Sabtu, Februari 28, 2015

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina - DAP “CEMARI” TAHUN BAHARU CINA?

Keratan akhbar China Press bertarikh 25 Februari 2015.

Akhbar China Press bertarikh 25 Februari 2015 menyiarkan artikel yang menyentuh mengenai tindakan dua ahli DAP yang mencetuskan kontroversi apabila memuat naik beberapa keping gambar mereka berjudi di tempat terbuka dan membakar mercun dalam Facebook semasa perayaan Tahun Baharu Cina, baru-baru.

Artikel bertajuk ‘Bermula sahaja Tahun Baharu Cina DAP sudah berkulat’ ditulis oleh Lim Eng Theng itu disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C17.

Kontroversi tercetus setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Eddie Ng Tien Chee dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Lai Wai Chong cuba mewajarkan tindakan mereka, biarpun secara terang-terangan telah melanggar undang-undang dan peraturan.

Mengaku gambar itu adalah dirinya, Wai Chong menganggap pembakaran mercun tidak harus dijadikan satu kesalahan, lebih-lebih lagi aktiviti itu akan memeriahkan lagi suasana perayaan Tahun Baharu Cina.

Hakikatnya, beliau terlepas pandang bahawa jika pihak berkuasa memberi kelonggaran itu, permintaan mercun di pasaran meningkat, sekali gus mendorong banyak simpanan stok mercun.

Padah dapat dilihat apabila sebuah kedai runcit di Pangsapuri Emas, Butterworth, Pulau Pinang yang menyimpan pelbagai jenis bunga api dipercayai untuk dijual sempena Tahun Baharu Cina musnah terbakar pada 8 Februari lalu.

Kebakaran kedai runcit yang terletak di tingkat bawah bangunan lima tingkat dalam kejadian pukul 11.31 malam itu turut menyebabkan tiga motosikal di hadapan kedai terbakar, selain tiga buah rumah yang berada di tingkat atas kedai runcit mengalami keretakan.

Penulis menyifatkan Wai Chong tidak bersikap matang apabila hanya memikirkan keseronokan tanpa mengambil kira kesan mudarat dan bahaya kepada orang awam akibat kelonggaran diberi kepada masyarakat itu untuk bermain mercun secara berleluasa.

Berbanding Wai Chong, Tien Chee pula berhasrat untuk me­ngambil tindakan saman malu terhadap pihak yang cuba menjatuhkan maruahnya ekoran penyebaran gambar dirinya yang berjudi secara terbuka.

Lebih mengelirukan orang ramai, beliau sendiri tidak dapat mengesahkan bahawa dalam gambar itu adalah dirinya biarpun mengaku pernah terlibat dengan perjudian beramai-ramai.

Pada hemat penulis, sebagai seorang ADUN, Tien Chee perlu menjaga imej wakil rakyat sebagai sebahagian pendokong undang-undang. Tindakannya itu jelas menjejaskan DAP dan parti itu sewajarnya mengenakan tindakan disiplin, biarpun pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan.-UMO

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Februari 27, 2015

Anwar didakwa rancang guling Abdul Hadi?


Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dikatakan merancang untuk memastikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lagi menerajui parti itu selepas muktamar Jun ini.

Pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendakwa, tindakan itu dilakukan kerana Abdul Hadi tidak lagi memberi sokongan kepada Anwar untuk mengadakan demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan mahkamah terhadapnya.

Menurut beliau, Anwar memerlukan sokongan Pas untuk menggerakkan Reformasi 2.0 atau demonstrasi jalanan seperti yang pernah dimulakannya pada 1998.

“Tanpa Pas, Reformasi 2.0 akan gagal kerana Anwar tidak berupaya menggerakkan penunjuk perasaan seperti yang dilakukannya pada 1998 yang mana sebahagian besar daripada peserta demonstrasi merupakan penyokong Pas,” katanya dalam entri bertajuk Will Anwar’s Strategy Work? di laman blog beliau (http://www.malaysia-today.net) hari ini.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan terakhirnya berhubung kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Raja Petra turut mengaitkan kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dengan usaha membantu Anwar menjalankan gerakan menyingkirkan Abdul Hadi.


Beliau berkata, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 yang dijadualkan berlangsung Jun ini bakal menjadi penentu sama ada Abdul Hadi kekal sebagai Presiden parti itu atau sebaliknya.

“Sekiranya mereka berjaya menyingkirkan Abdul Hadi, gerakan Reformasi 2.0 mungkin dapat dilaksanakan.

“Sebaliknya, jika usaha itu gagal, Anwar tentu berharap beliau mendengar nasihat pakar-pakar strategi politiknya supaya meneruskan gerakannya dari luar negara sejak awal lagi,” jelasnya.

Selain sokongan Pas, Raja Petra menambah, gerakan Reformasi 2.0 juga bergantung kepada sokongan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dari segi pembiayaan kewangan.

“Namun, ada khabar angin mengatakan Mohamed Azmin belum mengesahkan kesediaannya untuk membiayai gerakan Reformasi 2.0.

“Oleh kerana itu, Anwar masih belum memberi restu terhadap cadangan melantik Mohamed Azmin sebagai Ketua Pembangkang yang baharu,” ujarnya.

Menurut beliau, jawatan Ketua Pembangkang akan diberikan kepada pemimpin pembangkang yang lain sekiranya Mohamed Azmin enggan menyalurkan peruntukan kewangan untuk gerakan tersebut.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Februari 26, 2015

RAKAMAN SUARA MAT SABU RANCANG GULINGKAN PRESIDEN PAS DAN ULAMA TERSEBAR?


Kumpulan penyokong ulama dan presiden PAS hari ini mendedahkan satu rakaman audio yang didakwa sebagai taklimat dibuat Mohamad Sabu untuk menjelaskan kembali serangan ke atasnya.

Laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi menamakan audio itu sebagai bukti rakaman timbalan presiden PAS itu sedang memberikan taklimat untuk kerja memburukkan dan menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini serangan kedua selepas Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli menjadi sasaran pendedahan perbincangan dalam aplikasi Whatsapp yang mendedahkan kononnya beliau dalang dalam usaha menjatuhkan Hadi, tetapi ahli Parlimen Kuala Krai itu menafikannya dan mendesak siasatan dibuat.



Audio berdurasi 2.10 minit itu memuatkan suara yang dikatakan milik Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, memberi taklimat kepada rakannya untuk membuat serangan balas terhadap serangan ke atasnya.

Dalam transkrip audio rakaman suara itu, beliau dikatakan berkata bertemu dengan pimpinan PAS peringkat kawasan bagi membuat penjelasan.

"Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu di’deny’ (nafikan)," kata suara rakaman yang mirip suara Mat Sabu itu.

Suara itu seterusnya meminta penjelasan dibuat ke peringkat bawah, ”Bukan dalam bentuk ceramah, bukan dalam bentuk blog, dalam bentuk menemui yang dipanggil pimpinan yang kemungkinan menjadi perwakilan."

Transkrip rakaman itu turut menyatakan, ”Mereka tidak boleh menerima bila saya kata itu adalah pendapat peribadi. Saya kata ialah, bila Syura keluar dari pandangan mesyuarat, itu pandangan peribadi. Keputusan mesyuarat itu adalah keputusan jemaah."

Menurut laman Facebook itu, audio yang mereka sebarkan adalah bahagian pertama daripada lebih banyak pendedahan yang mereka lakukan.

Sebelum ini, laman Facebook tersebut membuat pengumuman beberapa kali untuk mendedahkan apa yang dikatakan sebagai bukti selepas demonstrasi mendakwa Dr Hatta dibuat di hadapan Pejabat Agung PAS.

Dalam demonstrasi pimpinan Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhil Ahmad yang turut disertai bapa saudaranya yang juga ketua dewan ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, Dr Hatta didakwa menjadi dalang mahu menjatuhkan Hadi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berjanji akan menyiasat demonstrasi dan juga kandungan memorandum itu. – SUMBER

Suara Politik
Belantan

Keluarga Anwar dengan rasa tak malunya muncul di Istana Negara?


Jika sebelum ini ketika PRU ke-13 yang lalu Wan Azizah dan Anwar mengajak rakyat untuk menolak KETUANAN MELAYU, tapi sekarang dengan muka selamba Wan Azizah anak beranak mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung keputusan kes liwat!

Tindakan keluarga Anwar Ibrahim boleh disifatkan ibarat ‘menjilat ludah sendiri’ dan ‘cakap tak serupa bikin’.

Anggota keluarga Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan kes Liwat II. Mereka muncul di Istana Negara pada kira-kira jam 3.30 petang semalam bagi mengemukakan permohonan itu.

Seorang anak perempuan Anwar, Nurul Nuha mengesahkan perkara itu.

"Satu rayuan untuk mendapatkan Pengampunan Yang di-Pertuan Agong sudah dikemukakan.

"Mahkamah mungkin menjatuhkan hukuman bersalah namun bapa kami dan keluarga kami tetap menyatakan bahawa beliau tidak bersalah.

"Selari dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kami berharap agar institusi diraja akan memberi pengampunan atas nama keadilan dan berdasakan semua fakta.

"Kami juga akan meneruskan sehabisnya apa jua cara yang diperuntukkan bagi rakyat negara ini," kata Nurul Nuha dalam kenyataannya.


Pihak Istana Negara juga mengesahkan kehadiran anggota keluarga Anwar pada hari ini.

Menurut laporan Bernama, permohonan itu dikemukakan melalui petisyen mengikut Peraturan 113, Peraturan Penjara 2000.

Peruntukan itu memberi peluang kepada banduan untuk mengemukakan petisyen berkenaan seberapa segera selepas sabitan dan seterusnya selepas tiga tahun dan selang dua tahun selepas itu.

Sementara itu, satu kenyataan yang dikeluarkan parti tersebut petang ini menegaskan bahawa ia merupakan keputussan anggota keluarga itu sendiri.

"Permohonan rayuan pengampunan ini dibuat oleh ahli keluarga, bukan oleh Anwar Ibrahim atau parti," kenyataan itu dipetik.

Sekiranya Anwar tidak memohon pengampunan, kerusi Permatang Pauh yang disandangnya bakal diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil perlu diadakan.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Februari 25, 2015

Masih lagi di Kelantan...!!! Rogol anak saudara hingga hamil?

Sekadar gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang lelaki kudung yang merogol anak saudaranya hingga hamil menerima hukuman penjara 17 tahun serta 10 sebatan oleh mahkamah sesyen.

Hukuman lelaki berusia 56 tahun diputuskan oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas dia mengaku merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah di Kampung Dabong, Kuala Krai antara jam 2 dan 4 pagi, Julai 2013.

Sinar Harian melaporkan, mangsa dikatakan pergi ke rumah ibu saudara untuk melawat wanita berkenaan dan bermalam di sana. Suami wanita tersebut dilaporkan turut sama berada di dalam rumah. Ketika tidur, tertuduh mengambil kesempatan dengan merogolnya dan memberi amaran supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada orang lain.

Takut dengan amaran tersebut, mangsa berdiam diri dan tidak memberitahu sesiapa.

Mangsa kemudian hamil dan menyembunyikan kehamilannya sehingga melahirkan seorang bayi lelaki pada 26 Mei 2014 dan semua perkara in terbongkar semasa mangsa melahirkan bayi tersebut.

Selepas laporan dibuat, tertuduh ditahan dan analisa ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya mengesahkan tertuduh adalah bapa kandung bayi berkenaan.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Februari 23, 2015

Mat Sabu, Hatta wajar bersihkan nama?


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan Pengarah Pilihan Raya­nya, Dr. Mohd. Hatta Ramli wajar tampil memberi penjelasan bagi membersihkan nama mereka daripada tuduhan menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria berkata, tuduhan seumpama itu boleh dilemparkan oleh sesiapa sahaja, justeru siasatan wajar dijalankan, malah tindakan perlu diambil sekiranya dakwaan dilakukan adalah benar-benar berlaku.

“Perkara ini baru tuduhan, kita pun tidak tahu (kebenarannya). Sesiapa sahaja boleh melemparkan tuduhan. Yang diminta ialah supaya dibuat siasatan. Kalau tak betul, alhamdulillah. Kalau betul, kita kena ambil tindakan. Kalau nak dikira tabayyun (mendalami masalah de­ngan teliti), ayat al-Quran pun ada (menyebut), apabila kita menerima sesuatu berita, maka kita kena siasat.

“Memang sepatutnya dalam gerakan kita melibatkan satu jemaah ini, apabila ada sesuatu dilemparkan kepada kita, lebih baik kita sendiri yang tampil membersihkan nama. Kalau tak ada pembersihan ini, mungkin ada satu badan lain pula yang membuat pengesahan kepada perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran pakatan pembangkang negeri di pekarangan Wisma DAP di sini hari ini.

Razman diminta mengulas kewajaran Mat Sabu dan Mohd. Hatta tampil membersihkan nama mereka selepas seorang wakil Dewan Ulama Pas Kedah, Fauzi Hussin mengaitkan kedua-duanya sebagai dalang untuk menjatuhkan Abdul Hadi sewaktu membahaskan ucapan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob dalam Multaqa Ulama SeMalaysia II di Serdang Jaya, Selangor, semalam.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya sama ada Pas negeri mengiktiraf kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Razman berkata, pihaknya mengikut ketetapan Majlis Syura Ulama selaku badan tertinggi dalam parti itu yang menetapkan supaya ahli-ahli Pas tidak terlibat dengan program dianjurkan persatuan itu.

“Badan ini melihat serta membuat teguran supaya perjalanan Pas mestilah tidak lari daripada al-Quran dan as-sunnah kerana ada yang membawa sesuatu tidak baik kepada parti.

“Maka, sebagai pesuruhjaya yang merupakan badan perhubu­ngan dan dilantik daripada keputusan Pusat, maka kita kena bawa ketetapan ini ke peringkat dasar. Kita hanya menyambung keputusan dasar ini,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Februari 22, 2015

Desak Mat Sabu, Hatta dipecat?

Barisan pimpinan ulama Pas dan para perwakilan yang menghadiri Multaqa Ulamak SeMalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, Selangor, semalam.

Pas tidak lagi berlapik apabila secara terbuka mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Pengarah Pilihan Raya parti itu, Dr. Mohd. Hatta Ramli sebagai dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menyifatkan kedua-dua pemimpin tersebut sebagai biadab, wakil Dewan Ulama Pas Kedah, Fauzi Hussin, seterusnya mendesak tindakan tegas termasuk memecat Mohamad dan Mohd. Hatta bagi merawat kembali parti itu yang kini dilanda perpecahan.

Beliau yang berkias dengan mengaitkan permasalahan Pas kini seperti penyakit kencing manis berkata, apabila mana-mana anggota badan dijangkiti penyakit tersebut langkah terbaik bagi menyelamatkan nyawa adalah dengan memotong bahagian terlibat.

“Mana tindakan kita bila ada suara sumbang pertikai Presiden? Mereka datang rasmi mesyuarat cawangan tapi cerita keburukan Presiden. Ini jelas biadab. Perlu tindakan tegas tidak kiralah siapa pun walaupun pangkat dia Timbalan Presiden atau Pengarah Pilihan Raya parti.


“Kalau isteri ingkar perintah suami maka jatuh nusyuz dan adalah dayus jika kita tidak ceraikan bini yang nusyuz,” katanya semasa membahaskan ucapan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob dalam Multaqa Ulama SeMalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, dekat sini hari ini.

Pada 8 Februari lalu, Ketua Dewan Pemu­da Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim bersama kira-kira 300 ahli yang merupakan penyokong Abdul Hadi berhimpun di ibu pejabat parti itu mendesak Mohd. Hatta dan mereka yang terlibat dalam komplot menjatuhkan Presiden serta kepe­mimpinan ulama meletak jawatan.

Dalam laporan sebuah portal baru-baru ini, Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi mengakui terdapat perbincangan dalam parti berhubung kedudukan Abdul Hadi sebagai presiden Pas.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan menafikan terlibat dalam kumpulan itu walaupun ada pihak yang mengaitkannya bersama Mohamad, Mohd. Hatta dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam kumpulan yang didakwa cuba menjatuhkan Abdul Hadi.


Dalam pada itu, Fauzi bertindak menyelar sikap Mohamad yang sering kali menyifatkan kenyataan Abdul Hadi mengenai pelbagai isu berkait pakatan pembangkang cuma sebagai pandangan peribadi Presiden Pas tersebut dan bukan mewakili pendirian parti.

Katanya, jika begitu pendirian yang diambil oleh Mohamad, mengapa Timbalan Presiden Pas tersebut tidak pula tampil menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pandangan peribadi dalam isu serupa.

“Sebab itu pada saya, seluruh ahli Majlis Syura Ulama perlu bertegas, mesti menyatakan pendirian segera dan jangan ada muslihat (kerana) kepentingan jemaah perlu dijaga, kalau tidak kekuatan yang ada pada kita pada hari ini akan hilang,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Adakah kerana 
dia Anwar...maka?


Sejak Mahkamah Persekutuan mengekalkan penjara lima tahun ke atas Anwar Ibrahim kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 10 Februari lalu, pelbagai gelagat memualkan ditunjukkan oleh pakatan pembangkang.

Terbaharu Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan Ketua Pembangkang itu akan dibebaskan dari penjara jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14. Penulis tidak mahu mengulas apa-apa mengenai kenyataan Kit Siang itu, biarlah rakyat menilai.

Apa yang ingin penulis persoalkan adakah kerana yang dihukum itu Anwar maka segala-galanya mahu dibenar atau ‘dihalalkan’? Antaranya;


* Adakah kerana dia Anwar maka mahkamah dituduh tidak adil dan sistem kehakiman sudah rosak? Sedangkan selama ini mahkamah itulah yang membenarkan kes liwat tersebut berlanjutan hampir enam tahun.

Mahkamah dan panel hakim itulah juga yang membenarkan penangguhan perbicaraan lebih 100 kali demi mendengar pelbagai permohonan Anwar. Malah sistem kehakiman tersebutlah yang mengizinkan Anwar dibela oleh 14 peguam yang hebat-hebat belaka. Oleh itu adakah kerana keputusan tidak menyebelahi Anwar maka pembangkang berhak menghina mahkamah dan panel hakim sesuka hati mereka?

* Adakah kerana dia Anwar maka ahli keluarganya berhak ‘Berarak Untuk Kebebasan’ termasuk mahu mendapat sokongan kuasa asing bagi membebaskan ketua pembangkang itu?


Walaupun dia bernama Anwar, itu bukan bermaksud negara asing berhak campur tangan urusan dalaman negara ini. Malaysia negara berdaulat oleh itu jangan kerana dia Anwar maka ada negara cuba mencabul kedaulatan negara kita.

* Adakah kerana dia Anwar maka kerusi Parlimen Permatang Pauh seolah-olah hanya berhak diwarisi oleh isteri atau anak-anaknya? Apakah tiada orang lain dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Barisan Nasional (BN) yang lebih layak? Fikirkanlah semasa Anwar dipenjara kali pertama dahulu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dipilih bertanding di kerusi tersebut. Apabila Anwar bebas, Wan Azizah sewenang-wenangnya meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada suaminya menduduki semula kerusi tersebut melalui satu pilihan raya kecil.

Justeru adakah kerana dia Anwar, demokrasi boleh dipermainkan begitu sekali? Bagaimanakah dengan hak penduduk Permatang Pauh yang sudah pasti memerlukan seorang Ahli Parlimen yang berupaya membela nasib mereka dan bukan sekadar menjadikan kerusi wakil rakyat itu untuk mencari kuasa semata-mata?


* Kita juga ingin bertanya adakah kerana dia Anwar, maka dia berhak menerima layanan istimewa sepanjang di penjara? Bukankah dari segi undang-undang, setiap banduan perlu dilayan sama rata?

Kenapakah hanya Anwar sahaja perlu diberi keistimewaan sedangkan beliau seperti juga banduan lain didapati bersalah berdasarkan segala bukti yang dikemukakan di mahkamah?

Oleh itu cukup-cukuplah isu Anwar dipenjarakan mahu dipolitikkan, carilah modal lain kerana rakyat sudah muak apabila kestabilan negara terus mahu dikucar-kacirkan hanya kerana seorang individu. Kebenaran tetap kebenaran, biarpun 1001 kepalsuan cuba diciptakan.-UMO

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Februari 21, 2015

Terimalah hakikat bahawa 'Papa Hebat' adalah bekas banduan yang menjadi banduan semula?


Sebagai warganegara Malaysia mengapa mengeluh pasal lagu Negaraku? 'Papa Hebat' dan anak beranak perlu terima hakikat yang dia adalah bekas banduan yang kembali menjadi banduan semula. Semua ini adalah rutin harian di dalam penjara dan semua penghuninya harus mematuhi peraturan tersebut? Tiada siapa yang terkecuali!

Suara Politik
Belantan

Bukan lagu hina Nik Aziz?


KUALA LUMPUR - KRU Music menafikan sekeras-kerasnya pihaknya terlibat dengan penyebaran sebuah video yang dikaitkan dengan sebuah parti pembangkang.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, KRU Music menjelaskan bahawa lagu berjudul Sandiwara yang dikeluarkan pada penghujung tahun 2000 itu berinspirasikan isu Al Maunah yang menjejaskan keamanan negara pada ketika itu.

Beberapa hari lalu tersebar sebuah klip video berdurasi selama tiga minit 16 saat yang memaparkan imej Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berlatarbelakangkan lagu Sandiwara.


Video berkenaan yang menjadi viral di laman sosial menerima kritikan hebat daripada orang ramai terutama terhadap kumpulan trio adik-beradik KRU itu kerana didakwa terlibat dalam agenda untuk menghina bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Pihak KRU Music juga akan membuat laporan polis terhadap individu yang bertanggungjawab menghasilkan video berkenaan.

Kenyataan itu turut menjelaskan, tindakan individu yang membuat interpretasi sendiri dari lirik lagu ini adalah melanggar hak cipta milik syarikat itu.

Lagu Sandiwara yang dihasilkan 15 tahun lalu itu dinyanyikan artis alam maya di bawah naungan KRU, Tyco.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Februari 20, 2015

Jepun mahu belajar dari negara kita?

Makanan di restoran Jepun yang mempunyai logo halal yang memberi keyakinan kepada pengunjung Islam untuk menjamu selera di restoran berkenaan.

Ketidaktentuan ekonomi dunia telah memberi kesan bukan sahaja kepada negara-negara membangun seperti Malaysia, malah negara-negara maju seperti Jepun turut merasa kesannya. Perkembangan ekonomi Jepun menunjukkan sedikit penurunan dan berada pada skala statik sejak kebelakangan ini.

Namun, mereka cepat bertindak. Pelbagai strategi jangka pendek dan jangka pandang disusun bagi mencari jalan keluar daripada era kelembapan ekonomi ini.

Satu daripada langkah yang diambil adalah dengan memberi penumpuan kepada usaha untuk menarik pelaburan asing dan menjenamakan semula sektor pelancongan serta memperkasakan penerbitan buku dan karya ilmiah.

Bagi mencapai matlamat ini, Jepun telah melaksanakan strategi seperti menambahbaik infrastruktur sedia ada ke arah yang lebih Islamik untuk menarik para pelabur dan pelancong terutamanya daripada negara-negara Islam seperti Malaysia.

Antara usaha-usaha yang dilaksanakan adalah dengan menyediakan ruang khas solat di lapangan-lapangan terbang utama mereka.

Pada masa sama, Jepun juga menjadikan Malaysia sebagai tempat rujukan mereka dalam beberapa perkara mengenai Islam. Hal ini termasuklah dalam hal industri halal dan penerbitan ilmiah.

Umum mengetahui bahawa pada akhir tahun lepas Jepun menerima kemasukan produk-produk halal negara untuk dijual di negara mereka. Walaupun langkah itu dibuat sebagai persediaan untuk kemasukan atlet dan pegawai dari negara-negara Islam sempena Sukan Olimpik 2020, namun pemilihan Malaysia sebagai pengedar makanan halal di negara tersebut adalah sesuatu yang membanggakan.

Hal ini menyerlahkan lagi usaha kita ke arah menjadi hub produk dan perkhidmatan halal. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa negara kita kini telah diiktiraf sebagai peneraju industri halal dunia.

Penerimaan Jepun terhadap produk halal negara telah menjadi bukti bahawa logo halal negara adalah logo terbaik dunia. Jepun juga menjadikan Wilayah Chiba sebagai tempat untuk memasarkan produk halal negara.

Selain industri halal, Jepun juga mengambil berat mengenai perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Hal ini merangkumi bidang sosial sains, pengurusan, budaya, politik dan sebagainya.

Pendek kata, banyak perkara yang mereka mahu belajar daripada negara kita.

Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka negara telah dipilih oleh penerbit Jepun untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang penerbitan ilmiah. Mereka melihat UUM sebagai sebuah universiti yang menjadi pusat rujukan dalam bidang kepakaran pengurusan dan sains sosial.

Atas dasar tersebut, UUM dipelawa untuk bekerjasama dalam penerbitan buku yang mana buku-buku berkualiti terbitan Penerbit UUM (UUM Press) akan diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun.

Hasil awal kerjasama ini memperlihatkan kejayaan apabila mereka telah menterjemahkan karya penerbitan sebuah buku tentang politik bangsa Malaysia ke dalam bahasa Jepun.

Buku terjemahan ini akan dijual di pasaran Jepun. Bayangkan mereka sanggup menterjemah buku-buku kita atas dasar rakyat mereka akan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai politik rakyat kita yang majoritinya adalah Melayu Islam.

Selain buku tersebut, mereka juga memohon agar UUM mengeluarkan buku-buku mengenai kewangan Islam. Buku-buku ini akan diterbitkan dalam bahasa Jepun dan akan turut dijual di negara matahari terbit itu.

Kerjasama dan kesudian penerbit di Jepun untuk menjalinkan kerjasama dengan UUM telah membuktikan banyak perkara. Pertama, universiti-universiti tempatan telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang termasuklah penerbitan.

Kedua, Jepun ingin belajar se­suatu daripada negara kita. Jus­teru, me­reka menggunakan strategi mem­pelajari ilmu dan budaya ma­syarakat kita dan dikembangkan di negara mereka. Penyebaran ilmu melalui bahan penerbitan akan memberi banyak kebaikan kepada negara mereka untuk jangka masa panjang.

Inilah antara rahsia kejayaan orang Jepun. Walaupun mereka jauh lebih maju daripada kita sehingga menjadi bandar nombor 1 Asia dan ke-4 dunia, mereka tidak hanya duduk berdiam diri dan berpeluk tubuh.

Jepun memiliki masyarakat yang kaya dengan inovasi dan kreativiti. Mereka mewujudkan produk baharu yang tidak pernah terfikir oleh masyarakat lain. Mereka mendominasi dalam banyak industri. Bermula dengan industri kereta, permainan video dan robotik.

Namun mereka tidak pernah berasa penat untuk maju. Kini mereka tahu bahawa Malaysia mempunyai kepakaran yang tiada pada masyarakat mereka. Sebab itu, mereka ingin belajar dari Malaysia terutama berkaitan masyarakat Islam.

Tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan muncul sebagai hub industri halal dunia. Tidak mustahil jua suatu hari nanti negara mereka muncul sebagai peneraju kewangan Islam dunia. Justeru, apa peranan kita kepada negara kita? Tepuk dada tanyalah iman. - UMO

Suara Politik
Belantan

Khamis, Februari 19, 2015

ANWAR CUBIT PUTING SAIFUL SEBELUM SAPU KRIM PELINCIR - SHAFEE ABDULLAH?


KUALA LUMPUR: Peguambela kes liwat II, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan butiran sensasi mengenai kes liwat membabitkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang disabit bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu dalam satu sesi Dialog Khas bersamanya di Akademi Kapten Husin, Kelana Jaya, malam tadi.

Pendedahan kisah ‘intim’ antara Anwar dan Mohd Saiful ternyata membuat semua yang hadir termasuk media ‘terdiam’ dan tersipu malu apabila Muhammad Shafee antaranya menyatakan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sempat mencubit puting dada Mohd Saiful sebelum melakukan seks luar tabii atau meliwatnya.

“Sebelum meliwat, Anwar meminta Mohd Saiful menyapu krim pelincir K-Y Jelly di bahagian zakarnya sebelum meliwat Mohd Saiful.

“Bagaimanapun, ketika Anwar sedang meliwat Mohd Saiful, tertuduh secara tidak sengaja terpicit botol pelincir tersebut kerana menahan kesakitan yang menyebabkan Anwar ‘naik angin’,” katanya.

Sesi dialog terbuka itu dihadiri lebih 200 orang yang diadakan lebih kurang dua jam dan turut hadir sebagai wakil kerajaan adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Terus berkongsi lanjut rahsia hubungan ‘intim’ itu yang sebelum ini tidak dibongkarkan kepada umum, Muhammad Shafee menyatakan Anwar turut meminta dan bertanya kepada Mohd Saiful sama ada boleh mengadakan hubungan seks dengan tertuduh pada hari kejadian.

Bagaimanapun, Mohd Saiful telah menolak permintaan tokoh politik itu dan ini menjadikan kes liwat itu sebagai tanpa kerelaan Mohd Saiful pada hari tersebut.

“Seksyen 377B Kanun Keseksaan sekiranya (Mohd Saiful) melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun.

“Manakala Seksyen 377C Kanun Keseksaan menyatakan jika dilakukan tanpa kerelaan (Mohd Saiful), pesalah boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Shafee mengatakan susulan insiden liwat yang berlaku kepada Mohd Saiful pada hari tersebut, dia keesokkan terus menulis surat perletakan jawatan sebagai pembantu Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee menyatakan Mohd Saiful pernah mengaku melakukan hubungan seks bersama Anwar sebanyak sembilan kali.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Februari 18, 2015

Mengaku buat seks dengan mayat?


GHANA - Seorang pekerja di rumah mayat di sebuah hospital dilaporkan membuat hubungan seks dengan puluhan mayat wanita kerana sukar untuk mendapatkan kekasih.

Lelaki itu, Sharkur Lucas mendakwa perbuatan berkenaan sebahagian daripada latihan biasa di tempat kerjanya.

Menurut Lucas, dia sukar untuk mendapatkan teman wanita kerana pekerjaannya menakutkan mereka.

“Saya mahu berkahwin, tetapi ramai gadis tidak sudi berkahwin dengan saya kerana saya bekerja di rumah mayat, “ katanya.

Dia dikatakan memuaskan nafsunya di rumah mayat tersebut.

Lucas menjelaskan bahawa dia diminta tidur dengan mayat wanita oleh penyelianya kerana ia sebahagian latihan di tempat kerja.

"Saya diarah untuk tidur dengan mayat kerana ia adalah satu bentuk latihan sekiranya anda bekerja di rumah mayat," katanya.

Difahamkan, latihan ini dijadikan wajib kerana selepas seseorang tidur dengan mayat maka mereka tidak akan takut dengan mayat lagi.

Lucas juga telah dipecat oleh majikannya dan dia kini diburu pihak polis.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Februari 17, 2015

Foto Dimanipulasi Dalam Video `ISIS`, Nora Danish Buat Laporan Polis?


Hari ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan penyebaran klip video berdurasi kira-kira 1.02 minit di mana ianya memaparkan sekumpulan empat lelaki bertopeng mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara di mahkamah pada 18 Februari ini.

Kumpulan tersebut menggunakan ID YouTube ‘Isis Malaysia 69′ dikhabarkan akan membuat ancaman terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun pada jam 11.30 malam.

Selain itu, kumpulan tersebut turut menghasut seluruh anak muda negara ini turut serta membantah dengan cara mereka di dalam keterangan video tersebut.

Apa yang menarik perhatian penonton video itu pada masa yang sama ialah cara kumpulan ini menggunakan gambar Nora Danish untuk membuktikan yang mereka adalah rakyat tempatan.



Sementara itu, aktres Nora Danish akan membuat laporan polis berhubung isu fotonya dimanipulasi pihak tersebut.

Menerusi laporan Berita Harian, Nora berkata yang dia mendapat tahu berita ini menerusi rakannya tengahari tadi dan dia sendiri sudah menonton video berkenaan.

Meskipun pihak tersebut tidak menyebut namanya serta tiada sebarang perkara yang dibualkan mereka menyebut namanya, Nora berkata dia tetap akan membuat laporan polis dan enggan memberi komen lanjut berhubung isu ini.

Meskipun video tersebut kelihatan parodi dan seakan main-main, tetapi tindakan berupa ancaman untuk meletupkan mahkamah itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh kesemua pihak.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Februari 16, 2015

Berakhirkah hayat politik Anwar?

Sebahagian penyokong Anwar Ibrahim hadir mendengar keputusan rayuan akhir kes liwat ketua pembangkang itu di Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman Putrajaya, Selasa lalu. 

Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara me­nolak rayuan Anwar Ibrahim, lalu me­­ngekalkan sabitan dan hukuman penjara yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Seperti dijangka dari awal lagi, pelbagai pihak menyelar dan menghentam keputusan ini. Seorang peguam dari Sarawak, yang juga ahli Pakatan Rakyat, menyifatkan sabit­an Anwar ini sebagai sesuatu yang tidak masuk akal (beyond logic and reason).

Seorang individu lain dari sebuah badan bukan kerajaan (Aliran) mengatakan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan mensabitkan Anwar ini “mengaibkan” institusi kehakiman negara ini.

Portal Amnesty.org pula mendakwa keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari berkenaan amat teruk sekali (This is a deplorable judgment), sambil mengulangi tuduhan yang sudah sekian lama didendangkan oleh Anwar sendiri, iaitu prosiding jenayah yang dibuat ke atasnya ini “bermotifkan politik”.

Andainya anda ingin memahami kenapa Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak rayuan Anwar dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, anda perlu baca dengan teliti keseluruhan teks penghakiman yang dibaca oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria selama dua jam pada hari itu, atau setidak-tidaknya membaca ringkasan rasmi penghakiman itu setebal 54 halaman yang kini ada tersebar dalam ruang siber.

Sebab rayuan Anwar ditolak

Ada beberapa sebab kenapa rayuan Anwar ditolak – antaranya;

Pertama, Mahkamah Persekutuan mendapati Saiful seorang saksi yang boleh dipercayai, walaupun Anwar te­lah cuba bersungguh-sungguh me­yakinkan mahkamah bahawa Saiful seorang saksi yang tidak boleh dipercayai.

Bagi Mahkamah Persekutuan, Saiful ialah seorang anak muda yang berani dan cekal. Walaupun dia te­lah diperiksa balas dalam tempoh yang begitu lama oleh peguam­bela Anwar, keterangannya tetap konsisten dan kredibilitinya tidak tercabar. Lantaran itu, Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Rayuan mendapati Saiful seorang saksi yang boleh dipercayai.


Sewaktu prosiding berjalan di Mahkamah Tinggi, pasukan peguam­bela Anwar cuba mencabar kredibiliti Saiful menerusi impeachment. Malangnya pasukan peguambela gagal mematuhi prosedur yang ditetapkan dan hakim bicara telah menggunakan budibicaranya menolak permohonan impeachment tersebut.

Kedua, isu keterangan menyo­kong­ (corro­boration). Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Saiful bukan seorang accomplice (rakan tertuduh), dan oleh yang demikian, isu corroboration tidak timbul. Sekalipun Saiful dianggap sebagai accomplice, mahkamah dapati bahawa terdapat keterangan menyokong yang mencukupi untuk mensabitkan kesalahan tertuduh.

Ketiga, isu DNA. Pasukan peguambela menghujah bahawa DNA Anwar diperoleh menerusi trickery and deception (penipuan). Mengikut Mahkamah Persekutuan, isu ini telah ditimbangkan oleh hakim bicara, yang kemudian memutuskan bahawa keterangan DNA tersebut boleh diterima (admissible).

Kata Mahkamah Persekutuan lagi, tindakan pegawai penyiasat mengambil eksibit yang digunakan oleh Anwar semasa dia ditahan dalam lokap tidak melanggar apa-apa peraturan atau menjejaskan hak Anwar untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil.

Anwar telah ditahan dengan sah dan pengumpulan keterangan oleh pasukan forensik daripada barang eksibit yang digunakan oleh Anwar semasa ditahan di lokap itu adalah satu “method yang sah dan adil”. Oleh itu, kata Mahkamah Persekutuan, hakim bicara bertindak betul apabila memutuskan keterangan DNA Anwar adalah boleh diterima.


Keempat, keterangan DNA merupakan keterangan yang menyokong (corroboration) dakwaan Saiful bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Merujuk kepada hujah peguambela Anwar mengenai degradasi sampel DNA, Mahkamah Persekutuan me­nyatakan pasukan pendakwaan tidak pernah menyatakan bahawa sampel DNA itu berada dalam ke­adaan terbaik (It was never the pro­secution’s case that the samples were in pristine condition).

Setelah meneliti keterangan saksi pasukan pendawaan dan hujah peguambela Anwar berhubung isu ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa degradasi tidak menimbulkan apa-apa kesan kepada profiling DNA dalam kes ini (It is our finding that the degradation has no effect whatsoever on the DNA profiling in this case).

Kelima, hujah peguambela An­­war bahawa rantai keterang­an dalam kes ini telah putus. Mahkamah Persekutuan memutuskan keadaan itu tidak berlaku dalam kes ini.

Oleh yang demikian, Mahkamah Persekutuan setuju dengan pendapat Mahkamah Rayuan bahawa integriti sampel tidak terjejas atau tercemar (not compromised). Mahkamah Persekutuan menolak “cadangan” peguambela Anwar bahawa keterangan DNA telah sengaja diwujudkan (planted) dalam kes ini.

