Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, September 24, 2013
CEC: Sikap menikus Ambiga-Ampang dipersoal?
Sikap membisu Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih), S. Ambiga berhubung pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dipertikai ahli parti itu sendiri dipersoalkan.
Bekas Ketua Cawangan Bagan Luar DAP, G. Asoghan berkata, beliau hairan dengan sikap Ambiga itu yang sebelum ini begitu lantang mendesak pilihan raya telus diadakan di negara ini tetapi 'menikus' dalam isu pemilihan semula CEC yang secara terang-terangan melanggar perlembagaan parti tersebut.
Menurut beliau, Ambiga sepatutnya menegur pemimpin DAP kerana cuba menjalankan pemilihan semula menerusi Kongres Khas yang bercanggah dengan konvensyen parti.
"Kenapa Ambiga masih berdiam diri dan langsung tidak komen mengenai perkara ini?
"Saya menyeru Ambiga melakukan siasatan rapi ke atas pemilihan semula DAP untuk mengetahui sama ada mengikut perlembagaan parti dan prinsip demokrasi atau sebaliknya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Baru-baru ini, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass mempersoal pemilihan semula CEC parti seperti dijadualkan 29 September ini yang akan dibuat menerusi Kongres Khas.
Berdasarkan Fasal VIII, Perkara 8 perlembagaan parti itu, Kongres Khas hanya boleh diadakan untuk membincangkan perkara tertentu, bukan bagi tujuan pemilihan.
Pada 15 Ogos lalu, DAP akhirnya akur untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas pemilihan tahun lalu didakwa wujud penyelewengan kerana parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada sebanyak 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi.
Walau bagaimanapun, pemilihan semula CEC itu yang dijadual pada 29 September ini menimbulkan tanda tanya selepas dikritik ahli DAP sendiri kerana didakwa akan diadakan tanpa mengikut perlembagaan parti.
Asoghan menambah, pemilihan semula harus dilaksana sebagai proses baharu dan tersendiri.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan