Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, September 16, 2013
Kenyataan dari saki baki 'Jus Soli' yang tidak faham Perlembagaan?
Bangsa merempat yang tak sedar diri, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran sengaja mahu mencetuskan kemarahan orang Melayu dan bumiputera apabila mempertikaikan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Surendran juga seolah-olah tidak mahu mengiktiraf kewujudan agensi-agensi di bawah kerajaan yang bertujuan menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera.
''Kenyataannya keterlaluan. Dia seolah-olah tidak membenarkan kewujudan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga). Saya kesal dengan tindakannya itu apatah lagi sebagai Naib Presiden parti.
''Jika begini sikap pemimpin PKR, tidak mustahil jika mereka berpeluang memerintah negara ini pasti agensi yang mengutamakan orang Melayu dan bumiputera dihapuskan demi kononnya mahu menyamaratakan dengan kaum lain,'' katanya di sini hari ini.
Surendran semalam dalam kenyataannya kepada salah sebuah portal berita didakwa cuba mempersoalkan kewibawaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan kemarahan golongan bumiputera kononnya pengumuman Perdana Menteri menyentuh kebebasan asasi rakyat.
Dalam hubungan itu, Khairy mempersoalkan adakan kenyataan Surendran itu merupakan kenyataan rasmi parti atau peribadi.
Sekiranya kenyataan itu adalah daripada PKR, Khairy mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengumumkan kenyataan Surendran itu sebagai kenyataan rasmi.
''Tetapi jika Surendran mengesahkan itu kenyataan peribadinya, maka Anwar digesa menasihati Naib Presidennya itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka,'' katanya.
Beliau menambah, Surendran sewajarnya tidak membuat kenyataan seperti itu kerana hanya akan membuatkan rakyat melihat pemimpin PKR yang juga seorang peguam tersebut tidak tahu dan memahami Perlembagaan Persekutuan.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan