Sabtu, Ogos 31, 2013

Bank Leak : Anwar masih gagal beri penjelasan?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seolah-olah mahu menafikan hak pengundi di Permatang Pauh untuk mengetahui hal sebenar berhubung kandungan surat misteri Bank Leak yang dikaitkan dengan beliau apabila masih gagal memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Bekas Setiausaha Sulit beliau, Anuar Shaari melontarkan persoalan sama ada Anwar mahu berselindung di sebalik laporan polis yang dibuatnya dan terus menyalahkan pihak lain tentang isu itu.

Berikut adalah kenyataan Anuar:

* Saya amat hairan mengapa Anwar masih berdiam diri hingga kini dalam isu surat misteri BankLeak yang mendedahkan enam akaun milik beliau.


Beliau juga gagal untuk memberi penjelasan menyakinkan kepada pengundi di Permatang Pauh, sebaliknya terus menyalahkan pihak lain tentang isu ini. Beliau seolah-olah mahu menafikan hak pengundi yang mahu tahu kebenaran dalam kandungan surat misteri tersebut.

* Adakah Anwar mahu berselindung di sebalik laporan polis yang telah beliau buat dengan cubaan menutup mulut pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia amnya.

Jika beliau sentiasa mencabar pihak lain bagi mendedahkan kebenaran, inilah kesempatan terbaik menunjukkan beliau pemimpin yang 'cakap serupa bikin'. Janganlah bersikap 'putar alam' dengan cuba mengalihkan isu pokok yang berkaitan dirinya.

* Saya juga ulangi cabaran kepada Anwar agar memberi kebenaran bertulis kepada Bank Negara Malaysia untuk media dan pihak berkuasa menyiasat dan mendedahkan kandungan surat misteri itu jika beliau tiada apa yang mahu disembunyikan.

Ini kerana rakyat Malaysia amat teruja untuk mengetahui hasil siasatan surat misteri tersebut bagi membolehkan mereka menilai pemimpin 'anugerah Tuhan'.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Ogos 30, 2013

Salam Kemerdekaan : Kemerdekaan menuntut keinsafan anak bangsa!




Dalam suasana kemerdekaan yang disambut hari ini, orang Melayu yang berpecah belah, masih belum dapat ditautkan semula. Ini adalah suasana yang amat malang bagi bangsa Melayu kerana kedudukan mereka sebagai tulang belakang bangsa Malaysia. Bolehkan kita mengatakan bahawa orang Melayu sebagai masyarakat berwawasan sedangkan mereka sendiri terus berpecah belah.

Orang Melayu mempunyai sikap prejudis sesama sendiri. Daripada kata-kata, mereka dilihat tidak jujur sesama sendiri hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza walaupun seagama. Di depan cakap lain, di belakang cakap lain. Hari ini puji, esok dikeji. Bila mereka bercakap di khalayak ramai orang mula melemparkan kata-kata mereka bercakap lain di mulut, lain pula di hati. Jika orang yang dihormati bercakap berbelit-belit, bagaimana ia boleh menjadi teladan kepada bangsa dan seagama. Inilah dilema orang Melayu hari ini.

Usaha mengisi kemerdekaan, tidak ada hadnya. Ia perlu diteruskan hingga kepada generasi akan datang walaupun ketika itu sejarah negara zaman silam sudah ditinggalkan jauh. Jika sejarah hari ini yang dijadikan sandaran, bermakna bangsa Malaysia hanya melihat kepada pergolakan bangsa Malaysia yang berlaku di depan mata kita hari ini.


Itulah sebabnya dalam apa keadaan sekali pun, apabila tiba bulan kemerdekaan nama-nama pemimpin negara bermula daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disebut kerana setiap mereka mempunyai peranan membina bangsa dan negara.

Begitu juga dengan pemimpin hari ini dan mereka yang akan mewarisi pimpinan negara pada masa akan datang, tetap disanjung. Setakat ini, semua pemimpin yang menerajui negara mempunyai jasa kepada negara berasaskan kepada waktu dan ketika pentadbiran mereka. Semua mereka menyambung tugas menyedarkan rakyat supaya memahami erti kemerdekaan.

Bagaimana keadaan negara pada 50 tahun akan datang. Dari segi fizikalnya, kita yakin Malaysia akan lengkap serba serbi. Isunya ialah bagaimana pemikiran rakyat Malaysia pada 2057 nanti, apabila negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-100 tahun nanti.

Setakat ini, sejarah menyaksikan betapa kepemimpinan Umno masih berjaya menerajui perjuangan mencapai kemerdekaan dan mengurus cabaran kemerdekaan. Untuk 50 tahun akan datang, pastinya ia bermula hari ini.

Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-56 dan Salam Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Suara Politik
Belantan

'Cah keting' DAPig : Guan Eng pinggir ahli tidak sehaluan?


Harapan menggunung ahli-ahli DAP untuk melihat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu dilaksanakan secara telus dan bersih mungkin tidak kesampaian.

Ini kerana sesi dialog yang diadakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih meminggirkan kalangan perwakilan yang dilihat tidak sehaluan dengan kepemimpinan tertinggi DAP.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, satu sesi dialog dengan perwakilan negeri ini telah diadakan Ahad lalu di sebuah hotel di sini.

Bagaimanapun katanya, perwakilan dari cawangannya tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut.

David Dass (tengah) bersama Richard Francis (kanan) dan S. Rajashegher menunjukkan buku Laporan Ekuiti DAP dan CEC tulisan Father Augustus Chen dalam sidang akhbar di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

"Saya hanya menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada seorang rakan dua hari lalu yang memberitahu mengenai perjumpaan tersebut.

"Belum pernah ada pertemuan diadakan dengan para perwakilan sebelum berlangsung sesuatu pemilihan," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis; Naib Pengerusi DAP Cawangan Nilai Perdana, S. Rajashegher dan bekas ahli DAP, S. Vijayan.

Ketiga-tiga pemimpin DAP cawangan itu turut mengakui cawangan mereka tidak menerima jemputan untuk menghadiri pertemuan tersebut.

Menurut Rajashegher, Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook perlu tampil menjelaskan mengapa gagal membuat makluman tersebut sedangkan mereka adalah perwakilan DAP yang sah.

"Saya difahamkan SMS yang dihantar kepada perwakilan adalah dalam bahasa Melayu dan Cina dan tidak ada bahasa Tamil.

"Ia seolah-olah disengajakan dengan tujuan untuk meminggirkan kaum India daripada program penting yang berlaku dalam parti," ujarnya.

Berdasarkan kepada insiden Ahad lalu, kesemua mereka mengesyaki program pertemuan dengan para perwakilan di negeri-negeri mempunyai agenda tersembunyi kerana hanya perwakilan tertentu sahaja diajak untuk menyertainya.

Suara Politik
Belantan

Menjelang Merdeka, DAP Tuduh Orang Melayu Adalah Pendatang?


Ketua wanita DAP, Chong Eng menuduh orang Melayu juga pendatang sama seperti orang Cina dan India di Malaysia.

“Fikiran di dalam buku ini..yang saya khuatir ialah ia menggambarkan bahawa orang Cina, orang India adalah pendatang dan orang Melayu adalah tuan tanah di dalam Malaysia ini.

“Yang sebenarnya..Melayu (juga) adalah datang dari luar Malaysia. Yang betul-betul orang asal di sini ialah orang asli,”katanya kepada KiniTV.

Kenyataan Chong Eng pada tahun 2011 itu disifatkan blog  the unspinners sebagai kenyataan bodoh yang buta sejarah.



Dzulkarnain Mohd Taib, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) ketika ditemui baru-baru ini mendedahkan terdapat usaha terancang pihak tertentu mahu menghapuskan identiti Melayu-Islam di Malaysia.

Menurutnya Malaysia adalah bumi Melayu sebagaimana nama asalnya Persekutuan Tanah Melayu dan ia sebahagian kepulauan Melayu Nusantra.

“Pada 2004, National University of Singapore, penulisnya bernama Timothy P. Bernard telah menulis satu buku yang bertajuk “Contesting Malayness : Malay Identity Across Boundaries”.

“Kita tahu siapa di belakang buku itu, seorang tokoh pemimpin veteran Singapura.

“Buku itu mengatakan bahawa bangsa Melayu itu tidak wujud. Bahawa bangsa Melayu itu diwujudkan hanya di atas dasar politik, untuk kepentingan politik. Kita tidak akan jumpa buku ini di negara kita kerana diharamkan di Malaysia tetapi telah dijual berjuta-juta naskah di luar negara.

“Kalau kita pergi ke muzium Singapura, kita akan lihat pertama kali kita melangkah, (ditulis) ‘Melayu bodoh..Melayu rasuah..Melayu lanun…Melayu perompak’, itulah imej yang diberikan Singapura kepada setiap pengunjung muzium itu, meracuni pemikiran rakyat mereka sendiri dan para pelancong.

“Bangsa Cina yang mendominasi Singapura, mereka amat mencemburui bangsa Melayu,”katanya.

Selanjutnya sila baca di sini

Suara Politik
Belantan

Tanda Putera : DAPig Guan Eng ubah kenyataan dari larangan kepada 'nasihat'?


Kerajaan Pulau Pinang menafikan mengeluarkan larangan penayangan filem kontroversi, Tanda Putera di panggung wayang di negeri itu.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri juga memberi jaminan tidak akan mengambil tindakan ke atas mana-mana panggung wayang di Pulau Pinang yang menayangkan filem arahan penerbit dan pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba itu.

Bagaimanapun Lim mengulangi nasihat kerajaan negeri supaya filem berkenaan tidak ditayangkan kepada umum kerana didakwa mengandungi unsur fitnah dan membahayakan penonton.

"Nasihat ini dikeluarkan kepada pengendali panggung wayang untuk memberi penekanan kepada umum betapa bahayanya fitnah dalam filem ini yang mampu mengancam perpaduan nasional dan kaum di negara ini.

Surat larangan tayangan yang dikeluarkan oleh MPPP

"Sepertimana tidak ada tindakan yang diambil terhadap orang yang membahayakan diri mereka dengan mengabaikan nasihat perjalanan tersebut, tidak ada tindakan akan diambil terhadap pengendali panggung wayang yang mengabaikan nasihat kerajaan negeri," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut Lim yang juga Setiausaha Agung DAP itu memberi jaminan bahawa kedua-dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak akan menghukum pengendali panggung wayang di Pulau Pinang kerana menayangkan filem tersebut.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah untuk mengeluarkan nasihat ini kerana filem ini telah melampaui batas dengan menggunakan wang awam untuk menyebarkan fitnah dan menggalakkan kebencian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa," katanya

Salah satu adegan dalam Filem Tanda Putera

Filem Tanda Putera memaparkan perjuangan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman membangunkan negara selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ia pada mulanya di jadual ditayangkan pada 13 September 2012, tetapi ditangguhkan ke 15 November tahun yang sama dan seterusnya ditangguhkan lagi pada 2013.

Seperti biasa lihatlah bagaimana selepas ini Guan Eng ini akan mengeluarkan amaran saman kepada media kerana memutar belitkan kenyataan beliau! Memang cakap tak serupa bikin mangkok DAPig sorang ini! Perangai anak dan bapak sama saja? Hampas...!!!  

Suara Politik
Belantan

Khamis, Ogos 29, 2013

Kerana takut dengan bayang-bayang sendiri, DAPig Pulau Pinang haramkan Tanda Putera!


Filem patriotik perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang dijadual memasuki pawagam di seluruh negara esok selepas beberapa kali tertangguh, diharamkan penayangannya di negeri ini atas arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung di negeri ini tentang perkara berkenaan.

"Kita kesal kerana filem tersebut dibenarkan tayangannya oleh kerajaan tanpa mengeluarkan babak fitnah yang dipaparkan iaitu adegan pemuda Cina kencing dalam kawasan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

"Kenapa (adegan) dibiarkan kerana pengarah filem tersebut mengatakan perkara itu tidak pernah berlaku, namun beliau memasukkan adegan berkenaan dalam filemnya," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Guan Eng menjelaskan, pihaknya berharap permintaan mereka akan mendapat kerjasama daripada pemilik panggung di negeri ini.

"Kerajaan negeri berharap mereka tidak menayangkan kerana tidak boleh diterima dan mengandungi perkara sensitif dan amat berbahaya.

"Mereka harus mempertimbangkannya kerana pemberian lesen perniagaan untuk pawagam di negeri ini tertakluk di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT)," ujarnya.



Menurut Guan Eng, surat berkenaan akan dihantar pada hari ini juga kerana filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu dijangka mula ditayangkan serentak di seluruh negara esok.

Filem patriotik berkenaan antara lain mengisahkan tentang perjuangan Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mentadbir negara serta cabaran yang dihadapi mereka selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Sebelum ini, tayangan filem lakonan Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim yang menelan belanja kira-kira RM4.7 juta itu ditangguhkan beberapa kali ekoran bantahan pembangkang.

Suara Politik
Belantan

Waythamoorthy patut seru penjenayah serah senjata api?


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waythamoorthy diminta menyeru semua penjenayah di negara ini tanpa mengira bangsa supaya menyerahkan senjata api yang mereka miliki bagi membolehkan polis menangkap mereka tanpa menggunakan kekerasan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar secara sinis meminta bekas pemimpin Hindraf itu berbuat demikian bagi menjaga hak asasi penjenayah-penjenayah terbabit.

"Kalau timbalan menteri berkenaan boleh seru penjenayah tidak kira siapa baik yang Melayu, Cina mahupun India supaya letak senjata, esok juga kita akan pergi tangkap mereka macam biasa tanpa senjata.

"Tetapi kalau penjenayah itu tidak mendengar katanya, jangan pandai-pandai mengajar macam mana polis untuk membuat kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Pentauliahan dan Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam kali ke-4 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Waythamoorthy dalam sebuah portal semalam yang mempertahankan pendiriannya membantah tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.


Waythamoorthy dalam laporan itu turut mempersoalkan sama ada tindakan polis menembak mati penjenayah boleh mengatasi masalah jenayah di negara ini.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata sebagai seorang bekas pegawai polis, beliau amat memahami getirnya situasi yang dihadapi oleh pihak polis apabila berhadapan dengan penjenayah yang bersenjata api.

"Polis berhadapan dengan situasi mencabar dan kalau tersilap langkah boleh meragut nyawa sendiri, jadi apakah pilihan mereka apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian.

"Sepatutnya sebagai pihak dalam kerajaan, timbalan menteri tidak sepatutnya mempunyai pendirian lain daripada kementerian dalam menangani jenayah, jangan sampai disalah tanggap orang di dalam kerajaan menyokong penjenayah pula," katanya.

Beliau berkata semua pihak harus memahami tugas polis dalam mempertahan keselamatan negara dan dalam masa sama penjenayah pula menggugat dan mengancam ketenteraman negara. -Bernama

Suara Politik
Belantan

Ikutkan usia sudah 47 tahun, tapi DAPig masih belum matang dan cakap tak serupa bikin?


Penganalisis politik mempertikaikan keputusan DAP yang memutuskan untuk tidak membuat penamaan calon baru bagi mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Setiausaha Kluster Politik Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, sikap DAP tidak memberi ruang kepada muka baru jelas menunjukkan ketidakmatangan parti itu.

Beliau menegaskan jika DAP benar-benar telus dan ikhlas, parti itu sepatutnya memulakan proses pemilihan CEC mengikut prosedur bermula daripada penamaan calon.

“Dalam pemilihan semula ini, parti DAP sepatutnya bersikap terbuka. Mereka sepatutnya membuka peluang kepada muka baru yang mempunyai kredibiliti dan kelayakan yang tidak berpeluang untuk bertanding pada kongres tahun lalu.

“Mereka juga sepatutnya mendakap peluang ini dengan membuka kepada semua kelompok yang berkepentingan di dalam negara ini untuk masuk bertanding,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.


Kata Mansor, jika sebaliknya seperti yang diputuskan DAP untuk menggunakan senarai nama calon yang sama pada kongres tahun lalu, parti itu terbukti enggan melihat perubahan dalam keputusan pemilihan 29 September nanti.

"Bagi saya DAP cakap tidak serupa bikin, parti itu banyak menyalahkan pihak lain sebaliknya mereka sendiri tidak mengotakan apa yang dikatakan sebelum ini.

“Jadi, saya menyarankan agar parti itu mendalami ilmu literasi politik dan sejarah negara,” ujarnya.

Kelmarin Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang media memaklumkan perkara ini dan sekali gus bakal menyaksikan hanya calon yang telah bertanding pada Kongres Nasional 2012 sahaja yang akan bertanding semula.

Menurutnya, calon-calon dalam pemilihan semula CEC nanti adalah berdasarkan senarai yang sama seperti Kongres Kebangsaan, Disember lalu, kecuali calon-calon itu dengan sukarela menarik diri.


Ini kerana katanya, tidak ada sebarang kontroversi dalam senarai calon-calon dan ROS juga menyatakan hanya pemilihan semula sahaja harus dibuat.

Mengulas lanjut kesan tindakan DAP yang masih menggunakan senarai calon lama, Mansor berkata, tindakan DAP itu juga akan menimbulkan pandangan sinis daripada masyarakat.

"Kalau itu tindakan mereka yang masih mengekalkan senarai calon sama, di mana demokrasinya?

"Tindakan itu nyata akan menimbulkan pandangan negatif terhadap parti itu sendiri," jelas Mansor.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat pula menyifatkan tindakan DAP tersebut akan menyebabkan berlakunya kontradiksi dengan perjuangan PR.


“PR sendiri mahukan kepimpinan golongan muda dalam parti tetapi apa yang dilakukan oleh DAP ini berlawanan dengan prinsip PR sendiri.

“Dan ini jelas membuktikan bahawa DAP enggan membuat perubahan dan masih mengamalkan gaya politik lama,” katanya.

Beliau selain itu menyifatkan tindakan DAP sebagai menyekat penglibatan ahli baru dalam parti.

“Kena ada penamaan semula, jangan mahu kekalkan senarai lama, bagi ruang orang lain yang mahu bertanding juga. Oleh kerana buat semula pemilihan itu buatlah penamaan (calon) yang baru juga,” jelas beliau.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Ogos 28, 2013

Saya kecewa keputusan DAP - Amran Ahmad?


Anak kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Allahyarham Ahmad Nor melahirkan rasa kecewa berhubung keputusan DAP tidak membenarkan calon baru bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September ini.

"Saya kecewa," kata Amran Ahmad dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan tersebut berkata, kekecewaannya bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi lebih kepada kemampuan DAP untuk menarik sokongan rakyat yang berbangsa Melayu dalam mendepani suasana politik negara.

"Agak malang apabila DAP tidak mengambil peluang kali ini untuk menambah keanggotaan CEC berbangsa Melayu.

"Saya kesal kerana DAP tidak mahu mengenengahkan calon baru setelah ahli-ahlinya menolak calon-calon Melayu yang bertanding dalam konvensyen terdahulu.


"Saya berpendapat, kedudukan DAP kian goyah sekiranya parti itu berterusan bergantung kepada undi masyarakat Cina sahaja.

"Desas-desus makin kuat mengenai kedudukan DAP dalam PR kian tergugat," dakwanya lagi.

Tambah Amran, walaupun memahami keputusan DAP untuk mengadakan pemilihan semula tersebut dalam keadaan 'keterpaksaan', namun DAP sepatutnya mengambil peluang mengukuhkan kedudukan parti dengan mencalonkan lebih ramai calon Melayu ke CEC berbanding hanya lapan orang sebelum ini.

Pada 30 Julai lepas, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan parti itu 15 Disember lepas.

Namun begitu, parti itu mendakwa pemilihan berkenaan telah diadakan secara bersih dan kesilapan yang berlaku adalah disebabkan masalah teknikal.


Minggu lalu, Pengerusinya, Karpal Singh dalam satu kenyataan berkata, DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC bagi mengelakkan pendaftaran parti itu dibatalkan.

Sementara itu, ujar Amran lagi, melihatkan trend keputusan sebelum ini yang menyaksikan kesemua lapan pemimpin DAP Melayu tersingkir mengikut pengiraan undi pada pemilihan lalu sebelum berlakunya pengiraan semula.

Beliau turut menjangkakan ahli-ahli DAP akan memberikan keputusan yang 'serupa' pada 29 September akan datang.

Suara Politik
Belantan

Kemerdekaan menuntut keinsafan anak bangsa!


Mulai 1 Ogos lalu, negara memasuki bulan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Ini adalah kali ke-56 negara menyambut ulang tahun kemerdekaan untuk memperingati tarikh keramat negara bebas daripada belenggu penjajah.

Walaupun bulan kemerdekaan sudah memasuki minggu ke empat ( minggu terakhir ), namun suasana kemerdekaan tidak pun dirasai, berbeza dengan suasana Ramadan, apatah lagi Aidilfitri. Ini mungkin kerana sudah terlalu banyak pesta di negara ini.

Sehari demi sehari berlalu tanpa sedikit pun rakyat merasai kemeriahan suasana bulan kemerdekaan. Pada malam 31 Ogos nanti, walaupun sambutan meriah akan diadakan di tempat terpilih (jika diadakan), namun belum pasti roh kemerdekaan dapat menyerap ke dalam jiwa bangsa Malaysia.

Ramai yang datang untuk menyambut detik-detik kemerdekaan pada malam berkenaan, adalah semata-mata untuk menyaksikan persembahan pentas, menyanyi dan menari. Pada malam itu nanti ramai anak-anak remaja mendapat pasport daripada ibu bapa untuk keluar rumah dan balik hingga lewat malam dengan alasan untuk menyambut hari kemerdekaan.


Meskipun turut melaungkan seruan “Merdeka, Merdeka, Merdeka” apabila jam tepat menunjukkan pukul 12 malam pada 31 Ogos nanti, ia hanyalah laungan bergemuruh yang tidak ada bezanya dengan laungan pada sambutan tahun baru setiap tahun di hotel-hotel dan pusat-pusat hiburan. Bagi kumpulan bersemangat kebangsaan yang tebal, keadaan ini sangat membimbangkan mereka kerana menganggap terhakisnya semangat nasionalisme bangsa.

Kumpulan ini menganggap masyarakat hari ini gagal mengagumi, apatah lagi menghayati sejarah. Sekiranya mereka dipilih sebagai pemimpin akan datang, ia akan mempercepatkan proses negara tergadai dan berlaku penjajahan baru oleh kuasa-kuasa besar.

Sikap kumpulan nasionalis ini berbeza dengan golongan berfikiran liberal. Mereka tidak bimbang kepada sikap generasi hari ini kerana menganggap ia adalah perkara biasa dalam tamadun manusia. Bagi golongan ini, apa yang mereka tahu ialah kebebasan bermakna rakyat sewajar diberi hak mutlak dalam segala bidang. Kumpulan ini memandang ke depan dan mahu rakyat menguasai ilmu tanpa perlu menoleh ke belakang. Bagi mereka, jika masyarakat tidak menguasai ilmu, mereka akan ketinggalan.


Pengertian kemerdekaan mempunyai semangat dan rohnya tersendiri. Penghayatannya juga berbeza daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Bagi seseorang yang berusia 70-an ke atas hari ini, mereka adalah kumpulan yang pernah hidup pada zaman Perang Dunia Kedua yang merasai pahit getirnya kehidupan pada zaman penjajahan British.

Sebelum itu, mereka juga melalui pengalaman ketika pemerintahan Jepun, makan ubi kayu bakar dan bersembunyi di bawah tanah apabila diburu pengganas Komunis. Pengalaman mereka bersekolah, jauh beza daripada anak-anak zaman moden hari ini. Berkaki ayam hingga kaki keras berkematu, adalah perkara biasa.

Bagi golongan ini, sewaktu Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan “Merdeka, Merdeka, Merdeka”, ia adalah seruan paling beremosi dan ramai yang mengalirkan air mata kerana mereka faham erti kebebasan.

Bagi mereka yang berusia 40 dan 50-an hari ini, kisah kehidupan zaman perang, pemerintahan Jepun dan penyeksaan hidup pada zaman Komunis, sudah mula menjadi cerita penglipur lara bila ayah atau datuk nenek menceritakan kisah lampau mereka sebelum ini. Kumpulan ini tidak dapat menggambarkan keadaan kehidupan zaman sebelum mereka, apatah lagi menyelami pengalaman yang dilalui datuk nenek mereka.


Ketika ayah bercerita kisahnya menelaah buku di bawah lampu minyak tanah atau membeli nasi lemak dengan harga lima sen sebungkus, mereka hanya mendengarnya tanpa emosi dan simpati. Sukar bagi mereka mendalami keadaan itu yang menyebabkan perbualan ibarat percakapan antara itik dengan ayam.

Ketika tiba 31 Ogos setiap tahun, anak-anak muda hari ini juga tidak ketinggalan melaungkan ungkapan “Merdeka, Merdeka, Merdeka”, tetapi tidak siapa yang dapat membaca emosi mereka. Apakah mereka benar-benar faham erti kebebasan atau sekadar terikut-ikut dengan laungan untuk menggemakan suasana.

Anak-anak hari ini mempunyai cita-cita yang jauh berbeza daripada cita-cita dan pemikiran masyarakat pra dan pasca kemerdekaan. Keadaan ini berlaku kerana mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh luar melalui pelbagai saluran dan media.

Dengan kemajuan teknologi komunikasi dan telekomunikasi, anak-anak yang berusia belasan tahun, seterusnya mereka dalam lingkungan 30-an dan 40-an, mewarisi pemikiran moden. Mereka mungkin faham bahawa sambutan Hari Kemerdekaan adalah detik memperingati kejayaan negara yang berjaya membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.


Disebabkan tidak pernah mengenal erti penjajahan, sama ada secara fizikal dan pemikiran, mereka tidak pernah menganggap mereka pernah dijajah. Pengalaman tidak pernah mengajar mereka penyeksaan hidup dijajah. Anak-anak hari ini tidak pernah merasa tidur dalam kerlipan pelita minyak tanah kerana setiap masa mereka membesar di dalam bilik berhawa dingin.

Bagaimana mereka boleh memahami erti mandi di perigi, sedangkan mereka tidak pernah melihat perigi. Mereka hidup dalam zaman moden yang lama kelamaan menghakis semangat nasionalisme bangsa.

Realitinya, golongan muda hari ini mula tidak memahami erti sejarah kerana mereka belajar sejarah semata-mata untuk tujuan peperiksaan. Bagi semua bangsa Malaysia, mereka hanya akan memahami erti kemerdekaan sekiranya mereka menghayati erti keperitan hidup.

Tidak salah meniupkan pemikiran serta jiwa merdeka kepada anak-anak bangsa kerana merekalah yang akan menyelamatkan negara daripada sebarang ancaman pada masa akan datang. Kemerdekaan negara akan hancur sekiranya rakyat berpecah belah.



Dalam suasana kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi, orang Melayu yang berpecah belah, masih belum dapat ditautkan semula. Ini adalah suasana yang amat malang bagi bangsa Melayu kerana kedudukan mereka sebagai tulang belakang bangsa Malaysia. Bolehkan kita mengatakan bahawa orang Melayu sebagai masyarakat berwawasan sedangkan mereka sendiri terus berpecah belah. Orang Melayu mempunyai sikap prejudis sesama sendiri.

Daripada kata-kata, mereka dilihat tidak jujur sesama sendiri hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza walaupun seagama. Di depan cakap lain, di belakang cakap lain. Hari ini puji, esok dikeji. Bila mereka bercakap di khalayak ramai orang mula melemparkan kata-kata mereka bercakap lain di mulut, lain pula di hati. Jika orang yang dihormati bercakap berbelit-belit, bagaimana ia boleh menjadi teladan kepada bangsa dan seagama. Inilah dilema orang Melayu hari ini.

Usaha mengisi kemerdekaan, tidak ada hadnya. Ia perlu diteruskan hingga kepada generasi akan datang walaupun ketika itu sejarah negara zaman silam sudah ditinggalkan jauh. Jika sejarah hari ini yang dijadikan sandaran, bermakna bangsa Malaysia hanya melihat kepada pergolakan bangsa Malaysia yang berlaku di depan mata kita hari ini.


Itulah sebabnya dalam apa keadaan sekali pun, apabila tiba bulan kemerdekaan nama-nama pemimpin negara bermula daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disebut kerana setiap mereka mempunyai peranan membina bangsa dan negara.

Begitu juga dengan pemimpin hari ini dan mereka yang akan mewarisi pimpinan negara pada masa akan datang, tetap disanjung. Setakat ini, semua pemimpin yang menerajui negara mempunyai jasa kepada negara berasaskan kepada waktu dan ketika pentadbiran mereka. Semua mereka menyambung tugas menyedarkan rakyat supaya memahami erti kemerdekaan.

Bagaimana keadaan negara pada 50 tahun akan datang. Dari segi fizikalnya, kita yakin Malaysia akan lengkap serba serbi. Isunya ialah bagaimana pemikiran rakyat Malaysia pada 2057 nanti, apabila negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-100 tahun nanti.

Setakat ini, sejarah menyaksikan betapa kepemimpinan Umno masih berjaya menerajui perjuangan mencapai kemerdekaan dan mengurus cabaran kemerdekaan. Untuk 50 tahun akan datang, pastinya ia bermula hari ini. Wallahuallam.

Suara politik
Belantan

Selasa, Ogos 27, 2013

Gani Patail perlu hadapi sendiri penjenayah tegar kalau nak tahu langit tu tinggi ke rendah?


Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bahawa kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana 'ketagih' dengannya adalah terlalu sinikal.

Demikian kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang turut menyifatkan kenyataan Abdul Gani itu sebagai tidak bijak.

“Bermakna undang-undang ketika itu diwujudkan tanpa kajian sehingga menyebabkan polis menjadi ‘ketagih’.

“Beliau (Abdul Gani) mesti tahu setiap undang-undang itu mesti mendapat kelulusan daripada pejabat Peguam Negara," katanya disini semalam.

Kata beliau, sekiranya benar dakwaan tersebut, Gani perlu melihat bagaimana keberkesanan EO untuk berdepan dengan penjenayah berat.


“Beliau tidak bergelumang dengan penjenayah, dia tidak berdepan seperti kita dalam polis. Kita bercakap isu jenayah berat sekarang ini.

“EO tidak membantu polis adalah tidak benar, tanya sahaja kepada pesara polis, mereka akan mengakuinya,” ujarnya yang memegang jawatan nombor satu polis itu pada Januari 1994 hingga 1999.

Kata Rahim lagi, Abdul Gani tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu dan beliau perlu kemukakan bukti sekiranya ia benar.

“Kecuali beliau memang ada buat kajian mendalam dari segi aspek ‘ketagihan’ dan mesti ada bukti yang sahih.

“Kalau tidak boleh memberi asas yang kukuh, saya anggapnya sebagai sinikal dan bersifat sarkastik,” katanya.

Terdahulu, Abdul Gani dalam laporan sebuah portal berita berkata, secara umum tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namun polis menggunakannya kerana mereka ketagih dengannya.

Suara Politik
Belantan

Kalau Cina pulaukan pemimpin Melayu, salah ke Melayu pulaukan barangan Cina?


Artikel menarik dari Blog. Zamkata ( Zainuddin Maidin ) mengenai kritikan beliau terhadap akhbar The Star dan bangsa Cina yang lupa asal usul mereka!

Apabila orang Melayu berpakat untuk memulaukan kedai Cina, barangan Cina dan semua produk syarikat Cina, maka akhbar The Star menjalankan kempen menentangnya kerana dakwanya membahayakan keharmonian sosial negara.

Tetapi apabila orang Cina menjalankan kempen untuk meruntuhkan dominan Melayu dalam sebuah kerajaan majmuk yang terbina sejak merdeka, The Star tidak pula nampak bahayanya.

Saya telah nampak bahayanya apabila ribuan orang Cina di kampong dan di bandar beratur panjang berbatu-batu, termasuk yang pulang dari luar negara untuk menenggelamkan kerajaan Melayu pada 5 Mei lalu.


Tindakan Buy Chinese Last oleh beberapa NGO Melayu adalah sebagai membalas tindakan orang Cina khususnya DAP yang mahu menghancurkan sebuah kerajaan yang bersifat multiracial tetapi telah tersasar membina sebuah kerajaan Bumiputra.

Jika orang Cina mahu melindungi perbuatan jahat menentang kepimpinan Melayu dengan kempen "Kami Suka Najib, Tetapi Tidak Suka BN," maka apa salahnya jika orang Melayu berkempen "Kami Suka Cina, Tetapi Tak Suka Barangan Cina."

Saya sendiri tidak percaya bahawa tindakan ini akan berkesan serta merta kerana kuasa ekonomi tidak sepenuhnya berada di tangan orang Melayu atau Bumiputra tetapi kempen Buy Chinese Last boleh berkesan jika dijalankan terus menerus dalam masa empat lima tahun akan datang secara profesional dengan strategi yang inovatif dan kreatif, halus dan bijak secara kecil-kecilan dan besar-besaran.

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Benarkah Raja Petra simpan fail rahsia Azmin Ali?


Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mendakwa memiliki "fail rahsia" mengenai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.

Dalam entri beliau bertajuk “MACC "Deep Throat" comes out of the closet". (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu.

RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit. RPK berkata, fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Ogos 26, 2013

Saya akan bekerja kuat untuk memastikan anak muda akan tertarik kepada PKR - Azmin Ali?


Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini menepis spekulasi mengatakan beliau akan bertanding jawatan Presiden menentang Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam pemilihan parti itu awal tahun depan.

Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan tumpuan utamanya kini adalah bekerja untuk memastikan anak muda akan tertarik kepada PKR sekaligus mengukuhkan kedudukan dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Itu (soal bertanding jawatan Presiden) kita bincang kemudian ... saya nak fokus kerja supaya PR boleh gunakan lima tahun akan datang untuk menarik anak muda menyokong PR.



"Kita mahu membina kekuatan parti dan penjenamaan semula parti supaya ia lebih menarik." katanya lapor The Malaysian Insider.

Azmin juga turut menepis dakwaan wujudnya agenda memboikot Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan media sebelum ini, sebaliknya mengakui hubungan beliau selaku Pengerusi PKR Selangor amat rapat dengan Abdul Khalid yang juga Pengerusi PR Selangor.

"Kita ada muafakat cukup baik ... wacana agak berkala bagaimana parti boleh bersama kerajaan negeri melaksanakan manifesto. Hubungan kerja cukup baik, jangan layan fitnah dan tohmahan," katanya lagi.


Beliau juga berkata, hasil perbincangan ketika temu rapat antara pemimpin PR di Pulau Pinang pada Ahad dan Isnin lalu juga perlu dilaksanakan.

"Kita nak selaraskan dan laksanakan apa yang kita bincangkan di temu rapat," katanya ringkas di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di hari ini.

Laporan media sebelum ini berkata Abdul Khalid umpama dipinggirkan PKR negeri dalam aktiviti mereka dan hanya dilihat menghadiri program anjuran agensi-agensi kerajaan negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tanpa penyertaan pemimpin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adu) mahu pun pimpinan cabang PKR.



Malah, Khalid juga turut dikatakan dilihat hanya hadir dalam program-program anjuran Exco atau DUN yang diwakili oleh PAS atau DAP.



Perkara itu disedari apabila Majlis Rumah Terbuka hari raya pertama yang diadakan di Dataran SUK di Shah Alam yang hanya dihadiri kebanyakan pimpinan PAS dan DAP tanpa kehadiran pemimpin dan ADUN mahupun kepimpinan cabang PKR Selangor.

Ketika program hari terbuka Parlimen Gombak yang dianjurkan oleh Azmin baru-baru ini, Khalid juga tidak kelihatan walaupun ramai ADUN dan pimpinan PKR hadir.

Mungkin anak-anak muda perlu memikirkan samada mahu lagi memilih PKR sebagai haluan politik mereka jika mereka mendapati moral para pemimpin PKR adalah sama seperti mana dalam gambar-gambar diatas! Fikir dan renongkan lah sebelum terlambat!

Suara Politik
Belantan

Politik sosialis ( adik komunis ) ditolak rakyat Malaysia?


Punca utama Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak Syed Husin Ali sebagai calon kerusi Parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum, 10 tahun lalu ialah kerana Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berfahaman sosialis. Walaupun pencalonan Syed Husin dicadangkan oleh Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan ketika itu tetap menolak kerana menganggap sosialis ‘adik komunis’.

Padanya, orang berideologi sosialis ‘tidak ada agama’. Apabila keputusan PRU-10 diumumkan, PAS mengalami keputusan paling buruk sejak memerintah Kelantan pada 1990. Kerajaan PAS hampir tumbang. Menurut Syed Husin, ketika melawat Nik Aziz yang terpaksa masuk hospital selepas keputusan pilihan raya 2004, Mursyidul Am PAS itu menunjukkan reaksi beliau menyesal dengan keputusan tidak membenarkannya bertanding.


Nik Aziz bukan satu-satunya pemimpin pembangkang yang tidak percayakan calon sosialis. Beberapa pemimpin lain menolak kerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam PRU-13 lalu. Di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, PAS meletakkan calon walaupun Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim bertanding di situ.

Akibatnya, kedua-dua mereka kalah dan kerusi itu dimenangi calon Barisan Nasional (BN). PSM gagal memenangi sebarang kerusi dalam PRU-13 kerana semua calonnya kalah dalam pertandingan tiga atau empat penjuru.


Sehingga hari ini, pakatan pembangkang tidak mampu membuat keputusan sama ada untuk menerima permohonan PSM menjadi anggotanya. Anwar berkata PSM boleh menjadi parti sekutu jika ia menerima dasar bersama pakatan pembangkang tapi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menolak.

Kontradiksi pemimpin pembangkang

Pengerusi DAP, Karpal Singh menganggap PSM layak menjadi anggota pakatan pembangkang kerana pernah memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput pada PRU-12 dan bagi mengelak pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14 nanti. Pemimpin PAS, Khalid Samad pula berkata jika begitu, PSM bolehlah menggunakan logo DAP dalam pilihan raya akan datang tapi tidak sebagai anggota pakatan pembangkang.

Kontradiksi antara pemimpin pakatan pembangkang menjadikan PSM tawar hati. Dr Mohd Nasir masih marah kerana kekalahannya berpunca daripada perbuatan ‘tikam belakang’ rakan pembangkang.

“Kita hadapi banyak masalah ketika pilihan raya. Keadaan kacau-bilau. Walaupun kita lawan musuh yang sama, rakan sendiri yang khianat. Kita akan kaji hubungan kita dengan pakatan pembangkang. Kita sedaya upaya mahu bekerjasama tapi pakatan rakyat anggap kita lemah dan memperlekeh kesetiakawanan kita.


“Kita akui mengalami kesukaran kerana bilangan ahli parti belum ramai dan parti pun belum kuat untuk menggugat sesiapa. Sebab itulah kita sanggup kompromi dengan rakan pakatan untuk bantu tawan Putrajaya.

Malangnya, mereka terjemah keikhlasan kita sebagai satu kelemahan. Pakatan salahkan PSM apabila ada calonnya kalah. Mereka tuduh parti sosialis enggan membantu. Tapi mereka tidak pula ungkit kerja mereka mensabotaj PSM menjelang PRU-13 lalu,” katanya.

Kekecewaan PSM amat jelas dan mendalam kesannya. Selain gagal menjatuhkan UMNO dan Kerajaan BN, ia menganggap pakatan pembangkang tidak boleh diharap untuk mengubah keadaan kerana ia juga sebahagian daripada sistem yang merosakkan masyarakat.

Di persimpangan politik

PAS dan PKR, misalnya, tidak layak bercakap soal pentadbiran yang baik, kronisme, nepotisme dan penyelewengan kuasa kerana itu jugalah yang dilakukan pemimpin PAS dan PKR. DAP tiada hak moral bercakap mengenai demokrasi dan kepelbagaian kerana ia juga mengamal politik perkauman.


Dalam isu kepentingan Cina dan untuk menghentam UMNO, ia menggunakan media Cina dan mengharapkan sokongan masyarakat Cina. PSM kesal dengan kegagalan kerajaan negeri pakatan pembangkang menjaga kebajikan rakyat, terutama soal pemberian hak kepada petani, perumahan dan kebajikan pekerja estet, dan mereka yang hilang pekerjaan.

Banyak janji pakatan pembangkang kepada rakyat tidak ditunai. PSM juga kecewa kerana pakatan pembangkang bersikap prokapitalis, propemilikan harta oleh korporat dan swasta, serta tidak menghentikan program pelancongan kesihatan yang meluaskan pasaran perubatan swasta dan menjejaskan kecekapan hospital awam.

Menurut pengasas PSM, Dr Jeyakumar Devaraj, bekas doktor di Hospital Pulau Pinang, PSM kini di persimpangan politik. “Adakah kita teruskan hubungan baik dengan pakatan walaupun mereka tetap melaksanakan dasar neo-liberal?


Kita boleh beri mereka ruang tetapi kita akan terus kritik pakatan jika mereka serang rakyat biasa.” Katanya, kepemimpinan PSM mengkaji kemungkinan tidak lagi mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana tidak mahu terlalu terdedah dengan politik ‘bourgeoise’ atau politik wang sehingga mengkompromikan pendirian antikapitalis mereka.

Walaupun aktivis politik, Lim Kean Chye menganggap PSM diketuai ‘sebilangan pemimpin komited dan berpotensi menjadi gerakan yang besar’, hakikatnya parti ini menghadapi masa depan yang malap dalam politik Malaysia. Ia cuba mengambil modal daripada kegagalan globalisasi dan kapitalisme di Barat untuk membuktikan keburukan sistem itu, namun ini tidak boleh dijadikan kayu ukur di Malaysia.-BH

Suara Politik
Belantan

MB Khalid perlu jawab isu beli lori sampah?


Kerajaan negeri Selangor diminta supaya mengadakan program dialog terbuka bagi menjawab isu pembelian lori sampah yang sehingga kini belum kelihatan menjalankan khidmatnya sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, dialog tersebut perlu dihadiri oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat agar segala persoalan tentang pembelian tersebut dapat dijawab.

"Isu ini bukan satu isu yang kecil kerana ia membabitkan keselesaan dan kesihatan rakyat, jika masalah ini berterusan dikhuatiri negeri Selangor menjadi sebuah negeri yang kotor.


"Saya pernah mengutarakan kebimbangan mengenai pemberian tender kontraktor pembersihan kepada syarikat-syarikat swasta yang diragui kredibilitinya, juga kesahihan pembelian lori-lori sampah tersebut, dan sekarang menjadi kenyataan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembelian 50 lori sampah jenis kompaktor dari China oleh kerajaan negeri, dan juga pemberian tender kebersihan kepada syarikat-syarikat swasta. Baca di sini.

Sehingga kini, lori-lori sampah yang digunakan di negeri Selangor tidak menepati standard ditetapkan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan rakyat Selangor khususnya di Selayang dan Semenyih.


Jacob berkata, kerajaan negeri perlu memberi penjelasan sewajarnya tentang pembelian lori tersebut kerana ia jelas membazirkan duit rakyat.

"Kerajaan negeri juga dilihat sewenang-wenangnya menyenarai hitam kontraktor terdahulu yang akhirnya kontraktor yang dilantik kini tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik," katanya.

Suara Politik
Belantan