Sabtu, September 14, 2013

Saksikan Siaran Langsung Ucapan PM - Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera!


Saksikan secara langsung ucapan Perdana Menteri melalui laman-laman web dibawah....

http://www.umno-online.my/

http://www.teraju.gov.my/live-streaming-majlis-pemerkasaan-ekonomi-bumiputera/

Sebelum itu : Ekonomi bumiputera diperkasa

Ekonomi 67 peratus penduduk negara ini yang terdiri daripada bumiputera, perlu terus diperkasa memandangkan pengukuhan golongan itu akan mewujudkan limpahan manfaat yang boleh menguntungkan semua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan dasar-dasar bagi memperkasa ekonomi bumiputera seiring usaha merealisasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dalam tempoh kurang tujuh tahun, pagi ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan, dijangka menyentuh aspek pembangunan modal insan, pemilikan ekuiti dan hartanah bumiputera.

Intipati penting dalam memastikan kejayaan pemerkasaan kali ini ialah pelaksanaan berkesan di setiap peringkat.

Sebelum ini, telah banyak dasar baik diperkenalkan, namun pelaksanaan yang lemah dari sudut bekalan rangkaian telah merencatkan pengukuhan itu.

Oleh itu komitmen jitu dituntut daripada setiap pihak, bukan sahaja di peringkat Persekutuan malah di peringkat negeri, bagi melahirkan usahawan bumiputera tulen.

Komitmen setiap agensi dan institusi yang terlibat dalam usaha memperkasakan ekonomi bumiputera juga harus dituntut bagi memastikan usaha mereka lebih efektif.

Dasar-dasar pemerkasaan ini harus dilihat dalam konteks yang lebih luas dan positif kerana ia diberikan tanpa menarik bantuan terdahulu yang dinikmati oleh setiap lapisan bangsa di negara ini.

Pemilikan ekuiti bumiputera telah meningkat kepada 23.5 peratus dari segi nilai tara pada tahun 2011, namun dari segi pemilikan hartanah, kaum itu hanya menguasai lima peratus.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: