Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, September 25, 2013
DAPig Lim Guan Eng didesak angkat sumpah?
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus didesak mengangkat sumpah di gereja bagi menafikan beliau terlibat dalam penipuan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu Disember tahun lalu.
Bendahari Agung Jaringan Cina Malaysia, Khor Peik Chu berkata, Guan Eng hanya boleh membuktikan ketelusan beliau melalui upacara itu demi keadilan untuk rakyat khususnya masyarakat Cina di negara ini.
Jelas beliau, rakyat berhak mengetahui perkara sebenar di sebalik kontroversi pemilihan CEC itu tanpa sebarang pembohongan atau kenyataan berdolak-dalik daripada pemimpin DAP.
Saya mohon Guan Eng yang sering bermegah dengan prinsip ketelusan dan keberanian dalam memperjuangkan nasib rakyat supaya segera tampil membuat apa yang betul.
Keberanian Guan Eng mengangkat sumpah sudah cukup membuktikan kepada rakyat terutama penyokongnya bahawa beliau seorang pemimpin yang jujur dan berkaliber," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Guan Eng sebelum ini, didakwa membawa sebanyak 547 perwakilan haram yang kebanyakannya dari Pulau Pinang untuk mengundi pemimpin tertentu dalam pemilihan CEC sedangkan dalam masa sama, sebanyak 753 perwakilan DAP tidak diberi notis untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
Peik Chu turut mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya mengemukakan bukti beliau tidak terlibat dalam sebarang konspirasi berhubung pemilihan tersebut.
Selagi Guan Eng enggan mengemukakan bukti, beliau tidak layak membuat kenyataan kononnya Barisan Nasional (BN) dan UMNO sengaja mencetuskan kontroversi berkenaan pemilihan CEC dengan tujuan menjatuhkan DAP," katanya.
Sementara itu, Peik Chu turut melahirkan rasa sangsi berikutan tindakan DAP yang tergesa-gesa cuba mengadakan pemilihan semula CEC pada 29 September ini.
Jelasnya, masih terdapat dakwaan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu sengaja memilih bulu dengan hanya menghantar notis kepada calon-calon tertentu.
Jangan biar pisang berbuah dua kali, mengapa memilih tarikh pemilihan semula dengan tergesa-gesa," katanya.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan