Isnin, Disember 31, 2012

Isu Rumah Rakyat di Selangor : PKNS dituntut beri penjelasan?



Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) perlu memberi penjelasan berhubung status sebenar projek pembinaan 60 unit pangsapuri oleh anak syarikat kerajaan negeri itu di Seksyen 18 di sini, yang didakwa mengelirukan.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi berkata, kekeliruan itu timbul susulan kerana terdapat dua papan berbeza di projek yang dibangunkan di Lot 103, Jalan Pinang Raja 18/2 itu.

Menurutnya, satu papan tanda menyatakan projek itu adalah pembinaan pangsapuri kos sederhana manakala satu lagi papan tanda menyatakan projek itu adalah pangsapuri kos sederhana tinggi.

“Bagaimana boleh wujud dua papan tanda yang berbeza. Apakah PKNS sengaja menukar status projek itu kepada kos sederhana tinggi sedangkan kami difahamkan, mengikut perancangan awal, projek itu adalah untuk membina 60 unit pangsapuri kos sederhana," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Budiman, beliau khuatir ‘penukaran’ status itu akan memberi kesan kepada harga kediaman berkenaan yang boleh melambung sehingga RM400,000 sedangkan pangsapuri kos sederhana harganya di antara RM40,000 hingga RM80,000 seunit.


Kenaikan harga itu, katanya, akan membebankan rakyat terutama golongan muda berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri.

“Kita mahu tahu sejak bila kategori perumahan kos sederhana tinggi dilaksanakan oleh PKNS. Bagaimana dengan janji kerajaan negeri pimpinan PKR (Parti Keadilan Rakyat) mahu menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat termasuk golongan muda sebelum ini.

“Untuk siapa sebenarnya projek pangsapuri itu dibina. Adakah kerajaan negeri dan PKNS mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib rakyat yang kurang memiliki keupayaan kewangan untuk memiliki kediaman sendiri," ujarnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya turut mendesak kerajaan negeri dan PKNS menjelaskan mengenai kedudukan sebenar status projek perumahan tersebut.

Katanya, sekiranya benar PKNS menukar status projek itu untuk mendapatkan keuntungan, ia satu langkah yang tidak wajar kerana seolah-olah satu cubaan untuk menekan dan menghalau orang Melayu dari Shah Alam.

“Lihatlah bagaimana keadaan orang Melayu di Pulau Pinang pada hari ini, hartanahnya melambung tinggi sehingga menyebabkan ramai dalam kalangan mereka terpaksa keluar dari pulau itu kerana tidak mampu membelinya," tegasnya.

Suara Politik
Belantan

Karnival Sayangi Selangor 2012 : 'MBS Job Fair' disambut baik!



Golongan muda menyifatkan penganjuran program 'MBS Job Fair' sepanjang empat hari Karnival Sayangi Selangor 2012 yang bermula hari ini sebagai usaha yang perlu diteruskan pada masa hadapan.

Rata-rata mereka yang ditemui hari ini menyatakan program tersebut adalah satu langkah yang baik kerana ia memberi peluang kepada lepasan sekolah dan graduan untuk mendapat peluang pekerjaan yang sesuai.

Seorang pelajar, Fauziah Johari, 24, berkata, kehadiran beliau ke program yang dikendalikan Majlis Belia Selangor (MBS) itu setelah mendapat maklumat terdapat 6,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh pelbagai syarikat termasuk syarikat milik kerajaan (GLC).

"Peluang pekerjaan yang ditawarkan begitu banyak dan sewajarnya mereka yang sedang mencari pekerjaan seperti saya mengambil manfaat daripada program ini," katanya yang berminat dalam bidang jualan dan pemasaran.

Pandangan sama dikongsi oleh S. Tamilmohli, 27, yang ketika ini tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menjadikan program 'MBS Job Fair' sebagai medan untuk mencari pekerjaan yang sesuai.

Katanya, peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam program tersebut meliputi pelbagai bidang termasuk bidang yang dipelajarinya iaitu bioteknologi.

Sementara itu, graduan Kejuruteraan Elektronik Politeknik Shah Alam, Cairull Barrydynn, 34, mahu mencari peluang lain untuk meningkatkan lagi pengalamannya dalam bidang yang dipelajari.

"Saya lihat banyak pekerjaan yang ditawarkan. Bagi mereka yang ingin mencari pengalaman kerja baru, inilah tempat yang harus dikunjungi," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Disember 30, 2012

MB Selangor angkuh, pentingkan diri sendiri - GPRS!



Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015 sebagai angkuh dan pentingkan diri sendiri.

Pengerusinya, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, pendirian itu senada dengan kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk George bahawa Abdul Khalid lebih mengutamakan politik daripada kepentingan rakyat seperti yang disiarkan dalam akhbar semalam.

Isu air bukan perkara yang boleh diambil mudah tetapi Abdul Khalid menganggapnya sebagai satu mainan pakatan pembangkang yang memerintah Selangor untuk mengekalkan kuasa mereka pada pilihan raya umum akan datang.

“GPRS kesal kerana mempunyai pemimpin yang ‘singkat akal’ kerana sering mengeluartkan kenyataan-kenyataan sempit dan mengelirukan semata-mata mahu menghalalkan keputusan bodoh yang dibuat oleh beliau dan exco kerajaan negeri.

Sebelum ini GPRS mengetuai perjuangan rakyat menuntut air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan kepada rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihan raya umum yang lalu, tetapi Abdul Khalid dengan angkuh mengatakan bahawa manifesto pilihan raya itu bukan janji yang perlu dilunaskan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada kenyataan itu rakyat perlu sedar bahawa kerajaan negeri sekarang langsung tidak boleh dipercayai dan tidak perlu dipilih lagi pada pilihan raya umum akan datang kerana semua janji yang dilaungkan hanya janji palsu semata-mata.

“Setakat hari ini, 6,000 saman telah difailkan dan masih ada banyak lagi dalam senarai menunggu, semua daripada rakyat Selangor yang tidak puas hati kerana tidak menerima air percuma seperti dijanjikan. Saya percaya jumlah saman itu boleh mencecah sehingga 50,000 kerana ramai rakyat Selangor yang tidak menikmati air percuma itu sejak pakatan rakyat menguasai negeri ini.

GPRS juga mendedahkan mengenai kekurangan bekalan air terawat terutama di beberapa kawasan di Selangor akibat pertambahan penduduk tetapi Abdul Khalid dan exco tetap berdolak-dalik mengatakan bekalan air mentah masih mencukupi.


Itu membuktikan bahawa Abdul Khalid dan barisan exco yang dilantik hanya ‘tahu bercakap tetapi tidak tahu membuat kerja’ kerana rakyat memerlukan bekalan air air terawatt, bukannya air mentah. Abdul Khalid boleh menggunakan air mentah dari sungai Klang sekiranya beliau mahu tetapi rakyat Selangor mahukan air terawat daripada loji-loji rawatan sedia ada,” tambahnya.

Dalam isu air ini, bukan rakyat yang tidak faham tetapi Abdul Khalid dan barisan exconya.Ini kerana GPRS mendedahkan bahawa beberapa empangan di negeri ini mengalami penyusutan air sebanyak 40 peratus dan memberi implikasi kepada pengguna di Lembah Klang.

Tetapi malangnya Abdul Khalid langsung tidak mencari penyelesaian jangka panjang sebaliknya memberi kenyataan retorik mengatakan bahawa kerajaan negeri akan menggunakan teknologi membrane untuk membenihkan awan, kerana cadangan itu hanya sesuai untuk mengatasi masalah jerebu.

Bagi mengatasi krisis air 2015, kerajaan Pusat bercadang untuk membina Loji Langat 2 dengan membawa bekalan air mentah dari Pahang namun projek ini mendapat tentangan daripada kerajaan negeri pimpinan Selangor yang melaungkan konsep Negeri Berkebajikan itu.

Mereka langsung tidak memikirkan implikasi lebih besar terhadap pengguna sebaliknya lebih ghairah untuk menguasai kepentingan dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang sebelum ini terbukti menjalankan tugas dengan baik dalam menyediakan perkhidmatan air kepada rakyat.

Lebih memalukan apabila bekas ahli korporat itu mahu membawa air dari Tasik Kenyir sedangkan kosnya jauh lebih tinggi berbanding membawa air dari Pahang, mereka juga enggan untuk berbincang dengan kerajaan Pusat untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Sudah tentu kerajaan negeri tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini kerana tempoh pemerintahan tinggal bebarapa bulan sahaja lagi dan GPRS menasihati rakyat agar tidak memberi mandat kepada kerajaan yang bodoh sombong ini.

Buatlah keputusan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang ini kerana kesilapan memberi mandat kepada parti yang tidak tahu mentadbir membawa padah yang buruk. Ini bukan masa untuk bereksperimen lagi kerajna kerajaan negeri sedia ada sudah terbukti gagal.

Oleh : GPRS

Suara Politik
Belantan

Rakyat Palestin pun tahu Anwar 'Talam Banyak Muka'?


Pergerakan Hamas sebelum ini pernah menegaskan bahawa sokongan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap segala usaha bagi memastikan keselamatan negara Israel sebagai satu mesej negatif dan meragukan rakyat Palestin secara keseluruhan.

Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan berkata, bagi rakyat Palestin, sokongan itu menunjukkan terdapat individu tertentu yang bekerjasama dengan Israel, demi kepentingan Israel menduduki sebahagian besar bumi Palestin secara haram.

Katanya, ia secara langsung memberi tanggapan bahawa individu tersebut menentang hak rakyat Palestin yang bangkit untuk mempertahankan tanah air mereka daripada terus diceroboh oleh Israel.

Menurut beliau, sokongan itu juga memberi mesej yang salah kepada Israel kerana rejim Zionis itu kini beranggapan mereka bebas menduduki bumi Palestin secara haram sambil terus memperluaskan jajahan mereka tanpa ditentang atau dihukum masyarakat antarabangsa.



"Hamas berharap akan mendengar kenyataan bahawa deklarasi itu (menyokong keselamatan negara Israel) adalah tidak benar atau seumpama itu kerana saya percaya sesiapa yang mencintai kebebasan dan kemerdekaan negara mereka, akan mengutamakan keselamatan serta hak rakyat Palestin berbanding Israel," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena lawatannya ke negara ini di sini tidak berapa lama dahulu.

Usamah diminta mengulas kenyataan Anwar seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) edisi Asia pada Januari lalu yang berbunyi: "Saya menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel", namun beliau tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), satu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin.


Sebelum ini, Anwar mendakwa pendirian beliau itu selari dengan pendirian Hamas namun dinafikan pergerakan tersebut. Malah, Anwar tidak mahu menyaman WSJ berhubung penyiaran artikel itu serta enggan memohon maaf kepada umat Islam yang rata-rata terguris hati dengan kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan lain, kata Usamah, Hamas dan seluruh rakyat Palestin menghormati pendirian Malaysia serta beberapa negara lain yang tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Katanya, dengan tidak mengadakan sebarang hubungan politik dengan Israel, ia bermakna tiada sesiapa yang melupakan perjuangan rakyat Palestin yang berterusan cuba membebaskan tanah air mereka dan lebih penting, isu Baitulmaqdis bukan hanya isu Palestin tetapi isu umat Islam.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Disember 29, 2012

Penyebaran video sex menjelang lawatan Anwar Ibrahim ke Jakarta?



Jakarta 26 Disember: Menjelang lawatan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke sini pada awal Januari 2013, telah tersebar luas menerusi internet terutama BlackBerry Video Sexnya dengan seorang wanita Cina tetapi ada kelainan dari yang tersebar di Malaysia.

Kelainannya adalah tepat seperti yang diramalkan oleh Anwar Ibrahim sendiri yang tersiar dalam Suara Keadilan 26 Disember iaitu "Dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, tetapi sekarang muka macam Anwar, perut pun dah kempis."

Penyebaran ini meluas terutama sekali di kalangan para wartawan dalam dan luar negara yang berpusat di Jakarta, pemimpin-pemimpin agama Islam dan juga rakan-rakan rapat Anwar sendiri.

Anwar dijangka akan berucap kepada wartawan-wartawan luar negara (FR) di Jakarta pada 10 Januari depan, tetapi lokasinya belum diumumkan kerana menurut penganjurnya ditakuti ada pihak-pihak yang mahu mensabotaj majlis itu kerana merasakan Video itu memalukan orang Islam, terutama penyokong-penyokong Anwar di Indonesia.

Seorang wartawan Indonesia terkemuka dari Media Tempo yang melihat Video itu memberitahu, "Hebat sekali pukulannya Pak, dia bisa jadi Phonographic Actor."

Penyebaran Video terbaru ini berlaku begitu pantas berikutan kenyataan yang dibuat oleh wartawan Zainuddin Maidin (Zam) di wawancara di TVOne Indonesia, mengatakan Anwar sebagai seorang homosexual dan juga pengembang pluralisme agama.

Sementara itu, seorang pegawai perhubungan Pak Gus Dur dalam dialog secara langsung dengan Zainuddin Maidin di stesen TV yang sama, pada kali kedua yang disaksikan oleh lebih 100 juta orang di Indonesia, telah menafikan anggapan Zainuddin bahawa semua orang Indonesia menyokong Anwar dan mensifatkan ini sebagai paranoid.

Di Kuala Lumpur Suara Keadilan keluaran 25 Disember, menyiarkan ucapan Anwar Ibrahim di suatu perhimpunan Jelajah Merdeka Rakyat di Petaling Jaya baru-baru ini menyatakan bahawa UMNO dan BN sedang mereka-reka video fitnah baru terhadapanya menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

Menurut Anwar, video baru itu ada dua visi, iaitu "dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, sekarang muka macam Anwar, tetapi perut pun dah dikempiskan."

Video Anwar perut buncit itu dipercayai adalah versi yang diterbitkan oleh PKR sendiri dan orang ramai mengkagumi kepantasan kerja kumpulan media PKR yang dapat bertindak seperti kilat bagi mengelirukan orang ramai dibandingkan media team UMNO.

Beberapa orang pakar perang saraf menganggap, bahawa cara penyebaran Video Sex Anwar Ibrahim itu adalah tidak bijak kerana dilancarkan oleh "Datuk T" yang diketahui sebagai musuh Anwar dan berkepentingan politik dan wang, berbanding penyebaran Video Sex Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek yang lebih berkredebiliti dan berkesan kerana tidak nampak tangan yang menyebarkannya.

Bagaimanapun sekarang lebih ramai orang yang mempercayai Video Sex Anwar itu oleh kerana penyebaran menerusi BlackBerry adalah lebih jelas wajah sebenar pelakonnya. Kesannya yang paling buruk akhir-akhir ini, ialah pengikut-pengikut Pas telah mulai memisahkan diri dari program Jelajah Merdeka Rakyat PKR. Di Dungun Terengganu baru-baru hanya beberapa gelintir manusia sahaja yang hadir.

Soalnya, bagaimanakah Video Sex Anwar Ibrahim yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim masih direka-reka untuk fitnah oleh UMNO dan BN telah tersebar dengan meluas di Jakarta. Pelik, tapi itulah yang sebenarnya?

Suara Politik
Belantan

Himpunan 'selamatkan' Shamsidar 12 Januari?



Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.

Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai ‘Himpunan Shamsidar’ itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual.

“Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?


“Saya kira semua rakyat akan berpeluang mendengar pendedahan yang bakal berlaku apabila Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.


Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.

Anwar adalah seorang pemimpin politik yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam. Saya berharap isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar semuanya," katanya. Sila klik di sini.

Suara Politik
Belantan

Isu Selangor : Pakatan Rakyat Tidak Takut Dosa Mungkir Janji!



Pilihan raya tak ubah macam drama romantis yang kadangkala jalan ceritanya tak masuk akal. Senarionya seperti seoarang lelaki yang ingin memujuk wanita idaman menjadi pasangan hidupnya bersedia ‘menabur janji’ asalkan gadis impian setuju memilihnya.

Ungkapan seperti lautan api sanggup direnangi atau “tetap setia sepanjang hayat” begitu mudah diungkapkan selagi gadis idaman belum lagi berada dalam pangkuan. Apa lagi jika lelaki itu masih belum lagi menikmati asam garam kehidupan berumah tangga maka gadis itu akan dipujuk dan dirayu dengan pelbagai janji manis yang sesetengahnya “mungkin nampak romantik dan indah meskipun tidak realistik” sehinggalah gadis itu benar-benar yakin dan bersedia mengahwininya.

Dalam manifesto pilihan raya, “janji yang ditabur” parti politik juga memiliki elemen yang serupa. Parti yang belum pernah mendapat mandat memerintah negara pasti menyenaraikan pelbagai komitmen, impian dan ‘janji muluk’ kerana belum menyedari bebanan yang akan ditanggung bagi merealisasikannya.


Pemimpin parti pembangkang biasanya menetapkan sasaran belum berjaya dicapai kerajaan dalam manifestonya dengan harapan rakyat tidak lagi memilih kerajaan pemerintah dalam pilihan raya. Sebaliknya, memilihnya parti pembangkang itu sendiri untuk membentuk kerajaan baru. Sebagaimana parti-parti politik yang lain, barisan gabungan parti pembangkang di negara ini turut mengemukakan janji pilihan raya dalam manifestonya hampir sebulan sebelum pilihan raya umum negara.

Dalam intisari manifesto bersama barisan gabungan itu, beberapa janji dikemukakan yang dirumuskan kepada lima bidang iaitu ekonomi, pemerintahan, pendidikan, perkhidmatan sosial dan pekerjaan..

Rumusan prinsip utama manifesto itu mengukuhkan ekonomi negara, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan, mewujudkan kontrak sosial baru, memupuk perpaduan nasional, membina demokrasi tulen dan memulihkan imej dan kedudukan negara di pentas dunia. Sebenarnya tiada yang luar biasa mengenai prinsip utama itu. Mana-mana parti politik di dunia sekalipun sudah tentu tidak menjanjikan “perpecahan rakyat, menyembunyikan maklumat daripada rakyat, menghancurkan ekonomi negara, mewujudkan pemerintahan kuku besi dan merosakkan imej negara” dalam manifesto pilihan rayanya.


Malah pemimpin paling kejam di dunia seperti Hitler pernah berjanji kepada rakyat Jerman untuk menyatukan dan menjadikan bangsa Aryan sebagai bangsa agung di dunia meskipun mereka lebih terkenal sebagai pembunuh paling terbilang membabitkan kebinasaan. Begitu juga dengan pemerintah Jepun ketika perang dunia ke-2 yang berjanji mewujudkan Asia yang bersatu dan makmur meskipun akhirnya bangsa Asia “berjaya menjadikan ubi kayu cecah garam sebagai makanan ruji dan pembina profesional landasan kereta api maut diutara Asia Tenggara”.

Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji pembangkang dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya. Hakikatnya sejarah lalu membuktikan mulut yang manis sebelum pilihan raya akan bertukar pahit bak hempedu kerana pembangkang tidak pernah takut dengan dosa mungkir janji. Justeru itu mereka sesekali tidak akan terkejut jika rakyat tidak akan mengundi mereka kerana mereka tahu dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Disember 28, 2012

Hala tuju Melayu Pulau Pinang!



Melayu Pulau Pinang seringkali dilihat sebagai terpinggir di negeri sendiri. Sedihnya, semakin kuat mereka meluahkan nasib mereka, semakin kuat tekanan yang mereka hadapi. Mungkin kerana salah cara bersuara, mereka dilihat seolah-olah membangkitkan isu sensitif yang berbau perkauman.

Tekanan juga datang daripada bangsa Melayu sendiri yang seolah-olah memperlekehkan persoalan tersebut. Tidak kurang juga yang mengusulkan pendekatan politik yang mengatakan bahawa UMNO yang dilihat selama ini mempertahankan orang Melayu, juga telah gagal dalam perjuangan mereka menjaga orang Melayu selama memerintah bersama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Apakah tersisihnya Melayu di negeri ini adalah kerana faktor politik semata-mata atau ada faktor lain. Bagaimana pula halnya dengan kegagalan orang Melayu kerana sikap sendiri.

Begitu juga dengan persoalan berkaitan dengan kegagalan kakitangan kerajaan yang gagal melaksanakan polisi-polisi kerajaan pusat dan negeri dalam membantu orang Melayu, sama ada dari segi pendidikan, ekonomi, keusahawanan, perancangan bandar dan wilayah, perumahan, dan sebagainya.

Realitinya, majoriti besar kakitangan kerajaan adalah orang Melayu sendiri. Malahan kakitangan utama pentadbiran negeri dan Persekutuan juga adalah orang Melayu. Apakah mereka ini tidak memahami dan tidak membantu?

Sejarah menunjukkan bahawa sebelum kedatangan orang Inggeris, telah ada orang Melayu di pulau ini. Kemudian, dibawa masuk orang-orang China dan India ke negeri ini dan Negeri Selat lainnya untuk mencari rezeki, menampung kekurangan tenaga kerja pada masa itu dan membuka lembaran baru kehidupan mereka di negeri ini.

Golongan pendatang boleh berjaya kerana berkerja keras, tetapi yang asal telah lalai dan leka sekian lama. Kini suara mereka bersuara keras tapi tidak dihiraukan, mungkin telah hilang roh dan semangatnya.

Apakah mereka tidak pernah diberi peluang untuk berubah? Apakah modal insan Melayu ini masih dan akan berterusan berfikiran rendah atau tiada peluang diketengahkan ke hadapan kerana ekonomi di tangan bangsa lain.

Apakah bangsa lain ikhlas untuk berkongsi kek ekonomi atau hanya sekadar retorik.

Sejarah juga menunjukkan bahawa pada satu ketika, jumlah orang Melayu yang pada asalnya peneroka, adalah jauh kurang berbanding kaum lain. Sehingga kini masih kurang, tapi telah merapat dan dijangkakan akan melebihi kaum lain pada tahun 2020.

Apakah pada pada masa itu, Melayu hanya akan ramai dari segi kuantiti tapi kurang dari segi kualiti, atau sebaliknya. Apakah pada masa itu masih ada tanah untuk diduduki orang Melayu atau mereka terusir keluar secara tidak sedar.

Adakah orang Melayu ambil berat tentang masa depan dan perancangan masa depan negeri mereka ini atau mereka hanya berserah pada pihak tertentu, jika ada, untuk memikir tentang masa depan mereka.

Kita harus mencari jawapan ikhlas kepada persoalan berkaitan orang Melayu negeri ini, dilema bangsa minoriti yang tidak mempunyai kuasa pentadbiran negeri serta politik dan kuasa ekonomi.

Apakah telah terlambat untuk Melayu bangkit, seperti mana pepatah nasi sudah menjadi bubur. Atau selepas mengakui masalah serta kelemahan, boleh menerjah bangkit semula dengan semangat Melayu baru.

Apa caranya? Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Isu khalimah Allah : Anwar ibarat 'ketam mengajar anaknya berjalan betul'?




Anwar cakap tak serupa bikin. Sebelum ini dialah beria-ria benar mempertahankan yang khalimah Allah itu adalah hak Kristian! Tetapi mengapa sekarang berubah fikiran. Adakah kerana takut akan kehilangan undi jika terus memainkan isu sensitif ini!

Anwar Ibrahim menegaskan, soal kalimah ALLAH yang dibangkitkan semula adalah isu sensitif. Menurutnya, oleh itu beliau akan memanggil satu mesyuarat kepimpinan tertinggi PR untuk membincangkan isu ini dengan segera.

Menurutnya, sebelum ini, kepimpinan tertinggi PR pernah membincangkan perkara ini dengan terperinci, dihadiri dan dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen, malah pakatan ini juga sudah mengeluarkan kenyataan bersama.

“Bagi saya isu kalimah ALLAH ini sudah diselesaikan, namun segala perbezaan pendapat dalam PR mestilah melalui perbincangan, oleh itu saya akan panggil satu mesyuarat khas dalam masa terdekat.

“Apa yang paling penting adalah isu ini mestilah diselesaikan dengan baik dan menjaga sensitiviti umat dan juga sensitiviti masyarakat,” katanya kepada wartawan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, hari ini.

Isnin lalu, dalam mesej sempena sambutan Hari Krismas, Guan Eng membangkitkan semula isu kalimah ALLAH dengan mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas, malah rakan DAP, iaitu Pas turut tidak bersetuju dengan desakan ini.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pendirian rasmi Pas mengenai isu tersebut adalah terjemahan tepat bagi God dalam kitab Bible adalah Tuhan dan bukannya ALLAH.

Adakah Anwar ibarat 'ketam yang mengajar anaknya supaya berjalan betul', sedangkan dirinya sendiri pun berjalan tak betul? Fikir-fikirkanlah.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Disember 27, 2012

Jalan berlubang di sana sini, bila mahu selesai?



Isunya, isu lama dan masih sama yang sering dilalui oleh kebanyakan pengguna jalan raya - jenuh mengelak jalan berlubang.

Lebih-lebih lagi dalam musim hujan ini, pengguna-pengguna jalan raya pasti merungut dan bosan meredah jalan-jalan berlubang di sana sini tidak kira di jalan utama, jalan negeri, jalan persekutuan atau jalan-jalan di kawasan perumahan.

Akhbar ini pun sudah kerap kali menyiarkan berita dan laporan khas tentang jalan-jalan yang berlubang di seluruh negeri, dan tidak terkecuali bandar metropolitan Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang, yang memang panjang senarai jalan-jalannya yang rosak.

Jalan berlubang, berlopak dan tidak sekata bagaikan sudah menjadi satu pemandangan yang biasa di bandar raya ini. Kita juga sudah biasa melihat kerja-kerja mengorek dan menurap jalan yang sering dilakukan di sana-sini sehingga membuatkan kesesakan jalan raya walaupun dilakukan pada malam hari dan kita juga sudah biasa melihat jalan yang sama yang sudah ditampal itu rosak semula tidak sampai beberapa bulan.

Pun begitu dalam melalui semua keluh kisah itu, Kuala Lumpur dikhabarkan sedang mengejar status antara 20 bandar raya terbaik di dunia pada tahun 2020. Maka timbul satu persoalan yang amat besar setelah melihat keadaan jalan raya yang asyik dikorek dan ditampal ini, bolehkah sasaran itu dicapai? Inilah menjadi cabarannya.

Sekiranya mahu memenuhi impian yang tinggi-tinggi dan menjadi yang terbaik, perkara asas seperti penyelengaraan dan kualiti jalan raya sewajarnya diberi fokus utama dan didahulukan. Sedangkan, ciri-ciri terbaik itu menuntut kepada memenuhi soal keselesaan dan keselamatan orang ramai. Barulah warga kota berpuas hati dan tidak mempertikaikan mengapa bandar raya ini dikatakan yang terbaik.

Sakit mata yang memandang jalan raya yang berlubang seperti yang dikatakan oleh seorang teman saya - ''sampai keluasannya boleh buat mini kolam memancing'' , sakit lagi pemilik kenderaan yang menanggung.

Bukan sahaja terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih kerana menanggung kos memperbaiki kenderaan yang rosak kerana terbabas atau terlanggar lubang dan lopak, tetapi berisiko menjadi mangsa kemalangan yang mengancam nyawa. Lebih-lebih lagi kepada penunggang motosikal.

Kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) turut mendapati faktor kemalangan jalan raya bukan hanya tertumpu kepada faktor manusia, tetapi juga faktor keadaan jalan raya.

Maka, selain menumpukan kepada kempen mengenai keselamatan jalan raya dan menekankan kepada aspek-aspek kecuaian manusia disamping melaksanakan penguatkuasaan, aspek penyelenggaraan jalan raya janganlah terlepas pandang.

Bila jalan raya yang sudah diturap, rosak semula, timbul tanda tanya, macam mana kerja-kerja penurapan ini dilakukan, sekejap sahaja okey. Apakah kerja-kerja menurap dilakukan sekadar menutup bahagian permukaan sahaja. Soal kualiti penurapan ini siapa yang jaga? Kalau tiada kualiti kenapa pilih kontraktor terbabit?

Aspek kualiti turapan ini sepatutnya tidak boleh dikompromi atau dipandang mudah kerana ia membabitkan reputasi sistem jalan raya di negara ini dan yang lebih penting keselesaan dan keselamatan orang ramai yang menggunakan kemudahan tersebut.

Mungkin ada wajarnya, kontraktor serta pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak tahu dan tidak mahir membuat serta menyelenggara jalan raya dengan baik dikenakan saman ratusan juta ringgit seperti yang dilaksanakan di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, dan Jepun.

Dalam pada itu, penguatkuasaan juga perlu lebih tegas. Lori-lori bermuatan berat sepatutnya dilarang melalui jalan-jalan yang tidak dapat menampung keupayaan berat melebihi 80 metrik tan misalnya. Jika dibenarkan juga, sampai bila-bila pun kerja korek dan tampal ini kerap kali dibuat.

Sekiranya keadaan jalan raya di negara ini berterusan begini, mungkin kenderaan yang paling sesuai dan selamat digunakan adalah kenderaan pacuan empat roda, yang cukup lasak tetapi tidak semua orang mampu memilikinya.

PBT di lokasi-lokasi yang terbabit sepatutnya peka terhadap aduan orang ramai atau menjalankan pemantauan yang lebih kerap terhadap jalan-jalan di kawasan pentadbiran mereka.

Tidak perlulah menunggu pihak media melaporkan dan menyiarkan gambar kerosakan- kerosakan jalan raya tersebut baru mahu bertindak atau bertindak selepas jalan terbabit mengundang insiden tragik kepada pengguna, yang membabitkan kehilangan nyawa, ini lagi haru.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Disember 26, 2012

Antara Nik Aziz dan Tok Mun?



''…Saya kata begini, kalau UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam dan UMNO dan Pas bersatu, buat apa lagi saya berpolitik. Tidur malam tidak nyenyak. Tetapi kalau selagi Melayu sokong UMNO, wajib atas saya melawan kerana ini bahagian mungkar."

Kata-kata ini bukanlah dilafazkan oleh sebarang orang tetapi beliau adalah seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am kepada sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam dan diagung-agungkan oleh pengikut-pengikutnya bertaraf ulama dan tok guru.

Tetapi malangnya, insan ini tidak pernah insaf-insaf untuk berhati-hati dalam percakapan, sebaliknya hanya kerana berbeza fahaman politik, beliau bersedia bercakap apa sahaja bagi memburuk-burukkan musuh politiknya iaitu UMNO.

Demikianlah gambaran sikap dan tindak tanduk memualkan yang dipaparkan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dari semasa ke semasa terus kekal dengan sikapnya menanam politik kebencian dalam kalangan penyokong Pas terhadap UMNO.

Entah apalah dosa besar UMNO kepada beliau sehinggakan setiap kali beliau bercakap tentang parti itu, seolah-olah UMNO tidak pernah melakukan apa-apa kebaikan kepada orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Ini bukanlah kali pertama Nik Abdul Aziz melakukan serangan ke atas UMNO, malah sudah acap kali Menteri Besar Kelantan itu dilihat bermulut celupar semata-mata mahu mempertahankan perjuangan politik Pas yang kini semakin bercelaru dan kelam-kabut.

Malahan kita juga boleh menganggap Nik Abdul Aziz yang kini dimamah usia dan semakin tidak lagi berkemampuan mentadbir Kelantan cuba mencari alasan bagi 'menghalalkan' langkah beliau untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti, biar pun sudah berusia 81 tahun dan bergelar Yang Berhormat sejak 1969.

Nik Abdul Aziz memahami di peringkat akar umbi dalam Pas sendiri sudah ada yang tertanya-tanya kenapakah Nik Abdul Aziz masih belum mahu berundur.

Bagi mereka, mungkin satu ketika dulu ketika Pas mula memerintah Kelantan pada tahun 1990, tenaga dan fikiran Nik Abdul Aziz amat diperlukan, apatah lagi dengan slogan kepimpinan bersama ulama, Nik Abdul Aziz dilihat tokoh paling sesuai untuk menjadi Menteri Besar di negeri yang dirampas daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu.

Namun itu dulu, sekarang mereka sudah melihat sendiri bagaimana Nik Abdul Aziz dari semasa ke semasa semakin menjadi liabiliti kepada Pas. Keceluparan Nik Abdul Aziz dalam memberi ulasan dalam memperkatakan soal politik antara UMNO dan Pas semakin memburukkan imej parti itu. Apatah lagi akibat keceluparan itu, Nik Abdul Aziz sendiri tanpa disedari oleh beliau dilihat semakin menghakis imejnya sebagai tok guru dan ulama.

Sebab itulah, ketika mengulas keceluparan Nik Abdul Aziz ketika di Kuala Terengganu pada Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata "Nik Aziz ini selalu dia celupar..celupar ini taulah..terlepas cakap begitu tanpa bersandarkan apa-apa hukum. Dia buat fatwa sendiri sehingga banyak tokoh-tokoh ulama mempertikaikan. Bukan ini saja, sebelum ini pun beliau telah buat macam-macam kenyataan seolah-olah dia sebagai tokoh agama dia layak untuk mengeluarkan fatwa sendiri. Negara kita ada Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau Nik Aziz cakap itu elok rujuk kepada Majlis Fatwa sahaja. Benarkah apa yang disebut oleh beliau itu atau itu kenyataan berunsur politik semata-mata."

Kenyataan Muhyiddin itu ada benarnya kerana selama ini Nik Abdul Aziz dilihat 'begitu kebal' sekali tidak ada siapa pun yang boleh menegur beliau, kalau mahu diharapkan ulama-ulama atau pemimpin Pas sampai dunia kiamat pun mereka belum tentu akan berbuat demikian.

Sebab itulah Nik Abdul Aziz dilihat semakin angkuh dalam membuat kenyataan politik berkaitan dengan UMNO. Beliau seolah-olah tidak mahu memikirkan kesan kepada umat Islam dan orang Melayu. Beliau tidak sedar kenyataan beliau mengenai UMNO yang berkaitan dengan Islam boleh menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan.

Oleh kerana beliau seorang pemimpin politik bertaraf ulama, segala kata-kata akan menjadi pegangan kepada penyokong-penyokong tegar Pas sehingga akhirnya perpecahan umat Islam akibat berbeza fahaman politik menjadi semakin buruk.

Ketika Nik Abdul Aziz menganggap selagi Melayu sokong UMNO, wajib atas saya melawan kerana ini bahagian mungkar." Cubalah kaji perjalanan politik negara sejak merdeka. Apakah benar UMNO membawa kemungkaran? Kalau betul perkara itu sudah tentulah Malaysia tidak dilihat sebagai negara Islam contoh dan syiar Islam berkembang dengan pesat di negara ini.

Tetapi Nik Abdul Aziz tidak akan mengiktiraf perkara itu kerana bagi Nik Abdul Aziz hanya Islam yang dibawa oleh Pas sahaja yang betul, Islam yang dibawa oleh Pas sahaja yang mampu membawa kemakmuran kepada negara dan kesejahteraan umat.

Namun ketika Nik Abdul Aziz begitu celupar apabila suatu ketika dulu menuduh Islam yang dibawa oleh UMNO adalah Islam plastik dan tidak boleh dibawa ke syurga, para ulama seluruh dunia memuji kepimpinan negara yang diterajui oleh UMNO.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz tidak mahu mengiktiraf semua itu, bukan kerana ia tidak betul tetapi disebabkan ia memberikan kelebihan politik kepada UMNO kerana bagi pemimpin Pas seperti Nik Abdul Aziz seolah-olah hanya Pas sahaja paling layak mengembangkan syiar Islam di negara ini.

Kalaulah umat Islam mahu mengharapkan kepada Pas berbuat demikian ia boleh dianggap sekadar mimpi kerana Islam hanya menjadi sandaran dan modal politik kepada parti itu. Malahan Islam yang diperjuangkan oleh Pas hanyalah slogan dan hujah-hujah bermodalkan air liur di atas pentas-pentas ceramah.

Ini memandangkan kalau ia mahu dirujuk kepada corak pimpinan Pas yang menguasai Kelantan sejak 1990, Kedah mulai pilihan raya umum 2008 dan Terengganu selama sepenggal mulai 1999, tiada banyak perkara yang dilakukan untuk melayakkan bahawa kepimpinan Pas mempunyai keupayaan yang jauh lebih hebat daripada kepimpinan UMNO.

Sebaliknya apa yang kita saksikan, Islam tidak ubah sekadar slogan dan ia terus dilaung-laungkan dengan iringan takbir untuk menunjukkan kononnya Pas adalah parti yang memperjuangkan Islam. Lebih malang lagi, Pas sanggup meninggalkan perjuangan menegakkan negara Islam dan hukum demi memastikan mereka tidak dilihat mempunyai pendirian berbeza dengan dua lagi parti sekular iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Oleh itu tidak perlulah Nik Abdul Aziz hendak terus bersikap celupar terhadap UMNO. Kalau hendak bertanding, bertanding sahajalah. Itu hak beliau dalam sebuah negara demokrasi, contohilah sikap bekas calon Bebas di Kuala Terengganu, Maimun Yusof,93 atau Tok Mun yang berhasrat bertanding dalam pilihan raya umum nanti biar pun kecewa pada tahun 2008.

Sekurang-kurangnya Tok Mun jauh lebih baik daripada Nik Abdul Aziz kerana penjaja kain dan jeruk itu mahu bertanding lagi dengan alasan mahu memperbetulkan pentadbiran negara yang didakwanya ada banyak kesilapan. Tidak mengapalah itu alasan Tok Mun, sekurang-kurangnya dia tidak menganggap ''kalau selagi Melayu sokong UMNO, wajib atas saya melawan kerana ini bahagian mungkar."

