratik selari dengan falsafah negara Islam? Apakah dasar PKR yang cenderung kepada faham liberal dan pluralis boleh selari dengan Pas. Islam apa yang hendak dibawa oleh Pas dalam pakatan?
Apakah pakatan sekadar ingin kuasa dan menang pilihan raya kemudian dasar yang bakal didukung adalah saling bercanggah. Inikah cita-cita perjuangan Pas?
Lalu jalan paling ampuh untuk memenangi pilihan raya kali ini ialah menuduh UMNO menolak Islam! Kempen dulu menuduh UMNO parti kafir kerana berkawan dengan orang bukan Islam. Hari ini dalam tahalluf siasinya atau kerjasama politik boleh pula dengan DAP. Pas terpaksa menelan kata-katanya kepada UMNO dulu walaupun pahit.
UMNO adalah parti orang Islam. Implikasi tuduhan UMNO tolak Islam adalah mengatakan secara tidak langsung orang UMNO adalah kafir. Sama jugalah seperti dulu mengkafirkan orang UMNO menjadi strategi Pas mempertajamkan hubungan sesama Islam.
Hadis Rasulullah SAW memberi pesan supaya jangan mengkafirkan seseorang bimbang tuduhan itu akan kembali semula kepada diri penuduh.
UMNO seperti juga Pas ada kekuatan dan kelemahan. Untuk mengatakan UMNO tolak Islam dan tidak memperjuangkan Islam adalah suatu strategi melampau. Ia bukan lahir dari hati yang ikhlas dan rasa syukur yang tinggi.
Apakah dengan membangunkan sektor ekonomi Islam seperti bank Islam, takaful, pajak gadai Islam, memperkemas sistem zakat dan haji, memperkukuh kaedah suku' dan wakaf sesuatu yang tidak berasaskan syariah dan menolak Islam?
Apakah dengan membangunkan sistem pendidikan seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, memperkemas pendidikan Islam seperti program Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain (JQAF) dan Sekolah Menengah Agama Kebangsaan, Sekolah Agama Integrasi, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan bercanggah dengan ajaran Islam?
Apakah banyak biasiswa diberi kepada anak orang Islam untuk belajar bidang kepakaran di dalam dan di luar negara (termasuk anak-anak Pas) sesuatu yang tidak syarie. Apakah membangun Darul Quran untuk membolehkan generasi muda menjadi huffaz sesuatu yang bercanggah?
Apakah dalam sektor sosial bantuan diberikan kepada golongan fakir dan miskin dalam pelbagai bentuk tidak dianjurkan oleh Islam. Apakah dengan membina prasarana untuk kemudahan orang awam sesuatu yang tidak dibenarkan oleh Islam.
Dan selama lebih 50 tahun pembangunan dan perubahan terjadi, ia berlaku dalam pemerintahan kerajaan yang ada dan tunggaknya adalah UMNO. Apakah dengan sedikit contoh yang diberi ia menepati slogan politik UMNO tolak Islam!
Memang benar UMNO sebagai sebuah parti politik yang dikendalikan oleh manusia ada kekuatan dan kelemahannya. Bagi penulis kelemahan itu mesti diperbaiki tetapi kejayaan yang ada perlu diakui.
Pas tidak mengakui langsung kebaikan dan manfaat yang dibawa oleh UMNO kepada negara dan rakyat. Pendekatan itu adalah tidak Islamik. Seperti juga bandingannya terhadap manusia. Ada kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia. Jiwa dai' dan murabbi sentiasa mengiktiraf kebaikan manusia itu dan cuba menyuburkannya supaya akhirnya kemungkaran bakal hilang.
Pada UMNO banyak kebaikan yang dilakukan dan ada kelemahan yang terjadi. Muhasabah dengan rasa keinsafan yang tinggi bakal menjadikan kita orang yang lebih baik, bersyukur dan berterima kasih.-UMO
Suara Politik
Taminsari
MB Khalid Sibuk Pertahan Faekah, Rakyat Derita Gangguan Air Makin Serius?
Sebahagian penduduk Pangsapuri Mega Indah, Ampang berkumpul bagi menggesa Syabas supaya segera menyelesaikan masalah air yang terputus sejak seminggu lalu di Ampang, semalam.
Benar kata pepatah melayu, gajah dengan gajah bergaduh...semut ditengah mati tersepit! PKR sibuk dengan sengketa dalaman, rakyat pula yang menjadi mangsa. MB Khalid sibuk mempertahankan Faekah, sehingga lupa mendengar masalah rakyat.
Beberapa kawasan di ibu negara dan Hulu Langat kini mengalami gangguan bekalan air serius melibatkan kira-kira 42,080 akaun pengguna.
Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata, sehubungan itu pihaknya telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau di kedua-dua wilayah ekoran penurunan paras kolam utama.
Menurutnya, langkah itu bagi memastikan pihak Syabas dapat membuat pemantauan rapi dan membantu pengguna di kawasan terlibat.
"Setakat jam 5 petang semalam, Syabas telah menerima sejumlah 183 aduan dari kawasan Hulu Langat, manakala 258 aduan dari Kuala Lumpur berhubung ketiadaan bekalan air sejak 25 Jun lalu.
''Daripada 42,080 akaun pengguna, 23,000 merupakan pengguna di Kuala Lumpur, manakala 19,000 bagi Hulu Langat,'' katanya dalam kenyataan akhbarnya di sini.
Di Kuala Lumpur, kawasan terlibat ialah, Taman Bukit Permai; Kampung Cheras Baru; Taman Muda; Taman Mastika dan Taman Mawar.
Turut terlibat Taman Putra; Taman Pandan Mewah; Taman Lembah Maju; Taman Teratai; Taman Saga; Taman Melur; Jalan Chan Sow Lin, Persiaran Putra; Jalan Robson dan Brickfields.
Di Hulu Langat, kawasan terlibat ialah Taman Puncak Utama; Taman Putra Budiman; Taman Balakong Jaya; Taman Impian Indah dan Taman Desa Karunmas. Terlibat sama, Taman Harmoni; Taman Sri Timah; Taman Sungai Besi Indah; Taman Tanming Jaya; Taman Juara Jaya; Taman Bukit Belimbing dan Taman Impian Ehsan.
Sebelum ini, Syabas telah melaporkan sebanyak 47 kawasan di sekitar Petaling, Hulu Langat dan Klang mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah. Ia kesan daripada penyusutan paras kolam-kolam utama akibat peningkatan permintaan melebihi kadar pengeluaran air sepanjang cuaca panas dan kering yang melanda ketika ini.
"Hasil pemantauan berterusan didapati kadar permintaan air masih tinggi berbanding pengeluaran dan kawasan gangguan telah bertambah yang turut melibatkan beberapa kawasan baru di Kuala Lumpur," katanya.
Abdul Halem berkata, bagi mengurangkan kesan terhadap pengguna, pihaknya telah menyusun semula agihan air selain menyediakan 28 lori tangki dan 32 tangki statik bagi membekalkan air di kawasan terlibat.
Kita semua sedia maklum bahawa 33 pusat rawatan air yang ada sekarang sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing. Malah ada sesetengahnya yang telah melebihi kapasiti optimum.
Projek Langat 2, selain menyalurkan air mentah, ianya juga merupakan pusat rawatan air yang akan merawat air mentah sebelum disalurkan kepada orang ramai.
Cadangan bahawa sumber air boleh diperolehi dari banyak kaedah seperti air bawah tanah, air empangan mahupun air lombong tidak akan bermakna jika pusat rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.
Sehingga kini, Menteri Besar menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar 2-3% tanpa memberikan angka sebenar yang didapati berdasarkan kajian beliau sendiri, jika ada.
Sikap Menteri Besar yang sengaja tidak mahumengakui isu sebenar masalah air ini sebaliknya cuba bermain politik menunjukkan beliau tidak memahami masalah sebenar yang berlaku.
Penstrukturan semula air bukan perkara utama sebaliknya memastikan bekalan air sentiasa mencukupi perlu menjadi focus utama Kerajaan Negeri. Walaupun berlakunya penstrukturan semula, Kerajaan Negeri masih belum menyatakan langkah yang akan diambil oleh mereka.
Perlu diingatkan bahawa, Projek Langat 2 ini sudah bermula dan hanya perlu diteruskan sahaja. Melihat dengan apa yang berlaku, adakah MB Khalid masih lagi mahu bermain tarik tali dengan kerajaan pusat!
Jangan terlalu sibuk nak pertahankan Faekah sehingga terlupa dengan masalah rakyat yang putus bekalan air sekarang! Siapa yang harus dipersalahkan?
Sebarang aduan atau maklumat boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL
Suara Politik
Taminsari
Jumaat, Jun 29, 2012
Kerja Terkutuk Anwar Terbongkar!
Pendedahan tentang perangai buruk Anwar Ibrahim oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Murad Khalid sungguh menjijikkan.
Ini membuktikan dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat bahawa pertalian Anwar dengan Barat adalah konspirasi yang terbesar bukan sahaja untuk menjadi Perdana Menteri tetapi juga pemimpin kesayangan Barat.
Dalam Akuan Berkanun, Murad berkata Anwar mempunyai 20 akaun induk bernilai RM3 bilion untuk menjaga kepentingannya.
Pendedahan-pendedahan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak lain dan perlakuan melampau Anwar sendiri dengan pemimpin-pemimpin Barat membuktikan bahawa Anwar licik berkonspirasi semasa Dr. Mahathir sibuk membangunkan negara.
Dari akuan-akuan tersebut, dia memperuntukkan wang untuk beberapa individu yang rapat dengannya dan organisasi-organisasi untuk meningkatkan imejnya, termasuk Pusat Dasar Asia Pasifik yang mendapat RM38 juta.
Ini merupakan satu angka yang sangat menakjubkan untuk kerja-kerja mempromosikan seorang pemimpin dan bukannya sebuah negara.
Kepentingan Pusat Dasar Asia Pasifik untuk Malaysia tidak dapat dinilai kerana ia hanya merupakan kuda tunggangan Anwar untuk menaikkan imejnya dan menjadikannya Perdana Menteri.
Pusat ini hanya beroperasi untuk Anwar kerana selepas Anwar dipecat, pusat ini tidak lagi aktif. Kalau dilihat laman webnya, input terakhir ialah pada 24 Ogos 1998, lebih kurang seminggu sebelum Anwar dipecat akibat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan salah laku seksnya.
Mungkin pada masa itu Anwar tidak lagi menyalurkan wang kepada pusat tersebut kerana menghadapi masalah yang amat besar akibat dari salah lakunya.
Pelik lagi ajaib, ketua pusat tersebut, Douglas H. Paal yang mendapat wang yang banyak ini hanya merupakan seorang pakar lobi dan kerjanya untuk meyakinkan dunia Barat bahawa Anwarlah sepatutnya menjadi PM. Hasil dari kerja-kerja inilah yang memberikan Anwar harapan palsu bahawa dia adalah pemimpin terpilih di Asia.
Perasaan ini membuak-buak sehingga Anwar menjadi terlampau yakin dan mula merancang untuk menjadi pemimpin nombor satu Malaysia.
Anwar boleh menafikan semua ini tetapi Murad Khalid sudah ada segala bukti-bukti dan telah membuat pertimbangan yang komprehensif sebelum membuat Akuan Berkanunnya. Pendedahan Anwar membuktikan bahawa dialah “BAPAK SEGALA KONSPIRASI”.
Dialah yang merancang untuk menjatuhkan Ghaffar Baba sebagai TPM. Dia telah menderhaka dengan menyimpan berkotak-kotak surat rahsia kerajaan di luar negara untuk mengugut kerajaan. Dia juga telah bersekongkol dengan IMF dan menggunakan kaedah-kaedah mereka semasa gawat melanda Malaysia yang hampir melumpuhkan ekonomi negara ini.
Sepertimana dia mengadu diracun dan apabila didapati tidak benar, Anwar selamba sahaja kerana kegagalan terakhir ini hanya merupakan salah satu dari puluhan atau ratusan malah ribuan rangkaian konspirasinya.
Anwar tidak boleh melarikan diri lagi. Dia terperangkap dengan sistem konspirasi yang telah dia sendiri wujudkan. Akhirnya, jerat makan tuan. Sesungguhnya pembalasan Tuhan bukan sahaja di akhirat.
Kepada semua rakyat, selamatkanlah negara ini dari pemimpin yang sedemikian rupa.
Suara Politik
Taminsari
Pembantu MP Serdang didakwa seleweng?
Pembantu kepada Ahli Parlimen (MP) Serdang, Teo Nie Ching didakwa melakukan penyelewengan kadar sewa premis Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Serdang sebanyak RM14,500 sejak 2009.
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mendakwa, penyelewengan tersebut berdasarkan perjanjian rahsia Chan Hung Guan iaitu pembantu Nie Ching dengan tuan premis pusat khidmat berkenaan.
Katanya, jumlah RM14,500 itu merangkumi kadar sewa selama dua tahun lima bulan di premis yang terletak di Batu 9, Cheras yang sewanya dibayar oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
"Premis yang disewa Nie Ching itu diuruskan oleh Hung Guan yang sewa sebulan hanya RM500. Namun mengikut perjanjian rahsia, RM1,000 akan dibayar kepada tuan premis sebelum tuan premis mengembalikan kepada Hung Guan baki RM500 setiap bulan.
"Saya mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan pembantu Nie Ching dalam penyelewengan itu, malah tuan premis berkenaan juga bersetuju tampil mendedahkan perlakuan Hung Guan," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan penyelewengan itu di sini hari ini.
Menurut Tee Beng, beberapa laporan juga telah dibuat kepada kerajaan PKR Selangor mengenai penyelewengan tersebut, namun sehingga kini tiada tindakan atau siasatan dilakukan ke atas Hung Guan.
"Selain membuat laporan kepada SPRM, saya juga sebelum ini turut membuat laporan polis mengenai penyelewengan itu," katanya.
Dalam pada itu, Tee Beng turut mencabar Nie Ching tampil menyelesaikan masalah membabitkan Hung Guan, bukannya berdiam diri.
"Saya cabar Nie Ching membuat kenyataan terbuka menafikan pembabitannya dalam hal itu, jika betul tidak bersubahat atau tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut beliau patut membantu pihak berkuasa menyiasat dakwaan berkenaan.
"Nie Ching tidak perlu takut, saya bukan tuduh beliau yang terbabit dalam penyelewengan itu tetapi hanya pembantunya. Jika tidak mahu terus dipergunakan oleh Hung Guan, sila tampil bantu siasatan," katanya.
Sementara itu, Nie Ching ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut sambil menyifatkan Tee Beng bertindak sedemikian untuk mencari publisiti murahan.
Beliau menegaskan, pihaknya kini dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar tuduhan tersebut.
''Semua itu tidak betul. Mungkin Tee Beng ada masalah kewangan atau masalah yang saya sendiri pun tidak tahu.
''Saya yakin Hung Guan tidak bersalah dan tidak ada apa yang boleh dibuktikan dengan melaporkan kepada SPRM," katanya.
Suara Politik
Taminsari
Nampak sangatlah Teresa Kok, Exco negeri Selangor ini tak buat kerja?
RM527.8 juta tangani banjir di Selangor
Kerajaan hari ini menafikan dakwaan pembangkang yang Kerajaan Pusat tidak menyalurkan peruntukan sepatutnya dalam menangani isu banjir di Selangor.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, walaupun Selangor di bawah pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR), kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap prihatin dan mempunyai komitmen dalam mengatasi masalah itu berpandukan keupayaan kewangan negara.
“Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan membelanjakan RM527.8 juta bagi melaksanakan projek tebatan banjir di Selangor dan bukan RM60 juta seperti didakwa.
“Daripada jumlah itu, sebanyak RM359.8 juta dibelanjakan untuk projek fasa satu rancangan tebatan banjir (RTB) lembangan Sungai Damansara yang memberikan impak besar untuk tangani banjir di sekitar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), TTDI Jaya dan sekitar Stadium Shah Alam," katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ucapan penangguhan bagi menjawab soalan dikemukakan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) yang mendakwa peruntukan mitigasi banjir di Selangor dikurangkan secara sengaja hingga mengakibatkan kejadian banjir di banyak tempat.
Nampak sangatlah Teresa Kok ini tak buat kerja. Exco Selangor yang makan gaji buta. Sama juga dengan FDI yang masuk ke Selangor? Siapa yang usahakan kalau bukan MIDA dan kerajaan Pusat! Yang peliknya Teresa mendabik dada didalam sidang DUN yang lalu dengan mengatakan aliran pelaburan terus yang masuk ke Selangor adalah hasil usaha dari kerajaan negeri.
Lembu punya susu, sapi dapat nama ke! Tak malu ke Teresa Kok, makan gaji buta..!!!
Suara Politik
Taminsari
Nik Aziz Prejudis Terhadap Wanita?
Salah satu teori klasik mengenai diskriminasi wanita dan kedudukan dalam masyarakat ialah fahaman yang mengatakan konsep kendiri wanita ditentukan oleh sifat biologi dan fizikal.
Oleh kerana sifat-sifat feminin wanita seperti tutur kata yang lembut, proses biologi semulajadi yang harus mereka lalui seperti datang haid, mengandung, bersalin dan lain-lain, mereka dianggap kurang berupaya dan perlu dilindungi oleh kaum yang lebih perkasa iaitu lelaki.
Teori ini memperkukuhkan idea bahawa oleh kerana wanita datang haid, mereka mengandung, sebagai ibu, isteri ( yang sentiasa perlu cantik untuk suaminya ) dan mengalami putus haid, maka wanita itu lemah dan perlu dibantu ( Ussher, 1989 ).
Ussher dalam Psychology of Female Body melihat bagaimana konsep tubuh dan paras wanita mempengaruhi identitinya. Teori ini ditentang kuat oleh feminis yang mengatakan memang benar bahawa wanita mempunyai fungsi biologikal dan mementingkan kecantikan dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Tetapi ini semua dipengaruhi oleh budaya.
Budaya mempengaruhi konsep kecantikan. Wendy Chapkins ( 1986 ) dalam hasil karyanya, Beauty Secrets Women and Politics of Appearance melihat bagaimana kriteria kecantikan, rupa hodoh amat berkait rapat dengan kedudukan kelas dan lelaki dalam masyarakat.
Di zaman ini keupayaan mental wanita telah diiktiraf sama dengan lelaki. Pemikiran bahawa wanita harus bergantung kepada keadaan fizikal, bentuk rupa untuk berjaya dalam hidup tidak patut ada dalam masyarakat Malaysia dan dunia yang begitu dekat dengan alaf baru.
