Isnin, September 30, 2013

Mukhriz hukum pengundi Cina di Kedah, kata Teresa Kok Andartu?


Teresa Kok mengatakan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir menunjukkan tanda-tanda seorang menteri besar yang pendendam dan kelihatan ingin menghukum masyarakat Cina kerana tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ahli Parlimen Seputeh itu mengatakan Mukhriz menunjukkan sikap tidak wajar apabila menyatakaan beliau tidak akan melayan permintaan dari sekolah Cina di Kedah.

"Mukhriz perlu menerima pengundi berhak untuk memilih siapa yang mereka mahu sokong dan beliau perlu sedar bahawa pengundi Cina juga merupakan pembayar cukai,” kata Kok dalam satu kenyataan hari ini.

"Maka diskriminasi ke atas masyarakat Cina dan sekolah Cina adalah amat tidak adil, tidak demokratik dan tidak boleh diterima," katanya.

Calon naib presiden Umno itu pada Selasa lepas memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa pentadbirannya akan menumpukan pada sekolah kebangsaan kerana beliau tidak dapat mengabaikan golongan yang memilih BN di Kedah.


“Saya nak bersifat adil tapi saya pun manusia juga. Akhirnya saya terpaksa membantu orang yang bantu saya dulu.“Jadi kalau ada yang lebih-lebih tu barulah saya bantu orang lain,” katanya seperti dipetik dalam satu laporan media.

Kok berkata Mukhriz sebelum ini juga telah menimbulkan saranan agar sekolah vernakular digantikan dengan sekolah aliran tunggal untuk memupuk perpaduan.

"Saya nak beritahu pada dia, bahasa atau vernakular bukan penyebab polarisasi kaum, tetapi kerajaan yang tidak adil adalah penyebabnya.

”Semalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menegaskan perpaduan antara kaum di Malaysia tidak akan tercapai selagi sekolah vernakular wujud di Malaysia.


Yang Dipertuanya, Profesor Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata selagi tiada sekolah satu aliran, perpaduan nasional tidak akan dicapai.

“Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mengambil langkah bijak semasa keluar dari Malaysia, langkah pertama yang dilaksanakan adalah sekolah satu aliran menggunakan pengantaraan Bahasa Inggeris.

“Memang benar pendidikan dalam bahasa Cina masih diajar di Singapura tetapi ianya merupakan inisiatif institusi pendidikan swasta dan bukannya ditanggung kerajaan seperti sekolah jenis kebangsaan di Malaysia.

“Jika di peringkat sekolah rendah lagi tiada interaksi kaum di antara murid dan majikan Cina masih mahu mengambil pekerja fasih berbahasa Mandarin atau Kantonis, maka selagi itulah sikap prejudis antara kaum tidak dapat dihakis daripada budaya masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu simposium Mendepani Agenda Asing dan Melayu Dalam Krisis Kepimpinan yang diadakan di Putrajaya semalam.

Suara Politik
Belantan

Keputusan pemilihan CEC DAP : Sandiwara Dinasti Lim 'menangkan' Zairil peroleh majoriti lebih besar selamatkan mereka dari dapat malu besar?


Dikatakan pemimpin yang sama juga dipilih dalam Pemilihan Semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP seperti diarahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mendapat undi majoriti lebih besar membuktikan DAP bukanlah satu parti anti-Melayu.

Beliau merupakan satu-satunya calon Melayu dipilih menganggotai 20 keahlian CEC. Nampaknya Disnati Lim berjaya lagi dalam sandiwara mereka mempengaruhi perwakilan supaya memberikan undi yang besar kepada Zairil supaya mereka tidak malu besar jika Zairil masih kalah?

Tetapi bagaimana pula dengan calon Melayu yang lain! Adakah mereka semua sudah 'dibakul sampahkan' kerana nilai mereka hanya 50 sen bagi DAP! Adakah kerana Zairil ada darah keturunan Cina, maka Zairil di anggap sealiran dengan mereka dan perlu diberikan perhatian istimewa?


Zairil Khir dikatakan mendapat undi 1,132 undi mendapat tempat ke-12 berbanding pemilihan Disember lalu yang hanya mendapat 803 undi.

Isu yang berkisar kepada pemimpin berusia 31 tahun itu dikatakan menarik perhatian perwakilan apabila berlaku masalah teknikal apabila beliau dipilih menganggotai CEC. Adakah keputusan sebelum ini adalah kesalahan teknikal atau semata-mata kerana Dinasti Lim hendak tutup malu kerana tiada perwakilan Melayu ketika itu? Maka sesuatu perlu dilakukan supaya dapat menipu perwakilan? Baca di sini.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong masih mendapat undi tertinggi dengan 1,434 diikuti pemimpin veteran Lim Kit Siang dengan 1,436 dan Karpal Singh (1,432).

Anak Karpal, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo masih mendapat undi keempat tertinggi dengan 1,409 undi sementara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengekori rapat dengan 1,304 undi. – 29 September, 2013.

Suara Politik
Belantan


Ahad, September 29, 2013

Pas jangan habiskan usia perjuangan dengan 'tahalluf siasi' bersama pakatan?


PAS dengan kaedah tahalluf siasi-nya banyak mengundang kritik. Ternyata Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang di samping berdepan dengan masalah ideologikal dan hala tuju perjuangan.

Pas mendukung konsep Negara Islam dan Hukumah Islamiah. DAP masih tegar dengan konsep sosialis demokratiknya sementara Anwar Ibrahim dilihat cenderung kepada aliran liberalisme dan pluralisme agama.

Dalam Multaqa Ulama Pas di Alor Setar baru-baru ini terungkap resolusi supaya Pas menyemak kembali tahalluf siasi dengan pakatan parti yang lain.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan mencadangkan wajar tahalluf siasi dikaji semula. Ia adalah haram untuk diteruskan sekiranya mendatangkan keburukan atau kemudaratan terhadap perjuangan Islam.

Sepatutnya kajian dan unjuran terhadap tahalluf ini dikaji sejak awal lagi. Oleh kerana Pas tidak mengambil sikap terbuka terhadap kritik dan analisis menyebabkan banyak asas fundamental Islam tidak diberi perhatian.


Pas terpaksa meraikan kehendak Anwar dan DAP atas nama politik dan strategi. Tetapi strategi yang diambil oleh Pas merosakkan imej parti itu sendiri. Isu kalimah Allah yang diperjuangkan oleh Anwar menyebabkan Hadi Awang terjebak dan Pas menghadapi dilema. Bagaimana Majlis Syura Pas yang merupakan lembaga tertinggi memandu dasar Pas dibelakangkan Hadi.

Kelompok kiri dan sosialis yang bersama dengan pakatan menjadi bahan kritik Hadi sebelum pilihan raya. Pertandingan beberapa penjuru calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon Pas di DUN Kota Damansara adalah manifestasi pertembungan ideologi yang terjadi.

Tidak banyak yang Pas dapat lakukan sebagai sebuah wadah politik yang tentunya tidak melupakan aspek dakwah dan tarbiyyah terhadap kelompok-kelompok dalam pakatan.

Kalau Pengerusi DAP Karpal Singh tetap dengan sikapnya , “Langkah mayat aku dulu kalau nak laksanakan negara Islam" adalah testimoni betapa pendukung faham sosialis demokratik itu tidak meraikan Islam.


Kelompok DAP tentu tahu bahawa Islam bukan sekadar suatu sistem kepercayaan, ia adalah “suatu cara hidup dan juga suatu tamadun." Mereka tahu suatu ketika dulu Barat terhutang ilmu terhadap tamadun Islam untuk maju terutama dalam bidang sains dan teknologi. Kalau begitu apa kepentingan Pas bersama-sama dengan perjuangan DAP.

Hal yang sama dengan Anwar dan parti PKRnya. Mungkin Pas bertanggapan Anwar adalah bekas Presiden ABIM dan teguh dengan dukungan pemikiran Islamnya.

Mengapa Pas tidak terbuka untuk mengkaji integriti Anwar dalam kepimpinan dan pemikirannya. Kecenderungan Anwar terhadap pluralisme agama seharusnya menimbulkan keinsafan kepada Pas bahawa demi politik sikap Anwar sering berubah-ubah.

Bila Anwar mempunyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh Yahudi dan ahli Kongres Amerika Syarikat terutama semasa beliau menjawat Pengarah Foundation of the Futures 2006-2008, Pas tidak ambil kisah pun.

Bila Khalid Jaafar dari Institut Kajian Dasar dan orang kuat Anwar baru-baru ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur memberi makna tentang kebebasan yang tidak berasaskan syariat, Pas belum berkata apa-apa.



Bersangka baik terhadap seseorang adalah suatu perkara yang dituntut oleh agama. Tetapi sangka baik yang melulu tanpa usul periksa adalah ditegah oleh agama. Ia boleh membawa kepada musibah terhadap Islam dan umat itu sendiri.

Oleh itu mengkaji semula tahalluf siasi tidaklah terlalu lewat tetapi perlu ada keihklasan dan kesungguhan. Harus dikaji secara mendalam maslahah DAP berbaik dengan Pas walaupun DAP tahu perjuangan Pas mendukung risalah Islam.

Harus juga dikaji mengapa DAP ingin melantik Anwar sebagai Perdana Menteri sedangkan Karpal Singh pernah membuat kenyataan di Parlimen bahawa Anwar adalah “kaki liwat".

Karpal Singh dilihat amat mementingkan integriti tetapi mengapa dalam hal Anwar, pendiriannya berlainan.

Pas juga jangan lokek untuk mengkaji mengapa terlalu ramai kawan Anwar meninggalkannya. Isu mereka dibeli oleh Anwar adalah helah politik Anwar. Dari situ Pas akan akhirnya mempunyai maklumat yang baik untuk mengambil sikap dan membuat keputusan.

Tapi sayangnya, Hadi baru-baru ini berkata, Pas tidak melihat sebarang kemungkinan untuk keluar daripada pakatan pembangkang, sebaliknya mahu memperkuatkan lagi pakatan politik tersebut.

Suara Politik
Belantan

Tunku Aziz : Teruskan Pemilihan CEC, DAP Ada Agenda Tersembunyi?


Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim berkata pemimpin DAP mempunyai agenda tertentu kerana tetap berdegil untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok walaupun ia tidak sah di sisi perlembagaan parti itu sendiri!

Beliau dilaporkan Antarapos berkata kedegilan pemimpin parti itu terutamanya Lim Guan Eng untuk terus mengadakan pemilihan tersebut seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi apabila sudah meletakkan kesalahan terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS) sekiranya parti itu dibatalkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah.

Menurutnya, pemilihan semula CEC yang dijangka berlangsung esok adalah tidak sah kerana ia seharusnya dilakukan menerusi Kongres Kebangsaan Parti dan bukannya pada Kongres Khas.

“Mereka tahu apa yang betul tapi mereka tak mahu melakukan mengikut caranya. Mereka hanya nak ikut cara mereka, jadi mereka boleh salahkan ROS, mereka akan kata ia bermotifkan politik, mereka kata ini campur tangan Umno itu ini,” katanya.



Bercanggah pelembagaan parti

Kongres Kebangsaan memerlukan notis sekurang-kurangnya 10 minggu sebelum diadakan manakala notis Kongres Khas pula hanya dalam tempoh tujuh hari.

Berdasarkan Fasal VIII, Perkara 8 perlembagaan parti itu, Kongres Khas hanya boleh diadakan untuk membincangkan perkara tertentu, bukan untuk tujuan pemilihan.

Kata Tunku Aziz, sekiranya ROS tidak mengiktiraf keputusan CEC dan membatalkan parti itu, DAP pasti menjadikannya sebagai senjata untuk menyalahkan ROS bagi meraih simpati masyarakat, dan itulah yang menjadi agenda mereka.

Mengulas lanjut, Tunku Aziz turut menyifatkan tindakan tergesa-gesa DAP ini adalah untuk mengelakkan penyertaan calon baru yang boleh memberi saingan kepada calon yang sedia ada.

“Senarai nama yang bertanding pun yang lama, bukan calon baru yang bertanding. Maknanya semua perkara tak kemas. Kotor,” ujarnya.

Katanya, ini juga boleh digunakan alasan oleh DAP untuk membentuk sebuah parti baru, di mana ahlinya akan dipilih dari golongan yang pro kepada mereka sahaja.

Sekiranya itu terjadi, Tunku Aziz menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan propaganda pemimpin DAP, yang kononnya ingin menjadi sebuah parti mewakili pelbagai kaum di negara ini.

“Sesiapa yang menimbulkan masalah, akan ditendang keluarlah.

“Budak (golongan muda) Melayu boleh percaya kata DAP boleh jaga mereka, itu fikiran pendek. Cuba fikir betul-betul. Mana boleh Cina jaga Melayu,” ulas beliau.

Manipulasi Guan Eng

Manakala bekas Ketua Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat pula menegaskan DAP harus membuang sikap degil, dan mengikut arahan yang dikeluarkan ROS sekiranya tidak mahu perkara yang sama berulang.

Katanya, ROS bertindak mengikut seperti yang terkandung dalam perlembagaan parti serta melalui aduan yang disuarakan akar umbi.

“Dia (Guan Eng) yang harus letak jawatan kerana dia langsung tak tahu dia punya perlembagaan,” kata beliau.

Sementara itu Guan Eng dilaporkan Sinar Harian hari ini menuduh ROS tidak membenarkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC, esok meskipun dakwanya keputusan itu sudah dibenarkan Mahkamah Tinggi.


“Pendaftar Pertubuhan masih berdegil DAP tak boleh adakan pemilihan semula esok menerusi Kongres Khas sungguhpn Mahkmah Tinggi Kuala Lumpur telah benarkan,” katanya melalui laman mikro Twitter miliknya, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Keputusan Mahkamah

Namun kenyataan Guan Eng itu bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Hakim Datuk Rosnaini Saub pada Jumaat telah menolak permohonan saman yang difailkan oleh seorang anggota DAP, David Dass kerana mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dalam apa jua keputusan berhubung hal ehwal sesebuah parti politik.

Beliau berkata Parlimen mempunyai kebijaksanaannya dalam menggubal Seksyen 18(c) Akta Pertubuhan 1966. Justeru itu, mahkamah menolak permohonan David Dass untuk menangguhkan pemilihan CEC Ahad ini.

Kenyataan ROS

Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata beliau meminta agar Guan Eng sekali lagi membaca dan memahami apa yang dinyatakan jabatan itu berhubung pemilihan semula CEC parti itu.

Beliau menjelaskan ROS tidak pernah menyatakan DAP tidak boleh mengadakan kongres khas, sebaliknya mengingatkan parti itu agar mematuhi peruntukan dalam undang-undang tubuhnya sendiri semasa mengadakan pemilihan berkenaan.

“Dalam hal ini, penghantaran Notis Panggilan kepada anggota dalam tempoh 10 minggu seperti yang tercatat di dalam undang-undangnya harus dipatuhi,”katanya.

Abdul Rahman juga berkata tindakan mahkamah terhadap DAP adalah oleh anggotanya sendiri dan tidak ada kaitan sama sekali dengan ROS kerana mereka yang membawa perkara berhubung pemilihan CEC parti itu, yang tidak teratur, ke muka pengadilan.

“Adalah tidak wajar ROS dikaitkan dalam hal ini memandangkan tindakan ini daripada akar umbinya sendiri.

“Namun demikian, walaupun Seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966 menyatakan hal ehwal parti adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dibawa ke mahkamah tetapi ini tidak bererti ROS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan demi menegakkan kebenaran khasnya bila hak ahli-ahlinya terjejas.

“Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dan semua pihak harus menghormatinya dan ROS yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakannya,”katanya.-AIDC

Suara Politik
Belantan

Presiden Kongres Melayu PP keluar daripada DAP?

Rahmad Isahak mengunting kad keahlian DAP selepas mengisytiharkan keluar daripada parti itu pada sidang akhbar di Georgetown, Pulau Pinang hari ini.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak hari ini secara rasmi keluar DAP kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu yang kononnya sebuah parti berbilang kaum.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat walaupun sebelum ini menerima surat pemecatan pada 24 April lepas, kerana menganggap ia tidak sah kerana ketika itu anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ahli cawangan Bayan Baru sejak 8 Jun 2012 itu memotong kad keahlian sebagai simbolik tindakannya meninggalkan DAP sehari sebelum pemilihan semula CEC yang dijadualkan esok.

"Saya cabar rakan perwakilan yang akan mengundi esok supaya mengguna kuasa, hak dan maruah untuk memilih pemimpin berwibawa untuk kembalikan DAP ke landasan yang betul dan menolak konsep parti keluarga dalam DAP," katanya kepada pemberita di sini.

Rahmad mendakwa DAP bukanlah tempat bagi orang Melayu berlindung tetapi dipergunakan secara senyap dan halus bagi memuaskan hawa nafsu politik pemimpin mereka yang berselindung di sebalik istilah ’berbilang kaum’.

"Walaupun DAP mempunyai 19 kerusi DUN di Pulau Pinang kenapa tidak ada seorang pun wakil Melayu diberikan peluang?," tanya beliau.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, September 28, 2013

Lim Guan Eng Adalah Setiausaha Agung Tidak Sah?


Lim Guan Eng adalah Setiausaha Agung DAP yang tidak sah, dakwa DAP Insider kerana beliau diputuskan dalam satu keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (CEC) parti yang haram pada 16 Disember 2012.

Menurut blog itu Guan Eng dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP dalam mesyuarat CEC pada 16 Disember 2012 yang dihadiri oleh salah seorang anggotanya, Vincent Wu.

Namun, hampir tiga minggu kemudian, pada 4 Januari 2013, parti mengumumkan Vincent Wu bukan anggota CEC kerana kedudukannya bertukar dengan Zairil Khir Johari kerana ‘kesilapan teknikal.’

Bermakna pelantikan Guan Eng pada 16 Disember 2012 sebagai Setiausaha Agung adalah tidak sah kerana diputuskan oleh anggota haram, Vincent Wu.


“Mesyuarat CEC pertama kali diadakan pada 16 Disember 2012 telah dihadiri oleh Vincent Wu. Dalam pertemuan itu , ahli-ahli mesyuarat CEC telah membuat keputusan untuk melantik Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung, Pengerusi Disiplin dan posisi lain.

“Apabila Vincent Wu digugurkan dari senarai, mesyuarat CEC pertama adalah haram kerana Vincent Wu juga terlibat dalam membuat keputusan semasa mesyuarat.

“Apabila mesyuarat itu tidak sah , maka pelantikan pemimpin tertinggi parti juga tidak sah. Sehingga kini kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Setiausaha adalah tidak sah,” dedah blog itu dalam tajuk terbaru,
 “Bab 6 : Pemusnahan selanjutnya dilakukan oleh Tony Pua dan Antony Loke”.

Ekoran insiden manipulasi pemilihan CEC ke-16 itu, kira-kira 40 anggota DAP telah membuat aduan rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 14 Januari 2013.

Aduan yang dibuat berkenaan dengan tindakan DAP yang gagal memberi masa yang mencukupi untuk memberi notis kepada ahli mesyuarat selaras dengan perlembagaan , perwakilan haram dan kes memanipulasi undi.

DAP juga menghantar laporan kepada ROS pada 8 Februari 2013, namun menurut DAP Insider laporan yang dihantar parti itu tidak lengkap dan tidak menyertakan dengan minit mesyuarat CEC pertama yang dihadiri oleh Vincent Wu.

“Di mana ketelusan dan integriti yang sentiasa dilaungkan oleh Dinasti Lim selama ini semasa memerintah DAP apabila mereka mengemukakan laporan palsu kepada ROS?,” soal blog itu.

Suara Politik
Belantan

Pecah rahsia memalukan - Lim Kit Siang cuma pemandu MP DAP dan bukannya pengasas DAP?


DAP perguna masyarakat India untuk kepentingan tertentu

Masyarakat India perlu sedar DAP tidak pernah bersungguh-sungguh membela nasib kaum itu sebaliknya hanya mempergunakan mereka untuk kepentingan tertentu.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Rakyat Malaysia (Perkemas), N. Gobalakrishnan berkata, DAP juga tidak pernah menghargai sumbangan masyarakat India terhadap parti itu meskipun kaum tersebut selama ini banyak menyokong dan membantu parti berkenaan.

"Seperti dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) lalu, perwakilan India yang boleh mengundi tidak dijemput. Pemimpin DAP khususnya Setiausaha Agung, Lim Guan Eng hanya jemput ketika beliau mahu sahaja, kalau tidak mahu, tidak dijemput.


"Ini tidak betul. Guan Eng sepatutnya memberi penghargaan tinggi kepada perwakilan kaum India yang telah banyak membantu parti itu. Mereka tidak sepatutnya dipinggir serta diabaikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Gobalakrishnan pernah mendesak Guan Eng memohon maaf kepada masyarakat India ekoran tindakannya mengetepikan lebih 700 perwakilan DAP yang majoritinya berketurunan India daripada mengundi dalam pemilihan CEC parti itu Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Gobalakrishnan secara sinis mengingatkan Guan Eng, DAP bukan parti yang ditubuh atau diasas bapanya, Lim Kit Siang.

Katanya, pengasas parti itu ialah Devan Nair manakala Kit Siang hanya pembantu yang kadang-kala menjadi pemandu kepada bekas Ahli Parlimen DAP berkenaan.


"Kit Siang bukan pengasas DAP, jadi Guan Eng tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan sesuatu demi kepentingan peribadi beliau. Baca di sini!

"Parti ini bukan bapa beliau yang tubuhkan," katanya.

Selanjutnya sila baca di sini ( Begitu hina kaum India di kacamata DAP )!!!  dan di sini ( Devan_Nair)

Suara Politik
Belantan

Jumaat, September 27, 2013

DAPig Guan Eng terus didesak bersumpah?


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus menerima desakan supaya bersumpah dengan kitab Bible di mana-mana gereja bagi membuktikan beliau tidak terlibat dalam penyelewengan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu Disember tahun lalu.

Pengerusi Jaringan Cina Malaysia Selangor, Tan Kong Ping berkata, perkara itu penting memandangkan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sering mengangkat diri sebagai seorang yang berintegriti tinggi.

"Sehingga hari ini, Guan Eng masih belum menyahut desakan itu. Beliau perlu angkat sumpah dengan kitab Bible bagi membuktikan kepada semua masyarakat Cina dan Kristian di Pulau Pinang bahawa beliau bukan seorang kaki penipu serta pembohong.

"Ini penting kerana Lim Guan Eng selalu mengatakan beliau seorang yang berintegriti tinggi serta menyalahkan orang lain sekiranya ada masalah membabitkan diri beliau atau DAP," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Guan Eng sebelum ini didesak pelbagai pihak untuk mengangkat sumpah di gereja bagi menafikan penglibatannya dalam penipuan pemilihan CEC lalu.

Ahli Parlimen Bagan itu didakwa membawa sebanyak 547 perwakilan haram yang kebanyakannya dari Pulau Pinang untuk mengundi pemimpin tertentu dalam pemilihan CEC.

Tetapi pada masa sama, sebanyak 753 perwakilan DAP tidak diberi notis untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

DAP pada 15 Ogos lalu akhirnya akur untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas pemilihan tahun lalu didakwa wujud penyelewengan kerana parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi.

Suara Politik
Belantan

Anwar Bayar 2 Kes Mahkamah RM 940,000...!!! Dari Mana Datang 'DANA' Tersebut?


Bekas pembantu kepada pasukan pembelaan Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mendedahkan sekurang-kurangnya RM 940,000 dibelanjakan oleh pihak Ketua Umum PKR untuk membiayai dua kes mahkamah.

Kes pertama, kata Yuktes membabitkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana dalam kes tersebut Anwar kalah di semua peringkat, Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah turut mengarahkan Anwar membayar kepada Dr Mahathir sebanyak RM 190, 000.

Pada 26 Januari 2006, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mahathir berkaitan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menuduh Anwar sebagai seorang pengamal homoseks (gay) selepas program “Human Rights and Globalisation” anjuran SUHAKAM pada 9 September 2005.


Dr M Menang, Mahkamah Persekutuan Kekal Imej Anwar Sebagai GAY!

Dalam kes kedua pula, Yuktes menambah, Anwar terpaksa membayar sejumlah wang tertentu kepada pakar-pakar luar negara dalam kes liwat kedua.


1. Dr. Brian Leslie McDonald (Australia) – RM 300,000

2. Dr. David Lawrence Noel Wells (Australia) – RM 300,000

3. Dr Thomas Hoogland (Jerman) – RM 50,000

4. Lain-lain kos untuk media antarabangsa – RM 100,000

“Ini setakat untuk dua kes saja, persoalannya dari mana Anwar mendapat duit sebanyak itu untuk membiayai kos-kos pengurusan peribadinya di mahkamah,” soal Yuktes. -AIDC

Suara Politik
Belantan

Pemimpin tertinggi DAP didesak 'patuh' perlembagaan parti?


Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP seperti yang dijadualkan 29 September ini tidak boleh dibuat dalam Kongres Khas parti.

Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa, Skudai, Johor, S. Kogilavan berkata, berdasarkan Fasal VIII, Perkara 8 perlembagaan parti itu, Kongres Khas hanya boleh diadakan untuk membincangkan perkara tertentu, bukan untuk tujuan pemilihan.

"Mengikut fasal tersebut, pemilihan jawatankuasa tertinggi Pusat hanya boleh dilakukan melalui Kongres Kebangsaan, bukannya Kongres Khas.

"DAP penuh dengan peguam hebat-hebat, bukankah mereka tahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) mungkin akan bertindak sekali lagi andai mengadakan pemilihan semula sesuka hati," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

DAP pada 15 Ogos lalu akhirnya akur untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas pemilihan tahun lalu didakwa wujud penyelewengan kerana parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi.


Walau bagaimanapun, pemilihan semula CEC itu yang dijadual pada 29 September ini menimbulkan tanda tanya selepas dikritik ahli DAP sendiri kerana didakwa akan diadakan tanpa mengikut perlembagaan parti.

Kongres Kebangsaan memerlukan notis sekurang-kurangnya 10 minggu sebelum diadakan manakala notis Kongres Khas pula hanya dalam tempoh tujuh hari.

Kogilavani turut mendakwa, beliau mengesyaki terdapat agenda tersembunyi melalui pemilihan CEC itu kerana diadakan dalam keadaan 'tergesa-gesa'.

"Saya sangat pasti segelintir pemimpin 'gila kuasa' yang sengaja memilih tarikh tanpa mengikut perlembagaan parti. Mungkin mereka takut sekiranya calon-calon sempat berkempen dalam tempoh tersebut.

"Juga, sekiranya ROS mengambil sebarang tindakan kerana tidak mengikut apa yang termaktub, maka dengan menuding jari kepada orang lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Kogilavani turut mencadangkan supaya tarikh baharu untuk pemilihan semula CEC dipilih bagi mengelakkan keputusan kali ini juga dipersoal kesahihannya.

"Saya juga berharap sekiranya kepimpinan tertinggi boleh melantik Teng Chang Kim sebagai Setiausaha Agung Penaja manakala Nga Kor Ming menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya kali ini. Mereka lebih layak dan mungkin boleh mengelakkan sebarang unsur manipulasi," katanya.

Suara Politik
Belantan

Injunksi halang kongres khas DAP?


Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Jumaat ini ( hari ini ) keputusan permohonan injunksi oleh Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass bagi menghalang DAP daripada mengadakan Kongres Khas Parti itu, Ahad ini.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Datuk Rosnaini Saub hari ini selepas selesai mendengar hujahan peguam K. Harikrishnan mewakili David dan peguam Karpal Singh serta Gobind Singh Deo bagi pihak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan parti tersebut selaku pihak defendan.

David memfailkan permohonan itu pada 10 September lalu bagi menuntut perintah injunksi menghalang Guan Eng dan DAP daripada mengadakan kongres khas pada 29 September ini atau pada bila-bila tarikh kemudian untuk melantik Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Selain injunksi, David selaku pihak plaintif memohon beberapa deklarasi supaya mahkamah mengisytiharkan pelantikan 20 ahli CEC hanya boleh dibuat melalui pemilihan dalam Kongres Kebangsaan Parti menurut Fasal VIII Perkara 5(d) Perlembagaan Parti.


Plaintif juga menuntut perisytiharan, suatu notis bertulis oleh Setiausaha Agung DAP mesti diberikan sekurang-kurangnya 10 minggu sebelum Kongres Kebangsaan Parti diadakan menurut Fasal VIII Perkara 6 dan notis bertulis tiga minggu empat hari yang diberikan oleh defendan pertama adalah terbatal dan tidak sah.

Seterusnya David menuntut Notis Kongres Khas Parti bertarikh 4 September lalu yang dikeluarkan oleh Guan Eng yang dinamakan sebagai defendan pertama bagi melantik ahli CEC adalah terbatal dan tidak sah.

Karpal bagaimanapun memohon supaya permohonan injunksi pihak plaintif ditolak memandangkan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan tuntutan mahupun permohonan tersebut.

Ini kerana menurut Karpal, Seksyen 18 (c) Akta Pertubuhan 1966 dengan jelas menyatakan, keputusan yang dibuat oleh parti politik adalah muktamad dan konklusif selain tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan.

Di samping itu, katanya, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan permohonan berhubung kesahihan mengenai keputusan tersebut.

Beliau berkata, undang-undang tersebut digubal untuk mengecualikan bidang kuasa mahkamah daripada mendengar merit atas sebarang pertikaian antara ahli-ahli dalam mana-mana pertubuhan politik.


Berdasarkan peruntukan tersebut, Karpal meminta permohonan defendan untuk membatalkan permohonan David bagi mendapatkan perintah injunksi, dibenarkan oleh mahkamah dengan kos.

Harikrishnan pula menggesa permohonan pihak defendan untuk membatalkan permohonan perintah injunksi itu ditolak kerana terdapat isu-isu yang jelas untuk dibicarakan dalam perbicaraan kelak.

Ini kerana, notis yang dikeluarkan oleh pihak defendan dibuat secara salah.

Tambahan pula, menurut Harikrishnan, sekiranya mahkamah membenarkan permohonan injunksi itu, ia langsung tidak akan memprejudiskan pihak defendan.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, Karpal yang juga Pengerusi DAP membayangkan bahawa pemilihan semua jawatankuasa itu akan diadakan awal November ini.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dalam kenyataannya menyatakan mereka yang akan mengundi pada pemilihan semula itu terdiri daripada perwakilan mengikut senarai 2008 kerana delegasi 2012 pada Disember lalu dikatakan tidak sah.

Suara Politik
Belantan

DAP Insider : 15 Dis 2012, Titik Permulaan Hari Kebinasaan DAP?


Pada tanggal 15 Disember 2012 bermulalah hari kebinasaan DAP kerana pada tarikh tersebut dakwa DAP Insider, terbongkarlah penipuan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP kali ke-16 di PISA Pulau Pinang yang membawa ‘kecelakaan’ hingga ke hari ini.

Penipuan dalam pemilihan CEC dakwa blog itu dilakukan oleh Dinasti Lim (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) menggunakan khidmat dua orang pahlawannya, Anthony Loke dan Tony Pua.

Sebaik sahaja selesai pemilihan CEC, pada keesokan harinya, 16 Disember 2012, Lim Guan Eng memanggil mesyuarat DAP.


“Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan, Lim Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama. Di mana dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih oleh ahli CEC sebagai Setiausaha Agung.

“Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Vincent Wu iaitu calon yang menang di tangga ke 6,” dedahnya.

Namun, hasil pemilihan CEC telah menimbulkan kontroversi kerana pihak media dan orang ramai mempertikaikan ketiadaan seorang pun wakil kaum Melayu dalam CEC. Ianya mengesahkan dakwaan sebelum itu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis Cina.

Laporan muka depan Utusan Malaysia pada 16 Disember 2012 menyebut lapan calon Melayu yang menawarkan diri bertanding tewas untuk merebut 20 kerusi CEC.


Calon-calon Melayu yang tewas adalah, Zairil Khir Johari, Senator Ariffin S.M. Omar, Ahmad Ton, Harun Ahmad, Solaiman Op Syed Ibrahim, Tengku Zulpuri Shah, Zulkifli Mohd Nor dan Roseli Abdul Gani dari senarai 66 calon yang bertanding.

“PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan itu. Mereka juga turut memberi tekanan kepada DAP jika isu itu dibiarkan berterusan ianya bakal menyusahkan mereka mendapat sokongan kaum Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

“Tekanan yang berterusan diterima selama berminggu-minggu membuatkan Lim Guan Eng tidak tahan. Akhirnya Lim Guan Eng memanggil dua orang suruhannya, Tony Pua dan Anthony Loke untuk melakukan sesuatu bagi memastikan wakil kaum Melayu berada dalam CEC.

“Apabila tugas itu diserahkan kepada dua orang tersebut Lim Guan Eng berfikiran semuanya akan selesai dengan mudah kerana dua orang itu sering digambarkan sebagai pakar strategi yang paling hebat.

“Sebaliknya dua orang itu membawa kebinasaan yang jauh lebih besar kepada DAP,” dakwa blog itu.


Namun, setelah hampir tiga minggu isu kontroversi itu diperkatakan, pada 4 Januari 2013, Jawatankuasa Pemilihan CEC tampil dengan pengakuan berlakunya kesilapan teknikal.

“Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP. Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua.

“Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel. Alasan yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini.

“Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi.


“Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi,” dedah DAP Insider dalam tajuk “Titik hitam DAP yang membawa kepada malapetaka dan kemusnahan".

Blog itu turut mempertikai kenapa hanya undi Zairil dan Vincent Wu yang berubah, sedangkan tiada perubahan terhadap calon-calon lain.

“Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan terus-terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang Melayu mempunyai tempat dalam DAP.

“Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC walaupun baru menyertai DAP.


“Nga Kor Ming pula memberitahu salah seorang pemimpin PAS, rahsia kehebatan Dinasti Lim mempertahankan kuasa mereka selama ini telah terbongkar.

“Dengan menggunakan peribahasa Melayu Nga Kor Ming berkata “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”.

“Ianya membawa maksud sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap terbongkar. Selama puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan memanipulasi undi perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa, akhirnya Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut,” dedahnya lagi.

Suara Politik
Belantan

Khamis, September 26, 2013

DAP Insider : Terbongkar 7 Kaedah Penipuan CEC DAP Ke-16?


Blog DAP Insider membongkar dan memberikan tujuh kaedah penipuan semasa pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP kali ke-16 pada 15 dan 16 Disember 2012 di PISA Pulau Pinang.

Dakwa blog itu, penipuan tersebut dilakukan oleh Dinasti Lim (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) menggunakan khidmat panglima perangnya, Anthony Loke dan Tony Pua :

1.Mengeluarkan notis kepada perwakilan untuk memanggil Kongres Kebangsaan dalam tempoh kurang dari 10 hari. Ianya dilakukan secara senyap supaya tidak menarik perhatian orang dalam dan luar parti.

2.Notis hanya diberikan kepada 1726 orang perwakilan dari cawangan Sijil A yang telah dikenal pasti sebagai orangnya. Jumlah keseluruhan perwakilan adalah 2576 orang. Sebanyak 1300 perwakilan yang dikenal pasti menentangnya tidak diberikan notis.

3.Notis turut diberi kepada 547 orang perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua yang mana 547 orang itu adalah orang-orang yang boleh mengikuti arahan mereka.

4. Perwakilan tidak dibekalkan senarai 2576 orang yang layak mengundi pada hari berkenaan. Sedangkan perlembagaan menetapkan setiap perwakilan perlu diberikan senarai perwakilan-perwakilan yang layak mengundi untuk memilih CEC.

5.Lim Guan Eng melantik pembantu setia bapanya, Pooi Weng Keong sebagai pegawai pengurus pemilihan.

6.Tempat mengundi dan kotak undi berasingan untuk 547 perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua. Satu laluan khusus telah disediakan untuk perwakilan haram ke tempat pengundian supaya tidak disedari oleh perwakilan lain dan kumpulan Lima Harimau.

7.Perwakilan haram hanya diminta mengundi enam nama sahaja, sepatutnya mereka perlu mengundi 20 nama untuk mengisi CEC. Mereka hanya diminta untuk mengundi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke dan Vincent Wu. Selebihnya 14 nama lagi akan ditandakan oleh pasukan yang diketuai Anthony Loke dan Tony Pua.

Menurut blog itu, kebiasaanya keputusan pemilihan CEC yang diadakan sebelum ini akan diumumkan sekitar jam 5 atau 6 petang, namun CEC ke 16 berlaku kelewatan yang sangat ketara kerana pasukan Anthony Loke dan Tony Pua memerlukan masa yang panjang untuk melakukan ‘penyelewengan’ supaya ia nampak logik dan tidak dipertikaikan oleh perwakilan.

Akhirnya keputusan CEC diumumkan menjelang jam 9 malam. Keputusan tersebut adalah keputusan yang sama seperti yang dirancangkan oleh Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua.

Lim Kit Siang – 1607 undi
Lim Guan Eng – 1576 undi
Karpal Singh – 1411 undi
Chong Chieng Jin – 1211 undi
Anthony Loke – 1202 undi
Vincent Wu – 1202 undi
Tan Kok Wai – 1199 undi
Gobind Singh – 1197 undi
Tony Pua – 1162 undi
Teng Chang Kim – 1152 undi
Fong Kui Lun – 1137 undi
Nga Kor Ming – 1075 undi
Chong Eng – 1006 undi
Chow Kon Yeow – 986 undi
Liew Chin Tong – 984 undi
M. Kulasegaran – 984 undi
Boo Cheng Hau – 958 undi
Teresa Kok – 925 undi
Teo Nie Ching – 903 undi
Ngeh Koo Ham – 824 undi

“Apabila keputusan diumumkan, ahli senior DAP, Dr Tan Seng Giaw menjadi marah dan membuat kecaman secara terbuka bahawa terdapat penipuan dan manipulasi undi.

“Ramai perwakilan dan calon-calon CEC terkejut bagaimana Anthony Loke, Vincent Wu dan Tony Pua mendapat undi yang begitu tinggi mengatasi mereka yang lebih senior dan mempunyai penyokong yang ramai seperti Teng Chang Kim, Boo Cheng Hau dan Chow Kon Yeow. Mereka merasakan ini satu keputusan yang tidak masuk akal,”dakwa blog itu.

Suara Politik
Belantan

Al-Fatihah : Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak Meninggal Dunia


Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak telah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar, Kedah pada pukul 11.15 pagi tadi.

Jenazah akan disembahyangkan jam 3.00 petang dan dikebumikan pada pukul 5.30 petang di Masjid Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga Allah merahmati roh Allahyarham. Al-Fatihah.

Sementara itu - PM ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar di sini hari ini.

"Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak atas pemergian arwah, semoga roh beliau dicucuri rahmat," katanya dalam akaun Twitter miliknya, hari ini.

Azizan, 69, yang dilaporkan kritikal semalam akibat masalah jantung, meninggal dunia hari ini pada kira-kira pukul 11 pagi.

Pada awal Mei lalu, Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan mendapat rawatan di Kedah Medical Centre (KMC).

Selain Perdana Menteri, ucapan takziah juga dizahirkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada keluarga Allahyarham Azizan.

"Al-Fatihah. Takziah kepada Keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. Semoga beliau ditempatkan bersama orang orang yang beriman," katanya dalam akaun Twitter miliknya, hari ini.

Suara Politik
Belantan





Pas akan terus dihukum pengundi Melayu?


Pas akan terus dihukum pengundi Melayu pada pilihan raya umum akan datang jika pemimpinnya berterusan tunduk kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan menolak cadangan agar tahaluf siyasi antara parti berkenaan dikaji semula.

Ahli Pas Cawangan Taman Aman, Anak Bukit, Kedah, Mohd. Najib Ibrahim berkata, cadangan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib agar tahaluf siyasi dikaji semula sememangnya mewakili suara majoriti ahli akar umbi dan harus diberi perhatian serius pucuk pimpinan.

Katanya, tindakan beberapa pemimpin tertinggi Pas mengkritik cadangan Dewan Ulama adalah sesuatu yang pelik kerana rakyat sudah memberi mesej yang jelas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bahawa mereka menolak Pas kerana tahaluf siyasi itu dilihat banyak merugikan Islam.

"Cadangan Dewan Ulama ini mewakili suara majoriti akar umbi tetapi mengapa pemimpin tertinggi parti bermasalah dengan cadangan ini? Mengapa pemimpin lebih mengutamakan perasaan DAP dan PKR berbanding ahli Pas sendiri? Ingatlah Pas ini kuat kerana ahli.


"Kita lihat akibat tahaluf siyasi, dalam soal kalimah Allah pun pemimpin Pas boleh berbeza pendapat sedangkan kalimah Allah adalah soal akidah yang wajib dipertahankan, tetapi ada pemimpin tertentu dalam Pas sanggup berpolitik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Harun agar tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang dikaji semula hasil resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks Pas Kedah di Alor Setar pada 14 September lalu.

Bagaimanapun, cadangan itu ditentang golongan profesional dalam Pas dan antara paling lantang mengkritik Harun ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menyifatkan Ketua Dewan Ulama itu kurang bijak kerana membuat kenyataan secara terbuka.


Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Najib berkata, kerjasama Pas dengan DAP dan PKR lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding keuntungan kepada parti, orang Melayu mahu pun agama Islam sehingga mengecewakan majoriti ahli.

Katanya, Pas sepatutnya mengambil iktibar daripada penjelasan bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor yang menyifatkan kepimpinan parti itu hanya melihat penyertaan orang Melayu sebagai 'ahli 50 sen' yang tidak mendatangkan kepentingan kepada DAP.

Menurutnya, DAP hanya mahu mempergunakan orang Melayu dan jika Pas masih khayal dengan tahaluf siyasi sehingga menolak mentah-mentah pandangan Dewan Ulama, parti itu tidak akan mampu meraih kembali sokongan pengundi Melayu.

"Selaku ahli akar umbi saya lebih selesa berterus terang kepada pucuk pimpinan iaitu kami mahu Pas keluar daripada pakatan kerana sudah terbukti pihak yang mendapat untung ialah DAP dan lebih malang isu-isu akidah juga sanggup diperjudikan demi politik," katanya.

Suara Politik
Belantan

Rabu, September 25, 2013

Pemilihan CEC 29 September ini juga tak sah, kata Tunku Aziz?


DAP sekali menghadapi kemungkinan pemilihan semula ahli jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada Ahad depan diisytiharkan tidak sah kerana tindakan berkenaan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Menurut bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pemilihan semula CEC parti seharusnya dilakukan menerusi Kongres Kebangsaan parti dan bukannya pada Kongres Khas pada 29 September ini seperti yang dirancangkan itu.

Ini kerana, katanya undang-undang tubuh parti itu menetapkan pemilihan CEC tidak boleh dianjurkan dalam mana-mana majlis lain.

Mengikut perlembagaan mereka sendiri, Klausa 8, Artikel 6 dan Klausa 8, Artikel 8 sebagai contoh menyatakan bahawa setiausaha agung seharusnya menghantar notis memanggil mesyuarat pemilihan sekurang-kurang 10 minggu sebelum kongres kebangsaan parti dan malah Karpal Singh selaku pengerusi berkata pemilihan sepatutnya diadakan pada November.

Menurut Tunku Aziz, DAP seharusnya serik dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang sebelum ini mengarahkan pemilihan CEC Disember tahun lalu diadakan semula, jika tidak mahu perkara yang sama berulang dan bakal menyaksikan pendaftaran parti itu terbatal.


Ini bagi membolehkan tempoh masa minimum 10 minggu diberikan. Jadi jelas, mereka ini tidak mempedulikan peraturan dan undang-undang. Mereka bersedia melanggar undang-undang dan sekiranya dikenakan tindakan mereka akan berkata ia bermotif politik. Dengan kata lain, semua orang adalah salah kecuali setiausaha agung dan DAP. Sudah tentu juga, Umno dan BN turut akan dipersalahkan. Saya fikirkan mereka sepatutnya cerminkan diri dulu.

Sebelum ini, bekas ADUN DAP yang mewakili Teratai, Jenice Lee juga mencadangkan supaya DAP menangguhkan tarikh pemilihan CEC kerana percaya parti itu masih gagal menyelesaikan isu 500 surat salinan asal yang didakwa ditandatangani perwakilan DAP kepada ROS.

Katanya, DAP tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan semula pemilihan tersebut dan seharusnya mengemukakan bukti kepada umum jika benar surat itu wujud.


Sehubungan itu, Tunku Abdul Aziz mencadangkan ahli DAP khususnya perwakilan mendesak kepimpinan untuk mengadakan pemilihan serta pencalonan yang baru dan bukan sekadar mengadakan pemilihan semula.

Kami ingin lihat 500 surat yang beliau dakwa dimilikinya itu. Tetapi saya berpendapat pemilihan semula ini bukan pemilihan baru kerana DAP telah memutuskan mereka akan menggunakan senarai lama, senarai mereka yang bertanding dulu.

Mereka tidak mengeluarkan kenyataan siapa pemilih berkenaan dan juga siapa yang layak mengundi. Seperti anda ketahui, calon adalah individu yang bertanding dulu.

Pada pemilihan semula yang bertempat di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada 29 September ini sekurang-kurangnya 2,576 delegasi dari 985 cawangan akan memilih 20 calon dalam pemilihan CEC.



Kali ini, DAP turut melantik auditor dari firma profesional untuk memantau proses pengiraan.

Pelantikan CEC parti itu yang diadakan pada Disember tahun lalu dicemari pelbagai masalah dengan terdapat dakwaan berlakunya manipulasi.

Antaranya, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya, Kit Siang selaku penasihat DAP dikatakan mahu beberapa pemimpin Melayu diketengahkan dalam CEC agar parti itu boleh diiktiraf sebagai parti berbilang kaum.

Namun pada pemilihan itu, hasrat mereka tidak menjadi kenyataan.

Semua lapan calon Melayu yang bertanding, termasuk Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari ditolak oleh 1,823 perwakilan yang hadir pada Kongres Nasional DAP ke-16 itu.

Sebaliknya selepas beberapa bulan kemudiannya, DAP mendakwa berlakunya kesilapan kiraan undi dan Zairil berjaya dipilih dalam CEC parti itu. - Antarapos

Suara Politik
Belantan

Surendran pundek sudah mula buat perangai - Diarah keluar dewan?


Hari ketiga Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen Ke-13 hari ini bertukar kecoh seketika berikutan cubaan seorang ahli Parlimen membangkitkan Peraturan Mesyuarat sebelum sesi soal jawab bermula.

Insiden itu berlaku apabila N.Surendran (PKR-Padang Serai) bangun sebaik Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memanggil anggota Parlimen Libaran (Datuk Juslie Ajirol) untuk mengemukakan soalan pertama.

Tindakan ahli Parlimen Padang Serai itu mendapat teguran Pandikar Amin apabila menegaskan Dewan telah bersetuju sebelum ini bahawa sebarang Peraturan Me
syuarat hanya boleh dibangkitkan selepas selesai sesi soal jawab.

"Saya ingatkan anggota-anggota (Parlimen) baharu, sebelum sesi soal jawab, tiada sesiapa dibenarkan membangkitkan Peraturan Mesyuarat.

"Kita dah bersetuju dan ini turut diamalkan di negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi. Kalau Yang Berhormat tidak duduk dan menganggu sesi ini, saya akan minta Yang Berhormat keluar," kata Pandikar Amin.

Bagaimanapun, Surendran tetap mempertahankan tindakannya itu dan keengganan ahli Parlimen itu untuk mematuhi arahan tersebut menyebabkan beliau diarah keluar Dewan.

Surendran menyifatkan keputusan Pandikar Amin itu sebagai tidak adil.

Pandikar Amin kemudiannya menjelaskan kepada Dewan bahawa beliau bukan tidak membenarkan Surendran berhujah, sebaliknya meminta anggota Parlimen itu menunggu sehingga selesai urusan mesyuarat terlebih dahulu.

"Saya bersedia menjawab Yang Berhormat berkenaan selepas sesi soal jawab. Tapi dia pilih buat macam tu. Bila kita kata sistem tidak baik, kita harus baiki diri sendiri dahulu. Kalau cara kita perbaiki tidak betul, siapa kita sebenarnya?" tegasnya.

Pandikar Amin juga berkata tindakan anggota Parlimen Padang Serai itu seolah-olah tidak menghormati anggota yang lebih senior sambil mengingatkan anggota lain supaya tidak terus membuat bising dan menganggu perjalanan mesyuarat, jika tidak mahu dikenakan tindakan sama.

Suara Politik
Belantan

Sudah semakin parah - Lembah Klang ‘port’ warga asing?


Sudah semakin parah, malah sudah menjadi barah! Isu lambakan warga asing di negara ini bukanlah baru malah ia kian menghantui rakyat negara ini apabila mereka telah mendominasi kawasan – kawasan tertentu menjadikannya perkampungan mini.

Di beberapa kawasan di Lembah Klang , warga asing iaitu daripada Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Myanmar, Afrika dan lain – lain yang kita sendiri tidak pasti statusnya sama ada pendatang tanpa izin, pemegang permit masuk yang sah atau pemilik taraf pemastautin tetap (PR).

Laporan sebuah akhbar baru-baru ini mendedahkan beberapa kawasan di Lembah Klang antaranya di Kampung Pandan Dalam, Ampang; Kampung Baru Sungai Buloh; Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras; sekitar Selayang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur di mana kelompok warga asing telah mendominasi kawasan tersebut.

Laporan tinjauan akhbar tersebut mendedahkan warga asing telah menjadikan kawasan tersebut sebagai perkampungan mini umpama berada di negara kelahiran sendiri dan kebal dengan undang- undang.

Di kawasan tersebut, mereka bebas menjalankan aktiviti seharian seperti mempunyai kedai runcit, pasar pagi, kedai makan, serta ditadbir oleh ketua kawasan dari bangsa mereka tanpa sekatan undang-undang.

Malah lebih membimbangkan, kawasan- kawasan tersebut sudah lama diduduki oleh mereka malah ada yang sudah beranak pinak di negara ini.


Di Ampang, gerai bawah jejambat yang dipercayai diusahakan oleh warga asing menjadi tumpuan. Bukan sahaja menghidangkan pelbagai menu enak negara seberang seperti ayam penyet dan bakso, malah ia menjadi pusat pertemuan warga Indonesia untuk berehat dan berborak dengan rakan- rakan terutamanya pada hujung minggu memang tidak ubah seperti mini Jakarta.

Tinjauan juga mendapati gerai itu dijadikan pusat sehenti kerana turut mempromosi khidmat kiriman wang ke Indonesia. Di kawasan berdekatan juga kelihatan mereka bebas menjalankan perniagaan di dalam rumah kediaman.

Di Kampung Baru Sungai Buloh turut tidak terlepas daripada monopoli warga asing yang kebanyakannya berasal dari Bangladesh dan Indonesia.

Warga Kemboja pula dilihat mendominasi Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras dan difahamkan mereka bebas membuka perniagaan untuk memudahkan masyarakat dari perkampungan mini itu membeli barang keperluan harian.

Selain berani berniaga di kawasan monopoli kelompok mereka. Mengambil contoh di Chow Kit, warga asing juga kini sudah mendominasi perniagaan, sama ada mereka adalah pekerja ataupun pemilik perniagaan sukar dibezakan.

Lambakan warga asing ini meresahkan rakyat tempatan kerana secara tidak langsung ia membabitkan soal keselamatan, menutup peluang perniagaan warga tempatan.

Persoalannya adalah dimana OPS PEMUTIHAN besar-besaran yang dikatakan akan dilakukan tidak lama dahulu ( selepas hariraya puasa )? Sebelum menjadi bertambah parah, lakukanlah segera demi keselamatan rakyat tempatan!

Suara Politik
Belantan

DAPig Lim Guan Eng didesak angkat sumpah?


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus didesak mengangkat sumpah di gereja bagi menafikan beliau terlibat dalam penipuan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu Disember tahun lalu.

Bendahari Agung Jaringan Cina Malaysia, Khor Peik Chu berkata, Guan Eng hanya boleh membuktikan ketelusan beliau melalui upacara itu demi keadilan untuk rakyat khususnya masyarakat Cina di negara ini.

Jelas beliau, rakyat berhak mengetahui perkara sebenar di sebalik kontroversi pemilihan CEC itu tanpa sebarang pembohongan atau kenyataan berdolak-dalik daripada pemimpin DAP.

“Saya mohon Guan Eng yang sering bermegah dengan prinsip ketelusan dan keberanian dalam memperjuangkan nasib rakyat supaya segera tampil membuat apa yang betul.

“Keberanian Guan Eng mengangkat sumpah sudah cukup membuktikan kepada rakyat terutama penyokongnya bahawa beliau seorang pemimpin yang jujur dan berkaliber," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Guan Eng sebelum ini, didakwa membawa sebanyak 547 perwakilan haram yang kebanyakannya dari Pulau Pinang untuk mengundi pemimpin tertentu dalam pemilihan CEC sedangkan dalam masa sama, sebanyak 753 perwakilan DAP tidak diberi notis untuk menghadiri mesyuarat tersebut.


Peik Chu turut mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya mengemukakan bukti beliau tidak terlibat dalam sebarang konspirasi berhubung pemilihan tersebut.

“Selagi Guan Eng enggan mengemukakan bukti, beliau tidak layak membuat kenyataan kononnya Barisan Nasional (BN) dan UMNO sengaja mencetuskan kontroversi berkenaan pemilihan CEC dengan tujuan menjatuhkan DAP," katanya.

Sementara itu, Peik Chu turut melahirkan rasa sangsi berikutan tindakan DAP yang tergesa-gesa cuba mengadakan pemilihan semula CEC pada 29 September ini.

Jelasnya, masih terdapat dakwaan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu sengaja memilih bulu dengan hanya menghantar notis kepada calon-calon tertentu.

“Jangan biar pisang berbuah dua kali, mengapa memilih tarikh pemilihan semula dengan tergesa-gesa," katanya.

Suara Politik
Belantan

Selasa, September 24, 2013

Apa sudah jadi DAPig Guan Eng...!!! Mengapa pelabur-pelabur sudah mula tinggalkan Pulau Pinang?


Suatu ketika dahulu, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang paling tinggi menerima pelaburan dari segi pembuatan. Malangnya, setelah lima tahun berada di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, jumlah pelaburan terus menurun dari setahun ke setahun.

Pada tahun 2010, pelaburan di Pulau Pinang mencatat jumlah RM12.24 billion dan pada 2011 ia jatuh sehingga RM9.11 billion. Akhirnya, pada tahun 2012 jumlah pelaburan di Pulau Pinang terus merudum sehingga RM2.47 billion iaitu penurunan sehingga 73% sekali gus meletakkan negeri itu di tangga ke 6 dari segi jumlah pelaburan di antara semua negeri.


Lebih malang lagi, Syarikat Bosch Solar Energy telah membatalkan hasrat untuk meneruskan pelaburan di negeri itu yang berjumlah RM2.2 billion. Beberapa syarikat lain pula dikhabarkan telah mengeluarkan pelaburan mereka dari Pulau Pinang.

Dengan rekod pelaburan yang mengecewakan ini, Lim Guan Eng yang terlalu angkuh dan gemar memperlekeh pentadbiran Barisan Nasional wajar mencermin muka sendiri. Di manakah ‘cekapnya’ DAP jika jumlah pelaburan terus susut dan hilang dari setahun ke setahun?

Persoalannya apakah punca masalah ini?

Paling menarik, DAP yang terkenal dengan sikap rasis dilihat seolah-olah turut mengamalkan rasisme dalam menarik pelaburan. Ini berdasarkan kenyataan Penyelaras BN Batu Uban, Goh Kheng Sneah, bahawa Lim Guan Eng hanya berminat untuk menarik pelabur dari Taiwan, China, Hong Kong dan Korea iaitu negara-negara yang ‘sebangsa’ dengannya. Walhal, selama ini Pulau Pinang itu lebih banyak menerima pelaburan dari Amerika, Jepun, Jerman dan Netherland.

Penyelaras BN Batu Uban, Goh Kheng Sneah (gambar, tengah)

Apa yang berlaku membuktikan bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang Ketua Menteri yang bersifat ‘global’ yang mampu duduk setanding dan sebaris dengan para pelabur asing apatah lagi berurusan dengan duta-duta dan juga Menteri-menteri negara lain. Sedangkan, untuk menarik pelaburan langsung asing, seorang Ketua Negeri harus memainkan peranan besar dalam menjalinkan hubungan dengan negara-negara yang terbabit.

Selain itu, delegasi pelaburan juga perlu mempunyai karisma dan kebolehan untuk membuat promosi melalui media di negara-negara terbabit iaitu perlu menjalinkan hubungan dengan akhbar dan majalah yang berkaitan.

Melihat dari cara DAP mentadbir di mana pembentangan projek mega seperti terowong bawah laut yang kontroversi juga boleh tersalah taip dan mengira undi CEC yang tidak sampai 2000 juga boleh tersalah kira, maka kita memahami kenapa pelaburan di Pulau Pinang merudum.


DAP, khususnya, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, tidak mempunyai karisma dan kebolehan yang diperlukan untuk meyakinkan para pelabur. Lebih dari itu, reputasi dan imej beliau sebagai samseng, diktator dan penipu semakin tersebar dan terpahat kukuh sehingga menimbulkan rasa ‘cuak’ di kalangan pelabur.

Selain dari pelancongan, Pulau Pinang banyak bergantung kepada pelaburan dari segi ekonomi. Walaupun begitu, Lim Guan Eng nampaknya tidak begitu risau dengan apa yang berlaku. Malah, beliau lebih berminat untuk ‘meraikan’ kuasanya di negeri itu melalui projek merepek seperti membina ‘Burung Ubah’.

Di awal pemerintahannya pula, Lim Guan Eng sibuk mencabar agama Islam sambil memperkukuhkan kedudukan Kristian di negara ini. Beliau juga sibuk berpolitik menyerang UMNO dengan tidak henti-henti membangkitkan isu perkauman.


Kini sikap Guan Eng yang rasis, tidak prihatin dan samseng mula membawa kesan buruk kepada Pulau Pinang. Dengan reputasi Guan Eng yang cukup buruk sebagai Setiausaha Agong Parti, dan kelemahannya sebagai Ketua Menteri, DAP wajar memikirkan semula kedudukannya di dalam parti.

Apakah hanya kerana beliau merupakan anak kepada Lim Kit Siang maka semua orang perlu menutup mata atas segala kebebalan beliau? Atau apakah benar tiada siapa yang lebih layak dari Lim Guan Eng untuk menerajui Pulau Pinang, mahupun memegang jawatan Setiausaha Agong di dalam parti DAP?

Suara Politik
Belantan

CEC: Sikap ‘menikus’ Ambiga-Ampang dipersoal?


Sikap membisu Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih), S. Ambiga berhubung pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dipertikai ahli parti itu sendiri dipersoalkan.

Bekas Ketua Cawangan Bagan Luar DAP, G. Asoghan berkata, beliau hairan dengan sikap Ambiga itu yang sebelum ini begitu lantang mendesak pilihan raya telus diadakan di negara ini tetapi 'menikus' dalam isu pemilihan semula CEC yang secara terang-terangan melanggar perlembagaan parti tersebut.

Menurut beliau, Ambiga sepatutnya menegur pemimpin DAP kerana cuba menjalankan pemilihan semula menerusi Kongres Khas yang bercanggah dengan konvensyen parti.

"Kenapa Ambiga masih berdiam diri dan langsung tidak komen mengenai perkara ini?

"Saya menyeru Ambiga melakukan siasatan rapi ke atas pemilihan semula DAP untuk mengetahui sama ada mengikut perlembagaan parti dan prinsip demokrasi atau sebaliknya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Baru-baru ini, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass mempersoal pemilihan semula CEC parti seperti dijadualkan 29 September ini yang akan dibuat menerusi Kongres Khas.

Berdasarkan Fasal VIII, Perkara 8 perlembagaan parti itu, Kongres Khas hanya boleh diadakan untuk membincangkan perkara tertentu, bukan bagi tujuan pemilihan.

Pada 15 Ogos lalu, DAP akhirnya akur untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas pemilihan tahun lalu didakwa wujud penyelewengan kerana parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada sebanyak 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi.

Walau bagaimanapun, pemilihan semula CEC itu yang dijadual pada 29 September ini menimbulkan tanda tanya selepas dikritik ahli DAP sendiri kerana didakwa akan diadakan tanpa mengikut perlembagaan parti.

Asoghan menambah, pemilihan semula harus dilaksana sebagai proses baharu dan tersendiri.

Suara Politik
Belantan