Mungkin Tok Mun bukan ustazah tetapi sekurang-kurangnya dia tidak melakukan dosa dengan mengaitkan orang lain untuk 'menghalalkan' kenapa dia perlu bertanding. Mungkin dalam soal ini Nik Abdul Aziz boleh belajar daripada Tok Mun, bagaimana hendak memberi alasan kerana kesudahannya rakyat juga yang akan menilai sama ada alasan itu boleh diterima atau tidak.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

Karpal dicabar nafi hubungan sulit Anwar - Shamsidar?



Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar membuat penafian secara terbuka Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar Taharin seperti didakwa Datuk S. Nallakaruppan.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, Karpal perlu menyahut cabaran itu kerana beliau dan anaknya, Gobind Singh Deo mahukan Anwar menjadi calon Perdana Menteri bagi pakatan pembangkang.

"Karpal juga perlu menjelaskan mengapa beliau enggan menerima Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri sedangkan jawatan yang disandang Abdul Hadi ketika ini adalah dipilih dan bukannya dilantik.


"Jawatan yang dipegang Abdul Hadi tidak sama seperti Karpal atau Anwar. Kedua-dua mereka dilantik dan bukannya dipilih," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Karpal dan DAP yang terus mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Karpal sehingga kini belum pernah menarik balik kenyataannya di Parlimen pada Oktober 1997 yang beliau mempunyai bukti mengenai penglibatan Anwar dalam aktiviti liwat.

Dalam perkembangan berkaitan, SD Johari turut mencabar Karpal mengarahkan Gobind yang juga seorang peguam menarik balik kenyataannya dalam hansard Parlimen pada Oktober 1997 berhubung kegiatan liwat Anwar itu.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Disember 25, 2012

Isu banjir di Selangor : Punca banjir kilat dikenal pasti?


Liew Yuen Keong (dua dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Biro Aduan MCA Serdang menunjukkan gambar-gambar kawasan yang terlibat dengan banjir kilat pada Jumaat lalu dan puncanya dalam sidang akhbar di Serdang, Selangor semalam.

Banjir kilat kali kedua yang teruk dalam tempoh kira-kira tiga bulan di sekitar Serdang, Jumaat lalu dikenal pasti berpunca daripada timbunan sampah di Kolam Takungan Air Serdang Jaya.

Selain itu, Pengerusi MCA Serdang, Datuk Liew Yuen Keong yang meninjau keadaan pada hari tersebut berkata, banjir kilat yang membawa lumpur itu juga dilihat berpunca daripada pembangunan di kawasan cerun bukit berhampiran Pusat Perdagangan Seri Kembangan di Bukit Serdang, masalah pam air dan sistem perparitan yang tidak disenggara dengan baik di Sungai Kuyu.

Kawasan-kawasan yang terlibat dengan bencana pada Jumaat lalu adalah Sungai Kuyu Kawasan 5 dan 9 di Kampung Seri Kembangan, Pusat Perdagangan Seri Kembangan di Bukit Serdang Seksyen 1 dan 14, Serdang Jaya dan Seri Serdang.

Dalam kejadian itu, air berlumpur setinggi lebih satu meter melanda kira-kira 400 buah rumah, mengakibatkan kerugian harta benda serta kesesakan jalan raya.

Menurut Yuen Keong, banjir kali ini dilihat lebih teruk berbanding pada September lalu. Beliau menyifatkan pengalaman buruk yang dialami penduduk dahulu gagal menyedarkan pihak berkenaan untuk mengambil sikap lebih serius bagi menangani masalah itu daripada berulang.

"Ini satu keadaan yang serius kerana pernah berlaku banjir kilat pada September lalu di kawasan sama. Nampaknya kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak mengambil tindakan agresif dan proaktif untuk mengatasi masalah ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat MCA Bahagian Serdang dekat sini hari ini untuk menerangkan hasil tinjauannya di kesemua kawasan terlibat pada hari kejadian.


Menurut Yuen Keong, ketika membuat tinjauan pada hari tersebut, beliau mendapati terdapat beberapa tempat yang perlu diberi perhatian dan tindakan segera oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan MPSJ.

"Pertama ialah di kolam takungan air itu. Saya dapat lihat timbunan sampah yang banyak di dalamnya. Disebabkan itu air tidak dapat mengalir dengan baik lalu mengakibatkan banjir kilat ketika hujan lebat.

"Selain itu kolam itu memang tidak dibersihkan kerana terdapat banyak semak-samun walaupun telah berlaku banjir pada September lalu," jelasnya.

Kata beliau, punca-punca utama lain adalah pembangunan di cerun bukit yang menyebabkan air berlumpur itu turun ke kawasan rendah dan sepatutnya pihak MPSJ memantau kerja-kerja pembangunan itu sejak awal lagi.

"Dua pam air di Sungai Kuyu tidak disenggara dengan baik menyebabkan restoran-restoran di situ dimasuki air banjir," katanya.

Beliau difahamkan, banjir juga berlaku di Klang dan Kajang yang mana kawasan itu menerima peruntukan sebanyak RM5 juta daripada kerajaan negeri untuk projek-projek penyenggaraan banjir.

"Mengapa sehingga hari ini tiada peruntukan untuk bantuan pencegahan banjir di sini? Saya memohon supaya kerajaan negeri dapat memberi peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan MPSJ bagi menjalankan program pencegahan banjir di kawasan Serdang.

"Pepatah mengatakan bahawa 'sediakan payung sebelum hujan'. Kerajaan negeri dan MPSJ perlu bekerjasama dengan JPS dengan mengambil langkah proaktif demi membantu rakyat dan mengambil langkah-langkah awal pencegahan banjir," jelasnya.

Kata beliau, kerjasama pihak-pihak tersebut bersama-sama penduduk amat penting bagi memastikan tidak berlakunya banjir.

"Kita tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini, tetapi sesuatu perlu dilakukan demi kepentingan masyarakat setempat kerana mereka bimbang akan berlaku lagi banjir," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Isu Selangor : 12 penghuni tiga keluarga di PJ berhimpit satu rumah?


NorHabatin Mohd. Khan (kiri) dan ibunya, Fatimah Baharin (kanan) terpaksa berkongsi rumah bersama 10 yang lain di sebuah unit pangsapuri di Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor kerana sukar mendapatkan rumah mampu milik lain.

Sebuah keluarga terpaksa tinggal bersesak dalam sebuah unit pangsapuri di Petaling Utama di sini sejak lima tahun lalu kerana sukar mendapatkan rumah mampu milik.

Ini menyebabkan ruang tamu rumah mereka juga dijadikan tempat tidur, selain tempat makan mereka sekeluarga pada setiap hari.

Norhabatin Mohd. Khan, 40, yang tinggal bersama ibu, empat anaknya, tiga adik perempuan, dua adik ipar dan seorang anak saudaranya terpaksa berhimpit disebabkan masing-masing tidak mampu menyewa secara bersendirian.

Ibu tunggal itu berkata, harga rumah sekarang yang tidak mampu dimiliki golongan sepertinya turut menjadi faktor mengapa mereka berkongsi rumah beramai-ramai.

"Sudah lima tahun kami tinggal begini dengan membayar sewa bulanan RM500, yuran penyenggaraan RM55 dan bil elektrik dan air kira-kira RM50," katanya ketika ditemui sempena lawatan Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) ke atas keluarganya baru-baru ini.

Bukan tidak mahu mendiami rumah yang lebih selesa, tetapi di mana mahu mencari duit untuk memiliki rumah kos rendah di sini, kata kerani di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya itu.

Bagaimanapun, ketika lawatan itu, kebanyakan ahli keluarga berkenaan keluar bekerja.


Sementara itu, Pengerusi Serang, Budiman Mohd. Zohdi yang mengetuai lawatan itu berkata, pihaknya masih menanti jawapan kerajaan negeri mengenai percanggahan maklumat yang dikeluarkan dalam sebuah akhbar tempatan dengan ucapan Exco terbabit Sidang DUN pada Mac lalu.

"Kami ingin bertanya di mana lokasi 6,470 rumah kos rendah yang kononnya dibina kerajaan negeri, malah kami juga mahu mengetahui apakah syarat-syarat permohonan yang ditetapkan dan berapa ramai anak muda Selangor berpeluang memiliki rumah itu," katanya.

Budiman turut mempersoalkan status Skim Perumahan Pasangan Muda yang dilancarkan pentadbiran terdahulu yang difahamkan sebidang tanah di Seksyen 24, Shah Alam sudah pun diperuntukan untuk tujuan itu.

"Hari ini, kami mengunjungi rumah seorang anak muda yang mengalami masalah untuk memiliki rumah kos rendah, malah terpaksa berkongsi dengan tiga pasangan lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Serang turut mengedar 1,000 topeng kempen Mana Rumah Selangorku (Mask) kepada golongan muda di Pasar Malam Taman Sri Manja.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Disember 24, 2012

Nik Aziz pernah berkata, kafirkan UMNO angkara militan Pas?



Jika kenyataan Nik Aziz itu boleh diterima mewakili keseluruhan pandangan kepemimpinan Pas, ia jelas membuktikan selama ini parti itu tidak mengkafirkan UMNO. Ia juga bermakna UMNO, parti yang didokong oleh orang Islam, tidak pernah bercanggah dengan kehendak Islam.

Soalnya mengapa perkara ini tidak pernah diperjelaskan sebelum ini? Mengapa perkara ini dibiarkan berlarutan hingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, berlaku perceraian suami, isteri dan perbalahan anak-beranak yang berbeza parti hinggakan berlaku sembahyang dua imam. Apa yang diketahui umum, pemimpin Pas turut mengkafirkan UMNO.

Ia bukan sekadar inti ucapan di majlis ceramah, malah jelas membuktikan daripada pandangan orang Pas, UMNO adalah kafir.Mengapa hanya selepas Pas bercadang membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam, pandangan Pas terhadap UMNO berubah. Umum mengetahui salah satu sebab UMNO dicap kafir ialah kerana ia bekerjasama dengan parti lain yang bukan Islam dalam Barisan Nasional (BN). Sebaliknya apabila Pas cuba rapat dengan parti pembangkang lain yang bukan Islam, mereka menganggap ia dibenarkan oleh Islam kerana tujuannnya ialah untuk menegakkan keadilan.

Apakah UMNO selama ini tidak pernah memperjuangkan keadilan terhadap rakyat? Apakah UMNO tidak pernah memperjuangkan nasib umat Islam?Isu mengkafir UMNO berlarutan agak panjang. Sepatutnya, jika menyedari bahawa isu mengkafirkan UMNO dilakukan oleh pelampau dalam Pas, pemimpin parti itu segera memperbetulkan keadaan itu. Bukankah disebabkan ketika itu Pas melihat isu kafir-mengkafir itu memberi kelebihan politik, maka mereka mengizinkan UMNO dibelasah dengan tohmahan yang tidak sewajarnya dilakukan sesama Islam.

Mengapa ketika itu mereka sendiri tidak mengecam ahli-ahli yang dianggap pelampau dalam parti itu? Dengan membenarkan mereka membuat tuduhan seperti itu bermakna kepemimpinan parti itu juga turut bersubahat. Setidak-tidaknya, dengan kenyataan Nik Aziz itu jelas menunjukkan dalam Pas sendiri memang wujud kalangan ahli parti itu bersikap melampau. Islam tidak pernah merestui umat yang bersikap demikian.

Apakah dengan menjadikan pelampau dalam Pas sebagai sasaran, kepemimpinan Pas cuba mencuci tangan? Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum ini jelas menunjukkan ketika debat UMNO-Pas diheboh-hebohkan apakah isu sebenar yang hendak dibincangkan? Bukankah ia mengenai isu kafir-mengkafir? Siapakah pemimpin Pas yang dinamakan untuk mengambil bahagian bahagian dalam debat? Bukankah mereka adalah pemimpin kanan Pas? Bukankah ketika itu Pas mendakwa sembelihan orang UMNO tidak sah dimakan, tidak sah berkahwin dengan orang UMNO dan berlaku peristiwa pengkebumian di tanah perkuburan berasingan?

Bolehkah Pas menutup kes sembahyang dua imam kerana menganggap tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO. Apakah Pas boleh menafikan hakikat ini?Sekiranya Pas benar-benar ikhlas, mereka sepaturnya mengeluarkan pendirian yang mengatakan UMNO adalah parti yang berjuang mengikut lunas Islam. Tidak perlu lagi parti itu berdolak dalik kerana apa saja isu yang dikemukakan oleh parti itu, adalah semata-mata untuk tujuan politik.

Kemungkinan besar kenyataan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu boleh menimbulkan kemarahan pemimpin Pas yang lain. Bagaimanapun mereka mungkin sukar untuk menyangkal kenyataan Nik Aziz itu kerana berbuat demikian hanya akan meletakkan diri mereka sebagai pelampau dalam Pas. Disebabkan Nik Aziz menyatakan isu itu dibangkitkan oleh pelampau dalam Pas, sesiapa sahaja yang cuba mempertahankan tuduhan itu, adalah tergolong dalam kumpulan pelampau dalam parti itu.

Adalah diharapkan dengan penjelasan Nik Aziz itu, isu UMNO kafir tidak sepatutnya lagi ditimbulkan. Sekiranya ada pandangan baru mengenainya bermakna mereka yang berbuat demikian menolak Nik Aziz. Jika kepemimpinan Pas berfikiran panjang, mereka seharusnya melihat diri sendiri dan bertanding dalam pilihanraya dengan isu yang lebih munasabah. Bolehkah Amanat Hadi dimansuhkan. Hanya pemimpin-pemimpin Pas sahaja yang boleh menjawapnya? Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Gereja tumbuh bagai cendawan selepas hujan!



Lihatlah carta jumlah gereja mengikut aliran dan negeri seperti di atas. Ini membuktikan ia bukan rahsia lagi bahawa Selangor memang mengungguli lain-lain negeri di semenanjung dalam isu murtad yang hangat diperkatakan. Ini baru yang berdaftar, yang haram melambak lagi kat luar tu!!!!

Ini jelas menunjukkan gerakan nak memurtadkan orang Islam ini makin rancak, disebaliknya kita umat Islam masih terus berbalah. Bila nak berhimpun dah beri macam-macam pendapat, tak bolehlah, tak sokonglah, ada aje alasan nak mengelak!

Jadi, isu DUMC sebenarnya hanya alat untuk mencabar Perlembagaan Negara yang dicabuli akibat campurtangan politik untuk mendapatkan undi pilihan raya.

Lebih malang, politik itu mencabar kedaulatan undang-undang dan perlembagaan negara. Ini bukan satu kebetulan tetapi perancangan. Siapa perancang dalam isu ini! Kita percaya dan ada bukti! Memang puak-puak kafir harbi yang main ‘tangan gelap’ di belakang. Malah baginda Sultan Selangor baru-baru inipun melahirkan rasa kekuatiran baginda dalam kes isu murtad di Selangor!

Umat Islam harus bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan daripada malapetaka besar ini. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua. Inilah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Ada bukti organisasi murtadkan umat Islam?

Sebelum ini bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan kewujudan sebuah organisasi di negeri itu yang melatih mubaligh secara profesional untuk memurtadkan umat Islam.

Menurut beliau, organisasi tersebut melatih mubaligh yang kaya dengan ideologi Barat bagi memesongkan akidah umat Islam dengan strategi yang licik termasuk menyertai solat berjemaah di masjid atau surau.

Hasan mendakwa, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan mubaligh yang memakai jubah dan menunaikan solat bersama-sama umat Islam sebagai strategi mendekati mereka yang berpotensi digugat akidahnya.

"Organisasi ini membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari negara Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam.

"Mereka menyusup masuk ke masjid-masjid dan bersama-sama mengerjakan solat berjemaah, ini strategi mereka untuk mendekati sebelum sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran umat Islam," katanya.

Hasan berkata, sasaran utama organisasi tersebut ialah orang Islam miskin, kurang pengetahuan agama, mereka yang berhutang, orang yang rumah tangganya kucar-kacir, pasangan bercerai, golongan berfikiran liberal serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Malah, dakwa beliau, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabatnya ketika beliau masih lagi sebagai seorang Exco agama, terdapat kira-kira 51 umat Islam yang didapati sudah menjalani proses pembaptisan dan minum 'air suci' dan kini sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka.

"Ini menunjukkan bahawa ancaman terhadap akidah umat Islam adalah sesuatu yang benar," katanya sambil menyeru orang Islam untuk sama-sama bangkit memerangi kegiatan tersebut.

Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Jangan Cabuli Keharmonian Hidup!



Keharmonian hidup antara kaum adalah ciri-ciri utama yang diberi penegasan dalam setiap kali manifesto Barisan Nasional (BN). Ciri-ciri berkenaan bukanlah dirumus semata-mata untuk menghadapi pilihan raya umum, malah ia sudah menjadi dasar yang begitu penting bagi kehidupan setiap individu di negara ini.

Keharmonian kaum mempunyai hubungan rapat dengan soal keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran, kemajuan dan sebagainya. Tanpa keharmonian hidup, negara akan menjadi kucar-kacir. Dalam keadaan negara yang tidak tenteram, bermakna masa dan tenaga hanya dihabiskan untuk menyelesaikan masalah yang silih berganti. Ia akan membantutkan segala urusan harian.

Rakyat sentiasa berada dalam ketakutan, malah nyawa sering menjadi pertaruhan. Rakyat seharusnya belajar daripada peristiwa di beberapa negara yang pada masa ini menghadapi masalah. Dalam keadaan sentimen rakyat membara, manusia tidak lagi mempunyai sifat-sifat kemanusiaan. Mereka menjadi buas seperti haiwan. Bunuh-membunuh menjadi permainan. Keadaan ini sudah pun berlaku di depan mata di beberapa negara yang sedang bergolak.

Seseorang yang kehilangan orang yang tersayang, akan melakukan perkara yang sama kepada orang lain. Nyawa bukan lagi mempunyai harga yang perlu dinilaikan. Apakah ini yang diharapkan?


Di Malaysia, keharmonian kaum diterima sebagai amalan hidup. Rakyat sentiasa menghormati antara satu dengan lain walaupun berlainan warna kulit dan agama. Mereka boleh membeli-belah di pasar atau di gedung perniagaan bersama-sama tanpa mengira siapa yang berbelanja dan siapa pula yang berniaga. Mereka boleh bekerja sama tanpa mengira siapa menjadi pekerja atau siapa pula majikan.

Hari ini, ibu-bapa tidak sedikit pun bimbang mengenai keselamatan anak-anak mereka sama ada ketika di sekolah atau melepaskan mereka untuk bergaul dengan rakan-rakan berlainan bangsa. Keadaan ini sudah berlanjutan sekian lama, dengan mengambil iktibar daripada Peristiwa 13 Mei 1969.

Moto Keharmonian Hidup yang diterapkan oleh BN adalah sesuai dalam konteks hidup masyarakat Malaysia hari ini. Apa yang dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, penekanan kepada keharmonian hidup antara kaum adalah semata-mata untuk memastikan tidak timbul sebarang ketegangan sesama rakyat. BN sentiasa mengutamakan kebaikan kerana mahu rakyat hidup bersatu padu.


Malangnya, parti-parti pembangkang mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza. Apa yang cuba ditiupkan ialah api permusuhan. Mereka bukan saja cuba melaga-lagakan antara sesama orang Melayu, malah pergeseran kaum dan agama. Keharmonian hidup tidak akan wujud jika parti-parti pembangkang diberi peluang untuk memerintah negara ini.

Percanggahan ideologi di kalangan parti-parti pembangkang sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka tidak mungkin dapat duduk semeja untuk berbincang mengenai perkara-perkara yang membabitkan kepentingan semua rakyat. Satu pihak akan membuat tuntutan yang melampaui batas hingga menyebabkan keadaan di luar kawalan.

Hari ini pun sudah ada suara keras yang dikemukakan di kalangan parti pembangkang, sebagai syarat tolak ansur untuk bekerjasama. Parti yang radikal sifatnya itu tidak akan berganjak daripada pendirian mereka sewaktu menolak kewujudan negara Islam di Malaysia.

Rakyat seharusnya matang berfikir dan tidak terlalu mengikut perasaan ketika membuat keputusan. Dalam setiap percaturan, mereka seharusnya mengambil kira keseluruhan senario yang mungkin berlaku di negara ini.


Malaysia juga mempunyai musuh di sekelilingnya. Musuh Islam juga adalah besar dan mereka kini menunggu peluang saat paling baik untuk menghancurkan negara ini. Oleh itu, setiap rakyat harus mengambil kira apakah keputusan yang akan mereka lakukan kelak mengambil kira faktor keharmonian hidup atau mahu merosakkan apa yang sudah terjalin sekian lama.

Janganlah disebabkan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Semua tindakan ini akan hanya mengundang masalah lebih besar kepada rakyat. Mendengarkan cakap pembangkang yang berapi-api memanglah menyeronokkan. Untuk mencari kesilapan orang lain memang mudah, tetapi begitu sukar untuk mengakui kesilapan sendiri.

Rakyat perlu ingat, mereka yang mengecam kerajaan itu adalah atas landasan "membangkang sekadar membangkang" tapi tidak memikul sebarang tanggungjawab. Apa yang mereka fikirkan ialah semata-mata bagaimana cara menumbangkan kerajaan.

Mereka yang bercakap sesedap mulut itu tidak pernah memikirkan kesan tindakan mereka. Janji memang mudah ditaburkan, tetapi untuk menunaikannya, ia adalah satu masalah yang amat rumit, terutamanya dalam keadaan rakyat negara ini yang begitu tipis tahap kesabarannya.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Disember 23, 2012

Janji tidak ditepati : MB Khalid berkeras tetap tidak turun cukai pintu?


Penduduk kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam membantah kenaikan cukai pintu.

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan menurunkan cukai pintu di negeri ini termasuklah di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meskipun telah berjanji untuk melaksanakannya pada pilihan raya umum lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengenakan cukai pintu berdasarkan kegunaan tanah yang mana kadarnya akan dinaikkan sekiranya tanah itu dibangunkan untuk tujuan tertentu seperti industri dan sebagainya.

"Kalau tanah itu tidak dibangunkan, maka cukai pintu yang dikenakan adalah rendah. Apabila tanah itu digunakan untuk bangunkan kilang dan sebagainya, maka cukai pintunya akan berubah (meningkat).

"Cukai pintu yang kita berikan itu adalah munasabah mengikut kegunaan tanah. Kalau tidak bayar cukai pintu, bagaimana kita mahu bangunkan Shah Alam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada 15 Disember lalu, Pengerusi MCA Bahagian Subang, Lee Wei Kiat menyelar tindakan MBSA menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali ganda ke atas penduduk Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh berkuatkuasa pada tahun depan.

Sambil menyifatkan kenaikan cukai pintu itu sebagai keterlaluan, Wei Kiat turut mendesak supaya MBSA dan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang menarik balik kenaikan cukai tersebut.


Pada 17 Disember lalu, Koordinator Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed pula menyatakan kenaikan tersebut bercanggah dengan manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008 yang mahu menurunkan 20 peratus cukai pintu bagi kediaman dan 10 peratus peratus bagi premis peniagaan di Selangor.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid ketika mengulas mengenai kenaikan kadar cukai pintu yang dikenakan ke atas penduduk Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh berkata, pihaknya telah mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memberikan penerangan mengenai kenaikan cukai tersebut.

Jawatankuasa khas tersebut katanya, akan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaikan Kilang Haram negeri, Ean Yong Hian Wah dan dianggotai oleh Timbalan Datuk Bandar MBSA (Mohtar Hani) dan wakil-wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perbendaharaan Selangor.

"Jawatankuasa ini akan menerangkan dan memberikan pandangan mengenai isu kenaikan cukai pintu ini. Jawatankuasa ini akan adakan penerangan sebelum bulan Jun tahun depan kerana pembayaran cukai pintu mesti dijelaskan dalam bulan tersebut," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Nik Aziz celupar: Muhyiddin?



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong UMNO sebagai mungkar.

Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin PAS itu setiap kali menjelang pilihan raya. "Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang UMNO ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari
lalu yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi
ada orang Melayu yang menyokong parti UMNO yang beliau anggap mungkar.


Muhyiddin berkata, kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin PAS itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon UMNO dan BN pada pilihan raya umum nanti.

"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya.

Muhyiddin berkata, apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin PAS," katanya.

Mengulas hukum hudud, Muhyiddin berkata, kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam.

"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya.

Suara Politik
Belantan

Kesan dari "Amanat Hadi' yang sehingga sekarang belum ditarik balik?



Abdul Manaf Idris, 65, dari Kampung Tanah Merah di sini merupakan salah seorang yang pernah mempengaruhi orang ramai untuk menyakini Amanat Haji Hadi bagi memastikan penyokong Pas terus setia dan agar orang UMNO meninggalkan parti mereka.

Lebih dikenali sebagai Pak Da, beliau yang akhirnya merasa berdosa dengan segala onar yang tercetus dalam masyarakat bertitik-tolak dengan kefahaman mengenai amanat itu, berusaha memohon maaf atas keterlanjurannya dan akan bersama membantu menyedarkan masyarakat sehingga akhir hayatnya.

''Semua ini berpunca daripada amanat itu, biarpun Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin terus menafikannya tetapi beliau dan pemimpin Pas lain sehingga kini tidak pernah berusaha memperbetulkan gejala berterusan yang menyesatkan akidah ini, sedangkan perjuangan Pas dikatakan suatu dakwah," katanya yang merupakan bekas Penyelaras Pas bagi Dewan Undangan negeri Jabi bagi mengulas buku Kafirkah Aku tulisan C.N al-Afgani.

Menurut Abdul Manaf, beliau bersyukur kerana kemenangan Pas di Terengganu dalam pilihan raya umum 1999 banyak memberi kesedaran kepada penyokong parti itu di negeri ini memahami bahawa perjuangan Islam yang dilaung-laungkan hanya satu khayalan.


Beliau menyifatkan kesempatan yang diberikan kepada Pas suatu rahmat kerana pengalaman itu membuka ruang untuk beliau mula memikirkan secara rasional setelah sekian lama terpengaruh dengan siri ceramah para pemimpin yang berkisar soal Amanat Haji Hadi.

''Saya mula merasakan ucapan mereka tidak menepati keimanan yang tulen. Selama ini saya mengikut sahaja. Lalu saya keluar daripada parti itu tanpa dipengaruhi atau dibeli oleh UMNO setelah mula melihat tindak-tanduk sebenar Pas.

''Pas di bawah barisan alternatif bersama DAP, PSRM dan PKR mengeluarkan manifesto bersama dan saya tercari-cari di mana kalimah membentuk negara Islam. Tiada.

''Apabila Pas menang pula di Terengganu dengan hasil menjanjikan bahawa apabila menang sebelum ayam berkokok, hudud akan dilaksanakan namun kemudiannya, Abdul Hadi berkata hudud cuma 0.0001 peratus dalam al-Quran," ujarnya.

Namun, katanya, beliau semakin menyedari perjuangan Pas melencong apabila para pemimpin Pas yang lain terutama Mursyidulnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup membela segala tindak-tanduk bukan Islam yang menjejaskan masa depan Islam demi menjaga kedudukan Pas.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Disember 22, 2012

Karnival Sayangi Selangor perkasakan misi BN Selangor - Zin!



Barisan Nasional (BN) Selangor akan meneruskan pendekatanya untuk memperkasakan lagi misi merakyatkan BN Selangor menerusi Karnival Sayangi Selangor pada 29 Disember hingga 1 Januari 2013, di i - City, Shah Alam.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamad berkata, program tersebut yang dianjurkan untuk kali kedua merupakan menifestasi BN Selangor bagi menyatakan kesediaan BN merampas kembali Selangor dari Pakatan.

"Karnival ini juga mendapat kerjasama daripada badan korporat dan swasta serta dijangka akan menarik sehingga 500,000 pengunjung sepanjang empat hari berlangsung.", katanya kepada media semalam.

Antara aktiviti menarik sepanjang berlangsungnya karnival itu ialah pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan juga pameran kerjaya melibatkan badan korporat dan swasta.


Terdapat juga 86 gerai jualan terdiri dari produk-produk Industri Kecil dan Sederhana dari Selangor, jualan makanan dan juga buah-buahan tempatan oleh pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Bagi golongan lepasan sekolah, karnival ini turut menyediakan pameran pendidikan bagi para pelajar mendapatkan maklumat berkaitan.

Zin yang juga merupakan Setiausaha UMNO Selangor berkata, selain itu, terdapat juga persembahan kebudayaan, pertandingan memasak, pertandingan bintang kecil dan juga aktiviti untuk seisi keluarga di Taman Permainan Air i-City.


"Acara kemuncak ialah pada 31 Disember 2012. Pada sebelah malam pula turut diadakan persembahan konsert kebudayaan bersama artis-artis tempatan dan luar negara serta pertunjukan bunga api.

"Kehadiran seluruh rakyat Selangor untuk turut serta memeriahkan Karnival Sayangi Selangor ini amat dialu-alukan.

"Saya pasti ianya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan disamping bersama-sama turut serta dalam aktiviti-aktiviti menarik yang telah dirancang", katanya.

Sementara itu, Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata jentera BN Selangor sudah bersedia untuk menempuh cabaran PRU-13 .

Suara Politik
Belantan

Khamis, Disember 20, 2012

Sejarah 'sakit tulang belakang' Anwar tidak mengambarkan apa yang sebenarnya berlaku?





Kelihatan Anwar masih 'hebat' melakukan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya dia tidak lakukan jika kita melihat kembali sejarah 'sakit tulang belakang' yang akan menjadi 'senjata utama' apabila merasakan dirinya tertekan!

Adakah kita masih ingat ketika keterangan saksi pembela Anwar Ibrahim, Dr Thomas Hoogland dari Munich, Jerman apabila sekurang-kurangnya dikesan mempunyai dua motif.

Pertama untuk ‘membuktikan’ Anwar masih sakit tulang belakang meskipun telah dirawat, sebagai justifikasi Ketua Umum PKR itu tidak mampu mengadakan aktiviti seksual kerana tidak boleh ‘membongkok’.

Kedua untuk ‘membuktikan’ terdapat ‘konspirasi’ pihak tertentu khususnya pihak polis untuk mengenakan Anwar.

Bernama, 6 Oktober memetik keterangan Hoogland di mahkamah dengan berkata, laporan perubatannya yang terakhir ke atas Anwar pada 8 September 2011 menunjukkan keadaan Anwar bertambah buruk dan salah satu otot belakangnya merosot akibat diserang polis pada tahun 1998.

Serangan polis 1998 itu merujuk kepada serangan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor, semasa Anwar ditahan di lokap polis Bukit Aman.


Ketika Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bertanya ada tak kemungkinan sakit tulang belakang Anwar masih berterusan kerana faktor usia, Hoogland tidak bersetuju dengan kenyataan itu, sebaliknya bertegas mengatakan punca utamanya adalah serangan polis 1998.

“Berdasarkan sejarah perubatan Anwar, adalah lebih dipercayai kesakitan tulang belakang yang dialaminya berpunca daripada serangan oleh pihak polis pada tahun 1998,” kata Hoogland seperti dilaporkan Mstar, 7 Oktober.


Hoogland yang merangkap doktor peribadi Anwar yang menjalani operasi pembedahan bagi membetulkan tulang belakang Anwar di Klinik Alpha, Munich, Jerman pada 6 September 2004 juga berkata, kerosakan tersebut adalah bersifat kekal, kerana tiada rawatan yang benar-benar dapat menyembuhkan kecederaan akar sarat.

Ketegasan Hoogland menolak faktor lain terutamanya usia kecuali faktor ‘serangan polis 1998′, membuatkan kita tertanya-tanya adakah doktor dari Jerman itu menjawab secara jujur berdasarkan profesionalisme atau mempunyai motif lain.

Sekiranya, Hoogland menjawab berdasarkan profesionalisme sebagai seorang pakar yang tidak berpihak, beliau sewajarnya menyemak rekod kesihatan Anwar khususnya yang dikeluarkan oleh Suruhajaya Diraja Untuk Menyiasat Kecederaan Anwar Ibrahim Semasa Tahanan Polis (1998) yang membuktikan Ketua Umum PKR itu telah mempunyai rekod kecederaan lama iaitu jatuh dari kuda kira-kira 6 tahun sebelum ditahan di lokap polis tersebut


Laporan doktor Vasantha Ponniah dari Jabatan Pesakit luar Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1998 yang dijadi bukti lampiran dalam Laporan Suruhajaya Diraja itu menyebut Anwar pernah jatuh kuda sejak 6 tahun lalu sebelum 1998 iaitu sekitar tahun 1992.

Dalam pemeriksaan ke atas Anwar pada 24 September 1998 di Pusat Tahanan Reman, Jalan Semarak, Dr Vasantha melaporkan Anwar pernah jatuh kuda sekitar tahun 1992 yang mengakibatkan beliau mengidap penyakit ‘cervical spoadylosis’(saraf bahu dan leher) dan memerlukan rawatan neurologi (rawatan saraf).

Selain itu, Anwar turut dilaporkan mengidap penyakit ‘reflux oesophagitis’(penyakit saluran usus/gastrik) yang masih dalam rawatan ketika itu.

Laporan Dr Vasantha ini turut disokong dengan laporan enam lagi doktor yang turut memeriksa Anwar pada tahun 1998, iaitu Dr Abdul Halim Hj Mansar dan Dr Zahari Noor, dari Jabatan Pathology, Hospital Kuala Lumpur serta Dr Anuar Zaini Md Zain, Dr David SK Choon, Dr Kew Siang Tong dan Dr Mohd Borhan Tan.

Laporan empat panel doktor yang terdiri daripada Dr Anuar Zaini Md Zain, Dr David SK Choon, Dr Kew Siang Tong dan Dr Mohd Borhan Tan lebih menjelaskan lagi latar belakang kesihatan Anwar sebelum beliau dipukul di tahanan lokap polis 1998.


Menurut laporan panel empat doktor pakar itu, Anwar mempunyai sejarah kecederaannya saraf dari pengelangan tangan, bahu, leher dan tulang belakang sekitar tahun 1991 hingga 1997.

Laporan itu menyebut Anwar mengalami beberapa kecederaan akibat jatuh dari kuda.

Pada Mac 1991 Anwar cedera di bahagian saraf bahu kiri (a left scapula fracture) yang memberi kesan kepada saraf leher. Kecederaan saraf itu turut memberi kesan kepada saraf belakang kiri tengkorak (left occiput) dan saraf otak (celebral concussion).

Pada tahun 1993, Anwar cedera saraf bahu dan leher (prolapse) terutamanya di bahagian C5 atau C6.

Pada tahun 1997, Anwar mendapat rawatan di Hospital Universiti (UH) Kuala Lumpur kerana kesakitan pada bahagian luar (sisi) lengan atas dekat siku (right tennis elbow)

Laporan empat doktor itu merumuskan Anwar telah dikenal pasti mengalami kecederaan bahu dan leher dan saraf belakang sejak tahun 1991 akibat jatuh dari kuda.


He (Anwar) had aprevious history of hiatus hernia and reflux oesophagitis. The initial diagnosis was established by gastroscopy at UH in 8/7/95.

He had been treated at the same hospital for right tennis elbow in December 1997. He is know to supper from cervical spondylisis and disc prolapse at C5/C6 which last troubled him 6 years or so ago.

He had several falls while horse riding resulting in a left scapula fracture in March 1991, crack fracture of the left occiput and celebral concussion in December 1991 and prolapse at C5/C6 in 1993.


Imej Anwar memakai pendakap leher mula dikesan sekitar tahun 1992, apabila sebuah akhbar berbahasa Cina menyiarkan foto Anwar tersebut.


Akhbar media perdana khusus berbahasa Melayu tidak menyiarkan apakah faktor yang menyebabkan Anwar memakai pendakap leher ketika itu untuk menjaga reputasinya ketika itu sebagai tokoh penting dalam kerajaan iaitu sebagai Menteri Pendidikan dan bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Namun akhbar berbahasa Cina itu melaporkan faktor Anwar memakai pendakap leher disebabkan beliau terjatuh dari menunggang kuda.

Fakta ini turut disahkan oleh bekas doktor peribadi Anwar, Dr Halili Rahmat yang mengambil keputusan meninggalkan Ketua Umum PKR itu pada April tahun lalu.

Ketika ditanya kepada Dr Halili, benarkah beliau merupakan doktor peribadi Anwar, rakan karib Anwar sejak dari MCKK itu mengesahkan, ‘Ya’.

Ketika ditanya lanjut adakah beliau hanya menjadi doktor peribadi Anwar pada tahun 1999, beliau menafikan kerana perkhidmatannya sebagai doktor peribadi itu lebih awal daripada itu iaitu sekitar pertengahan tahun 1990-an, ketika Anwar sakit tulang belakang kerana terjatuh dari kuda.

“Lama juga (saya jadi doktor peribadi Anwar), sebelum itu lagi, sejak Datuk Seri Anwar jatuh kuda..saya ingat (kalau tak silap) tahun 1994…lama dah”, katanya.

Malah ketika Anwar dirawat di klinik Alpha, beliau merupakan satu-satu doktor kepercayaan Anwar yang dibawa ke Munich untuk menjalani proses pembedahan tulang belakang tersebut.

Persoalannya sekarang adalah sampai bila Anwar mahu menipu rakyat dengan pelbagai lakonan dan sandiwaranya! Anwar boleh menipu ramai orang, tetapi tidak boleh menipu dirinya sendiri. Fikir-fikirkanlah.

Suara Politik
Belantan