Rabu, September 25, 2013

Sudah semakin parah - Lembah Klang ‘port’ warga asing?


Sudah semakin parah, malah sudah menjadi barah! Isu lambakan warga asing di negara ini bukanlah baru malah ia kian menghantui rakyat negara ini apabila mereka telah mendominasi kawasan – kawasan tertentu menjadikannya perkampungan mini.

Di beberapa kawasan di Lembah Klang , warga asing iaitu daripada Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Myanmar, Afrika dan lain – lain yang kita sendiri tidak pasti statusnya sama ada pendatang tanpa izin, pemegang permit masuk yang sah atau pemilik taraf pemastautin tetap (PR).

Laporan sebuah akhbar baru-baru ini mendedahkan beberapa kawasan di Lembah Klang antaranya di Kampung Pandan Dalam, Ampang; Kampung Baru Sungai Buloh; Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras; sekitar Selayang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur di mana kelompok warga asing telah mendominasi kawasan tersebut.

Laporan tinjauan akhbar tersebut mendedahkan warga asing telah menjadikan kawasan tersebut sebagai perkampungan mini umpama berada di negara kelahiran sendiri dan kebal dengan undang- undang.

Di kawasan tersebut, mereka bebas menjalankan aktiviti seharian seperti mempunyai kedai runcit, pasar pagi, kedai makan, serta ditadbir oleh ketua kawasan dari bangsa mereka tanpa sekatan undang-undang.

Malah lebih membimbangkan, kawasan- kawasan tersebut sudah lama diduduki oleh mereka malah ada yang sudah beranak pinak di negara ini.


Di Ampang, gerai bawah jejambat yang dipercayai diusahakan oleh warga asing menjadi tumpuan. Bukan sahaja menghidangkan pelbagai menu enak negara seberang seperti ayam penyet dan bakso, malah ia menjadi pusat pertemuan warga Indonesia untuk berehat dan berborak dengan rakan- rakan terutamanya pada hujung minggu memang tidak ubah seperti mini Jakarta.

Tinjauan juga mendapati gerai itu dijadikan pusat sehenti kerana turut mempromosi khidmat kiriman wang ke Indonesia. Di kawasan berdekatan juga kelihatan mereka bebas menjalankan perniagaan di dalam rumah kediaman.

Di Kampung Baru Sungai Buloh turut tidak terlepas daripada monopoli warga asing yang kebanyakannya berasal dari Bangladesh dan Indonesia.

Warga Kemboja pula dilihat mendominasi Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras dan difahamkan mereka bebas membuka perniagaan untuk memudahkan masyarakat dari perkampungan mini itu membeli barang keperluan harian.

Selain berani berniaga di kawasan monopoli kelompok mereka. Mengambil contoh di Chow Kit, warga asing juga kini sudah mendominasi perniagaan, sama ada mereka adalah pekerja ataupun pemilik perniagaan sukar dibezakan.

Lambakan warga asing ini meresahkan rakyat tempatan kerana secara tidak langsung ia membabitkan soal keselamatan, menutup peluang perniagaan warga tempatan.

Persoalannya adalah dimana OPS PEMUTIHAN besar-besaran yang dikatakan akan dilakukan tidak lama dahulu ( selepas hariraya puasa )? Sebelum menjadi bertambah parah, lakukanlah segera demi keselamatan rakyat tempatan!

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: