Isnin, September 09, 2013

Perbicaraan nama suci Allah : Umat Islam diseru turun beramai-ramai esok?


Umat Islam diseru untuk turun beramai-ramai esok ke Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman Putrajaya bagi memberi sokongan kepada pasukan peguam Islam dalam perbicaraan isu penggunaan nama suci Allah oleh orang bukan Islam.

Esok, 10 September merupakan tarikh perbicaraan berhubung rayuan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Agama Negeri-Negeri bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 yang membenarkan penggunaan nama suci Allah dalam majalah The Herld terbitan pihak gereja.



Sebagai umat Islam kita perlu prihatin dengan isu nama suci Allah ini. Perbicaraan esok adalah amat penting bagi masa depan Islam di negara kita. Justeru ayuh kita turun beramai-ramai dan menzahirkan sokongan kita kepada pasukan peguam Islam.

Umat Islam perlu menang dalam perbicaraan esok agar pihak gereja tidak lagi dibenarkan menggunakan nama suci Allah dalam bahan penerbitan mereka yang bertujuan memesongkan akidah umat Islam.

Nama suci Allah merujuk kepada Tuhan yang Esa, yang Satu. Itu hujah yang paling kuat yang menghalang penggunaan nama suci Allah oleh mereka. Jika tidak, generasi akan datang akan keliru dan akidah mereka mudah terpesong, tidak tahu Allah yang mana satu, yang Esa atau yang ada anak dan bapa!






22 Ogos lalu Mahkamah Rayuan mengenepikan permohonan Titular Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam untuk membatalkan rayuan Kementerian Dalam Negeri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Sila baca di sini.

Sama-samalah kita berdoa semuga kemenangan berpihak kepada kita, umat Islam di Malaysia. InsyaAllah.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: