Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, September 08, 2013
A.Samad Said bukan kebal daripada undang-undang?
Datuk A Samad Said bukannya manusia istemewa walaupun dianugerahkan gelaran Sastrawan Negara. Gelaran tersebut juga bukan tiket untuk beliau bebas melakukan apa sahaja termasuk mencetuskan keadaan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
Samad Said tidak kebal daripada undang-undang dan jika beliau melakukan sesuatu kesalahan maka tindakan sewajarnya perlu diambil. Bukan oleh kerana beliau adalah seorang Sastrawan Negara yang sudah lanjut usianya, maka dia tak boleh diambil tindakan oleh polis!
Jika Samad Said berani melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang maka dia juga harus berani menangung risikonya. Kalau dah berani buat, beranilah tanggung dan jangan pula nak salahkan pihak polis dan berikan pelbagai helah dan alasan supaya orang ramai simpati kerana usia tuanya itu!
Agak pelik jugalah apabila kenyataan dari Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga yang mempersoal tindakan polis menahan Samad Said pada lewat tengah malam baru-baru ini semata-mata untuk disoal siasat polis.
Polis boleh memilih masa lain untuk menyoal siasat tokoh sastera itu, katanya yang menyifatkannya tindakan tersebut sebagai satu "gangguan".
"Perlukah ke rumah beliau pada jam 12.30 tengah malam semata-mata untuk menahannya bagi soal siasat dan membebaskannya dua jam kemudian?" soal Ambiga sepertimana disiarkan oleh portal berita www.malaysiakini.com.
Ambiga tidak sejawarnya mencampuri urusan polis kerana polis mempunyai prosedur untuk berbuat demikian. Sebaliknya mengapa Ambiga tidak melarang Samad Said supaya jangan 'berembun' di malam sambutan Merdeka bersama anak muda mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' (bendera merah putih 12 bintang) di Dataran Merdeka baru-baru ini.
Sepatutnya kalau dah tahu tua, nasihatlah Samad Said supaya berehat di rumah dan tak payah nak tunjuk kepada orang ramai kononnya beliau pejuang rakyat!
Polis sebenarnya tidak pernah mengganggu ketenteraman awam sebaliknya yang suka buat kacau dan mengganggu keselesaan orang ramai ialah aktivis pembangkang termasuk BERSIH.
Kalau polis jalankan tugas siasat orang tertentu, dituduh sebagai gangguan, tetapi mereka (pembangkang) boleh pula sesuka hati terjerit-terjerit memaki hamun kerajaan di jalanan!
Sememangnya jika kita lihat kumpulan yang anti- pemerintah ini akan menyalahkan pihak polis jika tindakan diambil terhadap konco-konco mereka.
Sepatutnya bila dan di mana polis nak siasat itu kerja polis, lagi pun Samad Said bukannya manusia istimewa yang perlu dilayan sebaik mungkin ketika disoal siasat!
Rakyat terutama penggiat seni dan budaya di negara ini amat terkilan dengan sikap Samad Said yang berterusan mengecam kerajaan kerana terpedaya dengan perjuangan politik pembangkang.
Memakai gelaran Sastrawan Negara yang dianugerahkan oleh kerajaan, beliau bersekongkol dengan pembangkang maki hamun kerajaan, apakah manusia seperti ini yang perlu dihormati?
Kita lihat perlakuan Samad Said yang menjuruskan kepada kepentingan pembangkang jelas menunjukkan beliau langsung tidak menghormati aungerah gelaran tersebut.
Adalah lebih baik jika kerajaan menarik balik gelaran Sastrawan Negara yang diberikan kepada Samad Said. Lagi pun kerajaan tak rugi apa-apa pun jika gelaran itu ditarik balik! Sebaliknya orang yang tidak tahu berterima kasih kepada pihak kerajaan tidak sewajarnya dihargai. Wallahuallam.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Sedih!
Kewarasan yang ku cari dalam diri seorang sastrawan
Hancur lebur tidak ku temukan!
Sedih!
Sastrawan yang dahulu aku hormatkan
Dengan petualang dia buat kawan!
Sedih!
Dalam usia sastrawan ingin bertemu tuhan
Dia bertemu dengan penjahanam negara dan pemberontak jalanan!
Sedih!
Ketika aku berbangga bendera negaraku berkibaran
Dia bersekongkol dengan badut-badut hingusan!
Sedih!
Sastrawan tiada arah tujuan kerana terlanjur perbuatan! tiada kelasan!
benarlah seperti dikatakan orang banyak, semakin tua seorang pemikir itu, semakin tidak waras tindakannya. sentiasa berfikir bagaimana sesuatu yang tidak waras itu menjadi wajar. gila itu indah bagi samad said. itu la sebab si tua ini di tahan ditengah malam, berbanding orang lain disiang hari. dunia gila samad said patut dilayan gila juga oleh pengamal undang2....
Bebal undang-undang si tua jenglot ni.
Catat Ulasan