Kecantikan adalah kurniaan Allah s.w.t. Syukur Alhamdulillah kalau kita dianugerahkan anak yang cantik rupa parasnya. Begitu juga jika dikurniakan anak yang kurang cantik. Ini semua anugerah Tuhan.
Namun begitu terfikirkah kita bahawa suatu hari nanti anak kita yang cantik tadi bila dewasa tidak berpeluang bekerja, kerana ia cantik dan perlu mencari seorang suami kaya untuk menanggung hidupnya?
Manakala yang tidak cantik harus bersaing bersungguh-sungguh sesama mereka yang tidak cantik untuk mendapat pekerjaan. Cuba renungkan keadaan ini, semua yang berada di peringkat universiti nanti terdiri dari mereka yang tidak cantik.
Adakah kelak dalam pemerintahan Datuk Nik Aziz Nik Mat akan terdapat syarat kemasukan pelajar ke dalam universiti memerlukan mereka melalui ujian kecantikan?
Kenapa agaknya, Nik Aziz tidak mahu wanita cantik bekerja?
Adakah beliau berpendapat bahawa dengan adanya wanita cantik itu, produktiviti menjadi rendah dan maksiat akan meningkat? Yang peliknya, premis pemikiran ini sering menyalahkan wanita.
Memang tidak dapat disangkal, bahawa kecantikan dan bentuk tubuh perempuan itu kerap menggoda lelaki, tetapi yang harus diingat juga ialah bahawa lelaki turut memainkan peranan. Kalau lelaki tidak begitu lemah kerana nafsunya, maka kecantikan wanita itu tidak akan mendatangkan mudarat. Lelaki perlu menangani persoalan mengenai kelemahan diri mereka.
Patutkah wanita dihukum kerana nafsu lelaki? Kenapakah begitu lemah sekali keimanan mereka. Hal inilah yang harus ditonjolkan oleh Nik Aziz. Adakah beliau mahu membela wanita dengan cara mendiskriminasi mereka yang cantik.
Perlu diingat, wanita cantik tidak semuanya mempunyai bentuk tubuh yang seksi, kerana godaan bukan hanya pada paras rupa tetapi juga pada bentuk badan. Wanita yang tidak cantik juga mempunyai bentuk tubuh yang boleh menggoda lelaki yang tidak kuat imannya.
Hasil dari bisikan Nik Aziz sebenarnya boleh dilihat sebagai mempunyai beberapa implikasi;
Pertama: Wanita diukur di ats dasar fizikalnya. Satu idea patriaki yang wujud sekian lama. Masyarakat alaf baru patut menilai wanita bukan dari paras rupa, tetapi daripada keupayaannya.
Kedua: Wanita perlu bergantung kepada lelaki untuk berjaya dalam kehidupannya. Pergantungan kepada lelaki akan menyebabkan kehidupan wanita akan sentiasa tertindas. Wanita melalui pendidikan dan pekerjaan boleh berdikari dan tegas.
Ketiga: Diskriminasi antara gender, kerana lelaki tidak diukur daripada paras rupa. Pelik jadinya jika kita mempunyai dasar lelaki kacak tidak perlu bekerja, dan berkahwin dengan wanita kaya
Keempat: Masalah sosial berlaku dalam masyarakat kerana wanita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita merupakan sebahagian dari punca masalah sosial dalam masyarakat. Namun begitu, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Kelima: Malaysia merupakan negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum, maka adakah wanita bukan Islam juga perlu mencari suami kaya. Adakah prinsip ini diterima oleh wanita Cina dan India di negara ini.
Keenam: Konsep kesejahteraan wanita pada kaca mata Nik Aziz hanya bersifat material. Adakah itu mencukupi?
Sepatutnya orang yang alim seperti Nik Aziz mencadangkan supaya wanita berkahwin dengan orang beriman untuk mencapai kebahagiaan. Kadang-kadang suami kaya boleh mendatangkan berbagai masalah kepada si isteri.
Oleh kerana kekayaannya, tanpa iman, banyak perkara yang tidak baik boleh dilakukan, termasuk bertukar pasangan. Akhirnya si isteri yang cantik tadi makan hati, memendam rasa, kecewa dan tidak akan cantik lagi.
Ketujuh: Jika Nik Aziz memerintah Malaysia, adakah ini akan menjadi satu dasar? Bagaimanakah ukuran kecantikan yang akan digunakan? Siapakah atau jawatankuasa mana yang akan membuat skala kecantikan? Apakah kesan kepada sistem pendidikan negara?
Kelapan: Di peringkat antarabangsa, bagaimankah Nik Aziz mahu menangani isu ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang di bawah CEDAW (Laporan Konvensyen mengenai Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita).
Satu isu yang dibangkitkan dalam laporan ini ialah wanita tidak boleh didiskriminasi dari segi peluang pendidikan dan pekerjaan.
Bagaimana Nik Aziz mahu menjadi pemimpin antarabangsa yang dihormati, kalau dia berfikiran terlalu kolot mengenai kedudukan wanita menjelang tahun yang mendatang!
Sebagai rumusan adalah diharapkan bahawa cetusan idea Nik Aziz yang merupakan pemikiran patriaki yang terlalu cauvinis perlu diketepikan dan usahlah diambil kira.
Wanita Malaysia sudah begitu lama dan bersungguh-sungguh mencipta identiti yang menunjukkan bahawa jika diberi peluang, wanita boleh berjaya dari segi pendidikan kerjaya dan kehidupannya.
Walaupun kecantikan itu adalah anugerah yang diberikan oleh Allah s.w.t. tetapi ia tidak boleh dijadikan landasan untuk mencipta kesejahteraan. Kecantikan tidak akan kekal tetapi yang akan kekal ialah ilmu dan pengalaman. Pendidikan dan keimanan adalah segala-galanya.
Berbekalkan ilmu dan keimanan, seseorang itu akan berjaya dalam kehidupannya sebagai perempuan, isteri, ibu dan anggota masyarakat.
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Khamis, Jun 28, 2012
Cuma Perkauman Pulih Imej DAP?
Ada dua sebab mengapa DAP memulihkan konsep Malaysian Malaysia yang matlamatnya untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan memberikan persamaan hak kepada semua kaum di negara ini.
Pertama ialah oleh kerana kekuatan imejnya sebagai parti perkauman melampau telah dicemarkan oleh kerjasamanya dengan parti Keadilan dan Pas.
Kit Siang sial..!!!
Parti Keadilan dilihat oleh kaum Cina sebagai menghayati reformasi dari Indonesia yang menakutkan orang Cina sendiri dan parti Pas dilihat sebagai parti pelampau Islam.
Sebab kedua – DAP melihat perpecahan orang Melayu sekarang sebagai peluang emas untuk melemahkan kuasa Melayu menerusi pilihanraya umum akan datang.
Dalam hal ini DAP telah pun menunjukkan sokongannya terhadap pemimpin UMNO yang disingkirkan dan kemudiannya kesediaan bekerjasama dengan Pas hingga sanggup menarik balik komitmennya hanya akan berbuat demikian jika mayat DAP dilangkah lebih dahulu.
DAP sekarang sedang berada dalam keadaan yang amat tenat kerana cuba untuk menangguk di air keruh yang telah menyebabkan perpecahan dalam parti itu dari utara ke selatan dan penghakisan terhadap pengaruhnya yang berasaskan perkauman. Strategi politiknya menyokong reformasi dan koordinasi dengan Pas telah memakan diri.
Bagaimanapun Setiausaha Agungnya, Lim Kit Siang masih percaya kepada jalan perkauman untuk pemulihan imejnya sekali pun dia sedar bahawa dia bermain dengan api. Adalah satu hal yang amat menyedihkan bagi Lim Kit siang dan partinya DAP memilih jalan ini untuk mengakhiri hayat politiknya.
Negara tidak akan melupakan bahawa DAP tidak menyertai Majlis Perundingan Negara yang mewujudkan Dasar Ekonomi Negara (DEB) yang akhirnya terbukti menjadi benteng mengekalkan perpaduan rakyat dan kemantapan negara ketika menghadapi tekanan kegawatan ekonomi yang amat dahsyat.
Jom! Tolak DAP!!
Suara Politik
Taminsari
Pakar terima 56,281 panggilan - Mohd. Zin!
Sejak dilancarkan April lalu, Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) yang diwujudkan oleh Barisan Nasional (BN) Selangor menerima sebanyak 56,281 panggilan sehingga hari ini.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan panggilan yang diterima itu merupakan aduan mengenai pelbagai masalah yang terdapat di negeri ini.
Beliau berkata, panggilan selebihnya adalah mengenai pertanyaan terhadap beberapa produk yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
"Daripada 20 peratus aduan yang dibuat penduduk itu, sebanyak 75 peratus berjaya diselesaikan dan kami menerima maklum balas yang baik daripada pemanggil, malah ada yang menghubungi semula Pakar hanya untuk mengucapkan terima kasih.
"Antara aduan yang diterima oleh Pakar adalah mengenai kegagalan kerajaan negeri menguruskan sampah sehingga menyebabkan beberapa longkang tersumbat," katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Zin berkata, pihaknya juga telah melanjutkan waktu operasi Pakar iaitu bermula pukul 9 pagi dan berakhir pada 9 malam berbanding sehingga pukul 6 petang sebelum ini.
"Lanjutan tempoh operasi itu dibuat berdasarkan permintaan yang tinggi serta maklum balas baik yang diterima daripada orang ramai," katanya.
Sementara itu, Mohd. Zin berkata, pihaknya akan mengenal pasti beberapa masalah yang memerlukan satu koordinasi dengan agensi-agensi kerajaan lain bagi memudahkan Pakar menyelesaikan setiap masalah yang diajukan kepada mereka.
"Usaha ini adalah untuk membantu rakyat Selangor dengan lebih baik agar tindakan susulan dapat diperkemaskan dengan lebih cekap dan telus," katanya.
Pejabat Pakar terletak di Tingkat 9, Bangunan UMNO Selangor di sini dan boleh dihubungi di talian 1-300-22-2626.
Suara Politik
Taminsari
Apa alasan MB Khalid mahu berpindah ke kawasan selamat! ...Adakah beliau takut dengan bayang-bayang sendiri?
Amat mudah untuk memahami perjalanan politik MB Khalid ini. Setelah merasakan diri nya sudah 'ditolak' oleh pengundi-pengundi sendiri di DUN Ijok, maka jalan terbaik untuk beliau 'selamatkan diri' adalah dengan berpindah ke kawasan yang difikirkan selamat!
Agak pelik juga apabila MB Khalid yang sebelum ini selalu mendabik dada mendakwa beliau adalah Menteri Besar terbaik untuk rakyat Selangor, tetapi amat mendukacitakan kerana takut dengan bayang-bayang sendiri untuk berhadapan dengan rakyat di DUN Ijok?
MB Khalid nampaknya terpaksa menggunakan 'talian hayat' iaitu SPR yang selama ini mereka tolak dan bangkang semata-mata untuk menyelamatkan 'sisa-sisa politik' beliau!
Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak bantahan beberapa pihak terhadap permohonan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjadi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati.
Keputusan itu diputuskan dalam sesi perbicaraan awam yang berlangsung selama 15 minit pada pukul 9 pagi di Pejabat Daerah Sabak Bernam di sini dan dikendalikan Pengarah SPR Selangor, Dzulkifli Ab. Rahman.
Perbicaraan itu diadakan selepas penduduk setempat termasuk beberapa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan bantahan kepada SPR kerana merasakan tindakan Abdul Khalid itu seperti ada 'udang di sebalik batu'.
Keputusan itu sekali gus memberikan bayangan bahawa Abdul Khalid mungkin tidak akan mempertahankan DUN Ijok yang diwakilinya sekarang, sebaliknya berpindah ke kawasan yang difikirkan lebih selamat iaitu DUN Bukit Melawati.
Difahamkan, Abdul Khalid yang menggunakan alamat Lot 173, Batu 22, Kampung Pasir Tuntong, Bukit Rotan dekat sini telah membuat pendaftaran penukaran alamat bagi kawasan mengundi berasaskan pada alamat kad pengenalannya.
Pendaftaran tersebut akan meletakkan Abdul Khalid sebagai pengundi dalam DUN Bukit Melawati dengan daerah mengundi di Api Api manakala lokaliti di Kampung Pasir Tuntong iaitu dalam Parlimen Kuala Selangor.
Pembantah yang juga Pengerusi Aktivis Rakyat Bersatu Selangor (Akrab), Ahmad Hisham A. Manaf berkata, pihaknya melakukan bantahan tersebut kerana keliru dengan tujuan sebenar Abdul Khalid berbuat demikian.
"Abdul Khalid merupakan pemastautin tetap di Petaling Jaya, jadi mengapa beliau mahu mengundi di kawasan ini. Tindakan beliau itu kelihatan seperti mempunyai agenda tersembunyi.
"Adakah benar beliau mahu menjadi pengundi atau sebenarnya bercadang untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati atau Parlimen Kuala Selangor," katanya selepas perbicaraan tersebut di sini.
Ahmad Hisham berkata, Abdul Khalid sepatutnya menunjukkan kesetiaan dan sokongan di kawasan tempat tinggalnya.
Sementara itu, Dzulkifli berkata, perbicaraan tersebut dibuat demi membuktikan ketelusan SPR dalam permasalahan seperti itu termasuk bantahan yang dikemukakan terhadap seorang Menteri Besar.
"SPR telah menjalankan siasatan terperinci ke atas kedua-dua pihak iaitu permohonan Abdul Khalid dan juga bantahan yang dikemukakan penduduk.
"Maka, bicara awam ini penting diadakan untuk mencapai persetujuan yang disenangi kedua-dua pihak sekali gus membuktikan ketelusan SPR dalam menangani permasalahan berkaitan," katanya.
Daripada pergerakan yang ditunjukkan oleh MB Khalid ini, mungkinkah desas-desus sebelum ini mengatakan yang PKR akan memberi laluan kepada DAP untuk bertanding di DUN Ijok, PKR di DUN Bukit Melawati manakala PAS di DUN Jeram akan menjadi kenyataan? Sama-samalah kita tunggu dan lihat semasa PRU ke-13 nanti!
Suara Politik
Taminsari
Rabu, Jun 27, 2012
PAS Wajar Akui Kelemahan Di Kelantan!
Kemajuan atau kemunduran sesebuah negara atau negeri sering dikaitkan dengan beberapa faktor ekonomi termasuk geografi, sumber alam, hasil semulajadi serta sikap penduduk.
Ada negara yang kecil dari segi saiz dan jumlah penduduknya, tetapi disebabkan mahir menggunakan jentera ekonominya, negara itu dapat bersaing dengan negara lain. Sekaligus, rakyat mampu menyaingi kebolehan rakyat negara lain.
Begitu juga, ada negara tidak mempunyai sumber hasil semulajadi tetapi di sebabkan berjaya menggunakan kepakaran rakyatnya, negara itu dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya.
Negara seperti ini biasanya berjaya menyediakan golongan profesional dalam pelbagai bidang. Ia bermula dengan sistem pendidikan terancang. Apabila berlaku perubahan dari segi teknologi, rakyat negara itu mudah menyesuaikan diri.
Ada juga negara yang besar saiz dan kaya hasil mahsulnya, tetapi disebabkan pemimpinnya terlalu jumud, mereka tidak dapat menggerakkan ekonomi, maka negara itu terus miskin. Kekayaan yang ada di negara itu tidak dapat digunakan sepenuhnya.
Akibatnya, kehidupan rakyat tidak berubah. Jika dulu petani dengan pendapatan rendah, sekarang pun mereka masih bertani dengan pendapatan juga tidak pernah bertambah. Bagi negara atau negeri seperti ini, mereka sering meletakkan kesalahan kepada orang lain.
Dalam menguruskan ekonomi, saiz sesebuah negara atau negeri, bukanlah faktor utama. Ramai pakar ekonomi berpendapat, lebih kecil sebuah negara atau negeri itu, lebih mudah diuruskan asalkan penggerak ekonominya mempunyai wawasan untuk memajukan negara atau negerinya.
Jika peka terhadap kemajuan, negara atau negeri miskin pun boleh dimajukan. Jika tidak mempunyai sumber ekonomi sekalipun, mereka boleh meneroka bidang baru yang boleh memberi pulangan besar.
Hakikatnya, negara atau negeri yang kaya dengan pelbagai sumber asli sekalipun tidak dapat digerakkan jika pemimpinnya tidak bertekad untuk memajukan negara atau negeri mereka. Apatah lagi jika ia dipimpin oleh golongan yang tidak mempunyai wawasan.
Malaysia, umpamanya, tidak akan maju seperti hari ini jika dipimpin oleh golongan yang berfikiran orthodoks. Malaysia tidak boleh lagi selama-lamanya bergantung kepada sektor pertanian untuk maju.
Oleh itu, kerajaan terpaksa memikirkan pelbagai perusahaan berasaskan teknologi untuk membolehkannya bersaing. Hari ini, Malaysia adalah antara negara yang meneroka bidang teknologi maklumat (IT).
Sekiranya negara ini masih lagi bergantung lagi kepada sektor pertanian, pastinya keadaan 30 atau 40 tahun lalu, terus kekal. Kelantan berpotensi untuk maju. Negeri itu mempunyai pelbagai faktor ekonomi yang diperlukan sebagai prasyarat untuk kemajuan.
Prasyarat ekonomi di Kelantan, sebenarnya sudah lengkap. Tetapi disebabkan sikap dan pemikiran pemimpinnya yang masih kuno, kemajuan Kelantan sukar diganjakkan. Kerajaan Kelantan ketika diambil-alih oleh Pas sudahpun mempunyai kemudahan infrastruktur yang tersusun rapi.
Segala kemudahan pengangkutan, perhubungan, bekalan elektrik dan air semuanya sudah lengkap. Sumber kekayaan negeri itu hanya menunggu masa untuk diterokai untuk kebaikan rakyat negeri tiu. Asas untuk maju sudah dibekalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum itu.
Tetapi sejak memerintah negeri itu dalam tempoh empat penggal lalu, tidak banyak perubahan dilakukan Kerajaan Pas. Masih ramai rakyat hidup di bawah paras kemiskinan sedangkan rakyat Kelantan memang dikenali dengan semangat rajin bekerja. Apakah silapnya?
Walaupun Kelantan mempunyai potensi besar tetapi peluang rakyat untuk maju ditutup oleh corak pemerintahan Kerajaan negeri yang sempit. Mereka tidak dapat memajukan diri disebabkan kerajaan negeri tidak dapat melihat peluang dalam bidang ekonomi yang begitu luas.
Lihat saja rakyat Kelantan di bandaraya lain, umumnya di Kuala Lumpur, mereka adalah antara yang ramai berjaya dalam bidang masing-masing. Mengapakah mereka tidak dapat maju di negeri sendiri?
Kerajaan Kelantan seharusnya berani mengakui kelemahan sendiri. Mereka perlu menerima hakikat gagal mentadbir Kerajaan negeri itu dengan baik.
Bagi menutup kelemahan, pemimpin kerajaan Pas Kelantan memberi pelbagai alasan melindungi kegagalan mereka. Paling jelas mereka cuba mengabui mata rakyat dengan memisahkan antara kehidupan di dunia dengan akhirat.
Apabila rakyat dikelirukan supaya mementingkan kehidupan di akhirat, secara sendirinya kegagalan mereka memajukan Kelantan, berjaya ditutup. Kemungkinan, kerajaan Pas mahu rakyat Kelantan terus mundur dan dibelenggu kerana dengan cara itu mereka mudah dipengaruhi.
Pas gunakan mandat rakyat Kelantan hanya untuk kepentingan politik yang sempit!!!
Apa fikir lagi, JOM TOLAK PAS..!!!
Baca di Forum Utusan.
Suara Politik
Taminsari
Kariah tidak puas hati - Noh!
Noh Omar melihat komputer riba 1Malaysia yang disumbangkan oleh Kerajaan Pusat kepada pelajar kawasan Parlimen Tanjung Karang di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang semalam.
Badan Perhubungan UMNO negeri menyelar tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disifatkan cuba menjadikan masjid sebagai medan untuk memperluaskan pengaruh politik mereka di negeri ini.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan itu dibuat menerusi pelaksanaan pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang tidak mengikut prosedur serta bercanggah dengan prinsip demokrasi.
Beliau dimaklumkan terdapat kariah di beberapa buah masjid di negeri itu yang tidak berpuas hati terhadap kerajaan negeri kerana tidak melantik AJK yang telah dipilih oleh mereka menerusi proses pemilihan seperti yang diarahkan oleh kerajaan negeri.
"Sebaliknya individu yang tidak dipilih pun oleh ahli kariah berkenaan telah dilantik sebagai AJK dan mereka pula ada kaitan dengan parti yang mentadbir kerajaan negeri.
"Jika keadaan itu benar-benar berlaku, ia merupakan satu penipuan kerajaan negeri terhadap rakyat. Mereka mengutamakan politik semata-mata, inilah cara demokrasi mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan komputer riba 1Malaysia untuk 975 pelajar melibatkan tujuh buah sekolah di Parlimen Tanjong Karang, di sini hari ini.
Noh turut menyampaikan bantuan kewangan kepada 268 mangsa banjir dan ribut di kawasan Parlimen itu.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan peruntukan RM1.9 juta untuk pembinaan benteng di kawasan Sungai Burong di sini bagi menangani masalah banjir yang kerap melanda kawasan itu setiap tahun.
Mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laporan portal berita propembangkang hari ini yang mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat, beliau berkata, ia satu tindakan yang membuang masa.
Katanya, Perdana Menteri tidak perlu berdebat dengan Anwar kerana Ketua Pembangkang itu mempunyai pendirian yang berubah-ubah mengikut kepentingan politik tertentu.
Malah, kata beliau, debat juga bukan satu kaedah yang dapat menyelesaikan masalah membabitkan kepentingan awam tetapi lebih kepada emosi semata-mata.
"Kejayaan sesebuah kerajaan bukan terletak pada debat dan forum. Sebaliknya, kejayaan sesebuah pentadbiran adalah berdasarkan perancangan yang baik untuk masa depan rakyat," katanya.-UMO
Suara Politik
Taminsari
Isu Sekolah Tamil Ladang Midlands - Kenapa MB Khalid pertahan I-city?
Kaum India perlu bertanya mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan DS Khir Toyo sebelum ini yang bersetuju agar I-City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil ( Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang ) di I-City, Shah Alam?
Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.
"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.
Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I-City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini?
Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I-City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum lndia yang selama ini telah menyokong beliau?
Menteri Besar sebelum ini, DS Khir Toyo pun membenarkan pembangunan I-City dengan syarat pemaju memperuntukkan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands.
Alasan kedudukan di tengah kawasan kilang juga sukar diterima akal kerana Menteri Besar dengan mudah mengarahkan I-City Berhad memberi kawasan lain yang lebih baik. Cuma lihatlah gambaran artis I-City di atas untuk menentukan Khalid ini sebenarnya pembohong atau jujur.
Dan pada 14hb April 2011 yang lalu telah berlangsung majlis pecah tanah dan perletakan batu asas bagi sekolah tersebut di tapak yang baru! Difahamkan terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam urusan jual beli tanah bagi membangunkan sekolah ditapak baru tersebut?
Persoalannya disini adalah mengapa Tan Sri Khalid yang mempertahankan I-City Berhad sedangkan mereka telah bersetuju sebelum ini sebagai syarat pembangunan kawasan tersebut?
Apa hubungan Tan Sri Khalid dengan pemilik I-City Berhad Dato Lim Kim Hong? Adakah mereka mempunyai hubungan istimewa? Sila baca di sini.
Sementara itu semalam Pemuda MIC minta SPRM siasat!
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta menjelaskan tiga isu penjualan tanah yang didakwa wujud unsur penyelewengan dengan melibatkan nilai puluhan juta ringgit.
Tiga tanah itu adalah bekas tapak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Midlands, Ladang Bukit Raja di Klang dan Ladang Coalfield di Batang Berjuntai.
Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, C. Sivarraajh mendakwa kerajaan PKR Selangor telah melakukan salah guna kuasa dan rasuah dalam penjualan ketiga-tiga tanah tersebut.
"Sekolah Tamil itu terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai I-City mempunyai nilai harga tanah kira-kira RM25 juta namun hanya lebih kurang RM3 juta diberikan oleh syarikat I-City untuk membina sekolah baru di tapak lain.
"Bagaimanapun, baki untuk bina sekolah sebanyak hampir RM1.9 juta disumbangkan orang ramai, badan lain dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Apa yang meragukan di manakah baki RM22 juta hasil penjualan tanah itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan berhubung penjualan tanah-tanah itu di sini hari ini.
Menurut Sivarraajh, lebih meragukan apabila sebuah dewan konvensyen dibina menggunakan sumbangan orang ramai tetapi diswastakan kepada pihak ketiga yang mengenakan caj yang mahal kepada pengguna.
Dalam pada itu, beliau berkata, isu berkaitan Ladang Bukit Raja dan Ladang Coalfield mempunyai persamaan apabila kedua-dua tanah itu yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2006 kepada penduduk di kawasan tersebut diambil lebih separuh keluasannya oleh kerajaan negeri sekarang.
"Kerajaan BN dulu telah meluluskan tanah seluas lebih enam hektar untuk penduduk ladang itu namun yang menjadi persoalannya kerajaan negeri sekarang telah mengurangkan lebih kurang sebanyak dua hektar.
"Di Ladang Coalfield pula kerajaan BN telah memperuntukkan sebanyak tujuh hektar tanah melalui syarikat KL Kepong, namun kerajaan negeri sekarang telah mengurangkannya kepada lebih kurang dua hektar," katanya.
Dakwanya lagi, hasil siasatan mendapati tanah di Ladang Bukit Raja akan didirikan projek perumahan mewah manakala di Ladang Coalfield bakal dibangunkan projek komersial.
Sehubungan itu, beliau menggesa SPRM menyiasat perkara tersebut kerana jelas terdapat isu penyelewengan yang akan memberi kesan negatif kepada penduduk.
Suara Politik
Taminsari
Selasa, Jun 26, 2012
PAS Pesongkan Akidah Ummah?
Sesuai dengan nama Islam yang ada pada PAS maka pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya telah menggunakan nama itu untuk menunjukkan bahawa PAS itu selaras dengan Islam, meskipun pada amalan dan tindakannya jauh berbeza bahkan kadangkala bertentangan dengan Islam itu sendiri.
Tindakan itu dilakukan bertujuan supaya umat Islam tertarik dengan perjuangan PAS, kerana pemimpin-pemimpin PAS menyedari bahawa orang-orang Islam di negara ini tidak mudah menolak atau membantah sesuatu yang dikatakan Islam.
Akibatnya ramai dikalangan mereka yang kurang memahami Islam tertipu dan mensifatkan PAS itu Islam, Islam itu PAS sehingga menjadikan mereka golongan fanatik PAS serta sanggup bertindak apa sahaja terhadap orang-orang yang tidak menyokong PAS. Malah ada setengah tempat menganggapkan PAS ITU PARTI ALLAH. CONTOHNYA PAPAN TANDA YANG TERLETAK DI KAMPUNG KERINCHI, TEPI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA UMUM 1986.
Untuk menyelamatkan umat Islam daripada kekeliruan ini, ramai dikalangan tokoh-tokoh agama telah memberi penerangan dan menerbitkan buku-buku serta risalah mengenai Islam dan Parti politik. Termasuk juga bekas seorang tokoh PAS iaitu Dato' Hj Mohamad Nasir. Beliau menerbitkan sebuah risalah yang bertajuk "JANGAN KELIRU – AGAMA (ADDIN) TIDAK BOLEH DIANGGAP BADAN POLITIK".
Dalam risalah tersebut diterangkan tentang perbezaan antara agama dan parti politik dan disertakan pula ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis Nabi sebagai panduan, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ad-Dailamy dari Ali R.A yang bermaksud :-
"Jangan kamu sekali kali mengqiaskan agama kerana sesungguhnya agama itu tidak boleh diqias dan permulaan orang yang mengqiaskan itu Iblis".
Walaupun banyak usaha-usaha yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh yang berkenaan bagi mengelak kekeliruan ini, namun ianya tidak menampakkan banyak perubahan, malah ramai dikalangan umat Islam, terutama di Kelantan dan Terengganu yang masih lagi menganggapkan PAS itu Islam, Islam itu PAS. Ini mungkin disebabkan kempen-kempen yang boleh mengelirukan mereka masih berterusan dilakukan oleh orang-orang PAS.
Sebagai contoh, apabila saja penceramah-penceramah PAS bercakap mereka selalu menegaskan bahawa "Sesiapa yang tidak menyokong PAS bererti mereka tidak menyokong Islam, dan sesiapa yang menolak PAS bererti mereka menolak Islam".
Dan pada ketika itu Ketua Dewan Ulamak PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri semasa bercakap di Gua Musang telah mengeluarkan fatwa haram jika ada mana-mana parti politik yang menentang pimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam. Rujuk Ucapan majlis perasmian penubuhan cawangan baru PAS di Renok B, Gua Musang Kelantan pada 23hb April 1994.
Wallahaullam.
Suara Politik
Taminsari
SEKITAR PROGRAM TR1MA DAN KARTUNIS BERSAMA PM.
Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Kartunis Sepanjang Hayat kepada kartunis, Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat pada majlis ramah mesra bersama kartunis di Pasar Budaya, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Sohaimi Shahadan (kiri) dan Abdul Azeez Abdul Rahim (dua, kanan).
YAYASAN KARTUNIS 1MALAYSIA DITUBUHKAN.
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Yayasan Kartunis 1Malaysia bagi memajukan industri kartun dan animasi tempatan selain kebajikan para penggiat bidang berkenaan.
Perdana Menteri berkata, yayasan itu juga bertujuan menghargai peranan, sumbangan serta jasa para kartunis dalam membantu membangunkan perpaduan masyarakat melalui karya masing-masing.
Beliau turut mengumumkan peruntukan dana permulaan RM300,000 kepada yayasan itu yang disampaikan melalui Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).
Katanya, para kartunis yang kebanyakannya kini telah mengubah wacana mereka kepada bidang animasi, berperanan penting dalam pembinaan negara bangsa dengan menerapkan mesej perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.
"Tentu sekali bila saya ungkapkan Gagasan 1Malaysia, saya mahu para kartunis dapat menerapkan mesej 1Malaysia dan agenda transformasi negara di dalam karya mereka," katanya.
Beliau berucap pada Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia 2012 yang julung kali diadakan di pekarangan Pasar Seni, di sini hari ini.
Turut hadir Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Acara anjuran bersama Konsortium Cartoonist At Work (CAW) dan KP1M itu direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Perhimpunan Terbesar Kartunis di negara ini, dengan mengumpulkan 356 orang penggiat bidang berkenaan.
Sementara itu, Perdana Menteri turut menyampaikan pelbagai hadiah sempena pameran dua hari berkenaan, termasuk 11 anugerah dalam bidang tersebut. Kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat, yang dikenali melalui karya The Kampung Boy dianugerahkan Kartunis Sepanjang Zaman.
Turut menerima anugerah ialah 10 lagi kartunis dan animator termasuk Mior Sariman Mior Hassan bagi kategori Pencetus Revolusi Kartun; Jaafar Taib (Kartunis Dedikasi); Hassan Abd. Muthalib (Bapa Animasi Malaysia); Tan Sri Lim Kok Wing (Karyawan Inovatif) dan Reggie Lee (Kartunis Masyarakat Malaysia).-UMO
Foto : Kredit kepada Darul Ehsan Today (DET) dan Sahabat Gunung.
Suara Politik
Taminsari
Anwar Tabur Wang Beli Kuasa?
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Anwar sejak dari awal lagi penglibatannya bermula dari dalam ABIM sebagai Presiden sehinggalah menjadi orang nombor dua dalam negara dan UMNO yang penuh dengan kecurigaan, pendedahan bekas penolong gabenor Bank Negara mengenai gelagatnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Memang tidak nafikan terdapat penyokong taksub Anwar menganggap kenyataan ini sebagai pembohongan tetapi bagi perkara tersebut tidak mustahil berlaku dan lebih buruk padahnya jika Murad Khalid berbohong.
Anwar adalah ahli politik dan pejuang ideologi yang licik dan gemar kepada perbuatan-perbuatan bersifat konspirasi. Semasa dalam ABIM dia begitu mudah mengadakan hubungan dengan negara Libya, Iran dan Arab Saudi. Begitu juga hubungannya dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa.
Dalam UMNO, hubungan sulitnya dengan agensi-agensi asing berjalan dengan lebih mudah dan luas. Malah kadangkala terkagum dengan beliau yang mampu merancang pelbagai jenis konspirasi demi mencapai matlamat politiknya.
Lihat sajalah bagaimana Anwar menjatuhkan Datuk Suhaimi Kamaruddin dari jawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu. Tindakan yang serupa diambil untuk memenangi jawatan Naib Presiden.
Namun konspirasi terhebatnya adalah menjatuhkan Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden melalui Team Wawasannya. Sebab sebelum itu beliau menafikan dengan bersumpah sesungguhnya bahawa beliau tidak akan mencabar Tun Ghafar. Tetapi akhirnya beliau mewujudkan Team Wawasan untuk menentang Tun Ghafar.
Itulah ANWAR KONSPIRATOR TERHANDAL DI MALAYSIA. Oleh kerana dia berkonspirasi untuk menjatuhkan musuhnya, maka musuh-musuh politiknya terpaksa berkonspirasi kembali untuk menjatuhkannya. Kalau dia tidak dijatuhkan maka dia akan menjatuhkan musuh politiknya. Ini sudah terbukti. Berapa ramai mangsanya, Suhaimi kamarudin, Abdullah Haji Ahmad Badawi, Sanusi Joned, Rahim Thamby Chik dan Ghafar Baba.
Semua ini permainan politik dan sandiwara Anwar seperti yang dilakukan oleh Murad Khalid adalah atas arahan dan permainan politik juga namun ianya itu adalah keterlaluan dan di luar batas peraturan dan etika berpolitik.
Dengan melibatkan wang yang banyak siapa boleh menyembunyikannya. Lambat laun akan diketahui juga. Apa yang sedih ialah ia berlaku di kalangan MELAYU. Mungkin bagi Anwar MATLAMAT MENGHALALKAN CARA demi mendapat kuasa. Melayu bergaduh orang lain ambil kesempatan.
Satu lagi yang paling pelik ialah layanan yang terlalu baik diberikan kepada PUAN SAMSIDAR TAHARIN? Apakah kelebihannya? Adakah kerana suaminya Setiausaha Anwar maka layanan sebegitu diberikan? Jika ya, KRONISME namanya!!!.
Pasti perkara ini menimbulkan fitnah dan kecurigaan. Bertambah-tambah pelik pula suaminya AZMIN ALI tidak mencurigai apa-apa? ADAKAH INI KERANA WANG? MATLAMAT MENGHALALKAN CARA!!!
Namun apa yang hendak dipelikkan. Diri Anwar itu sendiri pun amat pelik orangnya!!!! Dan itulah sebenarnya diri ANWAR BIN IBRAHIM, TOK DALANG KONSPIRATOR TERNAMA MALAYSIA.
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Isnin, Jun 25, 2012
Parti Mana Juara Mempolitikkan Agama?
Baru-baru ini, tokoh-tokoh agama luar negara yang menghadiri Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Kuala Lumpur menegur pemimpin sebuah parti kerana sering mempolitikkan isu agama.
Teguran itu memang kena pada masanya kerana jika diimbau sejarah, para pemimpin parti yang ditubuhkan pada 1951 memang paling hebat mempolitikkan isu agama sekali gus meletakkan Malaysia sebagai 'juara' dalam soal itu.
Kita juga masih ingat, seorang pemimpin Pas ketika berceramah di Kampung Banggul Peradung, Terengganu pada 1982 telah mengeluarkan amanat mengkafirkan orang UMNO semata-mata kerana didakwa bekerjasama dengan bukan Islam dan disebabkan tidak melaksanakan hukum hudud.
Akibat amanat itu, maka timbulnya perpecahan di kalangan umat Islam seperti sembahyang dua imam, enggan bersembahyang di masjid UMNO dan menghukumkan haram makan sembelihan ahli parti itu.
Nikah yang dilakukan oleh jurunikah UMNO juga dianggap tidak sah, ibu bapa mengkafirkan anak serta berlaku perceraian antara suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih yang benar-benar terjadi.
Walaupun berkemampuan melaksanakan hukum hudud setelah memerintah Kelantan dua dekad, Pas tetap tidak mahu melaksanakannya kerana berpendapat ia boleh dijadikan isu kitar semula yang 'amat berbisa' bagi meraih undi setiap kali pilihan raya.
Isu hudud yang dimainkan Pas ketika berkempen boleh membuatkan seorang Melayu Islam menjadi serba salah untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ini berikutan parti itu akan menggambarkan BN bersikap anti-Islam dan telah mengambil pelbagai langkah menyekat hukum itu daripada dilaksanakan.
Mengulas isu itu, ahli akademik dari Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani yang menjawab soalan pada sesi soal jawab seminar berkenaan berkata, mana-mana pihak yang menggunakan isu pelaksanaan hukum hudud sebagai modal politik untuk menang dalam pilihan raya sebenar bertujuan mencari keredaan pengundi dan bukannya keredaan Allah.
Beliau berkata, Islam menuntut umatnya mengutamakan pelbagai perkara asas yang lebih utama seperti isu pendidikan, ekonomi dan sosial sesebuah negara itu.
"Sebelum mewujudkan hukum hudud, pelbagai aspek lain perlu diambil kira termasuklah semua masyarakat perlu menerima pelaksanaan itu. Sesiapa yang menggunakan hukum hudud untuk menang pilihan raya maka tujuannya bukan kerana Allah tetapi mencari keredaan pengundi," katanya.
Dalam pada itu, bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour pada sesi berasingan pada seminar itu turut mengulas permintaan parti itu supaya ahli-ahli yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya agar menangguhkan ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka antara September hingga Oktober ini.
Beliau berkata, umat Islam wajib menunaikan ibadat haji dan perlu mengutamakan Rukun Islam kelima itu jika berkemampuan. Justeru, katanya, umat Islam tidak perlu menangguhkan pelaksanaan ibadat haji semata-mata untuk menyertai pilihan raya umum sekiranya ia dijalankan serentak pada musim itu.
Mengulas satu lagi 'fatwa' para pemimpin Pas yang membolehkan demonstrasi jalanan bagi menumbang kerajaan, Syeikh Mahmoud berkata, Islam tidak membenarkan sebarang bentuk demonstrasi sedemikian sehingga mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara sebaliknya ia perlu dilakukan secara aman.
"Islam tidak halang untuk berhimpun menyatakan pendapat atau hasrat terhadap pemerintah, tetapi jangan menyebabkan huru-hara dalam masyarakat sehingga ada orang rasa kesan buruk daripada perhimpunan itu.
"Masyarakat Islam juga tidak wajar menumbangkan kerajaan dengan cara tidak demokratik ketika pemerintah mereka telah melakukan banyak kebaikan dan kerajaan sedemikian patut beri peluang untuk meneruskan agenda membangunkan Islam," katanya.
Mengulas komen-komen yang dibuat oleh tokoh Islam antarabangsa berkenaan, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, berdasarkan pelbagai isu yang dibangkitkan, jelas sekali parti tersebut selama ini menggunakan hukum agama untuk kepentingan politik.
"Pas selama ini telah memperalatkan banyak hukum agama kerana politik dan bagi mendapatkan kuasa," katanya.
Mengulas isu terbaru supaya ahli parti menangguhkan daripada mengerjakan haji, Nakhaie berkata, sepanjang pengetahuannya, permintaan seperti itu tidak pernah dibuat Pas sebelum ini.
"Saya tidak merasakan permintaan tersebut sebagai luar biasa kerana Pas sering menggunakan agama untuk kepentingan parti. Walaupun ibadah haji bukan kewajipan segera, saranan yang dibuat Pas itu adalah tidak wajar," katanya.
Sementara itu, bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Pas memang suka memperalatkan agama dan ini termasuk dalam isu supaya ditangguhkan ibadat haji.
"Kita minta Pas semak balik semua ajaran al-Quran dan hadis yang selama ini dia bawa, apakah ada satu ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan PRU13 setaraf dengan fardu haji?
"Jika tiada ayat sedemikian, ia menunjukkan parti itu seolah-olah meletakkan kewajipan pilihan raya demi parti lebih besar dari Rukun Islam kelima ini," katanya.
Pelbagai nasihat telah dikeluarkan bekas pemimpin Pas ini supaya rakan-rakan mereka yang masih menerajui parti itu tidak mempolitikkan isu agama. Malangnya, pemimpin berkenaan terus berdegil sehingga menjadikan nasihat itu ibarat mencurah air ke daun keladi.
Kedegilan itu, bukanlah sesuatu yang aneh kerana mereka juga tidak pernah melayan nasihat pengasas parti itu, Ahmad Fuad Hassan sehingga beliau terpaksa keluar parti setelah tiga tahun menerajui Pas.
Kini ulama antarabangsa pula yang memberikan nasihat. Jika ia masih tidak dihirau oleh pemimpin Pas, maka kita semua umat Islam perlu menadah tangan memohon pertolongan Allah supaya perbuatan mempolitikkan agama dihentikan segera.-UMO
Suara Politik
Taminsari
Anwar, agen Yahudi-Amerika yang sibuk?
Dahulu ketika dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar beritahu rakyat Malaysia bahawa dia terpaksa "mencari rezeki" di Amerika kerana tiada peluang "mencari rezeki" di Malaysia. Maka berhijrahlah Anwar ke Amerika yang mendakwa dirinya mencari rezeki sebagai pensyarah pelawat universiti (John Hopkin dan Georgtown). Anwar menetap di Amerika selama dua tahun (2005-2007).
Sekembalinya Anwar ke tanah air pada akhir 2007, dia membawa wang yang banyak. Anak-anaknya semuanya dihantar ke Amerika untuk menyambung pelajaran. Rumahnya di Damansara telah dijual dan dibeli rumah baru yang lebih besar di Bukit Segambut bernilai puluhan juta. Hanya dua tahun berkelana di Amerika mampu membina rumah semewah itu. Itu yang ditunjukkan kepada kita. Dari segi kemewahan rumah, yang tidak ditunjuk, masih banyak lagi.
Pegawai khas Anwar pun ramai, selain Nurul Izzah Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad, Nathaeil Tan, Sim Tze Tzi dan lain lain lagi. Dari mana Anwar dapat duit membayar seramai pegawai khas itu ? Berapa pula gaji bulanan pegawai-pegawai khas lain yang turut Anwar bayar ? Itu cerita sebelum Anwar menjadi ketua pembangkang di Parlimen. Sekarang Anwar sudah menjadi ahli parlimen Permatang Pauh dan mendapat gaji tambahan sebagai ketua pembangkang.
Tetapi Anwar masih berulang-alik ke luar negara memenuhi tugasan Amerika Syarikat. Kemuadian pula ke Bangkok untuk " berurut "? Kalau masih berminat menjadi penceramah Amerika, kenapa bertanding di Malaysia ? Sampaikan ketika Pakatan rakyat sibuk menangani masalah pilihanraya kecil di Perak dan Kedah dahulupun, Anwar masih sibuk dengan urusan Amerika.
Kemudian Anwar bersama Madeline AlBright di Doha Qatar, kononnya hendak menyelesai masalah Gazza. Dengar cerita, masih menjadi penceramah Amerika, walaupun sudah berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang ketika itu? Kemudian jadi " Menteri Parlimen Malaysia " pulak disana?
Masih tidak cukup gaji ketua Pembangkang di Malaysia, hingga masih sibuk ke hulu ke hilir menjadi penceramah Amerika ? Samasa kempen mengundi di Permatang Pauh, Anuar mengatakan yang dia tak berkemampuan untuk menyediakan minuman kepada pengundi kerana tidak ada wang? Boleh percaya ke? Sejak bila pula bangsa Yahudi bernama Madeline Albright berminat membantu umat Islam di Palestin, kecuali mengusahakan tindakan agar negara-negara Islam tunduk kepada Amerika dan Israel?
Kalau kita membaca keynote address Anwar di Plenary Session of the U.S.-Islamic World Forum, 14 February, 2009, Four Seasons Hotel, Doha, Qatar pun kita tidak pandangan-pandangan bernas Anwar untuk menyelesaikan masalah Ghaza, kecuali ucapan seorang agen Amerika yang merayu-rayu agar kempimpinan Obama membaiki sikap terhadap dunia Muslim.
Kata Anwar, "Our deepest fears were abated with hope that the Obama administration would honour the promises of a new agenda to re-engage with America"s friends and foes around the world in the interests of greater peace and in the pursuit of justice and liberty.
We see a president committed to the values of freedom and democracy, a president who believes that the critical issues dividing the United States and the Muslim world can be resolved not through fiery rhetoric and bellicose language but by positive engagement in a language of mutual respect"
Itu hanya rayuan agen Amerika kepada majikannya Amerika Syarikat. Belum tentu Obama mempedulikan pandangan Anwar yang dianggap gagal melaksanakan misi Amerika di Malaysia. Anwar menuduh Malaysia membayar pelobi Yahudi bernama Jack Abramof untuk berjumpa dengan Presiden Amerika. Perjumpaan sekali itu dicanang Anwar berulang-ulang kali. Itu hanya sekali.
Anwar yang berjumpa banyak kali dengan pelbagai Yahudi, bukan setakat Jack Abramof, malah Madeline Abright, Carl Gershman, Paul Wolfowitz, Al Gore dan pelbagai tokoh-tokoh Yahudi lagi semata-mata untuk melobi memburuk-buruk Malaysia dan membantunya agar dapat menawan Malaysia. Anwar tidak bising kalau dia berunding dan melobi dengan Yahudi untuk memburuk-buruk Malaysia. Anwar akan bising kalau ada pihak dari Malaysia yang melobi sama untuk memperbetulkan dakwaan negatif Anwar.
Inilah manusia talam dua muka, di depan PAS cakap lain, di depan Amerika cakap lain. Di depan PAS, Anwar cakap, "ana akan berunding dengan Amerika untuk selesaikan masalah Ghaza", di depan Amerika pula, " I sudah dapat kontrol Parti Islam SeMalaysia, semua di bawah telunjuk I sekarang"
Anwar sibuk berceramah dengan Madeline Albright di Qatar, Ustaz Hadi pula sibuk mempertahankan Pakatan Rakyat di Malaysia. Apa cerita permainan politik Anwar dengan ustaz Hadi ini ? Anwar sendiri bersekongkol dengan aktivis-aktivis pro Israel dalam Brookings Intitution. Anwar dilantik sebagai penasihat antarabangsa institut yang dibiayai oleh dana Yahudi itu.
Kalau Anwar sudah bersekongkol dan mendapat habuan yang lumayan daripada yayasan-yayasan Yahudi di Amerika Syarikat, kenapa masih menaruh harapan lagi kepada Anwar.
Tanpa pertolongan rakyat Malaysia pun Anwar sudah mendapat kesenangan dunia hasil pertolongan Amerika dan Israel. Dengan pertolongan rakyat Malaysia, akan mempercepatkan lagi hasrat Amerika dan Israel menobatkan bonekanya menjadi PM Malaysia..Sama-samalah kita fikirkan.
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Ahad, Jun 24, 2012
Sogokan seks bekas pegawai Singapura?
Singapura yang sering diletakkan dalam senarai negara yang 'bersih' daripada amalan rasuah, baru-baru ini dicemari dengan kes sogokan seks membabitkan dua bekas pegawai kanannya.
Bekas Pesuruhjaya Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Peter Lim Sin Pang, 52, didakwa pada 6 Jun lalu dan enam hari kemudian, bekas Pengarah Biro Pusat Narkotik (CNB), Ng Boon Gay, 46, pula dihadapkan ke mahkamah.
Sin Pang berdepan dengan 10 tuduhan menerima layanan seks daripada tiga wanita antara Mei 2010 dan November 2011 sebagai dorongan memilih syarikat mereka untuk mendapat tender berkaitan teknologi maklumat (IT) di SCDF.
Kesemua wanita yang terbabit dalam skandal seks itu merupakan pegawai-pegawai yang memegang jawatan tinggi dalam syarikat masing-masing.
Berdasarkan laporan portal berita asiaone.news, Pang Chor Mui yang merupakan pengurus besar Nimrod Engineering didakwa melakukan seks oral terhadap Sin Pang di tempat letak kereta di Stadium Tertutup Singapura pada 2 Mei 2010.
Sin Pang juga didakwa melakukan hubungan seks dengan Pengarah Pusat Radiasi Singapura, Lee Wei Hoon di antara 18 dan 21 Oktober tahun lalu di sebuah hotel di Paris diikuti layanan seks oral di tempat letak kereta di Big Splash di East Coast Park, Singapura pada 23 November 2011.
Sementara Esther Goh Tok Mui yang merupakan Pengarah Pembangunan Perniagaan di NCS Private Limited didakwa melakukan hubungan seks dengan Sin Pang sebanyak tujuh kali di antara April dan September tahun lalu di beberapa tempat termasuk di tempat letak kereta berdekatan Marina Bay Golf, di apartmen di Tanjong Rhu, tempat letak kereta di Stadium Tertutup Singapura dan sebuah flat di Clementi.
Sementara Boon Gay yang diberkas pada Disember tahun lalu berdepan dengan empat tuduhan mendapat layanan seks oral daripada Cecilia Sue Siew Nang dalam empat kejadian di antara Jun dan Disember 2011.
Siew Nang merupakan Pengurus Jualan di Hitachi Data Systems di antara Jun dan November 2011 dan kini berkhidmat di syarikat Oracle Corporation Singapore sejak Disember tahun lalu sebagai Pengurus Kanan Jualan.
Sebagai pertukaran daripada habuan yang diterima, Boon Gay didakwa memberikan kepentingan perniagaan kepada kedua-dua syarikat IT itu dalam urusan membabitkan CNB.-UMO
Suara Politik
Taminsari..
Program dialog kecoh, penduduk bertengkar sesama sendiri!
Majlis dialog penduduk bersama beberapa pihak semalam bertukar kecoh apabila penduduk mula bertengkar sesama sendiri.
Program dialog antara penduduk, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pemaju dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Teresa Kok Suh Sim di perumahan teres dua tingkat Puchong Hartamas di sini, pagi semalam bertukar kecoh apabila penduduk mula bertengkar sesama sendiri.
Difahamkan, perjumpaan itu diadakan susulan tindakan MPSJ merobohkan struktur pondok pengawal keselamatan yang didakwa dibina secara haram sejak empat tahun lalu di pintu masuk kawasan perumahan itu.
Di difahamkan, segelintir penduduk bersetuju tindakan MPSJ manakala sebahagian lagi tidak bersetuju dengan mendakwa risiko faktor keselamatan sekiranya tiada pondok pengawal di kawasan perumahan mereka.
Perbezaan pendapat yang timbul dalam dialog menyebabkan penduduk mula meninggikan suara dan bertengkar sesama sendiri menyatakan pendirian masing- masing berhubung isu berbangkit sebelum dileraikan anggota penguat kuasa MPSJ yang berada di lokasi.
Pertelingkahan timbul apabila ada penduduk mempersoalkan siapa yang membuat aduan berhubung struktur haram itu sehingga tindakan perobohan diambil.
Namun Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid memberi maklum balas adalah menjadi polisi pihaknya tidak mendedahkan nama pengadu malah memberitahu tindakan diambil pihak majlis mengikut prosedur dan undang-undang.
Menurutnya, tindakan perobohan diambil Rabu lalu kerana struktur pondok itu tidak pernah mendapat kelulusan pelan bangunan MPSJ malah lokasi pondok pengawal tidak sesuai dan mengundang kemalangan.
“Jalan di lokasi pondok yang dirobohkan akan dibaik pulih semula dan kawalan keselamatan masih boleh dijalankan menggunakan payung dan kon sementara waktu untuk mengawal laluan keluar masuk.
“Mengenai pembinaan pondok pengawal baru, saya minta pemaju datang ke majlis berbincang dan mengingatkan mereka perlu juga hantar pelan bangunan,” katanya setelah kelulusan dibuat MPSJ akan memberi satu salinan kepada persatuan penduduk supaya permohonan lesen menduduki sementara (TOL) boleh dimohon kepada Pejabat Tanah dan Daerah.
Beliau berkata, setelah pemaju akur dengan semua syarat, majlis akan mempertimbangkan kelulusan dan pihaknya akan berurusan dengan pejabat tanah untuk mempercepatkan kelulusan TOL.
Sementara itu, Teresa Kok berkata, pihak pemaju dan perunding mereka akan berhubung dengan MPSJ untuk menghantar pelan dan mematuhi beberapa kriteria.
“Penduduk harap pemaju cepat hantar pelan sebelum persatuan mereka boleh ke Pejabat Tanah dan Daerah memohon TOL,” katanya kebanyakan penduduk mengadu bimbang dengan keselamatan mereka selepas pondok pengawal itu dirobohkan.
Suara Politik
Taminsari
Sabtu, Jun 23, 2012
Salahguna Kuasa - Ronnie Liu Lantik Kroni Jadi Ahli MBSA?
Pengerusi DAP cawangan Taman Chi Liung Indah, K. Yogasigamany yang menolak tawaran untuk dilantik sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mendakwa pelantikan ahli majlis oleh kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat tidak dijalankan secara adil dan telus.
Yogasigamany yang berkhidmat sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) antara Julai 2010 sehingga Februari tahun ini berkata, beliau kecewa kerana tidak dilantik semula bagi jawatan sama tetapi sebaliknya ditawarkan menjadi ahli majlis MPS untuk penggal Mac 2012/2013.
Tidak berpuas hati dengan penyingkirannya dari MBSA, beliau mendakwa Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam soal ahli majlis, Ronnie Liu Tian Khiew meminda senarai akhir bagi ahli majlis yang disahkan DAP Selangor tanpa merujuk jawatankuasa negeri.
"Jika nama saya telah dikeluarkan daripada senarai oleh Ronnie Liu tanpa pengetahuan jawatankuasa DAP negeri, kenapa tiada tindakan diambil ke atasnya.
"Saya dibuang tanpa mengikut adab walaupun saya disahkan untuk dilantik semula (sebagai ahli majlis Shah Alam) untuk penggal semasa oleh Jawatankuasa DAP Selangor," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Yogasigamany berpendapat beliau berhak dilantik semula sebagai ahli majlis MBSA kerana beliau dapat mengekalkan hubungan baik terutama dengan penduduk Seksyen U10 Shah Alam.
Beliau dimaklumkan oleh anggota jawatankuasa DAP Selangor, V. Ganapathi Rao bahawa beliau digantikan oleh seorang lelaki bernama Prakash Rao sebagai ahli majlis MBSA yang didakwa membantu Ronnie Liu menganjurkan majlis makan malam amal 1,000 meja parti itu di Pandamaran, baru-baru ini.
Yogasigamany juga berkata, pengerusi DAP cawangan Taman Gembira di Klang, Ivan Ho juga tidak dilantik semula sebagai ahli majlis bagi Majlis Perbandaran Klang (MPK) walaupun namanya disenaraikan oleh DAP negeri.
Beliau menggesa setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng untuk segera campur tangan merombak kepimpinan parti di Selangor yang didakwanya dicemari tindakan melantik individu yang tidak cekap, tidak berpelajaran dan buta huruf dalam jawatan ahli majlis perbandaran tempatan.
Pada Mac, media melaporkan bahawa pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menegur Ronnie Liu kerana meminda senarai calon-calon ahli majlis tanpa pengetahuan DAP negeri.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catatan (Atom)