Pembelaan Anwar

Pada awalnya Anwar telah memfail dan menyerahkan notis kepada pasukan pendakwa di bawah Sek­syen 402A Kanun Acara Jenayah bahawa dia tidak ada di tempat pada hari dan masa insiden liwat itu berlaku. Dalam notisnya itu, Anwar menyenaraikan 13 saksi yang akan dipanggil olehnya untuk menyokong alibinya. Bagaimanapun, apabila tiba giliran Anwar membuat pembela­annya, dia tidak memanggil sesiapa pun, sebaliknya menggugurkan pembelaan alibinya itu.


Disebabkan kegagalan Anwar ini, pasukan pendakwa menghujah bahawa mahkamah sepatutnya membuat inferensi bertentangan (adverse inference) di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950, tetapi Mahkamah Persekutuan enggan membuat inferensi sedemikian. Ini menunjukkan bahawa mahkamah bertindak secara saksama dan tidak berat-sebelah terhadap tertuduh.

Anwar berkali-kali menuduh Saiful tidak boleh dipercayai walaupun keterangannya di mahkamah tetap konsisten dan tidak berubah walaupun diasak melalui pemeriksaan balas oleh pasukan peguam­bela Anwar. Anwar juga mendakwa prosiding jenayah yang dihadapi olehnya ini adalah satu konspirasi. Peguamnya juga cuba meyakinkan mahkamah bahawa sampel DNA miliknya sengaja diwujudkan (planted) oleh pasukan pendakwa.

Namun bila gilirannya tiba untuk memberi keterangan, Anwar tidak berani memberi keterangan dengan bersumpah di kandang saksi yang mana dia akan diperiksa balas oleh pasukan pendakwa. Dia juga gagal mengemukakan bukti tentang konspirasi tersebut atau bahawa DNA miliknya telah sengaja diwujudkan oleh pasukan pendakwa.

Kata Mahkamah Persekutuan, walaupun Anwar ada hak di sisi undang-undang untuk bercakap tanpa bersumpah di kandang tertuduh, apa yang dikatakan olehnya tidak ada nilai sebagai keterangan kerana ia tidak boleh diuji melalui proses pemeriksaan balas oleh pasukan pendakwa.

Kerjaya politik


Dikenakan hukuman penjara selama lima tahun, Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Kecu­a­li suatu perkembangan di luar jangkaan berlaku, misalnya Anwar diberi pengampunan atau semakan (revision), sekiranya dibenarkan, berakhir dengan satu kemenangan olehnya, kerjaya politik Anwar ber­akhir di sini.

Satu lembaran baru landskap politik negara akan bermula, iaitu Pakatan Rakyat tanpa Anwar. Apakah yang akan berlaku kepada hubungan antara DAP dan Pas? Adakah Pakatan Rakyat akan dapat bertahan, tanpa Anwar sebagai Ke­tua Pembangkang? Apakah tempat Anwar akan diambil alih oleh Lim Kit Siang atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

Selama enam tahun enam bulan Anwar bertarung di mahkamah, mengatakan dia tidak bersalah. Apakah kekalahannya di mahkamah ini akan disusuli pula dengan perang persepsi yang lebih sengit dan hebat?

Apakah Anwar dalam penjara akan menjadi “masalah” yang lebih besar kepada kerajaan, berbanding dia bebas dulu?

Suara Politik
Belantan

Ahad, Februari 15, 2015

Anak 'Papa Hebat' sudah mula main wayang - Anwar mengadu sakit belakang?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilaporkan kehilangan berat badan sejak dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh Selasa lalu.

Menurut anak sulung Anwar, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, ayahnya juga mengadu bahawa beliau mengalami sakit belakang ketika berada dalam sel.

Nurul Izzah bersama ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, telah melawat Anwar di penjara, kelmarin.



“Ayah mengadu sakit belakang kerana keadaan di dalam sel. Berat badanya juga susut sedikit, tetapi semangat juangnya tetap tinggi,” kata Nurul Izzah.

Difahamkan, Anwar dilayan sama seperti banduan lain di penjara.

Nurul Izzah berkata, Anwar juga amat kesal dengan tindakan pihak penjara yang tidak membenarkannya melawat jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, keluarganya sudah mampu menerima hakikat bahawa Anwar dipenjarakan sekali lagi.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Februari 13, 2015

Al-Fatihah - Nik Aziz meninggal dunia.


KOTA BHARU 12 Feb. - Negara kehilangan seorang tokoh politik dan ulama yang berpengaruh apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka di sini kira-kira pukul 9.40 malam ini.

Bekas Menteri Besar yang disahkan menghidap kanser prostat tahap empat sejak beberapa tahun lalu itu telah dibawa pulang ke rumahnya sejam sebelum itu selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 20 Januari lalu.

Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, seluruh ahli keluarga berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

“Ayahanda meninggal dunia di sisi seluruh kaum keluarga pada pukul 9.40 malam. Saya berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan arwah ayahanda,” katanya dalam sidang akhbar ringkas di pekarangan rumahnya di sini malam ini.

Sementara itu, dalam laman sosial Facebooknya, Nik Mohamad Abduh mengumumkan solat jenazah ayahnya akan diadakan pada pukul 10 pagi di Masjid Tok Guru berhampiran rumahnya di Pulau Melaka di sini.


Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin datang menziarahi jenazah ayahnya supaya berhati-hati dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.

“Semoga perjalanan tuan puan dari jauh dan dekat diberkati oleh Allah. Harap patuhi segala arahan bagi mengekalkan keselesaan buat semua dan perjalanan ayahanda menuju Tuhannya,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan mendapati beberapa pemimpin utama Pas negeri ini seperti Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut berada di rumah Allahyarham.

Malah ribuan orang telah memenuhi pekarangan rumah tersebut dan jalan untuk masuk ke Pulau Melaka sesak.

Pada 20 Januari lalu, akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke ICU HUSM dan berada dalam keadaan separa kritikal namun keadannya dikatakan agak stabil pada minggu lalu.

Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Guru telah mengikuti rawatan kemoterapi untuk mengubati kanser tersebut sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Beliau yang melepaskan jawatan Menteri Besar pada 6 Mei 2013 turut mendedahkan mengenai penyakit yang dihadapinya dalam temubual eksklusif bersama Mingguan Malayasia pada awal tahun lalu.

Nik Abdul Aziz yang mula menjadi wakil rakyat selepas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang dikenali Pengkalan Chepa) pada tahun 1967 dan mengekalkan kerusi tersebut sehingga beralih ke kerusi Dewan Undangan Negeri pada tahun 1986 sehingga sekarang.

Sepanjang pentadbirannya sebagai Menteri Besar selama 23 tahun sejak 1990, beliau memperkenalkan sistem pentadbiran Islam malah telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) atau hukum hudud untuk dilaksanakan di ne­geri ini.

Salam takziah buat keluarga allahyarham. Al-Fatihah.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Februari 11, 2015

Kartunis Zunar direman tiga hari berhubung dakwaan dalam Twitter?


Kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, direman tiga hari hingga Jumaat bagi membantu siasatan berhubung komen dalam tweetnya yang berbaur hasutan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes rayuan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata, polis berharap dapat menyelesaikan siasatan ke atas Zunar, 52, secepat mungkin.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 oleh Bukit Aman,” katanya.

Semalam, Zunar dipercayai memuat naik komen pada 12.17 tengah hari yang menyebabkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan ia disiasat.


Sehubungan itu, suspek ditangkap di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam pada 9.30 malam.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim menyampaikan keputusan itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu. - BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Selasa, Februari 10, 2015

Liwat ll : Anwar didapati bersalah?

KETUA Pembangkang yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Panel lima hakim menolak rayuan akhir Anwar terhadap kesalahan berkenaan, hampir tujuh tahun lalu.

Panel berkenaan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan mendengar rayuan balas pendakwa raya untuk menambah hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu.


Sementara itu, Hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kekal!

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun berkuat kuasa hari ini terhadap Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Suara Politik
Belantan

Keputusan kes 
liwat Anwar hari ini!


Setelah lebih 6 tahun 5 bulan 10 hari

Sekitar pukul 9 pagi ini, panel lima hakim yang dike­tuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan masuk ke Dewan Mahkamah Persekutuan 1, Istana Kehakiman, Putrajaya dan duduk di kerusi masing-masing.

Selepas berbasa-basi, salah seorang daripada panel tersebut akan mula membacakan penghakiman kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Panel hakim ter­sebut turut dianggotai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Keputusan mahkamah terting­gi negara itu adalah berikutan rayu­an Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan terhadap sabi­tan salah dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu.

Keputusan Mahkamah Rayu­an itu mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar pada 9 Januari 2012.

Ketetapan yang akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan hari ini adalah muktamad dan tidak boleh dirayu lagi.

Kes liwat berke­naan merupakan pertuduhan kali kedua yang pernah dihadapi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Kali pertama, Anwar didakwa meliwat pemandu keluarga Anwar, Azizan Abu Bakar, di apartmen milik adik ang­kat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja di Tivoli Villa, Bangsar di sini antara Januari dan Mac 1993.

Beliau bagaima­napun dilepaskan dan dibebaskan da­ripada pertuduhan tersebut di peringkat Mahkamah Persekutuan dengan keputusan majoriti 2-1.

Penghakiman majoriti tersebut ditulis oleh Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudian dilantik Ketua Hakim Negara (kini bersara).

Dalam penghakiman itu, Abdul Hamid berkata:

“Kami mendapati wujud kete­rangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang kala ...”

Semestinya, pada ketika penghakiman dalam kes terkini yang dihadapinya dibacakan, Anwar mengharapkan keputusan akan berpihak kepada dirinya.

Sekiranya gagal di peringkat ini, Anwar bakal berdepan pula dengan kemungkinan bahawa hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini dipanjangkan.

Selain itu, beliau menghadapi kemungkinan kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dipegangnya kini.

Anwar, 67, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 30, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Beliau menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Atas faktor usia, Anwar tidak akan dikenakan hukuman sebatan.-UMO

Suara Politik
Belantan

Kedudukan Anwar ditentu selepas keputusan liwat?


Kedudukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam pakatan pembangkang akan ditentukan selepas keputusan kes liwat beliau diketahui pada 10 Februari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan oleh kepimpinan pakatan pembangkang selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai kes liwat Ketua Umum PKR itu.

"Majlis pimpinan (pakatan pembangkang) bersetuju untuk bermesyuarat semula sejurus selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 10 Februari," kata Guan Eng.

Guan Eng berkata demikian kepada media dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang, yang diadakan di ibu pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, yang menghadiri mesyuarat berkenaan bersama-sama Guan Eng dan Anwar, bagaimanapun tidak kelihatan dalam sidang akhbar berkenaan.

Anwar yang mempengerusikan sidang akhbar tersebut memberikan alasan bahawa Presiden Pas itu mempunyai hal lain yang perlu dihadiri sejurus mesyuarat berkenaan selesai.

"Abdul Hadi hadir mesyuarat dari awal hingga akhir dan mohon maaf kerana terpaksa pulang sebelum sidang media.

"Dia sampaikan salam. Dia terpaksa tangguhkan program. Dia sepatutnya pulang awal tetapi dia kekal sampai akhir mesyuarat," kata Anwar.

Mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang yang bermula lada pukul 2.30 petang dan tamat pada pukul 3.30 petang itu turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Mesyuarat tersebut bersetuju mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan merangka penyelesaian menyentuh isu-isu Enekmen Jenayah Syariah 2 dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagi memperbaharu sokongan penyokong, pakatan pembangkang akan mengadakan konvensyen pada 10 Mei ini.-UMO

Suara Politik
Belantan

Isnin, Februari 09, 2015

Azmin dah tunjuk 'besar kepala' - Langgar aku janji?


Kenya­taan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali kononnya penduduk yang membantah Projek Datum Jelatek bersifat perkauman adalah tidak berasas dan jelas melanggar aku janjinya sendiri untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu.

Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ), Salleh Samad berkata, semasa pelantikannya sebagai Menteri Besar, Mohamed Azmin telah melafazkan 10 ikrar aku janji dan antaranya adalah menjaga kepentingan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

“Namun, apa yang dilakukan Mohamed Azmin kini langsung tidak menepati aku janjinya dahulu dan beliau sebenarnya adalah pengkhianat orang Melayu.

Salleh Samad

“Beliau seolah-olah menjual hak orang Melayu kepada orang luar dengan membangunkan projek mega Datum Jelatek yang dijual kepada warga asing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan meneruskan projek mega Datum Jelatek meski­pun mendapat bantahan penduduk di kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, Salleh berkata, seorang pemimpin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana pasti akan me­nimbulkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu.

Sehubungan itu katanya, beliau bersama-sama penduduk Taman Keramat akan mengadakan program menentang Mohamed Azmin secara bergerak (road show) di sekitar Selangor bermula minggu depan.

“Dalam program tersebut kita akan dedahkan siapa Mohamed Azmin sebenarnya. Ia akan dimulakan di Taman Keramat dahulu dan akan diteruskan ke kawasan-kawasan lain di Sela­ngor,” ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Februari 08, 2015

Komplot jahat guling Abdul Hadi?


Pas berdepan ancaman komplot terancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanannya dengan matlamat untuk menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan ulama.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim mendakwa, komplot jahat yang bertujuan menguasai parti itu menyusun dan merancang untuk menguasai Pas Pusat.

Menurut beliau, kumpulan tersebut dipercayai melakukan kerja-kerja khianat di luar batasan Islam seperti menanam kebencian dalam kalangan ahli-ahli Pas dan masyarakat terhadap Abdul Hadi serta kepimpinan ulama.

“Mereka juga memfitnah pemimpin-pemimpin yang dilihat bersama dengan Presiden dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali serta ahli keluarga Abdul Hadi.

“Kumpulan berkenaan turut menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) serta menyusun strategi untuk memecahbelahkan kesatuan dalam kalangan ahli Pas serta melakukan perancangan bagi menjatuhkan Abdul Hadi dan kepimpinan ulama,” katanya dalam sidang akhbar di hadapan Pejabat Agung Pas di sini hari ini.

Fadhli yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang menambah, dalang-dalang komplot berkenaan didakwa mensabotaj setiap keputusan yang dibuat oleh Abdul Hadi dan Majlis Syura Ulama Pas yang dilihat tidak selari dengan kehendak pihak tertentu dalam pakatan pembangkang.

Yang lebih membimbangkan, kata beliau, keputusan-keputusan yang dibuat Pas didalangi oleh anasir-anasir luar melalui komplot jahat yang digerakkan kumpulan terbabit.

“Kebimbangan ini adalah berdasarkan kepada bukti yang kami perolehi bahawa komplot ini menguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat,” ujarnya. - UMO

Suara Politik
Belantan

Umat Islam haram makan ulat mulong?


KUCHING - Pada hari Selasa, 4 Januari 2015, Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) secara rasminya telah mengumumkan bahawa memakan ulat sagu (mulong) dan mengambil bahagian dalam acara ritual ‘miring’ dan kaul adalah diharamkan dan dilarang dalam agama Islam.

Mufti Negeri Datuk Kipli Yassin berkata '' untuk umat islam, ia adalah haram untuk menjalankan upacara ‘miring’ atau mengikut ritual semasa Pesta Kaul kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan hukuman syarak''. Masyarakat Islam di Sarawak boleh menghadiri upacara tersebut tetapi tidak harus melibatkan diri dalam upacara pemujaan.

Untuk ulat mulong pula, keputusan sudah lama dibuat yang melarang umat Islam daripada memakannya kerana ulat dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam.

Beliau juga tegaskan bahawa ''kita tidak akan menghalang masyarakat bukan Islam untuk memakannya dan kami juga tidak mengganggu dan akan menghormati budaya mereka. Tetapi, kita sebagai orang islam mempunyai hukum agama yang tertentu dan ini yang perlu diberi perhatian''.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Februari 07, 2015

Betul ke Piza daging babi tidak diedar di Malaysia?


SHAH ALAM - Syarikat pengedar dan pembekal makanan sejuk beku, Pok Brothers Sdn Bhd, memaklumkan, produk Dr Oetker Ristorante Hawaii Pizza yang mengandungi daging babi tidak diedarkan di negara ini.

Hal itu dijelaskan oleh Ketua Pegawai Operasinya, Alan Pok, yang memberitahu, syarikat itu hanya mengedarkan enam jenis piza sahaja daripada produk Dr Oetker Ristorante, dan kesemuanya bukan berasaskan daging.

Pok turut menegaskan, semua kandungan produk itu dipantau sendiri oleh Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Produk syarikat mereka, kata Pok, mempunyai logo halal antarabangsa yang diiktiraf oleh Jakim. Malah Jakim sendiri sudah berkunjung dan melakukan pemeriksaan ke atas produk piza yang dikeluarkan syarikatnya.

Minggu lalu, tiga keping gambar produk makanan sejuk beku, Dr Oetker Ristorante Hawaii Pizza tersebar di laman sosial. Produk berkenaan didakwa mengandungi daging babi, namun dalam masa sama mempunyai logo halal.

Salah satu gambar yang tersebar menunjukkan dengan jelas nama syarikat Pok Brothers sebagai pengedar.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Februari 05, 2015

Menakjubkan! Budak kecil terselamat dari nahas TransAsia tanpa kecederaan?


TAIPEI - Rabu, 4 Januari 2015, sebuah pesawat kecil TransAsia ATR 72 - 600 telah terjunam ke dalam sungai selepas merempuh sebuah jambatan di sini.

Kemalangan ini berlaku 4 minit selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Songshan. Lebih daripada 31 penumpang disahkan telah mati akibat nahas ini dan puncanya masih lagi dalam siasatan.

Sebuah video yang dirakam oleh sebuah rangkaian TV di Taiwan menunjukkan pasukan penyelamat menarik keluar seorang budak lelaki kecil tanpa sebarang kecederaan. Difahamkan bahawa budak yang berusia 2 tahun itu adalah seorang daripada 4 budak yang telah terselamat daripada nahas yang mengerikan ini.


Sebaik sahaja budak berkenaan dibawa ke darat, dia dengan serta-merta dibawa untuk diperiksa oleh pasukan perubatan. Jabatan Bomba Taipei telah menghantar ratusan anggota penyelamat, kenderaan dan bot-bot laju untuk membantu dalam usaha menyelamat.

Ini merupakan nahas yang kedua dalam masa 7 bulan untuk Syarikat Penerbangan TransAsia. Pada bulan Julai 2014, 48 penumpang telah terkorban apabila sebuah pesawat TransAsia terhempas semasa membuat pendaratan kecemasan kerana cuaca yang buruk.



Suara Politik
Belantan

Rabu, Februari 04, 2015

Tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang guris hati rakyat Kelantan?


KOTA BHARU  – Seluruh rakyat negeri ini tidak dapat menerima tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan apabila mengambarkan Kelantan seperti tiada kerajaan ketika banjir besar baru-baru ini.

Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Datuk Hassan Mohamood berkata, tuduhan seperti itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang yang bergelar Ketua Menteri malah beliau juga merupakan rakan dalam gabungan pakatan pembangkang.

Beliau berkata, sepatutnya Setiausaha Agung DAP itu datang berjumpa sendiri dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berbincang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga boleh menguris hati pemimpin serta rakyat di negeri ini.

“Tuduhan itu (Kerajaan Pas Kelantan tidak buat kerja) jelas sekali tidak betul. Kita telah bertungkus lumus bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah banjir di negeri ini. Tidak manis kata-kata Guan Eng ini, sebagai rakyat, Dewan Ulama Pas, tidak boleh terima.


“Guan Eng juga sepatutnya datang jumpa Menteri Besar, tanya apa bantuan yang perlu diberikan, bukan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sebagai contoh Kerajaan Selangor, Menteri Besarnya datang sendiri memberi bantuan melalui kerajaan negeri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tuduhan Guan Eng seperti mana dipetik dalam laporan akhbar Sin Chew Daily yang menggambarkan Kelantan seperti tiada kerajaan termasuk menuduh kerajaan negeri tidak membuat kerja sewaktu bencana banjir.

Semalam Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob turut mengecam kenyataan Guan Eng sambil menegaskan tuduhan yang dilemparkan itu cukup berat dan tidak betul memandang kerajaan negeri telah memikul tanggungjawab sewajarnya ketika berdepan bencana terburuk dalam sejarah itu.

Malam tadi, DAP bersama dengan pemimpin Pas melancarkan Gabungan Impian Kelantan (GIK) untuk membantu mangsa banjir di negeri ini bagaimanapun tindakan itu tidak pernah dibincangkan secara formal dengan kerajaan negeri.


Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menyifatkan tindakan menubuhkan pertubuhan itu seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi.

Sementara itu, Mohd. Amar Abdullah berkata, beliau bersependapat dengan Menteri Besar bahawa tuduhan yang dilemparkan Guan Eng itu cukup berat sukar untuk diterima kepimpinan negeri ini.

Katanya, Guan Eng sepatutnya datang jumpa Menteri Besar dan mendapatkan maklumat sebenar ketika kerajaan negeri ini menjalankan kerja-kerja semasa berdepan musibah banjir baru-baru ini.

“Dia (Guan Eng) mari sini tak jumpa Menteri Besar dan tidak jumpa pimpinan kerajaan negeri. Bila datang rumah orang, tidak jumpa tuan rumah, tidak tahulah apa kita buat,” katanya.

Ibarat langau menghurung taik! Persoalanya adalah dimanakah Lim Guan Eng keparat haramjadah ini berada ketika banjir besar melanda negara baru-baru ini?

Suara Politik
Belantan

Selasa, Februari 03, 2015

Semakin melampau - Pelukis luar menghina pemimpin negara dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia?


SINGAPURA – Beberapa keping gambar yang dilukis oleh seorang pelukis luar mengundang kemarahan rakyat Malaysia apabila gambar-gambar berkenaan tersebar di laman Facebook sejak minggu lepas.

Tiga keping lukisan yang dimaksudkan memaparkan gambar belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Lukisan itu adalah hasil karya Vincent Leong dan dipamerkan dalam pameran Art Stage yang berlangsung di Singapura pada 22 hingga 25 Januari lalu.


Menurut pelukis terbabit, lukisan itu dicipta ekoran mahu mempraktikkan semangat hak kebebasan bersuara menerusi lukisan.

Walaubagaimanapun, seleksi lukisan itu mendapat kritikan negatif dari rakyat Malaysia yang menganggap ia adalah satu bentuk penghinaan buat institusi Diraja Malaysia dan kepada Yang di-Pertuan Agong serta Permaisurinya.

Para pengamal laman sosial ternyata tidak bersetuju dengan penjelasan Vincent itu dan beranggapan lukisan-lukisan tersebut tidak berani dipamerkan di Malaysia.

Suara Politik
Belantan